You are on page 1of 4

Pengertian bahasa, hakikat dan ciri bahasa (dalaman dan luaran), aspek dan fungsi bahasa.

2 BAHASA

Istilah bahasa dalam BM, sama dengan taal (Belanda), langue (Perancis), language (Inggeris), sprache (Jerman), kokugo(Jepun),lughatun (Arab), bhasa (Sanskrit).

Melalui bahasa, kita dapat: * berkomunikasi * meluahkan perasaan * menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya * mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana * mewariskan ilmu, budaya, peradaban dan agama

Melalui pengkajian bahasa, kita akan menemukan hakikat kemanusiaan dan dapat memberikan sumbangan ke arah kebahagiaan.

3 BAHASA: KAMUS DEWAN EDISI KETIGA

Sistem lambang bunyi suara yang dipakai

sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara individu dengan individu yang lain).

Percakapan yang baik, sopan santun.

4 BAHASA: KAMUS BESAR BAHASA MELAYU UTUSAN


Dialek, loghat Bicara, ujaran, omong. Adab, tatatertib, sopan santun, tingkah laku yang baik. Pertuturan yang baik.

5 BAHASA: KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA

Sistem daripada lambang (tanda) yang berupa sebarang bunyi (bunyi bahasa) yang dipakai orang untuk meluahkan fikiran dan perasaan.

Perkataan yang dipakai oleh sesuatu bangsa (suku, bangsa, negara, daerah).

Percakapan (perkataan) yang baik, sopan santun, tingkah laku yang baik.

6 RUMUSAN DEFINISI BAHASA

Bahasa ialah satu sistem simbol bunyi ucapan yang arbitrari, dan melaluinyalah manusia berkomunikasi.

Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu:

> bunyi ucapan. > satuan pengalaman yang mencakup cita, rasa, dan makna.

Manusia telah cuba untuk mentakrifkan bahasa daripada beberapa segi. Contoh takrifan termasuk yang berikut: 1. satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan. 2. satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain 3. satu sistem maksud yang dikongsikan antara mereka

4. satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan maksud. 5. satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :- Perkataan , ayat, dan lain lain.) 6. satu penuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik. 7. pemikiran

You might also like