You are on page 1of 11

Tempat-Tempat Menarik Di Pulau Labuan

TAMAN BURUNG PULAU LABUAN

Sejarah penubuhan Taman Burung Labuan (TBL) adalah usaha yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad untuk mercu sektor pelancongan. Tanjung Kubong di Lubuk Temiang telah dipilih sebagai tapak TBL kerana mempunyai kesesuaian tanah dengan keluasan 6.992 hektar. Konsep asal TBL adalah mempamerkan dan memelihara burungburung eksotika secara walk in aviary. Pada November 1998, Kementerian telah bersetuju untuk memperluaskan konsep TBL ini supaya ia tidak terhad kepada pameran burung sahaja tetapi juga meliputi kegiatan penyelidikan, pemuliharaan dan pembiakan burung-burung jenis Borneo/Kalimantan. Pelbagai jenis unggas tropika yang boleh dijumpai di merata rantau ini hanya di satu tempat. Rekabentuk landskap taman yang berbentuk kubah dome yang menarik serta lorong-lorong untuk berjalan kaki disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Masa Operasi: 10.00 pagi 5.00 petang (termasuk cuti umum) Aktiviti: Pertunjukan Burung 11.00 pagi & 3.30 petang Feeding Time 11.30 pagi & 4.00 petang

Taman pertanian kilan

Taman Pertanian Kilan (TPK) terletak 10 km daripada pusat bandar dengan keluasan 9.38 hektar yang ditanami dengan dusun buah-buahan dan tanaman ladang, kolam rekreasi, pusat inkubator, agroteknologi (Fertigasi, SePTA), pusat latihan, balai informasi, asrama, surau dan kantin yang menjadi salah satu destinasi pengunjung yang mengunjungi Pulau Labuan. Kebanyakan pengunjung yang datang ke Taman Pertanian Kilan adalah untuk mendapatkan maklumat teknologi pertanian, Agri Education, menghadiri kursus, latihan atau seminar, rekreasi dan riadah serta aktiviti kemasyarakatan. Taman Pertanian Kilan telah dikenalpasti untuk dimajukan sebagai destinasi Agro-Pelancongan dan akan dipromosikan sebagai salah satu produk pelancongan bagi W.P. Labuan.

Tempat pengumpulan hasil ladang, Peladang Freshmart Semua hasil ladang yang dikumpulkan di sini akan dikelaskan mengikut jenis sayur-sayuran dan buah-buahan serta digredkan mengikut kualiti. Turut disediakan beberapa lot jualan gerai makanan juga untuk kemudahan peniaga dan pembeli. Selain itu, turut diwujudkan juga Freshmart Peladang bertujuan untuk menawarkan jualan barangan basah termasuk ayam segar, ikan, produk sejuk beku dan produk keluaran usahawan peladang. Kebanyakan barangan jualan adalah hasil keluaran Usahawan Peladang sendiri yang dijual secara consignment.

TEROWONG TANJUNG KUBONG

Pusat melombong arang batu dari 1849-1911 Mercu tanda sejarah paling penting di Labuan Pelawat boleh memasuki terowong yang rendah menggunakan tali dan keluar di bahagian atas tetapi ini perlu dilakukan dengan berhati-hati.

TAMAN DAMAI
Taman Damai di Layang-Layangan, terletak berhampiran Tapak Penyerahan (Surrender Point). Tempat di mana Tentera jepun Selatan ke-32 menyerah diri kepada Angkatan Tentera DiRaja Australia ke-9 pada 9 September 1945. Dibina bagi memperingati dan menolak kekejaman yang berlaku sewaktu peperangan. Menjadi lokasi arca peringatan yang di kelilingi taman berlandskap serta astaka.

KAMPUNG AIR

Rumah-rumah ini terbina di atas air di pinggir pantai. Diperbuat daripada kayu dan terletak di atas tiang-tiang yang tinggi dan bersambung antara satu sama lain menggunakan laluan-laluan kayu.

DATARAN LABUAN

Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara-acara dan persembahan utama pulau tersebut. Panji-panji Pulau Labuan dan negerinegeri Malaysia lain berkibar dalam satu barisan di atas pentas ini.

KOMPLEKS SUKAN LAUT

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini adalah sebahagian daripada projek mencantikkan pantai Labuan. Objektifnya ialah untuk membina sebuah pusat sukan air bertaraf dunia. Selain itu, untuk membangunkan tempat-tempat menarik lain sejajar dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Labuan sebuah destinasi pulau utama.

TUGU PENYERAHAN JEPUN

Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengahari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce, ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo. Tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten.

PULAU LAYANG-LAYANG

Layang-Layang Atau Terumbu Telan terletak kira-kira 300 km utara Labuan berdekatan gugusan pulau Spratly yang terkenal. Ianya dikenali sebagai tempat berkumpul ikan tuna. Perairan panasnya adalah jelas dengan jarak penglihatan sejauh 60 meter, memberi penyelam-penyelam satu pandangan jelas bagi dunia dalam air yang mengagumkan.

You might also like