You are on page 1of 20

KAQ 1053 PENJAGAAN BAYI DAN KANAK-KANAK YANG BERKUALITI

PENULISAN ILMIAH PERANAN GURU YANG MEMENTINGKAN PENJAGAAN BERKUALITI DI TASKA ATAU TADIKA

NAMA NO MATRIK PROGRAM SEMESTER

: NORYUSMANIA BT JUNAIDI (E 20101000826) : E20101000826 : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK. : SEMESTER 3 2011/2012

KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN B NAMA PENSYARAH :

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BIL. 1 PENGENALAN 2

ISI KANDUNGAN

FALSAFAH PENDIDIKAN DAN KEPENTINGAN GURU MENGETAHUI MENGENAINYA. IDEA DAN TEORI AHLI FALSAFAH YANG BOLEH

3 DIAPLIKASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 4 KESIMPULAN 5 RUJUKAN

PENGENALAN Menurut Kamus Dewan edisi empat, pendidik atau lebih mesra di panggil sebagai cikgu atau guru merujuk kepada individu yang mengajar, mendidik, dan mengasuh secara formal atau pun tidak formal. Guru adalah faktor penyumbang yang paling penting kepada kejayaan sesuatu program, taska atau taska. Guru yang berkualiti akan memastikan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak sama ada di taska atau tadika yang dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna, berkesan dan bermakna. Guru taska atau tadika mempunyai peranan yang agak berbeza jika dibandingkan dengan guru yang mengajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Seorang guru taska, tadika atau lebih dianggap sebagai guru dalam pendidikan awal kanak-kanak bukan sahaja melibatkan didikan dari segi akademik bahkan dari segi asuhan juga. Sekira seorang guru taska atau tadika itu seorang yang mementingkan penjagaan yang berkualiti, perkara pertama yang diutamakan olehnya adalah mengetahui falsafah pendidikan awal kanak-kanak dan aplikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran. Falsafah berasal daripada perkataan Greek philosophia yang bermakna love of wisdom. Istilah falsafah pertama kali digunakan oleh Pythagoras yang membahagikan manusia kepada tiga jenis, iaitu: Orang yang gemar akan keseronokan. Orang yang gemar akan aktiviti. Orang yang gemar akan kebijaksanaan (wisdom)

Socrates pernah menyatakan bahawa fungsi falsafah adalah untuk mendapatkan pengetahuan kendiri (self-knowledge) manakala Plato pula berpendapat bahawa matlamat falsafah adalah untuk memperoleh kebenaran yang mutlak. Bagi Aristotle disiplin ini berkaitan dengan penyelidikan sebab-sebab dan prinsip sesuatu benda. Dari pandangan tokoh islam seperti Omar Al-Syaibani (1991), dalam mengehuraikan pengertian falsafah beliau menyatakan bahawa falsafah bukanlah hikmah itu sendiri, tetapi cinta akan hikmah dan berusaha untuk mendapatkannya. Seterusnya beliau berkata ...hikmah yang dicintai oleh filosof dan selalu berusaha mencapainya mengandungi lima unsur iaitu universal, pandangan yang luas cerdik, pandangan secara merenung (meditative) dan mengetahui pelaksanaan pengetahuan yang disertai dengan tindakan yang baik (hlmn. 26)

Selain itu terdapat juga ahli falsafah yang mendefinisikan falsafah sebagai the process of asking question. Definisi ini telah diutarakan oleh Shofield yang juga menggunakan kaedah persoalan untuk mendapatkan pengetahuan yang benar (true knowledge). Shofield menyatakan falsafah menggunakan persoalan untuk menjelaskan idea-idea seseorang untuk menghapuskan kesalahan yang terdapat dalam pemikiran orang itu. Beliau juga percaya bahawa seseorang individu menerima pemikiran orang lain secara sekunder tanpa membuat penyelidikan serta terus sahaja menggunakan maklumat tersebut tanpa memahaminya dengan betul. Definisi yang dipakai dan diperkenalkan oleh Shofield sesuai dengan pendidikan awal kanak-kanak kerana kanak-kanak akan selalu menyoal guru tentang sesuatu perkara yang ingin di ketahuinya. Peranan guru adalah untuk menjelaskan apa yang ingin diketahui oleh kanak-kanak tersebut. Dalam kehidupan seharian falsafah umum ditakrifkan sebagai pandangan hidup, cara hidup, atau prinsip-prinsip yang dipercayai seseorang dalam kehidupan dan dijadikan panduan dalam tindakan, pilihan dan keputusannya.

FALSAFAH PENDIDIKAN DAN KEPENTINGAN GURU MENGETAHUI MENGENAINYA. Falsafah pendidikan pula adalah satu set kepercayaan tentang bagaimana kanak-kanak berkembang dan belajar serta bagaimana meraka sepaputnya diajar. Falsafah hidup seseorang akan menentukan apa yang akan diajar kepada kanak-kanak. Morrison (2001) menyebut Your philosophy of education is based on your philosophy of life. What you believe about yourself, about others, and about life infuses and determines your philosophy of education (hlmn. 13)

Falsafah pendidikan yang dipegang oleh seseorang guru akan membantunya menentukan arah dan matlamat pengajrannya. Keyakinan guru tentang bagimana kanak-kanak belajar dengan baik akan menentukan pemilihan strategi dalam pengajarannya, sama ada ia ingin menggunakan kaedah pengajaran secara individu atau mengajar cara yang sama untuk

setiapa kanak-kanak. Falsafah guru juga akan mennentukan sama ada guru itu akan membiarkan kanak-kanak melakukan aktiviti untuk diri sendiri atau guru membantu mereka dalam membuat aktiviti. Pengetahuan tentang falsafah pendidikan penting kerana guru perlu mempunyai matlamat dalam segala tindakannya. Pengetahuan tentang idea-idea yang dikemukakan oleh ahli falsafah yang terdahulu dapat membantu guru memilih program untuk kanak-kanak di bawah jagaannya. Pengetahuan ini memberi keyakinan kepada guru tersebut menjalankan tugasnya. Morrison (1995) memberi beberapa sebab mengapa guru atau pengamal pendidikan taska atau tadika serta prasekolah perlu mengetahui idea dan teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidik. Di antaranya adalah dapat mengetahui bahawa idea yang terdapat pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi sesuatu yang dilahirkan semula (reborn) dan idea atau amalan yang baik sudah wujud sebelum ini dan diamalkan beberapa kali dalam jangka masa sepuluh hingga dua puluh tahun. Idea-idea lama yang baik seperti pendekatan childcentered education boleh diaplikasikan semula dalam amalan pendidikan masa ini. Namun sekiranya terdapat beberapa aspek yang tidak bersesuai dengan arus pada masa kini, guru harus bijak dalam menubah suai dan menyesuaikannya sesuai dengan amalan pendidikan pada masa kini dan tahap kanak-kanak pada masa kini yang lebih maju contohnya dari segi pengetahuan IT dan dari segi pendedahan terhadap dunia sekeliling. Idea-idea ahli falsafah boleh membantu guru dalam memahami cara-cara melaksanakan strategi pengajaran. Contohnya Rousseau, Froebel dan Montessori percaya bahawa kanakkanak hendaklah dididik dengan penuh kemuliaan dan penghormatan. Selain itu teori-teori tentang bagaimana kanak-kanak membesar, berkembang, dan belajar telah membentuk pendidikan dan amalan penjagaan kanak-kanak pada hari ini. penerokaan dan penganalisisan dan penemuan idea-idea falsafah boleh memberikan inspirasi dan ilham kepada pendidik awal kanak-kanak untuk menilai semula pendapat yang dipegang selama ini dan menjadi dorongan kepada guru untuk melakukan yang terbaik. White dan Coleman (2000) menyatakan bahawa falsafah pendidikan yang dipegang oleh seseorang guru bukan sahaja membantunya dalam berinteraksi dengan kanak-kanak malah membantunya memahami amalan pengajaran dan dapat membezakan apa yang diamalkan dengan apa yang diamalkan oleh guru-guru lain.

Mengajar kanak-kanak pada peringkat awal berbeza jika dibandingkan dengan mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah yang terikat dengan silabus dan berbentuk lebih formal. Dalam pendidikan awal kanak-kanak pula, guru perlu kreatif dan fleksibel dalam mengajar kanak-kanak. Mereka juga perlu peka akan tahap perkembanagn dan cirri-ciri peribadi kanak-kanak tersebut.

IDEA DAN TEORI AHLI FALSAFAH YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Terdapat pelbagai falsafah dan pendekatan bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Beberapa orang ahli falsafah yang idea dan teori yang diutarakan oleh mereka yang sentiasa mempengaruhi pendidikan awal kanak-kanak dan seharusnya diketahui dan dijadikan rujukan dalam mengaplikasikan teori pendidikan awal kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran, antara nya ialah:

John Comenius

John Locke

Jean Jacques Rousseau

Johann Heinrich Pestalozzi

Friedrich Froebel

Maria Montessori

Jean Piaget

Lev Vygotsky

Howard Gardner

Imam alGhazali

Ibnu Khaldun

John Comenius Comenius (1592 1670) mempercayai semua kanak-kanak perlu menghadiri sekolah. Mereka belajar berkomunikasi melalui aktiviti lisan, menulis melalui aktiviti penulisannya dan berfikir melalui aktiviti yang membenarkan mereka berfikir dan belajar secara aktif.

Beliau juga percaya bahawa pendidikan haruslah berdasarkan keadaan semula jadi, kecendurungan dan pengalaman kanak-kanak. Oleh itu seorang guru pendidikan awal kanakkanak yang mementingkan penjagaan yang berkualiti perlu membuat pemerhatian terhadap kebolehan dan keupayaan kanak-kanak dan tidak harus memaksa kanak-kanak mempelajari sesuatu yang mereka belum sedia. Beliau juga menekankan pembelajaran yang melibatkan penggunaan deria.

Pembelajaran dapat mencapai matlamat apabila melibatkan deria

dan pendidikan yang

menggunakan deria dianggap asas kepada semua pembelajaran. Guru haruslah menyediakan bahan pengajaran yang terdiri daripada bahan maujud dan asli. Bahan-bahan ini perlu dibawa berhampiran dengan kanak-kanak. Berikut adalah antara prinsip pengajaran yang dinyatakan oleh Comenius yang boleh dijadikan panduan dalam mengaplikasikan pengajaran danpembelajaran di tadika atau taska. Comenius menyatakan pendidikan akan lebih mudah jika: John Locke John Locke memfokuskan kepda pembinaan budi perkerti, perkembanagn moral, fizikal, dan mental. Locke menganggap proses pembelajaran lebih penting daripada hasil pembelajaran dan dengan ini proses pembelajaran dianggapnya sebagai matlamat terakhir pendidikan. Menurut Locke juga, seseorang individu menerima pengetahuan hasil pengalamannya yang dikaitkan dengan istilah tabula rasa atau blank slate. Locke menganggap kanak-kanak seperti kertas putih. Pengalaman persekitaran akan mencorakkan kanak-kanak. Locke yakin bahawa pengalaman mempengaruhi keadaan seseorang. Bermula pada peringkat awal semasa otak masih bersih. Semasa otak bersedia untuk menerimanya. Bermula daripada umu kepada khusus. Daripada senang kepada susah. Tidak dibebankan dengan terlalu banyak matapelajaran. Proses tidak terlalu cepat. Berdasarkan umur dan kaedah yang betul. Diajar dengan menggunakan deria. Bahan pengajaran dipamerkan. Semua bahan yang diajar mengikut kaedah yang sama.

Beliau turut menekan penggunaan deria sebagai kaedah pendidikan yang berkesan untuk kanak-kanak. Locke juga mengakui kepentingan permainan kerana pengajaran yang menggunakan kaedah permainan menjadikan kanak-kanak belajar dengan cepat dan mereka akan berasa seronok.

Jean Jacques Rousseau Rousseau (1712 -1778), pandangannya dalam bidang pendidikan kanak-kanak disebut sebagai naturalism yang bermakna meninggalkan pengaruh masyarakat yang penuh dengan kepura-puraan. Pendidikan bercorakkan naturalism ini membenarkan perkembangan individu tanpa gangguan dan paksaan. Bagi belai pendidikan secara semula jadi atau natural dapat mempertingkatkan kualiti seperti kegembiraan, kespontanan dan inkuisitif. Dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak Rousseau melihat perkembangan kanakkanak sebagai satu proses yang tidak boleh dipaksa ataupun dikawal. Menurut Rousseau, pendidikan kanak-kanak ada kaitan dan berasaskan cirri-ciri semula jadi kanak-kanak. Berdasarkan teori beliau, perkembangan kanak-kanak berlaku secara berperingkat, iaitu: Kanak-kanak baru lahir hingga lima tahun belajar melalui aktiviti fizikal. Kanak-kanak berusia lima tahun hingga 12 tahun belajar melalui penerokaan. Dari segi kaedah pengajaran Rousseau menghendaki guru-guru mengalakkan kanakkanak berkembang mengikut kebolehan semula jadi mereka. enurut Morrison, (1995) Parents and teachers allow children to develop according to their abilities, do not interfere with development by forcing education and tend not to overprotect them from the corrupting influences of society (hlmn. 60).

Guru perlu membuat pemerhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dan menyediakan pengalaman-pengalaman berdasarkan masa yang sesuai. Pendidikan pada pandangan Rousseau berlaku melalui tiga punca, iaitu keadaan semula jadi, manusia dan benda. Dalam Emile, Rousseau menyebut: All that we lack at birth and need when grown up is given bu education. This education comes to us from nature, from man, or from things. The internal development of our faculties and organs is the education of nature..it is not enough merely to keep children alive. They should learn to bear the blows of

fortune; to meet either wealth or poverty, to live if need be in the frosts of iceland or on the sweltering rock of Malta (Morrison 1995:61)

Johann Heinrich Pestalozzi Pestalozzi (1746 -1827) yang terpengaruh dengan konsep semula jadi Rousseau telah mengasuh anaknya Jean-Jacques dengan menggunakan Emile sebagai panduan. Namun Pestalozzi menghadapi kegagalan dalam mendidik anaknya berdasarkan idea Rousseau. Apa yang dapat dipelajari daripada kegagalan Pestalozzi ini ialah guru pendidikan awal kanakkanak tidak harus bergantung sepenuhnya pada inisiatif kanak-kanak dan mengharapkan kanak-kanak sendiri mempelajari apa yang perlu diketahuinya. Pestalozzi percaya bahawa teknik mengajar secara mengingat dan menghafal adalah tidak berkesan. Salah satu sumbangan Pestalozzi yang berharga ialah pembentukan kaedah yang bersesuaian dengan keperluan individu. Mengikut Pestalozzi, kanak-kanak perlu mengambil bahagian dalam aktiviti yang bermakna dan berasaskan pengalaman hidup sebenar. Beliau juga mencadangkan supaya kanak-kanak diajar secara berperingkat-peringkat berdasarkan kebolehan dan usaha mereka sendiri. Kaedah pengajaran Pestalozzi menekankan penerokaan melalui pengalaman deria. Berdasarkan kepercayaan beliau ini beliau membentuk kaedah pengajaran berdasarkan objek. Pestalozzi juga menggalakkan aktiviti yang berbentuk kumpulan dan terdiri daripada kanak-kanak yang berbeza dari segi umur. Dalam kumpulan sebegini kanak-kanak yang lebih besar dapat membantu kanak-kanak yang lebih kecil.

Friedrich Froebel Sumbangan Froebel dalam pendidikan ialah dalam bidang pembelajaran, kurikulum, metodologi pengajaran dan latihan guru. Konsepnya tentang kanak-kanak dan bagaimana mereka belajar adalah berasaskan idea yang diistilahkan sebagai unfolding yang sebelum itu telah diasaskan oleh Comenius dan Pestalozzi. Peranan guru ialah membuat pemerhatian terhadap natural unfolding dan menyediakan aktiviti yang membolehkan kanak-kanak belajar apabila mereka sudah bersedia untuk belajar. Selain itu guru juga berperanan dalam mengembangkan kualiti yang diwarisi untuk belajar. Oleh itu guru dianggap sebagai pereka bentuk pengalaman dan aktiviti kanak-kanak. Froebel menganggap kanak-kanak seperti benih yang baru ditanam kemuadian bercambah dan mula mengeluarkan pucuk. Selepas tumbuh pokok itu membesar. Beliau mengumpamakan guru sebagai tukang kebun. Didalam kebunnya yang dipenuhi kanak-kanak,

mereka dididik dalam suasana yang tertutup, penuh dengan keharmonian dalam keadaan semula jadi. Bagi Froebel kindergarden perlu dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya kindergarden dicat dengan warna terang, bilik dapat pencahayaan yang cukup dan dipenuhi dengan tanaman, binatang dan gambar. Untuk memberikan keselesaan kepada kanak-kanak kindergarden perlu dilengkapi dengan kerusi meja dan perabot yang sesuai. Tempat itu harus selesa dan mudah untuk menjalankan aktiviti. Froebel berpendapat bahawa pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanakkanak. Pendidikan hendaklah berasaskan keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Disebabkan kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan, mereka hendaklah dianggap sebagai kanak-kanak dan perlu diberikan kebebasan. Bagi beliau kindergarden adalah tapak semaian bagi latihan masyarakat seperti kerjasama, menggunakan daya usaha sendiri, menjaga kebersihan dan menggalakkan kesihatan yang baik. Dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran, Froebel menekankan kaedah bermain dan belajar melalui praktikal. Beliau menyatakan bahawa bermain itu kehidupan dan merupakan tahap yang tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bermain kanakkanak dapat melahirkan keunikan mereka. Bermain sesuatu strategi dalam pendidikan dianggap sumbangan Froebel yang terbesar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Menurut Morrison (1995: 65) Children unfold their uniqness in play and it is the area of unfolding and learning through play that Froebel makes one of his greatest constibutions to the early childhood curriculum

Selain konsep bermain, Froebel juga menekankan latihan pekerjaan untuk kanak-kanak. Shapiro (1983: 22) telah memetik kata-kata Froebel, I desire that in the future all institutions in Germany for education and care of little children, all that are based on games and occupations, all that worthily correspond to the childs nature and the mans being, may be called by this name kindergarden

Dari segi jadual waktu beliau berpendapat bahawa jadual waktu pengajaran kanak-kanak tidak terbatas. Froebel telah mencipta pelbagai latihan bagi setiap peringkat perkembangan kanak-kanak. Untuk melatih kanak-kanak dengan aktiviti menggenggam dan memegang, Froebel telah mencipta alat-alat geometri yang menjadi bahan permainan kanak-kanak. Bahan ini diberi nama hadiah atau gift. Selain itu

Froebel turut membentuk kurikulum untuk melatih kanak-kanak bekerja yang dinamakan occupations, permainan, nyanyian, pengajian tentang alam semula jadi dan bahasa dan matematik untuk kanak-kanak memahami prinsip universal. Matlamat pendidikan Froebel adalah mengembangkan aspek fizikal, kognitif dan sosial kanakkanak. Menurut Froebel lagi, bagi mengajar kanak-kanak secara berkesan, seorang guru perlu menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Apabila perhatian dan perasaan ingin tahu kanak-kanak terusik, secara tidak langsung mereka terdorong untuk belajar sesuatu yang baru.

Maria Montessori Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui bermain. Mengikut beliau dalam keadaan bermain kanak-kanak sebenarnya bekerja bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran. Seperti Pestalozzi, beliau juga menyarankan kanak-kanak menggunakan deria bagi meneroka persekitaran dan menambah pengetahuan mereka. Montessori percaya kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Guru pun merupakan pemudah cara dalm proses pembelajaran kanak-kanak. Guru menyokong kanak-kanak apabila mereka menunjukkan kesediaan mempelajari sesuatu, secara menjawab soalan dan membantu mereka ketika bantuan diperlukan. Bagi Montessori guru adalah pemudah cara sahaja, bukan penentu bentuk atau jenis pengajaran yang harus diterima oleh kanak-kanak. Dari kaedah pengajaran beliau menekankan kaedah yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alat mengajar yang disediakan perlu mempunyai cirri-ciri khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan penggunaan deria dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Montessori, guru perlu melayan kanak-kanak dengan baik. Mereka perlu dilayan seperti kanak-kanak dan bukannya seperti orang dewasa. Guru tidak boleh memaksa kanak-kanak menerima idea mereka. Montessori pernah menyebut: In conclusion we may say that the adult looks upon himself as the childs creator and judge the childs actiona as good or bad from the viewpoint of his own relations to the child. The adult makes himself the touch stone of what is good and evil in the child, the model upon which the child must be

molded. Any deviation on the childs part from adult ways is regarded as an evil which the adult hastens to correct (Morrison, 1995:93)

Montessori menganggap perkembangan sahsiah kanak-kanak akan terhalang sekiranya diberikan layanan yang tidak sesuai. Guru perlu membantu kanak-kanak dalam belajar melakukan aktiviti pilihan mereka sendiri. Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk membuat pilihan sendiri, pada masa yang sama mereka akn memperkembangkan kemahiran serta kebolehan mereka yang merupakan asas dalam pembelajaran yang berkesan, autonomi dan penghargaan kendiri yang positif. Britton (1992) yang melakukan pemerhatian mengenai teori Montessori, beliau menyatakan bahawa semua kanak-kanak mempunyai cirri yang universal. Ciri-ciri tersebut ialah: semua kanak-kanak mempunyai absorbent mind. semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitive. semua kanak-kanak ingin belajar semua kanak-kanak belajar melalui bermain/bekerja. semua kanak-kanak melalui pelbagai peringkat perkembangan semua kanak-kanak ingin berdikari

Montessor mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanakkanak pada peringkat awal. Antara konsep asas tersebut ialah: a) Minda yang mudah menyerap. Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi. b) Persekitaran tersedia. Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bagan yang menyokong perkembangan, pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Bagi tujuan ini, bahan pembelajarn yang dipelih dengan teliti harus mampu untuk menarik minat kanak-kanak untuk

meneroka

dan

menggunakannya

mengikut

minat

dan

keperluan

perkembagan mereka. Peranan guru adalah menunjukkan ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai, iaitu apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dengan menanyakan soalan atau memerhatikannya. c) Didikan diri. Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktivitit yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak mampu untuk menyusun pengalaman mereka apabila terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru menurut Montessori lagi, tidak perlu untuk mengajar secara formal, meraka hanya menunjuk ajar dan membimbing kanak-kanak dalam pemilihan bahan dan aktiviti.Bahan pembelajaran Montessori biasanya berbentuk betul diri atau self correcting. Kanak-kanak dikehendaki meniru dan mengulangi apa yang mereka pernah perhatikan. Sekiranya cara mereka salah, mereka akan mendapat maklum balas langsung melalui hasil mereka dalam aktiviti tersebut. d) Bahan pembelajaran. Terdapat empat jenis bahan pembelajaran: Bahan untuk melatih kemahiran hidup Bahan sensori Bahan akademik Bahan seni dan budaya

Guru hanya memberikan cara yang betul bagaimana menggunakan bahan pembelajaran selepas kanak-kanak membuat pilihan aktiviti berdasarkan minat mereka secara bebas dan suka rela. Menurut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi penumpuan perhatian, kemahiran memerhati dan meneliti, kesedaran mengenai susunan dan peraturan, keseimbangan pergerakan, kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal, konsep matematik, kesedaran bahasa, kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan dengan seni kreatif, pemahaman tentang alam sekitar, pengalaman dan pemahaman tentang sains

sosial, dan pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. e) Tempoh sensitif Tempoh sensitive adalah tempoh yang paling sesuai kanak-kanak untuk menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu dengan menanyakan soalan dan sentiasa tertarik untuk memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

Jean Piaget Sumbangan Piaget dalam bidang awal kanka-kanak lebih berfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Piaget berpendapat bahawa bayi dan kanak-kanak adalah pembelajar yang aktif. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap iaitu deria motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Mengikut Piaget pengetahuan dibina melalui proses organisasi yang disebut asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Dari segi kurikulum dan program untuk awal kanak-kanak, Piaget mencadangkan supaya kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bermain, membuat uji kaji dan mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang berpandu. Pendekatan berasaskan teori Piaget turut menitikberatkan beberapa idea berikut: Secara semula jadi, setiap kanak-kanak terdorong untuk belajar. Kanak-kanak membina pengetahuan mereka melalui penerokaan dan pengalaman berinteraksi dengan persekitarannya. Persekitaran kanak-kanak perlu dilengkapi dengan bahan dan aktiviti yang membenarkan mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka. Pengalaman pembelajaran adalah berasaskan aktiviti penerokaan dan penemuan. Setiap pembinaan pengetahuan adalah unik Peranan guru bukan untuk memberi jawapan. Guru hanya membantu membina pengetahuan kanak-kanak dengan menggalakkan mereka

meneroka persekitaran dan membimbing mereka dalam proses pembinaan pengetahuan.

Kurikulum dan pengalaman pembelajaran disusun, berasaskan minat kanakkanak dan memberi pendedahan kepada sesuatu pengalaman baru yang boleh mewujudkan rasa ingin tahu kanak-kanak. Proses mencari maklumat, menganalisis pengalaman dan membuat keputusan lebih penting daripada mempelajari fakta. Kanak-kanak akan mempelajar banyak fakta dan konsep, tetapi setiap pengetahuan ini berasaskan konteks pembelajaran yang bermakna. Dalam membentuk kurikulum pengalaman adalah penting membenarkan kanak-kanak memilih antara pelbagai jenis pengalaman yang dapat memberikan maklumat yang sama bergantung pada minat, kecenderungan dan peringkat perkembangan kanak-kanak.

Lev Vygotsky Teori perkembangan Vygotsky amat berfaedah dalam memberikan gambarantentang perkembangan mental, bahasa dan sosial kanak-kanak. Vygotsky memberikan penekanan kepada kepentingan bermain dalam meningkatkan perkembangan bahasa dan sosial kanakkanak. Vygotsky percaya bahawa interaksi sosial antara kanak-kanak dengan orang disekelilingnya dapat meningkatkan perkembangan mental, bahasa dan sosial kanak-kanak. Menurut Morrison (2001) berpendapat bahawa pendapat Vygotsky ini bertentangan dengan perspektif yang dipegang oleh Piaget yang menyatakan bahawa kanak-kanak sendiri yang mengembangkan kecerdasan dan bahasa mereka. Vygotsky menyebut bahawa: Learning awakens a variety of developmental processes that are able to operate only when the child is interacting with people in his environment and in collaboration with his peers.Once these process are internalized, they become part of the childs independent developmental achievement (Morrison 2001:82)

Perkara penting lain yang diketengahkan oleh Vygotsky ialah interaksi sosial memainkan peranan penting dalam perkembangan kognisi. Beliau menyatakan, Every function in the childs cultural development appears twice: first, on the social level, and later on the individual level; first between people (interpsycological). This applies equally to voluntary attention, to logical memory, and to the formation of concepts. All the higher functions originate as actual relationship between individuals (Vygotsky 1978: 57)

Aspek kedua yang dikenalkan oleh Vygotsky adalah teori Zon of Proximal Development (ZPD) iaitu perkembangan kognitif terbatas kepada masa-masa tertentu. Konsep ini menerangkan antara tahap perkembangan yang dicapai oleh kanak-kanak dengan cara bekerja sendiri atau penyelesaian masalah yang dilakukan oleh kanak-kanak tanpa bantuan orang lain dan tahap potensi perkembangan yang dicapai oleh kanak-kanak dengan panduan orang dewasa atau dengan kerjasama rakan sebaya yang lebih berkemampuan. Teori Vygotsky mencadangkan supaya kanak-kanak dibantu dengan memberikan penerangan dan menunjukkan cara kepada mereka. Mereka boleh mencapai tahap pemikiran aras tinggi jika mereka dibantu oleh orang dewasa yang berkebolehan.

Howard Gardner Karya Gardner banyak memberikan focus kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak dan orang dewasa. Gardner mendapati kreativiti kanak-kanak menurun apabila mereka mencapai kematangan. Gardner membuat kesimpulan bahawa pada akhir zaman kanak-kanak, mereka lebih bergantung pada kemahiran bahasa yang dikuasai berbanding berkomunikasi dengan bahasa bukan lisan seperti lukisan. Antara sumbangan terbesar Gardner ialah teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligence). Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai the capacity to solve problems or to fashion product that are valued in one or more cultural setting. Gardner telah membahagikan kecerdasan kepada tujuh aspek iaitu: bahasa logic-matematik ruang (spatial) muzik kinestatik interpersonal intrapersonal

Imam Al-Ghazali

Dalam kitab Ihya Ulumiddin anak-anak adalah amanat di tangan ibu bapa. Hatinya yang suci adalah laksana mutiara yang berharga, indah bersih daripada segala garisan dan bentuk. Kanak-kanak akan menerima apa sahaja yang dibuat kepadanya dan cenderong kepada apa yang ditarik kepadanya.. Jika kanak-kanak dididik dengan perbuatan yang baik, ia akan membesar dalam persekitaran yang sedemikian dan akan menjadi manusia yang baik. Guru serta pengasuh dan semua orang yang mendidik nya akan mendapat pahala daripada Allah. Selain itu Imam Al-ghazali banyak menekankan mengenai adab makan. Bagi belai ibu bapa dan guru serta pengasuh harus mengingatkan kanak-kanak bahawa banyak makan adalah sifat yang tercela. Imam Al-ghazali mengumpamakan orang yang makan banyak sebagai binatang. Imam al-Ghazali mementingkan unsur ganjaran kepada kanak-kanak. Beliau menyatakan apabila kanak-kanak menunjukkan perlakuan atau prestasi yang baik mereka harus diberi ganjaran yang dapat menggembirakan hati mereka. Namun jika kanak-kanak melakukan kesalahan, orang dewasa seperti guru harus mengendahkannya dan tidak sesekali memalukan kanak-kanak itu dengan memberitahu orang lain. Tetapi sekiranya kesalahan tersebut berulang, kanak-kanak tersebut haruslah ditegur secara sembunyi dan menyatakan bahawa kesalahan mereka itu tidak sepatutnya dilakukan. Dalam menegur kanak-kanak guru hendaklah tidak terlalu bnayk memburuk-burukkan kanak-kanak tersebut. Imam al-Ghazali juga sangat menekankan aspek bermainkerana katanya bermain adalah sifat semula jadi kanak-kanak, boleh menyihatkan tubuh yang kecil, menguatkan otot kanakkanak, mendatangkan kegembiraan dan dapat merehatkan mereka selepas penat belajar. Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa guru harus memandang bahawa mereka telah berbuat sesuatu perbuatan yang baik kerana mendidik jiwa anak-anak supaya hatinya dekat dengan Allah dengan menanamkan pengetahuan kepadanya. Antara nasihat lain imam AlGhazali kepada guru adalah: menjadi pengasuh yang kuat pegangan agama kerana ini memberikan kesan kepada kanak-kanak Perbaiki kelakuan buruk kanak-kanak dengan rahmah bukan dengan cara menempelak. Mengajar sekadar kemampuan mereka. Jangan mengajar terlalu tinggi sehingga menyusahkan mereka. Guru hendaklah beramal dengan ilmu yang diajari

Guru harus mengikut jejak Rasulullah S.A.W iaitu mengajar ilmu tanpa mengharapkan balasan dan upah namun mengajar kerana Allah dan mencari keberkatan .

Ibnu Khaldun Ibnu Khaldun juga merupakan salah seorang ahli falsafah Islam yang turut mempengaruhi pendidikan awal kanak-kanak dengan teori yang dikemukakannya. Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, antara nasihat Ibnu Khaldun adalah: Kanak-kanak tidak harus diajar perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah dengan berperingkatperingkat dengan menggunakan latih tubi, dan bahan-bahan maujud sebagai alat bantu mengajar. Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan perkara-perkara di luar kemampuan mereka kerana hal ini akan menyebabkan mereka tidak mahu belajar, malas belajar dan mencerca pengajaran yang diberi. Ibnu Khaldun telah memperkatakan konsep-konsep kesediaan belajar, motivasi, pengukuhan, latihan, pemerhatian dan perbezaan individu. Dalam mendidik kanak-kanak beliau melarang guru mendidik dengan menggunakan kekerasan kerana didikan seperti itu akan menjadikan kanak-kanak pemalas, pembohong, dan berpura-pura kerana ingin menyembunyikan perkara sebenar. Dalam buku Muqaddimah, Ibnu Khaldun menyebut: Kekerasan itu boleh menjadikan mereka malas dan mendorong mereka berbohong serta kelicikan. Yakni tindak-tanduk mereka adalah berbeza dengan apa yang difikirkan, sebabnya ialah mereka berasa takut didera sekiranya mereka menyatakan sesuatu yang benar.(Ibnu Khaldun 1993:776)

Dari segi masa belajar, Ibnu Khaldun menyatakan bahawa masa belajar tidak harus panjang kerana ini menjadikan kanak-kanak lupa. Pengajaran dengan menggunakan waktu yang pendek, betul cara nya mendatangkan hasil yang lebih baik. Dari segi bahasa, beliau

berpendapat bahawa bahasa adalah asas kepada pengajaran ilmu. Pengajaran bahasa dimulai dengan menulis dan membaca, kemudian dikait perkataan dan makna.

KESIMPULAN Kesimpulannya, untuk menjadi seorang guru yang mementingkan penjagaan yang berkualiti sama ada di tadika atau taska seseorang guru itu harus memainkan peranan dalam melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan tentang teori dan falsafah dalam pendidikan kanak-kanak serta cara untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di tadika atau taska. Seorang guru yang lengkap dengan pengetahuan akan menjadikan pengetahuan yang ada padanya sebagai panduan dalam melaksanakan penjagaan yang berkualiti sama ada dari segi keselamatan, kesihatan, pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Daripada teori-teori yang dinyatakan oleh ahli falsafah yang terdahulu seorang guru akan dapat memahami tentang perkembangan dan cara yang bersesuaian untuk mengajar kanak-kanak mengikut kemampuan dan tahap perkembanagn mereka. Namun sekiranya teori yang dinyatakan tidak sesuai untuk digunakan dalam era modenisasi seperti sekarang dimana kanak-kanak lebih terdedah dengan perkembangan sesama, seorang guru harus bijak untuk mengubah suai teori dan pendapat yang dikemukakan oleh tokoh agar dapat diguna pakai dalam mendidik kanak-kanak. Pengetahuan mengenai teori dan juga falsafah ini dapat diperolehi oleh guru melalui pembacaan, lawatan ke pusat pendidikan awal kanak-kanak, menganggotai mana-mana persatuan yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dan menghadiri bengkel-bengkel. Masa depan seorang kanak-kanak bergantung kepada bagai mana mereka dididik sejak awal. Tadika atau Taska merupakan institusi pendidikan awal kanak-kanak yang pertama mendidik kanak-kanak sebelum melangkah kle alam persekolahan, oleh itu sebagai seorang guru tanggungjawab yang digalas cukup besar dan terpuji kerana guru taska dan tadika merupakan orang pertama selain ibu bapa yang membentu dalam mendidik anak bangsa yang merupakan pewaris tampuk kepimpinan negara pada suatu hari nanti.

RUJUKAN Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak: Teori dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Morrison, G. S. (2001). Early Childhood Education Today. New Jersey: Prentice Hall. Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian Secara Portfolio. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors. Saayah Abu (2007). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributor.

You might also like