You are on page 1of 38

KAW 1043 PENGESANAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

CACAT PENGLIHATAN DAN CACAT PENDENGARAN (VISUAL DISORDER AND HEARING DISORDER)

NAMA AHLI KUMPULAN : NORYUSMANIA BT JUNAIDI (E 20101000826) NUR NADIRAH BT MAHAMAT (E 20101000829) SIM MING CHING (E 20101000840) KATTY LING SING HUI (E 20101000907) NUR AMALINA BT MOHD FADZIL (E 2010100909) PROGRAM SEMESTER KUMPULAN KULIAH NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK. : SEMESTER 3 2011/2012 : KUMPULAN B : DR. KANNAMAH A/P MOTTAN : 28 OGOS 2011
1

ISI KANDUNGAN BIL. 1 2 3 4 5 6 7 ISI KANDUNGAN Pengenalan Cacat Penglihatan Ciri-ciri Kanak-kanak Cacat Penglihatan Tahap Perkembanagn Kanak-kanak Cacat Penglihatan Punca Cacat Penglihatan Jenis-jenis Cacat Penglihatan Tahap Cacat Penglihatan Masalah Penglihatan Yang Lain 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Katarak Glaukoma Degenerasi Makular Ocular Motility Strabismus Amblyopia Nistagmus MUKA SURAT

Ujian Pengesanan Cacat Penglihatan Alat Bantu bagi Kanak-kanak Cacat Penglihatan Pengenalan Cacat Pendengaran Ciri-ciri Kanak-kanak Cacat Pendengaran Tahap Perkembangan Kanak-kanak Cacat Pendengaran Punca Cacat Pendengaran Tahap Pendengaran Jenis Kehilangan Pendengaran Ujian Pengesanan Cacat Pendengaran Kaedah Komunikasi Bagi Kanak-kanak Cacat Pendengaran Alat Bantu bagi Kanak-kanak Cacat Pendengaran Rujukan Lampiran

CACAT PENGLIHATAN (VISUAL DISORDER) 1.0 PENGENALAN CACAT PENGLIHATAN Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti tidak dapat melihat langsung dan kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen.

Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus. Dari segi pendidikan, bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Selain itu, murid-murid di program ini mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal tetapi mempunyai kaedah yang berbeza di mana murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi).

Kanak-kanak memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka disekolah amat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan terhadap keupayaan mereka.

2.0

CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN Yang pertama adalah kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta di papan kapur dan sering membawa buku dekat matanya untuk membaca. Selain itu, kanak-kanak juga sering mengesat matanya. Matanya juga amat sensitif terhadap

cahaya. Kebanyakannya mempunyai mata juling dan mempunyai mata yang tidak boleh memfokus. Kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini sering mengelak dari cahaya terang dan mengerdip atau menggosok mata. Mereka juga sering terjatuh dan terlanggar objek kecil dan mengadu sakit kepala, pening atau loya selepas membuat kerja yang perlu penumpuan. Tidak dapat mencari dan mengambil objek kecil yang terjatuh. Jika mereka separa buta, mereka mungkin dapat melihat bayang, warna atau gambar yang besar. Sebagai contoh, memegang buku atau objek dekat dengan muka. Biasanya sukar atau tidak dapat melakukan tugasan seperti membaca atau menulis tanpa menggunakan alat bantuan khas. Gangguan penglihatan berlaku apabila penglihatan seseorang individu tidak dapat dibantu untuk mencapai tahap penglihatan normal. Gangguan penglihatan ini boleh disebabkan penyakit yang dialami, trauma serta masalah kongenital atau keturunan. Kanak-kanak ini juga sering menundukkan kepala ke tepi atau ke depan dan kerap berkerut atau mengecilkan mata serta matanya juga akan kelihatan kemerahmerahan. Dan yang terakhir sekali, kerap menulis perkataan-perkataan dengan ejaan lama.

3.0

TAHAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN Berikut adalah carta perkembangan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan mengikut peringkat umur dan pencapaiannya:

Aspek Perkembangan Sosial Emosi

Umur

Pencapaian Mengenali dan mengecam suara ibu bapa dan pengasuh. Boleh ditenangkan dengan suara atau pun dengan sentuhan. Tersenyum apabila di agah atau kita bermain bersamanya. Mula menunjukkan suka akan perhatian. Sebagai contoh menangis apabila ditinggalkan dan tidak dituruti

dan 0 - 3 bulan

4 - 6 bulan

permintaannya. 7 - 9 bulan Membezakan antara yang biasa & orang yang tidak dikenali Menunjukkan "kebimbangan terhadap orang asing" Menunjukkan takut perpisahan 10 12 Menggunakan gerak isyarat Menangis apabila ibu bapa atau pengasuh

bulan

meninggalkannya Mula menikmati permainan sosial seperti main Pee-ke-boo 1 - 2 tahun Meniru ibu bapa atau pengasuhnya Dimainkan bersama-sama kanak-kanak lain Minta bantuan orang lain apabila memerlukan bantuan 2 - 3 tahun Suka dipuji selepas melakukan tugas mudah Sedar dan mengetahui perasaan orang 4 - 5 tahun Bermain dengan kanak-kanak lain Memahami kaedah-kaedah meluahkan pelbagai bentuk perasaan Kemahiran Motor Halus 0 - 3 bulan Bermain dengan tangan Menggunakan tangan untuk melakukan sesuatu Mampu memegang objek tengan tangan tanpa

menjatuhkannya. Bermain dengan mainan yang mengeluarkan bunyi 4 - 6 bulan Mencapai objek dalam hubungan dengan badan dengan 1 tangan Meletakkan objek ke dalam mulut Menggunakan hujung jari untuk memegang objek kecil Pemindahan objek dari tangan ke tangan Membawa objek ke garis tengah Menarik objek daripada bekas 7 - 9 bulan Meneroka tekstur yang berlainan Meletakkan objek ke dalam bekas Memainkan permainan pat-a-cake 10 12 Meletakkan salah satu tambatan berulang kali ke dalam lubang (permainan meletakkan objek ke dalam lubang yang sepadan) Menyusun objek besar namun susunannya agak tidak teratur. 2 - 3 tahun Menggunakan tangan untuk tugas-tugas kompleks Membaling bola 4 - 5 tahun Meniru dan menyalin bentuk mudah seperti bulat, segi empat dan segi tiga namun bentuknya tidak kemas. Kemahiran Motor Kasar 0 - 3 bulan Mampu mngangkat kepala dan mengawal kepala apabila bergerak. Mengangkat diri dengan tangan serta lengan apabila di telungkupkan (bayi yang buta tidak boleh berbuat

bulan 1 - 2 tahun

demikian sehingga selepas mereka roll dari belakang ke perut) 4 - 6 bulan Duduk dengan sokongan Berguling dari perut ke belakang, dari belakang ke perut Duduk sahaja mantap Menarik untuk berdiri (sambil memegang tangan anda) Bergerak ke hadapan dengan merangkak, menjalar, atau apa-apa cara lain
6

7 - 9 bulan

Menarik diri untuk kedudukan duduk Menarik untuk kedudukan berdiri (menggunakan perabot) Duduk Percubaan untuk berjalan (sambil memegang tangan anda) Melangkah mengikut koordinasi (semasa bertatih) Berdiri sendiri Mampu untuk tunduk untuk mengambil objek Berjalan ke sisi mengikut dinding Berjalan sendiri (3 langkah) Berjalan bersendirian dengan penyelarasan yang baik (5 langkah) Menolak halangan-halangan kecil daripada menghalang perjalannannya. Berjalan di rumah atau di laman dengan bebas Squats Bergerak mengelilingi halangan besar Berjalan tangga dengan bantuan, turun tangga dengan bantuan Berjalan, melompat, mendaki Mudah berjalan ke belakang Melompat dengan satu kaki Suara tangisan yang berbeza ketika bayi menangis. Respons kepada suara biasa Bertindak balas kepada bunyi secara tiba-tiba Mengabaikan bunyi tertentu & mengabil kisah sesetengah bunyi. Berpaling ke arah bunyi yang didengar Membuat 3 bunyi vokal yang berbeza Meniru vocalization Menghasilkan kombinasi vokal-konsonan (Contohnya gaga atau ba-ba) Mengenali bunyi biasa atau frasa
7

10

12

bulan

1 - 2 tahun

2 - 3 tahun 4 - 5 tahun

Bahasa

dan 0 - 3 bulan

Komunikasi

4 - 6 bulan

7 - 9 bulan

10

12

Menggunakan gerak isyarat Memberi respons yang sesuai untuk biasa permintaan Jabbers expressively Mula nama benda-benda Menjangka rutin sebagai tindak balas kepada permintaan biasa Menggunakan 2 kata-kata yang sesuai Menggunakan kata-kata untuk membuat mahu dikenali Menggunakan 8 perkataan yang sesuai Strings 2 perkataan bersama-sama (contohnya "ma-ma selamat tinggal ") Menggunakan 2 & 3 ayat perkataan Memahami bahasa yang paling mudah Berkomunikasi dengan jelas Suka bercerita mengenai apa yang dia telah melakukan Minta banyak soalan Mengenali ibubapa atau pengasuh Bermain dengan bubbling secara berterusan Menangis apabila lapar atau tidak selesa menoleh ke arah bunyi Meletakkan objek di dalam mulut Menunjukkan keutamaan dalam bahan mainan Mencapai objek yang dekat dengannya. Meneroka tekstur yang berlainan Mendedahkan mainan Menarik tali untuk mengaktifkan mainan Mencari objek yang lepas dar genggaman namun jauh dari kontaks badan nya(jauh dari nya). Bergerak ke arah objek berdasarkan petunjuk bunyi. Meletakkan objek ke dalam bekas atas permintaan Bergerak atau gerak isyarat ke arah anda apabila dipanggil Menempatkan objek tetap (contohnya kerusi tinggi, meja,
8

bulan

1 - 2 tahun

2 - 3 tahun

4 - 5 tahun

Kognitif Intelektual

dan 0 - 3 bulan

4 - 6 bulan

7 - 9 bulan

10

12

bulan

dsb. ) Meletakkan banyak objek dalam bekas Belajar bahawa objek itu wujud walaupun daripada diluar kemampuan penglihatannya Berjaya untuk menyelesaikan masalah yang mudah Mula memahami sebab & kesan 1 - 2 tahun Menggunakan 2 objek yang berkaitan (contohnya sudu dan garfu) Menggunakan objek untuk melaksanakan tindakan sosial (contohnya menyikat rambut, memakai kalung, dll. ) Memadankan objek Memberi perhatian kepada aktiviti yang lama. 2 - 3 tahun Sesuai bentuk ke dalam lubang yang hampir sama Mengkategorikan objek Mengasingkan blok & menyantumkannya kembali 4 - 5 tahun Berikut arahan mudah & teka-teki mudah Memahami mengira

Perkembangan kanak-kanak bermasalah penglihatan bergantung pada tahap kehilangan penglihatan, jenis masalah penglihatan dan umur semasa mengalami masalah penglihatan. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan terutamanya kebutaan mereka tiada pengalaman visual sama sekali. Ini menyebabkan perkembangan akal mereka terencat dan terbatas berbanding dengan kanak-kanak normal yang lainnya. Pemahaman dan pengenalan terhadap objek dan alam disekelilingnya dibantu oleh deria selain daripada deria penglihatan. Sebagai contoh kanak-kanak yang buta mengenali buah-buahan dari segi bentuk, tekstur dan juga bau dengan menggunakan deria bau, sentuhan, rasa dan dengar mereka.

Selain itu, daripada segi fizikal tidak terdapat perbezaan antara kanak-kanak bermasalah penglihatan dengan kanak-kanak normal malah mereka sering dianggap sebagai kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan kadang kala mengalami manasalah dalam perhubungan social. mereka mengalami masalah untuk mengenal dan mengecam orang yang berada disekeliling mereka melainkan orang tersebut betul-betul rapat dengannya.

Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan kebiasaannya mengalami masalah pembelajaran di sekolah. Terdapat banyak kesan masalah penglihatan terhadap pembelajaran kanak-kanak terutamanya dari segi tingkah laku, kebolehan membaca, menulis dan pencapaian am di sekolah. Masalah begini timbul akibat penglihatan kanak-kanak yang terhad dan terbatas sehingga mereka tidak dapat memvisualisasikan sesuatu objek atau perkara.

Sokongan daripada segi psikologi dan latihan untuk berdikari penting bagi membantu kanak-kanak ini dalam aspek komunikasi dan menjalanrutin harian dengan sendiri tanpa bantuan orang lain amat diperlukan bagi membantu melonjakan tahap perkambangan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Selain itu kanakkanak yang mengalami masalah penglihatan harus dibekalkan dengan alat bantuan penglihatan seperti cermin mata untuk membantu melihat dengan jelas bagi yang mengalaman masalah penglihatan terhad, latihan kemahiran pemahaman dan penggunaan tulisan daripada mesin Braille, bahan bacaan dalam tulisan Braille serta alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul dan model tiga dimensi bagi memastikan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan tidak ketinggalan dari segi kognitif, intelektual dan pemahaman dunia sekelilingnya.

10

4.0

PUNCA CACAT PENGLIHATAN Punca-puncanya adalah baka dan keturunan, komplikasi sebelum, semasa dan selepas lahir, Rubella, Sifilis, Kekurangan zat makanan, Kesakitan mata, Kecederaan, Kerosakan saraf optic, Penyakit (hypermetropia, myopia, dylexia, dll) Trauma, masalah congenital.

5.0

JENIS-JENIS CACAT PENGLIHATAN Menurut Pertubuhan kesihatan dunia (WHO), terdapat dua kategori masalah penglihatan iaitu, kebutaan dan rabun/penglihatan terhad.

Buta

Rabun atau Penglihatan Terhad (Low Vision)

Masalah Penglihatan

Kebutaan adalah penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive).

Manakala rabun atau penglihatan terhad ( Low Vision) adalah penglihatan kurang 6/18 sehingga persepi cahaya pada mata yang terbaik pembetulan biasa. Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.

11

6.0

TAHAP CACAT PENGLIHATAN Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut: Tahap Penglihatan Sederhana Huraian Masalah pada tahap ini masih

membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melalui deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta dan cermin mata. Teruk Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran

melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan

bantuan alat khas. Sangat Teruk Masalah pada tahap ini sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual

seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.

12

7.0

MASALAH PENGLIHATAN YANG LAIN 7.1. KATARAK Penyakit katarak adalah lensa mata yang keruh atau berkabut. Biasanya lensa mata yang sihat adalah jernih. Jika mata keruh, jalannya sinar akan terhambat dan lensa tidak dapat di fokuskan. Katarak umumnya timbul pada usia lanjut akibat pengerasan lensa yang tidak dapat dihindarkan, tanpa ada rasa nyeri mahupun rasa tidak selesa. Penyakit ini berlaku apabila kanta mata semakin keruh dan mengganggu laluan cahaya masuk ke retina mata. Masalah katarak ini adalah berbeza dengan glaukoma. Kanta yang semakin keruh akan menyebabkan pesakit menghadapi masalah seperti berikut : Penglihatan kabur Imej berganda Gangguan penglihatan warna Masalah melihat cahaya terang.

Katarak dikatakan menyerang satu daripada enam individu yang telah melangkau usia 40 tahun. Menjelang usia 75 tahun pula, hampir semua orang akan mengalami katarak di salah satu atau kedua-dua belah mata mereka. Penyakit ini boleh menjejaskan penglihatan pesakit dan boleh menyebabkan pesakit menjadi buta sekiranya tidak dirawat dari peringkat awal lagi Penyakit ini juga akan berlaku tanpa mengira jantina lelaki ataupun perempuan.

Seorang penderita katarak mungkin tidak menyedari bahawa telah mengalami gangguan katarak. Katarak terjadi secara perlahan-perlahan sehingga penglihatan penderita terganggu secara beransur. Ini kerana umumnya katarak tumbuh sangat lambat dan tidak mempengaruhi daya penglihatan sejak awal.
13

Daya penglihatan baru terpengaruh setelah katarak berkembang sekitar 3 hingga 5 tahun. Hal ini demikian kerana katarak biasanya menyedari penyakitnya setelah memasuki peringkat kritikal.

Antara simptom awal yang akan dialami oleh seseorang yang menghidapi katarak adalah seperti berikut : Merasa gatal-gatal pada mata Air matanya mudah keluar Pada malam hari penglihatan terganggu Tidak biasa menahan silau sinar matahari atau sinar lampu.

Selanjutnya penderita akan melihat selaput seperti awan di depan penglihatannya. Awan yang menutupi lensa mata tersebut akhirnya semakin merapat dan menutup seluruh bahagian mata. Bila sudah sampai tahap ini, penderita akan kehilangan penglihatannya.

Antara faktor lain yang menyebabkan berlakunya penyakit katarak adalah seperti yang berikut: cedera pada lensa mata, pesakit diabetis juga terdedah kepada penyakit ini, penyakit mata, katarak bawaan sejak lahir iaitu dilahirkan dengan katarak (kongenital), katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu menghidap jangkitan penyakit seperti rubela semasa kehamilan dan ia dikenali Ia dikenali sebagai katarak congenital
14

paparan berlebihan dengan sinar ultraviolet yang menyebabkan berlakunya penyakit katarak. mereka yang mempunyai sejarah keluarga penyakit katarak ini juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mewarisinya.

Terdapat empat (4) jenis penyakit katarak iaitu:

Katarak Komplikata

Katarak Kongenital

Katarak Traumatik

Katarak Senilis

Menurut Dr. Shatriah Ismail, Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi, Pusat Perubatan Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM Kelantan. Penyakit selaput mata pada kanak-kanak juga dikenali sebagai penyakit katarak kongenital dalam bahasa perubatan yang dikesan selepas kelahiran.

Antara faktor penyebab berlakunya katarak kongenital adalah : sejarah keluarga penyakit katarak kongenital serta beberapa penyakit yang lain. Kelahiran pramatang. Jangkitan kuman semasa dalam kandungan seperti rubella, syphilis, toxoplasmosis dan herpes. Gangguan metabolik seperti hypoglisemia, hyperglysemia, hypokalsemia dan galaktosemia. Pesakit yang mengalami penyakit seperti Sindrom Down, Sindrom Edward dan Sindrom Patau juga dilaporkan berisiko mendapat penyakit katarak kongenital.

15

Katarak senilis pula terjadi akibat degenerasi lensa mata, juga melibatkan proses stres oksidatif. Katarak senilis terjadi akibat proses degenerasi penuaan, jumlahnya hingga 90 peratus dari seluruh masalah katarak. Katarak senilis masih menjadi penyebab kebutaan utama di seluruh dunia. Setidaknya ada 5 hingga 10 juta kebutaan akibat katarak ini setiap tahunnya. Dengan teknik pembedahan terbaru, hanya 100 000 hingga 200 000 yang boleh disembuhkan. Patofisiologi di balik terjadinya katarak senilis amat kompleks dan belum sepenuhnya difahami. Namun ada beberapa kemungkinan di antaranya terkait usia lensa mata yang membuat berat dan ketebalannya bertambah, sementara kekuatannya menurun. Kerosakan lensa pada katarak senilis juga dikaitkan dengan kerosakan oksidatif yang progresif. Beberapa kajian menunjukkan peningkatan produk oksidasi seperti oxidized glutathione dan penurunan antioksidan (vitamin) dan enzim superoksidase. Teori stres oksidatif pada katarak disebut kataraktogenesis.

Katarak traumatik merupakan katarak yang muncul sebagai akibat cedera pada mata yang dapat merupakan trauma perforasi ataupun tumpul yang terlihat sesudah beberapa hari ataupun beberapa tahun. Katarak traumatik ini dapat muncul akut, subakut, ataupun gejala sisa dari trauma mata. Di Amerika Syarikat diperkirakan terjadi 2,5 juta trauma mata setiap tahunnya. Kurang lebih 4 hingga 5 peratus dari pesakit mata yang memerlukan rawatan komperhensif merupakan keadaan sekunder akibat trauma mata. Trauma merupakan penyebab tertinggi untuk buta monokular pada orang kelompok usia di bawah 45 tahun. Setiap tahunnya diperkirakan 50 000 orang tidak dapat membaca surat khabar sebagai akibat trauma mata. Dilihat dari jenis kelamin perbandingan terjadi katarak traumatik lelaki dan perempuan adalah 4 : 1. National Eye Trauma System Study melaporkan rata-rata usia penderita katarak traumatik adalah 28 tahun dari 648 kasus yang berhubungan dengan trauma mata.

Katarak komplikata merupakan katarak akibat penyakit mata lain seperti radang, dan proses degenerasi seperti ablasi retina, retinitis pigmentosa, glaucoma, tumor intraocular, iskemia ocular, nekrosis anterior segmen, buftalmos,akibat suatu trauma dan pasca bedah mata. Katarak komplikata dapat juga disebabkan oleh penyakit
16

sistemik

endokrin(diabetes

melitus,

hipoparatiroid,galaktosemia,dan miotonia distrofi) dan keracunan obat ( tiotepa intravena, steroid local lama, steroid sistemik, oral kontraseptik dan miotika antikolinesterase ). Katarak komplikata memberikan tanda khusus dimana mulai katarak selamanya didaerah bawah kapsul atau pada lapis korteks, kekeruhan dapay difus, pungtata, linear, rosete, reticulum dan biasanya terlihat vakuol.

7.2. GLAUKOMA Glaukoma adalah penyebab kebutaan kedua terbesar di dunia setelah katarak. Diperkirakan 66 juta penduduk dunia sampai tahun 2010 akan menderita gangguan penglihatan kerana glaukoma. Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Bagai mata glaukoma, tekanan cecair di dalam bebola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf. Bagi mata sihat pula, pengaliran keluar-masuk cecair di dalam bola mata adalah seimbang.

Glaukoma dibahagi kepada dua jenis iaitu glaukoma akut dan kronik. Glaukoma akut merupakan salah satu glaukoma sudut tertutup primer. Gl auk om a s ud ut t e r t ut u p t er j a di bi l a t e rd ap at k en ai ka n m e nd ad ak da ri t e k an an intraocular yang disebabkan penutupan sudut bilik mata depan iris,sehingga menghalangi sama sekali

yang mendadak oleh akar

keluarnya humor akueus melalui trabekula, menyebabkan meningginya

17

tekanan intraokular, maka gejala yang ditimbulkan sangat berat seperti nyeri pada mata, sakit kepala, pandangan kabur,haloe, mual dan muntah serta disertai tanda kongesti, maka disebut pula glaukoma akut kongestif atau glaukoma akut. Glaukoma akut hanya timbul pada orang -orang yang mempunyai sudut bilik mata yang sempit. Jadi hanya pada orang-orang dengan predisposisi anatomis. Glaukoma kronik pula merupakan sejenis penyakit melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan. Penghidap glaukoma kronik tidak menyedari mereka mengalami masalah ini sehinggalah terlewat untuk mendapatkan rawatan. Biasanya glaukoma kronik berlaku kepada golongan berumur 50 tahun ke atas. Di antara tanda-tanda Glaukoma Kronik adalah ruang penglihatan yang semakin sempit, penglihatan menjadi kabur dan rabun, kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap (rabun ayam), dan kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.

Apabila seseorang itu mengalami tanda-tanda glaukoma kronik, mereka perlu mendapatkan rawatan segera. Ini disebabkan rawatan awal boleh mencegah kehilangan penglihatan. Rawatan untuk glaukoma kronik adalah mudah dan tidak berbahaya iaitu melalui ubat titisan mata, pil dan pembedahan. Ubat titisan mata dan pil membantu mengurangkan tekanan di dalam bola mata. Bentuk rawatan ini perlu dijalani dengan rapi dan mungkin sepanjang hayat. Pembedahan diperlukan jika rawatan ubat titisan dan pil tidak dapat mengawal tekanan yang tinggi di dalam bola mata. Pembedahan akan melicinkan pengeluaran cecair dari bola mata.

18

7.3. DEGENERASI MAKULAR Degenerasi makular yang berkaitan dengan umur atau Age-related macular degeneration (AMD) adalah suatu penyakit yang dihubungkan dengan penuaan (menjadi tua) yang secara beransur-ansur merosak penglihatan tengah yang tajam. Penglihatan tengah diperlukan untuk melihat objek-objek secara jelas dan untuk aktiviti harian yang umum seperti membaca dan memandu. AMD mempengaruhi makular, bahagian mata yang mengizinkan untuk melihat detial yang halus. AMD tidak menyebabkan sakit atau nyeri. Ada beberapa kes-kes, AMD maju begitu perlahan sehingga orang-orang mencatat sedikit perubahan pada penglihatan mereka. Pada yang lainnya, penyakit maju lebih cepat dan mungkin menjurus pada suatu kehilangan penglihatan pada kedua mata-mata. AMD adalah suatu penyebab yang memimpin dari kehilangan penglihatan pada orang-orang Amerika yang berumur 60 tahun dan yang lebih tua. Degenerasi makular ini boleh terbahagi kepada dua iaitu degenerasi makular basah dan kering.

Degenerasi makular basah adalah AMD basah terjadi ketika pembuluhpembuluh darah abnormal dibelakang retina mulai tumbuh di bawah makula. Pembuluh-pembuluh darah baru ini cenderung menjadi sangat mudah pecah dan sering kali membocorkan darah dan cairan. Darah dan cairan mengangkat atau menaikkan makular dari tempat normalnya di belakang mata. Kerosakkan pada makular terjadi secara cepat. Suatu gejala awal dari AMD basah adalah bahwa garis-garis lurus nampak berombak. Jika keadaan ini berlaku atau perubahanperubahan lain pada penglihatan kita harus hubungi doktor mata dengan segera. Ini disebabkan memerlukan suatu pemeriksaan pelebaran mata secara lengkap.

19

Degenerasi makular kering juga dikenali sebagai AMD kering. Pada ADM kering, sel-sel yang peka sinar dalam makula pecah secara perlahan. Dengan kurang berfungsinya makular, penglihatan tengah berkurang. AMD kering seringkali terjadi pada hanya satu mata pada awalnya. Belakangan, mata yang lainnya dapat dipengaruhi. Doktor-doktor tidak ada jalan untuk mengetahui apakah atau bila kedua mata mungkin menjadi terlibat. Penyebab AMD kering tidak diketahui. Degenerasi makular kering atau AMD kering ini sampai sekarang masih tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya. Untuk AMD basah pula boleh melalui rawatan laser berkesan untuk memusnahkan pembuluh darah yang bocor. Namun begitu kerana ianya memusnahkan tisu di sekeliling, penglihatan tidak akan kembali kepada normal tetapi ianya boleh memberhentikan kehilangan penglihatan yang lebih lanjut. Rawatan ini juga hanya sesuai untuk golongan yang terpilih. Terapi fotodinamik juga berkesan untuk segolongan pesakit yang mengidapi AMD basah. Cara rawatan ini ialah dengan menggunakan sejenis ubat yang disuntik ke dalam aliran darah. Ubat ini diaktifkan oleh cahaya laser dan ini membantukan mengurangkan risiko terhadap tisu yang normal. Selain itu, terdapat lain rawatan yang baru seperti suntikan ubat intravitreal avastin dan lucentis. Rawatan ini boleh menolong pesakit AMD dan kaji selidik masih dilakukan untuk menentukan kesannya pada jangka masa panjang.

7.4. OCULAR MOTILITY Ocular motility adalah situasi dimana kebolehan mata terhalang. Masalah penglihatan jenis ini mengakibatkan penglihtan binocular terjejas. Penglihatan binocular adalah kebolehan mata kedua-dua belah mata untuk focus kepada sesuatu objek dan menyatukan imej dari kedua-dua belah mata kepada satu imej yang lebih jelas.

Individu yang mengalami akan mengalami kesukaran untuk mambaca kerana tulisan akan kelihatan berbalam-balam dan tidak jelas, kesukaran untuk mengagar jarak dan kedudukan sesuatu objek.

20

7.5. STRABISMUS Strabismus, biasanya dirujuk suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang samapada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Keadaan ini adalah disebabkan oleh ketidakupayaan otak untuk menyelaraskan kedua-dua belah mata secara serentak . Otak adalah pusat induk kawalan penglihatan, dan tempat awal dalam pembangunan visual kanak-kanak, otak gagal membangunkan

"binocularity," atau keupayaan untuk menggunakan kedua-dua belah mata pada masa yang sama. Keadaan ini selalunya berlaku sebelum kanak-kanak berumur dua tahun tetapi boleh berlaku selewat usia enam tahun. Ia adalah penting bahawa strabismus menerima rawatan segera. Keadaan boleh menjadi lebih teruk dari masa ke masa. Kanak-kanak dengan strabismus boleh mengalami komplikasi tambahan dengan Ambliopia. .

Strabismus di mana mata tidak sejajar bertukar masuk atau keluar dibahagikan kepada dua kategori: esotropia ("crossed" mata) bererti mata bertukar ke arah hidung, dan exotropia ("wandering" mata) bermakna mata ternyata menjauh dari hidung. Mata kanak-kanak itu boleh berubah hanya apabila dia melihat pada objek yang dekat, atau ia boleh kembali juling apabila melihat kedua-duanya dekat dan jauh. Darjah mata mungkin sangat besar sehingga ia mudah kelihatan, atau cukup sedikit bahawa ibu bapa mungkin gagal untuk mengakui ada masalah.

21

Oleh kerana otak tidak belajar untuk menyelaraskan mata dan menggunakan mereka bersama-sama, setiap mata focus secara bebas. Dalam erti kata lain, kedua-dua belah mata tidak titik di tempat yang sama pada masa yang sama. Apabila setiap mata mencari di tempat yang berbeza, otak menerima dua imej yang berbeza. Ini biasanya akan menyebabkan dalam double vision.Walau bagaimanapun, otak kanak-kanak ini belajar untuk melindungi diri mereka daripada melihat dua kali ganda dengan menekan, atau "menutup" mata menyeberangi . Kanak-kanak dan orang dewasa boleh mengalami masalah mata juling selepas kecederaan kepala, strok, atau akibat beberapa penyakit. Apabila ini berlaku dan permulaan strabismus di kemudian hari, kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa biasanya akan mengalami penglihatan berganda .

7.6. AMBLIOPIA Ambliopia, atau yang juga dikenali sebagai lazy eye adalah gangguan sistem visual yang disebabkan oleh tahap penglihatan yang lemah

atau kurang penglihatan berbanding mata normal. Ambliopia bermakna bahawa rangsangan visual sama ada gagal untuk menghantar atau kurang dihantar melalui saraf optik ke otak untuk tempoh masa yang berterusan . Ia sering berlaku pada awal zaman kanak-kanak , mengakibatkan tahap penglihatan lemah atau samarsamar. Ambliopia biasanya memberi kesan kepada hanya satu mata, tetapi ia mungkin akan amblyopic dalam kedua-dua mata jika kedua-dua gagal untuk menerima yang baik, imej visual yang jelas. Kebanyakan pihak sering menyalah ertikan lazy eye sebagai straismua atau juling. PErnyataan ini salah sama sekali. Strabismus dan lazy eye adalah dua keadaan yang berbeza.

22

Ambliopia adalah masalah pembangunan di dalam otak, bukan masalah pada mata. Bahagian otak yang menerima imej daripada terjejas mata tidak dirangsang dengan betul. Ini telah disahkan oleh pemeriksaan otak langsung David H. Hubel dan Torsten Wiesel yang memenangi Nobel Prize in Physiology or Medicine pada tahun 1981 untuk kerja-kerja mereka dalam menunjukkan kerosakan tak boleh balik ke ruangan dominasi okular yang dihasilkan dalam anak-anak itu oleh serba kekurangan visual yang mencukupi sepanjang apa yang dikenali sebagai "tempoh kritikal." Maksimum "tempoh kritikal" pada manusia sejak lahir hingga dua tahun.

Kebanyakan individu yang menghidapi ambliopia terutama nya yang di tahap sederhana mereka tidak akan menyedari mereka mengalami masalah ini sehingga ujian dilakukan pada usia yang lebih tua. Ini adalah kerana tahap penglihatan mereka adalah normal pada tahap itu. Namun bagi yang mengalami masalah ambliopia yang teruk mereka akan mengalami ganggun visual terutamanya darisegi depth perception. Mereka juga mengalami lemah ruang ketajaman (focus), kurang peka terhadap contrast dan deficit terhadap vision sehingga sensitivity terhadap pergerakan berkurangan. Defisit ini adalah biasanya khusus untuk mata amblyopic. Amblyopes juga mengalami masalah

penglihatan binokular seperti persepsi kedalaman stereoskopik terhad dan biasanya menghadapi kesulitan melihat imej tiga dimensi yang tersembunyi dalam paparan stereoskopik seperti autostereograms . Walau bagaimanapun, persepsi kedalaman dari isyarat bermata satu seperti saiz, perspektif , dan gerakan parallax masih normal.

23

7.7. NISTAGMUS Nistagmus adalah satu keadaan apabila bola mata bergerak seperti ayunan bandulyang menjadi lebihketara apabila mata melihat kea rah kiri atau kanak. Biasanya, pergerakan ini adalah horizontal, tetapi mungkin mempunyai komponen tegak atau berputar.

Nistagmus seperti ayunan bandul begini berlaku pada bayi yang tidak mendapat imej yang terang pada makulanya, sama ada disebabkan katarak congenital atau ulser kornea yang menghalang kemasukan cahaya ke macula, atau pun disebabkan oleh kerosakan retina atau atrofi optic. Sebab-sebab lain kemasukan cahaya yang berlebihan ke dalam mata seperti dalam kejadian albino atau pun nistagmus kongenetal idiopatik tanpa sebab-sebab yang jelas yang menyebabkan ruang penglihatan terjejas.

Nistugmus

labirin-serebelum

mempunyai

dua

komponan

iaitu

pergerakan mata ke arah suatu arah dengan perlahan dan pergerakan cepat dalam arah yang bertentangan untuk membetulakan kedudukan mata. Arah nistugmus ialah arah pergerakan yang cepat itu. Arah pergerakan yang lambat pula menunjukkan kedudukan kerosakan yang berlaku, umpamanya kerosakan pada telinga tengah dan neuroma akustik. Pergerakan nistugmus menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak melihat kea rah yang bertentanagn. Nistugmus yang tidak ketentuan arahnya sering menjadi cirri aklerosis berganda.

24

CACAT PENDENGARAN (HEARING DISORDER) 8.0 PENGENALAN CACAT PENDENGARAN Pendengaran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu dan berkomunikasi dengan individu lain. Kehilangan pendengaran memberikan masalah untuk

berkomunikasi dan memberikan impak yang besar terhadap kehidupan peribadi dan sosial seperti malu untuk bergaul dengan orang lain. Apabila seseorang mengalami cacat akan sukar bagi mereka untuk mempelajari sebutan perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat. Kanak-kanak cacat pendengaran terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kanak-kanak cacat pendengaran pretutur (prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlingual).

Kanak-kanak cacat pendengaran pretutur adalah kanak-kanak pekak dari sejak lahir. Kanak-kanak cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran yang biasanya berlaku selepas mempunyai pengalaman bercakap. Selalunya, kanak-kanak cacat pendengaran dalam peringkat pretutur menghadapai masalah pembelajaran dan masalah komunikasi yang lebih teruk daripada kanak-kanak cacat pendengaran dalam peringkat postutur.

9.0

CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENDENGARAN Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran pada tahap minima, biasanya pengesanan masalah yang dihadapi adalah terlambat. Walau bagaimanapun, penjaga atau guru perlu mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak mungkin mengalami masalah pendengaran. Antara ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah kanak-kanak kurang memberi perhatian di dalam kelas, mereka juga bersifat pendiam, pemalu serta tidak suka bertanya. Kadang kala terlalu pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan sebayanya.

Selain itu, mereka juga kurang berupaya menggunakan perkataan yang tepat untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu idea atau perkara dan sebutan yang kurang jelas. Selain itu, mereka suka berkhayal dan sering memerhatikan pergerakan bibir
25

orang lain untuk mendengar dan memahami maksud apa yang ingin di sampaikan. Kanak-kanak juga tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi kerana mereka tidak memahami dan sukar menerima penjelasan.

Kanak-kanak juga kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur kerana mereka tidak dapat mempamerkan butir-butir percakapan dengan jelas. Pencapaian mereka dalam pelajaran terutamanya sangat lemah apabila berkaitan dengan bahasa kerana mereka memang mempunyai masalah dari segi pertuturan dan penggunaan bahasa.

Kanak-kanak juga suka mengelak daripada menjawab soalan lisan orang lain kerana kurang pasti apa yang disoal dan sentiasa mendekatkan muka ke depan untuk mendengar dengan jelas percakapan orang lain agar dapat difahami.

10.0 TAHAP PERKEMBANAGN KANAK-KANAK CACAT PENDENGARAN Perkembangan kanak-kanak bermasalah pendengaran bergantung pada tahap kehilangan pendengaran dan umur semasa mengalami masalah pekak. Kebiasaannya, kanak-kanak yang mencapai umur antara 12 hingga 24 bulan mula bercakap dan membentuk bahasa sendiri. Namun bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, perkembangan pertuturan dan bahasanya terganggu ataupun lambat. Oleh itu, kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai tiga rangkap kecacatan iaitu disebabkan tidak dapat bertutur, mendengar dan tidak dapat berfikir seperti kanak-kanak normal. (Chua 1992). Keadaan ini menyebabkan perkembangan akal mereka terencat.

Selain itu, daripada segi fizikal tidak terdapat perbezaan antara kanak-kanak bermasalah pendengaran dengan kanak-kanak normal malah mereka sering dianggap sebagai kanak-kanak biasa. Aspek yang membezakan mereka dalah komunikasi seperti yang kita tahu kemahiran komunikasi mereka sering menjadi masalah utama bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran. Mereka mengalami masalah pertuturan malah mereka yang menghadapi masalah pendengaran sama ada dalam tahap ringan dan sederhana mereka turut memperlihatkan masalah dalam bahasa reseptif iaitu bagi
26

memahami apa yang diperkatakan orang lain dan bahasa ekspresif iaitu bagi menyatakan apa yang difikirkan kepada orang lain. Akibatnya mereka dipinggirkan oleh keluarga dan orang lain yang tidak dapat berkomunikasi dengannya.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kebiasaannya mengalami masalah pembelajaran di sekolah. Terdapat banyak kesan keadaan telinga tengah terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan, kemahiran mendengar, tingkah laku, kebolehan membaca dan pencapaian am disekolah.selain itu, kecacatan pendengaran disebabkan oleh kerosakan kekal pada sistem sensori-neural biasanya memberi kesan yang serius dan lebih ketara adalah berkaitan dengan kemahiran komunikasi dan kemahiran lisan dalam membaca dan menulis.

Pekak bukan sahaja memberi kesan kekurangan dalam input sensori tetapi juga gangguan dalam interaksi serta hubungan antara orang dewasa dan kanak-kanak (Wood 1982). Walau bagaimanapun potensi perkembangan kanak-kanak pekak dalam aspek sosial, bahasa dan pencapaian akademik bergantung pada pengalaman awalnya. Bahasa merupakan peranan integral dalam pemikiran dan perkembangan konseptual kita dengan peranan komunikasi sebagai penggalak hubungan sosial dan penerimaan emosi.

Selain itu, sokongan daripada patologi pertuturan penting bagi membantu kanak-kanak ini dalam aspek komunikasi dimana biasanya mereka menggunakan komunikasi seluruh yang menggabungkan isyarat dan pertuturan. Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan dipakaikan alat bantuan pendengaran bagi membantu mendengar.

10.1. Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Secara keseluruhannya, perkembangan kanak-kanak bermasalah pendengaran dapat dilihat dalam aspek seperti perkembangan bahasa dan komunikasi. Manusia berkomunikasi melalui mimic muka, sentuhan, gerak tangan, gerakan badan, mendengar dan bertutur. Kehilangan pendengaran menghalang secara serius perkembangan komunikasi secara mendengar dan bertutur. Tanpa bantuan daripada pakar pertuturan kanak-kanak bermasalah pendengaran berkemungkinan besar mengalami perkembangan terbantut dalam kedua-dua kemahiran ini.

27

10.2. Perkembangan Emosi dan Sosial Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran banyak bergantung pada pengalaman mereka dan melalui perkembangan mereka sendiri bagi membolehkan mereka meluahkan perasaan mereka, kehendak, keperluan dan memahami perasaan orang lain. Masalah komunikasi mereka memberi kesan ke atas konsep kendiri, kebolehan bermain dan berkongsi dengan rakan sebaya.

10.3. Perkembangan Kognitif (Intelektual) Manakala perkembangan kognitif pula merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus dunia mereka. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati maklumat, klasifikasi, mendefinisikan dan sebagainya. Kelambatan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran turut melambatkan perkembangan kognitif mereka.

10.4. Perkambangan Fizikal Perkembangan fizikal dan motor pula melibatkan perkembangan motor kasar dan motor halus. Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah serupa dengan kanak-kanak normal.

11.0 PUNCA CACAT PENDENGARAN Faktor yang menjadi punca cacat pendengaran dapat di bahagikan kepada factor sebelum lahir, semasa lahir dan juga selepas lahir. 11.1. Sebelum Lahir Bukan disebabkan baka tetapi genetik. Jangkitan semasa hamil, terutama oleh virus seperti rubella, demam glandular dan selesema. Semasa hamil, si ibu mendapat penyakit yang berkaitan dengan pemakanan seperti kencing manis. Si ibu mengambil dadah ataupun bahan kimia seperti kuanin dan

streptomycin semasa mengandung. Kerap hamil. Toksemia pada peringkat akhir kehamilan

28

11.2. Semasa Lahir Kelahiran tidak cukup bulan, Masa lahir yang terlalu lama, Kecederaan semasa dilahirkan, terutama pada bahagian telinga. Penyakit hemolisis selalunya yang disebabkan oleh faktor Rh.

11.3. Selepas Lahir Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus seperti beguk dan demam campak. Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga. Terdedah kepada bunyi yang kuat dalam tempoh masa yang lama. Pengambilan antibiotik seperti streptomycin.

29

12.0 TAHAP PENDENGARAN Tahap masalah pendengaran biasanya diukur dalam decibel (dB). Tahap masalah pendengaran terdapat beberapa kategori kepekakan dalam gambar rajah di bawah:

Tahap Kehilangan Kategori Pendengaran (dB) Kurang Pendengaran (20-45 dB) Kepekakan Sedikit (mild)

Kesan kehilangan pendengaran Mengalami masalah untuk

mendengar pertutur dan perbualan yang perlahan. Kanak-kanak yang mengalami

kecacatan jenis ini biasanya dapat membentuk pertuturan dan bahasa yang normal sekiranya mereka mendapat intervensi awal yang berkesan dan menggunakan alat bantu pendengaran yang sesuai. Kurang Pendengaran (46-70 dB) Sederhana (moderate) Mengalami terutamanya masalah apabila pertuturan terdapat

gangguan bunyi latar yang kuat Kanak-kanak yang mengalami

kecacatan pendengaran kategori ini berisiko mengalami masalah perkembangan pertuturan dan

bahasa sekiranya mereka tidak menggunakan alt bantu dengar dan mendapat intervensi awal. Pekak (71-90 dB) Teruk (severe) Tidak boleh mendengar bunyi pertuturan yang normal Individu yang mengalami

kecacatan pendengaran kategori ini perlukan bantuan visual untuk membolehkan mereka memahami pertuturan.
30

Pekak (91 dB dan ke atas)

Sangat teruk (profound)

Mengalami masalah besar untuk mendengar bunyi pertuturan. Individu yang mengalami masalah penguasan bahasa dan pertuturan yang teruk.

13.0 JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN Jenis-jenis kehilangan pendengaran boleh ditentukan melalui ujian pendengaran yang dipanggil audiometer. Selain itu, terdapat dua jenis kehilangan pendengaran iaitu kehilangan pendengaran konduktif (bahagian penerimaan bunyi) dan kehilangan pendengaran sensori-neural.

Kehilangan pendengaran konduktif terjadi akibat daripada kerosakan pada telinga luar atau telinga tengah yang mengurangkan intensity bunyi untuk sampai ke telinga dalam. Bunyi-bunyi yang masuk melalui salur auditori ke gegendang telinga yang kemudiannya menyebabkan tiga tulang kecil dalam telinga tengah bergetar dan menghantar bunyi ke telinga dalam gangguan berkemungkinan disebabkan oleh wax (tahi telinga) ataupun sebarang kecacatan.

Selain itu, gegendang telinga yang pecah,luka atau berlubang juga boleh menghalang getaran tiga tulang kecil yang boleh menyebabkan berlakunya pekak. Pekak jenis ini biasanya dapat dibantu dengan penggunaan alat bantuan pendengaran. Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatan atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

Penyebab kepada kehilangan jenis pendengaran konduktif juga adalah kecederaan pada telinga tengah iaitu sekatan tiub Eustachio, jangkitan virus/bacteria
31

(otitis media), trauma pada osikel-osikel telinga tengah. Kehilangan maksimum adalah 60 dB iaitu tahap kehilangan sederhana dan masih boleh dirawat.

Manakala jenis kehilangan pendengaran yang kedua ialah kehilangan pendengaran sensori-neural. Kehilangan pendengaran ini disebabkan oleh kerosakan pada telinga dalam atau saraf auditori yang membawa getaran ke otak. Kehilangan jenis ini mungkin melibatkan sebahagian frekuensi ataupun keseluruhannya. Sesetengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walau bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat bantuan pendengaran.

Selain itu, kehilangan pendengaran sensori-neural melibatkan telinga dalam iaitu koklea dan saraf pendengaran. Penyebab kepada masalah ini adalah disebabkan keturunan, jangkitan virus/bacteria semasa dalam kandungan contoh

Rubella,Cytomegalovirus, Toxoplasmolysis, masalah semasa lahir iaitu kurang oksigen dan kemalangan seperti kecederaan pada otak.

Tahap kehilangan pendengaran ini adalah daripada tahap ringan kepada amat teruk sehingga boleh menjejaskan kebolehan memproses bunyi walaupun bunyi diamlifikasikan iaitu kesukaran diskriminasi bunyi.

Jenis kehilangan pendengaran yang lain dan dapat dikenal pasti adalah kehilangan pendengaran jenis campuran iaitu kombinasi dari kehilangan pendengaran jenis konduktif dan sensori-neural.

32

14.0 UJIAN PENGESANAN CACAT PENDENGARAN 14.1. Ujian tarikan ( distraction test ) kanak-kanak didedahkan pada bunyi-bunyian tanpa pengetahuan mereka. Gerak balas yang dihasilkan terhadap bunyi-bunyi itu diperhati dan direkodkan.

14.2. Ujian Pertuturan ( speech test) Pemerhatian dilakukan terhadap kanak-kanak sama ada mereka memahami apa yang dituturkan dan seterusnya menunjukkan gerak balas terhadap arahan yang diberi.

14.3. Audiometri Nada Tulen Ujian ini dilakukan untuk menentukan tahap dan jenis masalah pendengaran. Sebelum melakukan ujian ini pesakit akan diberikan arahan supaya menekan butang sekiranya mendengar bunyi sekalipun bunyi yang sangat perlahan. Bunyi akan diberikan kepada pesakit melalui insertphone atau headphone dan vibrator tulang. Pendengaran akan diuji pada frekuensi 250 Hz, 500 Hz, 1 kHz, 2 kHz, 4 kHz. Pendengaran pada frekuensi 8 kHz akan diuji melalui vibrator tulang sahaja. Ujian ini dilakukan dalam bilik kedap bunyi dengan suasana sekeliling yang sunyi.

14.4. Audiometri Permainan Ini merupakan suatu bentuk ujian pendengaran yang digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di antara 3 hingga 7 tahun. Ia merupakan suatu bentuk permainan yang menyeronokkan bertujuan menentukan tahap pendengaran kanak-kanak. Semasa ujian ini, kanak-kanak akan diajar untuk melakukan suatu bentuk kerja (dalam bentuk permainan) seperti mengusun blok, memasukkan blok ke dalam kotak apabila mendengar sesuatu bunyi yang diberikan melalui inserphone atau headphone dan vibrator tulang. Fasa ini dikenali sebagai fasa penyesuaian yang mana memerlukan latihan dan pengulangan.

14.5. Audiometri Rangsangan Penglihatan Ini merupakan suatu bentuk ujian pendengaran yang dilakukan kepada kanakkanak pada umur antara 6 bulan hingga 24 bulan. Secara asasnya, kanak-kanak akan di ajar untuk memandang kepada patung yang bercahaya dan bergerak yang
33

menarik apabila penyesuaian.

mendengar sesuatu bunyi. Fasa ini dikenali sebagai fasa

14.6. Tympanometri Ujian ini dilakukan bagi menentukan keadaan telinga tengah pesakit. Ini mampu mengenalpasti sebarang keabnormalan pada bahagian telinga pesakit

termasuklah keadaan gegendang telinga dan isipadu telinga. Ujian ini hanya mengambil masa antara 3 ke 5 minit dan pesakit hanya perlu mendiamkan diri semasa ujian dijalankan. Prosedur ini adalah tidak menyakitkan.

14.7. Gelombang Otoakustik Otoacoustic Emission merupakan suatu bentuk ujian yang dijalankan bagi mengesan keadaan organ pendengaran pesakit yang dikenali sebagai koklea. Bagi penyaringan pendengaran dengan menggunakan ujian ini, hanya dua samada lulus ataupun gagal. Keputusan lulus

keputusan yang diberikan

membuktikan kesihatan organ pendengaran dan keadaan struktur pendengaran yang baik. Pada masa kini, ujian ini dilaksanakan dikebanyakan unit-unit bersalin bagi membolehkan pengesanan awal masalah pendengaran bagi bayi dapat dilakukan. Jangka masa yang singkat iaitu antara 3 ke 5 minit diperlukan bagi ujian ini bergantung kepada jenis mesin yang digunakan.

14.8. Ujian Elektrofisiologi Ujian ini adalah merupakan ujian objektif yang tidak melibatkan kerjasama daripada pesakit. Pesakit hanya perlu merehatkan diri sambil beberapa elektod akan dipasang di bahagian kepala pesakit bagi mendapatkan gelombang

pendengaran. Ujian boleh digunakan bagi menentukan tahap dan jenis masalah pendengaran melalui penganalisaan gelombang. Kebiasaannya ujian ini dilakukan kepada kanak melalui penggunaan sedasi bagi membolehkan kanak-kanak

berada dalam keadaan rehat semasa ujian dijalankan.

34

15.0 KAEDAH KOMUNIKASI BAGI KANAK-KANAK CACAT PENDENGARAN Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan kanakkanak bermasalah pendengaran antaranya ialah kaedah auditory oral, bacaan bibir, bahasa isyarat, komunikasi seluruh dan pertuturan kiu (cued speech). Walau bagaimanapun pendengaran. keberkesanan kaedah ini bergantung pada tahap kehilangan

16.0 Kaedah Audiotory Oral Kaedah ini menekankan proses mendengar serta bertutur dengan penggunaan saki baki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat bantu mendengar dan deria melihat serta deria sentuh. Selain itu, kaedah ini juga tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading). Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan mereka mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza.

17.0 Kaedah Bacaan Bibir Kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur berada di tempat yang terang dan jelas dilihat bagi memudahkan pemahaman sesuatu perkara yang ingin disampaikan.

18.0 Kaedah Bahasa Isyarat Pada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkan perkataan dengan makna asas. Namun begitu terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk American Sign Language, Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak lagi bahasa isyarat yang boleh digunakan. Di Malaysia, bahasa isyarat yang digunakan ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).

19.0 Kaedah Komunikasi Seluruh Kaedah ini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari,isyarat, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini adalah penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak.
35

20.0 Kaedah Pertuturan Isyarat (Cued Speech) Kaedah ini diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentukbentuk tangan bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan (kiu), ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi perkataan. Selain itu, terdapat lapan bentuk tangan bagi konsonan dan empat bentuk tangan bagi menentukan bunyi huruf vokal.

36

21.0 RUJUKAN Wayne Olsen. (2004). Mayo Clinic on Hearing: Strategies for Managing Hearing Loss, Dizziness and Other Ear Problems. United States of America : Mason Crest Publishers. Helmut Buettner. (2002). Mayo Clinic on Vision and Eye Health : Practical Answers on Glaucoma, Cataracts, Mocular Degeneration and Other Conditions. United States of America : Mason Crest Publishers. Frederick N. Martin & John Greek Clark. (2006). Introduction to Audiology. United States of America : Pearson Allyn & Bacon. Vera H. Darling & Margaret R. Thorpe. (1996). Perawatan Mata. Indonesia : Yayasan Essentia Medica & Penerbit ANDI. Patrick D. Trevor-Roper & Mohd Nor Marahakim (penterjemah). (1987). Nota Syarahan Oftalmologi. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Portal NIH SeniorHealth. (http://nihseniorhealth.gov/) Portal Childrens Vision (www.childrensvision.com) Portal Hearing Dizziness Wellness Center (http://hearing-aids-orlando-fl.com/) Portal American-Speech-Language-Hearing Association (http://www.asha.org/)

37

LAMPIRAN

38

You might also like