You are on page 1of 18

ISI KANDUNGAN

BIL.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. PENGENALAN

2. DEFINISI STRESS DAN TEKANAN

3.

CONTOH KES DAN TANDA-TANDA KANAK-KANAK STRESS DAN TERTEKAN

4.

LANGKAH MENANGANI DAN MENGURANGKAN STRESS DAN TEKANAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

5. LAMPIRAN

17

PENGENALAN Sebagai orang dewasa, kita kebiasaannya sibuk dengan tugas sebagai ibu bapa, penjaga dan pekerja dan sering merasa tertekan. Namun adakah kanak-kanak turut mengalami situasi yang sama? Bagi sesetengah orang, mereka mempunyai anggapan bahawa zaman kanak-kanak adalah zaman yang ceri, meriangkan, tidak dibelenggu kebimbangan atau tanggungjawab. Namun begitu terdapat kajian dilakukan membuktikan bahawa kanak-kanak terut mengalami tekanan yang terlampau dan gejalanya adalah yang sama seperti orang dewasa. Sama seperti orang dewasa kanak-kanak kadang-kanang mengalami kemurungan dan mengalami kesukaran untuk mengawal tekanan. Namun begitu, kanak-kanak tiada kefahaman dan kemahiran untuk memahami atau menguruskan tekanan dengan cara yang betul. Kanakkanak bergantung kepada individu di sekelilingnya iaitu ibu bapa, penjaga, pengasuh, dan komuniti di sekeliling nya. Sebagai ibu bapa dan pengasuh kepada kanak-kanak seseorang itu harus dapat mengesan dan membantu apabila kanak-kanak di bawah jagaan mereka mengalami masalah tekanan. Untuk menangani stress dan tekanan dalam kalangan kanak-kanak, seseorang ibu bapa dan pengasuh harus mempunyai pengetahuan tentang makna stress, tanda-tanda dan faktor yang mendorong kepada tercetusnya stress dalam kalangan kanak-kanak serta cara yang boleh dilakukan untuk menangani stress dalam kalangan kanak-kanak.

1.0. DEFINISI STRES DAN TEKANAN Tekanan emosi atau stres merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, stress merupakan satu keadaan di mana seseorang itu merasa resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat daripada tekanan mental atau fizikal. Morstt & Furst (1979:7) menyatakan tekanan atau stress adalah sesuatu keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujukan keadaan tidak selasa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan. Dalam A Dictionary of Human Behaviour (1981:121) pula memberi definisi tekanan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk sesuatu masa yang boleh menggugatkan keupayaan seseorang untuk mengendali sesuatu situasi. Ada juga ahli psikologi mengaitkan dengan persekitaran dalam mendefinisikan tekanan. Ini berdasarkan kepada pendapat Kaplan (1983: 296) yang menyatakan bahawa tekanan wujud akibat daripada kegagalan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tuntutan persekitaran yang melampaui keupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebut akan menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannya sendiri. Seterusnya, ia akan menyebabkan individu mengalami ketegangan. Kesimpulannya, tekanan atau stress merupakan satu tindak balas tubuh kepada keadaan fizikal atau emosi yang menyebabkan ketidak seimbangan dalam kehidupan seseorang. Tekanan kadang kala adalah suatu perkara yang normal dan boleh diramal dalam kehidupan kita. Kanak-kanak bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap tekanan. Sesetengah kanak-kanak jatuh sakit. Sesetengahnya mungkin berputuh asa, gementar, dan ada juga yang marah-marah dan meminta perhatian. Dalam sesetengah kes, stress boleh juga membantutkan perkembangan kanak-kanak tersebut.

2.0. CONTOH KES DAN TANDA-TANDA KANAK-KANAK STRESS. Seperti yang telah dinyatakan tadi bahawa bukan sahaja orang dewasa yang mengalami stress. Ianya merupakan satu gejala yang dialami oleh sema orang tanpa mengira usia. Dalam satu kes, seorang pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mengeluh kerana sering mengalami sakit kepala, sakit perut, dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah, dan kurang keyakinan yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya. Dalam kes yang lain pula seorang kanak-kanak enam tahun dibawa ke klinik kerana sering kencing malam. Apabila diperiksa tahap kesihatannya memuaskan tetapi apabila diselidiki keaadaan psikologi keluarganya, doktor mendapati bahawa ayahnya berkerja jauh dan tidak pulang selama 6 bulan dan kanak-kanak ini rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi atau stress akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barangbarang kawan-kawannya di tadika. Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak-kanak sering kencing malam dan tiada selera untuk makan akibat suasana rumah yang kurang stabil di mana ibu bapa sering bertelagah dan ada ura-ura untuk berpisah atau bercerai. Kanak-kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga mengalami tekanan emosi jika ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh taska atau tadika. Dia akan menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak-kanak ini dimasukkan ke hospital, ibu bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada disisinya kerana keaadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan member kesan kepada status emosi kanak-kanak tersebut. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak-kanak tersebut. Bayi turut mengalami tekanan emosi. Rasa kurang selesanya terhadap sesuatu keadaan dipamerkan melalui tangisan yang lebih kerap, keengganan untuk menyusu dan tidak menunjukkan sebarang perkembangan. Dalam satu kes seorang bayi berusia enam bulan yang tidak subur telah diperiksa di klinik dan didapati bahawa dia kurang menyusu. Bayi tersebut tidak mendapat layanan mesra daripada ibunya yang mengalami kemurungan atau despression. Dia dijaga sama ada oleh ibu saudaranya, pembantu rumah atau kadang kala jirannya. Nyatalah bahwa anak tersebut sering meragam kerana tidak dapat belaian

yang sewajarnya dari ibu kandungnya. Si ibu kemudian di berikan rawatan kaunseling dan setelah itu dia berjaya untuk mengubah cara asuhan nya yang bersifat lebih keibuan. Ekoran daripada itu hubungan ibu dan anank menjadi lebih mesra. Daripada contoh-contoh yang diberikan ini dapat dilihat bahawa tekanan emosi boleh berlaku kepada kanak-kanak di semua peringkat umur. Tanda-tanda yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berbeza-beza mengikut usia masing-masing. Seseorang kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan, loya tekak dan muntah-muntah, sakit perut, sakit kepala, pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjadi tidak bermaya, lelah, sukar tidur malam, kencing malam, mengigit-gigit kuku, menarik-narik rambut dan sebagainya. Kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat kurang selera makan. Doktor yang merawat kanak-kanak yang mempamerkan tanda-tanda seperti yang disebutkan tadi akan melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sekiranya wujud sebarang penyakit akan dapat dirawat dengan segera. Sekiranya doktor yakin tidak terdapat sebarang penyakit yang berbahaya, keadaan psikososial kanak-kanak akan dinilai secara terperinci. Kemungkinan untuk dia menghidapi tekanan emosi. Sebagai ibubapa, pengaruh, guru dan masyarakat di sekeliling kanak-kanak kita haruslah mengatahui tanda-tanda atau simptom apa bila seseorang kanak-kanak itu mneghadapi stres atau kemurungan, Beberapa perubahan dapat dilihat apa bila seseorang kanak-kanak mengahadapi stress. Perubahan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu : Perubahan perasaan, emosi atau pemikiran Perasaan tidak berpuas hati. Kurang tumpuan. Kurang keyakinan diri. Rasa diri tidak berguna. Cepat bosan. Tertekan kerana dipinggirkan.

Perubahan kelakuan. Tangisan yang sedih, menyayat hati dan berterusan. Kurang berminat terhadap aktiviti yang mengembirakan. Terpinggir atau terasing. Pemarah dan suka bermusuh.

Perubahan fizikal. Kurang kecerdasan. Perubahan masa tidur atau makan. Masalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya. Perubahan berat badan yang ketara.

Hubungan yang tegang. Kerap kali tidak hadir ke sekolah. Hendak lari dari rumah. Kelakuan yang memudaratkan diri sendiri.

Cepat marah.

3.0. LANGKAH

MENGATASI

DAN

MENGURANGKAN

STRESS

DALAM

KALANGAN KANAK-KANAK Cara seseorang itu mengahadapi cabaran-cabaran hidup berbeza dengan orang lain dan ini bergantung kepada personaliti atau perwatakan yang telah dibentuk sejak dari peringkat bayi dan mungkin juga sejak dari dalam rahim lagi. Selain pengaruh baka, pengalaman dari semasa ke semasa sentiasa berubah, mengukuh atau menghilangkan sesuatu cirri perwatakan yang terdapat pada dirinya. Dalam kalangan orang dewasa ada yang sering kelihatan tenang sahaja walaupun berhadapan dengan sesuatu krisis manakala ada pula yang mudah merasa resah sehingga tidak dapat memikirkan cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi.keupayaan berfikir dengan tenang dan kecekapan menganalisis sesuatu keadaan untuk mendapat kaedah penyelesaian yang wajar merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi atau mengurangkan tekanan emosi. Setiap individu memang mempunyai kebolehan untuk mangatasi kelemahannya. Begitu juga dengan kanak-kanak yang sedang membesar yang mudah dibentuk pemikirannya melalui pendidikan dan contoh-contoh yang positif.

Kanak-kanak mengalami tekanan emosi mungkin kerasa dia kurang selesa di tadika atau disekolahnya. Pengasuh atau guru yang tidak memahami masalah kanak-kanak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian, sokongan dan bimbingan. Dalam usaha mendapatkan perhatian kanak-kanak ini mungkin menjadi hiperaktif, sering mengacau kanak-kanak lain dan tingkah lakunya ini mungkin akan menjejaskan program-program yang telah diaturkan di tadika atau di kelas. Kanak-kanak sebegini perlu mendapat penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti cirri-ciri kelemahan dan kekuatan yang dimilkinya. Program pembelajaran juga harus disesuaikan kepada semua kanak-kanak. Umpamanya program yang menekankan aspek-aspek membina keyakinan diri, dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak-kanak lainsecara lebih cepat. Adakalanya kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus (learning disability) yang menyebabkan dia agak ketinggalan dari segi pelajaran berbanding kanakkanak lain. Keadaan ini perlu dikenal pasti supaya langkah-langkah intervensi dapat diatur khusus untuk kanak-kanak terbabit bagi membolehnya menggunakan cirri-ciri kekuatan yang lain untuk mengatasi kebuntuan yang dihidapinya. Terdapat juga kanak-kanak yang diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dimana mereka tidak dibekalkan dengan bahan bacaan dan peralatan menulis yang mencukupi. Ada sesetengah kanak-kanak pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Akibatnya mereka berasa kurang keyakinan, dan kemahiran bersosial yang terbantut. Apabila kanak-kanak ini dimasukkan ke taska atau tadika mereka mengalami ketegangan atau tekanan, di mana mereka merasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malah, perasaan takut mengkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama berhadapan dengan guru. Oleh itu para pengasuh tadika atau guru sepatutnya memainkan peranan yang lebih positif untuk membantu kanakkanak ini agar mereka merasa lebih selesa dalam suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.

Pengesanan awal dan mengenal pasti kanak-kanak yang berpotensi menghadapi kemurungan adalah sangat mustahak. Bantuan Psikologi mesti diberikan untuk membantu kanak-kanak ini untuk : Belajar berfikiran positif dengan mengawal dan menunjuk ke arah cara yang betul. Terapkan kepercayaan diri sendiri Mengendalikan kehidupan secara positif dan yakin dengan perubahan diri, dapat mengatasi ketakutan, marah,kecewa dan sebagainya. Memperkembangkan kemahiran sosial yang positif

Berikut adalah 20 langkah yang boleh pengasuh, guru, dan ibu bapa praktikkan bersama kanak-kanak apabila mereka menghadapi tekanan : 3.1. Memahami punca tekanan. Sebagai penjaga dan orang yang dekat dengan kanak-kanak kita seharusnya mengajak kanak-kanak untuk menyelidik punca yang menyebabkan mereka mengalami tekanan. Ajar kanak-kanak untuk mencari masalah yang menyebabkan mereka merasa tidak selesa, resah, tertekan dan sedih. Selain itu cuba ubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari yang boleh menyebabkan ketegangan. Antaranya mengurangkan kelas tambahan dan memberikan masa untuk kanak-kanak bermain atau berehat.

3.2.

Meletakkan keutamaan. Ibu bapa, guru, dan penjaga perlu senaraikan keutamaan untuk dilakukan oleh kanak-kanak. Dengan ini dapat membantu kanak-kanak bertindak mengikut keutamaan bagi mengelakkan mereka tidak membuang masa dan melakukan sesuatu perkara yang merugikan. Jangan melakukan pekerjaan tanpa memberikan keutamaan kepada yang lebih penting. Dengan melatih kanak-kanak untuk meletakkan keutamaan ini akan dapat melatih mereka dalam menghadapi dunia persekolahan dan alam dewasa mereka.

3.3.

Selesaikan masalah satu persatu. Bantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Kanak-kanak belum mahir dalam menyelesaikan masalah. Tidak kira sama ada masalah kecil atau rumit. Oleh itu sebagai individu yang dekat dengan kanak-kanak, bantu mereka untuk menyelesaikan masalah kecil sebelum ianya menjadi bertambah rumit. Cuba dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan dengan kanak-kanak kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku langsang seperti menggigit kawannya, cuba berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut, tanya sebab mengapa dia berkelakuan sebegitu, menasihati dia dan minta dia untuk meminta maaf dari kawannya itu. Sekiranya dibiarkan kemungkinan kanak-kanak akan berterusan menunjukkan kelakuan negatif.

3.4.

Menangis. Titisan airmata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalaha. Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa. Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan. Namun ianya berbeza dalam kalangan kanak-kanak. Tanpa mengira jantina mereka akan menzahirkan tekanan yang dialami oleh mereka menerusi tangisan. Namun begitu tangisan kanak-kanak itu tidak seharusnya dibiarkan.

3.5.

Ketawa. Ketawa merupakan salah satu penawar dalam melepaskan tekanan dan mengurangkan tekanan yang dialami. Selain itu ketawa membantu meningkatkan keupayaan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otototot dan suhu badan jugga dapat diaktifkan. Proses ini dipercayaidari segi klinikal dapat membantu dalam membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Bantu kanak-kanak dengan

menceritakan cerita yang mempunyai unsur kelakar, jenaka,disertai dengan aksi dan intonasi yang dapat mencuit hati kanak-kanak.

3.6.

Bersenam atau beriadah. Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh. Ketegangan jasmani dapat dielakkan oleh kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan. Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan. Senaman secara tidak langsung boleh menceriakan kanak-kanak. Muzik yang dipasangkan bagi mengiringi senaman yang dijalankan boleh menyebabkan kanak-kanak bergerak aktif. Ini boleh membantu kanak-kanak bagi melegakan tekanan yang mereka alami.

3.7.

Menyanyi, menari dan menjerit. Anda boleh mengajak kanak-kanak melepaskan stress dengan nyanyian tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut. Pasangkan lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh dan kurang tekanan. Menjerit juga salah satu cara yang dikatakan berkesan dalam mengurangkan tekanan. Bawa kanak-kanak ke tempat yang snyi dan minta mereka untuk menjerit sekuat hati. Namun begitu langkah ini tidak seharusnya dibiasakan kerana sekiranya kanak-kanak dibiasakan dengan jeritan kemungkinan untuk mereka tantrum adalah tinggi.

3.8.

Mencurahkan perasaan pada diari atau lukisan. Bila kanak-kanak merasa tanda-tanda tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya mintalah mereka untuk menuliskan segala-galanya di dalam diari. Mana kala bagi kanak-kanak yang belum mahir dalam menulis mereka diajar untuk melukis sebagai cara untuk meluahkan perasaan mereka. Berikan kebebasan kepada kanak-kanak untuk melukis dan menulis sepuasnya. Kadang kala kita boleh membaca personaliti dan perasaan kanak-kanak tersebut melalui tulisan dan lukisan yang dihasilkan.

10

3.9.

Luahkan pada sahabat karib atau orang terdekat. Bantu kanak-kanak untuk mencari sahabat atau orang yang dipercayainya. Kemungkinan dengan orang tersebut dia merasa selesa untuk meluahkan perasaan yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan tekanan dan stress yang dialami. Kemungkinan apabila kanak-kanak berkongsi masalah mereka dengan sahabat atau orang terdekat yang lebih berpengalaman dan dewasa masalah mereka akan selesai dengan mendengar pendapat, nasihat dan pandangan mereka.

3.10.

Meditasi atau bertakafur. Meditasi atau bertafakur dijalankan dengan guru, pengasuh, ibu bapa dan penjaga mengajak kanak-kanak melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkah laku yang telah dilakukan. Secara bertafakur dan bertenang kanak-kanak akan dapat membuat pertimbangan di mana yang sepatutnya diperbaiki dan mencari punca timbulnya sesuatu masalah.

3.11.

Mengetahui had kemampuan. Kanak-kanak harus diberi pengetahuan dan kefahaman mengenai bila bermula dan sepatutnya berhenti serta dinasihatkan agar jangan terlalu memaksa diri mkereka melakukan sesuatu. Jangan biarkan kanak-kanak membuang masa kepada perkara yang mereka tidak mampu tanggung dan menyerahkanatau meminta bantu orang lain yang lebih layak atau mahir melakukan sesuatu kerja agar mereka tidak terus-terusan tertekan.

11

3.12.

Berusaha dan berserah. Ajar kanak-kanak tentang konsep bertawakal atau berserah. Ajar mereka untuk bertawakal kepada tuhan setelah mereka berusaha dengan sehabis baik. Minta mereka perbanyakkan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta ditambah dengan amalanamalan sunat. Jangan biarkan kanak-kanak terbelenggu dengan tekanan dan berusahalah untuk mendapatkan jelan keluar bagi setiap masalah.

3.13.

Bersantai. Setelah berusaha keras menjalankan tugas-tugas harian di taska, tadika, sekolah atau pun di rumah, bawalah kanak-kanak untuk mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di manamana sahaja tempat yang dirasai sesuai untuk memanjakan diri dan minda mereka. Selain itu lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberi keseronokan.

3.14.

Ambil mudah. Beritahu kepada kanak-kanak biar sebesar mana pun masalah dan dugaan yang diterima bahawa sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran. Sebagai seorang guru yang bijak, sesuaikan dan minta kanak-kanak untuk berhenti melakukan tugasan yang tidak dapat diselesaikan pada masa yang lain. Jangan terlalu membebankan kanak-kanak dengan tugasan sehingga menjejaskan kehidupan dan membuatkan mereka tertekan.

3.15.

Mengadu kepada kaunselor. Sekiranya kita tidak dapat membantu kanak-kanak dalam mengurangkan tekanan dan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak, bawa mereka untuk dapatkan bantuan kaunselor. Kaunselor dapat membantu proses

penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil. Selain itu kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin kanak-kanak dan kita tidak sedar menegnai kanak-kanak di bawah jagaan kita.

12

3.16.

Berurut. Berurut boleh membantu malancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan. Selepas berurt anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan. Berurut bagaimana pun kadang kala sedikit sakit, namun ianya mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress. Namun begitu urutan kanak-kanak dan bayi berbeza dengan urutan orang dewasa.

3.17.

Refleksologi atau akupuntur. Selain itu kanak-kanak boleh juga diajak untuk melakukan refleksologi kaki atau akupuntur. Melalui cara ini punca penyakit dapat dikenal pasti disamping dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung. Cara ini merupakan salah satu cara yang sesuai bagi mengatasi masalah stress.

3.18.

Hypnosis. Menurut sesetengah orang proses hypnosis atau lebih dikenali sebagai pukau dapat membantu menangani stress. Kita boleh meletakkan kanakkanak duduk dihadapan pakar dan kemudian pakar tersebut akan membawa kanak-kanak memasuki satu suasana yang indah, setelah itu kanak-kanak akan disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya kanak-kanak tersebut akan disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila kanak-kanak itu sedar, dia akan berasa segar dan ringan tanpa masalah. Teknik ini sebenarnya adalah teknik bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

13

3.19.

Terima keadaan seadanya. Sebagai orang yang rapat dengan kanak-kanak ajarlah mereka untuk jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan. Dalam keadaan ini ada baiknya kanak-kanak difahamkan bahawa adalah sebaiknya tidak terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya mereka tidak merasa terlalu kecewa apabila tidak dapat memperolehinya.

3.20.

Amalkan sikap dan gaya hidup yang sihat. Beritahu kepada kanak-kanak untuk bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan bersedia dalam menerima dan berhadapan dengan masalah. Selain itu, sedar dan mensyukuri behawa segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan dan ada hikmah di sebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan bagi mengatasi masalah mendatang. Semaikan amalan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan kanak-kanak dengan mengamalkan amalan mengambil makanan dan hidup secara teratur serta terurus dan janganlah melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

Selain itu, sesi kaunseling juga mustahak untuk perseorangan, keluarga dan sekolah. Sesi kaunseling ini dapat membantu dalam mancari jalan penyelesai dalam mengatasi stress yang dialami. Sesi ini bukan sahaja tertumpu kepada kanak-kanak sahaja, bahkan boleh melibatkan pihak ibu bapa bagi membantu kanak-kanak menangani stress dengan betul, menyediakan persekitaran dan perhatian yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pihak pengasuh, guru, taska, tadika dan sekolah juga boleh dilibatkan dalam sesi ini bagi menyediakan persekitaran yang positif keatas kanak-kanak. Pengambilan ubat juga dikatakan salah satu alternetif bagi menangani masalah tekanan dan stres dalam kalangan kanak-kanak, namun ianya hanya akan diberikan oleh pakar psikiatri.

14

Seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, sebenarnya masalah stress ini boleh dielakkan sekiranya ibu bapa dan pengasuh dapat menyediakan persekitaran yang positif ke atas kanak-kanak tersebut seperti : Membantu kanak-kanak menghadapi kehidupan yang positif. Memberi bantuan psikologi bila kanak-kanak itu menghadapi masalah. Menyediakan hubungan saling menerima, kemesraan, bertindakbalas dan saling percaya mempercayai. Tunjukkan contoh tauladan dan pengawasan yang baik. Memberikan perlindungan yang selamat, harmoni dan persekitaran yang sihat. Oleh kerana tekanan tidak dapat dielakkan, bebrapa cara boleh dilakukan ibu bapa dan orang dewasa untuk membantu kanak-kanak menangani tekanan dengan efektif. Berikut pula adalah antara contoh cadangan bagi ibu bapa untuk membantu anak yang menghadapi tekanan : a) Bercakap secara langsung dengan anak anda apabila apabila anda dapat mengesan tanda-tanda bahawa anak anda mengalami tekanan seperti Mama nampak Man macam tak happy je. Ada apa-apa berlaku di sekolah tadi ke? b) Tunjukkan bahawa anda bersimpati , mengambil berat dan cuba memahami perasaannya. c) Dengar apa yang akan diceritakan oleh anak anda. Dengar dengan penuh minat sabar, terbuka dan penuh rasa kasih saying. Cuba elak dari mencelah , mengkritik atau menyalahkan atau memarahinya semasa dia bercerita. Tujuan adalah supaya dia dapat meluahkan perasaannya. d) Cuba dapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang cuba disampaikan oleh anak anda dengan bertanya soalan seperti kemudian apa berlakudsb. Beri masa pada anak untuk bercerita. e) Cuba beri komen ringkas tentang perasaan yang dialami oleh anakseperti.. Memang patutlah adik sedih sebab adik tak dibenarkan main tadi ! Atau Patutlah adik marah sebab barang adik dah dirosakkan! Situasi ini

15

menunjukkan kepada anak anda bahawa anda memahami kenapa dia berperasaan begitu dan anda mengambil berat tentang dirinya. f) Bantu anak mengnalpasti perkataan yang sesuai untuk meluahkan persaan yang dialami seperti marah, cemburu, sedih, geram dan sebagainya. Menyatakan perasaan yang dialami secara lisan dapat membantu anak anda mengembangkan kemahiran Kesedaran terhadap emosi (emotional

awareness) iaitu kebolehan mengenali emosi sendiri. g) Cuba alih perhatian anak anda dengan melakukan beberapa aktiviti yang boleh menggembirakannya.

16

LAMPIRAN

17

18

You might also like