You are on page 1of 67

Tajuk: Nyatakan bagaimana guru boleh berperanan dalam melaksanakan strategi-strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

agar dapat diaplikasikan di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, falsafah bermaksud pengetahuan tentang ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaituphilos (bermakna kecintaan) dansophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan atau mencintai ilmu. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi: Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERI. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat- empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek

diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan

kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. [Mok, 2008]. Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di atas, pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahun, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara. Seiringan dengan itu, Falsafah Pendidikan Guru telah digubal untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK.

Secara dasar, FPG menjelaskan jenis guru yang diperlukan oleh negara kita. Ia berbunyi seperti di bawah: Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan

kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.(Mok, 2008) Berdasarkan kepada FPG di atas, maka matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21. [Choong, 2008] FPG digubal bertujuan untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK. Ia sebenarnya menjelaskan jenis guru yang dihasratkan oleh negara kita. Justeru, guru mempunyai akautabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan. Guru juga disifatkan sebagai rol model dan teladan bagi golongan murid. Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Dengan adanya FPG yang telah digubal untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK, maka jelaslah bahawa para pendidik memainkan peranan utama dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berikut merupakan beberapa cara bagaimana seorang guru dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam profesionnya untuk diaplikasikan dalam KBSR.

1.

Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembang

potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu Salah satu strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah pembangunan insan iaitu memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Salah satu perkara yang diberi penekanan dalam strategi pembangunan insan pula ialah penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai kandungannya mengikut keperluan semasa. Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum ditakrifkan sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

(i) Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan (ii) Aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan unit beruniform. Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya untuk memastikan suatu kurikulum dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, serta mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan manjayakan kurikulum yang terbentuk. Dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum, guru harus mengetahui peranannya di peringkat sekolah iaitu meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran,

merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. Pada masa yang sama, guru juga boleh memilih bahanbahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai. Setiap tugas dan peranan guru yang telah dinyatakan diatas adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaan kurikulum oleh guru adalah seiring dengan kurikulum yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan seterusnya memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu.

2. Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan atau sumber pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat di dalam salah satu strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pembangunan insan, perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK adalah dengan menyediakan kemudahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar-pelajar mendapat peluang untuk mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Sebagai contoh, sistem teknologi yang canggih seperti ICT telah diperkenalkan bagi penyediaan sistem penyampaian yang berkesan. Manakalah penyediaan bahanbahan rujukan, bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan, seronok dan bermakna. Organisasi sumber pengajaran-pembelajaran adalah amat penting untuk aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Sekiranya sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah diorganisasikan dengan baik, teratur dan sistematik, keberkesanan interaksi murid dengan bahan serta aktiviti pembelajaran akan dapat dipertingkatkan. Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat FPK dan FPG, seorang guru harus melaksanakan peranannya sebagai seorang pengurus. Antara tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah; mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi; mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah; mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Justeru dengan itu, untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, seorang guru perlu mengetahui dan memahami elemen-elemen pengurusan bilik darjah serta berusaha untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.

3. Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang diperlukan Mengikut Yang Berbahagia Dato Hj. Abdul Rafie Bin Mahat, Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pengukuhan dan Peningkatan Kualiti Pendidikan Dan Profesionalisme Keguruan menyatakan: Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan. Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. Saranan beliau itu amat jelas menyatakan bahawa sesebuah institusi pendidikan tidak boleh wujud bersendirian. Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah sistem pendidikan pada masa kini. [Mohd, 2004] Dalam usaha mencapaicita-cita sekolah dan negara, konsep perkongsian dalam pendidikan cuba mencapai matlamat supaya masyarakat dapat mengambil berat terhadap anak-anak mereka di sekolah. Permuafakatan dan kerjasama sekaligus akan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap usaha membentuk dan mendidik generasi pada masa akan datang. Matlamat yang berkaitan dengan konsep ini adalah: (i) mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang mantap dan akrab antara pihak sekolah, rumah dan komuniti supaya sistem pendidikan mencapai kejayaan; (ii) penglibatan masyarakat amat penting dalam membentuk dan mendidik generasi masa depan; dan (iii) masyarakat dapat menjayakan hasrat murni ini melalui sumbangan idea, tenaga, bahan atau peralatan serta wang ringgit. Namun suatu hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa pelaksanaan konsep ini hanya akan berjaya jika pihak sekolah yang memainkan peranan sebagai pencetus atau penggerak ke arah permuafakatan dan perkongsian pintar. [Epstein, 1995] Jika pendidik melihat murid-murid sebagai seorang anak, mereka cenderung untuk melihat keluarga dan komuniti sebagai

rakan kongsi dengan sekolah dalam perkembangan dan pendidikan kanakkanak.Rakan kongsi mengenalpasti minat dan tanggungjawab yang sama terhadap kanak- kanak, dan mereka bekerjasama untuk mewujudkan program serta peluang yang lebih baik kepada murid-murid ini. Apabila ibu bapa, guru-guru, pelajar dan masyarakat lain melihat di antara satu sama lain sebagai rakan kongsi di dalam pendidikan, wujud suatu komuniti yang mengambil berat. perlumelaksanakan perhubungan dengan masyarakat Oleh itu, guru mewujudkan

dengan

perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang diperlukan. Sebagai seorang pendidik, guru perlu mewujudkan hubungan komunikasi yang baik dengan para ibubapa. Guru mestilah menghormati para ibu bapa kepada murid-muridnya serta berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga tanpa mengira kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Guru juga perlu membina kepercayaan ibu bapa terhadap para guru dengan tidak memberikan maklumat keadaan keluarga atau murid (yang diberikan oleh ibu bapa) kepada orang yang tidak berhak. Selain itu, guru juga perlu menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Masyarakat, terutamanya ibu bapa pelajar, sepatutnya dijemput untuk menyertai sebarang aktiviti-aktiviti sekolah supaya dapat meningkatkan kesedaran masyarkat, khasnya ibu bapa mengenai peranan mereka dalam menjayakan hasrat FPK.

4.Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu yang lengkap, guru harus memperoleh ilmu pengetahuan yang luas serta mendalam tidak kira dalam mata pelajaran yang diajar maupun pengetahuan am. Objektif ini hanya boleh dicapai apabila guru sentiasa membaca buku ilmiah serta peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio, televisyen dan internet. Selain pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, seorang guru juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas keguruan.

Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam. Mengajar pula ialah sesuatu pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan yang cekap. Guru perlu sentiasa belajar, berfikir, merancang dan menilai murid-muridnya. Di samping itu, beliau mesti mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan mengajar. elbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu kurikulum, dan sebagainya dapat diperolehi dalam meningkatkan pengetahuan ikhtisas keguruan. Selain membaca buku ilmiah, pengetahuan ini dapat diperolehi dengan menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan. Pengetahuan ini dapat meningkatkan prestasi guru dalam aktiviti pengajaran dan seterusnya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam memenuhi hasrat FPG dan FPK.

5. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan FPG Konsep nilai dalam konteks pendidikan adalah berkait dengan moral, prinsip atau kelakuan orang, khasnya pelajar-pelajar di sekolah. Salah satu cara untuk membentuk nilai moral yang baik, wajar dan diingini ialah melalui contoh teladan. Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada murid-muridnya dalam membentuk sahsiah dan kelakuan mereka sesuai dengan nilai dan norma masyarakat. Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Sebagai contoh, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugastugasnya. Sehubungan dengan ini, guru haruslah berusaha menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri sendiri terlebih dahulu.

6. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti dihuraikan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.

Di

bawah

konteks

keguruan,

akauntabiliti

boleh

dirumuskan

sebagai

bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Sebagai seorang pendidik, guru bertanggungjawab untuk sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Ilmu pengetahuan merupakan alat yang utama dan mengandungi nilai yang berharga kepada manusia kerana ilmu dapat mengubah diri manusia daripada jahil kepada berpengetahuan, bebal kepada cerdik, mundur kepada maju dan derita kepada bahagia. Seorang guru yang berilmu pengetahuan bukan saja memperolehi pengetahuan, kebenaran dan keyakinan, tetapi sanggup untuk menggunakan ilmunya demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Salah satu matlamat pendidikan mengikut FPK ialah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh itu, guru yang mengamalkan ilmu akan sentiasa memberi sumbangan yang bermakna bagi memastikan matlamat FPK dapat dicapai.

7. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu patu, demokratik, progresif dan berdisiplin. selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, FPK juga diharapkan dapat mencapai matlamat pendidikan untuk melahirkan rakyat yang bersatu patu, demokratik, progresif dan berdisiplin melalui KBSR. Dengan kata lain, melahirkan rakyat yang memiliki sikap kenegaraan. Sebagaimana yang telah diketahui, unsur-unsur kenegaraan telah tersisip dalam semua mata pelajaran sama ada di bawah rancangan KBSR. Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh dilaksanakan secara langsung apabila guru mengajar dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya. Guru sebagai patriot memainkan peranan yang penting dalam membina satu budaya yang berteraskan perpaduan. Oleh itu, guru harus menekankan unsur perpaduan (patuh kepada ideologi Rukun Negara) dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum.

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________ 1.0 PENGENALAN

Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa 1.1 Definisi dan Konsep keguruan Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru. . Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri. Di sini maksud Etika membawa maksud : 1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) 2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994) 3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. 4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. 1.2 Maksud Etika Profesional Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan

memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional 1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain. 2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. 1.3 Etika Perguruan Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Kepentingan Etika Guru Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Atau dengan perkataan lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. 6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memahami kod etika perguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam membangunkan negara bangsa.

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________ 2.0 Peranan dan tangungjawab guru membina negara berlandaskan etika agama dan nilai. Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum. FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan 2020, PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang first and foremost dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru

dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan insan. 7. Cabaran Profesion Keguruan - Presentation Transcript 1. Cabaran Profesion Perguruan 2. CABARAN PROFESION KEGURUAN Sekolah Berkualiti Pengurusan perubahan Perubahan dalam pendidikan - Pembestarian pendidikan Globalisasi pendidikan 3. PENGENALAN Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih Cabaran didefinisikan sebagai sesuatu yang menguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi pada masa kini menjadikan dunia pendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4. Cabaran Profesion Keguruan Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Tambahan pula, masalah sekolah juga semakin

bertambah apabila bilangan murid bertambah di dalam bilik darjah. Situasi ini seterusnya memperlihatkan persediaan seseorang guru berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah. 5. Sekolah Berkualiti Reformasi pendidikan merupakan langkah yang konkrit untuk mencapai matlamat dan wawasan 2020. Ia adalah untuk melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan untuk mencapai matlamat 2020. Di antara intisari Wawasan Pendidikan ini ialah: Perpaduan di antara pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa Pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti dan mengandungi sifat untuk mencuba dan memikul risiko. Perkhidmatan penyayang yang mengutamakan penghargaan nilai-nilai kemurnian. Empowerment, iaitu berkongsi kuasa dengan anggota-anggota sekolah untuk melaksanakan program sekolah melalui kaedah reflektif, inovatif, kreatif dan asertif. Budaya ilmu yang boleh melahirkan pelajar supaya mencintakan ilmu melalui budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya. Sekolah penyayang yang mengiktiraf harga diri manusia supaya pelajar mencintai guru, sekolah dan pembelajaran mereka sehingga displin dikurangkan ke tahap zero defect dan sekolah pun menjadi tempat sebagai sekolahku, rumahku. Budaya cemerlang dalam budaya kerja, budaya ilmu, akhlak dan sahsiah peribadi. 6. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 1. Memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi, melalui pendekatan strategik berikut: Penyediaan kurikulum yang relevan supaya pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang terkinidan memperkembang sosial serta menguasai kemahiran yang bernilai dari segi kekonomi. Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan supaya pelajar memperolehi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Penyediaan kurikulum yang menekankan kepada sains dan Teknologi, Pendidikan Agama, Moral supaya melahirkan lebih ramai tenaga kerja untuk pencapaian taraf negara maju, disamping memastikan nilai-nilai baik dapat diamalkan dikalangan pelajar dalam semua aspek kehidupan. Pemupukan patriotisme melalui penerapan dalam semua mata pelajaran serta aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat, supaya melahirkan pelajar yang mempunyai semangat bangga sebagai rakyat Malaysia.

7. 1. Pembangunan sumber pendidikan seperti guru dan prasarana untuk sekolah melalui pendekatan strategik berikut: Penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini untuk semua peringkat sekolah. Pelaksanaan program pendidikan mengikut perancangan dengan memastikan matlamat pendidikan dan Rancangan Malaysia akan tercapai. Peningkatan keberkesanan proses pengajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta iklim persekolahan yang kondusif supaya bahan pelajaran bukan sahaja diperolehi daripada buku teks, tetapi juga daripada Internet dan Multimedia. 8. Samb. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pendidikan, khasnya dalam bidang kurikulum, pengajaran-pembelajaran dan penguasaan adalah supaya mencapai matlamat untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan. Khasnya meningkatkan kualiti sekolah, guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, pelaksanaan penyelidikan tindakan kobolarasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e- pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 9. Pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti Beberapa definisi pengajaran efektif yang berbeza telah dikemukakan oleh tokoh pendidikan dari berbagai sudut yang berlainan. Mengikut J.M.Cooper dalam bukunya Classroom Teaching Skill, pengajaran yang efektif ialah hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objektifnya. Pengajaran efektif sering dikaitkan dengan guru yang berkesan. Ini kerana keberkesanan pengajaran bergantung semata-mata kepada kecekapan guru dalam merancang dan melaksanakan sesuatu pelajaran. David Ryans berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. 10. Samb. J.M.Cooper pula berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang dapat: Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. Memperolehi

ilmu pengetahuan yang lengkap dalam matapelajaran yang diajar. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. 11. Samb. Perlakuan mengajar Mempunyai sifat sifat mengajar yang positif perancangan GURU YANG Pengajaran BERKESAN efektif Berilmu pengetahuan pelaksanaan Terlatih dalam pelbagai bidang pendidikan penilaian 12. Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Pelaksanaan Aktiviti pengajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, langkah demi langkah, iaitu daripada peringkat permulaan diikuti dengan peringkat perkembangan konsep, penggunaan ilmu pengetahuan serta kemahiran,dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan. Di dalam peringkat permulaan, guru berjaya memotivasikan murid-murid dan menarik perhatian mereka supaya bersedia mengikut pengajaran guru dengan penuh minat. Konsep dan kemahiran baru dapat diperkembangkan daripada yang mudah kepada yang susah daripada yang konkrit kepada abstrak. Isi pelajaran dapat disampaikan langkah demi langkah dengan lancar dan sistematik serta mengikut masa yang ditentukan. Suasana pembelajaran adalah positif dan menggalakkansupaya murid- murid menyertai aktiviti pembelajaran mereka secara aktif dan diberi peluang berinteraksi di dalam kumpulan mereka untuk mengemukakan idea dan pendapat dalam aktiviti perbincangan. 13. Samb. Displin arahan diri dan displin arahan kerja di kalangan murid dapat diperlihatkan dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka dapat mendisplinkan diri dan bekerja bersama-sama dengan rakan sedarjah tanpa kawalan daripada guru. Guru menggunakan ABM dengan cekap untuk menyampaikan sesuatu konsep. Murid-murid boleh menggunakan ABM untuk menjalankan aktivti pembelajaran yang berkesan. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan yang cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Aktiviti pengukuhan dapat membantu murid membuat rumusan dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang baru. Aktiviti peneguhan dalam peringkat penutup adalah sesuai dan membawa perasaan kejayaan kepada murid-murid.

14. Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Penilaian Aktiviti soal jawab sering digunakan untuk membuat penilaian. Guru boleh menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid membetulkan kesalahan yang berlaku dengan serta-merta. Hasil penilaian pula dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran serta membaiki pengajaran guru pada masa hadapan. 15. Ciri-ciri Pengajaran Efektif dari Segi Perancangan Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid- murid. Isi pelajaran dalam rancangan mengajar telah disusun daripada mudah kepada kompleks, bermakna, relevan serta menarik. Rancangan mengajar meliputi penggunaan pelbagai alat bantu mengajar. Pendekatan pengajaran berpusat kepada murid adalah diutamakan. Ini bermakna rancangan mengajar menekankan aktiviti pembelajaran murid. Rancangan mengajar mempunyai langkah-langkah mengajar yang lengkap permulaan, perkembangan dan penutup yang lengkap. Strategi dan kaedah mengajar yang dipilih boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 16. Hubungan Konsep Budaya dengan Sekolah Berkualiti Ahli fungsionalisme melihat fungsi sekolah sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka. Sehubungan ini, sekolah adalah dipandang sebagai sesuatu institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya masyarakat. Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk manusia yang berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. 17. Budaya dan Iklim Sekolah Berkualiti Ia dikenali sebagai iklim sekolah, mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti: Kebersihan bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah serta anggota sekolah; Keselamatan anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan, keselamatan yang lengkap termasuk mengadakan perkhidmatan keselamatan seperti pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas; Kemudahan sekolah cukup dan lengkap serta digunakan dengan baik dan cermat;

Keselesaan seperti ruang untuk bergerak yang mencukupi, peredaran udara segar yang membawa suasana tenang dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran: dan Keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok serta perhiasan yang memberansangkan suasana keselesaan. 18. Samb. Aspek sosial merangkumi perkara-perkara seperti: Hormatmenghormati diantara anggota sekolah serta mematuhi peraturan sekolah; Rasa tanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain serta sekolahnya; Berkerjasama diantara anggota sekolah, bersedia untuk membantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan. Perpaduan dimenifestasikan daripada integrasi pelbagai kaum dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum; Kemesraan dimenifestasikan daripada pergaulan dan keriangan dalam aktiviti sosial di sekolah; dan Keadilan dimenifestasikan dalam hukuman dan ganjaran yang mengikut peraturan, layanan sama serta pengagihan kerja dan tugas yang adil. 19. Samb. Aspek perkembangan intelek merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat ingin belajar, sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Aspek penggunaan bahasa meliputi penggunaannya secara betul dan jitu didalam dan di luar bilik darjah. 20. Program Meningkatkan Prestasi Budaya Sekolah Ia biasanya dirancang dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Budaya Sekolah. Di antara aktiviti yang meliputi semua aspek budaya sekolah adalah dibincangkan seperti berikut: Meningkatkan prestasi dalam aspek fizikal seperti: Menanam pokok bunga di kawasan sekolah Melukis mural sebagai perhiasan sekolah Mengadakan latihan kecermasan untuk keselamatan Membaiki perabot yang rosak seperti meja dan kerusi murid Mengadakan pertandingan kebersihan kelas dan perhiasan bilik darjah 21. Samb. Meningkatkan prestasi dalam aspek sosial seperti: Menganjurkan aktiviti sosial yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum Menggubal dan melaksanaaan peraturan sekolah dengan adil Mengagihkan kuasa dengan memberi tugas kepada pemimpin kelab, persatuan, badan unit beruniform semasa menganjur aktiviti Meningkatkan prestasi dalam aspek budaya ilmu seperti: Menyebarkan matlamat KBSR atau KBSM sama ada di dalam perhimpunan atau dipamerkan dalam papan kenyataan Menganjurkan aktiviti yang boleh meningkatkan penguasaan ilmu Melengkapkan dengan

memperbanyakkan buku ilmiah dalam perpustakaan sekolah Melengkapkan alat bantu mengajar dan mengalakkan guru menggunakannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Menjalankan pencerapan dan penyeliaan untuk meninkatkan prestasi guru dalam aktiviti pengajaran Mengadakan latihan dalaman untuk meningkatkan kemahiran guru dalam aktiviti pengajaran mereka 22. Samb. Meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa seperti: Menganjurkan aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan, dan pidato sebagai galakan penggunaan bahasa Mengadakan peraturan yang boleh menghalang murid menggunakan bahasa dialek di kawasan sekolah 23. Jenis Aktiviti Budaya Sekolah Aktiviti budaya sekolah merangkumi aktiviti seperti: Menyanyi lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik seperti Malaysia Berjaya dalam perhimpunan sekolah Membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti Hari Sukan, perhimpunan Pengakap dan sebagainya Mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap hari persekolahan dan perhimpunan sekolah Menjalankan kempen kebersihan sekolah Melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu 24. Ciri-Ciri Sekolah Berkualiti: Ciri-Ciri Iklim Persekolahan Iklim sekolah yang baik dan buruk bergantung kepada gaya pentadbiran seseorang Guru Besar / Pengetua. Sesungguhnya, iklim persekolahan adalah berhubung rapat dengan displin dan peraturan sekolah yang sedia ada serta perasaan kekitaan murid- murid dan kakitangan dalam sekolah mereka. Iklim persekolahan yang dikatakan baik mengandungi beberapa siri utama seperti: Perhubungan yng saling hormat-menghormati di antara kakitangan akademik dengan muridnya Kesukarelaan murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa sengan betul dan sesuai Kewujudan iklim persekitaran yang bersih, teratur dan tenteram Kewujudan displin yang baik, dengan zero defect dalam semua sktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah pengajaran-pembelajaran, tiada konflik, tiada perlanggaran displin, tiada masalah keceriaan sekolah dan sebagainya. 25. Samb. Iklim persekolahan yang dikatakan negatif atau tertutup mengandungi beberapa ciri utama seperti berikut: Anggota sekolah sering menghadapi

ancaman tekanan dan konflik keperibadian, serta masalah displin sekolah Perasaan kekitaan dan semangat kerjasma diantara anggota sekolah tidak dapat diperlihatkan Keceriaan sekolah adalah kurang memuaskan Keterlibatan dalam dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum adalah sekadar minimum sahaja Interaksi sosial di antara anggota sekolah diperlihatkan pasif Kepimpinan Guru Besar / pengetua bercorak autokratik, manakala guru bersikap acuh tak acuh dan kurang semangat mengajar 26. Organisasi Sekolah Berkualiti dan Iklim Persekolahan Indeks organisasi sekolah yang sihat boleh dikenalpasti seperti ciri-ciri berikut: Mempunyai pusat sasaran untuk pencapaian matlamat sekolah Kesesuaian menyebar kebudayaan dan ilmu pengetahuan Berkongsi kuasa autoriti dalam pengurusan sekolah Keberkesanan dalam penggunaan sumber Mempunyai semangat perpaduan dikalangan anggota sekolah Anggota sekolah mempunyai kesedaran terhadap keperluan reformasi pendidikan untuk kemajuan sekolah Mempunyai suatu sistem kawalan automatik yang dapat menangani gangguan dari luar Mempunyai daya penyesuaian yang berupaya mengubahsuai dan menangani konflik di antara aspirasi sekolahdengan organisasi luar Mempunyai organisasi yang baik serta sistem pengurusan yang rapi untuk menangani konflik dalaman 27. PENGURUSAN PERUBAHAN Dalam pengurusan perubahan, pihak sekolah perlulah menghasilkan murid yang cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik. Tambahnya lagi, murid-murid juga mesti mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran kerja tempatan dan antarabangsa. Kementerian Pendidikan telah melancarkan satu reformasi pendidikan dengan mmperkenalkan KBSR pada tahun 1982/1983 diikuti dengan pelaksanaan KBSM pada tahun 1988/1989 dan pelaksanaan konsep sekolah bestari pada tahun 2000 berlandaskan matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 28. Wawasan 2020 Diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia pada 28 Febuari 1991. Sembilan cabaran utama ialah: a) Cabaran 1 - membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa depan yang dikongsi bersama b) Cabaran 2 melahirkan masyarakat yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya c) Cabaran 3 - membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokrasi yang

matang d) Cabaran 4 - membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya e) Cabaran 5 - membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan toleransi f) Cabaran 6 - membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan progresif serta berdaya cipta g) Cabaran 7 - membentuk masyarakat yang berbudi bahasa dan berbudaya penyayang h) Cabaran 8 menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yand adil ekonomi i) Cabaran 9 membentuk masyarakat yang makmur 29. Perubahan KBSR dan KBSM Membaiki segala kelemahan tahun 1980an Reformasi pendidikan telah dilaksanakan: a) memperkenalkan komputer b) sistem peperiksaan juga diubah c) sekolah bestari 30. Ciri-ciri Kurikulum Masa Depan Pendidikan Pra Sekolah - guru akan ditambah - sistem monitor juga dibuat - kanak-kanak berumur 6-11 tahun untuk mendapatkan pendidikan Pendidikan Sekolah Menengah - tahun 2008, tempoh pendidikan sekolah menengah dikurangkan dari 7 tahun menjadi 6 tahun - Perubahan yang paling penting ialah membaiki kelemahan dalam penguasaan bahasa Inggeris 31. Inovasi Kurikulum dan Reformasi Pendidikan Inovasi Kurikulum atau reformasi kurikulum ialah pembaruan, perbaikan, pengubahsuaian atau pemulihan terhadap kurikulum yang sedia ada 3 faktor utama: a) perkembangan sains dan teknologi b) keperluan masyarakat c) perkembangan falsafah dan teori pendidikan Penerapan nilai-nilai moral Kemahiran asas dikuasai guru Amalan perdagangan diserap dalam pengajaran dan pembelajaran Penubuhan Sekolah Bestari - guru perlulah bersedia dengan cabaran globalisasi pendidikan 32. Ciri-ciri Guru Dalam Alaf Baru Dahulu, pelajaran sekolah adalah bersifatkan kepada guru dan buku Sekarang, pelajaran adalah menjurus kepada pelajar dan komputer Guru - memiliki pengetahuan meluas tentang mata pelajaran yang diajar - tahu teknik pengajarannya - memiliki sifat yang penyayang serta bersabar - memiliki sifat yang penyayang serta bersabar - kecerdasan emosi dan kekuatan fizikal serta rohani - role model kepada masyarakat, bangsa dan negara Sifat-sifat - membina tahap keyakinan diri Beriltizam, berwawasan, berpandangan global dan senantiasa berorientasikan maklumat. 33. Samb. Guru - sedar perubahan yang berlaku Berfikiran positif, bersikap fleksibel, ada sifat kepimpinan dan memahirkan diri menggunakan komputer

Guru bestari - melahirkan pakar IT dan teknokrat-teknokrat Aplikasikan pengetahuan yang ada di dalam bilik darjah 34. PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN Pembestarian Pendidikan Bestari maksud cerdas, berpengetahuan, berpendidikan serta mempunyai budi pekerti yang mulia Sekolah bestari - sekolah yang bakal melahirkan pelajar cerdas dan pintar Objektif - melatih pelajar guna teknologi dalam pembelajaran Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pula berpendapat bahawa pembestarian pendidikan ialah untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di mana guru bukan lagi sebagai pendeta di atas pentas tetapi sebagai pendidik dan pembimbing kepada kepada murid-murid Komputer dan buku teks alat bantu mengajar 35. Penubuhan Sekolah Bestari - projek daripada Tujuh Flagship Applications dalam Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Koridor, MSC) 4 MP utama - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Matlamat Sekolah Bestari Budaya berfikir Pengurusan yang efektif Kaedah dan teknik pengajaran dpt ditonjolkan Belajar secara pasukan terarah kendiri 36. Prasarana IT (Teknologi Maklumat) dalam Sekolah Bestari Makmal komputer Pusat media Bilik khidmat Studio Pejabat pentadbiran Prasarana bilik darjah 37. Ciri-ciri Sekolah Bestari Pelajar - belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran itu sendiri Guru - mengadaptasikan kurikulum kebangsaan berdasarkan keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran individu Penilaian pembelajaran on line 38. Tanggungjawab dan Peranan Guru Bestari Fasilitator Mengurus rutin harian bilik darjah Merancang dan melaksana pembelajaran melalui prasarana IT Kemahiran dan penggunaan alat teknologi 39. Keperibadian Guru Mempunyai nilai moral dan akhlak yang terpuji Sewajarnya perlu ada kesesuaian di antara kata- kata guru dengan perilakunya yang sebenar. Memahami proses perkembangan remaja masa kini yang mudah terikut-ikut kepada unsur dan budaya negatif tetapi sukar untuk menerima teguran dan nasihat yang membina. Akhlak seorang pendidik sesuai dengan ajaran dan pengetahuan yang diajar kepada pelajarnya.

40. Cabaran Profesion Perguruan AKHLAK ILMU TEKNIK & STRATEGI MENGAJAR STAFF DAN KAKITANGAN SEKOLAH ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) PERLAKSANAAN PENCAPAIAN PENGAJARAN 41. AKHLAK GURU berakhlak mulia. GURU menjaga akhlak dan maruah diri. GURU mementingkan maruah pendidikan negara. GURU berhadapan & menangani akhlak tidak sihat (negatif) murid. GURU pembentuk akhlak murid. ILMU Guru sebagai penyalur budaya dan ilmu. (Berdasarkan pembentukan Model Tret ) Guru berperanan sebagai agen penyalur budaya dan ilmu selain peranan institusi keluarga. Dalam konteks ini, guru cuba memainkan peranan sebagai agen pewarisan budaya yang penting bagi sesuatu masyarakat Proses pembelajaran ini mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. 42. Teknik & Strategi Mengajar Guru sebagai penyalur kemahiran dan ketrampilan.(Berdasarkan pembentukan Model Humanistik) GURU mesti mencari alternatif terbaik dalam teknik pengajaran . GURU mempraktikkan teknik & strategi pengajaran yang berkesan dan merangsang murid. 43. Staf & Kakitangan sekolah GURU mesti bersedia dengan karenah staf & kakitangan sekolah. Pendapat / penerimaan Emosi Kebolehanpercayaan & pentafsiran. Pentadbiran Kerjasama. 44. Alat Bantu Mengajar (ABM) TIADA peruntukan Keperluan ABM yang TINGGI Pemilihan ABM yang TEPAT dan BERSESUAIAN. 45. Perlaksanaan Wujud organisasi Pelaksana. Perlaksanaan mengikut TERTIB. Hadapi kekangan dengan baik. 46. Pencapaian Pengajaran Berjaya Guru perlu mengekalkan Prestasi dihargai oleh penduduk sekitar. Tidak berjaya Guru WAJIB meningkatkan prestasi. Penduduk sekitar hilang kepercayaan terhadap profesion Perguruan. 47. Usaha Memartabatkan Profesion Keguruan 48. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama bagi bekas lulusan graduan. Antara usaha yang telah dilakukan oleh KPM ialah: A). Meningkatkan Tahap Profesionalime 1. Program Diploma

Perguruan Khas Diperkenal pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di peringkat menengah dengan menyediakan guru siswazah bagi semua sekolah menengah menjelang tahun 2005. 2. Program Diploma Perguruan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari ini. 49. 3. Program Pensiswazahan Guru Kursus-kursus seperti Program Khas Pensisiwazahan Guru (PKPG) yang dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus-kursus yang diadakan secara usaha sama dengan Universiti Terbuka Malaysia (Open University) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk guru besar. 4. Program Berkembar IAB Dengan Pihak Universiti Bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Banyak dasar yang dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini. Oleh yang demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian Pendiidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan akan terus dikawal dan sentiasa berada pada paras yang maksimum telah menjalankan beberapa program khas untuk memastikan ianya terus berkembang. Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin baki dalam bidang pengurusan dan kempimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan progam yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki dengan universiti-universiti di Britian, Amerika Syarikat dan Australia. 50. B) Ganjaran & Kenaikan Pangkat Selain dari meningkatkan diri dengan penambahbaikkan dalam bidang ilmu, para pendidik juga ditawarkan dengan ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka yang benar-benar layak seperti: Pengetua Cemerlang Guru Cemerlang Jawatan Naik Pangkat Skim Gred Diploma 51. Mary Wong Siew Lian Maktab Perguruan Batu Lintang

52. Tumpuan Asas Sekolah Bestari Apakah Pembelajaran Bestari? JenisJenis Pembelajaran & Strategi P-P Bestari Penerapan Unsur-Unsur Bestari Dalam P-P Sains 53. Sekolah Bestari Pekerja Berilmu SEKOLAH BESTARI MENYEDIAKAN TENAGA Perkembangan PEKERJA BERILMU UTK Industri/R&D INDUSTRI TEKNOLOGI TINGGI 54. KUASA MINDA menjadi modal, BUKAN wang/tanah/pekerja MSC PUSAT UNTUK PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TEMPATAN BERCORAK TEKNOLOGI TINGGI SEKOLAH BESTARI PERLU MENGHASILKAN PELAJAR YG BERFIKIRAN KRITIS, CEKAP, MEMPUNYAI KREATIVITI UNTUK MENCIPTA PRODUK BARU UNTUK PASARAN DUNIA 55. Pembelajaran di Sekolah Bestari harus dapat mencungkil bakat dan minat pelajar supaya mereka boleh mencipta produk-produk baru atau mempelopori proses-proses kerja atau perkhidmatan baru seperti Wright brothers, Henry Ford, Oppenheimer, Akio Morita, Bill Gates, Steven Spielberg, dan lain-lain 56. Inkuiri penemuan, penyelesaian masalah Kolaborasi dgn. rakan, bukan berseorangan Mengguna pelbagai sumber IT / bukan IT Merentasi pelbagai bidang ilmu Dapat memberi gambaran menyeluruh Menjana pengetahuan/pemahaman baru 57. Projek, kajian, perbincangan, Tanpa IT kerja lapangan, temu bual, eksperimen, dll Aktiviti kolaborasi melalui emel /chat Akses maklumat dari internet/TV Dengan IT CD-ROM/video/rakaman audio Aplikasi sofwer utk laporan, Pembentangan, dll 58. David Perkins & colleagues, Harvard University Two guiding beliefs in their Smart School Research (Harvard Project Zero): Learning is a consequence of thinking, and good thinking is learnable by all students Learning should include deep understanding, which involves the flexible, active use of knowledge 59. SMART SCHOOL CLASSROOM CHARACTERISTICS AN ATMOSPHERE OF RESPECT & RAPPORT . . . . POSITIVE TEACHER-STUDENT STUDENT-STUDENT SEKOLAH BESTARI . . . INTERACTION

60. MANAGING STUDENT BEHAVIOUR CLEAR STANDARDS OF CONDUCT (GROUND RULES) UNOBSTRUSIVE MONITORING OF STUDENT BEHAVIOUR SENSITIVITY TO STUDENTS NEEDS 61. ESTABLISHING A CULTURE FOR LEARNING IMPORTANCE OF A BALANCE BETWEEN PROCESS & CONTENT STUDENT PRIDE IN WORK (OWNERSHIP OF LEARNING) SELF-REGULATION OF LEARNING 62. RESPECT FOR STUDENT DIFFERENCES PROVIDING CLASSROOM ENVIRONMENTS WHICH CAN CATER FOR DIFFERENT STUDENT CHARACTERISTICS: - STUDENT LEARNING STYLES - MULTIPLE INTELLIGENCES 63. STUDENT LEARNING STYLES Motivational interest or pattern that is preferred when processing new information or experience (Kenneth & Dunn, 1984) Four Modalities: Visual Verbal learners Visual Nonverbal learners Auditory learners Kinesthetic/tactile learners (Learning Styles Survey by Miller, 2000) 64. Model Gaya Pembelajaran (Dunn & Dunn, 1984) -gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kpd. unsur-unsur yg disukainya di bawah lima perangsang: Perangsang Unsur Alam Sekitar Bunyi, cahaya, suhu Emosi Motivasi, ketabahan, tanggungjawab, struktur Sosiologi Sendiri, pasangan, pasukan, pelbagai cara Fizikal Makan, minum, waktu, gerakan Psikologi Global/analitik, otak kiri/kanan, impulsif/reflektif 65. MULTIPLE INTELLIGENCES VERBAL-LINGUISTIC LOGICALMATHEMATICAL VISUAL-SPATIAL BODILY-KINESTHETIC MUSICAL-RHYTHMIC INTERPERSONAL INTRAPERSONAL NATURALIST 66. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Pembelajaran Bersifat Individu Pembelajaran Berdaya Fikir Pembelajaran Berbantukan Teknologi 67. Guru sebagai fasilitator Aktiviti p-p dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam proses p-p Pelajar diberi lebih banyak peluang utk: memilih tugasan & strategi pembelajaran - menguruskan masa - membuat penilaian kendiri - mendapatkan sokongan rakan sebaya & guru

68. - Berkait rapat dengan pembelajaran berpusatkan pelajar - Mementingkan perbezaan individu pelajar Pembelajaran Masteri Pembelajaran Kadar Kendiri Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Terarah Kendiri 69. - Proses p-p yg memberi penekanan kpd. mewujudkan iklim bilik darjah yg menggalakkan pelajar berfikir MEMPROSES MAKLUMAT SECARA KOGNITIF - berfikir dengan kritis & kreatif - mengenalpasti isi-isi yg penting memilih maklumat - menyusun maklumat - membuat penilaian kendiri & rakan sebaya - melakukan refleksi 70. Mengguna pelbagai jenis teknologi dalam proses p-p: - alat visual (OHP, kamera) - alat audio (radio, rakaman kaset) - alat audio visual (TV, video, slaid, filem) - komputer (CD-Rom, internet, modul interaktif, emel, buletin board, dll) untuk menjadikan p-p lebih menarik dan berkesan 71. STRATEGI DIREKTIF Murid diarah mematuhi langkah-langkah pembelajaran yg diberi oleh guru STRATEGI PEMERHATIAN Pelajar membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau penerangan tentang sesuatu kemahiran 72. STRATEGI MEDIATIF Guru tidak terus memberitahu sesuatu Guru berperanan sebagai mediator, menggunakan dialog dalam membimbing pemikiran pelajar kearah memahami konsep atau pengetahuan STRATEGI GENERATIF Menggalakkan pelajar supaya kreatif melalui aktiviti sumbangsaran, inkuiri-penemuan, soalan yg terbuka 73. STRATEGI KOPERATIF & KOLABORATIF Satu proses pembelajaran yg membantu pelajar berinteraksi dlm atau antara kumpulan kecil utk mencapai satu matlamat khusus STRATEGI KONTEKS LUAR Pelajar melakukan aktiviti di luar bilik darjah, seperti menghadiri seminar, bengkel, Melakukan temu bual, lawatan sambil belajar, dll yg berkaitan dengan kandungan pelajaran 74. STRATEGI METAKOGNITIF Mementingkan pelajar berfikir tentang apa yg difikir/melakukan refleksi, menilai diri sendiri, & memikirkan tindakan selanjutnya STRATEGI KAJIAN MASA DEPAN Mendidik pelajar supaya bersedia menghadapi cabaran & perubahan (konsep KMD) Melibatkan pengumpulan maklumat, analisis trenda, ramalan, imaginasi, strategi mengatasi cabaran, proses inovasi sosial, membina senario, dsbgnya 75. APPROACH TEACHER MENTOR FACILITA STUDENT STRATEGY CENTRED -TOR -CENTRED DIRECTIVE OBSERVATIONAL MEDIATIVE PE M E AK NG NA TI LI MB F D BA A GENERATIVE LM TA HK . A N S AN KT

EC COOPERATIVE/ IV A R COLLABORATIVE IT A IP -P OUTSIDECONTEXT METACOGNITIVE KAJIAN MASA DEPAN 76. PENERAPAN UNSUR BESTARI DALAM P-P SAINS SEKUEN PENGAJARAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVIST (Scott, 1987) 77. FASA 1 - ORIENTASI TUJUAN AKTIVITI P-P Menimbulkan demonstrasi, minat pelajar ilustrasi, soal-jawab, terhadap perbualan, petikan tajuk surat khabar, kuiz, pelajaran teka-teki, dll 78. FASA 2 - PENCETUSAN IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P Mengenal soal-jawab, pasti perbincangan, pengetahuan pembentangan sedia ada pelajar 79. FASA 3 - PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P Menimbulkan perbincangan, kesedaran eksperimen, input tentang idea guru, pemerhatian, baru / konflik pembelajaran kognitif kendiri, mengesan maklumat dari CD, 80. TUJUAN AKTIVITI P-P Menguji, buku rujukan, mengkaji idea internet, majalah, baru dan sumber lain Perubahan konseptual - penerimaan idea baru 81. AKTIVITI & SUMBER P-P PELBAGAI AKTIVITI P-P: STESEN DINAMIK / STATIK PERBINCANGAN KUMPULAN PROJEK EKSPERIMEN KAJIAN LAPANGAN KUIZ SAINS LAWATAN MEMBINA LAMAN WEB PORTFOLIO 82. PELBAGAI SUMBER P-P: AUDIO/VISUAL - TV, RADIO, KASET, VIDEO, SLAID, PITA RAKAMAN, OHP OBJEK 3D - MODEL, SPESIMEN BAHAN BERCETAK - MAJALAH, BUKU, ENSAIKLOPEDIA, SURAT KHABAR, CARTA, DLL MEDIA KOMPUTER CD-ROM, MODUL PEMBELAJARAN, INTERNET, EMEL 83. AKTIVITI YG MELIBATKAN PEMIKIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF METAKOGNISI (refleksi, catatan jurnal, penilaian kendiri) JANGAN DILUPAKAN . . . KEMAHIRAN PROSES SAINS KEMAHIRAN MANIPULATIF 84. HANDS-ON & MINDS-ON PELAJAR BUKAN SAHAJA TERLIBAT SECARA AKTIF DARI SEGI FIZIKAL TETAPI DARI SEGI MENTAL / KOGNITIF JUGA PEMBELAJARAN YG BERMAKNA 85. FASA 4 - APLIKASI IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P Mengukuhkan kuiz, lembaran idea baru kerja, soal-jawab, melalui penyelesaian aplikasi dlm masalah situasi baru / seharian

86. FASA 5 - REFLEKSI TUJUAN AKTIVITI P-P Merenung menulis jurnal / tentang idea membuat catatan baru yg telah refleksi, berkongsi dipelajari dengan kawan, jawab lembaran kerja 87. Globalisasi Pendidikan Bermaksud merentasi sempadan atau media memdapatkan maklumat melalui internet Kepentingan Globalisasi Dalam Pendidikan Pelajar - mendapat maklumat dan dikumpul dan disebar dengan pantas dan meluas Interaksi antara murid dan guru serta orang ramai 88. Guru dan Cabaran Dalam Globalisasi Pendidikan Peka kepada persekitaran sekolah Kenalpasti setiap perubahan yang berlaku Menghadiri kursus Memupuk nilai budaya ilmu pelajar Meningkatkan hubungan interpersonal Merebut peluang Pendidikan a) Pendidikan Terbuka b) Pendidikan Jarak Jauh 89. Pekerja Ilmu Tugas guru adalah amat mecabar menjelang tahun 2010 Mengintergrasikan teknologi maklumat Meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di kalangan murid-murid Melahirkan pekerja ilmu untuk pembangunan negara 90. KESIMPULAN Perkembangan yang begitu pesat dalam ilmu pengetahuan hampir sampai ke tahap meledak Guru mestilah sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan bidang yang semakin kompleks dan canggih ini tidak kira di mana mereka berada Mengejar ilmu pengetahuan melalui Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme Keguruan Menguasai kemahiran inovasi Jayakan program pendidikan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi yang kian mencabar Sesungguhnya, proses pendidikan seseorang tidak berhenti dari semasa ke semasa tetapi terus beroperasi seumur hidup 91. SEKIAN TERIMA KASIH 92. 1982 KBSR dilaksanakan secara percubaan di 305 bKERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( MTT2353 ) PENDIDIKAN SEBAGAI SUATU PROSES PENGAJARAN

1.0 PENGENALAN Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya, seorang guru dengan murid-muridnya atau seumpamanya. Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya. Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Tuhan (Allah s.w.t.)(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Al Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. Di antara ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas ialah : "Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun". (Al-Baqarah: 263) "Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati". (Al-Isra' : 28)

"Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu". (Al-'Imran : 159) "Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaikbaiknya.." (An-Nahl : 125) Petunjuk-petunjuk dari ayat-ayat Al Quran di atas telah menggariskan bahawa hikmah kebijaksanaan, lemah lembut dan percakapan dan bahasa yang baik adalah menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi berkesan di antara sesama insan. Manakala sifat-sifat keras dan kasar serta kata-kata yang menyakitkan adalah dilarang. 2.0 RASIONAL PEMILIHAN TAJUK ISU 1 Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran (Rosli Abd. Rahman, 1997). Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Dewasa ini kebanyakan majikan mendapati kekurangan keterampilan siswazah merupakan faktor penyebab pihak majikan berhati-hati mengambil mereka bekerja dalam firma swasta. Ekoran dari faktor ini, sebilangan besar siswazah gagal dalam temuduga pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta. Didapati bahawa kegagalan mereka dalam kemahiran berkomunikasi ini menjadi penyebab wujud masalah dari segi pergaulan, bekerjasama, cara berkomunikasi dan dalam pengurusan konflik. (Rosli Abd. Rahman, 1997). Dalam proses komunikasi, salah satu bidang yang mempunyai pengaruh yang paling kuat ke atas tingkah laku seseorang ialah persepsi diri seseorang atau konsep

kendirinya. Keberkesanan berkomunikasi interpersonal berkait rapat dengan persepsi diri. Brooks dan Emmert (1976), menyatakan konsep kendiri ialah suatu faktor penting dalam komunikasi interpersonal. Hamachek (1990), berpendapat konsep kendiri dan personaliti sebagai sinonim. Jelas di sini, individu yang mempunyai konsep kendiri positif biasanya dapat berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang lebih baik. Kurang kemahiran berkomunikasi dan konsep kendiri di sekolah boleh menyebabkan pelajar sukar membuat penyesuaian diri dan sukar menyelesaikan masalah. ISU 2 Pembinaan minda merentas kurikulum yang diajar di sekolah rendah dan menengah diperhebatkan lagi dengan pelancaran Program Gerak Gempur Minda 1997 bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran berfikir secara lebih kritis dan kreatif. Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata, aspek tersebut masih kurang menonjol walaupun ia merupakan matlamat yang perlu ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Menurut beliau, secara umumnya, 95 % proses pengajaran dan pembelajaran sekarang masih berpusat kepada guru dan hanya 5 % membabitkan interaksi pelajar. Kelemahan ini tidak sewajarnya berlaku dalam bidang pendidikan yang kegiatan utamanya memerlukan aspek kemahiran berfikir serta pengembangan minda selain penekanan yang diberikan kepadanya di dalam KBSM dan KBSR. Daripada dua isu yang telah dikemukakan tersebut menunjukkan bahawa usaha ke arah mengutamakan aspek kemahiran dan keupayaan berkomunukasi perlu dipertingkatkan untuk kepentingan pelajar menyesuaikan diri di dalam masyarakat pada masa akan datang. Oleh itu kami telah memilih tajuk ini dengan membincangkan dari beberapa aspek seperti : kepentingan komunikasi bilik darjah ciri-ciri komunikasi guru yang positif dan negatif

ciri-ciri komunikasi yang disukai oleh murid ciri komunikasi guru yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan halangan-halangan komunikasi bilik darjah cara untuk mengatasi halangan yang dihadapi cadangan dari aspek kesedaran dan kesediaan guru. 3.0 PERANAN SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI SOSIAL Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi sosial pelajar dalam sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik darjah dan aktiviti ko-kurikulum. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Ini adalah kerana guruguru berinteraksi dengan pelajar secara individu hampir setiap hari. Dalam keadaan persekolahan sekarang ini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah AlSagoff, 1988). Sekolah memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri seseorang pelajar itu. Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang individu. Menurut Dewey, pendidikan harus berpusatkan kepada pelajar sebagai individu untuk melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri insan yang sempurna pada keseluruhannya. Oleh itu, sekolah bukan merupakan institusi setakat untuk menyediakan individu itu bagi sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan tetapi membuat persediaan untuk mereka membangunkan masyarakat. 4.0 INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK DARJAH 4.1 Kepentingannya

Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994). 4.2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat

penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996). Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya. Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru. Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif. Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-murid seperti berikut : Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid Enggan menerima langsung cadangan dari murid Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid dengan persekitaran bilik darjah Suka menengking dan memarahi murid Selalu memberi amaran Gagal menyediakan kemudahan kepada murid

Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut : Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid Menerima perbezaan pendapat dari murid Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah Bersimpati dengan masalah murid Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid. Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah : Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru

sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka. 4.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah : Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna. Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti. Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996). Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya :

Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri Memberi arahan secara lebih positif Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah : Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid Sentiasa mengulang isi-isi penting Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran

Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah : "Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami" (Riwayat Al-Bakhari) "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal" (Riwayat Al-Bakhari) "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya" (Riwayat Al-Tabrani)

5.0 HALANGAN-HALANGAN DALAM INTERAKSI BILIK DARJAH Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), terdapat juga halangan-halangan yang menyebabkan interaksi bilik darjah tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu : Faktor fizikal Seperti bangunan, dinding bilik dan kecacatan tubuh badan

Faktor bukan fizikal Seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut, marah, ragu-ragu, malu dan sebagainya serta faktor masa. 6.0 MENGATASI HALANGAN BERINTERAKSI Persoalan utama kita ialah bagaimanakah halangan-halangan tersebut dapat diatasi, terutamanya terhadap faktor dalaman diri atau faktor psikologi yang mendatangkan kesan yang sangat negatif terhadap pembelajaran murid serta juga pengajaran guru. Sistem KBSR telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai garis panduan bagi mengatasi masalah tersebut, antaranya ialah : Melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan murid dalam satu kelas Memperkenalkan kaedah kumpulan mengikut kebolehan Pendekatan individu Menggalakkan penggunaan sumber sebagai media dan aktiviti-aktiviti gerakerja kelas, kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja, eksperimen dan sebagainya. Walaubagaimanapun, menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992), ternyata bahawa saranan-saranan tersebut ada yang terlalu ideal dan sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana kekangan infrastruktur dan tenaga guru, seperti pengecilan jumlah murid dalam satu bilik darjah. Rata-rata kebanyakan sekolah terpaksa menempatkan dalam lingkungan 40 orang murid dalam satu darjah.

7.0 CADANGAN DARI ASPEK KESEDARAN DAN KESEDIAAN GURU

Apa yang penting kepada kita ialah untuk meroboh halangan tersebut dengan memberi perhatian kepada situasi dalam setiap episod sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, dari permulaan hingga penutup. Sebagai contoh, hasil kajian Wlodkowski, 1984 (classroom Life, 1994) mendapati permulaan sesuatu sesi pengajaran adalah detik yang paling penting dalam mencorak situasi pembelajaran seterusnya. Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja guru mula melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Murid-murid dalam kelas terus memberi perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri serta membina sikap tertentu terhadap guru melalui sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan. (Wlodkowski, 1984)(dalam Classroom Life, 1994). Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum , dengan mudah mendapat respon yang positif daripada murid. Dengan senyuman, ketegangan dapat dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi, lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat. (Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Dalam sesuatu sesi pengajaran, apabila salam atau ucap selamat dilafazkan, dengan sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan murid mula tersingkap dan seterusnya mencorak situasi perhubungan guru murid dalam proses pengajaran pembelajaran yang selanjutnya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Di dalam Islam, saling memberi dan menjawab salam merupakan satu aspek ibadah yang menjadi faktor kepada hubungan kasih sayang, kesefahaman dan kemesraan di antara sesama insan kerana salam adalah doa dan harapan yang dirujuk kepada Allah (swt), manakala doa adalah pendidikan, ketenangan dan penguatan rohaniah yang berkait mesra dengan fitrah insan itu sendiri (Uthman Muhammady, 1991) (dalam Rosli Abd. Rahman,1997). Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru murid dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga, sebutan yang tepat, jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon

daripada murid, lebih-lebih lagi apabila diucap dengan tata bahasa yang betul dan tersusun. Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur, yang diselit dengan unsur-unsur berseloroh serta mesra dapat memurnikan lagi suasana interaksi bilik darjah. Begitu juga dengan menyebut nama atau singkatan nama atau panggilan khusus yang selalu diucap oleh keluarga dalam berinteraksi dengan murid lebih bermakna daripada penggunaan ungkapan panggilan umum seperti 'awak', 'kamu', 'anda' dan sebagainya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti motivasi, penggunaan sumber, aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Namun demikian, satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat yang dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri dalam beberapa perkara yang disarankan di bawah : Guru benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara individu Guru benar-benar menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran Guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa Guru sentiasa meluaskan pengetahuan dan kemahiran kendirinya melalui pembacaan, peningkatan taraf akedemik dan profesional dengan melanjutkan pelajaran, mengikuti kursus, seminar, bengkel dan seumpamanya. 8.0 KESIMPULAN Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar

dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. BIBLIOGRAFI Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El-Muhammady, KL., DBP. Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and Philadepia: The Falmer Press. Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam. Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur, DBP. Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia. Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, , 4 April 1997, Gerak Gempur Minda Lahir Pelajar Kritis, Utusan Melayu.

Theodore Coladarci (1991), Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to Teaching, Journal of Experimental Education, University of Maine.

Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes, 1994, _ HYPERLINK http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html __http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html_.

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Profesion perguruan agak berbeza dan lebih kompleks jika hendak dibandingkan dengan profesion dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perniagaan dan lain-lain. Dalam bidang pendidikan, tugas guru ialah mendidik dan membentuk manusia yang mempunyai perbezaan daripada segi kebolehan kognitif, afektif dan psikomotor. Ini bermakna pelajar yang diajar oleh guru adalah berbeza-beza kebolehan intelek, kebolehan fizikal dan kesediaan emosi (Esah Sulaiman, 2003). Golongan ilmuan adalah aset sangat berharga kepada negara. Peranan mereka menjadi tanggungjawab penting bagi memenuhi hasrat kerajaan dan rakyat negara untuk melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing. Mendidik manusia berilmu bukan perkara mudah kerana memerlukan usaha yang berterusan. Guru hendaklah mendidik murid dengan penuh semangat dan kesungguhan. Mereka juga perlu mengemaskinikan teknik pengajaran dan cara penyampaian ilmu yang berkesan semoga apa yang diajarkan akan meresap ke dalam jiwa dan sanubari murid. Dengan itu, mereka mudah memahami dan menerima segala pelajaran yang dipelajari (Berita Harian, 23 Mei 2005). 2 Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu proses yang sangat dititikberatkan dalam pendidikan. Pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara

kontekstual di sekolah menengah teknik adalah bertujuan untuk menangani masalah kemerosoton minat pelajar dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Teknologi. Kementerian Pelajaran berharap agar pelaksanaan pendekatan pembelajaran ini akan menarik minat lebih ramai pelajar terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Teknologi. Sejak 10 tahun kebelakangan ini, hanya 20 peratus sahaja pelajar-pelajar yang mengambil aliran sains dan teknikal walaupun dasar pendidikan menetapkan kadar penyertaan pelajar pada 60 peratus Sains dan 40 peratus Sastera (Najib Tun Abd. Razak, 1997). Pendekatan pembelajaran secara kontekstual juga bertujuan untuk membina asas yang kukuh dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Teknologi selain dari menarik minat pelajar dalam mata pelajaran ini (Hull dalam Nor Azizah, 2002). Konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam pembelajaran sains yang bermakna ianya haruslah berdasarkan konteks kegiatan dan kejadian harian. Oleh itu, konsep sains perlu dikaitkan dengan kehidupan harian pelajar secara eksplisit. Kegiatan penyiasatan dan penemuan sains secara kontekstual dapat menggalakkan pelajar mengaplikasikan teori sains secara bermakna. Oleh itu, pendekatan pembelajaran kontekstual membolehkan pelajar menghayati kerelevanan pembelajaran Sains dan Matemtik dengan kehidupannya sendiri. Sejarah perkembangan sistem pendidikan secara kontekstual di Malaysia adalah bermula pada tahun 1995. Pada tahun 1995 dan 1996 Jabatan Pendidikan Teknikal telah menghantar sekumpulan pegawai ke Center Occupational Research and Development (CORD) Waco, Texas di Amerika Syarikat untuk menjalani kursus bagi mendalami sistem pembelajaran secara kontekstual. Kaedah pembelajaran secara kontekstual telah dilaksanakan secara perantis di semua sekolah menengah teknik pada tahun 1998. Di mana dalam pelan jangka pendek Jabatan Teknikal telah merancang untuk melaksanakan pendekatan secara kontekstual bagi mata pelajaran seperti Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi (Wan Absah Wan Kadir, 1997). 3 1.2 Latar Belakang Masalah Guru perlu menjadikan pendidik cemerlang sebagai model dalam menangani

cabaran kerjaya masa depan. Mereka boleh menjadikan ciri-ciri guru cemerlang sebagai panduan untuk berhadapan dengan tingkah laku, prestasi dan pencapaian akademik pelajar yang berbeza. Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan mendapati guru cemerlang memiliki sikap prihatin terhadap gaya pembelajaran sehingga berjaya mencerakinkan tahap kebolehan dan pencapaian pelajar (Hapidah Mohamad, 2002). Pada masa kini, begitu ramai di kalangan guru-guru mengamalkan strategi pembelajaran `directive', `observational' dan `mediative' sahaja iaitu secara arahan, latih tubi, pemerhatian dan perbincangan. Ini adalah kerana guru-guru terlalu tertekan dengan kehendak peperiksaan. Jika proses pembelajaran ini berterusan implikasinya pelajar-pelajar tidak dapat berfikir secara kritikal, tidak kreatif mahupun inovatif dan akhirnya harapan negara untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan tidak akan tercapai. Menurut Ng Kim Choy (1999), sistem pendidikan yang berpusatkan guru serta mengutamakan pencapaian peperiksaan boleh menimbulkan beberapa gejala yang kurang sihat seperti kebosanan, masalah disiplin dan sebagainya. Guru-guru perlu memperbaiki dan meningkatkan teknik pengajaran, penggunaan alat bantuan mengajar dan pendekatan pengajaran mereka. Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) guru perlu bersedia dalam memahami lebih jelas mengenai konsep bersepadu dan objektif mata pelajaran. 4 Sebagaimana yang diketahui, ramai pelajar yang kurang berminat untuk mengikuti kursus yang berasaskan aliran Matematik dan Sains. Di sekolah menengah teknik ramai pelajar yang gagal dalam mata pelajaran berbentuk Sains dan Kejuruteraan. Jika kita amati pelajar yang gagal dalam peperiksaan bukanlah terdiri daripada pelajar yang lemah tetapi pelajar yang tahap kepintarannya yang berada di tahap sederhana. Mengikut Laporan Kementerian Pendidikan (1993), salah satu faktor yang menyebabkan kemerosotan peratusan pelajar sains tulen ialah Sains sukar dipelajari

dan membosankan. Jadi kaedah pembelajaran secara kontekstual anjuran Jabatan Pendidikan Teknikal telah diperkenalkan, yang mana kaedah ini menekankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara dua hala iaitu di antara guru dan pelajar dan guru bertindak sebagai fasilitator. Menurut Dr. Zolazlan Hamidin (2001), kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum=woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian: 1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful). Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. 5 Menurut Hull (1997), tujuan pembelajaran secara kontekstual ialah untuk membina asas yang kukuh dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, selain menggalakkan pelajar meminati mata pelajaran tersebut dan sekaligus mempertingkatkan prestasi keputusan peperiksaan mata pelajaran berkenaan di sekolah-sekolah menengah teknik. Kumpulan sasaran utama bagi konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual ini ialah pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian sederhana. Pembelajaran secara kontekstual merupakan alternatif bagi menarik lebih minat para pelajar untuk mengikuti aliran sains tulen terutamanya daripada golongan yang berprestasi sederhana. Pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Tugas guru bukan sekadar membantu pelajar mengetahui objektif spesifik sesuatu unit matapelajaran. Mereka haruslah memahami proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menghubungkaitkan pembelajaran dengan kehidupan seharian pelajar. Dahulu peranan seorang guru hanyalah sebagai

penyampai ilmu pengetahuan kepada pelajar melalui pengajarannya. Tetapi sekarang peranan guru lebih kepada pemudah cara atau fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah untuk membantu perkembangan potensi pelajar yang maksimum (Mohd Hanafi Kamal, 2001). Oleh itu, pendekatan pembelajaran kontekstual adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan kerana ianya menggunakan situasi dan kaedah yang paling berkesan dan bermakna kepada pelajar. Konsep yang disampaikan dalam situasi berkonteks yang spesifik di mana pelajar dapat mengalami dan membuatnya sendiri dan ini menjadikan pelajaran Sains dan Matematik lebih menarik dan mudah difahami oleh mereka. 6 Komponen utama yang boleh dilihat dalam pembelajaran kontekstual ialah aktiviti hands on dalam konteks yang relevan pada pelajar. Sains dan Matematik yang menggunakan kaedah konteks adalah suatu set bahan-bahan pengajaran yang berkaitan terus kepada dunia pekerjaan dan kehidupan seharian. Modul-modul pengajaran ini membantu para pelajar mendapat pendidikan secara mantap dan kontekstual dan ini seterusnya membantu serta memotivasikan pelajar mencapai kejayaan. Jadi di sini penyelidik ingin mengetahui adakah guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik memahami konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual dan melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran 1.3 Pernyataan Masalah Pendekatan pembelajaran kontekstual yang diperkenalkan pada tahun 1997 di sekolah menengah teknik (SMT), berjaya meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Pembelajaran kontekstual adalah kaedah menggabungkan pengetahuan secara teoritikal dan praktikal. Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Utusan Malaysia, 27 April 1999), penilaian berasaskan sekolah mendapati prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains meningkat 20 peratus dan bagi mata pelajaran Matematik pula, peningkatan yang dicatatkan

ialah 22 peratus. Oleh itu pendekatan pembelajaran secara kontekstual ini adalah sesuai untuk memenuhi kehendak perlaksanaan kurikulum (KBSR) dan (KBSM). Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru Sains dan Matematik di sekolah menengah teknik di daerah 1. Johor Bahru. 2. 3. Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik mentafsir hasrat tersebut 4. dalam mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah. 5. Pengenalan 6. Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi "Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan" 7. Semenjak sebelum merdeka, Pendidikan telah dijadikan wahana untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sebagaimana jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan menjadi cabaran negara dalam usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Manakala hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara. 8. SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai prasarana kurang memuaskan, terutama di kawasan pedalaman. Selain itu, terdapat anggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah

lebih rendah berbanding sekolah rendah aliran Cina. Masyarakat bukan Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu bercirikan Islam manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya. 9. Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui setiap pendidiknya untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah dengan : CIRI-CIRI SEKOLAH PERKASA * INFRASTRUKTUR LENGKAP DAN BERKUALITI * PEMIMPIN DAN GURU CEKAP, TERLATIH DAN BERKUALITI * IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH SIHAT * SEMUA PELAJAR MENGUASAI 3M * PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERASASKAN PELANGGAN * PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM YANG BERKESAN * MENAWARKAN BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL * PENCAPAIAN AKADEMIK CEMERLANG * PENCAPAIAN SAHSIAH PELAJAR CEMERLANG * SISTEM SOKONGAN YANG KUAT DAN MENCUKUPI * BERASPIRASI NASIONAL 10. Definisi 11. Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan 12. sebagainya. Menurut Kamus Dewan 1994, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau mengukuhkan sesuatu. 13. Wawasan 2020 Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat

Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benar maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran. 14. Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama. SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020 * Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu * Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang * Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang * Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh. * Pembentukan Masyarakat yang Toleran * Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju * Pembinaan Masyarakat Penyayang * Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial * Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makmur 15. Imbasan Perkembangan Pendidikan di Malaysia Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan * Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan * Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama * Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia * Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini * Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira * Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur 16. disiplin yang diingini * Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia * Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

* Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun * Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran 17. keseluruhan Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 * Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira * Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin. * Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia * Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional * Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun * Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran 18. Rang Undang Undang Pendidikan 1995 * Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara * Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan * Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun * Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem Pendidikan kebangsaan * Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan * Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta 19. Bagaimana Penyata Razak Dapat Mewujudkan Penyatuan Kaum 20. Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi 21. perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan: 22. "Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur." 23. (Penyata Razak, perenggan 24. 12, 1956) 25. .Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran

kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan26. laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. 27. Bagaimana Dasar dan Rangka Kerja Dapat Mewujudkan Perpaduan dan Pembangunan Negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan 28. Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: 29. "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan 30. mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap 31. keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" 32. Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang

bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar. 33. Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.ega ngamenanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 34. Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada 16 Januari 2007 PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia. 35. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan enam teras strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju. TERAS STRATEGIK PIPP * Membina Negara Bangsa * Membangunkan Modal Insan * Memperkasakan Sekolah Kebangsaan * Merapatkan Jurang Pendidikan * Memartabatkan Profesion Keguruan * Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan 36. Membina Negara Bangsa

37. Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020. KPM berhasrat pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan akan membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. 38. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan 39. Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan udibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM ialah * Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. * Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. * Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. * Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia Hasrat murni kerajaan itu dapat dicapai sepenuhnya melalui: Penubuhan Sekolah Wawasan

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti. Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan * Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagaibagai bangsa dan latar belakang * Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran * Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu * Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah * Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu : * Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak * Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah * Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang * Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor * Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, (RMK9) 2006-2010 Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional (2006-2010) ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini

merupakan kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara yang maju ekonominya; seimbang pembangunan sosialnya; memiliki warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara. Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan, sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan oleh semua pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah 40. Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan profesion keguruan. 41. Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingat bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu dengan masyarakat Bangsa Malaysia. 42. Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum 43. Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan.

44. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan. 45. Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkahlangkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah. 46. Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan 47. SekolahPelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh 48. dijalankan di peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya memperkasakan sekolah. Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah 49. Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan,

50. pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan. Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri 51. Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah. Semua warga sekolah bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan setia, cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Sekolah Penyayang 52. Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep "Sekolahku Syurgaku" dan "Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi" dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Program ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar. Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat 53. Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan masyarakat setempat melalui program-program ilmiah seperti ceramah agama, solat hajat, sambutan Maulidur Rasul, Ma'al Hijrah, gotong royong membersih tanah perkuburan dan sebagainya. Sekolah juga memberi kerjasama kepada penduduk dan masyarakat setempat apabila mereka memohon kerjasama dari pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu. Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 54. Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan

sekolah-sekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan. Penyertaan Dalam Kokurikulum 55. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan 56. Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah adan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran "Jalur Gemilang", hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat

daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara. Lawatan Sambil Belajar Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program Lawatan Sambil Belajar ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan. Pengurusan Disiplin Secara Kolektif, Telus dan Adil Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah diwujudkan. Pelajar didedahkan berkenaan pengurusan disiplin dan peraturan sekolah dan asrama sejak hari pendaftaran atau hari pertama persekolahan bermula. Peraturan sekolah dimaklumkan kepada semua pelajar dan dipamerkan di setiap lokasi penting seperti bilik darjah, papan-papan kenyataan sekolah dan asrama. Pelajar selalu diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang dibenarkan. Pelajar diberi peringatan, amaran dan nasihat supaya berkelakuan baik sepanjang persekolahan. Setiap kes kesalahan diambil perhatian dan segala tindakan adalah mengikut prosedur yang dibenarkan. Tindakan dan hukuman yang dikenakan ke atas pelajar yang bermasalah mestilah adil, menggunakan budi bicara yang sepatutnya dan bertujuan untuk mendidik serta mengambil kira situasi dan masa depan pelajar terbabit. Keadaan ini menjadikan suasana sekolah berada dalam keadaan

tenteram dan harmoni sesuai sebagai tempat mulia untuk mereka menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pelajar menikmati suasana kondusif di sekolah dan di asrama di mana budaya "Sekolahku Syurgaku" dapat diwujudkan. Mereka dapat merasakan kepentingan undang-undang, peraturan, etika, tata susila dan perlembagaan di sesebuah institusi dan masyarakat serta menyedari tanggungjawab semua pihak agar sentiasa menghormati dan mematuhinya. Hari Keluarga dan Sukaneka Program yang melibatkan seluruh warga pendidik, kakitangan dan beberapa orang pelajar boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga sekolah. Acara kebudayaan dan kesenian-Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh pelajar, kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat berhibur,semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum harus digalakkan. Perkhemahan Bina Insan Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat

kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai. Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang melibatkan seluruh warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam dunia sekolah yang kecil. Sistem Rumah Pelajar sekolah dari daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak ditempatkan dalam satu rumah supaya mereka dapat berinteraksi dan berkongsi hidup dalam kehidupan sebagai pelajar sekolah berasrama penuh. Setiap rumah dibimbing dan dipantau oleh para warden dan guru-guru dari pelbagai kaum. Perlaksanaan sistem ini berjaya mewujudkan suasana kediaman yang aman dan sihat yang memberi semangat kepada pelajar mengikuti proses persekolahan mereka dalam situasi yang terbaik dan kondusif. Hasilnya kehidupan yang harmoni dan berdisiplin dalam kalangan ahli rumah sebagai sebuah komuniti sekolah yang mempunyai semangat bersatu padu. Aktiviti Riadah di luar sekolah Sekolah menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Majlis Daerah, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Kesihatan dan sebagainya. Antara aktiviti yang disertai pelajar ialah senamrobik, mencari harta karun, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma'al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Pelajar dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat. Tabung kebajikan -

Sekolah mengadakan tabung kebajikan guru, kakitangan dan juga pelajar. Selain dari kutipan yuran, derma kilat, sumbangan juga diperolehi dari pihak luar seperti PIBG, Alumni, Institusi Kewangan, Pusat Zakat, Yayasan-yayasan Negeri, Koperasi, para dermawan dan orang perseorangan. Sumbangan ini diagihkan kepada pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang berada untuk membayar yuran sekolah, peperiksaan, wang saku, perubatan, zakat, pakaian, melanjutkan pelajaran, kematian atau kemalangan dan sebagainya. Amalan sebegini dapat menyemai perasaan simpati, kasih mengasihi, mengukuhkan ikatan muhibbah dan perpaduan seperti yang dihasrat dan dicita-citakan dalam Wawasan 2020. Kesimpulan Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak 1956 dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting. Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi

negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usahausaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri. Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti pemimpin dan pembina negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari wilayah yang berlainan, menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari para guru dan kakitangan sokongan yang berbilang kaum sepatutnya menjadikan alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya memperkasakan sekolah.

57. h sekolah seluruh Malaysia. 58. Tahun berikut pelaksanaan penuh dikuatkuasa di 59. semua sekolah rendah. 60. Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian yang 61. serius kepada pembangunan kemanusiaan. 62. Tindakan untuk menterjemahkan perkara tersebut telah menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah seperti yang ternyata dalam huraian matlamat pendidikan sekolah rendah di bawah:

You might also like