You are on page 1of 17

Kebaikan Menabung Wang Pada zaman globalisasi danmodenisasi ini, kehidupan adiwangsaMalaysia menjadi semakin maju danmemerlukan penggunaan

kos hidup yang tinggi. Untuk mencapai keselesaan dalamkehidupan ini, kita bukan sahaja perlu bersedia secara mental dan fizikal malahaspek kewangan juga tidak boleh dipinggirkan. Oleh yang demikian, sebagai langkah persediaan untuk masa depan.

Amalan perlulah bermula dari awal iaitu kita kecil lagi kerana pepatah Melayu juga mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Wang ini bolehdisimpan di dalam bank atau juga di dalam tabung. Wang yang disimpan itu bolehdi ibaratkan sebagai sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Oleh yang demikian,sudah pastilah amalan menabung wang akan mendatang impak yang positif terhadap kita pada masa hadapan.Antara kemaslahatan menabung wang adalah untuk persediaan masa depankhususnya dalam pelajaran. Sebagai seorang pelajar, wang amat penting untuk menampung perbelanjaan persekolahan seperti membeli buku-buku rujukan,membeli alat-alat tulis, membayar uransekolah dan yuran kelas bimbingan luar.Semua ini memerlukan wang yang banyak,lebih-lebih lagi apabila pelajar itu Berjaya. Dalam peperiksaan, mereka akan menyambung pelajaran di peringkat yanglebih tinggi seperti di menara ganding, dikolej dan di institusi pendidikan swastayang lain. Semakin tinggi pendidikan seseorang itu, maka semakin banyaklah wang yang diperlukan. Oleh hal yang demikian, jika kita memiliki amalan menyimpan wang sejak kecil lagi, sudah pastilah masalah ini akan dapat diatasi apabila kita bersiap sedia lebih awal lagi.Di samping itu, wang yang telah ditabung juga boleh dijadikan sebagai persediaan untuk kegunaan segera apabila berlaku sebarang kes kecemasan. Bak kata pepatah malang tidak berbau, nasib buruk seseorang itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, inisiatif bersiap sedia perlulah diambil jika perkara yang tidak diingini itu menimpa diri kita atau ahli keluarga yang lain. Antara contoh kes kecemasan itu ialah gangguan kesihatan,ditimpa bencana alam sepert banjir kilat,gempa bumi dan tanah runtuh serta juga tragedi kemalangan jalan raya. Oleh itu,sekiranya kita sudah bersedia lebih awal menyimpan wang ibarat sediakan paying sebelum hujan, sudah pasti masalah inidapat diatasi. Menabung wang juga mempunyaikesan serampang dua mata iaitu kita dapat memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari kita seperti berjimat-cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiridan masa depan kehidupan. Dalam kondisiini, apabila kita menabung wang, kita akan mengelakkan diri kita daripada berbelanja secara boros dan merugikan diri sendiri. Dalam agama Islam ada menyatakan bahawa sikap boros itu merupakan sahabat syaitan. Oleh yang demikian, dengan menabung wang kita akan belajar menahan nafsu untuk berbelanja danmenunjukkan obligasi terhadap diri kitasendiri. Wang yang berlebihan mestilah disimpan dan digunakan untuk perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan membantu keluaga. Seperkara lagi, menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa dalam kos hidup keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai, terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk pendidikan, pakaian dan perbelanjaan lain demi membesarkan anak-anak. Oleh itu, apabila anak-anak ada menyimpan wang sejak kecil lagi,

maka wang ini dapat digunakan oleh keluarga bagi mengurangkan bebanan kos hidup yang semakin meningkat di negara ini. Intihanya, sebagai anak adiwangsa Negara Malaysia ini, kita mestilah bijak merancang kewangan hidup kita dengan mengamalkan budaya menabung wang sejak kecil lagi. Peribahasa Melayu iaitu berjimat sebelum kena dan berjimatsebelum habis juga etlah menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan wang secara bijak agar kita tidak membazir dan rugi pada masa hadapan.Oleh itu, marilah kita bersama-samamenabung wang.

Cara-cara memajukan industri pelancongan di Malaysia Malaysia merupakan sesuatunegara tropika yang indah, aman dansedang bergerak ke arah mencapai statusnegara perindustrian yang maju. Lantaranitu, tidak hairanlah jika negara ini menjaditumpuan para pelancong dari seluruh pelosok dunia / seantero dunia sejak belakangan ini. Di Malaysia, industri pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitanyang lain yang kesemuanya berperanansebagai wahana dalam pembangunanmega Malaysia menuju negara majudalam abad. Memandangkan Malaysiamempunyai potensi yang besar dalam bidang pelancongan, inisiatif yang efisien perlulah diambil untuk memajukanindustri pelancongan di tanah air kita. Langkah yang primer ialah pihak kerajaan perlulah memperbanyak tempat pelancongan di negara iniuntuk menggalakkan lebih banyak pelancongantarabangsa datang ke negara kita.Kerajaan Malaysia juga perlulah mengenal pasti tempat-tempat pelancongan yang baru dan menarik di negara ini dan berusaha untuk memajukannya. Dalamkondisi ini, para pelancong akanmempunyai banyak alternatif tempat-tempat untuk dilawati. Oleh itu, merekatidak akan berasa bosan kerana melawattempat yang berlainan. Sebaliknya, para pelancong akan lebih meluaskan ilmu pengetahuan seseorang pelancong itu.Contohnya, bangunan bersejarah diMalaysia, Kota A Famosa tugu-tugu lama peninggalan penjajah, Muzium Negara danlain-lain perlulah dijaga dan akan menjaditarikan pelancong dari negara asing.Bangunan itu telah membuktikan peristiwa bersejarah bahawa negara kita pernah dijajah oleh negara asing. Dengan ini,dapat memajukan industri pelancangon diMalaysia. Sistem pengangkutan perlu dimajukan juga merupakan salah satulangkah yang efektif untuk memajukanindustri pelancongan di ibu pertiwi ini.Dengan ini, sistem pengankutan yangsistematik akan memudahkan pelancongasing pergi dari satu destinasi ke satudestinasi yang lain. Dengan adanya sistem pengangkutan yang mengenakan tambang pada harga yang berpatutan, selamat,selesa, cekap dan mengikut jadual yangditetapkan, para pelancong mudah pergi kesesebuah tempat tanpa perlu menghadapi banyak masalah. Antara contoh pengangkutan moden yang terdapat diMalaysia ialah monorel, komuter, kapallaut, bas, teksi dan sebagainya. Merekatidak lagi berhadapan dengan masalah pengangkutan untuk pergi ke kawasan pulau dan tanah tinggi. Sebagai contoh, para pelancong boleh menggunakan perkhidmatan feri atau kapal terbang untuk pergi ke Pulau Langkawi. Terbukti bahawa pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi di Malaysia. Di samping itu, industri pelancongan akan dapat berkembangdengan cepat dan dimajukan sekiranya terdapat kemudahan-kemudahan asas. Kemudahan-kemudahan asas yang pentingseperti kemudahan jalan raya, sistem pengangkutan, tempat-tempat penginapanyang mencukupi ( chalet dan hotel ) ,tempat makan, tandas awam dansebagainya perlu disediakan kepada para pelancong. Contohnya, pihak kerajaan boleh mengurangkan kadar cukai membinachalet atau hotel kepada syarikat yang berkaitan. Dengan ini, chalet yangsewanya rendah dapat menarik para pelancong. Selain itu, tempattempat pelancongan yang sedia ada perlulahdijaga dengan sempurna agar bersih danselamat. Kebersihan patutlah diberikeutamaan kerana kondisi ini jugamerupakan suatu daya tarikan kepada para pelancong.

Seterusnya, tidak dapatdinafikan bahawa sesebuah tempat atau negara itu akan mudah dikenali sekiranya kita berusaha untuk mempromosikannya. Pihak kerajaanmelalui agensi iaitu Kementerian Keseniandan Pelancongan mestilah menjalankan promosi secara besar-besaran untuk memperkenalkan negara Malaysia kepadadunia luar. Promosi ini dapat dilakukan melalui media massa di dalam negara dandi luar negara. Pameran-pameran, kempen dan besta kebudayaan juga perlu sentiasadiadakan di negara ini untuk memperkenalkan cara-cara hidup, pemakanan, adat resam berbilang kaum diMalaysia. Kini, perkembangan teknologi maklumat yang luas dan tiada batasnya. Oleh itu, kita boleh mengaplikasikankemudahan ini untuk memperkenalkannegara kita ke seluruh dunia. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai program seperti Tahun Melawat Malaysia, Pesta Flora Malaysia, program Cinta Warna dan sebagainya untuk menarik lebih banyak pelancong melawattanah air kita. Seperkara lagi, pihak kerajaan perlulah menguatkusakan undang-undang untuk menjamin masyarakatsering berada dalam keadaan yang amandan harmoni. Hal ini demikian, dalam eraglobalisasi ini, sikap pemandu kenderaan-kenderaan awam dan para pengusaha dinegara ini yang mementingkan diri sendiridan sikap tidak mempedulikan orang lainsemakin menebal seperti yang terkandungdalam pepatah Melayu bagai enaudalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Insiden-insiden para pelancong ditipu oleh pemandu teksi,kekotoran pusat-pusat makanan, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi,harga tidak berpatutan dan seumpamanyatelah menjejaskan imej negara Malaysiadalam hati para pelancong. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mengenakan hukumanyang berat kepada pemandu atau para pengusaha yang melanggarkan peraturan- peraturan yang ditetapkan. Contohnya, pesalahpesalah akan dikenakan dendaatau dipenjarakan. Dengan ini, dapatmengekalkan keamanan negara dan jugamemajukan industri pelancongan. Malaysia mampu menjadi sebuahnegara destinasi pelancongan tropika indahyang popular ( tersohor ) dan berpotensi dirantau Asia ini dan di dunia dengankeistimewaan yg dimiliki oleh negara ini.Pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.Oleh itu, semua pihak perlu berkotmitmen untuk memajukan indusri pelancongan di negarakita kerana industri ini membawa pulangan yang lumayan kepadamasyarakat dan negara. Oleh itu, rakyatMalaysia harus memberikan sokongankepada kerajaan dan pihak swasta dalamusaha memajukan industri pelanconganagar negara dapatduduk sama rendahdan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Tindakan ini penting bagimembantu negaramencapai tahapnegara maju pada tahun 2020.

Semangat kejiranan Dalam kehidupan bermasyarakat, jiranadalah orang atau golongan yang tinggal berhampiran dengan kita. Malahan, tidak keterhaluan kalau dikatakan pembentukan sebuah masyarakat adalah berperanandaripada wujudnya jiran, iaitu orang yangtinggal bersebelahan, berhadapan, di belakang atau 40 buah rumah sekelilingkita. Pendek kata, setiap individu yang berada dalam masyarakat akan hidupdikelilingi oleh jiran. Untuk hidup berjiran, kita perlumemiliki semangat kejiranan. Semangatini lahir daripada kesedaran dan inisiatif kita untuk mewujudkannya. Sekiranya ahlimasyarakat tidak mempunyai kesedaranterhadap masalah kejiranan ini, akan pincanglah perhubungan antara ahlimasyarkat yang akhirnya membawa perpecahan, perbalahan dan huru-hara.Soal siapa yang harus membentuknyatidak penting, tetapi rasa kemesraan dalam pergaulan, sikap berbudi bahasa, bertolak ansur, dan rasa persahabatan itusebenarnya yang akan mewujudkan semangat kejiranan ini secara tidak langsung. Semangat kejiranan ini sangat pentingkerana perhubungan erat sebagaimana ''aur dengan tebing'' akan dijalinkan. Sikapseperti ''enau dalam belukar'' yang hanyamementingkan diri sendiri tidak patutlahditunjuk dalam kehidupan bermasyarakat.Sampai bila kita boleh menunjukkan sikap bongkak, jika pada suatu hari nanti kitasendiri memerlukan pertolongan oranglain. Tidak ada orang yang boleh hidup bersendirian dalam dunia ini. Sekiranyakita ditimpa bencana atau musibah, pertolongan jiran tetangga amat diperlukan pada masa kecemasan sementaramenunggu bantuan pihak-pihak berwajibatau sanak saudara. Jika semangatkejiranan diamalkan, perpaduanmasyarakat akan dicapai. Secara tidak langsung, semangat ini juga mampu membawa dan mengekalkan keamanan,keselamatan dan ketenteraman di negara ini. Semangat kejiranan akan membawa banyak kemaslahatan kepada kita semua.Kita perlulah meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapatmengeratkan dan menghidupkan semangathidup berjiran. Jiran kita terdiri daripada berbeza latar belakang dan bangsa danakan menambahkan ilmu pengetahuantentang sesuatu semasa berkunjung ataumenziarahi mereka. Sebagai contoh, jika berjirankan seorang guru, kita dapatmenanyakan soalan yang berkaitan dengan pelajaran dan akan meyelesaikan masalahkita dengan senang. Contoh kedua, jika berjirankan seorang yang tidak sama kaumdengan kita, kita akan mengetahui adatresam dan cara hidup mereka. Jiran yang sepakat dan bersatu padumampu menjamin keselamatan kawasansetempat daripada ancaman kecurian,samseng dan sebagainya. Ini dapatdilakukan sama ada melalui RukunTetangga dan Jawatankuasa KeselamatanKawasan. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat dan sumbangmahram dapat dibendung jika jirantetangga memainkan peranan danmengambil inisiatif yang efiesienmelaporkan kepada pihak berwajib setiapkali menyedari berlaku perkara- perkarayang meragukan. Dengan adanya semangat kejirananini diamalkan, sesuatu masalah akan dapatdiatasi dengan segera. Contohnya, keduri-kenduri dapat senang dijalankan. Gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, balai raya, membuat jambatan dan sebagainya juga dapat dilakukan tanpa mengeluarkan belanja kerana semua inidilakukan secara sukarela. Secara tidak langsung, kita dapat menjimat wang.

Hidup berjiran boleh membentuk perpaduan. Negara yang maju memerlukanrakyat yang bersatu agar tenaga dapatdigembleng bersama seperti bersatu teguh, bercerai roboh untuk mencapai kemajuan.Sesuatu masalah dapat diselesaikan segera jika ada persefahaman dan tolenrasi dalam membuat sesuatu keputusan.

Punca berlakunya gejala sosial Marcapada, masalah sosial semakinserius dalam kalangan remaja di Malaysia.Fenomena ini sering diuaruarkan melaluimedia cetak dan media elektronik. Setiaphari, ada sahaja kes baharu yangdisebarkan sama ada melalui televisyenatau surat khabar tempatan. Namun begitu,apakah yang dimaksudkan dengan sosial?Secara generalnya, masalah sosialdikonsepsi sebagai kes keruntuhan akhlak yang dilakukan oleh para remaja padazaman modenisasi dan globalisasi ini.Antara contoh masalah sosial ialahmenagih dadah, lari dari rumah, buli,merokok, ponteng sekolah dan melepak. Kondisi ini sangat membimbangkankerana kita sedar bahawa remaja inilahialah bakal pemimpin negara pada masa hadapan. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa masakan pokok bergoyang kalautiada angin bertiup. Ini menunjukkan berlakunya masalah sosial pastilah adasebabya. Pertama ialah sikap ibu bapayang cuai semasa mendidik anak-anak mereka. Kini, peluang pekerjaan yangterbuka luas telah menggalakkan suamiisteri bekerja. Oleh itu, ibu bapa lebihmenumpukan perhatian untuk mencariharta kekayaan. Mereka tidak peduli akananak-anak dan tidak mengambil berat pendidikan agama di kalangan anakanak mereka. Nahtijahnya, keimanan tidak wujud dalam diri anak-anak mereka lalumereka mudah dipengaruhi. Selain itu,terdapat juga ibu bapa yang kurang pegangan agama dan nilai-nilai murni dantelah menjadi contoh yang tidak baik kepada anak-anak mereka. Bak kata pepatah ketam mengajar anaknya berjalanlurus sedangkan dirinya berjalan senget.Oleh itu, mana mungkin para remaja akan beriman dan baik sekiranya ibu bapanyatidak menjadi rol model kepada mereka. Di samping itu, para remaja tersalahmemilih kawan juga akan menyebabkanmereka terlibat dalam gejala sosial.Pepatah Melayu juga ada menyatakan bahawa jika kita berkawan dengan penjualminyak wangi, sedikit sebanyak kita akankena wanginya, jika kita berkawan dengan penjual arang, sedikitsebanyak kita akanterkena hitamnya. Hal ini telahmenjelaskan bahawa para remaja yangmasih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudahterpengaruh oleh ajakan kawan untuk terlibat dalam masalah sosial. Sekiranyamereka menolak ajakan, mereka akandianggapkan sebagai pengecut dandipulaukan. Lalu, mereka juga bergauldengan remaja yang berbeza latar belakang pendidikan dan akhirnya terlibat dalam pelbagai kegiatan yang tidak bermoral. Bak kata pepatah ikut hati mati,ikut rasa binasa. Walau bagaimanapun,sebahagian para remaja tetap tidak sukamendengar nasihat yang diberikan olehorang yang lebih tua seperti masuk telingakiri, keluar telinga kanan dan sukamencuba sesuatu tanpa berfikir kesan baik atau buruknya. Misalnya, mereka akanmencuba merokok atau menagih dadahyang akan menjejaskan kesihatan. Seperkara lagi, media massa juga patut dipersalahkan kerana banyak memberi publisiti kepada golongan artis.Ramai di kalangan artis ini tidak sesuaidijadikan model kerana peribadi merekatidak elok. Ada antara mereka yang berambut panjang, berpakaian selekeh,menghisap najis dadah, berkhalwat, dansebagainya. Lantaran remaja mudahdipengaruhi, maka mereka pun mengikut perlakuan artis-artis pujaan mereka. Selainitu, kemasukan filem-filem Barat jugaakan menyebabkan mereka melakukangejala sosial. Rata-rata filem Baratmenyelitkan unsur-unsur seks, ganas, pergaulan bebas, pergaduhan, dansebagainya yang bertentangan dengan budaya Timur. Filem-filem ini berupaya mempengaruhi

perlakuan dan pemikiran para remaja sehingga membentuk sikap menentang dan tidak suka dikongkongdalam kalangan mereka. Masyarakat yang mementingkan sendiri seperti karam berdua basah seorang juga merupakan salah satu faktor yangmenyebabkan gejala sosial semakin seriusdalam kalangan remaja. Mereka terlalusibuk mengejar kebendaan sehinggakurang semangat kerjasama dan prihatinuntuk membendung masalah ini. Sebagaicontoh, apabila ahli masyarakat ternampak sekumpulan remaja yang melakukan gejalasosial seperti merosakkan benda-bendaawam atau ponteng sekolah. Mereka akanmenganggap perkara itu tidak berkaitandengan mereka dan tidak peduli. Secaratidak langsung, masalah sosial ini akan bertambah serius kerana ahli masyarakatkurang memberi perhatian. Secara tuntas, masalah sosial dalamkalangan remaja di negara ini semakinmembimbangkan. Oleh itu, pelbagaiinisiatif yang drastik perlu diambil dansemua pihak patutlah berobligasi untuk memberi kotmitmen yang sepenuhnyauntuk membendung masalah sosial ini.

Faktor menggalakkan pelancongan di Negara Malaysia .....Kini, sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi negara kita. Pada tiap-tiap tahun, dianggarkan jumlah pelancong yang berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang. Kebanyakan pelancong adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada pelancong tempatan. Terdapat pelbagai faktor yang telah menggalakkan kedatangan mereka ke negara kita. ............Antara faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah disebabkan negara kita mempunyai pelbagai tempat menarik. Malaysia banyak memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong. Antaranya ialah kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir putih seperti yang terdapat di pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan sebagainya. Hal ini menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-manda sambil menikmati keindahan alam. ............ Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk di kunjungi oleh pelancong. Para pelancong dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi mencakar langit atau bangunan bersejarah yang sentiasa terpelihara. Di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya terdapat bangunan canggih iaitu bangunan KLCC yang sentiasa menjadi daya tarikan pelancong. Hal ini telah menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa bertambah. ............Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia. Memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, pelbagai jenis makanan terdapat di sini. Pelancong dapat menikmati makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat dan rendang mahupun makanan kaum India seperti tosei dan maruku. Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti tarian zapin dan tarian inang bagi kaum Melayu dan tarian singa dari kaum Cina. Keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan pelancong ke negara kita.

............Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam turut menggalakkan kemajuan dalam sektor pelancongan negara. Kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan pelancongan agar dapat dikunjungi dengan mudah. Kerajaan juga meningkatkan kekerapan penerbangan ke negaranegara lain untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia. Hal ini terbukti berkesan apabila jumlah pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa bertambah dari setahun ke setahun. ............Faktor terakhir yang menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia ialah terdapatnya kemudahan membeli-belah yang disediakan untuk para pelancong. Dengan wujudnya kemudahan ini, mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual dengan harga yang berpatutan. Hal ini menggalakkan pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita. ............Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju kerana disebabkan oleh pelbagai faktor. Justeru, rakyat jelata perlulah sentiasa menunjukkan sikap mesra pelancong dan bersopan-santun bagi menggalakkan kehadiran mereka ke negara kita. ....................................

6. Kejiranan .Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian. Jiran yang baik ibarat cubit peha kiri peha kanan pun terasa amat sukar ditemui. .............Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana melaluinya kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti Sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung mengeratkan silaturahim. .............Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal ini boleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat antara satu dengan lain. Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa. .............Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotong-royong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara bersamasama tanpa sebarang masalah. Justeru, tugas yang berat menjadi mudah laksana hati kuman sama ..

Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang.

Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja Julai 18, 2007 mindabahasa Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006. Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paruparu tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan. Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan. Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan Tak Nak! Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan tak nak kepada rokok. Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja. Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.

dicecah hati gajah sama dilapah. Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat.

Contoh Karangan : Pencemaran Sungai Jun 30, 2007 mindabahasa Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen Sayangi Sungai dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita. Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang. Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah mati. Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian. Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai

yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai. Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih. Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit. Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

Contoh Karangan Pelajar : Kewajaran Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah Januari 23, 2009 mindabahasa Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita. Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi

menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G. Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan. Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit? Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat. Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu. Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-

perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi.

Contoh Karangan : Kasih Sayang Ibu Bapa Berkesan Mendidik Anak Jun 16, 2007 mindabahasa Wujudkah ibu bapa yang tidak sayangkan anak ? Semestinya, semua ibu bapa sanggup berkorban demi kebahagiaan anak mereka. Tetapi, persoalannya adakah semua ibu bapa hari ini menyayangi anak dengan cara lebih tepat ? Dalam hal ini, ada ibu bapa sekarang melakukan kesilapan. Ada menganggap cara ibu bapa dulu mendidik anak tidak betul dan kolot, lalu terus menolak semua, sedangkan cara dulu tidak semua salah atau tidak sesuai lagi. Ada pula beranggapan cara didikan ibu bapa dulu adalah betul, lalu terus menggunakan semua, sedangkan mungkin ada antaranya tidak sesuai dengan keadaan sekarang. Manakala, ada pula disebabkan ingin mencari cara kontemporari, lalu dengan mudah mengguna pakai cadangan dikemukakan buku atau penceramah, tanpa melakukan penelitian, tapisan atau kefahaman yang mendalam. Kebanyakan isu keibubapaan timbul dalam konteks hubungannya dengan anak yang berada pada usia remaja. Sesetengah remaja menunjukkan perlakuan sukar difahami dan tidak pernah dibayangkan ibu bapanya. Ada ketikanya remaja memilih pakaian dan muzik pelik, emosi berubah-ubah seperti keras dan pendiam, malah mungkin kurang menghormati ibu bapa. Lazimnya, ibu bapa diingatkan mengenali dan memahami psikologi anak remaja. Ibu bapa diberitahu bahawa remaja berada dalam zaman transisi dan bergelut untuk berpaut pada zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan yang bakal ditinggalkan sambil memasuki alam dewasa yang penuh tanda tanya. Orang tua dimaklumkan bahawa anak remaja sedang berada dalam paradoks. Tetapi, ibu bapa jarang diingatkan untuk mengenali dan memahami paradoks yang sedang berlaku dalam dirinya sendiri. Bahawa mereka sendiri mencari keseimbangan antara memberikan kasih sayang dan menetapkan sesuatu untuk anak remajanya. Sebenarnya, kasih sayang ibu bapa yang ideal ialah memberikan anak remajanya keseimbangan antara kebebasan dan disiplin. Jika disiplin terlalu banyak dan ketat, remaja akan memberontak. Sebaliknya, jika terlalu banyak kebebasan, remaja dahagakan struktur tertentu dan mencarinya sendiri dengan cara belum tentu baik. Oleh itu, ibu bapa perlu membuat pelbagai keputusan mengenai anaknya, misalnya, daripada boleh atau tidak menonton televisyen, hinggalah kepada boleh atau tidak mempunyai teman lelaki atau perempuan. Semakin anaknya menginjak dewasa, maka keputusan itu semakin besar dan penting. Ada keputusan perlu dibuat setiap hari dan ada keputusan perlu dibuat pada tempoh tertentu. Selain perlu mengenali dan memahami anak remajanya, ibu bapa harus mengenali dan memahami dirinya sendiri terlebih dulu. Umumnya, ahli psikologi merumuskan ada dua komponen utama dalam gaya keibubapaan. Yang pertama ialah responsif, iaitu sebanyak mana kebebasan diberikan, manakala kedua ialah permintaan, iaitu sebanyak mana disiplin atau hala tuju akan ditentukan. Dengan kata lain, ibu bapa berdepan dengan paradoks: antara kasih sayang dan kepemimpinan. Kasih sayang ialah

responsifnya terhadap kehendak anak remajanya, manakala kepemimpinan pula ialah permintaannya terhadap keperluan masa depan anak remajanya. Pertembungan, dinamika dan keseimbangan antara kedua-dua komponen ini dapat menentukan gaya keibubapaan. Kebanyakan pengkaji membahagikan gaya keibubapaan kepada empat kategori, iaitu: autoritarian, autoritatif, permisif dan tidak terbabit. Ibu bapa yang autoritarian rendah responsifnya, tetapi amat tinggi permintaannya. Walaupun mereka pengasih dan penyayang, anak remajanya tidak merasainya. Kebebasan hampir tidak diberikan dan pendapat anak remaja jarang didengar. Sebaliknya, disiplin amat ketat, malahan cita-cita anak remaja ditentukan ibu bapa. Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritarian berkemungkinan besar berjaya dalam peperiksaan dan kerjayanya, tetapi mungkin memiliki peribadi yang kaku, rendah harga diri dan terlalu bergantung kepada arahan pihak berkuasa. Ibu bapa yang autoritatif pula mempunyai keseimbangan antara responsif dan permintaan. Mereka akrab, komunikatif dan anak remaja digalakkan bersuara. Kasih sayang diberikan, ditunjukkan dan dirasai. Disiplin dan hala tuju ditentukan dan diterangkan rasionalnya. Remaja bebas menentukan cita-cita dengan ibu bapa memberikan panduan dan bimbingan. Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritatif berkemungkinan besar akan sama kejayaannya, walaupun tidak lebih, dengan dibesarkan dalam suasana autoritarian. Bezanya golongan ini akan memiliki peribadi bersepadu, yakin, berdikari dan kreatif. Ibu bapa permisif mempunyai responsif amat tinggi, tetapi permintaan amat rendah. Mereka banyak bertolak ansur, memberikan kebebasan dan hampir semua kehendak anak remajanya diturutkan. Gaya tidak terbabit pula hampir tiada permintaan, disiplin dan hala tuju, serta hampir memberikan kebebasan penuh. Malahan, ia lebih satu kecuaian keibubapaan. Namun begitu, gaya keibubapaan boleh dirosakkan dengan amat mudah, sekiranya ibu bapa tidak dapat mengawal perasaan marah. Jadi, ibu bapa perlu tahu cara menangani kemarahannya. Dalam hal ini, ada tiga persoalan penting iaitu: bila marah itu wajar, bila marah tidak diperlukan dan bila marah itu boleh menjadi masalah. Walaupun, mungkin sukar melahirkan seorang kaunselor profesional atau pra kaunselor dalam setiap keluarga, program Satu Keluarga Satu Kaunselor tetap mempunyai potensi untuk melahirkan ibu bapa berilmu, berkemahiran dan seimbang dari segi memberikan kasih sayang dan kepemimpinan.

KESAN PEMANASAN GLOBAL Bumi kini sedang mengalami demam panas akibat pemanasan global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Bagi kebanyakan orang, perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak mengganggu ekonomi berbanding dengan kesihatan diri. Walau bagaimanapun, kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada semua penduduk dunia. Mungkin juga ada antara kita yang melihat mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas sebagai malang. Tetapi, bagaimanakah pula bagi mereka yang terselamat? Adakah mereka bebas daripada sebarang ancaman kesihatan selepas terselamat daripada lemas, mati kesejukan atau dehidrasi? Percaya atau

tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun. Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar. Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk teruk daripada biasa. Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam gelombang haba di Eropah yang menyebabkan angka kematian meningkat sejak tahun 2000. Gelombang kepanasan ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaannya.Perubahan sama turut dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini, sementara negara seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk seperti Taufan Katrina pada tahun 2005. Pada tahun 2006, sepuluh negara yang paling teruk dilanda bencana alam ialah Filipina, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Ethiopia, India, China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan Romania. Kesan masalah ini akan terus berpanjangan dan akan semakin teruk jika terus diabaikan atau gagal dikawal. Akibatnya, generasi seterusnya yang akan menanggung kesan penuh kerakusan generasi kini mencemarkan alam sekitar semata-mata untuk kekayaan dan kemajuan ekonomi. Sebarang bentuk perubahan melampau pasti akan memberi kesan paling buruk kepada bayi, kanak-kanak dan warga emas yang sering dilihat menjadi mangsa pertama kejadian bencana.Rakyat Malaysia mungkin dapat menyesuaikan diri dengan suhu yang tinggi dan panas terik memandangkan sudah biasa dengan iklim tropika bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'. Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim sejuk mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dan kini mencatatkan peningkatan kematian akibat strok haba. Strok haba akan menyebabkan kegagalan semua organ badan berfungsi, sama seperti yang berlaku kepada pesakit demam panas. Begitu juga dengan penyakit pneumonia atau radang paru-paru yang berpunca daripada penyebaran meluas bakteria yang menyerang paru-paru berikutan cuaca panas dan lembap serta beberapa faktor lain. Sesetengah kawasan turut berhadapan dengan masalah dehidrasi yang teruk berikutan kemarau panjang yang berpunca daripada gelombang panas dan peningkatan paras air laut yang mencemari sumber air tawar dengan air masin dari laut. Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus, nyamuk,kutu dan pepijat.

Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit seperti malaria, denggi dan demam kuning yang mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya beriklim sejuk. Hal ini terbukti apabila negara beriklim sejuk seperti Nepal dan Bhutan mencatatkan kes malaria pertama di kawasan-kawasan tanah tinggi dua negara tersebut. Sementara itu, tikus juga dilihat dapat membiak dengan lebih mudah dalam cuaca panas dan lembab ini. Haiwan ini mampu menyebarkan penyakit Leptopirosis dan Legionellosis yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin atau najis tikus. Ketika banjir, tahap kebersihan amat sukar untuk dijaga terutama kebersihan air. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih akan mendedahkan orang rami kepada air yang dicemari pelbagai jenis kuman. Kesihatan diri sudah pasti akan terancam jika air tercemar digunakan segai air minuman, memasak, membasuh atau membersihkan diri. Bilangan kes cirit-birit , disentri dan pelbagai penyakit bawaan air dilihat meningkat dengan mendadak ketika musim banjir. Situasi ini diburukkan lagi dengan peningkatan kes bawaan nyamuk akibat pembiakan nyamuk di dalam tompokan air bertakung yang ditinggalkan arus banjir. Takungan air ini menjadi tempat strategik untuk kuman yang pantas membiak kerana mendapat bekalan makanan yang cukup dari tumbuhan dan bangkai haiwan yang mereput. Masalah ini juga memberi kesan yang buruk kepada mereka yang gemar bersenam dan beriadah di luar. Hal ini demikian kerana gas rumah hijau seperti karbon monoksida kini semakin banyak dalam udara terutamanya di kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai bilangan kenderaan yang banyak. Apabila gas ini disedut terlalu banyak, ketika bersenam atau beriadah, menyebabkan kandungan oksigen darah jatuh mendadak dan kandungan gas karbon monoksida yang banyak boleh memberi kesan kepada badan dan jantung. Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata bak kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat turut memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira akibat kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana 'sikap tamak membawa kerugian'. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidak-tidaknya kita dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.

You might also like