You are on page 1of 20

KAZ 1073 SASTERA DAN TEKNIK BERCERITA

ULASAN ARTIKEL / JURNAL SESI BERCERITA BOLEH TINGKAT POTENSI

NAMA NO MATRIK PROGRAM SEMESTER

: NORYUSMANIA BINTI JUNAIDI : E20101000826 : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK. : SEMESTER 5 (SESI 1 2012/2013)

KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN A NAMA PENSYARAH : ISI KANDUNGAN

BIL. 1.0 2.0 3.0

ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN ...................................................................... ARTIKEL ................................................................................... ULASAN ARTKEL 3.1 PENGENALAN 3.2 PERBINCANGAN 3.3 KRITIKAN PENAMBAHBAIKAN 3.4 RUMUSAN ........................................................... ........................................................ DAN CADANGAN

MUKA SURAT

................................................

..................................................................

4.0

BIBLIOGRAFI

.........................................................................

1.0

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya diberikan kesihatan dan kewarasan yang baik, saya, Noryusmania binti Junaidi telah berjaya menyiapkan tugasan individu KAZ 1073 SASTERA DAN TEKNIK BERCERITA tepat pada masanya. Setinggi-tinggi perhargaan dan jutaan terima kasih kami terutamanya kepada pensyarah pembimbing iaitu Cik Nurul Aziela binti Sulaiman, yang banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar, buah fikiran, panduan dan komen yang bernas kepada saya dari awal permulaan tugasan sehinggalah selesai tugasan ini. Tidak lupa juga saya tujukan ribuan terima kasih saya kepada keluarga tercinta yang banyak memberi semangat dan dorongan. Dengan doa dan restu mereka menjadi kekuatan kepada diri saya untuk berjaya di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

Seterusnya, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan lain yang turut memberi pendapat untuk menyelesaikan tugasan individu ini. Hanya Allah S.W.T dapat membalas jasa dan budi baik mereka semua.

Akhir kata dari saya, jutaan terima kasih kepada semua yang turut terlibat dan membantu dalam memberi idea, pandangan, mencari bahan rujukan serta dorongan dalam menyiapkan tugasan kerja individu ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bagi penutup bicara, saya sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Cik Nurul Aziela binti Sulaiman, dimana semangatnya dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran kepada saya dan saya sudahi dengan wassalam.

2.0 ARTIKEL

3.0 ULASAN ARTIKEL

3.1

PENGENALAN Semakin banyak kajian yang dijalankan berkaitan penggunaan sastera dan sesi pengajaran dan

pembelajaran oleh guru di pusat pendidikan awal kanak-kanak atau oleh ibu bapa dirumah. Oleh itu artikel yang diterbitkan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Oktober 2003 ini amat bertepatan kerana ia membincangkan tentang sesi bercerita boleh mempertingkatkan potensi kanak-kanak.

Di dalam artikel tersebut penulis turut membincangkan cara penyampaikan cerita yang betul serta kelebihan kaedah bercerita kepada diri kanak-kanak.

3.2

PERBINCANGAN Dalam artikel bertarikh 20 Oktober 2003 ini, penulis menyatakan pendedahan kepada kanak-kanak di dalam bidang pendidikan perlu dipraktikkan sejak dari awal dan bagi memastikan golongan kanak-kanak ini berminat dengan setiap aktiviti pendidikan yang dilakukan guru, ibu bapa atau tenaga pengajar perlu memainkan peranan yang besar.

Menurut Saayah Abu dalam buku Menjadi Guru Tadika (2009), pendidikan tadika adalah pendidikan terawal yang diterima oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Ia adalah masa kritikal bagi kanak-kanak membangun dan berkembang secara pesat meliputi aspek perkembangan fizikal, intelek, emosi, rohani dan sosial mereka. Sehubungan dengan itu, menjadi tanggung jawab pendidik juga bagi memastikan mereka menerima pembelajaran, pengetahuan dan pengalaman yang bermakna dan mengembirakan bagi membina dan merangsang

perkembangannya. Bagi memastikan semua kanak-kanak mempunyai pengalaman yang sama terutama pada peringkat prasekolah, pendidik dan ibu bapa perlu mengetahui program yang hendak disalurkan kepada mereka.

Nur Hashimah & Yahya Che Lah (2003), peringkat prasekolah adalah masa terbaik untuk perkembangan kanak-kanak. Peringkat ini adalah masa terbaik berlaku perubahan-perubahan yang penting. Perubahan ini berkaitan dengan interaksi kompleks iaitu teknik dan kaedah struktur kognitif, fizikal dan sosial kanak-kanak itu. Pengajaran dan pembelajaran di prasekolah yang berkesan bergantung kepada pelaksanaan yang melibatkan warga kerja prasekolah yang benarbenar faham, menghayati dan mampu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti yang dihasratkan (Rafei Haji Mahat, 2001). Manakala Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (1999)

pula memberi penekanan, secara umumnya kualiti program prasekolah dinilai daripada segi keberkesanan program, iaitu program-program yang mampu membawa perubahan dalam perkembangan potensi kanak-kanak.

Berdasarkan penulisan penulis dalam artikel Sesi Bercerita Boleh Tingkat Potensi, penulis ada menyatakan bahawa kemahiran dalam penyampaian setiap kaedah pembelajaran yang sesuai dapat menarik minat kanak-kanak agar mereka tidak teragak-agak untuk turur serta dalam sesi pembelajaran tersebut. Di samping itu setiap kaedah pembelajaran yang sesuai dapat menarik minat kanak-kanak dan seterusnya akan mewujudkan rasa senang dalam kalangan kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan memudahkan pemahaman mereka atas apa sahaja yang disampaikan oleh guru dan ibu bapa. Khadijah Rohani (1992) mendapati program prasekolah yang menekankan akedemik menyebabkan kanak-kanak mengalami kegagalan dan kehilangan kepercayaan diri. Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak tertekan, kehilangan minat belajar dan menimbulkan masalah pembelajaran di bilik darjah. Katz (1985) menyatakan pendedahan akademik atau kemahiran asas kepada kanak-kanak di peringkat terlalu awal akan merosakkan perkembangan minat belajar kanak-kanak. ...Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Sumber : Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997

Kurikulum Standart Prasekolah digubal sebgai usaha menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Ia menjadi dokumen rujukan standart kepada semua pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Prasekolah). Menurut Winsler (1995), Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) oleh National Association for the Education of Young Children, Washington DC, (NAEYC) menyatakan ABP

memainkan peranan penting dalam mempengaruhi mutu pengajaran dan pembelajaran serta mencerminkan keadaan, persekitaran semasa dan cara hidup kanak-kanak. Ini dapat menghasilkan pembelajaran yang berdasarkan kehidupan mereka sebenar, dan akhirnya akan mewujudkan minat dan rasa senang seperti yang telah dinyatakan dalam artikel Sesi Bercerita Boleh Tingkat Potensi.

Bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti yang sebenar (Kraus, 1990). Menurut teori Carr, bermain adalah penting kepada kanak-kanak kerana bermain dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masingmasing (Kraus, 1990). Bermain dalam konteks yang dinyatakan adalah bermain yang mempunyai unsur berstruktur yang memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif.

Antara aktiviti yang boleh dianggap bermain adalah bercerita. Negara maju seperti United Kingdom memberi tumpuan kepada penerapan budaya bercerita. Ini kerana mereka mendapati sesetengah pengurus di syarikat korporat tidak berupaya menceritakan kelebihan syarikat mereka kerana tidak menguasai kemahiran itu. Poland pula menjalankan kempen menyarankan ibu bapa bercerita kepada anak sebelum tidur (Berita Harian, 18 Disember 2008).

Mentaliti kanak-kanak yang lebih suka terhadap permainan dilihat sebagai satu bentuk pembelajaran yang perlu ditafsirkan. Kanak-kanak sangat suka bermain walaupun semasa mereka sedang makan, belajar mahupun ketika hendak tidur. Bercerita merupakan satu aktiviti bermain yang menarik perhatian kanak-kanak. Ia juga boleh digunakan dalam mana-mana pelajaran bagi menghidupkan sesuatu pembelajaran dan boleh merangsang kanak-kanak melahirkan idea serta pendapat. Bercerita juga menjadikan pembelajaran sebagai suatu pengalaman yang

menyeronokkan. Tambahan lagi, bercerita dapat dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan.

Selain daripada menyatakan tentang kemahiran penyampaian pengajaran yang baik dan penting dalam menarik minat belajar kanaka-kanak, penulis menyatakan mengenai hasrat kerajaan yang mana mahukan pelajar-pelajar didedahkan dengan bahasa Inggeris dan berpendapat bahawa

kaedah awal yang sesuai untuk kanak-kanak adalah melalui sesi bercerita. Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara dan salah satu daripadanya adalah daripada peniruan bunyi yang pernah didengarnya sebagai contoh kosa kata yang didengarnya semasa sesi bercerita. Mereka belajar dengan meniru pertuturan orang lain dan meluahkannya dengan cara tertentu. Bunyi perkataan adalah MAGIC pada kanak-kanak. Perkataan magik ini mula diperolehi apabila kanakkanak bermain dengan bahasa. Selepas menghafal dan menghasilkan semula perkataan tersebut mereka akan mempelbagaikan dan memanipulasikannya dalam pelbagai keadaan.

Penguasaan bahasa kedua atau ketiga seperti bahasa Inggeris menjadi sesuatu kebiasaan kepada kebanyakan kanak-kanak di Malaysia. Mereka menguasai dua bahasa ataupun lebih melalui dua proses iaitu memperolehnya secara spontan (simultaneous acquation) dan memperolehnya secara turutan (sequential acquisition). Menurut Reich (1986), kanak-kanak kebiasaannya mengambil masa masa satu tahun bagi menguasai bahasa kedua selepas menguasai bahasa pertamanya. Selain itu turut dinyatakan oleh Hakuta, Ferdman & Diaz (1987) dalam kajian mereka bahawa kajian tersebut telah menunjukkan kanak-kanak yang dapat bertutur dalam dua bahasa lebih baik daripada kanak-kanak yang dapat bertutur dalam dua bahasa lebih baik daripada kanak-kanak yang hanya dapat bertutur dalam satu bahasa sahaja khususnya daripada segi analisis penaakulan, pembentukan konsep, pembentukan kognitif dan meta linguistik.

Menurut artikel yang saya ulas ini, penulis menyatakan bahawa sesi bercerita kepada kanakkanak empat hingga lapan tahun, sebenarnya bukanlah setakat bacaan dengan nyaring atau read aloud sahaja. Menurut Saayah Abu dalam buku nukilan beliau, Menjadi Guru Tadika, beliau mengatakan penggunaan teknik bercerita dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Cara penyampaian itu boleh dipelbagaikan sama ada secara lisan seperti yang dinyatakan dalam artikel tadi, melalui pita rakaman, menonton video atau CD dan juga dengan menggunakan boneka. Apabila sesuatu cerita dapat disampaikan dengan baik, kanakkanak dapat mempelajari sesuatu dalam keadaan yang menyeronokkan dan pelajaran yang diajar akan lebih kekal dalam ingatan.

Apa yang dimaksudkan dengan bercerita? Menurut E. Green (1976), bercerita merupakan satuseni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimic muka untuk melonjakkan idea dan

merangsang daya imiginasi pendengar. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan sastera teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis. Anne Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.

Dalam artikel ini, penulis tidak menyatakan secara jelas berkaitan kebaikan sesi bercerita yang boleh meningkatkan potensi kanak-kanak. Penulis sebaliknya lebih mengutarakan tentang langkah atau teknik-teknik bercerita dengan kanak-kanak yang dapat meningkatkan potensi kanak-kanak. Kebaikan yang dinyatakan oleh penulis terlampau ringkas, tiada penjelasan yang lebih tepat dan menyeluruh serta tidak spesifik. Antara kebaikan sesi bercerita kepada kanak-kanak yang dapat di simpul daripada penulisan artikel tersebut adalah : Memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan atau mendengar apa yang ingin dikatakan mengenai cerita tersebut. Membangkitkan keseronokan dan keasyikan dalam diri kanak-kanak dengan cerita yang dihidangkan. Dapat meningkatkan kosa kata bahasa Inggeris melaui permainan berbentuk interaktif.

Sepatutnya penerangan mengenai kebaikan sesi bercerita ini seharusnya diperbanyakkan dan diperincikan dengan lebih jelas agar pembaca amnya dan guru serta ibu bapa khususnya. Seterusnya, barulah dimuatkan maklumat bagaimana cara terbaik untuk bercerita dengan kanakkanak. Melalui penerangan dan input yang baik secara tidak langsung lebih ramai pihak akan berminat untuk menggunakan kaedah bercerita bagi meningkatkan potensi kanak-kanak dibawah jagaan dan seliaan mereka.

Menurut Rohizani Yaakub (2009), cerita dapat memberi sumbangan ke arah kejayaan akademik dan kesejahteraan emosi kanak-kanak. Bercerita dapat dijadikan alat untuk

menggalakkan kanak-kanak meneroka keunikan diri mereka. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi melalui pemikiran dan perasaan serta meluahkannya dalam bentuk oral yang teratur. Dalam dunia yang canggih ini, aktiviti bercerita dapat dijadikan alat untuk memupuk dan menyuburkan sifat-sifat peka kanak-kanak terhadap kelebihan menguasai bahasa dengan baik.

Menurut beliau lagi, bercerita juga membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan. Hal ini berlaku apabila kanak-kanak diberi peluang untuk bercerita sama ada setelah guru selesai bercerita atau pun sebelum guru bercerita lagi. Ketika sesi bercerita, kanakkanak boleh diajukan pertanyaan apakah mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian dalam cerita. Dengan cara ini, kanak-kanak dengan daya imaginasi mereka akan dilatih memberikan pendapat dan pandangan serta boleh berkongsi cerita tersebut dengan rakan-rakan yang lain.

Menurut Julia Unggai (1992) dalam artikel yang ditulis beliau dalam akhbar Wadah, beliau mengatakan kanak-kanak dilahirkan dengan segala kemungkinan untuk berkembang dan membesar. Mereka akan melalui beberapa fasa perkembangan seperti perkembangan fizikal, motor, mental, bahasa, permaianan, personality dan social. Perkembangan perkembangan tersebut akan berlaku secara serentak dan saling berkait rapat mempengaruhi antara satu dengan yang lainnya.

Dalam konteks ini, memahami perkembangan sosial kanak-kanak akan memudahkan seseorang menghasilkan karya untuk kanak-kanak dengan lebih bermutu. Peringkat perkembangan sosial kanak-kanak akan mula berkembang sebai sahaja kanak-kanak berusia tiga bulan. Ini kerana pada waktu itu mereka telah mula bertindak balas dengan ibu bapa, persekitaran dan pada masa yang sama akan membina kemahiran bahasa dan memperkenalkan dirinya sengan permainan dan juga membentuk personaliti.

Menurut Cut Nora Azizah pula, beliau berpendapat bercerita adalah aktiviti kegemaran kanakkanak yang perlu dikekalkan oleh ibu bapa dan guru-guru sebagai strategi yang berkesan dalam pendidikan anak-anak. Aktiviti ini boleh mengukuhkan komunikasi antara kanak-kanak dan ibu

bapa mereka di rumah dan juga guru-guru mereka dalam konteks bilik darjah. Banyak kebaikan diperoleh menerusi aktiviti ini. Dalam jurnal penyelidikan beliau, Cut Nora Azizah menyelitkan pendapat Prasetio (2010) yang menyatakan beberapa kebaikan dari bercerita, antaranya ialah: Medium untuk meluahkan nilai-nilai dan etika. Nilai dan etika boleh disampaikan kepada kanak-kanak yang menggunakan medium yang berkesan, iaitu bercerita. Tambahan pula, rasa empati boleh berkembang melalui bercerita. Jujur, perpaduan, kerja keras, rendah diri sebagai nilai-nilai dalam kehidupan juga boleh dipelajari melalui bercerita. Selain itu, tabiat harian menjadi alternatif dari bercerita. Memperkenalkan bentuk-bentuk emosi. Setiap cerita mempunyai watak-watak walaupun antagonis. Watak akan menunjukkan emosi apabila cerita telah memasuki konflik. Biasanya, emosi ditekankan dalam dialog atau ekspresi. Kanak-kanak akan tahu pelbagai emosi yang telah membawa mereka untuk mengetahui ciri-ciri manusia berasaskan cerita. Demikian, dalam kehidupan seharian, ia boleh membantu mereka untuk memahami dengan emosi rakan-rakan mereka atau sesiapa. Mengembangkan perbendaharaan kata Kebanyakan aktiviti kanak-kanak di sebuah sekolah yang berkaitan dengan membaca dan pembelajaran. Lebih banyak kanak-kanak membaca dan belajar, lebih banyak mereka akan kenal dan cam. Di sini, pendekatan bercerita boleh digunakan untuk memperkenalkan kosa kata baru dan sukar untuk kanak-kanak. Mengukuhkan ikatan dalaman Bercerita adalah anggap sebagai strategi yang baik untuk ibu bapa yang bekerja dalam mengukuhkan hubungan dan mempunyai masa yang berkualiti diluangkan dengan anakanak mereka. Ramai ibu bapa yang bekerja menghadapi kesukaran hubungan dengan anak-anak mereka dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk berseronok dan bermain dengan anak-anak mereka. Ibu bapa ini dinasihatkan menggunakan waktu terluang mereka dengan anak-anak mereka secara bijak dengan bercerita. Merangsang imaginasi

Kadang-kadang ibu bapa atau guru perlu mencuba bercerita tanpa membaca dari buku dan membiarkan kanak-kanak dengan cerita berdasarkan imaginasi mereka sendiri. Aktiviti ini akan merangsang imaginasi kanak-kanak. Imaginasi mencipta kreativiti. Membiasakan kanak-kanak dengan bercerita dalam usia awal mereka secara beransuransur akan membuat kanak-kanak berada dalam cinta dengan buku-buku dan pada akhir hari ia akan membuat kanak-kanak suka aktiviti yang berkaitan dengan pengetahuan.

Di dalam artikel tersebut penulis turut memuatkan beberapa tip atau cadangan yang dapat membuatkan sesei bercerita menarik dan akhirnya dapat mempertingkatkan potensi kanak-kanak. Menurut penulis sesuatu cerita yang dibaca kepada kanak-kanak juga perlu disesuaikan dengan minda dan pemahaman serta moral kanak-kanak tersebut. Selain itu, melalui sebuah pembacaan buku yang mudah menurut penulis individu yang membaca buku tersebut perlu Berjaya menghidupkan watak-watak didalam buku cerita berkenaan menerusi mimic muka, suara dan penggunaan kesan bunyi.

Sebaik-baiknya selepas setiap kali habis satu muka surat, guru-guru atau individu berkenaan perlu berhenti seketika bagi memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneka apa yang mereka rasa akan berlaku seterusnya. Dalam pada masa yang sama, kaedah bercerita dapat mempertingkatkan penguasaan kosa kata bahasa inggeris melalui permainan berbentuk interaktif. Malah dengan kaedah ini, kanak-kanak yang agak malu-malu di dalam kelas akan turut mengangkat tangan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemuakan. Guru atau ibu bapa digalakkan memberikan hadiah sekiranya jawapan yang diberikan oleh kanak-kank adalah betul. Ini akan menggalakkan mereka untuk turut serta mengambil bahagian dengan cuba menjawab soalan-soalan lain pula.

Jurnal artikel Teknik Bercerita Dalam Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Prasekolah oleh Dr.Rohizani Yaakub, sebelum bercerita, guru perlu menyediakan diri selengkapnya. Misalnya memilih cerita yang sesuai, menentukan fokus cerita, memikirkan soalan-soalan yang boleh dikemukakan, perkataan atau frasa yang perlu difokuskan dan mencatat rangka cerita sebagai panduan. Selain itu, guru perlu berlatih bercerita sebelum bercerita kepada kanak-kanak untuk menambahkan keyakinan diri atau mencatat butir-butir penting atas kad-kad kecil sebagai rujukan

dan menentukan alat atau bahan yang akan digunakan semasa bercerita. Semasa bercerita pula, guru perlu memastikan keadaan kanak-kanak selesa, dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap cerita, tidak ada gangguan yang boleh mengalihkan perhatian mereka dan melibatkan kanak-kanak dengan memberi peluang menjawab soalan atau melakonkan semula. Suara guru perlu jelas, bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap kanak-kanak dan istilah yang diperkenalkan daripada yang konkrit kepada abstrak. Gerak badan dan mimik muka yang sesuai boleh digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Bahan-bahan yang sesuai perlu digunakan bagi membantu penyampaian guru dan membantu kefahaman kanak-kanak terhadap jalan cerita. Guru perlu peka terhadap reaksi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Sekiranya sesuai, guru bolehlah memakai pakaian yang khas untuk menambahkan keseronokan kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pakaian itu hanya sebagai tambahan kepada guru, sekiranya tiada pun tidak mengapa. Aksi guru sebenarnya yang lebih mustahak. Nada dan intonasi guru sangat penting. Sekiranya suara guru rata dan tidak bertukar tukar mengikut ceritanya, sesi akan menjadi hambar. Selepas bercerita, guru perlu menyediakan aktiviti susulan sama ada menjawab soalansoalan, meminta kanak-kanak bercerita semula, atau simulasi/melakonkan bahagian-bahagian tertentu cerita bagi memastikan kanak-kanak memahami cerita. Selain itu, nyanyian, melukis, dan kuiz boleh dijadikan sebagai pengukuhan. Banyak perkara yang perlu difikirkan sewaktu mengatur sesuatu sesi bercerita bersama pelajar. Antaranya ialah guru perlulah: Permudahkan plot cerita yang ingin diperdengarkan Gunakan perkataan sendiri untuk bercerita dengan mengekalkan konsep-konsep kesesuaian pilihan perkataan. Seringkali guru tidak dapat membina cerita sendiri tetapi akan memetik dari buku-buku cerita yang ada di pasaran. Kita perlu ingat, kadang-kadang buku cerita dihasilkan oleh penulis bukan yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan. Mereka adalah penulis yang menulis untuk memenuhi pasaran. Sukar mendapatkan buku cerita yang benar-benar memenuhi kehendak pembelajaran kanak kanak iaitu yang menghiburkan, dan dalam masa yang sama memberi pengajaran. Oleh itu adalah penting kepada guru-guru untuk membaca cerita-cerita sebegini dan mempermudahkan plotnya bagi menyesuaikan dengan kanak-kanak. Benar atau salah cerita itu bukanlah perkara terpenting tetapi jika guru dapat bercerita dengan baik sehingga kanak-kanak dapat menerima cerita tersebut, itu dikatakan sudah berjaya.

Bina peta atau carta alir cerita Manusia memang mempunyai sifat lupa. Tidak terkecuali bagi guru. Oleh itu, guru bolehlah membina peta cerita atau carta aliran untuk memudahkan cerita dan mengelakkan lupa. Semua ini perlu dilakukan supaya guru tidak tersekat-sekat sewaktu bercerita. Tambahan pula jika ada pelajarnya yang suka mencelah atau menimbulkan masalah semasa sesi berlangsung. Selepas menangani masalah pelajar, guru terlupa di mana dia telah berhenti. Perkara ini akan membuatkan pelajar berasa kecewa. Kalau guru menyediakan peta cerita, perkara ini dapat dielakkan. Walaupun terganggu, guru tetap dapat menyambung ceritanya dengan baik. Walau bagaimanapun, gangguan seumpama itu dapat mengurangkan keseronokan kanak-kanak mendengar cerita, dan sebolehbolehnya dielakkan oleh guru.

Sediakan alat bantu yang sesuai Sekiranya perlu, guru perlu menyediakan alat bantu untuk digunakan sewaktu sesi bercerita. Tujuannya supaya kanak-kanak berasa seronok. Misalnya gambar-gambar binatang, pemandangan, atau apa saja yang berkaitan dengan cerita boleh menjadikan sesi bercerita lebih menarik minat. Warna-warni gambar menjadai pelengkap kepada penceritaan yang menarik.

Bercerita dengan suara, gaya, dan intonasi yang sesuai. Aspek ini adalah perkara paling penting dalam sesebuah sesi bercerita. Sekiranya suara yang monotonous dengan gaya yang hambar dan intonasi yang mendatar, pelajar akan jemu dan gagallah guru tersebut. Keadaan akan menjadi lebih serius jika guru berterusan tiada gaya bercerita, lama-kelamaan pelajar menjadi bosan dan tidak berminat mengikuti sesi bercerita yang dikendalikan oleh guru tersebut. Sesi bercerita juga boleh bertukar menjadi sesi yang bising dan tidak terkawal.

Sediakan pakaian khas jika perlu Sesuatu sesi bercerita akan menjadi lebih menarik sekiranya guru menyediakan pakaian khas sewaktu bercerita. Selain membangkitkan mood kanak-kanak, ia juga dapat menjadikan sesi lebih real. Tidak perlulah menyediakan pakaian yang mahal atauterlalu detail sehingga menenggelamkan cerita. Cukuplah sekadar penghias untuk membezakan

antara waktu pengajaran biasa dengan sesi bercerita. Keadaan ini juga boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersemangat dan bersedia untuk mengambil bahagian yang aktif dalam sesi tersebut.

Sekiranya guru bersedia sebelum mengadakan aktiviti bercerita, sesi tersebut akan menjadi sangat bermakna dan kanak-kanak dapat belajar sesuatu darinya. Banyak perkara yang boleh dilakukan bergantung kepada inisiatif dan kreativiti guru.

3.3

KRITIKAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ARTIKEL Dalam artikel bertarikh 20 Oktober 2003 ini, bagi pendapat saya agak ringkas dan susunan perincian maklumat yang cuba disampaikan oleh penulis agak bercelaru. Pembaca artikel ini akan tidak mendapat gambaran yang jelas isi kandungan artikel ini hanya dengan membaca tajuk artikel ini sahaja. Selain itu, isi kandungan artikel tidak menepati tajuk artikel ini iaitu Sesi Bercerita Boleh Tingkat Potensi. Penerangan penulis di dalam artikel ini juga bersifat terlampau umum, padahal penulis cuba menyampaikan penggunaan sesi bercerita ini dalam usaha untuk mengajar kanak-kanak untuk berbahasa Inggeris atau memperkenal kan serta mendedahkan bahasa Inggeris kepada kanak-kanak. Sebaik-baiknya penulisan artikel sebegini seharusnya ditulis dengan lebih baik dan penerangan yang diberikan haruslah perlu diselitkan dengan kata-kata atau teori daripada pakar serta memuatkan kajian-kajian sebelumnya yang telah membuktikan bahawa sesi bercerita mampu untuk meningkatkan potensi kanak-kanak secara holistik dan menyeluruh sekiranya dilakukan dengan teknik dan cara yang betul dan menarik.

3.4

RUMUSAN Negara kita, Malaysia dalam usaha untuk memartabatkan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai kaedah dan cara dilakukan bagi menjayakan obejtik dan matlamat tersebut. Kempen, pembinaan perpustakaan awam, bergerak dan sebagainya adalah antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menarik minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Olah itu minat kanak-kanak terhadap pembacaan perlu disemai sejak kecil dan sentiasa dipupuk secara berterusan. Orang dewasa dan orang yang berada dipersekitarannya memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan tabiat yang baik ini menjadi sebati dengan kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak ibarat kain putih dan mereka yang berada disekelilingnyalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya.

Sesi bercerita adalah salah satu cara yang mudah dan sememangnya berkesan dalam menjayakan usaha ini. Ia bukan sahaja dapat menyemai minat membaca dalam diri kanak-kanak malah dalam masa yang sama dapat meningkat dan merangsang potensi kanak-kanak ke tahap yang optimum. Namun kesediaan orang dewasa menghabiskan masa yang berkualiti dengan kanak-kanak itu yang akan membantu mereka mengenal potensi diri sendiri.

Bagi menjayakan usaha mempertingkatkan potensi kanak-kanak ini terdapat beberapa teknik yang perlu dikuasai oleh orang dewasa iaitu teknik bercrita yang menarik, menyeronokkan dan berkesan. Orang dewasa memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai dengan usia dan minat mereka. Sekiranya perkara ini berjaya dilakukan, biasanya kanak-kanak akan membesar dan menjadi individu yang gemar membaca dan meneroka ilmu pengetahuan.

4.0

BIBLIOGRAFI Azizah Lebai Nordin (2002), Pendidikan Awal Kanak-kanak : Teori dan Amali. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Barbara A. Lehman ; foreword by Janet Hickman (2007), Childrens Literature and Learning : Literary Study Across The Curriculum. Amerika Syarikat : Teachers College Press. Charlotte S.Huck & Doris Young Kuhn (1968), Childrens Literature 2nd Ed. Holt, Rinehart and Winston, Inc.

Cut Nora Azizah (2010), Potentials of Interactive Digital Storytelling for Preschool Children Daily Reading Aktivity. Kedah : Universiti Utara Malaysia.

Julia Unggai (1992), Sastera Kanak-kanak Membentuk Pengalaman dan Pengetahuan Kanakkanak. Kuala Lumpur : Akhbar Wadah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

Norazrin Hawari (2011), Pembangunan Bahan Multimedia Penceritaan Kanak-kanak Tupi & Tiki. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Patricia Pavelka (1995), Making The Connection : Learning Skills Through Literature. Amerika Syarikat : Crystal Springs Books.

Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2007), Panduan Kurikulum Prasekolah. Selangor : PTS Profesional SDN BHD.

Rohizani Yaakub & Hazri Jamil (2008), Panduan Bercerita untuk Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional SDN. BHD.

Saayah Abu (2009), Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur : PTS Profesional SDN. BHD. Sohaimi Abdul Aziz (1998), Membentuk Kecerdasan Emosi Kanak-kanak Melalui

Kesusasteraan Kanak-kanak. Pulau Pinang: Penerbit USM.

www.virtualfriends.net

www.utusan.com.my

www.beritaharian.com.my

You might also like