You are on page 1of 6

LAMPIRAN 1 PROFIL WALI SONGO 1.SUNAN GRESIK A.

Nama asal: Malik Ibrahim (tarikh wafat, 1419 bersamaan 12 Rabiulawwal 822M) B. Gelaran : Syeikh Maulana Malik Ibrahim @ Makdum Ibrahim Asmara (Samarkand) Terkenal sebagai Sunan Gresik atau Datuk Bantal C. Asal usul : Turki@ Parsi @Tanah Arab @Gujarat D. Tinggal menetap : Gresik, Jawa E. Profesyen: Juru dakwah F. Watak : Lemah lembut, pengasih dan ramah kepada semua orang, penolong fakir miskin dan dihormati oleh pangeran dan para sultan G. Ketokohan/Pengalaman: Kuat beribadat sehingga bergelar Waliyullah, Berdakwah di Campa, Melaka hingga ke Jawa/ ahli pertanian/ahli pengubatan/tokoh masyarakat yang disegani H. Sumbangan: Berjaya mengislamkan sebahagian besar rakyat Gresik Mendirikan masjid di Gresik Mengasaskan pesantren pertama di Jawa Menghapuskan tradisi pengorbanan gadis kepada Dewa Hujan Mengadakan sistem pengairan di Gresik Penaung Wali Songo I. Peninggalan: Makam Sunan Gresik di Desa Gapura 2.SUNAN AMPEL A. Nama asal: Raden Rahmat @ Sayyid Ali Rahmatullah, hasil perkahwinan Sayyid Ibrahim bin Sayyid Jamaludin Asmarakani (Samarkandi) dengan puteri raja Champa (Dewi Candrawulan) B. Gelaran : Sunan Ampel @ pangeran Majapahit bergelar Raden C. Asal usul : Lahir di Champa, sekitar 1401M sebagai putera raja, meninggal 1478M@1481M D. Keturunan : Ulama Samarkand E. Perkahwinan: Berkahwin dengan Dewi Candrawati @ Nyai Ageng Manila mendapat 6 anak; 1. Maulana Makdum Ibrahim @ Sunan Bonang 2. Raden Qasim @ Sunan Drajat 3. Maulana Ahmad @ Sunan Lamongan 4. Siti Mutmainnah 5. Siti Alwiyah 6. Siti Asyikah, isteri Raden Patah Berkahwin dengan Nyai Karimah, puteri Ki Wiryosarojo @ Ki Ageng Supa Bungkul dikurniakan 2 anak; 1. Dewi Murtasiah dikahwinkan dengan Sunan Giri 2. Dewi Mursimah dikahwinkan dengan Sunan Kalijaga. F. Tinggal menetap di Ampel G. Profesyen: Penguasa Daerah/Pendakwah

H. Watak: seorang muslih ijtimaiy, sederhana, tegas mengikut syariat, tasamuh dalam metod dakwah, berhikmah I. Ketokohan/pengalaman:Mufti Tanah Jawa/penaung Wali Songo selepas Maulana Malik Ibrahim, Kuat beribadat sehingga bergelar Waliyullah J. Sumbangan: Mendirikan masjid di Ampeldenta Mendirikan pesantren mendidik bangsawan dan pangeran Memperkenalkan falsafah Mo Limo Pencetus kepada kelahiran kerajaan Islam Demak Membantu mendidirikan masjid Agung Demak 1477M Memperkenalkan huruf Pegon K. Peninggalan: Masjid Sunan Ampel di Ampeldenta (1450M), salah satu tiang dinamakan dengan nama Sunan Ampel Makam Sunan Ampel di kompleks Masjid Ampel

3.SUNAN BONANG A. Nama asal: Maulana Makdum Ibrahim B. Gelaran: Sunan Bonang C. Asal usul: Anak kepada Sunan Ampel dengan Nyai Ageng Manila, (lahir 1465Mmeninggal 1525M) D. Keturunan : Pangeran Majapahit, Bangsawan E. Tinggal menetap : di Tuban F. Profesyen: Pendakwah di Tuban/penggiat seni G. Watak: Berjiwa seni, sabar, H. Ketokohan/pengalaman: Berguru dengan Sunan Ampel dan ulama besar Pasai I. Sumbangan: Mendirikan pesantren di Tuban, latihan kader dakwah Menggunakan pendekatan seni muzik dan dendangan lagu untuk berdakwah Menukar nama-nama hari atau tahun yang berbau Hindu Menyusun karya Suluk Sunan Bonang @ Suluk Wragul Menghasilkan karya kisah ulama dan hikayat berunsur keislaman Memakmurkan masjid Demak sebagai pusat kegiatan politik para wali J. Peninggalan : Makam Sunan Bonang di empat tempat (Tuban, Lasem, Bawean dan Madura) Suluk Sunan Bonang di Perpustakaann Leiden, Belanda Dendangan lagu; Ubat sakit jiwa itu ada lima jenisnya, Pertama, membaca al-Quran dengan ertinya, Kedua, mengerjakan solat malam Ketiga, sering bersahabat dengan orang soleh Keempat, harus sering berprihatin

Kelima, sering berzikir mengingati Allah di waktu malam 4. SUNAN GIRI A. Nama asal: Radin Paku bin Syeikh Maulana Ishak B. Gelaran: Raden Paku @ Sunan Giri @ julukan Ainul-yaqin @Prabu Satmata @ Sultan Abdul Fakih @ Ratu Tunggal Khalifatul-Mukminin bin Sayyid Yakub alias Syeikh Wali Lanang alias Maulana Salam dari Blambangan C. Asal usul: dari Syeikh Maulana Ishak berkahwin dengan Dewi Sekardadu (puteri Prabu Menak Sembuyu) dari Blambangan, asal usul keluarga tidak diketahui dengan pasti, lahir pada 1442M dan meninggal pada 1680M. D. Keturunan: Bayi yang terapung diambil oleh Nyai Ageng Manila (isteri Sunan Ampel) E. Tinggal menetap di : Giri F. Perkahwinan: Pernah bernikah dua kali dalam sehari. G. Watak : Pemurah, pemaaf, seorang fakih, berpegang tegah dengan sumber Qur`an dan Sunnah yang sohih, tegas dalam penghukuman H. Sumbangan : Membangunkan pesantren dan masjid di Giri Gajah Menyebarkan ajaran Islam di Jawa dan luar Jawa Mencipta gending (paduan alunan muzik dan syair) Mencipta mainan dan lagu-lagu dolanan untuk menyampaikan Islam kepada kanak-kanak Mendirikan kerajan Giri, digelar sebagai Giri Kedaton Raja pertama bergelar Prabu Satmata memerintah selama 20 tahun ( 14871506) Diangkat sebagai pemimpin wali Songo atau mufti Jawa selepas Sunan Ampel Menjadi hakim dalam kes pengadilan Syeikh Siti Jenar, seorang wali yang dianggap murtad I. Peninggalan : Masjid Makam Sunan Giri di Giri Gajah Makam Sunan Giri Gapura dan pintu masuk makam

5.SUNAN DRAJAT A. Nama asal; Sharaifudin @ Raden Qasim B. Gelaran: Sunan Drajat C. Asal usul: Anak kepada Sunan Ampel, saudara tiri Sunan Bonang, meninggal 1522M D. Watak : berjiwa rakyat, rendah hati, dermawan, hidup sederhana, lemah lembut E. Perkahwinan: Berkahwin dengan Dewi Sofiah dikurniakan 3 orang anak, salah seorang

Pangeran Trenggono menjadi sultan Demak yang terkenal. F. Profesyen: Pendakwah/penggiat seni G. Sumbangan: Berjuang mengislamkan seluruh tanah Jawa Giat mengimarah masjid Demak Menggunakan seni rakyat, Gending Pangkur untuk berdakwah H. Peninggalan :Kompleks Makam Sunan Drajat di Desa Drajat Kata-kata petunjuk; Berilah tongkat pada yang buta Berilah makan pada yang lapar Berilah pakaian pada yang telanjang Berilah tempat berteduh bagi yang kehujanan

6. SUNAN KALIJAGA A. Nama asalnya: Raden Said, putera Adipati Tuban, Temenggung Wilatikta (Raden Sahur) B. Gelaran: Sunan Kalijaga @ Raden Abdurrahman @ Pangeran Tuban @Brandal Lokajaya @ Wali Pujangga @ Syeikh Malaya C. Asal usul: Lahir di Jepara berketurunan ulama D. Watak; seorang cerdas dan pintar; mempunyai pelbagai kecekapan, berjiwa rakyat dan berkorban untuk golongan miskin, sebelum bergelar wali beliau sanggup merompak harta orang-orang kaya untuk dibahagibahagikan kepada fakir miskin. Beliau disedarkan dengan kata-kata, Jika kau mencuci pakaianmu yang kotor dengan air kencing, apakah tindakamu itu benar? E. Profesyen : Pendakwah/Ahli budaya/ F. Sumbangan : Sebagai mubaligh yang menyiarkan Islam secara mengembara Menggunakan pendekatan dakwah yang sederhana dan mudah Kesenian rakyat seperti gamelan, gendang, dendangan lagu sebagai alat Dakwah. Sebagai ahli budaya beliau mencipta; fesyen pakaian taqwa, mencipta lagu yang menggabungkan melodi Arab dan Jawa, mencipta seni ukir, gemelan, beduk di masjid, gerebek maulud, gong Sekaten, wayang kulit dan sebagai dalang. G. Peninggalan: Masjid Kadilangu, Demak (dulunya sebuah langgar ) Makam Sunan Kalijaga di desa Kadilangu, Demak

7. SUNAN KUDUS 4

A. Nama asalnya: Jaafar Sadiq, putera kepada Raden Uthman yang bergelar Sunan Ngudung di Jipang-panolan (meninggal 1550 @ 1628) B. Gelarannya: Sunan kudus @ Waliyatul-ilm @Amirul Hajj C. Watak: seorang yang alim, bersikap terbuka dan bertoleransi tinggi D. Profesyen: Pendakwah yang alim dalam ilmu fikh, usul, hadis dan mantiq, ketua rombongan haji, pencinta seni, mencipta Gending Mijil untuk berdakwah, panglima perang E. Sumbangan: Menyampaikan secala halus dan luwes Pendekatan dakwah secara tadarruj Mengislamkan penduduk Kudus yang beragama Hindu dan Budha Sebagai Senopati @ panglima Perang Kerajaan Demak Bintoro memimpin peperangan melawan Majapahit. F. Peninggalan: Masjid Menara Kudus di Kudus (al-Quds) Menara Masjid Kudus Makam Sunan Kudus 8.SUNAN MURIA A. Nama asalnya: Raden Umar Said, putera kepada Sunan Kalijaga dengan Dewi Saroh. B. Gelaran: Sunan Maria @ Raden Prawoto C. Watak: memilik kekuatan fizikal yang luar biasa, pencinta seni, kesaktian yang tinggi D. Perkahwinan: Beliau berkahwin dengan Dewi Sujinah, puteri Sunan Ngudung dan memperolehi seorang putera Pangeran Santri (Sunan Ngadilangu) E. Sumbangan : Menjalankan dakwah kepada para pedagang, nelayan dan rakyat jelata Mengambil pendekatan halus dalam berdakwah Mencipta Gending Sinom dan Kinanthi untuk berdakwah F. Peninggalan: Masjid dan Makam Sunan Maria terletak di atas bukit Muria di Kudus 9. SUNAN GUNUNG JATI A. Nama asalnya: Muhammad Nuruddin, Syeikh Nurullah, Sayyid Kamil, Bulkiyyah, Syeikh Madzukurullah, Syarif Hidayatullah, Makdunm Jati. Lahir sekitar 1450M@ 1448M, meninggal sekitar 1568M. B. Gelaran: Sunan Gunung Jati @ Faletehan atau Fatahillah (mungkin menantu beliau) dan Syarif Hidayatullah 5

C. Ketururunan: Ayah beliau adalah Syarif Abdullah bin Jamaluddin Akbar (Gujarat, India) dan silsilah keturunan berasal dari Hadramaut dan bertemu dengan Rasulullah (SAW) melalui Imam Husain. D. Perkahwinan: Berkahwin bebepa kali, kahwin dengan Nyai Kawunganten memperolehi Ratu Wulung dan Maulana Hasanuddin yang kemudiannya menjadi Sultan Banten. Kahwin dengan dua orang puteri Cirebon, kahwin dengan Nyi Mas Tepasari dan dikatakan kahwin dengan seorang puteri China. E. Watak: ulama yang karismatik, wali pendakwah dan raja, negarwan yang baik F. Sumbangan : Beliau berperanan membangun kota Cirebon sekembali belajar di Timur Tengah kerana kota ini tiada pewarisnya Penyebaran Islam melalui kuasa politik e.i mengislamkan daerah Priangan Berperanan sebagai hakim kepada kes Syeikh Siti Jenar Berperanan membentuk armada Kesultanan Banten, Demak dan Cirebon dengan misi mengusir Portugis Sebagai pengasas konsep negara Islam, Kesultanan Banten maju dan makmur sampai puncaknya 1650-1680M G. Peninggalan: Masjid Agung Cirebon Makam Sunan Gunung Jati

DAFTAR KATA Bonang: Sejenis gamelan yang berbonjol dan berwarna kuning di tengahnya Sunan : Yang dijunjung tinggi atau ikutan masyarakat setempat Wali : Orang yang sangat dekat dengan Allah

You might also like