You are on page 1of 2

KONSEP KITARAN NUTRIEN Iaitu kitaran bahan kimia/unsur kimia yang ada dalam biosfera/ sesebuah ekosistem yang

berlaku secara berterusan dan berkesinambungan melalui tiga fasa dalam edaran yang lengkap dan sempurna. Iaitu kitaran oksigen, kitaran Nitrogen dan kitaran karbon. Bahan-bahan yang ada di dalam sesebuah ekosistem akan berkitar bersama-sama dengan kitaran makanan. Ia boleh berubah bentuk dan posisi yang akhirnya kembali ke tempat asalnya Sesebuah ekosistem menyediakan tapak untuk melengkapkan kitaran nurien melalui interaksi antara komponen biotik dan abiotik. Kitaran ini boleh berlaku di dalam sesebuah ekosistem (intra-ekosistem) dan di antara beberapa ekosistem.( inter-ekosistem) a) Kitaran Nitrogen (contoh dalam ekosistem pertanian) Fasa atmosfera- nitrogen wujud di atmosfera sebagai gas yang tidak boleh digunakan secara langsung oleh kebanyakan organisma. Nitrogen di atmosfera datang dari kilat, aktiviti perindustrian dan bakteria pengurai nitrogen dan juga pembakaran hutan. Fasa biosfera (manusia/tumbuhan/haiwan)- tumbuhan mendapat nitrogen melalui akar dalam bentuk ammonia atau nitrat dan ditukar kepada molekul organik (asid ammonia, protein dan lain-lain). Nitrat ke dalam tanah juga melalui bakteria pengikat nitrogen pada tumbuhan kekacang. Nitrat ini di serap oleh akar tumbuhan seterusnya tumbuhan dimakan oleh haiwan. Bahan kumuhan haiwan /manusia juga mengandungi ammonia. Fasa dalam tanah- Organisma mati mengalami proses pereputan menghasilkan ammonia atau nitrat ke dalam tanah. Nitrat ke dalam tanah juga daripada bakteria pengikat nitrogen menghasilkan baja nitrat dan baja ini akan diserap oleh tumbuhan terutama dalam aktiviti pertanian. b)Kitar Oksigen Oksigen yang terdapat dalam atmosfera/udara untuk pernafasan oleh haiwan dan manusia. Oksigen ini terhasil daripada proses fotosintesis oleh tumbuhan. Manusia bernafas membebaskan karbon dioksida, karbon dioksida juga terhasil dari proses pengaratan, proses pereputan dan proses pembakaran. Karbon dioksida ini digunakan /diambil oleh tumbuhan untuk fotosintesis. Melalui proses fotosintesis tumbuhan membebaskan oksigen ke atmosfera. c)Kitar Karbon Karbon dalam atmosfera dalam bentuk gas karbon dioksida yang terhasil daripada aktiviti pembakaran terutama yang menggunakan bahan api fosil dan juga dari proses pereputan jirim organik yang telah mati. Gas karbon dioksida ini digunakan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis bagi menghasilkan makanannya sendiri untuk proses pembesaran. Tumbuhan ini dimakan oleh organisma hidup iaitu haiwan. Apabila semua organisma hidup ini mati akan mengalami proses pereputan dan akan menghasilkan mendapan berkarbon minyak, arang batu, bahan gambut dan lain-lain dalam tanah dan bahan ini akan digunakan pula untuk aktiviti pembakaran yang akan menghasilkan gas karbon dioksida semula ke atmosfera.

KEPENTINGAN SEKITAR 1.

KITAR

NUTRIAN

DALAM

KESEIMBANGAN

ALAM

Kitar nutrien penting untuk keseimbangan sesuatu ekosistem alam sekitar kerana ianya melibatkan interaksi dan kebergantungan antara satu sama lain komponen-komponen biotik dan abiotik secara seimbang. Keseimbangan yang berlaku dalam kitar tenaga sesebuah ekosistem juga berlaku dalam kitar nutrien. ini juga mesti mencapai tahap keseimbangan, jika tidak ekosistem itu menjadi tidak stabil Contoh kepentingan ekosistem hutan kepada alam sekitar ialah: a. Membekalkan oksigen - tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesis b. Mengawal hakisan/menstabilkan muara sungai/ pesisir pantai pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sedimen dan mencengkam struktur tanah di kawasan pesisir pantai tersebut. c. Menghalang angin kencang hutan bakau sebagai zon penampang yang boleh menghalang tiupan angin kencang dari laut ke kawasan pedalaman d. Penapis bahan pencemar hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian nitrogen dan fosforus. e. Habitat pelbagai jenis hidupan air. Berfungsi sebagai tempt pembiakan dan perlindungan pelbagai jenis udang, ketam, kepah, kerang dan lain-lain. Kawasan ini sesuai untuk pembiakan kerana air yang tenang dan banyak plankton sebagai sumber makanan.

2.

3.

You might also like