P. 1
Artikel Gaya Hidup Sihat

Artikel Gaya Hidup Sihat

|Views: 181|Likes:
Published by Nurul Huda Omar

More info:

Published by: Nurul Huda Omar on Jul 24, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2015

pdf

text

original

1 Pengenalan Tahap kesihatan kita ditentukan oleh gaya hidup yang kita jalani.

Gaya hidup yang sihat akan memastikan kesihatan kita berada pada tahap yang terbaik dan merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Definisi gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Amalan yang boleh dilakukan dalam menjalani gaya hidup yang sihat termasuklah mengambil berat dari segi pemakanan dan kesihatan, menangani konflik dan stres dengan berkesan dan menjauhkan dari penyalahgunaan bahan seperti rokok, ubatubatan dan dadah. Terdapat lima komponen dalam gaya hidup sihat iaitu makanan seimbang, kebersihan diri, penyalahgunaan dadah, rehat yang cukup dan senaman. A) Pemakanan Yang Seimbang Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Setiap kumpulan makanan menyediakan hanya sebahagian daripada nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Kita perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dengan kadar yang sesuai yang berasaskan kepada piramid makanan. Terdapat lima kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang : i) ii) iii) iv) v) B) Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi. Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan Kumpulan susu dan hasil tenusu Kumpulan daging, ayam, telur ikan dan kekacang. Kumpulan minyak, lemak dan gula. Kebersihan Diri Kebersihan diri memainkan peranan yang penting agar kesihatan dapat dikekalkan. Ia merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, rambut, gigi, mata dan telinga. Penjagaan kesihatan diri akan mempengaruhi kesihatan dan penampilan kesejahteraan, fizikal, emosi dan sosial diri seseorang. Kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan adalah dapat:

2 i) ii) iii) Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit seperti penyakit kulit. Menjaga kesihatan badan agar sentiasa sihat dan cergas. Mengekalkan persahabatan dengan kawan-kawan dengan mengamalkan kebersihan diri. C) Penyalahgunaan Bahan Definisi penyalahgunaan bahan adalah menggunakan bahan-bahan yang boleh menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya. Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol, gam, turpentin, ubat batuk dan dadah. Perbuatan ini adalah salah dari segi agama dan undang-undang kerana bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan. Dadah dan ubat ialah bahan kimia yang dihasilkan daripada tumbuhan, haiwan dan mineral. Perkembangan teknologi terkini, banyak dadah dan ubat yang dihasilkan secara tiruan atau sintetik. Ubat yang dihasilkan perlu mendapatkan kelulusan dan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan. Dadah terbahagi kepada beberapa jenis seperti heroin, morfin, candu, ganja dan kodein. Dadah diambil dengan cara dihidu, disuntik, dihisap atau dimakan. Golongan belia adalah golongan paling ramai terbabit dengan penyalahgunaan bahan terutamanya dadah, rokok dan alkohol. Punca penyalahgunaan bahan adalah seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) D Terpengaruh dengan iklan Pengaruh internet Cabaran daripada rakan sebaya Terpengaruh dengan rakan sebaya yang menyalahgunakan dadah Keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan kesannya. Ingin menonjolkan kehebatan diri antara rakan sebaya. Ingin mengikut aliran semasa seperti penggunaan pil ectasy Rehat yang cukup Rehat bermaksud tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal, mental atau melakukan aktiviti yang ringan. Contohnya waktu

3 rehat di sekolah, di tempat kerja. Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Bagi merehatkan badan yang penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain catur atau permainan dalaman. Bagi merehatkan otak yang penat berfikir, kita boleh mendengar muzik, membaca majalah dan bersiar-siar. Rehat yang lebih panjang seperti tidur dapat menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah menurun. Semasa tidur, otak menjadi tidak aktif, suhu badan menurun, otot relaks atau berada dalam keadaan rehat. Keadaan ini dapat merehatkan badan sepenuhnya. Apabila bangun tidur, badan akan berasa segar dan fikiran menjadi lebih tenang. E) Senaman

Senaman adalah asas kesihatan. Terdapat pelbagai cara untuk bersenam bergantung kepada kemampuan dan keinginan seseorang individu. Kebanyakan orang bersenam kerana mereka ingin menjadi cergas seumur hidup dan menikmati erti kesejahteraan yang sebenar. Faedah senaman adalah: i) ii) ii) Senaman boleh meningkatkan penghantaran oksigen ke seluruh badan Senaman menguatkan jantung, membina kekuatan dan daya tahan otot Senaman mengurangkan lemak dan menguatkan jisim tulang dan sendi.

Keratan Artikel

4

5

Ulasan artikel

Berdasarkan hasil daripada pembacaan saya mengenai gaya hidup sihat dalam komponen makanan seimbang yang bertajuk “ Kolesterol Tidak Mengira Saiz Badan” telah mengubah persepsi saya terhadap kandungan kolesterol di dalam tubuh badan

6 manusia. Jumlah kandungan kolesterol dalam tubuh badan manusia bukannya hanya pada individu yang berbadan besar sahaja, malah individu yang berbadan kurus juga mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Kolesterol merupakan sejenis zat dalam golongan lemak dan merupakan bahan lembut seperti lilin. Ia boleh di dapati dengan kadar tinggi dalam lemak haiwan dan sangat rendah di dalam sayuran. Sama seperti minyak sapi dan susu yang telah diproses menjadi keju atau mentega. Kandungan kolesterol yang paling tinggi terdapat pada daging kambing dan kuning telur. Semua orang tahu bahawa kolesterol mempunyai kaitan dengan penyakit kronik seperti kardiovaskular atau strok. Kita selalu dinasihatkan agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak lain apabila kita mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Menurut Pakar Diet Hospital Pusrawi, Mazuin Kamarulzaman berkata, kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah. Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HD. Kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh. Lebih baik jika menjaga pemakanan setiap hari supaya tahap kolesterol tidak membahayakan kesihatan. Mazuin memberitahu, ini penting kerana kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau strok yang merupakan antara pembunuh utama kepada rakyat negara ini. Jelas beliau lagi, lebih baik jika menjaga pemakanan setiap hari supaya tahap kolesterol tidak merbahayakan kesihatan. Saya turut bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh beliau, gaya pengambilan makanan perlu dijaga supaya tidak mengambil makanan yang berlemak, berminyak dan akhirnya akan meningkatkan kadar kolesterol dalam badan. Sehubungan itu, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal. Menurut Marlia bt Zakaria dari Majalah Kesihatan Rapi, kolesterol juga penting untuk tubuh manusia. Ini adalah kerana ia diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh serta mengawal jangkitan penyakit. Walaupun begitu, kita hendaklah beringat bahawa kandungan kolesterol normal dalam badan bergantung kepada keperluan tubuh badan seseorang individu. Saya bersetuju bahawa kolesterol

7 juga membawa kebaikan kepada tubuh badan manusia. Kolesterol akan pecah dan bertukar menjadi hormon yang dinamakan steroid. Hormon steroid akan bertindak balas dalam tubuh badan manusia untuk mengawal jangkitan penyakit. Oleh sebab itu, kandungan kolesterol yang seimbang sangat diperlukan badan. Kolesterol turut mempunyai kebaikan. Menurut Ellen Moyer dari Persatuan Perubatan Rakyat menyatakan bahawa kolesterol turut mempunyai kegunaannya. Kolesterol diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan hormon termasuklah hormon seks dan adrenal dan juga untuk menghasilkan vitamin D. Hasil daripada pembacaan saya juga, tanda- tanda seseorang mempunyai kandungan kolesterol tinggi memungkinkan mereka mempunyai tanda-tanda seperti tompok –tompok kuning pada siku, pergelangan tangan, sudut mata atau bahagian atas dan bawah kelopak mata. Walaupun begitu, tidak semua orang menunjukkan tanda seperti itu jika mempunyai kolesterol yang tinggi. Bagi mereka yang bersaiz gemuk, perokok atau masalah darah tinggi berkemungkinan mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan. Seseorang yang mempunyai masalah kandungan kolesterol yang tinggi boleh dirawat melalui gabungan di antara dua. Cara yang pertama adalah mengubah cara pemakanan. Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi dan kedua adalah menghancurkan kolesterol dengan memberikan ubat yang bertindak balas untuk menghancurkan kolesterol. Namun begitu, penelitian ilmiah oleh para pengkaji di England dan Perancis menemui bahawa kadar kolesterol baik jika terlalu rendah akan meningkatkan risiko timbulnya penyakit Alzheimer dan dimentia atau hilang ingatan. Kolesterol baik diperlukan dalam jumlah yang tinggi diperlukan untuk mencegah penyumbatan darah pada arteri. Wanita hamil yang mempunyai masalah kolesterol rendah dikhuatiri akan mengalami kelahiran pra matang dan melahirkan bayi tidak cukup berat. Bagi pendapat saya, apa yang dapat diulas di sini adalah fungsi kolesterol dalam tubuh manusia sememangnya mempunyai kesan yang positif dan negatif. Walau bagaimanapun, kesan yang negatif lebih jelas dan dapat dilihat berbanding dengan kesan yang positif.

8

Penutup

Kesimpulannya, mengamalkan pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian dapat mencegah daripada menghidap penyakit yang berpunca daripada kolesterol yang berlebihan. Diet yang sihat serta seimbang akan membekalkan nutrien harian dan komponen makanan lain yang membolehkan kita memiliki minda serta tubuh yang sihat dan juga bertenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Sebaiknya, makanlah pelbagai jenis makanan kerana tiada makanan khusus yang dapat membekalkan

9 semua nutrien yang diperlukan. Makanan yang berbeza dalam kumpulan yang sama (seperti beras, roti dan bijirin sarapan) membekalkan nutrien yang berbeza dalam jumlah yang berbeza. Makanlah diet yang seimbang berasaskan buah-buahan, sayur- sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak serta kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam. Elakkan makanan yang mengandungi kadar kolesterol yang tinggi seperti sosej, nuget, burger, snek yang banyak mengandungi kolesterol jahat untuk mengelakkan daripada diserang penyakit seperti jantung. Untuk mendapatkan keseimbangan kolesterol sihat, kurangkan kuantiti kolesterol dan makanan berlemak daripada daging. Selain itu, tingkatkan pengambilan ikan (bukan ikan goreng) dan makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian. Senaman juga boleh menolong menghancurkan kandungan kolesterol dalam tubuh. Oleh demikian, senaman adalah salah satu cara untuk mengawal masalah ini.

Refleksi

Syukur alhamdulillah kerana tugasan ini dapat saya siapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah.. Tugasan kerja kursus pendek ini telah saya perolehi pada 21 Februari 2012 yang mengkehendaki saya membuat ulasan mengenai artikel gaya hidup sihat yang telah saya baca. Berdasarkan daripada artikel gaya hidup sihat yang telah saya baca dan ulas, banyak pengetahuan baru yang telah saya perolehi mengenai pemakanan seimbang dalam komponen gaya hidup sihat.

10 Saya telah memilih dan membaca artikel yang bertajuk “ Kolesterol Tidak Mengira Saiz Badan”. Melalui hasil pembacaan saya, saya telah berpeluang mengetahui apakah itu kolesterol, jenis kolesterol yang terdiri daripada kolesterol baik dan kolesterol jahat. Kolesterol baik akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya dikeluarkan dari tubuh, manakala kolesterol jahat akan membuatkan pembuluh darah tersumbat. Melalui kerja kursus pendek ini, saya juga dapat mengetahui bahawa kolesterol mempunyai kegunaannya. Tidak semua kolesterol itu tidak baik. Pengalaman ini telah membantu saya mengetahui kepentingan kolesterol dalam tubuh badan. Saya juga dapat mengetahui punca kolesterol berlebihan dan jenis-jenis makanan yang menyumbang kepada kadar kolesterol yang tinggi. Sebagai contoh, kulit ayam goreng mengandungi kadar kolesterol yang tinggi dan ayam goreng merupakan makanan kegemaran bagi semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak. Saya mendapati pengalaman dalam menghasilkan tugasan ini adalah amat bernilai kerana saya berpeluang memperoleh pengetahuan baru mengenai penjagaan kesihatan. Makanan yang berkolesterol tinggi menyebabkan kita mudah diserang Pada pendapat saya, banyak makanan yang sedap dan lazat Oleh yang demikian, kita penyakit jantung.

sememangnya mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.

sebagai pengguna hendaklah pandai dalam memilih makanan agar makanan yang dipilih itu adalah seimbang dan mempunyai zat makanan yang baik. Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi kesempatan kepada saya untuk menghargai kesihatan yang saya miliki sekarang. Artikel yang telah dibaca membantu saya dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat agar kesihatan diri kita lebih terjamin. Ini bertujuan bagi mengelakkan diri daripada diserang penyakit yang berbahaya kerana penyakit yang menyerang manusia pada masa kini tidak mengenal peringkat usia. Justeru itu, pengalaman yang saya perolehi ini akan saya aplikasikan dalam kehidupan seharian dengan mengamalkan corak pemakanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan.

11

Rujukan dan Bibliografi

Berita Harian (2009). Minyak sawit terbukti mampu tingkat kadar kolestrol baik. Dicapai pada 10 Mac 2012, daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/VitaminEsawittingkatdayatahanbadanlawan penyakit/Article Ellen Morrey (1999). Kolesterol dan Trigliserida. Synergy Books International. Penerbit Synergy Bookd International.

12 Idris Mohamad, Shharudin Abd Aziz dan Zamry Ahmad (2007).KBSR Pendidikan Jasmani dan pendidikan kesihatan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Majalah Kesihatan Rapi ( 2012). Penerbit Majalah Karangkraf. Norlaila Hamima Jamaluddin (2011). Peranan lemak berbeza. Dicapai pada 15 Mac 2012. daripada http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perananlemakberbeza/Article/artikelMA Utusan Malaysia (2011). Kolesterol tidak mengira saiz badan. Dicapai pada 15 Mac 2012, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (2011). Kawal kolesterol tinggi: Dicapai pada 15 Mac 2012. daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->