You are on page 1of 6

Teks pengacara majlis perasmian pembukaan Ujian Amali PJM3112 Permainan Tradisional.

Ketibaan Pensyarahpensyarah Mengumumkan ketibaan pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Insitut Pendidikan Guru Kampus Gaya ke Majlis Perasmian Pembukaan Ujian Amali PJM 3112 Permainan Tradisional Senamrobik Majlis dengan sukacitanya menjemput para pensyarah untuk bersama-sama pelajar PISMP Matematik dan Bahasa Cina untuk acara senamrobik. Dipersilakan. Majlis Perasmian pembukaan Bunga seroja semerbak kembang, Cantik dipandang menghias taman, Terima kasih sudi bertandang, Kehadiran tuan kami alu-alukan.

Selamat datang diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani ke Ujian Amali PJM 3112 PISMP Matematik dan Bahasa Cina semester 5. Yang berusaha, Encik Sony Teh Eng Chong, Encik Rayme bin Abu Bakar dan Encik Hisham bin

Mohamed , pensyarah PJM3112, Encik Noni Maki dan En. Ravi a/l Margapandu selaku panel penilai jemputan, yang berusaha Saudara Redzuan Bin Salleh, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Matematik, Sherene Liaw Pei Yi, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Bahasa Cina, Ahli Jawatankuasa majlis seterusnya para hadirin yang dikasihi sekalian. Bacaan Doa Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan memanjatkan doa ke hadrat ilahi memohon barakah perjalanan program pada hari ini. Untuk itu, majlis dengan penuh takzim menjemput Saudara Mohd Haidin Bin Rubin,untuk memimpin bacaan doa. Ucapan aluan Pengerusi alu- Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Seterusnya, majlis oleh menjemput dan mempersilakan Saudari Sherene Liaw Pei Yi, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Bahasa Cina untuk

menyampaikan sepatah dua kata sebagai ucapan alu-aluan.

Dipersilakan. Ucapan Perasmian dan gimik Terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi. Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan perasmian pembukaan Ujian Amali PJM 3112. Oleh yang demikian, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En. Sony Teh Eng Chong, wakil pensyarah PJM 3112 untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Ujian Amali PJM 3112 Permainan Tradisional PISMP Matemati dan Bahasa Cina Semester lima 2012. Lawatan Pameran Negeri Sabah di bawah bayu, Indah nian setiap sisi, Permainan tradisional warisan Melayu, Disanjung tinggi dijulang generasi.

Terima kasih diucapkan kepada En. Sony Teh atas kesudian merasmikan Ujian Amali PJM 3112 sebentar tadi. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan gimik itu tadi, maka rasmilah sudah Ujian Amali PJM 3112 ini. Majlis dengan ini menjemput tuantuan dan puan-puan untuk melawat gerai-gerai pameran yang telah disediakan di sebelah kanan dewan yang terdiri daripada pelbagai jenis permainan tradisional yang bakal dipertandingkan pada hari ini. Sarapan pagi Terima kasih atas lawatan tuan-tuan dan puan sebentar tadi. Dengan lawatan tersebut maka berakhirlah majlis perasmian pembukaan Ujian Amali PJM 3112 pada pagi ini. Tuan-tuan dipersilakan untuk menikmati sedikit jamuan ringan yang

disediakan sementara pelajar-pelajar bersedia dengan permainan tradisional masing-masing. Akhir kata, selamat berusaha kepada semua peserta. Semoga Ujian Amali PJM 3112 ini berjalan lancar dengan semangat yang berkobar-kobar daripada anda semua. Bagi pihak majlis, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan andai berlaku kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung. Sekian, terima kasih.

Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Ujian Amali PJM 3112 Permainan Tradisional Ketibaan Encik Farid Abdullah Mengumumkan ketibaan Encik Mohd Farid Abdullah, Ketua Mohd Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Bin Guru Kampus Gaya ke Majlis Perasmian Penutup Ujian Amali PJM 3112.

Bersiul pungguk rindukan bulan, Menanti cinta kasih bersemi, Suka kami menyambut tuan, Meluang masa sudi merasmi.

Yang berusaha, Encik Mohd Farid bin Abdullah, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang berusaha, Encik Sony Teh Eng Chong, Encik Rayme bin Abu Bakar dan Encik Hisham bin Mohamed, pensyarah PJM3112, Encik Noni Maki dan En. Ravi a/l Margapandu selaku panel penilai jemputan, yang berusaha Saudara Redzuan Bin Salleh, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Matematik, Sherene Liaw Pei Yi, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Bahasa Cina, Ahli Jawatankuasa majlis seterusnya para hadirin yang dikasihi sekalian. Nyanyian Lagu Hadirin dipersilakan berdiri untuk menyanyikan empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Kami Guru Malaysia dan Institu Pendidikan Guru dengan iringan muzik. Bacaan Doa Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan memanjatkan doa ke hadrat ilahi memohon barakah perjalanan program pada hari ini. Untuk itu, majlis dengan penuh takzim menjemput Saudara Mohd Haidin Bin Rubin,untuk memimpin bacaan doa. Ucapan Pengerusi Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Saudara Mohd Redzuan Bin

Salleh, pengerusi Ujian Amali PJM3112 PISMP Matematik untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan spenuh takzim mempersilakan. Ucapan Perasmian dan gimik Cantik Si Merak pada warnanya, Gagah Sang Enggang paruh dikendong, Selesai sudah semua acara, Rasminya penutup dek paluan gong. Terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

perasmian penutupan

Hadirin sekalian, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Mohd Farid Bin Abdullah, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk menyampaikan ucapan perasmian penutup seterusnya menutup rasmi Amali PJM3112 Permainan Tradisional PISMP Matematik dan Bahasa Cina Semester 5 2012. Majlis dengan penuh takzim mepersilakan. Persembahan Hadirin yang dihormati, sekarang menarik marilah kita sama-sama

menyaksikan

persembahan

daripada

pelajar-pelajar

PISMP Matematik dan Bahasa Cina. Untuk pengetahuan hadirin, dua kumpulan tarian ini akan mempersembahkan beberapa jenis tarian yang terdiri daripada tarian tradisional dan tarian moden. Majlis mempersilakan. Penyampaian Hadiah Begitulah tadi persembahan bertenaga daripada pelajar-pelajar PISMP Matematik dan Bahasa Cina Semester 5. Sekarang, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian hadiah kepada para pemenang. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Mohd Farid bin Abdullah diiringi En. Sony Teh Eng Chong untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________

______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ Terima kasih atas kesudian Encik mohd Farid Bin Abdullah atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Seterusnya, majlis menjemput saudara Mohd Redzuan bin Salleh untuk

menyampaikan cenderamata kepada pensyarah-pensyarah dan penilai Amali PJM 3112 . Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mohd Redzuan atas penyampaian cenderamata sebentar tadi. Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput En. Sony Teh Eng Chong untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada Yang berusaha Encik Mohd Farid Bin Abdullah atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir ke Majlis perasmian penutup Amali PJM 3112 pada hari ini. Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih yang tidak terhinggan diucapkan kepada para pensyarah yang sudi hadir ke Ujian Amali ini. Kami bagi pihak majlis menyusun 10 jari memohon kemaafan andai terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung. Hadirin dan hadirat dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Sekian.

You might also like