You are on page 1of 14

PENGENALAN

PENGAJARAN MIKRO Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan guru permulaan yang berkesan. Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya pendekatan pengajaran mikro dalam konteks Praktikum, Bahagian Pendidikan Guru telah menekankan agar diaplikasikan teknik pengajaran mikro ini dalam kurikulum dimaktab/institut perguruan di Malaysia Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerakgeri , gerak-isyarat, sikap(gesture) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah. Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka. KEMAHIRAN SET INDUKSI Cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. 1. Menarik perhatian Guru menggunakan suara, gerak geri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid ke arah pelajaran yang diajar. Bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain digunakan.

2. Menimbulkan pergerakan Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan kesungguhan tentang perkara yang diajarnya. Guru juga menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti. 3. Melanjutkan kefahaman dan penggunaan idea yang abstrak Kefahaman dan penggunaan idea-idea yang abstrak boleh digunakan. Idea-idea yang abstrak yang dikiaskan dengan perkara-peridrkara yang mudah difahami oleh murid. Set Induksi pada awal pengajaran dan pembelajaran dapat dibentuk sebagai pembukaan kepada penganalisaan perkara lain dalam pembelajaran Set induksi yang berkesan ialah, 1. Set insuksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat. 2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran. 3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui. KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar belajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya. Pergerakan guru semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran.Elakkan pergerakan yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran. Pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid.

Guru perlu mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran.Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran. Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid. KEMAHIRAN PENEGUHAN Satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis syabas dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Bidang utama dalam peneguhan ialah;1. Peneguhan lisan Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti baik, ia, betul, itu jawapan yang tepat, bijak, pandai, bagus, kerja kamu sempurna, itu adalah cadangan yang baik, dan lain-lain peneguahn yang positif. 2. Peneguhan gerakgeri Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya.

3. Peneguhan dampingan Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya. 4. Peneguhan sentuhan Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama jantina). 5. Peneguhan aktiviti Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan kerja yang baik. 6. Peneguhan ganjaran Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik. dalam pelajaranya. KEMAHIRAN PENYOALAN Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan. Penyoalan yang mudah atau asas i. Pembentukan soalan guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju

dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid.

ii. Fokus

Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan

ramai murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan sahaja, sementara maklumat yang diperlukan mula mendapat idea, guru bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus. iii. Arah Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas

berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil nama murid itu, atau menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal. iv. Penyebaran Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya

dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya. v. Pemberitahuan Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang

boleh menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan. Tanda itu mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu. Penyoalan yang kompleks i. Mempelbagaikan peringkat soalan Guru menyoal soalan yang berbeza

aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran yang berbeza. ii. Ingat semula Penyoalan yang memerlukan murid mengingat

semula maklumat-maklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks. iii. Kefahaman Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai

sesuatu perkara. iv. Aplikasi Soalan yang memberi peluang kepada murid agar

dapat menggunakan pengetahuan yang lalu. v. Analisis Guru menyoal murid yang membolehkan murid

memeriksa bukti-bukti dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus dan melahirkan pemikiran mereka.

vi.

Sintisis

Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang

murid dalam aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan beberapa idea. vii. Penilaian Guru menyoal murid soalan yang memerlukan

mereka membuat anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu. KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru meminta contoh daripada murid dan menyemak idea dan konsep itu telah difahami atau tidak. Contoh yang baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa kepada murid. Dengan mengaitkan contoh dan idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang akan diketahui. pelajarannya. Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini, iaitu pendekatan induktif : contoh diikuti dengan peraturan, dan pendekatan deduktif: peraturan diikuti dengan contoh, soalan digunakan untuk mendapatkan contoh;KEMAHIRAN PENERANGAN Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain, dan kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami. Kemahiran memberi penerangan dengan tepat dan berkesan salah satu kemahiran yang mesti ada pada guru. Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk kefahaman, juga banyak peringkat penerangan, a. b. Pentarifan menjelaskan sesuatu isu menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah. Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan menimbulkan minat terhadap

Penerangan -

c.

Sebab

pemberian alasan.

KEMAHIRAN PENUTUP Penutup pengajaran pernyataan atau tindakan guru yang disusun untuk membawa sesuatu pelajaran ke peringkat akhir. Penutup ialah pelengkap ,atau penggenap pada akhir pelajaran. Pernyataan bahawa objektif telah tercapai ialah dengan menggunakan penutup.

B.Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN Pengajaran ialah segala aktiviti untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang . Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknikteknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan maka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajarpelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi. Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN PENGAJARAN Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. STRATEGI PENGAJARAN Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbezabeza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. KESIMPULAN Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling

sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH KECERDASAN PELBAGAI Dalam konteks kecerdasan pelbagai, Haward Gardner(1983) mendefinisikan kecerdasan ialah An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more culture settings. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), dalam buku bertajuk Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pengajaran, mengatakan terdapat lapan jenis kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan logic-matematik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, dan kecerdasan naturalis. Kecerdasan verbal-linguistik ialah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, menyakinkan orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri. Kecerdasan logicmatematik pula ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka. Selain daripada itu, terdapat juga kecerdasan visual-ruang iaitu bermaksud kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Selain itu, terdapat juga kecerdasan kinestetik dalam kecerdasan pelbagai iaitu kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan. Kecerdasan muzik pula ialah kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempoh dalam melodi dengan mudah. Disamping itu, kecerdasan interpersonal ialah kobolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti menggalakkan murid menyertai sesuatu projek. Terdapat juga kecerdasan intrapersonal iaitu kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama ada berbeza dengan orang lain. Kecerdasan yang terakhir ialah kecerdasan naturalis bermaksud kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian, dan binatang, termasuk

rumput dan batu-batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Kecerdasan ini juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pekaian dan makanan. Kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran kerana pelajar dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Kecerdasan pelbagai membantu guru memahami motivasi murid dan kepentingan menggunakan pelbagai cara murid dapat belajar dan menunjukkan kefahaman mereka. Murid lebih bermotivasi untuk belajar denga cara yang lebih selesa jika cara ini digunakan. KEMAHIRAN BERFIKIR Menurut Johnson (2000), beliau menyatakan kemahiran berfikir adalah apa sahaja proses kognitif yang diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas yang kemudiannya digunakan untuk memandu pemikiran. Contohnya, membuat inferens atau andaian adalah proses kognitif yang terlibat dalam kebanyakan kurikulum yang standard. William W. Wilen (1994) pula mentafsirkan pemikiran sebagai proses dalaman yang pantas, sama ada secara sedar atau tidak sedar, terhadap ransangan luar yang diterima melalui deria. Di dalam proses ini, data baru akan disimpan melalui cara pemadanan, perbandingan dan klasifikasi dengan maklumat atau pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan, Davidoff (1979) melihat pemikiran sebagai penggunaan symbol, gambar, perkataan, pengamatan dan konsep. Melalui pemikiran, rangsangan luar yang diterima oleh deria akan ditafsir dengan penggunaan perkataan atau symbol untuk membentuk konsep terhadap rangsangan tersebut. Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat memperluaskan pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran. Penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam kurikulum kemahiran berfikir secara kreatif dan kritif, kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua komponen yang penting iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis banyak digunakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda dalam menilai keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan kepada bukti dan sebab musabab. Mok Soon Sang (2005) mengatakan bahawa terdapat beberapa jenis kebolehan yang boleh di kategorikan sebagai pemikiran kritis termasuklah membanding dan membeza, membuat ketegori , menerangkan sebab akibat , meniliti bahagian dan hubungan

bahagian yang kecil dengan keseluruhan, membuat andaian, membuat ramalan dan inferensi. Apabila di sekolah, kemahiran berfikir diajar kepada pelajar-pelajar melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir dapat mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Kemahiran berfikir juga dapat menpertingkatkan keupayaan mental dan mengasuh mentaliti positif dalam menjana keputusan dan menyelesaikan masalah. Apabila seseorang berfikir terlebih dahulu masalah-masalah yang dihadapi, individu tersebut tidak akan bertindak terburu-buru dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, kemahiran berfikir dapat meningkatkan pemikiran individu serta merealisasikan wawasan 2020. KAJIAN MASA DEPAN Menurut Mok Soon Sang (2004), dalam bukunya, Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, beliau menyatakan pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan bertujuan untuk mendidik generasi baru yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Kajian Masa Depan akan membantu generasi ini menyedari bahawa masa depan pasti berubah dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancang masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan. Pengajaran Masa Depan membolehkan murid menangani cabaran sebagai ahli masyarakat global yang berperanan aktif pada masa depan. Terdapat empat prinsip atau rasional Kajian Masa Depan diperkenalkan di sekolah iaitu prinsip perubahan, prinsip pandangan jauh, prinsip perancangan strategik, dan prinsip pengupayaan. Pengajaran masa depan membolehkan murid menghadapi kekangan-kekangan pada masa depan. Mereka diperkenalkan dengan prinsip perancangan strategik. Bayangan dan andaian tentang masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi tindakan kita pada masa ini. Oleh itu, bayangan dan andaian tersebut boleh digunakan dalam perancangan secara strategik untuk mencapai masa depan yang diingini. Selain itu, remaja selalunya menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan tentang masa depan mereka. Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran perancangan strategik, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka. Menurut Arbak Othman (1983), beliau menyatakan penjelasan nilai dan masa depan melibatkan murid mengkaji tanggungjawab masyarakat dan sekolah tentang hak dan keperluan generasi akan datang. Proses mengajar murid berfikir dan mengamalkan nilainilai murni yang boleh memandu tindakan atau pilihan masa sekarang supaya meninggalkan kesan positif pada generasi akan datang. Murid akan memilih nilai-nilai yang akan memberi keyakinan kepada mereka untuk memilih masa depan yang diingini.

Teknik penjelasan nilai dan masa depan membolehkan murid berfikir tentang nilai-nilai murni yang diamalkan pada masa sekarang. KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Barbara Means (1994) menyatakan ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Panel Jurulatih Utama ICT Negeri Selangor menyatakan kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod. Patric Suppes (1993) menyatakan ICT digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pembelajaran dan pengajaran. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk bertujuan komunikasi seperti menghantar e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan hariandan mengakses maklumat melalui internet. Kemahiran ini melatih murid-murid supaya cerdas dalam menggunakan teknologi komputer terkini dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran. Penggunaan ICT sebagai alat aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membolehkan murid memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran autentik serta guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid. Selain itu, murid juga dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran. Dalam kelas, guru dikehendaki membantu murid mengurangkan beban mereka akibat tugasan yang tidak seberapa penting. Untuk murid yang mahir menggunakan perisian pemproses perkataan dapat menampilkan kerja kursus atau tugasan dengan lebih menarik dan lebih efisen. Berdasarkan pernyataan Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, dalam bukunya, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), beliau menyatakan ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi seperti pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan , pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti yang berkaitan dengan Kajian Masa Depan dan aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi. KEMAHIRAN FASILITATOR Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh dalam bukunya, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)(1998), beliau menyatakan kemahiran pemudahcaraan ialah satu kemahiran yang amat penting dan sesuai untuk aktiviti perbincangan. Kemahiran pemudahcaraan merupakan satu proses yang memudahkan sesuatu perbincangan. Dari segi pendidikan, kemahiran pemudahcaraan adalah satu proses yang menggerakkan aktiviti pembelajaran.

Seorang pemudahcara juga disebut sebagai seorang fasilitator. Berdasarkan Blocher (1974) , beliau mengatakan fasilitotor merupakan suatu proses menolong individu supaya lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana dia bergerak balas kepada pengaruh alam sekelilingnya. Perry (1955) pula menyimpulkan bahawa fesilitator ialah mengenai menolong individu bagaimana dia boleh menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya. Peranan utama dalam kemahiran pemudahcaraan ialah sebagai seorang fasilitator yang membimbing, memotivasikan serta menggerakkan murid sama ada secara individu atau kumpulan. Sebagai seorang pemudahcara, guru harus membekalkan bahan pengajaran dan alat tulis, menunjukkan soalan-soalan yang menggalakkan murid untuk berfikir serta mendorong mereka untuk mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif. Guru juga mesti ada kemahiran pemudahcaraan untuk mengawal disiplin kelas supaya pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar. Sebagai seorang fasilitator, guru perlu memastikan yang aktiviti kumpulan dan pembelajaran berjalan dengan sistematik dan terurus dengan memberikan arahan untuk murid-murid memulakan tugasan. Dalam kemahiran ini, peranan guru kurang dititikberatkan sebaliknya peranan murid lebih diutamakan. Dalam kemahiran ini, guru sebagai guide dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melicinkan segala proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Komponen-komponen yang terdapat dalam kemahiran pemudahcaraan ialah guru perlu menentukan struktur perbincangan dan guru menggunakan teknik memulakan perbincangan. Selain itu, guru perlu membimbing murid merumus dan membuat cadangan pada penghujung sesuautu sesi pemudahcaraan serta guru menggunakan teknik mengawal proses perbincangan. Dalam kemahiran ini terdapat juga beberapa kelebihan seperti murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan murid telah bersedia lebih awal untuk belajar. Apabila guru menggunakan kemahiran fasilitator ini, guru boleh menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan. Kelemahan pengajaran dengan menggunakan kemahiran pemudahcaraan ialah murid kurang berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru.

You might also like