You are on page 1of 31

Pengenalan kepada Anatomi dan Fisiologi Anatomi Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan

antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani iaitu ana yang bermaksud asingkan dan tome yang bermaksud memotong. Anatomi yang sentiasa dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti: o sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya o sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus o sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung dan salur darah o sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas o sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan o sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak

Fisiologi Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh. Secara amnya, tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbezakompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia.Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekul-molekul.Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khususuntuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yangberbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semuakehidupan. Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu selsahaja, manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupamengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum.Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yangberbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organorgantertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuhyang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistemorgan ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggiorganisasi struktural, iaitu manusia.Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani iaitu ana yang

bermaksud asingkan dan tome yang bermaksud memotong. Anatomi yang sentiasa dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti: o sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya o sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus o sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung dan salur darah o sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas o sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan o sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak

Matlamat Tugasan Anatomi dan Fisiologi ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelatih lebih memahami struktur-struktur tubuh badan, fungsi-fungsinya melalui teori dan amali serta mengetahui dan menguasai kemahiran asas sukan atau permainan dengan baik.

Objektif Melalui tugasan Anatomi dan Fisiologi ini kita dapat: 1. Mengetahui konsep, sejarah dan perkembangan Anatomi dan Fisiologi. 2. Memupuk semangat patriotisme melalui permainan. 3. Mengetahui cara pengurusan dan pengelolaan sukan. 4. Memahami kesan psikologi dan sosiologi sukan yang mempengaruhi gerak laku manusia dan prestasi sukan. 5. Mengetahui hubung kait antara sistem tubuh badan dengan pergerakan. 6. Memahami kesan senaman ke atas fisiologi tubuh badan dan kaitannya dengan prestasi sukan. 7. Mengamalkan aktiviti fizikal dan memahami kesannya terhadap kehidupan dan kesihatan diri. 8. Memahami dan mengaplikasi prinsip dan kaedah latihan. 9. Memahami dan mengamalkan prinsip asas keselamatan dan mengurangkan risiko kecederaan sukan. 10.Memahami pembelajaran proses lakuan motor dan asas kawalan pergerakan.

Pengenalan kepada Sistem Tulang, Sistem Sendi dan Sistem Otot Terdapat banyak sistem di dalam tubuh badan kita. Antaranya, sistem rangka yang terdiri daripada tulang, sendi dan otot merupakan sistem yang penting bagi tubuhbadan kita. Tulang, sendi dan otot memainkan peranan yang berbeza. Iaitu tulang berfungsi sebagai bentuk sistem rangka yang menyimpan mineral, menghasilkan seldarah merah, memberi perlindungan kepada organ dalaman, menyokong postur badandan membantu pergerakan.

Manakala sendi merupakan titik pertemuan antara tulang atau rawan dengan tulang. Struktur sendi dipengaruhi rapat oleh hubungan pada titik pertemuan pergerakan dan pergerakan ditentukan oleh kelenturan tisu ligament dan tendon.Sendisendi berada di bahu, siku serta pergelangan tangan dan kaki.

Apabila kita membuat suatu pergerakan, otak akan menghantar utusan kepada otot, dan otot akan mengecut atau mengendur. Selain itu, tulang juga akan bergerak bersama dengan otot pada masa yang sama.

Sistem Tulang

Kandungan Tulang o Bahan Organik : sel-sel tulang, serat dan bahan dasar termasuk glikoprotein glikosaminoglikin. o Bahan Bukan Organik : garam mineral seperti kalsium karbonat dan kalsium fostat. o Kalsium dan fosfurus adalah bahan-bahan mineral yang membentuk struktur badan manusia. Gabungan kedua-dua bahan ini menjadi tulang keras dan tegap.

Klasifikasi Tulang Terbahagi kepada 2 bahagian : 1. Rangka paksi ( Axial skeleton ) 80 tulang 2. Rangka anggota ( Appendicular skeleton ) -126 tulang Axial : sokongan, tengkorak, vertebra, sternum, tulang rusuk, lebih teguh, medial longitudinal axis Appendicular : rangka untuk pergerakan, tangan, kaki, pelvic girdles, kecederaan boleh berlaku dan lebih serious.

Jenis-jenis Tulang o Tulang panjang : tangan, peha, betis o Tulang pendek : pergelangan tangan atau kaki o Tulang tak sekata : sakrum, vertebra, koksil o Tulang pipi/leper : skapula, strenum o Tulang bulat : patela

Tulang-tulang kita digabung oleh ligamen-ligamen. Iaitu tisu-tisu berfiber yang menyambung dua atau lebih tulang. Tisu ini adalah liat dan kuat dan berwarna putih atau kuning pucat. Manakala tendon merupakan tisu penyambung yang

menyambung otot ke tulang. Ia adalah jalur tisu yang kuat dan berwarna putih. Tendon bersifat tidak kenyal tetapi tidak boleh melentur. Selain itu, sendi juga merupakan titik pertemuan antara tulang atau rawan dengan tulang. Struktur sendi dipengerahui rapat oleh hubungan pada titik pertemuan pergerakan dan pergerakan ditentukan oleh kelenturan tisu ligamen dan tendon. Oleh itu, apabila kita membuat suatu pergerakan, banyak struktur tubuh badan kita akan terlibat dan berfungsi secara tidak perasan.

Sistem Sendi

Sendi dibahagikan kepada tiga jenis iaitu diathroses atau gerakan bebas ( pergerakan pelbagai arah ), amphiathroses atau gerakan terhad ( pergerakan yang sedikit ) dan synarthroses atau tidak bergerak ( dua tulang akan rapat tetapi tiada pergerakan ).

Jenis-jenis sendi o Sendi paksi sendi antara Atlas o Sendi lengsung sendi di bahu ( skapula, humerus ) o Sendi engsel sendi siku ( humerus, ulna ) o Sendi elipsoidal sendi pergelangan tangan ( radiokarpus ) o Sendi pelana sendi di tapak tangan dan metakarpus ibu jari ) o Sendi melongsor sendi pergelangan tangan

Gerakan sendi o Sendi lesung ( bahu ) ekstensi, fleksi, rotasi, abduksi, aduksi o Sendi engsel ( siku ) ekstensi, fleksi o Sendi elipsoid ( radiokarpus ) fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi o Sendi pelana ( tapak tangan, jari ) fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi o Sendi melongsor ( karpus ) hanya melongsor, tidak mempunyai paksi o Sendi paksi pergerakan putaran seperti roda pada paksi ( atlas dengan aksis )

Sistem Otot

Otot Sebahagian besar dari berat tubuh manusia terdiri daripada tisu otot. Tisu otot boleh dibahagikan kepada beberapa jenis :

1. Otot jantung / kardiak ( cardiac muscle ) Otot ini merupakan sejenis otot bebas istimewa yang boleh bertindak tanpa rangsangan saraf, tetapi kuncupannya boleh dicepatkan atau dilambatkan dengan kuasa sistem saraf otonomi. Fungsi utamanya adalah untuk mengepam darah ke keseluruhan badan.

2. Otot licin ( smooth muscle ) Otot licin juga dikenali sebagai otot perut, otot luarkawal atau otot tanpa jalur. Ia hanya terdapat pada dinding saluran pencernaan,saluran darah dan juga kelopak mata. Tindakan otot jenis ini bergantung kepada kawalan Sistem Saraf Otonomi dan gerakannya tidak dapat dikawal dengan kemahuan diri kita.

3. Otot rangka ( skeletal muscle ) Otot rangka juga dikenali sebagai otot terkawal atau otot berjalur. Ia membaluti keseluruhan sistem rangka tubuh dan berfungsi dalam pergerakan rangka badan. Tindakan otot ini bergantung kepada kawalan Sistem Saraf Pusat dan gerakannya boleh dikawal dengan kemahuan diri kita.

Klasifikasi otot o Fleksor o Ektensor o Abduktor o Adduktor o Retraktor o Protaktor

Jenis kontraksi Isometrik pengecutan otot tanpa melibatkan sendi tidak ada pergerakan. Isotonik melibatkan pergerakan otot anggota badan, 2 jenis konsentrik ( otot pendek bila gerakan halang ) dan esentrik ( otot memanjang ). Isokinetik pengecutan otot melibatkan bantuan alatan. Otot-otot sentiasa dalam keadaan regang.

Kemahiran sukan yang dipilih (Lompat Jauh) Pengenalan kepada lompat jauh Olahraga merupakan satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari,melompat dan membaling (Wee Eng Hoe dalam buku ditulis Mohd Ramli Nordin, 1993). Pertandingan olahraga yang terawal dalam sukan Olimpik Kuno melibatkan acara larian yang di kenali sebagai stade dengan jarak melibatkan 192 meter. Manakala menurut The Encyclopedia Of Sports, seorang ahli Chionis telah dicatatkan sebagai orang pertama yang membuat acara lompat jauh pada 656 sebelum Masihi dengan ukuran 7.0485 meter. Acara sukan lompat jauh pada asalnya dikenali dengan nama lompatan luas atau broad jump. Ianya merupakan salah satu sukan yang merangkumi aspek kelajuan, kekuatan dan ketangkasan untuk mendarat sejauh mungkin dari tempat pelepasan. Peserta akan berlari pada tahap maksima di atas permukaan yang bergetah sebagai trek larian dan melakukan lompatan sejauh mungkin melalui papan kayu yang dijadikan sebagai tempat takeoff dan mendarat di atas pasir. Tempat jatuhan peserta akan ditanda dan ia menunjukkan jarak yang dibuat oleh peserta dari tempat pelepasan. Sukan lompat jauh ini di bahagikan kepada empat bahagian yang berlainan. Ianya meliputi teknik larian (run), cara lonjakan (takeoff), layangan badan di udara (flight) dan teknik mendarat (landing). Larian yang laju dan lompatan yang tinggi semasa membuat pelepasan adalah asas kepada kejayaan dalam acara lompat jauh. Dengan sebab itu maka tidak hairanlah apabila kita dapat melihat ada pelari pecut boleh berjaya dalam acara ini contohnya Carl Lewis.

10

Gaya Lompatan Pada amnya terdapat tiga gaya lompatan iaitu : 1. Gaya layar biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam acara ini. 2. Gaya gantung digunakan oleh novis dan juga pakar. 3. Gaya tending kayun kayuh gaya yang hanya digunakan olh pakar sahaja

Litar Lompat Jauh

11

Pergerakan / kemahiran sukan Kemahiran sukan yang dipilih untuk dijadikan sebagai eksperimen ialah lompat jauh. Lompat jauh adalah salah satu daripada kemahiran sukan yang mempunyai fasa untuk melakukan lompatan. Fasa-fasa dalam kemahiran lompat jauh ialah fasa permulaan/penujuan, fasa lonjakan, fasa layangan dan juga fasa pendaratan.

1. Fasa permulaan/penujuan (run-up) Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar. Pada fasa ini terdapat penggunaan satah sagittal iaitu satah yang membahagikan badan kepada bahagian sinister dan deter (kiri dan kanan).

12

2. Fasa lompatan/lonjakan (take-off) Setibanya di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.

13

3. Fasa layangan (flight) Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.

14

4. Fasa pendaratan (landing) Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan, tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan agar punggung tidak menyentuh ke tanah semasa pendaratan.

15

Otot-otot yang terlibat semasa melakukan pergerakan lompat jauh 1. Fasa permulaan/penujuan (run-up) Semasa berlari, otot-otot yang terlibat dalam fasa ini tertumpu kepada penggunaan otot di bahagian kaki iaitu di betis individu. Semasa berlari, kaki akan menghayun ke hadapan dan ke belakang secara berselang seli di antara kaki kiri dan kaki kanan. Otot betis (gastrocnemius) pada salah satu kaki mengecut supaya tumit diangkat dan hujung kaki menolak ke bawah dan ke belakang menentang lantai atau tanah. Pada masa yang sama, otot ekstensor pada paha mengecut untuk meluruskan kaki. Otot fleksor (kuadriseps) pada paha kaki yang lain pula mengecut untuk membengkokkan kaki itu. Ini menyebabkan badan ditolak ke hadapan. Otototot yang terlibat ketika melakukan pergerakan ini ialah otot gastrocnemius dan soleus pada bahagian kaki manakala pada bahagian paha pula ialah otot kuadriseps. Tulang rangka femur di paha, tibia dan fibula di bahagian kaki juga terlibat dalam menyokong otot untuk bertindak untuk menghasilkan pergerakan. Semasa berlari, otot bahagian tangan juga terlibat sama. Otot di bahagian tangan yang terlibat ialah otot triseps dan biseps. Semasa berlari, tangan akan dihayun ke hadapan dan ke belakang secara berselang seli. Pada masa ini, tangan akan dibengkokkan menyebabkan otot biseps akan mengecut dan triseps pula akan mengendur. Apabila tangan diluruskan, otot biseps pula akan mengendur dan triseps akan mengecut. Tulang rangka yang terlibat adalah humerus dan sendi engsel turut membantu dalam melakukan pergerakan ini. Penguncupan otot-otot ini

menghasilkan pergerakan seperti berlari dan apabila ia berlaku dengan lebih cepat makan ia menghasilkan pergerakan yang lebih cepat seperti berlari.

16

2. Fasa lompatan/lonjakan (take-off) Semasa melakukan lompatan, otot yang terlibat adalah otot-otot di bahagian kaki, lutut, paha, betis dan juga punggung. Sebelum melonjak, individu terlebih dahulu merendahkan badan. Semasa membongkok untuk melonjak, otot dibahagian punggung iaitu gluteus maximus terlibat. Selain itu, otot di bahagian paha iaitu kuadriseps, fibularis longus dan tibialis anterior di bahagian betis, dan gastrocnemius di bahagian kaki. Otot-otot ini semuanya akan bertindak bagi membolehkan individu melonjak dan melakukan layangan sebelum mendarat. Di dalam fasa ini, tulang rangka yang terlibat adalah tendon dan patella di bahagian lutut. Tulang rangka menyokong otot untuk menghasilkan pergerakan. Selain itu, tulang femur menyokong otot kuadriseps, tibia dan fibula menyokong otot fibularis longus, tibialis anterior dan juga gastrocnemius. Tulang adalah tempat perlekatan otot.

17

3. Fasa layangan (flight) Semasa fasa layangan, individu akan mengerakkan tangannya ke hadapan untuk menyokong badan untuk bergerak ke hadapan. Otot yang terlibat ketika ini ialah otot biseps dan triseps pada tangan individu. Tangan individu dihayunkan ke hadapan. Semasa dalam keadaan bengkok, otot biseps akan mengendur dan triseps mengecut. Apabila dalam keadaan lurus, otot triseps pula yang akan mengecut dan biseps mengendur. Pengecutan dan pengenduran otot ini menghasilkan pergerakan iaitu hayunan tangan ke hadapan. Tulang rangka yang terlibat ialah humerus. Sendi engsel juga memainkan peranan penting dalam membantu otot-otot tangan untuk menghasilkan pergerakan. Selain itu, semasa melonjak dan melayang sebelum melakukan pendaratan, otot di bahagian paha juga terlibat iaitu otot kuadriseps dan tulang rangka femur. Selain itu, otot gastrocnemius dan tulang rangka calcaneal di bahagian kaki juga terlibat untuk membantu kayuhan kaki individu semasa layangan.

18

4. Fasa pendaratan (landing) Dalam fasa ini, kaki dan tangan akan digerakkan ke hadapan dan badan mula jatuh. Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan, tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan agar punggung tidak menyentuh ke tanah semasa pendaratan. Dalam fasa ini, otot yang terlibat adalah otot tangan dan kaki. Otot di bahagian tangan iaitu triseps dan biseps terlibat apabila tumit mencecah tanah, tangan akan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan pula agar punggung tidak akan mencecah tanah. Apabila tangan dibengkokkan, otot biseps akan mengecut dan triseps pula akan mengendur dan apabila tangan diluruskan maka otot biseps yang akan mengendur dan otot triseps akan mengecut. Selain itu, otot di bahagian paha iaitu kuadrisep juga terlibat apabila kaki digerakkan ke hadapan untuk melakukan pendaratan. Apabila melakukan

pendaratan, selain otot tangan, otot di bahagian paha, punggung dan juga kaki sangatlah berperanan penting. Otot kuadrisep, gluteus medius, gluteus maximus dan juga tulang rangka calcaneal dan juga metatarsal terlibat secara langsung apabila kaki digerakkan ke hadapan dan semasa tumit menjejak tanah, tangan digerakkan ke hadapan untuk membantu agar punggung tidak menyentuh tanah.

19

Otot yang terlibat semasa lompat jauh i. Otot tangan iaitu otot biseps dan triseps

ii. Otot-otot di bahagian kaki (gastrocnemius dan soleus)

20

iii. Otot-otot di bahagian punggung (gluteus muscles)

iv. Otot-otot yang terlibat di bahagian paha (kuadriseps)

21

v. Tulang Rangka yang terlibat di bahagian kaki

vi. Tulang yang terlibat di bahagian tangan

22

Satah Pergerakan Satah anatomi digunakan untuk menerangkan dan menganalisis pergerakan.Satah satah anatomi yang terlibat dalam pergerakan adalah seperti:

1.Satah Sagital Membahagikan tubuh badan secara vertical iaitu bahagian kanan dan kiri di mana setiap bahagian mempunyai jisim/berat yang sama. . 2.Satah Frontal Membahagikan tubuh secara vertical daripada bahagian depan dan belakang tubuh badan

3.Satah Tranvers Membahagikan tubuh badan melalui bahagian bawah dan atas secara horizontal dengan sama berat

23

Jenis pergerakan

sendi pada sagital pergerakan pada tangan semasa fasa

pergerakan di tunjukkan seperti dalam rajah dibawah:

24

Jenis pergerakan sendi satah pada sagital pada kaki pula adalah seperti yang dapat diperhatikan dibawah.

25

Kaitan dengan Sistem Tuas Semasa berlari, tangan akan digerakkan ke hadapan dan ke belakang secara berselang seli. Apabila tangan diangkat, bermakna tangan dalam keadaan bengkok. Dalam keadaan ini, siku dikatakan sebagai fulkrum, tangan sebagai beban dan otot di tangan iaitu biseps dan triseps adalah sebagai daya. Oleh itu, ia termasuk di dalam sistem tuas kelas pertama iaitu fulkrum terletak diantara daya dan juga beban. Hal ini menghasilkan pengecutan pada otot biseps manakala otot triseps dalam keadaan mengendur. Dengan itu, maka terhasillah pergerakan akibat daripada pengecutan dan pengenduran otot biseps dan triseps. Selain itu, semasa berlari juga otot di bahagian kaki juga terlibat. Semasa berlari, individu akan berlari menggunakan hujung kakinya. Dalam hal ini, hujung kaki adalah sebagai fulkrum, otot-otot di kaki sebagai daya dan beban badan sebagai daya. Oleh itu, ia termasuk pada sistem tuas ketiga iaitu daya terletak di antara fulkrum dengan beban.

26

Kesan-kesan fisiologi latihan tehadap tubuh badan manusia Dalam mencapai kecergasan yang optima seseorang itu perlu mengetahui dan merancang latihan secara saintifik dan bersistematik. Latihan itu perlu dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan serta disiplin yang tinggi untuk mencapai hasil yang sempurna. Maka adalah penting seseorang itu mengetahui dan mendalami kaedahkaedah dan jenis-jenis latihan yang sesuai. Di antara kesan-kesan fisiologi: i. Meningkatkan kekuatan otot Latihan seperti latihan beban yang dijalankan memberikan kesan kepada tubuh badan individu tersebut. latihan beban ini dapat meningkatkan kekuatan otot individu. Melalui latihan seperti leg press dan heel raise, individu dapat melatih otot-otot di bahagian kaki seperti otot kuadriseps dan gastrocnemius untuk menjadi lebih kuat lagi. Hal ini dapat meningkatkan keupayaan individu untuk berlari lebih pantas dan melonjak dengan lebih tinggi lagi. Latihan pliometrik yang merupakan latihan khas untuk otot-otot yang terlibat dalam aktiviti seperti otot di bahagian kaki dan paha untuk lompat jauh. Oleh itu, latihan tersebut dapat meningkatkan kuasa dinamik otot yang terlibat iaitu otot gastrocnemius, hamstring dan juga kuadriseps.

ii.

Meningkatkan dayatahan otot Selain daripada itu, latihan beban juga dapat meningkatkan dayatahan otot.

Selepas menjalani latihan beban, otot akan menjadi lebih tahan dan tidak mudah lesu. Dalam hal ini, terdapat latihan pliometrik yang dapat meningkatkan dayatahan otot yang terlibat dalam latihan seperti otot gastrocnemius, hamstring dan juga kuadriseps. Melalui latihan ini, otot akan menjadi lebih kuat dan tahan. Otot-otot yang terlibat tidak akan mudah lesu apabila melakukan lompatan.

27

iii.

Meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan Latihan beban ini juga dapat meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan

individu tersebut. Hal ini dapat membantu ketika fasa permulaan iaitu fasa larian sebelum melonjak kerana pada ketika itu individu mestilah berlari dengan pantas sebelum melonjak. Selain itu, dalam latihan pliometrik, individu dilatih dengan latihan lunge jump dan juga death drop jump. Otot di bahagian kaki terlibat secara langsung. Latihan melompat yang dilakukan ini dapat meningkatkan kelajuan individu apabila berlari terutamanya semasa fasa permulaan lompat jauh iaitu fasa larian. Kekuatan otot gastrocnemius dan juga hamstring serta kuadriseps juga akan lebih baik lagi. iv. Meningkatkan kuasa eksplosif Dapat meningkatkan kuasa eksplosif individu. Semasa fasa lonjakan, kuasa eksplosif diperlukan agar individu dapat melonjak dengan lebih tinggi. Otot di bahagian kaki dan paha yang sudah dilatih melalui latihan leg press dan heel praise akan dapat melonjak dengan lebih baik.

28

Rumusan Secara kesimpulannya, latihan fizikal merupakan satu proses senaman yang dilakukan secara berulang ulang dan beransur maju di mana ia melibatkan unsurunsur pembelajaran dan penyesuaian diri dan latihan fizikal yang telah diberikan itu telah memberikan kesan atau hasil yang memuaskan kepada catatan jarak lompatan individu . Tujuan utama seseorang atlit menjalani latihan fizikal adalah membaiki dan meningkatkan komponen-komponen dalam kecergasan dan dapat mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan. Peluang untuk tercedera hanya dapat dikurangkan apabila atlit memiliki koordinasi otot saraf yang baik, otot rangka yang kuat serta imbangan badan yang stabil dan tidak cepat lesu apabila menjalani aktiviti fizikal. Latihan fizikal yang dirancang dan dijalankan secara bersistematik dapat membantu para atlit meningkatkan prestasi. Semasa menjalani latihan fizikal ini atlit-atlit harus mengetahui secara mendalam prinsip-prinsip latihan supaya apa yang dilaksanakan nanti berkesan dan memberi manfaat pada diri sendiri. Secara kesimpulannya, semua latihan yang dijalankan adalah perlu berasaskan kepada prinsip latihan tersebut bagi mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Dengan itu, keupayaan individu akan dapat ditingkatkan. Otot-otot akan dapat dilatih dan ini dapat menguatkan kekuatan otot, meningkatkan daya tahan otot, meningkatkan dayatahan kardiovaskular dan bermacam-macam lagi.

29

Refleksi Sepanjang tugasan ini dilakukan saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang kemahiran di dalam lompat jauh. Saya telah menganalisis pergerakan dalam kemahiran ini dari segi otot, tulang dan sendi yang terlibat. Selain itu, saya juga dapat mengelaskan kemahiran ini dalam sistem tuas yang sesuai. Selain daripada itu juga, saya dapat mengetahui tentang fasa-fasa yang terdapat dalam kemahiran lompat jauh ini. Terdapat 4 fasa yang terlibat iaitu fasa permulaan, fasa pelonjakan, fasa pelayangan dan fasa pendaratan. Keempat-empat fasa ini adalah amat penting dalam melakukan pergerakan lompat jauh. Melalui tugasan ini juga, saya dapat mengetahui kesan-kesan fisiologi pergerakan dan kemahiran tersebut terhadap tubuh badan kita. Ini adalah amat penting kerana kita perlu mengetahui kesan-kesan yang muncul akibat daripada pergerakan yang kita lakukan itu. Semoga dengan adanya pengetahuan ini, dapatlah kita kongsikan bersama kelak.

30

Bibliografi Buku Rujukan Dr. Mark Vella N.D and Dr. Nick Walters. (2006). Anatomy For Strength And Fitness, New Holland Publishers Ltd.London. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Buku sumber Sains Sukan. Pusat Perkembangan Kurikulum. Pearce E.C. (2005). Anatomi dan Fisiologi untuk Jururawat. Golden Book Centre Laman Web Dimuat turun daripada http://en.wikipedia.org/wiki/anatomy pada 25 Mac 2011 Dimuat turun daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Lompat_jauh pada 25 Mac 2011 Dimuat turun http://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html 25 Mac 2011 Dimuat turun daripada info@human-anatomy.net pada 26 Mac 2011 Dimuat turun daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Human_anatomy pada 25 Mac 2011

31

You might also like