You are on page 1of 9

SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA,

43950 SG PELEK, SELANGOR D.E.

KERTAS KERJA Projek Tanam Bunga Untuk Keceriaan Sekolah


Oleh : Mohammad Shayzreen Bin Roslan Firdaus Bin Bebet Program Internship 2012, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, 43657 Kajang, Selangor D.E.

1.0

Pendahuluan Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan pensyarah pembimbing. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan. Dalam menjayakan program internship ini satu projek telah kami kenal pasti sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah yang telah kami pilih ini. Projek ini diberi nama Projek Tanam Bunga Untuk Keceriaan Sekolah yang melibatkan kami sendiri iaitu guru-guru pelatih semester 8 dalam menanam pokok-pokok bunga, menghias dan mengindahkan kawasan Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra ini.

2.0

Objektif Melalui projek keceriaan ini, kami berharap akan dapat :i. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang

dipersetujuai oleh pihak sekolah. ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akuntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.

iii.

Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah.

iv.

Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.

v.

Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.

3.0

Tarikh / Tempoh / Masa Tarikh Tempoh : 25 Jun 20 Julai 2012 : 4 minggu

4.0

Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi Penyelaras Projek Pelaksana / AJK : : : Puan Rokiah Binti Yaacob Encik Baridon Bin Bedu Puan Marini Binti Marlan Mohammad Shayzreen Bin Roslan Firdaus Bin Bebet

Timbalan Penyelaras Projek :

5.0

Pelaksanaan

Kami akan memulakan Projek Tanam Bunga Untuk Keceriaan Sekolah ini dengan perbincangan bersama pihak pentadbir sekolah dan guru-guru yang terlibat akan diadakan pada 25 Jun 2012 bertemakan Program Sekolah Lestari Alam Sekitar Sekolahku Indah. Kami akan mula merangka pelan yang sesuai untuk aktiviti menanam pokokpokok bunga agar bersesuaian dan dapat mendatang suasana atau pemandangan menarik apabila dipenuhi dengan beraneka jenis bunga-bungaan kelak. Seterusnya, kami akan mencari beberapa jenis bunga-bungaan dari nursery bunga yang berdekatan seperti di pekan Sungai Pelek sendiri, di pekan Sepang, Bandar Baru Nilai dan di Port Dickson. Hal ini kerana untuk memilih jenis bungabunga yang betul-betul sesuai ditanam di kawasan sekolah, mudah tumbuh dan dijaga atau diselia dan faktor yang utama iaitu pokok-pokok tersebut tidak mendatangkan sebarang bahaya dan kemudaratan kepada para pelajar khususnya.

Selepas semua vahan-bahan yang diperlukan cukup, kami akan mula menanam pokok-pokok bunga tersebut mengikut peringkat kan kawasan. Perkara ini agak sukar kerana memandangkan kami berdua sahaja yang harus menyempurnakan projek ini. Kami terima sebagai satu cabaran untuk menyiapkan tugasan ini kerana hanya kami berdua yang menjalani internship di sekolah ini jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang lebih ramai jumlahnya di sekolah masing-masing.

Akhir sekali, setelah selesai proses menanam pokok-pokok bunga tersebut, jika berkesempatan, kami akan meletakkan sempadan bagi setiap jenis bunga tersebut bagi menambahkan lagi seri atau pemandangan dengan menggunakan bagu bata atau batu sungai yang besar.

6.0

Anggaran Perbelanjaan

Anggaran belanjawan projek kami adalah seperti berikut:

Bil. Perkara 1. Pokok Bunga

Kuantiti 100 batang

Jumlah RM 300

2.

Tanah

RM 100

3.

Tanah Kompos

RM 5 x 15 bungkus

RM75

4 5

Baja Tahi Ayam Alatan dan bahan JUMLAH BESAR

1 Guni x RM50

RM 50 RM 50 RM 575

S E

7.0

Lakaran Tapak Penanaman Bunga

K O L A H

G E L A N G G A N G

KANTIN

E L A N G G A N G

PARKIR KERETA
TAPAK PENANAMAN BUNGA

KANTIN
G E L A N G G A N G G E L A N G G A N G

A L A N

R A Y A

PARKIR KERETA

TAPAK PENANAMAN BUNGA 8.0 Penutup Di harap melalui projek ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara guru pelatih dan guru guru di sekolah ini. Kami juga berharap agar dapat mempelajari sebanyak mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang projek dan juga pengalaman yang amat berharga sebagai panduan menjadi guru sebenar kelak. Pihak jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak pengurusan sekolah supaya mempertimbangkan permohonan Projek Tanda Nama Sekolah dan Program Keceriaan Sekolah ini. Segala kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam. Disemak oleh, . ( PUAN MARINI BINTI MARLAN ) Disediakan oleh , Mentor Program Internship, SK Taman Pantai Sepang Putra, 43950 Sg Pelek, Selangor.

MOHAMMAD SHAYZREEN ROSLAN ) Setiausaha Projek Tanam Bunga Untuk Keceriaan Sekolah, Program Internship, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam.

Ulasan

Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan/ tidak meluluskan program dalam kertas kerja ini.

Disahkan oleh,

.. ( PUAN ROKIAH BINTI YAACOB ) GURU BESAR SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA.

You might also like