P. 1
Punca Kepupusan Hidupan Flora Dan Fauna Di Malaysia

Punca Kepupusan Hidupan Flora Dan Fauna Di Malaysia

|Views: 16|Likes:
Published by No Haz Wan

More info:

Published by: No Haz Wan on Jul 18, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/13/2013

pdf

text

original

Punca Kepupusan Hidupan Flora Dan Fauna Di Malaysia

JIKA dikaji secara mendalam, punca masalah kemusnahan flora dan fauna di Malaysia adalah manusia sendiri. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini ialah: 1. Kemusnahan Dan Perubahan Habitat Aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan. Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu. Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini. 2. Pembakaran Hutan Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan spesies-spesies flora dan fauna terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya. 3. Pemburuan Haram Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di Malaysia. Dianggarkan hampir 200,000 spesies primat dijual untuk tujuan penyelidikan setiap tahun sehingga menyebabkan beberapa spesies haiwan tersebut hampir pupus kini. 4. Keperluan Barangan Berasaskan Haiwan Pembunuhan terhadap harimau, memerang, paus, badak, dan gajah untuk tujuan mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian lain yang dikatakan memberi kekuatan kepada manusia terus berleluasa. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal jumlah yang sedikit sahaja. 5. Pencemaran Alam Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. 6. Perubahan Suhu Dunia Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia secara mendadak, menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan terancam terutama yang tidak sesuai dengan cuaca panas.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->