You are on page 1of 17

KAQ 1063 MUZIK DAN PERGERAKAN KREATIF

PENULISAN ILMIAH PENDEKATAN SHINICHI SUZUKI

NAMA NO MATRIK PROGRAM SEMESTER

: NORYUSMANIA BINTI JUNAIDI : E20101000826 : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK. : SEMESTER 4 2011/2012

KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN B NAMA PENSYARAH : CIK NURUL AZIELA BINTI SULAIMAN

ISI KANDUNGAN

BIL.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN

02

LATAR BELAKANG DR SHINICHI SUZUKI

03

METODE SHINICHI SIZUKI

05

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN METODE SHINICHI SUZUKI

12

KESIMPULAN

13

RUJUKAN

14

LAMPIRAN

15

1.0

PENGENALAN Muzik adalah bunti yang diterima oleh individu dan ianya berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Definisi muzik sebenar juga berbeza: Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya. Apa sahaja bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan. Menurut kamus dewan edisi ke empat, muzik adalah bunyi-bunyi atau gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan. Bagi tokoh Campbell, 1995 muzik merupakan satu seni yang tertumpu kepada aspek pendengaran. Muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak prasekolah dalam bentuk elemen bunyi. Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang atau disiplin. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan kanak-kanak yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik dunia bagi kanak-kanak adalah kosong dan menghambarkan. Kanak-kanak sentiasa member respon kepada muzik dan akan merasa gembira apabila dapat mengekspresikan diri mereka menerusi muzik. Asas muzik adalah irama dan ton, ianya juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. Sikap cenderung kepada muzik sedia ada mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan kanak-kanak. Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Penglibatan kanak-kanak secara aktif dalam bidang muzik ini akan dapat membantu dalam perkkembangan dan pertumbuhan yang menyeluruh. Selain itu pengalaman muzik yang menarik membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain. Oleh itu beberapa orang tokoh muzik dan falsafah yang terkenal telah memperkenalkan pendekatan muzik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kanakkanak. Salah seorang daripadanya adalah Shinichi Suzuki.

Shinichi Suzuki (1898-1998) 2.0 LATAR BELAKANG DR SHINICHI SUZUKI Dr. Shinichi Suzuki adalah seorang pemain biola dan music educator yang lahir di Nagoya Jepun pada 17 Oktober 1898 dan telah meninggal dunia pada 26 januari 1998 iaitu ketika berumur 99 tahun. Beliau merupakan salah seorang dari dua belas adik beradik. Beliau banyak menghabiskan masa kecilnya berkerja memasang soundposts biola di kilang biola milik ayahnya iaitu Suzuki Violin Co. Ltd. Semasa kecil ketika beliau mendengar lagu Franz Schubert, Ave Maria yang dimainkan oleh Mischa Elman dari sebuah phonograph, beliau secara spontan segera mengambil sebuah biola dari kilang ayahnya dan memainkan biola berdasarkan melodi yang didengarnya melalui phonograph. Tanpa akses atau bantuan arahan professional iaitu not muzik lagu tersebut, beliau mendengar dengan teliti dan mencuba untuk meniru apa yang didengarinya. Salah seorang kenalan rapat keluarga Suzuki mencadangkan agar Shinichi mempelajari budaya Barat tetapi disebabkan status sosial keluarga Suzuki pada ketika itu, ayah beliau tidak mengizinkannya untuk mempelajari instrument muzik. Pada usia 17 tahun, Shinichi mempelajari biola secara otodiak kerana ayahnya tidak mengizinkan beliau mengeyam pendidikan muzik formal. Tetapi pada akhirnya beliau berhasil meyakinkan ayahnya untuk membenarkan beliau belajar bermain biola dengan salah seorang guru biola di Tokyo. Pada usia 22 tahun, Marquis Tokugawa, sahabat Shinichi telah Berjaya memujuk ayah Shinichi untuk membenarkan beliau belajar di Jerman, dimana di sana beliau belajar dibawah bimbingan Karl Klingler. Pada ketika
4

itulah beliau bertemu dengan ramai seniman dan tokoh terkemuka dunia salah seorang daripadanya adalah Albert Einstein. Di Jerman juga beliau telah bertemu dan berkahwin dengan isterinya, Waltraud Prange (1905-2000) yang merupakan seorang penyanyi soprano.

Isteri beliau, Waltraud Prange. Sekembalinya beliau ke Jepun setelah menamatkan pelajaran dalam bidang muzik biola, beliau telah membentuk sebuah kuartet string bersama adik beradik beliau yang lain dan mula mengajar di Sekolah Muzik dan Imperial di Kunitachi Music School di Tokyo. Semasa Perang Dunia II, kilang biola ayahnya telah dibom oleh pesawat perang Amerika Syarikat. Kejadian tersebut turut menyebabkan salah seorang adik beradik beliau terkorban, beliau terpisah dengan isteri beliau yang tergolong sebagai orang asing kerana berasal daripada Jerman. Ketika Perang Dunia II ini juga sumber bekalan makanan berkurangan dan Shinichi jatuh sakit serta mengambil masa berbulan-bulan untuk beliau pulih semula. Dugaan semasa perang ini menyebabkan keluarga Shinichi jatuh miskin sehinggakan Shinichi memutuskan meninggalkan jawatan beliau sebagai tenaga pengajar di sekolah muzik dan berpindah ke kota yang berdekatan untuk mengumpul wang. Namun dalam keadaan sebegitu beliau tidak pernah lupa untuk menyumbang kemahiran beliau dengan memberikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak yatim di kota yang di diami oleh beliau pada ketika itu. Beliau bertekad untuk mengubah kehidupan anak-anak muda setelah Perang Dunia II. Shinichi telang mengambil Koji salah seorang pelajarnya sebagai anak angkat dan mula mengembangkan strategi pengajaran dan falsafah di mana

menggabungkan aplikasi mengajar praktikal dengan falsafah tradisional Asia.


5

Beliau merupakan Pelindung Nasional Delta Omicron iaitu sebuah persaudaraan muzik antarabangsa professional. Di samping itu beliau bermain alat muzik untuk Imperial Court of Japan dan membentuk Suzuki Quartet bersama adik beradik beliau. Shinichi juga telah dilantik sebagai president Sekolah Muzik Teikoku dan mendirikan Tokyo String Orchestra. Oleh kerana sumbangan beliau itu, Shinichi telah digelar sebagai Nasional Treasure oleh maharaja Jepun.

3.0

METODE SHINICHI SUZUKI Metode Suzuki pertama kali diperkenalkan di Jepun iaitu di sekolah Matsumoto dan kemudiannya berkembang ke Amerika Syarikat sekitar tahun 1960-an, kemudian ke Eropah dan seterusnya keAsian dan Negara-negara lainnya. Meskipun pada awalnya Metode Suzuki ini dikembangkan untuk instrument biola namun sekarang ianya telah diadaptasi untuk instrument muzik yang lain seperti piano, cello, flute, gitar dan instrument lainnya. Selain daripada itu terdapat juga beberapa Prasekolah Suzuki yang telah mengadaptasikan falsafah Suzuki untuk digunakan dalam non music discipline in early childhood education. Ketika ini lebih daripada 8000 guru di seluruh dunia dan lebih 250 000 kanak-kanak mempelajari Metode Suzuki. Metode Suzuki adalah satu pendekatan pendidikan instrument muzik (instrumental music education) yang menjurus kepada falsafah pendidikan dan pengajaran daripada Dr. Shinichi Suzuki. Metode ini dikenali sebagai Mother-Tongue Approach, yang merupakan satu metode yang diambil dari prinsip dasar pembelajaran bahasa ibunda. Kaedah ini di perkenalkan berdasarkan pengamatan Shinichi ketika berada di Jerman. Beliau mengamati bahawa kanak-kanak dapat memelajari bahasa ibunda mereka tanpa sebarang kesulitan. Beliau mencatatkan bahawa kanak-kanak yang lahir dalam keluarga di Jerman secara semula jadi belajar untuk bertutur dalam bahasa Jerman. Dalam masa yang sama, anak-anak yang lahir dalam keluarga di Jepun secara semulajadi akank menyesuaikan diri dengan bahasa ibunda mereka. Shinichi menyimulkan bahawa semua kanak-kanak mengembangkan kemampuan muzik mereka dan persekitaran amat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak tersebut.
6

Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa ibunda mereka dengan mudah melalui pendengaran, peniruan dan pengulangan. Oleh kerana itu, Shinichi menyimpulkan bahawa semua kanak-kanak memiliki potensi yang besar dan bakat untuk belajar, jika diberi pengalaman, pendedahan, pendidikan yang sesuai dalam lingkungan atau persekitaran yang berkualiti dan bersesuaian serta penuh perhatian. Shinichi berpendapat kanak-kanak dapat mempelajari muzik dengan cara yang sama iaitu dengan cinta dan dedikasi yang tinggi.

Talent is no accident of birth Shinichi Suzuki Musical ability is not an inborn talent, but an ability which can be developed. Any child who is properly trained can develop musical ability, just as all children develop the ability to speak their mother tongue. The potential of every child is unlimited. -Shinichi Suzuki Kanak-kanak menguasai bahasa ibunda dengan cara mendengar pertuturan orang lain di sekelilingnya. Ibu bapa atau penjaga mereka adalah pengajar utama mereka. Tidak ada istilah lulus atau gagal dalam proses pembelajaran bahasa ibunda. Selain itu tidak ditetapkan batas waktu untuk seseorang kanak-kanak itu data belajar bertutur. Selangkah demi selangkah kanak-kanak itu akan belajar sendiri apa bila mereka telah bersedia dan perkembangan bahasa dan komunikasi mereka berkembang mengikut kemampuan mereka sendiri tanpa paksaan. Bayi tidak akan dimarahi ketika dia tidak boleh menyebutmama
7

atau papa. Seorang bayi tidak pernah merasa kecewa atau terharu dalam mempelajari bahasa asing, seperti yang dialami oleh orang dewasa. Selain itu tidak ada kurikulum atau program khusus untuk bayi belajar bertutur seperti tatabahasa atau cara penulisan yang betul. Sepanjang berada di rumah bersama ibu bapa dan keluarga, kanak-kanak akan belajar bertutur dalam bahasa ibunda dimana keluarganya akan membetulkan kesilapan dalam kanak-kanak tersebut bertutur dengan penuh kesabaran, pemgulanagan perkataan atau kata-kata yang tepat dan apabila kanak-kanak tersebut dapat bertutur dengan baik mereka akan dipuji. Dari huraian serta pendapat Shinichi ini dapat disimpulkan beberapa perkara penting yang mempengaruhi pembelajaran bahasa dan komunikasi kanak-kanak, antaranya ialah : a) Pengulangan yang konstruktif. b) Berperingkat-peringkat. c) Latihan secara berterusan. d) Tiada batasan waktu. e) Tiada erti kata gagal. f) Berada dalam persekitaran yang menggunakan bahasa ibunda. g) Mendengar dengan pasif. h) Berikan semangat vs memarahi. i) Harapan dan sokongan daripada ibu bapa untuk berjaya.

Dalam Metode Suzuki juga diselitkan konsep character first, ability second. Konsep ini bertujuan untuk memupuk rasa cinta akan muzik dalam di semua kanak-kanak dan menegmbangkan karakter yang baik dan bukan sahaja tertumpu kepada penguasaan alat muzik semata-mata. Idea inilah yang dikenali sebagai Talent Education (pendidikan bakat). Pendidikan bakat ini tidak hanya tertumpu kepada perkembangan ketrampilan dan pengetahuan sahaja, namun turut menekankan perkembangan peribadi atau karakter seseorang dan meningkatkan kemampuan berfikir. Tujuan endidikan bakat ini bukan untuk mencipta atau melahirkan ahli muzik yang profesioal tetapi adalah untuk melahirkan pemuzik yang baik. Melalui muzik kanaka-kanak akan menunjukkan kemampuan yang luar biasa dalam semua bidang yang mereka fokuskan atau minati dan menjadi manusia yang
8

lebih baik. Berikut adalah antara idea-idea dari konsep Talent Education di sekolah pedagogi muzik Suzuki, a) Manusia merupakan satu produk yang terhasil daripada alam sekitar atau persekitaran mereka. b) Lebih awal adalah baik, ini bukan sahaja dalam bidang muzik sematamata, tetapi dalam bidang yang lain juga. c) Pengulangan pengalaman adalah elemen yang sangat penting dalam pembelajaran. d) Guru dan ibu bapa perlu berada pada tahap yang tinggi atau berkualiti dalam pelagai bidang dan terus memajukan diri untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk kanak-kanak. e) Sistem dan metode haruslah mengambil kira ilustrasi tahap perkembangan kanak-kanak.

Aspek pembelajaran epistemology atau yang turut di sebut sebagai falsafah bahasa ibunda oleh Shinichi Suzuki adalah kanak-kanak belajar melalui pemerhatian mereka sendiri terhadap persekitaran mereka. Gerakan Suzuki di seluruh dunia terus menggunakan teori yang diperkenalkan sendiri oleh Shinichi Suzuki pada pertengahan 1940-an. Pendekatan atau Metode Suzuki ini menitikkan beberapa elemen atau prinsipprinsip asas. Antaranya ialah : a) Penglibatan ibu bapa. Peranan, pengaruh dan penglibatan ibu bapa sebagai guru di rumah dan sebagai partner kepada guru untuk mencipta persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti untuk kanak-kanak. Oleh itu, mengikut metode yang Shinichi perkenalkan ini beliau berharap ibu bapa dapat hadir dan melibatkan diri dalam pembelajaran muzik kanak-kanak di sekolah untuk memerhati, mengetahui perkembangan anak-anak, bagaimana cara berlatih muzik dengan betul, apa sahaja yang perlu diperhatikan dalam rutin latihan anak-anak setiap hari dan bagi menjalinkan komunikasi yang
9

baik dengan guru di kelas.Penglibtan ibu bapa dan penjaga secara tidak langsung merupakan faktor yang mendokong perkembangan anak-anak, di samping itu ibu bapa turut belajar untuk mendidik anak-anaknya.

b) Latihan awal kanak-kanak. Bakat dalam bidang muzik lahir secara semula jadi dari usia awal melalui pendedahan kepada muzik dalam persekitaran rumah dan daripada mendengar dan memerhatikan pelajar-pelajar yang lebih tua di studio atau di dalm sesebuah persembahan. Oleh itu, adik beradik yang lebih muda kadang kala akan mejau lebih cepat daripada adik beradiknya yang lebih tua, atau secara spontan mula bermain dan menyanyikan lagu atau muzik yang sama seperti ahli keluarga mereka. Guru-guru di akademi Suzuki mengajar biola kepada ibu bapa supaya kanak-kanak akan belajar secara semula jadi dengan cara yang sama mereka mempelajari bahasa. c) Bunyi sebelum simbol. Kanak-kanak tidak akan diajar untuk membaca selagi mereka tidak memiliki keupayaan untuk bertutur. Masa yang lama dan latihan yang teratur diperlukan untuk menyamai tahap kemampuan membaca kanakkanak dengan kemampuan mereka berkomunikasi atau bertutur. Oleh kerana itu, dalam Metode Suzuki kanak-kanak akan mengenal instrument muzik yang mereka mainkan sebelum diajar untuk membaca not muzik. Yang pentingnya disini adalah telinga yang akan mendahului mata. Dalam
10

erti kata lain mereka akan mengenal bunyi dan kemudian barulah didedahkan keada simbol. Kanak-kanak yang belajar dengan

menggunakan Metode Suzuki dapat membaca dengan baik kerana telinga mereka sudah berkembang dengan baik sehinggakan simbol-simbol muzikyang tertulis telah dirakam dalam ingatan mereka sebagai sebuah bunyi yang bererti untuk mereka. Membaca sebaiknya dilakukan dengan cara yang sama seperti bagaimana kemampuan bermain muzik berkembang, iaitu dengan cara yang logik dan melalui pengulangan , ditunjangi kemamuan yang lain dan disesuai kan dengan persekitaran, kemampuan kanak-kanak dan sebagainya.

d) Postur, kemudian nada seterusnya intonasi. Usaha untuk mencipta nada yang indah meruakan satu proses yang tidak ada kesudahannya, ianya bermula semasa gesekan pertama bow (penggesek biola) ke atas string. Nada akan kedengaran dan bergema apabila postur badan adalah santai dan sejajar. Apabila nada yang indah dapat dihasilkan, not muzik tidak akan diperlukan. e) Penguasaan asas. Suzuki Jilid 1 mengambil masa kira-kira enam minggu ke enam bulan persediaan sebelum memulakan first piece (kepingan yang pertama) dan secara purata satu hingga tiga tahun untuk siap. Shinichi Suzuki mereka setiap piece mengikut langkah-langkah yang secara berperingkat-

peringkat membentuk dan melahirkan pemain biola yang lengkap dengan persediaan untuk bermain dengan baik di setiap peringkat. Beliau menyatakan bahawa Suzuki Jilid 1 menjadikan pelajarnya di tahap professional, Suzuki Jilid 2 pula soloists, Suzuki Jilid 3 prodigies

11

dan Suzuki Jilid 4 virtuosi dan beliau akan melalui kadar yang sesuai untuk bermain sebaik mungkin walaupun pada pelajaran pertama. f) Pengulangan dan kajian semula. Memainkan piece secara berulang-ulang akan memberikan peluang

kepada pelajar untuk menguasai kemahiran asas, membina kemahiran dan memelajari kemahiran yang rumit pada tahap bawah sedar atau secara spontan atau automatik. Pengulangan adalah cara terbaik untuk membina keyakinan, pengetahuan fizikal dan intelektual, hafalan dan paling penting adalah nada yang merdu dan indah. Kajian semula atau review bermakna setiap piece yang kita elajari akan diulangi semasa mempelajari piece baru dan lebih maju. Pengulangan dan kajian semula membenarkan pelajar memberikan fokus untuk memperbetulkan kesilapan tertentu, lebih cekap ketika bermain muzik. g) Pembelajaran Individu dan berkumpulan Studio Suzuki di seluruh dunia merupakan hub untuk ibu bapa dan pelajar untuk bekerja bersama-sama dan belajar daripada satu sama lain. Pembelajaran secara individu adalah masa untuk ibu bapa, guru dan kadang kala pelajar lain untuk memantau proses pembelajaran. Pelajaran secara berkumpulan menawarkan motivasi untuk terus berlatih dan member peluang untuk belajar daripada peajar lain yang mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri.

12

4.0

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN METODE SHINICHI SUZUKI KELEBIHAN a) Kanak-kanak dapat memainkan skor lagu yang sukar melebihi tahap kecekapannya. Oleh itu, peningkatan mereka lebih cepat berbanding kaedah biasa. b) Dapat mengembangkan dan membentuk disiplin diri serta bakat sebagai satu cara membentuk sikap atau keperibadian. c) Dapat menanam sifat penghargaan dalam diri kanak-kanak. d) Membentuk semangat dalam muzik (enthusiasm). e) Menggalakkan guru untuk memastikan murid-murid mendapat alat muzik yang bersesuaian dengan ukuran fizikalnya. f) Mempunyai komunikasi dan kerjasama antara guru dan ibu bapa. g) Inspirasi keseronokan merupakan tunjang kepada pendekatan Suzuki. h) Latihan secara berkumpulan. i) Lebih sesuai untuk era moden sekarang bagi pelajar yang mementingkan peningkatan yang cepat dalam pembelajaran violin. KEKURANGAN a) Cara bermain muzik yang lebih kaku (robotic). b) Guru Muzik yang terlatih dan memenuhi syarat Pendekatan Suzuki sahaja yang layak mengajar. Oleh itu, Ibu bapa terpaksa membayar yuran yang lebih mahal untuk memperoleh khidmat yang bermutu tinggi. c) Sesetengah orang mempertikaikan pendekatan Suzuki memakan jangka masa yang panjang dan murid kemungkinan kekurangan elemen sebagai pemuzik (musicianship).

13

5.0

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, jika kita lihat pada pendekatan Suzuki iaitu muzik harus dipelajari oleh kanak-kanak dengan menggunakan kaedah yang sama semasa mereka mempelajari bahasa ibunda mereka atau lebih dikenali sebagai the mother tongue approach. Selain itu, teknik imitasi juga digunakan oleh tokoh muzik ini sebagai cara pembelajaran muzik. Sebagai bakal pendidik muzik, kita harus bersikap kreatif dalam hal-hal perkaedahan dengan berpandukan pendekatan Suzuki agar membantu murid-murid dapat mempelajari muzik dan mata pelajaran lain dengan lebih mudah, menyeronokkan dan memberi pengalaman seperti dalam nyanyian, bermain alat muzik dan sebagainya secara langsung.

14

RUJUKAN Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi Ke Empat. Kuala lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal Pengetahuan dan Pemikiran Seni Hari Martopo. Music as Important Factor in Application Quantum Laerning Method. ISI Yogyakarta, Indonesia. Laman Web Suzuki Early Childhood Education http://www.suzukiece.com/index.html

Laman web Wikipedia, Ensiklopedia Bebas http://en.wikipedia.org/wiki/Shinichi_Suzuki_(violinist)#Biography http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzik

Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur. Penerbit Muzikal. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd. Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. PTS Profesional Publishing.

15

LAMPIRAN

16

17

You might also like