P. 1
Laporan Ihya Ramadan Teha

Laporan Ihya Ramadan Teha

|Views: 3,609|Likes:
Published by Fa Qistina

More info:

Published by: Fa Qistina on Jul 25, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/19/2015

pdf

text

original

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK TEMPOH PELAKSANAAN OBJEKTIF : SITI FATEHAH BINTI SUPARMAN : PISMP SAINS AMBILAN JAN 2009 : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG : CERAMAH IHYA‟ RAMADHAN : 13 JULAI 2012 (8.00- 10.00 PAGI) :

Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk: 1) Menggalakkan murid melaksanakan amalan-amalan ibadat di Bulan Ramadhan 2) Menyambut hari-hari kebesaran Islam dengan program yang tersusun bagi membina sahsiah murid 3) Melahirkan warga sekolah yang memahami peristiwa penting dalam Islam seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan seharian

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Pada 26 Jun 2012, saya, rakan guru pelatih dan mentor (guru) telah membuat perbincangan tentang projek- projek yang boleh dijalankan sebagai projek berkumpulan untuk internship kali ini. Hasil keputusan perbincangan tersebut, kami bersetuju untuk menjadikan „Program Ihya‟ Ramadan‟ sebagai projek internship kami di sekolah ini. Program ini merangkumi dua majlis iaitu Ceramah Ihya‟ Ramadhan untuk murid tahap dua manakala Tayangan Sirah Nabi untuk murid tahap satu. 2. Pada 2 Julai 2012, kami telah berjumpa dengan Ketua Panatia Pendidikan Islam iaitu Puan Norhayati Binti Abdullah untuk memohon kerjasama dan penglibatan daripada persatuan tersebut bagi melaksanakan projek yang dirancang. Kami juga menunjukkan draf pertama kertas cadangan di samping meminta pendapat dan cadangan penambahbaikan untuk projek ini. 3. Selepas itu, proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula supaya ia dapat dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar segera. Setelah kertas cadangan disokong oleh Ketua Panatia Pendidikan Islam iaitu Puan Norhayati Binti Abdullah, ia terus dihantar sebelum diluluskan oleh Guru Besar iaitu Puan Rosnany Binti Mohamad pada 5 Julai 2012. Kemudian, saya bersama rakan-rakan guru pelatih telah mengadakan satu mesyuarat bersama dengan penyelaras program dan AJK yang terlibat untuk pembahagian tugasan. Dalam mesyuarat ini juga, kami telah bersetuju untuk menjemput seorang pelajar dari IPG Kampus Perlis sebagai penceramah.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS. 4. Pada 6 Julai 2012, kami telah berbincang dengan penceramah yang juga pelajar jurusan Pendidikan Islam dari IPG Kampus Perlis iaitu Encik Mohd Izzat Bin Nasir tentang isi kandungan ceramah yang akan disampaikan . Selain itu, kami juga telah berurusan dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi permohonan pengecualian kuliah untuk beliau memandangkan beliau masih lagi merupakan pelajar sepenuh masa di sana. 5. Pada 9 Julai 2012, kami telah membuat tempahan sepanduk di Syarikat Rass Design yang bertempat di Kangar. Tempahan dibuat untuk dua jenis sepanduk yang berlainan saiz iaitu 10x2 dan 8x2. Sepanduk tersebut akan dipasang di dewan tertutup dan pagar sekolah. Kami juga membeli sedikit hadiah untuk kedua- dua program pada hari tersebut. 6. Kemudian, pada 11 Julai 2012, kami telah menyiapkan brosur untuk dihantar terlebih dahulu ke pegawai pengurusan iaitu Encik Mustafa Bin Lahman bagi tujuan cetakan. Brosur tersebut akan diperbanyakkan dan diedarkan kepada semua guru pada hari berlangsung majlis tersebut. 7. Pada 12 Julai 2012, kami telah berjumpa dengan pegawai ICT iaitu Puan Nor Azimah Binti Azman untuk memohon peminjaman LCD bagi kegunaan ceramah dan tayangan sirah nabi. Kami juga telah membuat persiapan tempat dengan membersihkan kawasan dewan dan bilik JQAF yang akan digunakan. Selain itu, kami juga memohon bantuan daripada pekerja swasta iaitu Pakcik Razak untuk menggantung sepanduk di pintu pagar sekolah.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS. REFLEKSI: 1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI Kekuatan yang pertama ialah dapat memberi peringatan awal kepada warga sekolah terutamanya murid berkaitan dengan kelebihan bulan Ramadhan. Program yang diadakan lebih awal dari kebiasaan iaitu seminggu sebelum tibanya bulan Ramadhan sememangnya bertujuan untuk mengingatkan kembali perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan, batal, makruh serta kebesaran dan keberkatan yang terdapat di dalam bulan ini. Melaluinya, diharapkan semua pihak dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadhan yang akan disambut tidak lama lagi. Kekuatan yang kedua ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan tentang Ramadhan seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan seharian.

Walaupun isi pelajaran tentang Ramadhan telah diajar dalam subjek Pendidikan Islam, namun dengan adanya program ini, ia dapat menambahkan pengetahuan baharu yang belum dipelajari sebelum ini. Sebagai contoh, mungkin sebelum ini murid hanya mengetahui apabila bulan Ramadhan hendaklah berpuasa. Namun, melalui pogram ini, murid mendapat pengetahuan baharu bahawa umat Islam perlu menjaga tujuh anggota iaitu termasuk tangan, kaki, telinga, mulut, lidah, perut dan kemaluan selain daripada berpuasa. Kekuatan yang ketiga ialah melahirkan murid yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi dan terpuji. Pertamanya, melalui pendedahan tentang kelebihan dan manfaat

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS. yang akan diperoleh pada bulan Ramadhan, ia akan memberi kesedaran dan mendorong murid untuk melakukan kebaikan secara berterusan dan meninggalkan perkara kejahatan. Kedua, melalui tayangan sirah yang dipertontonkan, murid- murid akan mencontohi sikap terpuji yang ditonjolkan oleh para- para nabi seperti Nabi Muhamad, Nabi Musa dan Nabi Yunus. 2) KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI Kelemahan yang pertama ialah keadaan tempat yang kurang kondusif iaitu sempit. Pada peringkat awal perancangan, program ini diadakan untuk semua murid tahap satu dan tahap dua. Namun, memandangkan saiz dewan tersebut tidak mencukupi untuk memuatkan kesemua murid, program terpaksa dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ceramah dan tayangan sirah nabi. Ceramah diadakan di dewan manakala tayangan sirah diadakan di bilik JQAF. Keadaan yang sempit membuatkan murid kurang selesa dan sukar untuk memberi tumpuan terhadap perkara yang disampaikan. Kelemahan yang kedua ialah pemilihan bahan tayangan sirah nabi yang kurang berjaya menarik tumpuan murid- murid tahap satu. Murid tahap satu merangkumi murid tahun satu, tahun dua dan tahun tiga. Walaupun tayangan tersebut menggunakan gambar animasi, namun nada suara pencerita terlalu mendatar. Hal ini menyebabkan murid mudah hilang tumpuan, berasa bosan lalu membuat bising. Murid jelas tidak dapat memberi tumpuan kerana apabila guru mengajukan soalan berkaitan tayangan, murid menjawab soalan yang diberikan dengan salah.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datang: Penambahbaikan yang pertama ialah melaksanakan program di tempat yang lebih luas seperti dataran perhimpunan di mana dapat memuatkan semua murid termasuk murid pra sekolah, dan murid PPKI. Selain daripada berasa lebih selesa dan senang untuk dipantau, semua murid akan berpeluang mendapat pengetahuan dan pengisian yang sama. Penambahbaikan yang kedua ialah memilih bahan tayangan yang sesuai untuk murid. Pemilihan bahan perlu mengambil kira banyak kriteria termasuklah isi, nada suara, animasi, berwarna dan sebagainya. Penggunaan bahan yang baik akan membantu dalam memastikan objektif yang hendak dicapai akan tercapai. Penambahbaikan yang ketiga ialah melantik jawatankuasa bagi kawalan murid dengan menambah bilangan guru yang memantau murid. Jumlah murid yang ramai memerlukan bilangan guru yang ramai untuk mengawal murid supaya suasana yang lebih tenang semasa program berlangsung dapat diwujudkan.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS. KESIMPULAN: Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan program mengikut perancangan yang dibuat. Melalui program ini, diharapkan semua warga sekolah termasuk guru dan murid akan dapat menghayati dan tidak melepaskan peluang merebut hikmah dan ganjaran daripada Allah semasa menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah menyatakan “ jangan kamu jadikan Ramadhan sama dengan bulan-bulan yang lain”. Selain itu, diharapkan program ini akan diteruskan pada tahun- tahun akan datang. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS. GALERI FOTO:

Tayangan Sirah Nabi

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.

Penceramah Jemputan : Ustaz Mohd Izzat bin Nasir

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.

Semasa sesi ceramah berlangsung

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.

Penyampaian cenderahati kepada penceramah

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->