You are on page 1of 14

Permainan Tradisional Galah Panjang

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA 1.1 PENGENALAN 1.2 CARA PERMAINAN TOI JENGKET 1.3 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERMAINAN 1.4 PERATURAN 1.5 GAMBARAJAH PERMAINAN 1.6 CIRI-CIRI KESELAMATAN 1.7SENARAI ALATAN 1.8UKURAN ALATAN 1.9UKURAN KAWASAN PERMAINAN 1.10BORANG PEMARKAHAN

MUKA SURAT 2 3-5 6 7-9 10-11 13 13 14 14 15

Permainan Tradisional Galah Panjang 1.0 PERMAINAN TRADISIONAL GALAH PANJANG

1.1 PENGENALAN Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain. Permainan galah hadang ini lebih mudah dimainkan kerana ia tidak memerlukan peralatan. Hanya satu kawasan yang luas dan jumlah pemain yang ramai sahaja

diperlukan. Selepas itu, galah panjang boleh dimainkan. Asal usul permainan ini sukar untuk diketahui dan siapakah yang

menciptakkannya. Ini disebabkan permainan galah panjang ini telah dimainkan seawal tahun 1960-an dan terus berkembang ke serata Tanah Melayu. Permainan ini bukan sahaja dimainkan di Tanah Melayu,tetapi juga di Negara-negara lain seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan juga Thailand. Namun begitu nama dan corak permainan telah berubah mengikut masyarakat setempat.

Permainan Tradisional Galah Panjang 1.2 CARA PERMAINAN TOI JENGKET 1. Dimain oleh dua pasukan dimana satu pasukan merupakan penyerang dan satu pasukan penahan. 2. Satu orang dari kedua-dua kumpulan akan dilantik sebagai ketua. 3. Ketua dua pasukan akan memulakan permainan dengan wan tu som untuk menentu pasukan yang mana serang dahulu. 4. Untuk memulakan permainan, pengadil akan meniup wisel. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan ahli kumpulan lain boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai. 5. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali secara menjengketkan kaki melepasi pasukan bertahan. Pasukan bertahan tidak perlu menjengket. 6. Jika salah seorang dapat melepasi pasukan bertahan maka pasukan itu dikira menang. 7. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Permainan Tradisional Galah Panjang 1.3 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERMAINAN

1. Sebelum permainan dimulakan, kedua-dua pasukan akan mengundi untuk menentukan pasukan penyerang dan pasukan penghadang. 2. Setiap pasukan akan memilih ketua mereka masing-masing 3. Pasukan penyerang akan berdiri di serata tempat di depan petak. 4. Pasukan bertahan pula menempatkan seorang pemain pada setiap garisan secara melintang. 5. Ketua pasukan pertahanan akan mengambil tempat di garisan tengah. 6. Pasukan penyerang memulakan permainan. 7. Wisel akan ditiupkan oleh pengadil dan dengan serta merta pemain pasukan penyerang akan berlari secara berjengket cuba melintasi garisan ke belakang. 8. Pasukan bertahan pula akan cuba menghalang pasukan penyerang melintasi garisan dengan cara mendepangkan tangan untuk menyentuh badan mereka itu. 9. Permainan tamat apabila salah seorang pasukan penyerang dapat melepasi pasukan bertahan. 10. Pertukaran kedudukan akan dilakukan, iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Permainan Tradisional Galah Panjang 1.4 PERATURAN 1.4.1 Peraturan 1. Harus membentuk dua pasukan yang setiap pasukan sekurang-kurangnya terdiri daripada 4 orang. 2. Setiap pasukan harus membuat undian sama ada menjadi penyerang atau penhadang. Lazimnya penyerang akan memulakan permainan terlebih dahulu dan undian boleh dilakukan dengan pelbagai cara atas persetujuan para pemain. 3. Setiap pemain harus mengetahui cara permainan galah hadang. Sekiranya tidak mengetahuinya, para pemain yang lain boleh menunjuk-ajar pemain tersebut. 4. Setiap pasukan penghadang harus bekerjasama untuk memastikan penyerang tidak boleh memasuki kotak atau ruang yang disediakan dengan mudah. 5. Setiap pasukan harus mahir untuk memasuki ruang atau kotak tanpa dapat disentuh oleh pasukan penghadang. 6. Setiap penyerang harus mahir untuk memasuki ruang atau kotak tanpa dapat disentuh oleh pasukan penghadang. 7. Setiap ketua pasukan bebas mengarahkan anak buahnya untuk mendapatkan mata dan sebagainya. 8. Segala kesilapan yang dilakukan oleh pemain akan diadili oleh pemain lain dengan adil dan saksama. 9. Mata hanya akan diberikan kepada penyerang yang berjaya melepasi setiap halangan atau garisan yang disediakan sehingga ke garisan permulaan. 10. Permainan akan tamat setelah mendapat persetujuan antara dua pihak. 11. Pihak yang menang tidak boleh mengejek pasukan yang kalah dan semangat kesukanan perlu ada dalam setiap pemain.

Permainan Tradisional Galah Panjang 1.4.2 Perkara yang membatalkan: 1. Apabila pihak penghadang melepasi garisan miliknya seperti meletakkan kaki ke kotak yang disediakan 2. Penyerang yang melepasi kotak sebelumnya, iaitu apabila pemain telah melepasi kotak di bahgian atas tidak boleh berundur. Sekiranya ini terjadi permainan boleh ditamatkan. 3. Penyerang yang telah disentuh oleh penghadang boleh menamatkan permainan tersebut. 4. Pihak penghadang tidak boleh memadamkan garisan yang dibuat atau melakukan penipuan dengan membentuk garisan lain. 5. Penyerang yang telah belum melepasi garisan penamat dan kemudian berpatah semula walaupun sebelah kaki telah melepasi garisan boleh dibatalkan permainannya itu. 1.4.3 Larangan dan Denda 1. Mati a. Penyerang dikira mati sekiranya: i. Penyerang yang terkeluar dari atas kubu melepasi garisan tepian gelanggang. ii. Penyerang yang berundur masuk ke petak sudah iii. Dikira tiga kali penyerang yang didapati sengaja menyentuh pihak lawan. 2. Tukar sebelah a. Tukar sebelah akan dilakukan apabila perkara-perkara berikut berlaku iaitu: i. Apabila tempoh masa cukup sepuluh minit. ii. Penyerang tertangkap. iii. Pasukan penyerang menamatkan permainan. 3. Buang gelanggang a. Buang gelanggang berlaku tetapi permainan diteruskan tanpa pemain yang berkenaan atau pemain yang terlibat.

Permainan Tradisional Galah Panjang b. Buang gelanggang berlaku apabila terdapat mana-mana peserta atau pemain yang melakukan sesuatu perbuatan yang kurang sopan sebanyak tiga kali. c. Buang gelanggang juga akan berlaku sekiranya terdapat mana-mana pemain berbuat yang bukan dalam permainan.

Catatan: 1. Jumlah masa bermain berubah mengikut jumlah pemain sepasukan iaitu satu hingga lima orang sepasukan ialah sepuluh minit. Jika enam orang dan lebih sepasukan, masa hendaklah kali dua bilangan pemain. 2. Jika seri, kemenangan akan diberikan kepada peserta yang dapat menamatkan permainan dengan masa yang cepat.

Permainan Tradisional Galah Panjang 1.5 GAMBARAJAH PERMAINAN 1.5.1 Gelanggang permainan Belakang
I B

6m
J

3m 3m
G H

9m
E

Kepala

Hadapan

Gambarajah 1: Gelanggang permainan galah panjang

Permainan Tradisional Galah Panjang Catatan: 1. Setiap padang permainan galah panjang adalah bergantung kepada para pemain. Sekiranya jumlah pemain adalah ramai bermakna kawasan yang lebih luas diperlukan. Ini adalah untuk membentuk kotak-kotak segi empat sama dalam padang yang disediakan. 2. Bagi membentuk kotak-kotak yang diperlukan, para pemain boleh menggariskan dengan menggunakan kayu atau kaki. Sekiranya padang tersebut diperbuat daripada simen, cat, atau serbuk tepung boleh digunakan. Ini adalah untuk melakarkan garis-garis yang membentuk kotak- kotak yang diperlukan. 3. Sekiranya jumlah pemain adalah tiga orang bagi satu-satu pasukan, jumlah kotak yang disediakan adalah sebanyak empat kotak segi empat sama. 4. Namun apabila jumlahnya bertambah menjadi empat orang, kotak yang diperlukan adalah sebanyak enam buah kotak segi empat sama. 5. Kemudian kotak akan menjadi dua buah sekiranya jumlah pemain bertambah seorang dan seterusnya. 6. Lazimnya setiap kotak hanya berukuran 3 x 3 meter sahaja. Bahkan saiz kotak ditentukan oleh setiap pemain.

Permainan Tradisional Galah Panjang 1.5.2 Kedudukan pemain

10
B L

Belakang
K

c D

Hadapan

Gambarajah 2: Kedudukan pemain

Permainan Tradisional Galah Panjang 1.6 CIRI-CIRI KESELAMATAN 1. Peserta harus memakai kasut yang sesuai. 2. Padang hendaklah dipastikan membahayakan peserta. 3. Peserta haruslah memakai pakaian yang sesuai. 4. Peti kecemasan hendaklah disediakan. 5. Kawasan padang hendaklah luas dan rata untuk mengelakkan kecederaan. Sekiranya jumlah pemain adalah ramai, ini bermakna kawasan yang lebih luas diperlukan. 6. Peralatan permainan hendaklah dipastikan selamat untuk digunakan. bebas daripada sebarang objek yang boleh

11

1.7 SENARAI ALATAN

BIL. 1. 2. 3. 4. 5.

NAMA ALATAN Kon Wisel Jam randik Tepung Tali reben merah

KUANTITI 11 buah 1buah 2 buah 1 Bungkus 1 gulung

CATATAN

* Untuk bezakan

pihak penghadang dan penyerang 6. Tali reben biru 1 gulung

*tali reben boleh digantikan dengan pemakaian bip bagi membezakan pemain. Jadual 1: Senarai Alatan

Permainan Tradisional Galah Panjang 1.8 UKURAN ALATAN - Tiada peralatan khas yang digunakan untuk permainan ini.

12

1.9 UKURAN KAWASAN PERMAINAN 1.9.1Gelanggang permainan galah panjang

Hadapan
I

6m

B J

9m
E F

D C

Belakang

Kepala

Permainan Tradisional Galah Panjang 1.10 BORANG PEMARKAHAN

13
MATA

NAMA KUMPULAN

PASUKAN A

PASUKAN B

(/) mewakili satu mata setelah pemain melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Pemenang :

1.10.1 Borang pemarkahan/ Penentuan Kemenangan i. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. ii. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. iii. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankankan semula. iv. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut. Atau pasukan yang mendapat belon atau tui terbanyak akan dikira sebagai pemenang. v. Namun begitu, jika seri perkara-perkara berikut akan dilakukan iaitu: a. Masa tambahan sehingga tertangkap dalam masa tiga minit diberikan kepada masing-masing pasukan untuk menyusup bagi membuat belon terbanyak. b. Sekiranya masih juga seri, tambahan masa tiga minit lagi akan diberikan.

Permainan Tradisional Galah Panjang c. Sekiranya masih juga seri, undian akan dilakukan. 1.10.2 Kiraan mata 1. Lazimnya mata akan dikira melalui jumlah penyerang. 2. Setiap penyerang yang melepasi penamat dan kemudian berpatah kembali sehingga melepasi garisan pemula akan mencapai kemenangan. 3. Setiap kemenangan itu hanya akan dikira sebagai satu mata. 4. Namun begitu sekiranya jumlah pemain yang melepasi adalah sebanyak dua orang, bermakna mata yang diperolehi dua mata. 5. Jumlah mata adalah tidak terhad selagi permainan tidak ditamatkan. Oleh itu setiap pemain atau penyerang akan berusaha untuk mendapatkan seberapa banyak mata yang boleh. 6. Terdapat satu cara lagi mata dikira. Mata pertama akan diperolehi apabila

14

penyerang melepasi garisan penamat. Kemudian setelah penyerang memasuki semula kotak dan melepasi garisan permulaan, satu mata lagi dikira. 7. Oleh itu, dalam satu-satu permainan, berpuluh-puluh mata boleh diperolehi sebelum permainan dapat ditamatkan. 8. Lazimnya mata bergantung kepada kemahiran pemain. 9. Kemenangan akan dicapai sebaik sahaja markah keseluruhan dikira.

You might also like