You are on page 1of 12

KONSEP NEGARA BERDAULAT Negara tersebut bebas dan berkuasa untuk mengurus, membangunkan dan mentadbir sendiri negara

tanpa campur tangan kuasa asing.

Negara tersebut mempunyai kebebasan untuk membentuk dan mencorak dasar negara.

Negara tersebut bebeas menjalin hubungan erat dengan sebarang negara- negara lain di dunia ini.

Negara tersebut bebas bersuara dan memberi pandangan dalam forum- forum antarabangsa.

Negara tersebut bebas menyumbang kewangan, tenaga dan sebagainya demi keamanan manusia dan dunia.

PERANAN MENJAGA KEDAULATAN NEGARA Menjaga dan mempertahankan kedaulatan Negara adalah menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk pemerintah, masyarakat dan setiap individu yang mengaku dirinya warganegara Malaysia. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti berikut: PEMERINTAH Memperkukuh sistem pertahanan dan keselamatan negara. Menganjur program atau aktiviti untuk menanam semangat. Memperkukuh ekonomi negara Mewujudkan sistem sosial dan pendidikan yang boleh melahirkan modal insan bertaraf dunia

MASYARAKAT Menjaga dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Membantu menjayakan usaha- usaha kerajaan dalam bidang keselamatan, ekonomi dan sosial

INDIVIDU Cinta akan negara, bersemangat patriotik dan sanggup berkorban untuk negara. Menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi semasa. Menjaga akhlak supaya tidak terlibat dalam gejala sosial.

Kedaulatan negara yang dinikmati sekarang ialah hasil usaha pemimpin- pemimpin dan pejuang- pejuang terdahulu yang sanggup berkorban dan bertolak ansur demi memelihara dan mendaulatkan negara. Oleh itu, generasi hari ini perlulah berusaha memelihara dan mengekalkan kedaulatan negara yang sedang dinikmati supaya kedaulatan ini kekal dan tidak tergugat sama sekali. Prinsip- prinsip Rukun Negara hendaklah dihayati dan diamalkan kerana Rukun Negara merupakan teras dan panduan bagi kita mengekalkan kedaulatan negara.

MENGAMALKAN RUKUN NEGARA Negara kita mendukung cita-cita bagi mencapai perpaduan yang lebih erat, mencipta masyarakat yang adil, mengekalkan tradisi dan kebudayaan pelbagai kaum serta membina sebuah masyarakat progresif berasaskan sains dan teknologi moden. Cita-cita ini tidak mungkin tercapai sekiranya tiada perpaduan dan sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Hilangnya timbang rasa dan wujudnya syak wasangka yang keterlaluan antara satu sama lain boleh memusnahkan hubungan baik sesama kita. Rukun Negara yang menajdi idealogi kebangsaan mengandungi prinsip-prinsip untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, setia kepada raja dan negara, mematuhi undang-undang, bersopan dan bermoral demi memelihara kedaulatan negara.

SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

Kedatangan penjajah ke negara kita telah menyebabkan berlakunya jurang ekonomi dan sosial antara kaum.

Para penjajah tidak mengamalkan perpaduan kaum. Setiap kaum tertumpu pada bidang kerja masing- masing dan tidak diberi peluang mengenali antara satu sama lain. Mereka tidak dapat mengenali budaya, agama mahupun cara hidup kaum lain.

Maka, tercetuslah perselisihan faham pada 13 Mei 1969. Darurat diisytiharkan dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan.

MAGERAN tekah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk menilai dan membincangkan tentang perpaduan negara.

Selepas itu, MPN telah memperkenalkan Rukun Negara

KRONOLOGI PENGISYTIHARAN RUKUN NEGARA

Berlakunya Peristiwa 13 Mei pada 13 Mei 1969

Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1971

Pengisytiharan Darurat pada 16 Mei 1969

Majlis Perundingan Negara ditubuhkan pada 29 Julai 1970

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan pada 17 Mei 1969

Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan pada 18 Julai 1969

PENGISYTIHARAN RUKUN NEGARA Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MATLAMAT RUKUN NEGARA Matlamat pembentukan Rukun Negara adalah untuk mengembalikan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, pembentukan Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat yang demokratik, adil, progresif dan bersikap terbuka. Rukun Negara juga sebagai ideologi kebangsaan menjadi panduan untuk mewujudkan negara yang bersatu padu dan berdaulat. PRINSIP- PRINSIP RUKUN NEGARA

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesopanan dan Kesusilaan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Kedaulatan Undangundang

Keluhuran Perlembagaan

Bagi mengelakkan berulangnya tragedi 13 Mei, rakyat Malaysia perlu menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan harian. Hal ini menjadi kunci perpaduan dan membina negara bangsa. Salah satu cara mengajak rakyat Malaysia menghayati dan mengamalkan Rukun Negara adalah dengan melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Negara. Sasaran utama kempen ini ialah golongan murid sekolah, remaja dan belia. Melalui kempen ini diharapkan dapat mewujudkan negara yang harmonis dan membentuk masyarakat yang bersatu padu, hormat-menghormati dan mempunyai jati diri. Secara tidak langsung perpaduan ini dapat membantu memacu pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan kestabilan politik negara.

PRINSIP- PRINSIP RUKUN NEGARA DAN KEPENTINGANNYA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membezabezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. KELUHURAN PERLEMBAGAAN Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau manamana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi

rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. KEDAULATAN UNDANG UNDANG Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undangundang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. KESOPANAN DAN KESUSILAAN Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

AMALAN- AMALAN PRINSIP- PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM KEHIDUPAN

Semua rakyat mestilah menghormati para pemimpin. Semua rakyat mestilah berpegang teguh pada ajaran agama masing- masing. Semua rakyat mestilah saling menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Semua rakyat sanggup bekorban demi keamanan dan keselamatan negara. Semua rakyat mestilah menentang ancaman luar yang boleh merosakkan perpaduan dan keselamatan negara. Semua rakyat mestilah patuh pada undang- undang dan perlembagaan negara.

CIRI- CIRI WARGANEGARA YANG BERTANGGUNGJAWAB

MEMPUNYAI JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA Jati diri dapat membantu rakyat mengukuhkan perasaan cinta terhadap bangsa, agama dan negaranya. Jati diri dapat mengukuhkan kesetiaan rakyat terhadap bangsa, agama dan negaranya. Jati diri dapat menangkis cabaran globalisasi agar bangsa negara kita tidak hilang identitinya.

MEMILIKI CIRI KEROHANIAN YANG MANTAP DAN TEGUH Kerohanian yang mantap membantu rakyat menghadapi apa jua cabaran. Kerohanian yang mantap mengelakkan rakyat mudah tunduk kepada tekanan emosi. Kerohanian yang mantap menyebabkan seseorang itu tidak mudah berputus asa.

MEMPUNYAI NILAI- NILAI MURNI Nilai- nilai murni yang diamalkan dapat memudahkan rakyat menjalinkan kerjasama dengan orang lain. Penerapan nilai- nilai murni dapat melahirkan rakyat yang sempurna yang dapat membantu membangunkan negara.

MELENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU DAN KEMAHIRAN Memiliki ilmu pengetahuan dan teknologi agar mampu bersaing dengan negara lain.

BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN NEGARA Berbangga dengan pencapaian negara dalam pelbagai bidang. Berbangga dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

KESAN- KESAN POSITIF JIKA RAKYAT MALAYSIA MENGAMALKAN NILAI NILAI MURNI DALAM KEHIDUPAN

Anda dapat membantu pembangunan negara. Anda akan dihormati oleh orang lain. Anda akan disenangi oleh orang lain. Anda mudah menjalinkan kerjasama dengan orang lain.

KESAN- KESAN NEGATIF JIKA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENGAMALKAN NILAI- NILAI MURNI DALAM KEHIDUPAN

Anda tidak dihormati orang lain. Anda akan dibenci masyarakat. Anda sukar menjalinkan kerjasama dengan orang lain. Pelabur luar tidak melabur di negara kita. Pelancong tidak mahu datang melancong ke negara kita.

10

MENGAMALKAN CIRI- CIRI PEWARIS NEGARA YANG BERTANGGUNGJAWAB

JATI DIRI Meletakkan kedudukan Bahasa Malaysia di tempat yang dihormati. Menghormati peraturan, tradisi dan undang- undang negara. Berkomunikasi dengan selesa di antara pelbagai kaum, agama dan budaya. Menyokong segala hasrat dan cita- cita negara, Mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri. KEROHANIAN Tidak gentar menghadapi cabaran. Tidak tunduk kepada tekanan. Tidak mudah berputus asa. NILAI- NILAI MURNI Melibatkan diri dalam aktiviti gotong- royong. Jangan mengamalkan rasuah. Mematuhi peraturan jalan raya. Menjaga atau mempertahankan kedaulatan negara. BERILMU PENGETAHUAN DAN BERKEMAHIRAN Kemahiran pelbagai bidang. Sains dan teknologi. Agama. Ekonomi.

11

CIRI- CIRI PEWARIS NEGARA

Sanggup berkorban demi negara. Bersungguh- sungguh berkhidmat untuk negara.

Berani untuk menghadapi musuh negara. Mengharumkan nama negara. Bersikap gigih dan cekal demi pembangunan negara. Membantu golongan yang memerlukan.

Berusaha bersungguh- sungguh mempertahankan negara.

12

You might also like