You are on page 1of 20

KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN Presentation Transcript

1. NOOR IZIEYANA BT IBRAHIM NORAZZUWA BT YUT

NORMALA BT MUSA NORMARLEZA BT JINS SAMSUDIN NURBAYTIE BT KAMISAN NUR ASYIKIN BT ABD MAJID SULIANA BT MOHD SEPAWI 2. TOPIK: KONSEP PERGERAKAN ASAS & MUZIK DAN PERGERAKAN 3. KONSEP PERGERAKAN ASAS Tujuan pengajaran-

membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan. Boleh dicapai dengan: Mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan (ruang, masa, kuasa) Melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang di hasilkan 4. KONSEP PERGERAKAN ASAS Menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh di lakukan. Memudahkan murid-murid utk mengetahui dan memahami asas-asas konsep pergerakan tersebut. Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang utk meneroka pergaulan dan membina pemahaman tentang jenis pergerakan badan. 5. 6. KESEDARAN RUANG Melibatkan lokasi, arah, aras, laluan

dan ekstensi. Lokasi- ruang diri dan ruang am Arah- (atas-bawah), (kirikanan), (depan-belakang) Laluan- lurus, melengkung, zig-zag Ekstensi(besar-kecil), (jauh-dekat) Menentukan arah pergerakan tubuh badan Dapat mengesan tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya pergerakan 7. KESEDARAN TUBUH BADAN Elemen asas Gerak laku asas tubuh Aktiviti gerak laku anggota- anggota tubuh Aktiviti serta bentuk- bentuk tubuh badan Lakuan bahagian tubuh badan fungsi bahagian tubuh badan-menyokong tubuh badan serta membimbing dan memikul berat badan serta membimbing dan memikul berat badan

8. BEBAN Kelajuan sesuatu pergerakan Kekuatan: Masa:

cepat-lambat Daya: kuat-ringan Aliran: bebas-terikat 9. PERHUBUNGAN Perhubungan dengan objek dan manusia Objek: atas-bawah, dekat-jauh, keliling-sisi, bertemu-berpisah Manusia: memimpin-ikat, solo, berpasangan, berkumpulan 10. MUZIK DAN PERGERAKAN Muzik dan pergerakan merupakan unsur kesenian. Muzik dan pergerakan membolehkan kanak-kanak mengamati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri. Kanak-kanak pada umumnya terpesona dengan rentak dan irama muzik. 11. Muzik merupakan unsur yang mudah menyerapi jiwa kanak-kanak dan boleh di gabungkan dalam kurikulum. Muzik dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak. 12. Muzik penting dalam kehidupan kanak-kanak Rangsangan muzik mampu memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak Muzik mampu memantapkan perkembangan bahasa, perhubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak 13. Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang mebuat persediaan untuk operasi lengkap Mudah menerima sebarang bentuk informasi Telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling 14. Stimulasi prenatal- melibatkan pelbagai rangsangan seperti

bunyi, gerakan, tekanan dan getaran untuk berkomunikasi dengan bayi sebelum di lahirkan. 15. KEPENTINGAN MUZIK Kesesuaian muzik untuk bayi dan

kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakitkan telinga bayi. Mampu memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila bayi mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik 16. Ibu juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan

mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu Dalam usia enam tahun pertama, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut

17. Memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak

Meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia Membantu mereka menghafal dan menajamkan fikiran Merangsang pendengaran dan penglihatan 18.

19. MUZIK SEBAGAI SOKONGAN KEPADA PERGERAKAN Kanak-kanak kadang kala meminta untuk di pasang lagu untuk melakukan sesuatu pergerakan. Orang dewasa harus menggalakkan kanak-kanak untuk melakukan pergerakan: Tepuk tangan Menepuk objek Guru perlu menyelaraskan muzik dan pergerakan mengikut tempo Menyamakan rentak muzik dengan gerakan instrumen 20. 21. Bergerak dengan gembira Bergerak dengan sedih

Bergerak sekeliling bilik seperti arnab Bayangkan diri anda seperti belon yang leper, dengan perlahan lahan tiupkan diri anda Bergerak seolah olah anda dalam salji yang tebal, menyeberangi sungai, pasir yang panas, dan ais yang sejuk 22. 23. 24. Adakah muzik membantu pergerakan kanak-kanak? 25. JENIS-JENIS MUZIK Lagu pop@rancak Lagu klasikal Lagu

rakyat Lagu tradisional 26. KESIMPULAN Muzik membantu pergerakan kanak-kanak serta membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Muzik penting untuk mereka meneroka tentang alam sekeliling mereka Kita sebagai bakal guru pra sekolah haruslah mempunyai pengetahuan tentang muzik kerana ia penting untuk kanak-kanak dan akan di gunakan dalam pengajaran.

Metodologi muzik Presentation Transcript


1. SMP 4252 METODOLOGI MUZIK PENDEKATAN CARL

ORFF & PENDEKATAN SUZUKI 2. MENU UTAMA LATAR BELAKANG CARL ORFF PENDEKATAN ORFF KELEBIHAN & KELEMAHAN PENDEKATAN SUZUKI FALSAFAH & PRINSIP SUZUKI LATAR BELAKANG DR. SHINICHI SUZUKI FALSAFAH & PRINSIP CARL ORFF KELEBIHAN & KELEMAHAN KESIMPULAN 3. CARL ORFF (1895 - 1982) Lahir pada 10 Julai 1895 di Munich,Jerman. Berasal dari keluarga Bavarian- aktif dalam tentera. Mendapat pendidikan di Munich Academy of Music hingga 1914. Bertugas dengan tentera pada perang dunia pertama. Seorang komposer German yang memperkenalkan satu pendekatan yang unik dalam pendidikan muzik. 4. Penglibatan beliau dalam pendidikan muzik hanya bermula

pada awal tahun 1920an apabila kawan beliau Dorothee Gunther yang merupakan seorang penari. Minat Orff yang mendalam dalam tarian telah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian dan muzik untuk dijadikan sebagai asas kepada pendidikan muzik. Beliau kemudian menjadi Penyelia Muzik di Gnther-Schule , sebuah sekolah untuk tarian dan muzik. Antara penerbitan Orff Schulkwerk yang terkenal ialah Musik fur Kinder yang diterjemahkan sebagai Muzik untuk Kanak-kanak. MENU UTAMA 5. FALSAFAH & PRINSIP Orff pernah berkata "

Experience first, then intellectualize" yang bermaksud kanakkanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi. Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori. Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik. 6. Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang

paling penting. Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain. Apabila Orff merujuk kepada elemental music , beliau

merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan yang khusus. Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak. Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah memperkembangkan kemahiran untuk bermain alat muzik. Bermain alat muzik Sesi Pembelajaran Muzik Percakapan Pergerakan MENU UTAMA 7. Pendekatan Orff Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu 1. EXPLORASI (Mencari Sendiri) 2. IMITASI (Mengajuk Balik) 3. IMPROVISASI 4. LITERASI Setiap proses ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri. 8. EKSPLORASI Proses Eksplorasi melibatkan pergerakkan. Ia

merangkumi tiga aspek iaitu EKSPLORASI EKSPLORASI BUNYI EKSPLORASI RUANG EKSPLORASI BENTUK 9. EKSPLORASI RUANG Dalam explorasi ruang, kanak-kanak

digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya. Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati. 10. EKSPLORASI BUNYI Explorasi bunyi bermula dengan penerokaan bunyi-bunyi di sekeliling kanak-kanak. Contohnya, bunyi kenderaan. Kemudian explorasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti, corak irama dalam drum, bunyi kayu yang diketuk, bunyi ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya. Dalam explorasi bunyi pada tahap ini, kanak-kanak digalakkan untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi. Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras, bunyi yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar. Alat-alat yang digunakan tidak semestinya menggunakan alat muzik yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan periuk, tin kosong dan sebagainya. 11. EKSPLORASI BENTUK Explorasi bentuk berlaku secara serentak dengan explorasi ruang and bunyi. Dalam explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak-corak pergerakkan tertentu dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian. Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk.

Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi. Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang. 12. IMITASI Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar

untuk mengimitasi apa yang didengar atau dilihat. Menurut Orff, kanakkanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak. Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai Role Model kepada muridmuridnya. Guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya. Sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama. 13. LITERASI Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai pengalaman bunyibunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan not-not muzik. Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka. Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori. 14. IMPROVISASI Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff, kerana ia memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid. Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya. Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.

15. APLIKASI PENDEKATAN ORFF DALAM BILIK DARJAH 16. 1. Sebutan Berirama Sebutan berirama dalam pendekatan

Orff adalah sebutan silibel yang direka oleh kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik. Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama. Menurut Orff, sukukata-sukukata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata sebegini untuk mempelajari irama dan detik. 17. Menurut Orff, alat muzik yang paling utama adalah badan

dan suara. Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya. Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran mereka. 2. Alat Perkusi Badan 18. Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel, Xylophone dan Drum

merupakan alat muzik yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian. Antara alat muzik yang sering digunakan ialah Metallophone, Glockenspiel dan Xylophone. Alat-alat perkusi dalam pendekatan Orff mempunyai warna ton yang berbeza. 3. Alat Perkusi Orff 19. Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh

dikeluarkan (removeable). Kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima. Maka untuk setiap lagu, guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak terdapat dalam skel lagu tersebut. Kaedah ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada memainkan not yang salah. Dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain. VIDEO KLIP 20. 4. Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato Mengiringi

Nyanyian Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama yang dimainkan secara berterusan. Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk

menghasilkan harmoni. Corak ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakkan lagu mudah yang mempunyai meter 4/4. 21. 5. Memainkan Alat Perkusi Secara Improvisasi Kanakkanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi dengan menggunakan alat-alat perkusi. Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan. Dalam kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau menghalang kanak-kanak daripada mencuba corak-corak improvisasi yang mereka suka. Setelah murid-murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak yang berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk bermain improvisasi. MENU UTAMA 22. Kelebihan Pendekatan Orff Membolehkan kanak-kanak mempelajari muzik sambil berasa seronok melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti muzikal. Penglibatan kanak-kanak mengikut muzik secara semulajadi dan mengikut kemampuan dan citarasa mereka. Pembelajaran secara penemuan dan sampingan. Aktiviti muzik mudah dan mengikut kemampuan kanak-kanak. Kanak-kanak tidak dibebankan atau dibelenggu dengan aspek-aspek formal dalam muzik. 23. Kanak-kanak diberi peluang banyak untuk mengalihkan

gerak balas psikomotor daripada gerakan fizikal kepada alat muzik secara bebas. Alat muzik yang direka tidak memerlukan tahap kecekapan yang tinggi dan kemahiran muzikal yang tinggi. Kanakkanak mempelajari daripada yang mudah kepada sukar.- (akt. Berperingkat dan berturutan.) Guru- pemudah cara. Penilaian dilakukan oleh kanak-kanak itu sendiri. Pengabungjalinan dengan mata pelajaran lain seperti pembelajaran bahasa atau pendidikan jasmani. Mendorong kanak-kanak supaya menganggap pertuturan, nyanyian, gerakan dan permainan mereka sebagai aktiviti yang sama. 24. Kelemahan Pendekatan Orff Hanya sesuai untuk peringkat kanak-kanak sahaja. Pendekatan lebih tertumpu kepada kebudayaan tempatan sahaja. Fokus pendekatan kurang kepada muzik tulen. Penggunaan kos terlalu tinggi tetapi ianya boleh diatasi dengan menggunakan alat rekaan sendiri. MENU UTAMA 25. DR. SHINICHI SUZUKI Dilahirkan di Nagoya, Jepun pada 17 Oktober 1898. Bapa beliau merupakan seorang pembuat violin

terkemuka di Jepun malah merupakan orang pertama yang memiliki kilang membuat Violin di Jepun. Dr. Suzuki pernah menjadi pelajar kepada Ko Ando dan Karl Klingler. 26. Beliau belajar bermain violin ketika berusia 17 tahun

setelah mendapat inspirasi daripada rakaman album Mischa Elman. (Schuberts Ave Maria) Beliau berkahwin dengan Waltraud Prange, penyanyi soprano pada 1928. Dr. Suzuki meninggal dunia pada 26 Jan 1998 di Matsumoto. 27. PENCAPAIAN Pemain violin di Imperial Conservatory .

Mengajar di Imperial School of Music dan Kunitachi Music School di Tokyo. Membentuk Suzuki Quartet bersama tiga orang adik-beradik lelakinya. Menjadi presiden di Teikoku Music School. Menjadi pengasas dan pemimpin Tokyo String Orchestra. Beliau juga telah menjadi pengasas kepada Saino Kyoiku Kinkyu-kai pada 1950 dan mengajar bermain violin menggunakan metod dan falsafah. Merupakan pengasas pendidikan Muzik antarabangsa Method Suzuki . Memperkenalkan falsafah yang dikenali sebagai Talented Education. MENU UTAMA 28. FALSAFAH SUZUKI Dr. Suzuki berpendapat bahawa semua kanak-kanak berupaya mempelajari muzik. Beliau juga berkata, kebolehan muzik bukan satu bakat semula jadi tetapi satu kebolehan yang boleh dikembangkan melalui latihan atau didikan yang betul. Beliau juga percaya bakat seseorang kanak-kanak tidak terhad. 29. PRINSIP SUZUKI Dimulakan dari usia bayi 3 bulan. Gerakan dalam langkah-langkah kecil bagi membina keyakinan. Penglibatan ibu bapa (membina keyakinan ibu bapa perlu meluangkan masa bagi membantu P&P ini). Mendengar rakaman dari repertoire Dr Suzuki. Kanak-kanak mendengar dan mengajuk sebelum aspek muzikal ditekankan. Dapat memperkembangkan tahap kemahiran pelajar dan dapat mewujudkan dorongan yang kuat terhadap pelajar. Kerjasama ditekankan bagi mengelakkan persaingan. 30. Dr. Suzuki juga percaya bahawa seorang kanak-kanak

yang mendengar muzik yang baik semenjak lahir dan mempelajari muzik sendiri, kanak-kanak itu mengembangkan kepekaan, disiplin dan juga daya tahan dirinya. Dr. Suzuki juga dalam falsafahnya mengatakan mengajar muzik bukanlah tujuan utama namun, hasrat sebenar adalah untuk membentuk seorang warganegara yang baik dan manusia yang mulia. MENU UTAMA

31. PENDEKATAN SUZUKI Pendidikan berdasarkan bakat.

Fokus kepada pendidikan muzik kepada kanak-kanak (permainan alat muzik). Dimulakan sejak berumur 2 atau 3 tahun. Kanak-kanak dapat dipupuk melalui pembelajaran muzik bersistematik. Sokongan terhadap keyakinan dan penghargaan bagi membentuk disiplin diri. 32. Menekankan pendengaran, peniruan dan bermain muzik

dalam kumpulan. Kaedah mother-tongue. Pendekatan Suzuki memberi fokus kepada sistem Imitasi dan Pengulangan dalam pengajaran Violin. Dalam sistem Imitasi, murid-murid akan belajar bagaimana melihat, mendengar dan menghafal skor-skor muzik. Manakala pengulangan ( repetition ) memerlukan murid-murid memainkan semula skor-skor lagu yang telah dipelajari pada peringkat awal agar tidak melupakan sahaja lagu-lagu yang telah dipelajari dahulu. MENU UTAMA VIDEO KLIP 33. KELEBIHAN PENDEKATAN SUZUKI Kanak-kanak dapat

memainkan skor lagu yang sukar lebih daripada tahap kecekapannya. Dengan itu, peningkatan mereka lebih cepat berbanding kaedah biasa. Mengembangkan dan membentuk disiplin diri dan bakat sebagai satu cara untuk membentuk sikap. Menanam sifat penghargaan dalam diri kanak-kanak. 34. Membentuk semangat dalam muzik (enthusiasm). Mengalakkan guru untuk memastikan murid-murid mendapat alat muzik yang bersesuaian dengan size / ukuran fizikalnya. Komunikasi dan kerjasama antara ibu bapa dan guru. Inspirasi dan keseronokkan merupakan tunjang kepada Pendekatan Suzuki. Latihan Berkumpulan Lebih sesuai untuk era moden sekarang, bagi murid-murid yang mementingkan peningkatan yang cepat dalam pembelajaran Violin. 35. KELEMAHAN PENDEKATAN SUZUKI Cara permainan muzik lebih kaku ( robotic ). Guru Muzik yang terlatih dan memenuhi syarat Pendekatan Suzuki sahaja yang layak mengajar. Oleh itu, Ibu bapa terpaksa membayar yuran yang lebih mahal untuk memperoleh khidmat yang bermutu tinggi. Sesetengah orang mempertikaikan pendekatan Suzuki bahawa untuk jangka panjang, murid mungkin kekurangan elemen sebagai pemuzik ( musicianship ). MENU UTAMA 36. KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, jika kita lihat pada pendekatan Orff dan Suzuki, kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu muzik harus dipelajari oleh kanak-kanak dengan menggunakan kaedah yang sama semasa mereka mempelajari bahasa ibunda

mereka atau lebih dikenali sebagai the mother tongue approach . Selain itu, teknik imitasi juga digunakan oleh kedua-dua tokoh muzik sebagai cara pembelajaran muzik. Sebagai bakal pendidik muzik, kita harus bersikap kreatif dalam hal-hal perkaedahan dengan berpandukan pendekatan Orff dan Suzuki agar membantu murid-murid dapat mempelajari muzik dengan lebih mudah, menyeronokkan agar dan memberi pengalaman seperti dalam nyanyian, bermain alat muzik dan sebagainya secara langsung.

Muzik Dan Pergerakan Presentation Transcript


1. KAF 2023 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN(KAF 2023) MUZIK DAN PERGERAKAN DI SEDIAKAN OLEH : NURLIYANA BINTI AHMAD KHATIB D20082033993 MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MAMAT D20082034003 NOR FAIZAH BINTI HASBULLAH D20082033994 NURMAIZATULAILI BINTI SAIDI D20082034012 NURUL HUDA BINTI ABDUL RAHMAN D20082034108 2. DEFINISI MUZIK Menurut Campbell 1995, Muzik adalah

suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi. 3. DEFINISI PERGERAKAN Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan (learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. 4. Pergerakan adalah perlakuan / aksi individu yang boleh

berlaku secara Automatis Spontan Terurus ( melibatkan perancangan yang lebih tersusun ) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagaipergerakan badan 5. KEPENTINGAN PERGERAKAN Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada

kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat non verbal .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanakkanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak. 6. KEPENTINGAN MUZIK dan PERGERAKAN TERHADAP :

Emosi - Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam aktiviti dapat menenangkan perasaan kanak-kanak. Kognitif - Meningkatkan daya pendengaran - Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah. Kegembiraan - Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak. 7. Fizikal - Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak

membuat pergerakan secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar. - Meningkatkan kemahiran motor. - Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan. Keyakinan diri. - Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi secara berkumpulan diikuti menyanyi secara solo adalah asas latihan keyakinan diri. Kreativiti - Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri. 8. 5 jenis pergerakan mengikut perkembangan dari mudah ke kompleks Gerakan mengikut lirik lagu Gerakan asas dengan muzik Interpretasi muzik dengan gerakan Gerakan bebas dengan muzik Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema 9. PENDEKATAN DALCROZE Irama adalah pendekatan asas

dalam pendidikan muzik Irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak Elemen irama dan dinamik-berkait rapat dengan pergerakan Kesemua degree dalam tempo-ellegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami, difahami, dan diekspresikan dengan badan 10. PENGLIBATAN Eurhythmics memerlukan penglibat individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda,

anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu Mendengar Merasai (feel) Berimaginasi kuat( strong imagination) Menginterpretasi bunyi Bertindak/respon/bergerak 11. KECERDASAN MUZIK Kebolehan berfikir dalam bentuk

muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan mencipta muzik . Sensitif dengan bunyi dipersekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik. 12. KECERDASAN KINESTETIK Kebolehan menggunakan

sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi pergerakan fizikal dengan mental. 13. PERGERAKAN MENGIKUT MUZIK Umur perkembangan

Lahir- 4 bulan Kesedaran muzik bermula : bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan. 4- 8 bulan Kesedaran muzik menjadi lebih aktif: bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah ke arah sumber muzik. 10-18 bulan Kecenderungan terhadap ekspresi muzik: bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukaimungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alatalatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya. 14. 18 bulan 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat: bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Kanak-kanak mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik. 2 - 3 tahun Mula menari: kanakkanak pada peringkat ini berupaya untuk menari mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas,

jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Kanak-kanak menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang kanak-kanak boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa. 15. 3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui muzik meningkat: pada

tahap ini, perubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat. 4 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap pendengaran aktif. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat. 5 6 tahun Keselarasan gerak tari bermula : meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Kanakkanak mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat dengan menggunakan satu kaki dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Kanak-kanak juga mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian. 16. MENYANYI Peringkat umur Perkembangan Lahir 4 bulan Tangisan pertama bayi adalah muzik: Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik, bubling, jeritan dan mula bercakap yang bukanbukan mengulangi suara seperti ba-ba-ba. 6 18 bulan Bercakap makin meningkat, memuatkan ciri-ciri muzikal lebih jelas : ketika kanakkanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama. 17. 18 bulan 3 tahun Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunakan suku kata atau hanya cakap kosong ketika bermain. Dia

mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang. 3 - 4 tahun Ketepatan dalam persamaan ton bermula : sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu. 18. 4 5 tahun Ketepatan menyanyi meningkat: anak mula

menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada dan irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya. 5 tahun ke atas Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan meningkat : Kebanyakan anak kini menghasilkan lagulagu mudah. 19. BERMAIN ALAT MUZIK Peringkat umur Perkembangan 6 9 bulan Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia : koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika benda-benda untuk mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi dengan objek. Dia akan tekan, tending atau memukul hampir semua benda yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi. 18 bulan 2 tahun Kanakkanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi : Anda mungkin pernah melihat anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilka bunyi. 20. 2- 3 tahun Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya. 4- 5 tahun Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar : Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyibunyi tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri.

khas

21. CONTOH PERALATAN MUZIK 22. BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN 23. Muzik dan pergerakan untuk kanak-kanak berkeperluan

24. Muzik dan gerakan untuk kanak-kanak kurang upaya Muzik dan pergerakan penting untuk semua kanak-kanak termasuklah kanakkanak kurang upaya. Guru haruslah membuat pengubahsuaian terhadap aktiviti yang dijalankan. Membantu kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka sebebas mungkin dan dapat memberikan pengalaman kepada mereka. 25. Berikut adalah panduan dalam merancang aktiviti muzik

dan pergerakan untuk kanak-kanak kurang upaya 26.

27. Teknik mengajar yang baik untuk kanak-kanak berkeperluan khas Guna banyak pendekatan yang berbeza dengan pelbagai media untuk meningkatkan variasi dan kelajuan. Guna segmen-segmen kecil. Membangun keakraban, memberi pengalaman. Menyediakan pilihan kegiatan yang sesuai. Cuba melakukan pergerakan yang sukar tapi dapat diikuti oleh kanak-kanak. Mengenali perbezaan dalam pemerhatian. Elakkan rangsangan berlebihan atau aktiviti yang panjang. Ingat keseimbangan dalam aktiviti. Mengelak daripada melakukan kejutan. Membangun kejayaan kepada kanakkanak. 28. Muzik dan gerakan untuk kanak-kanak dengan keperluan

khusus kanak-kanak ketidakupayaan atau kegagalan belajar Merujuk kepada kecacatan kanak-kanak seperti disleksia, masalah pendengaran dan masalah penglihatan, gangguan perhatian dan masalah ingatan dan sebagainya. Kanak-kanak dengan Attention deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) tidak boleh duduk atau turut serta dalam kegiatan muzik yang lama dengan ahli kumpulan lain. Salah satu cara guru-guru dapat membantu mereka untuk fokus pada gerakan muzik dan pergerakan adalah membawa mereka ke lokasi tertentu dan memuji mereka untuk tetap pada tugas. Melakukan muzik dan aktiviti gerakan secara individual. memberikan headphone untuk kanak-kanak untuk mendengar muzik atau memperkenalkan mereka kepada komputer animasi dengan iringan muzik sebagai cara untuk membantu kanak-kanak dalam melakukan pergerakan dalam muzik.

29. MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK BAYI DAN KANAK-

KANAK KECIL 30. BAYI(INFANTS) Bayi selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan mood mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada. Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga. Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka. 31. Stimulasi pendengaran bayi Sejak lahir hingga 1 tahun, kebanyakkan bayi mula memperbaiki kemampuan mereka untuk mendengar suara atau bunyi yang berbeza di persekitaran mereka. Pada peringkat awal ini bayi perlu mendengar pelbagai bunyi dan belajar untuk menumpukan perhatian mereka. Muzik merupakan pengalaman yang tak ternilai sebagai seorang bayi untuk meningkatkan kemahiran mendengar. Bayi juga akan memberi tindak balas iaitu melakukan pergerakan apabila mendengar muzik. 32. KANAK-KANAK KECIL(TODDLERS ) Apabila bayi mula

membesar sebagai kanak-kanak kecil, mereka sudah boleh bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Kanak-kanak ini boleh bermain dengan alat muzik seperti kastenat, kerincing, tamburin dan sebagainya. Di taska, guru perlu mengajar kanak-kanak ini memainkan alat-alat muzik tersebut. Ibu bapa atau guru boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak. Kanak-kanak sudah boleh meniru sesuatu gaya atau pergerakan bagi setiap muzik yang ditunjukkan. 33. PANDUAN MENYEDIAKAN AKTIVITI MUZIK & PERGERAKAN Mulakan dengan aktiviti yang mudah kepada yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak. Memilih tajuk dan tema yang bersesuaian dengan aktiviti. Contohnya tema anggota badan.

Sediakan aktiviti yang fleksibel Memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak mengikut tahap umur dan tahap kebolehan mereka. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat merangsang lagi kanakkanak bergerak bersama muzik. 34. Sediakan ruang bagi aktiviti pergerakan. Jika ruang kelas terlalu sempit, maka adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti: 35. MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 3 TAHUN 36. Muzik & Pergerakan Untuk Kanak-Kanak 3 Tahun Telah

mengalami perkembangan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial yang memberangsangkan. Mampu menggolek, membaling dan menyepak yang boleh diaplikasikan dengan muzik. Mestilah merangkumi nyanyian, tarian, pendengaran dan permainan alat muzik 37. Tindak Balas Kanak-kanak Terhadap Bunyi & Pergerakan

Akan menggerakkan badan, bertepuk tangan, membengkokkan lutut mereka, memusingkan lengan dan menganggukkan kepala dalam keadaan bertenaga. Sangat aktif dan menyukai muzik yang rancak. Mampu menyanyikan beberapa patah perkataan, menyukai permainan drama dan khayalan. Mula minat untuk bermain alat muzik seperti drum, tamborin dan kayu stick. 38. Panduan Mengajar Muzik Untuk Kanak-kanak 3 Tahun

Muzik yang dipilih mestilah bersesuai dengan perkembangan mereka. Mengajar dalam kumpulan yang kecil . Ketika mengajar muzik, cuba selitkan dengan nyanyian spontan seketika. Memperkenalkan alatan muzik satu persatu kanak-kanak dan membunyikan alat tersebut. 39. MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 4 8

TAHUN (KINDERGARTEN AND EARLY PRIMARY) 40. Kanak-kanak melakukan pergerakan mengikut muzik Terdapat beberapa tahap perkembangan kanak-kanak dalam melakukan pergerakan mengikut muzik Antaranta ialah Tahap rendah, Tahap tengah, Tahap tinggi

41. Tahap perkembangan (Low level) Antara akitiviti yang

dilakukan ialah Berguling Meniarap Mengesot Berjalan sambil mengheret kaki Bergerak ke belakang dan depan 42. Tahap perkembangan (Middle level) Merangkak Duduk

mencangkung Lompat katak Berjalan dengan empat kaki 43. Tahap perkembangan (High level) Langkah seperti raksaksa Dapat menggunaka tongkat Pogo Berjalan sambil memegang bendera Berjalan menggunakan lutut Dapat melompat dan berlari Berlari dan berhenti 44. Muzik dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi

Pergerakan dapar menggambarkan perwatakan kanak-kanak Pergerakan juga dapat melahirkan imaginasi kanak-kanak (spt, berfantasi) Kanak-kanak dapat meluahkan rasa melalui muzik dan gerakan yang mereka lakukan Mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak, bila kanak-kanak bergerak, tubuh badan mereka turut melakukan pergerakan Kanak-kanak juga bergerak mengikut temponya 45. Pergerakan dan muzik sebagai satu permainan

Meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak melalui pergerakan Contohnya, apabila muzik dimainkan kanak-kanak akan menari secara spontan 46. Muzik dan pergerakan dan bahasa seni Perkembangan bahasa Muzik nyanyian sangat baik untuk mengembangkan bahasa kanak-kanak Dapat membantu kanak-kanak memezakan antara perkatan, huruf dan suku kata Kanak-kanak juga akan mudah memahami frasa dan seni kata dalam lagu, kanak-kanak akan mudah belajar mengenai bahasa Muzik dan pergerakan merupakan satu cara kanak-kanak meningkatkan penguasaan bahasa mereka 47. Muzik dan kemahiran membaca Melalui mendengar muzik dan menyanyi kanak-kanak dapat menerokai perkataan baru dan dapat menambah kosa kata mereka 48. Muzik, pergerakan dan matematik Puzzle dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemhiran matematik mereka Contohnya, kanak-kanak akan belajar tentang Besar dan kecil Panjang dan pendek Tinggi dan rendah Awal dan lambat Sikit Banyak Sekali Kumpulan dll Contohnya kanak-kanak dapat bekerja dalam kumpulan, dan membesar dan mengecilkan badan mereka

49. KESIMPULAN Muzik dan pergerakan adalah elemen

penting yang perlu ada dalam aktiviti dan program pra sekolah. Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik dan nyanyian perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran mendengar. Melalui muzik, kanak-kanak dapat keseronokkan, luahan perasaan, keseimbangan emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik.

You might also like