You are on page 1of 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR

75350 BATU BERENDAM MELAKA

PROGRAM KECEMERLANGAN P & P


TAJUK :

THROUGH

LEARNING

ENGLISH

Module
DISEDIAKAN OLEH: PN KHUZAIMAH BT ZAKARIA

KANDUNGAN KAJIAN TINDAKAN

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9. 10

PERKARA Kandungan Kajian Tindakan Abstrak Refleksi dan Latar Belakang Kajian Isu Keprihatinan Objektif Kajian Kumpulan Sasaran , Pelaksanaan Kajian dan Pemerhatian Merancang, Tindakan Yang di jalankan, Pelaksanaan Tindakan dan Penilaian. Refleksi Kajian Jadual Pelaksanaan Kajian Anggaran Belanjawan

MUKA SURAT 1 2 2 3 3 4 5 6 7 8

ABSTRAK Kajian ini diusahakan bagi mencari alternatif pengajaran agar pelajar-pelajar kelas belakang dan lemah berminat untuk membaca dan membuat latihan matapelajaran Bahasa Inggeris sekali gus membantu mereka menguasai dan lulus dengan lebih baik dalam peperiksaan. Di dapati masalah utama pelajar pelajar ini ialah tiadanya minat membaca buku dan membawa samada buku latihan atau buku teks semasa sesi pembelajaran. Trend pelajar kini, khasnya yang agak lemah mereka lebih suka membawa beg sekolah yang kecil dan nipis. Mereka hanya membawa satu atau dua buku latihan yang didalamnya bercampur dengan latihan berbagai subjek. Terdorong untuk mengatasi masalah sebegini dan sebagai pembantu semasa ketiadaan guru subjek samada menghadiri kursus, seminar atau sakit, saya mencadangkan penggunaan modul sebagai bahan p & p. Satu modul yang merangkumi semua aspek dan tajuk di dalam syllabus mereka tetapi di ubahsuai mengikut tahap pencapaian mereka. Refleksi dan Latar Belakang Kajian Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir mempunyai 109 orang guru, 25 orang staf sokongan, dan 1400 orang pelajar dari tingkatan Peralihan hingga tingkatan lima. Seawal minggu ke 2 sesi persekolahan 2012, Program Nilam telah di lancar dan dilaksanakan yang memfokuskan lebih kepada pembacaan bahan-bahan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Jadual telah dibuat, setiap pagi Selasa dan Khamis pelajar-palajar di kehendaki berhimpun di tapak perhimpunan membuat bacaan sebelum sesi P & P pada pukul 7.30 pagi. Ditetapkan setiap pagi Selasa, pembacaan buku-buku dalam Bahasa Malaysia dan setiap pagi Khamis aktiviti pembacaan dalam Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar yang memang tidak berminat membawa bahan bacaan dari rumah, di bekalkan dengan bahan-bahan dari perpustakaan sekolah dan setiap sesi bacaan ini, pelajar di kehendaki mencatat ke dalam buku nilam mereka. Ekoran dari Program di atas, penggunaan Modul di harap dapat membantu pelajar-pelajar ini, terus fokus dalam P & P dan menggalakan minat mereka untuk lebih memberi tumpuan didalam subjek Bahasa Inggeris. Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap minat membaca serta menulis dan juga keberkesanan dalam menjawab soalan peperiksaan. Saya mengharapkan kerjasama daripada semua pihak iaitu guru-guru, staf sokongan, PIBG, para pelajar dan ibu bapa untuk menjayakan kajian dan pembaharuan ini.

2 Isu Keprihatinan

Kajian ini dapat saya realisasikan apabila pihak pentadbir sekolah memberi sokongan penuh dengan melancarkan Program Nilam sekolah seawal minggu ke 2 sesi persekolahan 2012. Selain itu, guru-guru bahasa yang bersikap proaktif mengambil bahagian di dalam program ini bukan sahaja mengendalikan aktiviti membaca, malah, di selitkan juga dengan aktiviti pidato, speech, kuiz dan beberapa aktiviti lagi yang telah diatur mengikut bulan. Kajian ini juga mendapat sokongan daripada pihak sekolah yang memberi peruntukan pembelian buku-buku melalui perpustakaan sekolah sebagai bahan bacaan dan hadiah kepada tokoh-tokoh nilam. Panitia Bahasa juga memainkan peranan dalam memberi sumbangan melalui peruntukan kewangan Kecemerlangan Panitia. Diharapkan fenomena pelajar hari ini yang tidak berminat membawa buku-buku teks dan latihan ke sekolah masih dapat di bantu pembelajaran mereka melalui aktiviti Program Nilam dan juga penggunaan Modul yang di telah di ubahsuai mengikut aras pencapaian mereka.

Objektif Kajian Objektif Umum Meningkat minat membaca, menulis dan menambah tatabahasa dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar mengikut tahap pencapaian mereka. Objektif Khusus 1. Meningkatkan kualiti pencapaian dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM. 2. Memastikan pelajar yang datang ke sekolah ada membuat latihan dan ianya berterusan. 3. Memastikan pelajar kelas belakang dapat manfaat walaupun sedikit, bila mereka hadir kesekolah. 4. Membantu pelajar, tetap belajar mengikut syllabus walaupun semasa ketiadaan guru subjek mereka. 5. Sebagai bahan p & p mesra pelajar iaitu dipermudahkan mengikut tahap pencapaian mereka. 6. Memfokuskan kepada impak pembelajaran walaupun sedikit. 3

Kumpulan Sasaran 1. Pelajar Galus kelas peperiksaan 2. Kesemua pelajar

Pelaksanaan Kajian Kajian dijalankan berdasarkan pemerhatian, merancang, bertindak, memerhati dan mereflek hasil dari Sesi p & p ,Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun. Pemerhatian Saya membuat pemerhatian berdasarkan pengalaman saya berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris di beberapa buah sekolah harian samada di bandar atau luar bandar. Membawa buku teks , novel dan buku latihan merupakan masalah besar, sebilangan besar pelajar yang kurang meminati Bahasa Inggeris. Kesukaran memahami teks dan masalah sebutan menambahkan beban kepada pelajar-pelajar tersebut untuk menghabiskan pembacaan satu - satu novel. Ekoran dari fenomena inilah peratusan subjek Bahasa Inggeris tidak boleh menandingi pencapaian subjek-subjek lain dalam peperiksaan awam. Secara tidak langsung, kajian ini di harap dapat membantu para pelajar menyukai dan mengeksplor bagaimana subjek ini tidaklah sesukar yang di sangkakan sebilangan besar mereka melalui kaedah syllabus yang sama tetapi dipermudahkan mengikut tahap pencapaian mereka. Penggunaan modul dan ilustrasi bergambar komsas di harap dapat membantu lebih kefahaman dalam kalangan pelajar.

Merancang

Hasil daripada pemerhatian tersebut saya telah merancang satu kaedah iaitu pelaksanaan P& P melalui penggunaan Modul yang telah di ubahsuai berdasarkan tahap pencapaian mereka. Pada peringkat awal kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Galus tingkatan 5.

Tindakan Yang Dijalankan 1 .Semua guru subjek Bahasa Inggeris di beri penerangan tentang penyediaan p & p dan pelaksanaannya semasa mesyuarat panitia pertama sesi 2012. 2. Semua guru Bahasa Inggeris di saran membuat modul mengikut aras pelajar mereka dan di beri tugas membuat modul secara berkumpulan. 3. Guru subjek juga digalakkan mengajar melalui contoh- contoh yang mudah serta mendorong pelajar membuat ayat berdasarkan contoh-contoh yang telah diberikan 4. Menggalakkan pelajar membuat latihan menggunakan modul terutamanya kepada pelajar yang tidak hadir sekolah pada hari-hari sebelumnya kerana sakit atau mewakili sekolah ke sebarang pertandingan atau perkhemahan , pembelajaran mereka tidaklah tertinggal jauh dari-dari rakan-rakan yang hadir ke sekolah. 5.Modul seterusnya, berasaskan koleksi soalan sebenar tahun-tahun lepas akan di mulakan setelah modul pertama mengikut syllabus selesai. 6. Anugerah Inovasi Tahun 2012 yang telah di rancang oleh Pentadbir sekolah. Pelaksanaan Tindakan dan Penilaian Kajian ini telah dijalankan sejak tiga tahun yang lalu iaitu 2010 di sekolah lama saya, dan saya juga dapat melihat trend pelajar di sini, SMK Tun Mutahir juga sama. Pelaksanaannya telah di mulakan dengan mengadakan sesi penerangan kepada GKMP Bahasa , Ketua Panitia subjek Bahasa Inggeris serta guru-guru senior pada awal bulan Januari 2012. Dengan adanya peruntukan kecemerlangan pelajar, dan sedikit kutipan yang di buat keatas pelajar, di harap mereka lebih menghargai usaha-usaha guru dalam membantu pembelajaran mereka Sekaligus meningkatkan pencapaian di dalam peperiksaan awam mereka..

5 . Refleksi Kajian

Sepanjang tempoh pelaksanaan P & P menggunakan modul ini, di harapkan pelajarpelajar yang tidak berada di sekolah sewaktu pembelajaran di sebabkan hal-hal lain atau mewakili sekolah ke sebarang pertandingan masih dapat belajar seperti rakan-rakan yang hadir di kelas. Apa lagi sekiranya guru-guru subjek lain juga turut sama menjalankan P & P menggunakan modul Begitu juga dengan guru-guru yang meninggalkan kelas kerana berkursus atau sakit juga masih boleh mengisi masa pelajar mereka dengan bahan-bahan yang telah disediakan dalam modul tersebut. Saya menjangkakan kadar ketinggalan di kalangan pelajar akan berkurangan sekiranya semua pihak mengambil inisiatif untuk berubah kearah kebaikan. Di harapkan juga panitia lain merancang penggunaan modul untuk subjek masing-masing agar dapat membantu bukan sahaja pelajar-pelajar galus tetapi pelajar-pelajar di kelas depan. Akhir kata, kajian ini diharap dapat meningkatkan keberkesanan P & P bukan sahaja pelajar-pelajar Galus tetapi kesemua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan . Di harap kajian ini dapat dimanfaatkan dan dikongsi bersama rakan-rakan guru dari sekolah lain juga.

Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Perkara Penulisan Proposal Kajian Tindakan Mesyuarat/Sesi penerangan dengan Pentadbir Sekolah Mesyuarat Panitia Kali Pertama Mengumpulkan Bahan P & P Pelaksanaan P & P Bahasa Inggeris menggunakan modul Pemerhatian Awal Penggunaan Modul dalam P & P Anugerah Inovasi Bulan Januari Anugerah Inovasi Tahun 2012

Tarikh Januari 2012 Akhir Januari 2012 Januari 2012 Januari March 2012 Akhir Februari - Nov 2012 Akhir Februari 2012 Tiada Oktober 2012

Sesi Temu Bual dengan guru, staf sokongan, pelajar November 2012 bertujuan untuk penambahbaikan P & P menggunakan modul Membuat Refleksi Akhir Disember 2012 Penulisan Kajian Tindakan Disember 2012

Anggaran Perbelanjaan

BIL. 1. 2. 3.

PERKARA Dakwat Printer Kertas A4 Talian Internet Sekolah JUMLAH KOS

JUMLAH YANG DIPERLUKAN 1 set 1 rim

KOS(RM) 50.00 10.00

60.00

Catatan : Semua perbelanjaan dipohon daripada peruntukan R&D sekolah dan tabung PIBG sekolah

You might also like