You are on page 1of 12

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Tajuk 3

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan kognitif dan afektif serta faktor motivasi untuk murid kurang upaya. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menghuraikan kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian terhadap pertumbuhan perkembangan fizikal, kognitif dan afektif. 2. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian

Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal

Perkembangan Kognitif

Perkembangan Afektif

Faktor Motivasi untuk murid kurang upaya

23

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

KANDUNGAN

3.0 Kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian Pendidikan Jasmani Suaian adalah direka khas untuk kanak-kanak yang mengalami kecacatan dari segi mental mahupun fizikal serta kanakkanak yang tidak mempunyai keupayaan seperti seorang manusia yang normal. Melalui Pendidikan Jasmani Suaian, kanak-kanak kurang upaya mengalami pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal, kognitif dan afektif. Hal ini bermaksud, Pendidikan Jasmani Suaian sangat membantu dalam perkembangan ketiga-tiga aspek tersebut terutamanya aspek fizikal yang agak sukar diperolehi daripada subjek lain. Adapted Physical Education is predicated on the belief that each student has an ability and a desire to move, to be active and ti participate meaningfully with peers. Participation and activity are necessary components of physical and social health. Teachers who expertly adapt and vary learning experiences to meet the needs of students with disabilities in physical education turn philosophy into practice. Petikan kata-kata di atas diambil daripada kenyataan yang dilakukan oleh pengkaji dari Colorado Department of Education Statement for Adapted Physical Education yang menggambarkan betapa pentingnya seseorang yang mengalami kecacatan atau kurang upaya menerima pengalaman pendidikan atau pengajaran. Ia membolehkan mereka berupaya untuk bergerak bebas, menjadi aktif dan menyertai serta bersosial bersama rakan-rakan. Penglibatan dan aktiviti merupakan komponen keperluan yang utama dalam kesihatan sosial dan fizikal kerana setiap pengalaman yang diperolehi membolehkan mereka mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian.

24

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Menurut IDEA, takrifan utama Pendidikan Jasmani Suaian adalah pembinaan dan perkembangan individu kurang upaya dalam aspek kecergasan motor dan fizikal, kemahiran asas dan perkembangan motor, kemahiran akuatik, menari (pergerakan asas), permainan individu dan berkumpulan (sukan secara berpasukan dan sukan untuk masa depan). Psikomotor merupakan aspek perkembangan terpenting bagi seseorang individu kurang upaya yang hanya boleh diperolehi Namun dalam hasil pembelajaran afektif. 3.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Walaupun ada kalanya kecacatan yang dimiliki oleh individu berkenaan adalah kecacatan kekal, kita masih boleh merangsang pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka melalui pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani Suaian. Kecacatan bukanlah alasan untuk mereka tidak perlu menerima pendidikan yang sewajarnya kerana dalam Pendidikan Jasmani Suaian, sistem atau kandungan isi pengajarannya adalah bersesuaian untuk golongan kurang upaya. Mereka tetap memerlukan latihan daripada segi fizikal supaya perkembangan otot-otot mereka dapat dilakukan dalam keadaan yang paling minima dan tidak menimbulkan kesakitan. Ianya tidak boleh berhenti begitu sahaja kerana mereka seharusnya tahu menggunakan anggota badan atau fizikal mereka sekurang-kurangnya dalam menguruskan diri dalam kehidupan seharian. Seterusnya, apabila sudah tahu mengurus diri, mereka akan diberikan pendedahan tambahan iaitu dalam melatih kemahiran motor mereka dalam keadaan yang bersesuaian. Melalui aktiviti fizikal yang dijalankan, individu kurang upaya ini akan berusaha untuk bergerak. Secara tidak langsung, mereka telah meningkatkan kemahiran motor mereka. Jika mereka diajar dengan kemahiran motor yang lebih spesifik, secara tidak langsung mereka turut 25 Pendidikan Jasmani Suaian. yang demikian,

Pendidikan Jasmani Suaian juga tidak mengabaikan aspek kognitif dan

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

berkembang daripada aspek kawalan motor. 3.1.1 Aspek kehidupan seharian Dalam kehidupan seharian, setiap individu memerlukan pergerakan untuk melakukan semua perkara dan untuk membantu perkembangan motor individu. Guru akan merangsang murid untuk menggunakan otot-otot secara maksimum agar pertumbuhan dan perkembangan otot berlaku dengan baik. Guru juga perlu memantau kelemahan murid. Sebagai contoh: terdapat murid yang mengalami masalah postur badan yang tidak sempurna hingga menjejaskan cara murid tersebut berjalan. Oleh itu, guru perlu bertindak membantu murid dengan memberi latih tubi berjalan dengan betul sehingga kemahiran tersebut dapat dikuasai dengan lebih baik. Antara kepentingan pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam aspek kehidupan seharian ialah: i. Membolehkan murid dapat berjalan dengan betul. ii. Membolehkan murid menggunakan peralatan kebersihan diri dengan betul seperti memberus gigi. iii.Murid mampu memegang sudu, cawan atau menyuap nasi menggunakan tangan semasa makan dan minum dengan betul. iv. Murid mampu memegang pensil dan peralatan menulis lain dengan baik ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. v. Murid mampu memegang dan menggunakan peralatan sukan dengan betul dan cekap. vi. Murid mampu menguruskan diri sendiri seperti menyikat rambut, memakai tali kasut, memakai baju dan lain-lain. 3.1.2 Aspek Sukan dan Rekreasi Apabila pertumbuhan dan perkembangan fizikal murid kurang upaya

26

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

berlaku dengan baik, mereka boleh melakukan aktiviti yang lebih khusus seperti sukan dan rekreasi dengan baik juga. Antara kepentingan aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam aspek sukan dan rekreasi ialah: i. Murid boleh melakukan aktiviti pergerakan asas seperti aras mudah ke aras sukar. Contohnya; merangkak, berjalan, berlari, melompat dan sebagainya. ii. Murid mampu melakukan aktiviti sukan daripada motor kasar kepada motor halus. Contohnya; murid berlatih menyambut bola besar terlebih dahulu sebelum mempelajari menyambut bola kecil. iii.Murid boleh memilih sukan yang diminati dan menjalani latihan yang berfokus. Contohnya; murid berminat memilih bermain dalam permainan bola jaring maka latihan dan latih tubi yang bersesuaian adalah perlu agar kemahiran dapat dikuasai. Seterusnya dapat menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi. iv. Murid boleh melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi seperti berkhemah, berkelah, berkayak tetapi dengan pengesahan daripada pihak yang bertanggungjawab. v. Murid boleh bermain bersama rakan-rakan di padang atau taman permainan dan menggunakan semua peralatan yang disediakan dengan berhati-hati. 3.2 Perkembangan Kognitif Pendidikan Jasmani suaian melibatkan aktiviti fizikal secara aktif. Secara tidak langsung, murid akan menggunakan akal fikiran untuk membantu dalam melakukan aktiviti seharian. Aktiviti fizikal akan menyebabkan oksigen disalurkan ke dalam tubuh badan dan otak dengan banyak. Jelaslah bahawa otak yang mengandungi oksigen adalah otak yang baik dan dapat merangsang minda. Selain badan cergas, otak turut menjadi 27

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

cerdas. Kepentingan-kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian dalam aspek perkembangan kognitif ialah: i. Membantu murid menilai kelemahan diri baik dan bersungguh-sungguh. iii. Murid mendengar setiap arahan yang disampaikan guru. tanpa diulang berkali-kali. v. Murid boleh berfikir tentang sebab dan akibat sesuatu perkara itu dilakukan. vi. Murid mampu menilai perkara yang baik dan buruk dalam membuat keputusan. vii. Murid mampu mengeluarkan idea atau pandangan kepada orang lain. viii.Murid boleh membantu rakan-rakan lain yang masih lemah. 3.3 Perkembangan Afektif i. Murid dapat bergaul bersama rakan-rakan sebaya dengan rasa gembira. ii. Murid menunjukkan keseronokan semasa bermain dan melakukan aktiviti dengan rakan-rakan. iii. Murid tahu bersikap menghormati guru dan rakan lain. iv. Murid bersungguh-sungguh semasa melakukan aktiviti yang diarahkan guru. v. Murid tahu rasa tanggungjawab terhadap peralatan yang dipinjamkan dan amanah yang diberikan oleh guru. vi. Murid bekerjasama dalam kumpulan dan tidak menimbulkan pergaduhan. iv. Murid mampu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru ii. Murid mampu melakukan setiap perkara yang diajar oleh guru dengan

28

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

3.4 Motivasi Untuk Murid Kurang Upaya Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, motivasi adalah suatu bentuk dorongan, galakan atau perangsang. Menurut Woolfolk (1998), motivasi boleh ditakrifkan sebagai keadaan dalaman diri yang membangkit, menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dalam diri seseorang itu.

3.4.1 Faktor-faktor motivasi Motivasi bertindak untuk mengubah tingkah laku seseorang. Perkaraperkara yang selalu dikaitkan dengan konsep motivasi ialah keinginan (drives), keperluan (needs), insentif, rasa takut (fears), matlamat (goals), tekanan sosial (social pressure), kepercayaan diri (self-confidence), minat (interests), rasa ingin tahu (curiousity), kepercayaan (beliefs), nilai (values), pengharapan (expectations) dan berbagai lagi Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan ciri-ciri individu atau traits. Sebagai contoh, terdapat situasi yang melibatkan 3 orang atlet badminton yang berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi Kejohanan Badminton Dunia. Atlet 1: Atlet tersebut berlatih bersungguh-sungguh kerana mahu mempertahankan gelaran terbaik dunia yang dipegangnya dan mencipta kejayaan yang cemerlang dalam persembahan permainannya. Atelt 2: Atlet tersebut berlatih bersungguh-sungguh kerana tidak

mahu kalah teruk sewaktu pertandingan. Atlet 3: Atlet tersebut berlatih bersungguh-sungguh semata-mata

29

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

untuk memenuhi kehendak orang tuanya atau kehendak jurulatihnya. Ketiga-tiga situasi ini menggambarkan perbezaan ketiga-tiga bentuk atau faktor motivasi yang wujud dalam individu yang berlainan. Terdapat juga individu yang menggabungkan kesemua faktor tersebut untuk menghasilkan kecemerlangan prestasinya. Namun begitu, jelas menunjukkan motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan perubahan tingkah laku seseorang. Secara kesimpulannya didapati bahawa motivasi bergantung kepada dua faktor yang utama iaitu motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran). 3.4.1.1 Motivasi Intrinsik Motivasi intrinsik adalah satu bentuk motivasi yang dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan minat, rasa ingin tahu dan rasa kepuasan diri. Reeve 91996) menyatakan bahawa motivasi ini juga merupakan ciri semula jadi seorang manusia atau tabii manusia untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan menyokong sesuatu melalui yang diingininya. yang Raffini (1996) turut pernyataannya menyebut ...what

motivates us to do something when we dont have to do something. Hal ini menunjukkan apabila seseorang individu menginginkan sesuatu, dia akan berusaha untuk mendapatkannya dengan dorongan dan motivasi yang diperolehinya. 3.4.1.2 Motivasi Ekstrinsik Motivasi ekstrinsik merupakan satu bentuk motivasi yang dikaitkan dengan faktor luaran atau faktor persekitaran seperti hadiah atau ganjaran, tekanan sosial, hukuman dan lain-lain. Motivasi ekstrinsik adalah berlawanan dengan motivasi intrinsik di mana aktiviti yang dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran, pujian, 30

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

mengelak daripada hukuman, mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi atau apa sahaja sebab selain daripada untuk memenuhi kehendak diri sendiri. 3.4.1.3 Faktor Motivasi Untuk Murid Kurang Upaya Jika dilihat senario di sekolah, murid yang normal memerlukan motivasi untuk melakukan sesuatu arahan dan kehendak guru apatah lagi bagi murid kurang upaya. Akibat daripada kecacatan yang dialami, mereka agak terganggu untuk bertindak sewajarnya jika mendapat arahan guru. Perasaan rendah diri, tidak yakin, kesakitan fizikal, trauma, terpaksa, penat, malas dan banyak lagi alasan yang dirasai oleh mereka. Menurut kecenderungan Capuzzi & Gross yang (1991), manusia memiliki ke arah

semulajadi

menggerakkannya

perkembangan dan peningkatan diri. Bagi manusia, perkembangan dan peningkatan diri boleh berupa penyesuaian, sosialisasi, kesihatan, kebebasan, kesedaran atau autonomi. Begitu juga halnya dengan kanak-kanak kurang upaya, walaupun mereka mempunyai pelbagai jenis kekurangan dan kecacatan, mereka tetap mempunyai naluri seperti manusia biasa berfikir. Oleh itu, murid-murid kurang upaya sangat memerlukan motivasi yang bersesuaian untuk memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai dan mereka sekurang-kurangnya mendengar arahan yang diberikan guru. Motivasi untuk murid-murid kurang upaya adalah lebih bersifat ekstrinsik iaitu luaran kerana golongan ini sangat memerlukan perhatian. Maka, untuk menarik perhatian mereka, motivasi berbentuk penghargaan lisan, puji-pujian adalah sangat berkesan dalam membangkitkan semangat mereka. Antara motivasi yang boleh diberikan kepada individu kurang upaya ialah: i. Menghormati 31

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Guru atau tenaga pengajar perlu menunjukkan tanda hormat kepada murid kurang upaya. Ia bukanlah bermaksud seorang guru perlu tunduk kepada anak murid sendiri tetapi cuba membina keyakinan diri mereka dengan menyatakan mereka mempunyai kelebihan dan dan orang lain perlu menghormati diri mereka dengan tidak menyisihkan mereka serta menerima diri mereka seadanya. ii. Perhatian dan Mengambil Berat Hadiah adalah lebih motivasi kepada jenis ini bentuk sangat material. menarik

Kebiasaannya,

perhatian murid kurang upaya. Mereka sukakan benda maujud yang mana mereka dapat lihat sendiri hadiah yang diberikan. Mereka akan berasa termotivasi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hadiah yang dijanjikan. iii. Ganjaran Ganjaran berbentuk wang juga boleh diberikan tetapi tidak digalakkan kerana kita tidak mahu mendidik mereka menjadi materialistik. Dalam waktu-waktu tertentu, motivasi berbentuk ganjaran boleh diberikan kepada mereka untuk menaikkan semangat agar berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diberikan.

32

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia kepentingan upaya. Pendidikan Jasmani Suaian dalam aspek yang berkaitan dan pertumbuhan

perkembangan fizikal, kognitif dan efektif serta faktor motivasi terhadap murid kurang

LAMAN WEB http://en.wikipedia.org/wiki/Adapted http://www.apens.org/whatisape.html http://www.sharingsuccess.org/code/eptw/pdf_profiles/adaptivephysical.pdf http://www.specialchildren.about.com/od/specialeducation/g/APE.htm http://www.pecentral.org/adapted/adaptedsites.html

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN

Arthur S. Daniels & Evelyn A.Davies (2002). Adapted Physical Education (5th ed.). San Francisco, CA: Harper and Row Publishers. Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental Physical Education For All Children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Kelly, L.E.& Melograno, V.J. (2004). Developing The Phisical Education Curriculum: An Aqchievement-based Approach. Champaign, IL: Human Kinetics.

33

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings.

34

You might also like