You are on page 1of 28

Kebersihan diri

Apa itu kebersihan? Kebersihan bermaksud keadaan yang bebas dari segala kekotoran seperti debu,sampah dan bau.

Mengapa perlunya kita menjaga kebersihan diri? Apa yang kita miliki dan punyai pada hari ini semuanya hanyalah pinjaman dari Allah SWT dan merupakan amanah yang perlu kita jaga dengan sebaiknya. Tanda kita bersyukur dengan nikmat Allah ini ialah dengan menjaga kebersihan diri kita sebaiknya. Dengan menjaga kebersihan diri juga kita dapat mengelakkan diri dari dijangkiti penyakit.

Bagaimanakah caranya untuk menjaga kebersihan diri?

Jagalah kebersihan tubuh badan kita

1.Rambut -Berambut pendek bagi lelaki. bagi murid perempuan yang tidak bertudung,rambut mesti kemas dan ikat dengan kemas bagi yang berambut panjang. -Cuci rambut dengan kerap. Sekiranya mempunyai masalah kutu,dapatkan rawatan dengan segera.Jangan jadikan diri kamu penyebab berjangkitnya kutu kepada rakanrakan lain disekolah.

2.Mata Bersihkan mata dari tahi mata.

3.Hidung Bersihkan kawasan dalam hidung. Sekiranya selsema,bawa bersama kamu sapu tangan atau tisu untuk mengelakkan kamu mengelap hingus di baju atau tali leher.

4.Telinga Bersihkan juga bahagian dalam telinga dan cuping telinga.

5.Gigi Berus gigi sekurang-kurangya 3 kali sehari. Ianya dapat mengelakkan nafas berbau.Selain kamu berasa selesa,rakan-rakan kamu juga turut selesa apabila berdamping dengan kamu.

6.Tangan dan kaki -Cuci tangan sebelum dan selepas makan -Cuci tangan apabila kamu keluar dari tandas -Kuku mestilah dipotong pendek -Berjalan dengan memakai kasut. Pada tahun lepas Pn. Norlida perhatikan apabila murid-murid masuk kebilik khas yang memerlukan mereka menanggalkan kasut seperti pusat sumber dan bilik J-QAF, apabila keluar untuk balik ke kelas, murid-murid selalu tidak memakai kasut.Mereka hanya berkaki ayam sehingga ke kelas. Harapan cikgu pada tahun ini murid-murid dapat mengubah tabiat buruk ini.

7.Pakaian -Memakai pakaian yang bersih terutamanya pakaian seragam sekolah -Pastikan kasut sekolah dalam keadaan yang bersih dan baik -Pakai stokin yang bersih dan kerap menukar stokin untuk mengelakkan kaki berbau. Ingatlah bahawa menjaga kebersihan diri adalah menjadi tanggungjawab diri kamu sendiri. Ia juga sebenarnya melatih dan mendisiplinkan diri kamu untuk menjaga kebersihan di sekeliling kamu.Apabila kamu menjaga kebersihan diri,secara tidak langsung kamu juga menjaga kebersihan bilik kamu,barang-barang kepunyaan kamu,rumah kamu, dan jika di sekolah, kamu menjaga kebersihan kelas dan sekolah kamu. Sekiranya semua murid mempunyai sifat prihatin tentang kebersihan, InsyaALLAH, di masa akan datang sekolah kita akan jauh dari masalah sampah sarap.

8.MANDI

"Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri" (Al-Baqarah:22)

You might also like