You are on page 1of 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

1.0

Pengenalan
Dalam tugasan kumpulan kertas kerja ini, kami dikehendaki

membincangkan perkara yang berkaitan dengan merancang program pendidikan awal kanak-kanak (PAKK). Oleh itu, kami akan membincangkan dan menerangkan tentang topik yang diberi oleh pensyarah kami. Maklumat yang akan kami membincangkan adalah seperti teori-teori dalam Program PAKK, Program PAKK yang terawal, Program PAKK di Malaysia, prinsip-prinsip dalam merancang program, pendekatan dan strategi dalam PAKK serta teknik pengajaran dalam PAKK.

Maklumat yang kami perlu cari adalah seperti yang dinyatakan diatas dan ia juga perlu mengaitkannya dengan merancang program PAKK semasa huraian dibuat. Manakala, di sini kami juga ingin memohon minta maaf kepada pembaca kertas kerja ini atas segala maklumat-maklumat yang diterangkan dalam tugasan kumpulan kertas kerja ini mungkin tidak mencukupi dan mungkin dirasa tidak berkualiti.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 1 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

1.1

Objektif Kerja Kursus Pengkhususan


Pengurusan dan Pentadbiran Objektif bagi kursus pengkhususan ini adalah bertujuan menyediakan pelajar dengan pemahaman tentang kurikulum asuhan dan cara pelaksanaannya denganmenggunakan pelbagai pendekatan seperti Pendekatan Pendidikan Belajar Melalui Bermain, Pendekatan Bertema, Pendekatan Bersepadu, dan Pendekatan Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran. Di samping itu, pendidik-pendidik juga dibimbing untuk menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat serta latar belakang terhadap seseorang kanak-kanak.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 2 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

1.2

Definisi Merancang Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Apakah itu perancangan? Adakah terdapat cara untuk mendefinisikan atau memberi tafsiran yang tepat tentang perancangan? Perancangan berkait rapat dengan masalah semasa sesuatu tempat pada satu jangka masa tertentu. Secara umumnya perancangan adalah merupakan satu proses yang berterusan yang bukan hanya terlibat dengan penyediaan pelan tetapi juga merumuskan cara-cara dan peringkatperingkat ke arah penyelesaian masalah. Dengan kata lain perancangan adalah menentukan apa yang perlu dibuat pada satu masa oleh seseorang. Dan ini melibatkan beberapa peringkat kerja. Walaubagaimanapun, bagi menjayakan perancangan sesuatu program pendidikan awal kanak-kanak, pendidik perlu mempunyai pengetahuan berkenaan psikologi dan keperluan kanak-kanak. Keperluan kanak-kanak merangkumi enam aspek yang asas iaitu fizikal, intelektual, bahasa, emosi, sosial dan personaliti, nilai dan moral. Setiap aspek sama penting dan hendaklah diambil kira ketika merancang aktiviti atau program pendidikan awal kanak-kanak. Seterusnya, bagi memastikan aktiviti program pendidikan awal kanak-kanak yang dirancang berjaya dalam meningkatkan potensi kanak-kanak, rancangan tersebut juga hendaklah mengambil kira-kira cirri-ciri semula jadi kanak-kanak. Secara semula jadi, kanak-kanak di peringkat awal penuh dengan perasaan ingin tahu. Selain itu, perancangan aktiviti atau program pendidikan awal kanak-kanak yang sesuai juga perlu berpandu kepada beberapa soalan, seperti berikut: 1. Apakah kebolehan kanak-kanak pada peringkat perkembangan ini? 2. Apakah cara yang paling sesuai bagi menggalakkan penerokaan dan pembelajaran mereka? 3. Bagaimanakah menyusun program pendidikan awal kanak-kanak ini supaya setiap kanak-kanak boleh mendapat faedah darinya? 4. Apakah aktiviti program dan bahan pembelajaran yang paling sesuai bagi memudahkan pembelajaran supaya ia menjadi seronok dan bermakna untuk setiap kanak-kanak?

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 3 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

2.0

Teori - Teori Dalam Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Terdapat banyak teori dalam pembelajaran dan pengajaran pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah Teori Konstruktivisme, Teori Behaviourisme dan Teori Learning Through Play. Teori-teori ini telah dihasilkan oleh para sarjana dan intelektual yang membuat kajian tentang pendidikan awal kanak-kanak. Ia sangat berguna dan penting dan dijadikan sebagai rujukan dan bahan ilmiah terutamanya kepada bidang pendidik awal kanak-kanak. Teori Konstruktivisme merupakan salah satu teori yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai Teori Konstruktivisme Sosial. Ia telah diperkenalkan oleh Lev Semenovich Vygotsky. Beliau merupakan antara pelopor dalam kajian awal kanak-kanak dan merupakan ahli psikologi yang berasal dari Rusia. Pada mulanya, beliau mendalami ilmu perubatan tetapi kemudian mempelajari bidang kesusasteraan dan undang-undang. Vygotsky memberi fokus kepada peranan sosial dan budaya dalam perkembangan kanak-kanak. Beliau berpendapat, banyak kemahiran kognitif diperolehi daripada interaksi sosial. Vygotsky telah membuat beberapa andaian asas dalam Teori

Konstruktivisme. Pertama, beliau mengandaikan orang dewasa mendidik kanak-kanak melalui kaedah formal dan informal. Kedua, beliau mengandaikan setiap budaya mempunyai alat-alat dalam budaya untuk mendidik. Ketiga, beliau mengandaikan pemikiran dan bahasa saling mempengaruhi. Keempat, beliau mengandaikan kanakkanak atau individu memimpin diri melalui self talk (inner speech). Seterusnya, beliau mengandaikan kanak-kanak boleh melakukan perkara yang lebih sukar jika dibimbing. Kemudian, beliau mengandaikan tugas yang mencabar akan menggalakkan perkembangan minda. Akhirnya, beliau mengandaikan bermain merupakan satu cara kanak-kanak untuk belajar. Dengan buktinya, Vygotsky telah menyumbangkan dua perkara dalam Teori Konstruktivisme iaitu Zone of Proximal Development (ZPD) dan Scaffolding.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 4 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Scaffolding bermaksud bantuan sementara orang dewasa kepada kanakkanak untuk membuat sesuatu yang lebih sukar manakala Zone of Proximal Development (ZPD) pula bermaksud saat dan ketika bantuan tersebut diberikan. Justeru, Teori Behaviourisme merupakan salah satu teori dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia melibatkan tiga teori pelaziman. Teori-teori pelaziman tersebut ialah Teori Pelaziman Klasik dan Teori Pelaziman Operan. Teori Pelaziman Klasik telah dihasilkan oleh Pavlov manakala Teori Pelaziman Operan terbahagi kepada dua. Ini kerana ianya dihasilkan oleh dua individu yang berbeza iaitu Thorndike dan Skinner. Teori Pelaziman Klasik merupakan salah satu teori dalam Teori

Behaviourisme. Ia dihasilkan oleh salah seorang individu penting dalam pendidikan awal kanak-kanak iaitu Pavlov. Teori ini menekankan konsep ransangan dan gerak balas. Tiga konsep penting dalam pengajaran dan pembelajaran telah dihasilkan dalam teori ini. Konsep-konsep tersebut ialah Generalisasi, Diskriminasi dan Penghapusan. Generalisasi bermaksud rangsangan yang serupa akan memberikan tindak balas yang serupa. Contohnya, Saiful akan menjadi risau setiap kali ujian kimia yang akan diadakan. Saiful juga risau satiap kali ujian biologi dijalankan kerana kedua-dua subjek tersebut mempunyai perkaitan. Jadi kerisauan dalam subjek kimia telah digeneralisasikan kepada satu subjek lain iaitu biologi. Diskriminasi pula berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Penghapusan pula berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan dengan ransangan tidak terlazim (daging). Dalam hal ini, lamakelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 5 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Manakala, keterangan bagi Teori Pelaziman Operan (Thorndike) pula. Pada tarikh 29 Ogos 1900, Thorndike telah berkahwin dengan Elizabeth Moulton dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Beliau berkelulusan Sekolah Latin Roxbury pada tahun 1891 di West Roxbury, Massachusetts. Kemudian, beliau berkelulusan Wesleyan University pada tahun 1895. Seterusnya, beliau berkelulusan Harvard University pada tahun 1897 dan Columbia University pada tahun 1898. Setelah lulus, Thorndike kembali pada minat awalnya iaitu Pendidikan Psikologi. Pada tahun 1898, beliau telah menyelesaikan PhD di Columbia University di bawah pengawasan James McKeen Cattell, salah seorang pengasas psikometri. Pada tahun 1899, beliau menjadi pengajar psikologi di Teachers College di Columbia University, di mana beliau mempelajari bagaimana manusia belajar, pendidikan dan ujian mental. Pada tahun 1937, Thorndike menjadi Presiden Kedua Society Psikometri, mengikuti jejak Louis Leon Thurstone yang membentuk masyarakat dan syarikat jurnal Psychometrika tahun sebelumnya. Teori Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori cuba-ralat. Teori ini telah dikemukakan oleh Edward L. Thorndike pada tahun 1911. Beliau menggunakan seekor kucing untuk membuat kajian. Dalam eksperimen ini, Thorndike membuktikan bahawa haiwan dan juga manusia belajar melalui proses cuba jaya, iaitu kaedah cuba dan ralat. Selain itu, terdapat tiga hukum dalam Teori Pelaziman Operan Thorndike iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan. Hukum Kesediaan merupakan keupayaan seseorang individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Mengikut Thorndike, terdapat tiga keadaan yang berlaku dalam proses pembelajaran. Pertama, apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, maka pembelajaran yang dijalankannya akan menghasilkan kepuasan. Kedua, apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, tetapi tidak dapat dilakukannya, maka ia akan menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan. Ketiga, apabila seseorang pelajar tidak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa untuk belajar, maka ia akan juga menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 6 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Hukum Latihan pula menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan. Maksudnya, jika pasangan rangsangan-gerak balas (stimulusresponse) wujud berkali-kali, maka ikatannya akan bertambah kukuh dan tinggi. Kemungkinan untuk gerak balas tersebut wujud lagi pada masa akan datang juga adalah tinggi. Hukum Kesan menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan. Gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan kian menjadi lemah, khasnya apabila sesuatu gerak balas yang membawa kesan yang menyakitkan atau kurang menyeronokkan. B.F Skinner adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, pelopor dalam bidang kajian pelaziman operan, dan mendapat ijazah kedoktorannya (Ph.D) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Pada tahun 1938, beliau menerbitkan buku berjudul Behaviour of Organism yang terkandung huraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan, berdasarkan kajian-kajian beliau yang telah dijalankan dalam tahun 1930-an. Beliau terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner. Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia. Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan anaknya di dalam Kotak Skinner. Terdapat empat perkara penting dalam Teori Pelaziman Operan Skinner iaitu Peneguhan dan Jenis Peneguhan, Dendaan dan Jenis Dendaan, Prinsip Premack dan Pelupusan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu. Keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner iaitu pengukuhan positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 7 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas kanakkanak melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu kanak-kanak, memberi hadiah dan sebagainya. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong kanak-kanak menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Manakala, peneguhan negatif ialah rangsangan serta-merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Di samping itu, konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini. Sebagai guru, kita boleh menyelang-selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan. Di sebaliknya, pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 8 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Keadaan ini dapat di atasi jika peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti, peneguhan itu tidak lagi digunakan dan guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta. Teori yang seterusnya ialah Learning Through Play yang akan ditearangkan. Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanakkanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak. Mengikut Vygotsky (1967) bermain dapat membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan terbentuk melalui penggunaan simbol dan alat. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini, kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain, (Spodek et al. 1987, p. 181). Carr dalam teorinya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia 4 tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 9 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Menurut Caplan dan Caplan (1973), main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang kanak-kanak. Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraus, 1990). Manakala menurut Almy (1984, Fagen) yang menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy adalah bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983). Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturanperaturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah ialah teka-teki, kad-kad nombor, kad-kad bergambar dan sebagainya. Selain itu, bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 10 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

2.1

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Yang Terawal


Didapati bahawa terdapat Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) yang terawal, terutamanya di luar negara. Program-program yang disediakan dan dirancangkan kepada kanak-kanak seperti program Head-Start (US), Sure-Start (UK), Model Montessori, Model Reggio Emila, Under Threes, Early Learning Goals, Te Whariki (New Zealand) dan sebagainya. Setiap program tersebut mempunyai latar belakangnya, objektif merancangkan program tersebut, ciri-ciri program dan konsepnya secara masing-masing. Prasekolah yang pertama didirikan pada tahun 1850 adalah bertempat di Amerika Syarikat. Ketika pada masa tersebut, pendidikan prasekolah hanya memberi tumpuan kepada kanak-kanak yang bergolongan berada sahaja manakala kanak-kanak yang miskin diabaikan dan dibiarkan sahaja dan menyebabkan mereka tidak dapat pendidikan awal kanak-kanak semasa waktu kecil lagi. Oleh itu, program Head-Start (US) telah dirancang untuk memberi bantuan kepada kanak-kanak yang datang dari kawasan yang mundur dan latar belakang keluarganya adalah miskin. Dalam program Head-Start ini kanak-kanak ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran kepada mereka agar kanak-kanak dapat memenuhi kesihatan emosional, sosial, gizi dan keperluan psikologi anak-anak yang berasal dari keluarga miskin. Konsep Head-Start adalah meningkatkan perkembangan bahasa dan sosioemosi kanak-kanak dan juga menekankan konsep pengalaman hands-on. Manakala, ciri-ciri program Head-Start adalah ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan pengurusan prasekolah. Tambahan pula, program Head-Start juga menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah. Justeru, pusat program Head-Start juga mengajar kanak-kanak tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan kepentingan makan makanan yang berkhasiat dan cara menjaga gigi sendiri.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 11 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Manakala,

setiap

orang

kanak-kanak

berhak

menerima

pelbagai

pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi. Di samping itu, perancangan program ini juga dapat membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupannya. Namun begitu, terdapat sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanakkanak kurang upaya atau keperluan khas. Ahli professional kesihatan mental juga memberi kerjasama dengan pihak prasekolah dan pihak ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak. Sebagai contoh aktiviti program Head-Start ialah kanak-kanak bermain bersama tanpa mengira kaum. Program yang seterusnya bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak ialah program Sure-Start (UK) yang ditubuhkan pada tahun 1998. Program ini memberi fokus kepada keluarga yang tinggal di kawasan pendalaman dan sekitarnya dan mengalakkan kerjasama daripada pihak keluarga, sekolah dan masyarakat untuk melibatkan dirinya dalam segala aktiviti program yang dijalankan. Manakala, program Sure-Start ini adalah untuk kanak-kanak yang berumur 0 hingga 4 tahun sahaja dan ia juga mempunyai sedikit persamaan dengan program Head-Start di Amerika Syarikat dan Oritario Early Years.

Objektif bagi program Sure-Start ini adalah bertujuan memberi permulaan kehidupan yang terbaik kepada kanak-kanak melalui penambahbaikan dalam asuhan, pendidikan awal, kesihatan dan sokongan keluarga dengan memberi penekanan kepada perkembangan masyarakat. Manakala, ia juga meningkatkan perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak dan meningkatkan kesihatan kanak-kanak serta keupayaan kanak-kanak untuk belajar serta menguatkan hubungan antara keluarga dan komuniti. Justeru, falsafah program ini adalah berpotensi pembelajaran kanakkanak dipengaruhi oleh budaya, fizikal, sosial, emosi, bahasa, kreativiti dan pengalaman kognitif manakala ia berkonsep memberi pendidikan, penjagaan, sokongan keluarga dan kesihatan secara holistik kepada kanak-kanak.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 12 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Antara syarat kelayakan bagi kanak-kanak yang ingin mendaftar di program Sure-Start ialah kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah dan pihak ibu bapa yang tidak mempunyai sijil dalam pendidikan menengah serta merupakan seorang remaja ketika anak pertama dilahirkan. Manakala, berat anak semasa lahir adalah rendah dan pihak ibu atau bapa atau kedua-duanya bertutur dalam bahasa selain daripada Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Tambahan pula, empat atau lebih anak mempunyai jarak umur yang rapat, tinggal dalam satu rumah juga merupakan kelayakan mendaftar di program Sure-Start ini. Selain itu, Model Montessori juga merupakan salah satu program yang dirancang bagi pihak kanak-kanak. Antara objektif Model Montessori ialah mengembangkan kemahiran koordinasi kanak-kanak, pentingkan konsep matematik dan bahasa serta medidik kanak-kanak mahir dari aspek menulis dan membaca serta berkreativiti dalam seni dan sebagainya. Kaedah Model Montessori adalah terdiri daripada tiga aspek iaitu practical life (perkembangan motor kasar), sensory material (untuk melatih deria) dan academic material (untuk mengajar menulis, membaca dan mahir dalam matematik). Justeru, 3 konsep yang ada pada Maria Montessori iaitu minda mudah menyerap (absorbed mind), persekitaran yang tersedia (prepare environment) dan didikan diri (self-correcting). Dalam konsep minda mudah menyerap ialah kanak-kanak dapat menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka manakala konsep persekitaran yang tersedia ialah menyediakan persekitaran yang menggalakkan dan dapat membentuk pengetahuan seseorang kanak-kanak. Justeru, konsep didikan diri ialah kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila terlibat dalam aktiviti pembelajaran. Seterusnya, program Model Reggio Emilia adalah merupakan salah satu program yang terawal di luar negara dan model ini lebih bersifat atau berdasarkan kepada teori tokoh Piaget dan Vygotsky. Antara objektif model tersebut adalah termasuk menimbulkan daya tarikan dan keseronokan kanak-kanak dan wujudkan hubungan kemanusiaan serta menggalakkan pembelajaran mereka. Tambahan pula, ia juga menggalakkan komunikasi, penerokaan, penemuan dan penyelesian masalah bagi seseorang kanak-kanak.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 13 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Model Reggio Emilia juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri dan menggalakkan mereka berkerja secara sendiri. Didapati bahawa beberapa aspek yang ditekankan dalam konsep pembelajaran Model Reggio Emilia iaitu atelier. Ia merupakan studio khas atau bengkel untuk kanak-kanak melahirkan pengalaman dan ia juga mementingkan minat dan kecenderungan seseorang kanak-kanak. Manakala, kurikulum Reggio Emilia adalah berasaskan projek untuk menerokai konsep atau tajuk. Tambahan pula, konsep pembelajaran tersebut juga mengikut teori dari tokoh Malaguzzi iaitu pendidikan perlu melibatkan tiga unsur iaitu kanak-kanak, pendidik dan keluarga. Seterusnya, program Under Threes juga merupakan salah satu program yang terawal dilaksanakan di luar negara untuk memperkembangkan perkembangan kanak-kanak secara holistik. Program Under Threes adalah bertujuan mengembangkan diri kanak-kanak melalui hubungan dekat. Dari perspektif ini, perkembangan kanakkanak secara peribadi, soisal dan emosional adalah yang terpenting dalam rancangan untuk pengalaman bermain kanak-kanak. Tambahan pula, program ini juga bertindak sebagai pemandu anak-anak, penyokong dan fasilitator semasa bermain dan bertindak balas terhadap emosional kanak-kanak, sosial, komunikasi, fizikal dan keperluan kognitif semasa mereka memilih permainan. Manakala, ia juga mendorong kerjasama daripada pihak ibu bapa dalam perspektif berkongsi dalam permainan anak-anak mereka. Justeru, konsep pembelajaran yang diterapkan dalam program ini adalah menyokong rawatan dan perkembangan bayi dengan berkerjasama dengan pihak ibu bapa mereka dan mengamalkan lebihan amalan dalam bekerja dengan bayi. Program Early Learning Goals dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak adalah merupakan program yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh,, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Ia juga mendorong kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 14 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Malahan, program ini adalah bertujuan untuk menenuhi keperluan kanakkanak kurang upaya dan dapat mengembangkan pengalaman belajar yang dapat membantu mereka memahami dunia. Manakala ia juga mengamalkan amalan untuk membina idea, konsep dan kemahiran seseorang kanak-kanak supaya mereka dapat berkomunikasi dengan orang lain dan dapat menggalakkan pertumbuhan fizikal, kognitif dan sosial dengan cara yang kreatif. Dengan ini kurikulum Early Learning Goals terbahagi kepada 6 aspek iaitu kreatif pembangunan, pembangunan fizikal, pengetahuan dan pemahaman dunia, matematik pembangunan, komunikasi bahasa dan keaksaraan dan peribadi perkembangan sosial dan emosional. Konsep pembelajaran yang diterapkan dalam program ini adalah menggunakan pendekatan hands-on supaya dapat menghasilkan pengalaman dan mengembangkan deria kanak-kanak. Melalui konsep belajar menerusi aktiviti dan bermain, kanak-kanak akan berasa lebih seronok dan bersedia melakukan aktiviti. Program Te Whariki adalah kurikulum kebangsaan pertama untuk sector anak usia di negara New Zealand. Rangka kerja dalam program ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak awal belajar dan pembangunan dalam konteks sosial budaya. Manakala ia juga menekankan kerjasama belajar antara pendidik, orang tua dan keluarga. Pendidik membentuk dan merancang kurikulum yang holistik dalam menghadapi kanak-kanak belajar dan perkembangan dalam kanak-kanak usia awal dan konteks yang lebih luas di dunia kanak-kanak. Justeru, program pendidikan awal kanak-kanak Te Whariki juga menekankan kepada pendidikan yang berkonsepkan. Antara objektif dalam program ini adalah termasuk pemberdayaan (empowerment), pembangunan holistik (holistic development), keluarga dan masyarakat (family and community) dan hubungan (relationship).

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 15 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

2.2

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) Di Malaysia


Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanakkanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanakkanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun. Justeru, pada zaman sebelum merdeka iaitu pada tahun 1940an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah. Manakala, zaman selepas merdeka iaitu pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek Head Start di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.

Pada tahun 1970 pula, KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar. Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. Manakala, pada tahun 1972, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah. Tambahan pula, KEMAS telah membuka Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 16 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Pada tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah. Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga bertambah dari setahun ke setahun. Namun begitu, Program pendidikan awal kanak-kanak pada masa ini telah diusahakan oleh pelbagai badan agensi sama ada kerajaan, swasta, persendirian dan sukarela. Setiap agensi memainkan peranan penting untuk memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak dan dapat menjamin perlindungan kanak-kanak. Seterusnya, Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walaubagaimanapun, terdapat ibu bapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal. Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 17 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Justeru, Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Konsep Tabika KEMAS ialah Belajar Melalui Bermain yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul dan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak. Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur. Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa. Justeru, Tadika pula merupakan singkatan daripada Taman Didikan KanakKanak. Takrif tadika tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961. Walaubagaimanapun pengurusan tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadika ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanakkanak tersebut berumur 7 tahun. Malahan, pendidikan prasekolah juga adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Pembelajaran tadika bukan merupakan pembelajaran wajib dalam Pendidikan Malaysia.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 18 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Namun begitu, penubuhan tadika oleh pihak swasta amat digalakkan oleh pihak kerajaan. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini dapat menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari. Seterusnya, Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS atau dikenali dengan nama Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui TASKA, program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat. Antara objektifnya ialah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan mengamalkan gaya hidup sihat. Tambahan pula, ia juga menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak dari waktu kecil. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal juga merupakakn salah satu daripada objektifnya.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 19 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

2.3

Prinsip-Prinsip Dalam Merancang Program PAKK


Pengetahuan dan pemahaman terhadap prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah adalah amat penting kepada pengasuh kanak-kanak dan guru prasekolah. Hal ini demikian kerana perkara ini berkaitan dengan kurikulum prasekolah dalam melaksanakan aktiviti secara optimum dan berkesan. Memandangkan terdapat prasekolah yang menjalankan kelas persekolahan dua sesi, iaitu pagi dan petang, maka perlulah guru tersebut merancang terlebih dahulu apakah aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak bagi setiap peringkat umur dengan memgambil berat beberapa prinsip dalam merancang sesebuah aktiviti. Antara prinsip yang perlu dititikberatkan apabila kita merancang aktiviti untuk kanak-kanak ialah latar belakang kanak-kanak. Latar belakang kanak-kanak adalah berbeza dari segi latar belakang peribadi dan kecenderungan pembelajaran. Aktiviti yang dirancang di prasekolah perlulah sesuai mengikut umur mereka di samping keupayaan mereka yang berbeza. Ini kerana walaupun umur mereka lebih kurang sama tetapi umur akal mereka adalah berbeza sama sekali. Prinsip yang kedua pula boleh dilihat melalui perbezaan individu. Prinsip ini menentukan masa yang sesuai untuk belajar dan kemampuan memperolehi ilmu terhadap kanak-kanak. Dengan erti kata lain, jangka masa seseorang kanak-kanak itu mampu bertahan dalam aktiviti yang dijalankan serta kadar kemampuannya memperoleh ilmu pada waktu itu samada dalam jangka masa panjang atau jangka masa yang pendek. Seterusnya, guru juga perlu mengambil berat dengan prinsip merancang aktiviti iaitu semua deria kanak-kanak untuk digunakan dalam aktiviti yang dijalankan dengan berkesan. Berdasarkan kurikulum PERMATA, penggunaan lima deria ini iaitu mata, hidung, telinga, mulut dan kulit bermatlamat bagi merangsang perkembangan kelima-lima deria ini. Ia juga bertujuan menanamkan sifat keprihatinan atau kepekaan kanak-kanak tersebut persekitaran di sekeliling mereka. Prinsip ini juga mampu mewujudkan kecintaan terhadap alam sekitar dan dapat meningkatkan daya tumpuan, kemahiran menghubungkait, kemahiran berfikir, mengenali dan memahami persekitaran melalui pemerhatian, penerokaan, ramalan dan pemahaman sebab-akibat.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 20 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Selain itu, pengalaman menggunakan bahan maujud juga menjadi salah satu prinsip dalam merancang aktiviti di prasekolah. Guru hendaklah menekankan pembelajaran melalui pengalaman yang menggunakan bahan maujud kerana ianya mampu merangsang pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta membantu perkembangan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Dengan cara ini, kanak-kanak akan belajar daripada pengalamannya serta membantu meningkatkan keupayaan berfikir yang luas. Prinsip dalam merancang aktiviti yang seterusnya ialah belajar melalui bermain. Prinsip ini perlu diwujudkan dalam suasana yang riang. Menurut Froebel (1782 1852), bermain adalah suatu keadaan semulajadi yang dapat membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Walaupun Montessori tidak bersetuju dengan perkataan permainan bagi menggambarkan tingkah laku kanak kanak ketika meneroka dan memahami persekitaran, beliau bersetuju bahawa keadaan bermain memberi kanak-kanak peluang meneroka dan mencuba sesuatu aktiviti. Dalam proses mencuba, mereka menemui pengetahuan yang baru. Di samping itu, guru hendakalah peka dengan prinsip pembelajaran secara bersepadu. Maksudnya di sini wujudnya aktivti yang membenarkan kanak-kanak mendalami pengalaman mereka dan menjadi matang dalam perkembangan mereka melalui aktiviti pembelajaran secara bersepadu. Ianya perlu dalam suasana terbuka dan pelbagai bagi menbentukkan kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif. Sebagai contoh merangkumi pelbagai aktivti yang sibuk seperti menyanyi ataupun menari dan tenang seperti mendengar lagu atau puisi klasik sambil berehat. Selain itu, aktiviti yang dirancang juga perlulah merangsang inisiatif, imaginatif dan kreativiti kanak-kanak. Hal ini kerana kebolehan berbahasa dan berfikir kanak-kanak secara logik boleh dikembangkan melalui aktiviti yang dirancang. Seterusnya interaksi mesra. Aktiviti yang dirancang perlulah menggalakkan interaksi yang mesra antara murid dengan guru, pengasuh, rakan sebaya dan masyarakat sekitar. Dengan cara ini, ianya membantu dengan berkesan dan menggalakkan perkembangan optimum kanak-kanak, orang dewasa harus peka kepada keperluan, isyarat dan perkembangan semasa kanak-kanak tersebut.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 21 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Manakala, prinsip yang lain seperti pembelajaran yang dipengaruhi oleh sifat semulajadi dan pengalaman di peringkat awal serta pengetahuan sedia ada harus dititikberatkan dalam prinsip merancang aktiviti di prasekolah. Setiap kanak-kanak ini mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang berbeza. Pengalaman dan pengetahuan mereka juga bergantung kepada keadaan persekitaran, latar belakang keluarga dan kedudukan ekonomi keluarga mereka. Sebagai contoh, ada kanak-kanak yang suka bermain dengan kawan dan ada pula kanak-kanak yang suka bermain secara bersendirian. Jadi seboleh-bolehnya, guru perlulah merancang aktiviti yang dapat memenuhi kehendak kanak-kanak yang berbeza. Prinsip yang terakhir sekali ialah kecerdasan pelbagai. Prinsip ini merupakan pendekatan yang dijana oleh Howard Gardner (1988). Menurutnya, kecerdasan adalah kekuatan intelektual yang istimewa bagi seseorang. Terdapat sembilan jenis kecerdasan pelbagai yang diutarakan adalah pintar bahasa iaitu mahir menggunakan perkataan secara berpantun, menulis karya dan berbahas manakala pintar logikmatematik adalah mahir menaakul, berfikir secara saintifik dan menggunakan nombor atau pola dalam penyelesaian masalah. Justeru, pintar bunyi ialah mahir menghasilkan bunyi yang berirama seperti menyanyi dan bermain muzik dan pintar ruang pula ialah mahir menguruskan ruang secara berkesan seperti lukis peta dan corak. Seterusnya, pintar kinestetik adalah mahir mengawal pergerakan seperti manari dan bersukan dan pintar pergaulan ialah mahir bergaul dan mengetuai kumpulan sosial manakala pintar diri adalah memahami perasaan, kelemahan, kekuatan dan potensi diri. Pintar bumi dan alam adalah mengetahui bumi dan kehidupan semula jadi dan pintar kewujudan adalah peka pada nilai, moral dan kewujudan manusia (dunia dan akhirat). Sebagai maklumat tambahan, kami juga ada mengkaji buku Pendidikan Awal Kanak-Kanak Amali Dan Teori karya Azizah Lebai Nordin. Bahawa terdapat beberapa maklumat yang boleh dijadikan sebagai prinsip merancang aktiviti di prasekolah. Antaranya ialah jangka masa aktiviti yang dijalankan bersama kanakkanak. Benarkan dan berikan masa yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk meneroka, mencuba, menyoal, mencari jawapan dan berbincang dengan rakan sebaya atau gurunya sendiri sewaktu menjalankan aktiviti.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 22 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Selain itu, ruang yang ada juga memainkan peranan penting dalam merancang sesebuah aktiviti kepada kanak-kanak di prasekolah. Luas atau sempit ruang yang disediakan akan mempengaruhi proses aktiviti itu. Contohnya, aktiviti bermain air dan melukis boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas mengikut keselesaan ruang yang ada. Di samping itu, bilangan kanak-kanak yang didaftarkan di prasekolah tersebut perlu diambilkira dalam merancang aktiviti. Biasanya bilangan kanak-kanak dalam bilik darjah tidak melebihi 25 orang. Sekiranya bilangan kanakkanak kecil, mereka berpeluang membuat aktiviti individu dan mendapat layanan yang lebih daripada guru. Jika disebaliknya, aktiviti kumpulan perlu diutamakan dalam perancangan lebih daripada aktiviti individu. Bukan bilangan kanak-kanak sahaja yang perlu dititikberatkan, malah nisbah guru dengan kanak-kanak juga perlu dalam merancang aktiviti di prasekolah. Kanakkanak yang bilangannya seramai 25 orang atau lebih, dalam aktiviti tersebut perlu ada sekurang-kurangnya seorang guru dan seorang pembantu. Lebih ramai pembantu lebih baik kerana guru dapat merancang aktiviti yang dilaksanakan oleh kanak-kanak dengan lebih sistematik atau secara individu. Aktiviti di dalam dan di luar kelas juga menjadi prinsip dalam merancang aktiviti. Hal ini kerana perancangannya bergantung kepada objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Sekiranya guru ingin merancang aktiviti berobjektifkan perkembangan motor kaasar, ianya boleh dilaksanakan secara aktiviti di luar kelas. Jika aktivitinya melibatkan perkembangan bahasa, guru perlu memilih aktivitinya dijalankan di dalam kelas. Terakhir sekali aktiviti yang aktif dan sebaliknya. Perancangan aktiviti di prasekolah hendaklah diseimbangkan di antara altiviti yang aktif dan aktiviti yang kurang aktif. Aktiviti yang aktif ialah bermain blok, bermain air dan sebagainya manakala aktiviti yang kurang aktif pula ialah mendengar cerita, mendengar muzik dan lain-lain lagi. Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (ABP) adalah untuk memastikan sesebuah aktiviti itu berjalan dengan lancar. Oleh itu, terdapat beberapa amalan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak terhadap aktiviti yang dirancangkan.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 23 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Antaranya ialah perkembangan saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu iaitu sesuatu domain seperti kognitif, afektif, dan psikomotor. Guru perlu merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan perkembangan murid secara optimum, bermakna, dan bersepadu. Selain itu, guru juga boleh mengamalkan sesuatu aktiviti itu berdasarkan perkembangan yang berlaku mengikut urutan. Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran, pengetahuan, dan kebolehan murid dari yang mudah kepada yang mencabar. Di samping itu, kadar perkembangan kanak-kanak berbeza dari segi minat, keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, daya pembelajaran, pengalaman dan latar belakang keluarga. Guru menerima keadaan murid ini seadanya dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka. Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak yang keempat ialah perkembangan adalah berterusan. Guru peka akan pengalaman sedia ada murid dan merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran yang bermakna. Seterusnya, perkembangan adalah berperingkat-peringkat. Guru perlu menyediakan aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman yang sebenar menggunakan pelbagai media kepada yang lebih kompleks. Namun begitu, amalan bersesuaian yang lain ialah perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran. Guru harus mempelajari dan memahami sosio-budaya yang memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran murid dan menyediakan aktiviti yang menyuburkan potensi murid ke peringkat optimum. Terdapat juga amalan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak di mana kanakkanak adalah pelajar aktif. Guru harus menggalakkan kemahiran sosial dan pengalaman sebenar untuk membantu murid memahami dunia mereka. Malahan, konsep main juga penting kepada murid. Guru hendaklah memberi peluang kepada murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan konsep belajar melalui bermain sambil untuk meningkatkan perkembangan ke peringkat optimum. Selain itu, proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar. Guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan meransang minda murid untuk meningkatkan tahap perkembangan dan pengalaman pembelajarannya.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 24 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Justeru, amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak juga dapat dilihat terhadap murid yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran. Guru perlu membantu murid dengan memberi peluang mereka menunjukkan kemahiran dan pengalaman yang telah dikuasai atau dilalui. Amalan yang terakhir sekali ialah penglibatan komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Mereka rasa selamat, dihargai apabila keperluan dipenuhi. Guru harus memastikan dan mengambil berat tentang aspek pemakanan, kesihatan dan keselamatan murid. Guru perlu mempunyai hubungan rapat dengan ibu bapa. Di sini kami ingin berkongsi beberapa tips atau langkah-lanagkah sebelum, semasa dan selepas anda melaksanakan sesebuah aktiviti di prasekolah. Sebelum guru melaksanakan sesebuah aktiviti di prasekolah bersama-sama kanak-kanak, guru perlu tahu beberapa perkara penting ialah seperti berikut yang dinyatakan: Murid yang diajar? Kandungan kurikulum dan apa yang perlu diajar? Bila hendak mengajar atau melaksanakan aktiviti? Cara menilai perkembangan kanak-kanak? Menyesuaikan kurikulum dengan kebolehan murid ? Apakah keperluan dan minat kanak-kanak? Bagaimana dengan latar belakang dan sosio-budaya murid? Bahan-bahan untuk aktiviti mencukupi? Pastikan kanak-kanak dalam keadaan bersedia. Apabila guru telah melihat beberapa perkara yang dinyatakan seperti di atas sebelum melaksanakan aktiviti, maka guru bolehlah menjalankan aktiviti dengan kanakkanak dengan lancar dan jayanya. Tetapi perlu diingatkan juga, beberapa perkara perlu dititikberatkan semasa menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak di prasekolah adalah seperti berikut yang dinyatakan: Guru perlu fleksibel dari segi masa, aktiviti dan sebagainya. Guru tidak perlu terikat dengan masa yang ditentukan bagi sesuatu aktiviti yang dijalankan. Guru juga boleh mengubah aktiviti sekiranya kanak-kanak didapati kurang berminat dengan apa yang diajar.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 25 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Sentiasa pastikan keselamatan kanak-kanak, alatan yang digunakan serta ruang yang digunakan untuk menjalankan aktiviti. Bimbang jikalau berlaku perkara yang tidak diingini berlaku.

Guru juga boleh meneruskan pengajaran sekiranya kanak-kanak berminat dengan sesuatu aktiviti walaupun masa sudah tamat. Elakkan aktiviti yang melibatkan mendengar selama 10 minit kerana tumpuan mereka selalunya tidak lama dan mungkin juga boleh menyebabkan kanak-kanak cepat bosan.

Gunakan arahan yang mudah dan jelas agar kanak-kanak boleh memahami dan melaksanakannya. Setelah aktiviti dijalankan dengan jayanya, guru juga perlu memastikan beberapa perkara ini dilakukan selepas tamatnya aktiviti. Antara perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti ialah seperti berikut yang dinyatakan: Membuat refleksi keseluruhan sepanjang aktiviti. Maksudnya di sini guru dan kanak-kanak saling meluahkan idea atau perasaan selepas menjalankan aktiviti ini. Guru hendaklah catatkan aktiviti yang tidak terlaksana seperti yang dirancangkan. Guru juga haruslah merancang aktiviti pengukuhan & pengayaan sebagai penambahbaikan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang supaya lebih teratur dan sistematik. Guru perlu membuat penilaian ke atas kanak-kanak selepas menjalankan aktiviti bagi mengetahui sejauh mana kemampuan kanak-kanak tersebut dalam aktiviti yang dijalankan. Guru dan kanak-kanak bersama-sama menyimpan bahan-bahan yang digunakan agar tidak hilang dan masih boleh digunakan untuk akan datang. Guru hendaklah memastikan kelas berada dalam keadaan kemas dan bersih sebelum pulang atau menutup prasekolah tersebut.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 26 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

2.4

Pendekatan Dan Strategi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Pada masa kini suatu pendekatan baru mula muncul menyahut cabaran masyarakat moden yang progresif. Pendekatan Behavioris, Pendekatan kecerdasan Pelbagai, Pendekatan Sosial Budaya dan Pendekatan Reggio Emilia yang meresap masuk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Awal kanak-Kanak. Pendekatan Tingkah laku (behavioris) menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata pelajaran. Ia muncul dari aplikasi psikologi operan (operant psychology) yang dipelopori oleh Skinner (1974). Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran. Skinner (1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkah laku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkah laku berlaku, tingkah laku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan. Matlamat pendekatan ini ialah untuk membentuk tingkah laku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai. Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab. Di samping itu, pendekatan kecerdasan pelbagai ada dalam penerangan teori Kecerdasan Pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Mengikut Gardner, kecerdasan yang terdapat pada seseorang bukanlah hanya diwarisi semata-mata. Pada pandangan beliau, jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai tidak cerdas mengikut ukuran ujian IQ tidak semestinya anakanak mereka juga tidak cerdas. Kajian yang dijalankan oleh beliau terhadap kanakkanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibu bapa yang kedua-duanya adalah professional (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Menurut Gardner lagi, teori kecerdasan pelbagai adalah berdasarkan pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan kepada kemampuan logikalmatematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 27 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini disebabkan kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Kecerdasan pelbagai mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Pendekatan Sosiobudaya adalah hasil gabungan daripada pendekatan behaviorisme dengan kognitivisme. Pendekatan behaviorisme adalah kesan atau hasil suatu tingkah laku manakala pendekatan kognitivisme ialah impak hasil daripada kepercayaan serta harapan seseorang. Pendekatan ini boleh diringkaskan sebagai teori pengharapan nilai. Ini bermakna bahawa motivasi adalah gabungan antara dua kekuatan, iaitu pengharapan seseorang itu untuk sampai ke matlamat yang ditujunya, dan nilai matlamat itu untuk dirinya. Teori ini berkait rapat dengan Bandura (1997) dan teori yang digunakan ialah teori Efikasi Kendiri. Bandura (1977) menyarankan betapa penting pemerhatian, peniruan dan peneguhan vikarious (mengharapkan peneguhan yang sama apabila memerhati orang lain mendapat ganjaran apabila melakukan sesuatu tingkah laku). Peneguhan vikarious dan peneguhan lansung amat penting dalam meningkatkan efeksi kendiri individu. Albert Bandura (1963) telah menggabungkan teori psikologi tingkah laku dan psikologi kemanusiaan ke dalam kerangka Model Efikasi Kendiri. Bandura mengemukakan peranan kepercayaan efikasi kendiri dalam konteks di mana "peoples level of motivation, affective states, and actions are based move on what they believe than on what is objectively true". Efeksi kendiri merujuk kepada kepercayaan tentang kompetensi peribadi kita dalam suatu bidang. Efeksi kendiri dipengaruhi oleh pengalaman lampau, pengalaman vikarious, input lisan daripada pihak luar terhadap kepercayaan kebolahan individu menyempurnakan tugasan dan gerak hati fisiologi dan emosi.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 28 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Seperti yang telah diketahui, Pendekatan Reggio Emilia adalah berasaskan falsafah Loris Malaguzzi iaitu orang yang menubuhkan pengurusan komuniti sekolah dan pusat asuhan di Bandar Reggio Emilia dalam daerah Utara Itali di Emilia Romagna selepas perang dunia kedua. Falsafah Malaguzzi dibina oleh John Dewey yang terjadi lebih dahulu dalam kerja Pestalozzi dan Proebel. Gardner (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, walaupun begitu Reggio Emilia mempunyai pendekatan yang lebih, tetapi telah mempertimbangkan di sini dalam tempoh waktu pendekatannya kepada kurikulum, nota itu adalah penggodaan kepada sifat romantik Reggio, Reggio adalah berkaitan dengan kawasan khusus di Itali dan tidak boleh diambil dan dipindahkan ke negara lain. Walaubagaimanapun, kebanyakan idea dasar dalam pendekatan Reggio ke kurikulum boleh berhubung dalam konteks yang berbeza. Rinaldi (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, imej kanakkanak dalam pendekatan Reggio adalah seperti kaya, kuat, berkuasa. Kesemua kanak-kanak tidak mengira sama ada yang terlalu muda adalah dijangkakan bersosial dan kanak-kanak juga dilihat sebagai perantaraan aktif dalam mendirikan pembelajaran mereka sendiri. Melalui pendekatan Reggio, pemikiran kanak-kanak, idea-idea dan persoalan-persoalan perlu diambil serius. Gardner (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, model pendidik dalam pendekatan Reggio ialah mendengar kanakkanak, memajukan kanak-kanak dengan mengambil inisiatif dan membimbing pembelajaran mereka. Manakala, Malaguzzi (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menerangkan, pendidik berpusatkan model ialah untuk mengaktifkan ia adalah bermaksud membuat mengikut kemampuan kanak-kanak. Menurut Edwards, Gandini & Forman (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, pendekatan Reggio dalam kurikulum ialah berdasarkan kecemerlangan intelektual kanak-kanak yang dididik melalui fokus sistematik yang diwakili oleh simbolik. Kanak-kanak digalakkan untuk mewakili idea-idea mereka dan memahami melalui (100 bahasa) mereka atau menunjukkan mod-mod, termasuklah bercakap, menulis, melukis, mewarna, membina dan mengukir sebagaimana seperti permainan bayang-bayang, menari, kolaj, permainan drama dan muzik.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 29 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Kekuatan fokus dalam seni visual bermaksud meneroka dunia dan menunjukkan sifat memahami pendidik di sekolah-sekolah Reggio dan pusat asuhan, memberi perhatian bahawa banyak cara yang membolehkan kanak-kanak menonjolkan diri mereka dan mencadangkan banyak pendekatan tradisional untuk meremehkan kemampuan kanak-kanak. Pendekatan Reggio adalah berpusatkan kurikulum. Pendekatan kolaboratif memfokuskan kepada pembelajaran, dengan kekuatan pasangan antara pendidik, kanak-kanak, keluarga dan komuniti tempatan, penekanan dan mengambil hati kanakkanak dalam menyelesaikan masalah dan projek-projek dalam kumpulan kecil berpasangan. Spaggiari (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, pengurusan berasaskan komuniti mempromosikan interaksi yang kuat dan komunikasi antara pendidik-pendidik, keluarga kanak-kanak dan komuniti. Kerja pendidik dalam pasangan mengajar dan berjumpa sebagai satu pasukan dengan pendidik yang lain seperti satu keluarga. Katz (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, persekitaran-persekitaran adalah seperti di rumah dan atmosfera kehidupan bersifat kumpulan. Edward Gandini & Forman (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, kunci lain yang diperkenalkan ialah kelancaran dengan kanak-kanak kumpulan yang sama dan tinggal bersama dengan pendidik untuk dua hingga tiga tahun. Pendekatan Reggio Emilia juga adalah satu falsafah pendidikan pra-sekolah dan berfokuskan kepada dasar pendidikan. Ia bermula daripada Loris Malaguzzi dan ibu bapa dari desa-desa sekitar Reggio Emilia di Itali selepas Perang Dunia II. Kehancuran daripada perang menyebabkan ibu bapa percaya mereka memerlukan sesuatu yang baru dan pendekatan yang cepat untuk mengajar anak-anak mereka. Mereka berasa bahawa dalam tahun-tahun awal perkembangan anak-anak yang membentuk siapa penting bagi mereka sebagai individu. Hal ini menyebabkan penciptaan program berdasarkan prinsip-prinsip rasa hormat, tanggungjawab, dan masyarakat melalui penerokaan persekitaran dan penemuan dalam menyokong anak-anak dan memperkembangkan berdasarkan kepentingan melalui

kurikulum berpandukan diri.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 30 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Dalam pendekatan Reggio Emilia ia mengajar kanak-kanak kecil dengan menempatkan perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak serta hubungan rapat yang membolehkan mereka berkongsi dengan persekitaran mereka di pusat asuhan. Program kanak-kanak pada usia ini telah berjaya disesuaikan dengan falsafah pendidikan dan mereka tertarik kepada Reggio kerana cara pandangan dan menghormati kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke program Reggio Emilia yang menggabungkan banyak prinsip dalam mengasuh anak mereka dan kehidupan rumah. Bahkan dengan hubungan antara sekolah dan rumah, kebanyakan orang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada anak-anak Reggio ketika mereka melakukan peralihan daripada gaya ini untuk pendidikan yang bukan di sekolah Reggio Emilia. Jawapannya ialah bahawa ada beberapa penyesuaian yang harus terjadi. Dalam kebanyakan persekitaran sekolah, sifat ingin tahu intelektual dihargai, sehingga siswa terus mendapat keuntungan dari Reggio selepas mereka telah meninggalkan program. Ibu bapa 'cermin peranan masyarakat, sama ada di seluruh sekolah dan tingkat kelas. Ibu bapa diharapkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan tentang dasar sekolah, keprihatinan perkembangan anak, dan kurikulum perancangan dan taksiran. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan ibu bapa termasuk ibu bapa yang bekerja juga menghadiri pertemuan yang diadakan pada malam hari sehingga semua yang ingin menyertai boleh melakukannya. Dalam pendekatan Reggio, guru dianggap bukan hanya sebagai jurulatih. Guru digalakkan untuk memudahkan kanak-kanak belajar melalui kegiatan perancangan dan pelajaran berdasarkan kepentingan kanakkanak, mengajukan soalan untuk lebih memahami, dan secara aktif terlibat dalam kegiatan bersama kanak-kanak, bukannya duduk kembali dan mengamati kanak-kanak belajar. "Sebagai rakan kepada kanak-kanak, guru dalam situasi belajar" (Hewett, 2001). Ketika bekerja pada projek-projek dengan kanak-kanak, guru juga boleh memperkembangkan kanak-kanak dengan belajar mengumpul data seperti foto, nota, video, dan perbualan yang boleh dirakam.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 31 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

2.5

Teknik Pengajaran Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Teknik adalah pendapat atau tanggapan mengenai sesuatu. Teknik prasekolah bermaksud pendapat atau tanggapan berkenaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pengajaran ialah semua yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teknik pengajaran dalam pendidikan awal kanakkanak adalah berasaskan aktiviti, pengalaman bersepadu, pengalaman deria, mengikut situasi, meneroka dan menjelajah, belajar sambil bermain, bimbingan guru, unsur motivasi dan mencabar, fleksibel manakala teknik pembelajaran adalah berasaskan minat murid, berasaskan bahan dan aktiviti, relevan dengan kanak-kanak, belajar melalui deria, belajar melalui pengalaman, belajar melalui bermain dan mengambil kira perbezaan individu. Penggunaan teknik pengajaran belajar melalui bermain adalah satu rancangan yang berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat menggembirakan dan bermakna. Kepentingan belajar melalui bermain adalah bermain menjadi fitrah murid di mana dalam proses ini mereka akan meneroka, membuat inkuiri penemuan dan memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi. Belajar melalui bermain memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang fleksibel tanpa kongkongan daripada guru. dapat memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan efektif. Antara jenis-jenis main adalah termasuk main sosial (Social Play). Main sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan. Antara jenisjenis main sosial ialah main occupied, main solitary, main onlooker, main parallel, main associative dan main cooperative. Main kognitif (Cognitive Play) ialah murid menggunakan bahan maujud untuk memperolehi pengetahuan untuk meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan dari segi kognitif psikomotor, sosioemosi dan kreativiti. Antaranya jenis main kognitif ialah main simbolik. Main simbolik memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial dengan berpura-pura menjadikan satu objek lain seperti bongkah sebagai ramarama, ibu atau sekuntum bunga. Aktiviti bermain membantu perkembangan murid secara menyeluruh kerana aktivti bermain

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 32 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Selain itu, main games and rules merupakan salah satu main kognitif. Main games and rules adalah murid bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkah laku mereka semasa bermain adalah dalam had atau peraturan permainan tersebut. Jenis yang lain adalah main konstruktif. Murid bermain untuk membina pengetahuan mereka mengenali dunia mereka.murid menggunakan bahan atau alatan mainan untuk membina bahan lain seperti istana pasir, bangunan kenderaan dan sebagainya mengikut daya kreativiti masing-masing. Seterusnya, main bebas (Informal Play) adalah melibatkan aktiviti main yang spontan dan tidak berstruktur di pusat pembelajaran. Semasa menjalankan aktiviti murid berinteraksi dengan bahan yang disediakan rakan sebaya dan orang dewasa. Manakala, main sosiodrama atau main peranan (Sociodramatic Play) adalah memberi peluang kepada murid melakonkan pelbagai watak. Sebagai contoh, main sosiodrama yang boleh dijalankan adalah main sosiodramatik melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik. Selain itu, main fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik dan fantasi kepada kanak-kanak tersebut. Di antara alat permainan luar (outdoor play) yang disediakan iaitu bekas main pasir, bekas main air, terowong, jongkang-jongket, buaian, rangka besi dan gelungsur adalah untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan menggembirakan. Permainan luar juga dapat memperkembangkan motor halus, motor kasar, koordinasi sosial dan kreativiti. Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar mengikut giliran, bekerjasama, tolong-menolong, bersikap sederhana dan hormat menghormati. Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, dan latar belakang murid. Tujuan dan kepentingan ialah tema yang dipilih dijadikan alat atau wahana untuk menggabung jalinkan komponen dan hasil pembelajaran. Pemilihan tema membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat membantu guru mencetus idea yang lebih menarik pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus kepada tema.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 33 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Pelbagai aktiviti pembelajaran boleh dijalankan bersesuaian dengan tema yang dipilih. Tema yang dipilih dijadikan alat untuk menguasai sesuatu kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir. Malahan, semua aktiviti dikaitkan dengan tema membolehkan kanak-kanak mengikuti dengan mudah. Faktor-faktor pemilihan tema ialah satu tajuk yang boleh merentas semua komponen. Tema berkaitan dan bersesuaian dengan pengalaman sedia ada, pengalaman yang akan diperolehi dalam kehidupan murid. Seterusnya, tema hendaklah berkaitan dengan kehidupan dan persekitaran murid. Pemilihan tema juga bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa. Memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman sebenar (hand on experience) melalui aktiviti pembelajaran dan kemudahan mendapat sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pendekatan bersepadu pula adalah membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Tujuan pendekatan bersepadu adalah mendalami atau meneroka sesuatu topik dalam skop yang lebih menyeluruh. Ia juga mempunyai lebih banyak pilihan aktiviti yang sesuai dengan minat dan keupayaannya dan menimbulkan kepuasan belajar. Pembelajaran lebih aktif, menggembirakan dan bermakna akan memberi manfaat kepada setiap kanak-kanak. Selain itu, dapat meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti serta mengembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi kepada kanak-kanak. Akhirnya, kanak-kanak juga akan mengamalkan nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur dan rajin. Pendekatan Projek pula adalah bertujuan untuk menggalakkan murid-murid mempelajari sesuatu melalui pengalaman konkrit. Murid-murid akan dibimbing untuk menemui kesimpulan dan seterusnya memahami konsep-konsep tertentu. Selain itu, mementingkan cara atau kaedah mengajar yang lebih berkesan dengan tujuan supaya murid-murid menaruh lebih perhatian dan minat terhadap aspek-aspek pembelajaran. Kepentingan pendekatan projek adalah murid berpeluang memilih projek tanpa paksaan.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 34 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Seterusnya,

melatih

murid

berfikir

dan

mengembangkan

kreativiti

berdasarkan minat. Pendekatan projek juga dapat memupuk kerjasama dikalangan murid dan murid dapat melatih murid menilai hasil kerja mereka dan akhirnya hasil projek boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Selain itu, pendekatan-pendekatan yang lain ialah pembelajaran

berpusatkan murid. Iaitu pembelajaran digerakan atas minat dan dorongan murid. Guru sebagai pemudah cara atau pembimbing manakala murid mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman yang dibina sendiri. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran dengan berpandukan kepada teori konstruktivis iaitu menekankan pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku hasil daripada pembelajaran yang dibina sendiri menerusi pengalaman baru. Antara kebaikan aktiviti berpusatkan murid adalah mendorong minat meneroka dan menggalakkan murid berdikari. Seterusnya dapat membina keyakinan diri dan membina pengetahuan menerusi cuba jaya dan memahami sendiri sesuatu konsep. Pada masa yang sama ia juga dapat menyelesaikan masalah ingin tahu dan memberi peluang memilih bidang yang diminati. Kebaikan seterusnya adalah dapat memupuk minat kepada penyelidikan saintifik dan menerima kegagalan sebagai satu pengalaman pembelajaran. Sebagai contohnya, aktiviti kelas ialah bercerita, circle time, nyanyian, lawatan luar, bersoal jawab, eksperimen manakala aktiviti kumpulan yang boleh dijalankan adalah cantuman puzzle, berkebun, penerokaan, permainan bahasa, kolaj. Tambahan pula, contoh aktiviti individu adalah melukis gambar, menyusun gambar bersiri, menggunting, membaca buku kecil. Teknik ialah merupakan suatu kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. pembelajaran agar dapat mewujudkan suasana ceria dalam

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 35 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut umur, kebolehan, kecerdasan dan minat. Teknik simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer. Manakala, terdapat salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip dan ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur. Selain itu, teknik latih tubi merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar. Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan, amali dan bertulis. Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta, konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari. Justeru, teknik demonstrasi adalah merupakan satu teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain akan memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Manakala, guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Sebagai contohnya, guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 36 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Di

samping

itu,

teknik

sumbangsaran

adalah

satu

kaedah

untuk

mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. Oleh itu, kumpulan terdiri daripada murid yang pelbagai kebolehan. Pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. Setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan. Semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum. Cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik. Teknik mengajar kemahiran asas adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul. Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada caracara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 37 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

3.0

Refleksi
Semasa melaksanakan tugasan kumpulan kerja kursus pengkhususan Kursus Perancangan, Pelaksanaan, Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KAY1043) ini, kami telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri sendiri yang menjadi sebagai bakal guru pada masa yang akan datang. Antara faedahnya yang kami dapati adalah kami lebih mengenali serta memahami tentang kurikulum asuhan dan cara pelaksanaannya dengan menggunakan pelbagai pendekatan seperti Pendekatan Pendidikan Belajar Melalui Bermain, Pendekatan Bertema, Pendekatan Bersepadu, dan Pendekatan Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran. Di samping itu, kumpulan kami juga dibimbing untuk menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat serta latar belakang terhadap seseorang kanak-kanak yang diajar oleh pensyarah kami iaitu Encik Muhammad Safar Bin Abdurahman. Manakala, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pengkhususan kumpulan ini dapat menjalinkan hubungan silaturrahim antara kami dengan rakan-rakan yang saling bekerjasama memperkongsikan maklumat. Pengalaman berinteraksi bersama pensyarah Encik Muhammad Safar dan rakan-rakan diberikan kumpulan bagi melaksanakan proses tugasan menyiapkan ini membolehkan kerja kami kursus memperbaiki dan meningkatkan cara kami berkomunikasi. Justeru itu, tunjuk ajar yang oleh pensyarah dalam tugasan pengkhususan kumpulan ini membolehkan kami memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri sendiri dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Kesimpulannya, kami juga lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan semangat kami untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 38 dari 39

KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK

Bibliografi
Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak (1999). Pendidikan Prasekolah Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Azizah Lebai Nordin(2002). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Prof. Dato Dr.Aminah Ayob, Prof. Madya Dr. Mastura Badzis, Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Dr.Azizah Lebai Nordin & Dr.Mahani Razali (2008). Kurikulum Permata Negara (Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak 0-4 Tahun). Hak Cipta NCDRC, UPSI, Perak.

http://bobezani.tripod.com/sastera.htm file:///C:/Users/User/Documents/Konsep%20Pengajaran%20dan %20Pembelajaran%20Prasekolah.htm http://perancangbandar.mbi.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=4:apa-ituperancangan&catid=3:info&Itemid=59

TUGASAN KUMPULAN

Mukasurat 39 dari 39

You might also like