You are on page 1of 31

BAB 1 PENGENALAN

Dalam tugasan saya kali ini akan menbincangkan bagaimana saya sebagai pengurus sebuah restoran yang dimiliki oleh saya sendiri mengamalkan amalan-amalan yang beretika ditempat kerja saya. Dalam tugasan saya ini juga, saya akan membincangkan bagaimana saya menjaga hubungan saya denagan pekerja, pembekal dan alam sekitar. Saya berharap dengan perbincangan ini dapat memberi panduan kepada orang lain dan sebagai pengajaran kepada diri saya sendiri. 1.1 Latarbelakang Tempat Kerja

Restoran Ujang Conner di buka hampir 18 tahun yang lalu, ia diusahakan oleh kedua orang tua saya iaitu En. Mohd Saidi Bin Tawin dan Puan Robiah Bt Rais. Lokasi restoran ini adalah di kawasan perumahan di Felda Bukit Damar, Lanchnag, Pahang. Hampir keseluruhan penduduk di sini beragama islam dan berketurunan melayu. Lokasinya strategik, memudahkan pelanggan datang untuk menikmati makanan yang disediakan. Kedua ibubapa saya amat berbangga dengan perncapaian mereka ini. Restoran ini menyediakan makanan untuk sarapan pagi sahaja. Antara menu utama restoran ini ialah nasi lemak yang disertakan dengan beberapa jenis lauk pauk. Di samping itu, pelbagai jenis kuih muih di sediakan untuk tatapan pelanggan kami. Selaian dari itu, restoran ini juga sering mendapat tempahan makanan untuk jamuan atau majlis-majlis tertentu.

BAB 2 APA ITU ETIKA

2.1

Pengenalan Dalam bab ini kita akan membincangkan pelbagai kajian mengenai amalan etika di

tempat kerja saya. Bab ini akan merangkumi difinasi apakah itu etika dari pelbagai pandangan. dengan ini kita akan dapat memahami erti etika itu sendiri. 2.2 Definisi Etika Pengertian Etika ( Etimologi ), berasal dari bahasa Yunani adalah Ethos, yang bererti kesusilaan atau adat kebiasaan ( custom). Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah Latin iaitu Mos, yang bererti adat atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik. Etika adalah ilmu yang membahas perbuatan baik dan perbuatan buruk manusia yang dapat dipahami oleh pemikiran manusia. Istilah istilah lain bagi etika ialah: Susila (Sanskerta), lebih menunjukakan kepada dasar-dasar , prinsip, aturan hidup (sila) yang lebih baik (su). Aklak (Arab), bererti ilmu akhlak, Filsuf Aristoteles, dalam bukunya Etika Nikomachheia, ia menjelaskan tentang pembahasan Etika.

Terminius Techicus, pengertian etika adalah etika yang dipelajari untuk ilmu pengetahuan yang mempelajari masalah perbuatan atau tindakan manusia itu sendiri.

Manner dan Custom pula berpendapat etika adalah berkait rapat dengan tata cara dan adat yang melekat dalam kodrat manusia (Inherent in human nature) yang bermaksud baik dan buruk sesuatu tingkah laku atau perbuatan manusia.

Pergertian dan definasi dari para filsuf pula berpendapat: 1. Merupakan prinsip-prinsip moral yang termasuk ilmu tentang kebaikan dan sifat dari hak. 2. Pedoman perilaku, yang berkaitan dari kegiatan manusia. (The rules of conduct, recognize in respect to particular class of human action) 3. Ilmu watak yang ideal, dan prinsip-prinsip moral sebagai individu.(The science of human character in its ideal state, and moral as of an individual) 4. Merupakan ilmu mengenai sesuatu kewajiban (The science of duty)

I.

Menurut K. Bertens, dalam bukunya yang bertajuk Etika, 1994. Secara umumnya berpendapat seperti berikut: 1. Etika adalah niat, apakah perbuatan itu boleh dilakukan atau tidak sesuai dilakukan. 2. Etika adalah nurani (bathiniah) bagaimana untuk bersikap etis adalah dari sikap kita sendiri. 3. Etika bersifat absolute, ertinya tidak dapat ditawar-tawar lagi, kalau perbuatan baik mendapat pujian dan yang salah harus mendapat hukuman

2.3

Etika Dalam Perniagaan a) Etika dan pengeluaran Merupakan aktiviti perniagaan yang melibatkan manusia dan mesin, untuk menukarkan bahan-bahan dan bahagian kepada produk yang boleh dijual (Straub & Attner,1994). Wujudnya gelagat- gelagat yang tidak beretika semasa pengilangan atau

pembuatan beroperasi seperti laporan penyelidikan yang lain (Lancniak & Murphy, 1985) . Menurut laporan itu terdapat juga pengusaha yang mengeluarkan produk yang tidak selamat mengikut piawan ynag ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat juga mereka yang mengeksport produk ke negara yang sedang membangun atau negara miskin.

Lambakan barangan yang tidak selamat sebegini di negara-negara ini adalah tindakkan yang amat tidak berperikemanusiaan. b) Etika pemasaran Pemasaran merupakan proses yang sentiasa berlaku bagi memenuhi kehendak dan

keperluan setiap individu. Ia dianggap sebagai pengurusan keadaan di mana setiap individu dan kumpulan memperolehi yang mereka perlu dan mahu melalui pertukaran antara produk dan nilai dengan orang lain (Kotler & Armstrong, 1991). Terdapat juga sikap-sikap yang tidak berertika dari segi penghasilan produk sehingga kepada pengagihan dalam pemasaran. Contohnya pengeluar yang mengekalkan harga seunit produknya sedangkan saiz atau kandungan produknya telah dikurangkan adalah antara amalan yang tidak beretika tentang harga.

Promosi boleh didefinisikan sebagai kaedah sesebuah organisasi berkomunikasi dengan orang ramai untuk menyampaikan mesejnya (Kotler & Armstrong, 1991). Dalam promosi juga terdapat sikap yang tidak beretika berlaku. c) Etika dan sumber manusia Dalam hubungan majikan dengan pekerja banyak nilai-nilai murni perlu disemai dan dijaga. Isu-isu pengambilan kenaikan pangkat dan latihan memerlukan keadilan kepada perkerja dan masyarakat. Pengurusan sumber manusia merupakan prinsip asas majikan dan pekerja (Pastin, 1986). Salah satu kajian kes yang melibatkan etika pengurusan sumber manusia yang boleh dipersoalkan boleh dilihat dalam tulisan Zachary(1995), beliau mempersoalkan tindakan syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang menggunakan buruh yang murah dengan membuka kilang-kilang di Mexico, China dan India. d) Etika dan kewangan Objektif sesebuah organisasi adalah keuntungan yang maksimum. Keadaan ini

mewujudkan peraturan dan akta syarikat bagi mengelakkan penipuan dalam syarikat tersebut. Friedman (1970) berpendapat bahawa pengurus-pengurus kewangan sepatutnya mengutamakan objektif tugas mereka iaitu memaksimumkan kekayaan pemegang saham di atas dasar bahawa mereka sebenarnya hanyalah pekerja biasa.

BAB 3

KONSEP NILAI DALAM PERNIAGAAN

3.1

Pengenalan

Dalam menjalankan perniagaan makanan, saya perlu mempunyai memahami konsep dan nilai dalam perniagaan, sebelum memulakan perniagaan. Keadaan ini akan dapat membantu saya dalam memajukan pernigaan saya. Semua nilai ini perlu saya terapkan ke dalam diri saya dan pekerja. Sebagai individu yang menguruskan perniaan saya perlu memastikan saya dan semua pekerja saya memahami apa yang dibincangkan di sini. 3.2 Definisi Perniagaan

Perniagaan saya ini adalah melibatkan pengeluaran (operasi) dan jualan produk yang dikehendaki oleh pengguna dengan keuntungan. Jenis-jenis definasi perniagaan: a. Pernigaan dianggap satu proses apabila perniagaan itu berfungsi sebagai pertukaran harta dengan harta di atas persetujuan penjual dan pembeli mengikut cara-cara yang diizinkan oleh syarak (Syed Sabiq, 1987) b. Pernigaan adalah suatu bentuk kaedah pemusingan modal untuk tujuan keuntungan (al-Alisi, 1978) dan perniagaan itu sebagai satu cara memperluaskan modal (Ibn Khaldun, 1979)

c. Pernigaan adalah suatu usaha yang teratur oleh individu atau beberapa individu bagi mengeluar dan menjual barangan dan perkhidmatan yang boleh memuaskan keperluaan masyarakat untuk tujuaan keuntungan (Pride, Hughes & Kapoor, 1993). Definasi ini tertumpu kepada pengurusan. d. Perniagaan adalah organisasi yang berusaha untuk memperolehi keuntungan dengan menyediakan barangan dan juga perkhidmantan (Griffin & Ebert, 1991)

3.3

Etika Perniagaan dan Peribadi

Perniagan saya ini saya warisi dari kedua ibubapa saya sejak 3 tahun lalu, dalam tempoh berkenaan pelbagai telah saya pelajari tentenag bagaimana untuk mengurus penigaan yang berasaskan makanan. Sebelum mengambil alih perniagaan ini kedua ibubapa saya telah menerapkan beberapa etika yang bermoral untuk menjaga perniagan dan pelanggan kami. Bagi kedua ibubapa saya, pernigaan meraka ini bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata tapi ia diliahat sebagai salah satu cara meraka beramal. Tidak terlalu berkira dalam penetapan harga makanan. Asalkan ia tidak memudaratkan perniagaan kami. Keuntungan yang diterima adalah berpatutkan dengan kos yang dikeluarkan. Keadaan ini menjadi kekuatan kepada perniagaan saya yang berasaskan makanan. Kedudukan dan kekukuhan perniagaan ini mestilah diperolehi melalui cara yang halal dan diredhai agar cirri-ciri keberkatan rezeki dapat dipelihara.

BAB 4

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BERMORAL 4.1 Pengenalan

Di sini saya sertakan bagaimana kita boleh membuat keputusan mengikut cara yang rasional. 4.2 Proses Membuat Keputusan

Segala keputusan yang diambil biasanya perlu dilakukan dengan rasional dan melalui beberapa langkah yang dirasakan boleh membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Keadaan ini perlu untuk memastikan kita membuat keputusan yang betul dan tepat. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana proses membuat keputusan dibuat.

Difinasikan Masalah/Peluang

Mengenali Faktor-faktor Penghalang

Bina Beberapa Pilihan

Laksanakan Pilihan-Pilihan

Pilih Alternatif Terbaik

Analisiskan Penyelesaian

Wujudkan Sistem Kawalan Dan penilaian

Rajah di atas menunjukkan bagaimana proses membuat keputusan dilakukan


8

4.3

Bagaimana ia dilaksanakan

Mengikut rajah di atas, apa yang perlu dilakukan oleh saya ialah saya perlu mengenal pasti masalah dan peluang yang saya ada di dalam masalah yang dihadapi di dalam perniagaan saya. Masalah adalah halangan yang perlu dikaji oleh saya. Di sini saya akan mencari alternatif dan pilihan yang terbaik unuk menyelesaikan masalah itu. Di samping itu saya perlu mewujudkan sistem kawalan dan penilaian di mana dengan adanya sistem ini masalah ynag sama tidak akan berlaku lagi di masa hadapan. Contohnya, kekurangan bahan mentah untuk memasak masakan di restoran saya, di sini saya perlu mengikut proses seperti di atas. Pertama sekali saya akan mengkaji apakah masalah yang sedang dihadapi dalam perniagaan saya ini. Adakah ia berpunca dari faktor luaran atau dalaman. Segala masalah dan perlulah dikaji dengan teliti dan tepat. Setelah masalah dikaji dengan teliti, saya akan mengenali faktor-faktor penghalang bagi masalah berkenaan. Pilihanan akan disenaraikan dan hanya pilihan yang dirasakan bersesuaian akan dipilih. Dalam masalah kekurangan bahan mentah ini, saya merasakan perlu untuk saya membuat keputusan dengan cepat bagi mengelakkan keadaaan akan menjadi lebih teruk. Jadi segala pilihan akan dianlisis dan saya akan memilih alternitif terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Masalah ini saya atasi dengan mencari pembekal baru bagi bahan mentah saya. Setelah masalah ini di atasi, saya akan memwujudkan sistem kawalan dan penialaian unutk memastikan masalah yang berkaitan dengan bahan mentah tidak akan berulang di masa akan datang.

BAB 5

ETIKA YANG DI AMALKAN DI TEMPAT KERJA 5.1 Pendahuluan

Perniagaan saya ini telah diusahakan hampir 18 tahun, untuk mengekalkan perniagaan ini ia perlu dirancangan dengan teratur dan beretika. Perniagaan restoran ini saya warisi dari kedua ibupada saya, banyak yang saya pelajari daripada mereka bagi mengekalkan pernigaan ini. Kedua ibubapa saya sentiasa berpesan, jika saya mahu perniagaan ini terus maju dan sentiasa dikunjungi oleh orang ramai amalan etika yang baik perlu saya perniagaan perlu saya terapkan di dalam diri dan semua pekerja . Menjauhi etika yang tidak beretika akan terus saya amalkan. 5.2 Etika Kerja Difinasi Etika kerja bererti norma yang mengatur sikap perilaku seseorang di lingkup kerja, sikap dan tanggungjawab di dalam menjalankan kewaijiban sebagai seorang pekerja. Di mana pada dasarnya demi penyumbangan perusahaan yang telah melakukan kewajibannya yang memberi upah dan gaji yang bersesuaian dengan pekerjaan yang dilakukan, di sini hak dan kewajiban harus seimbang sehingga menghasilkan kejujuran di dalam melakukan kewajiban sebagai pekerja. Apabila terdapat penyimpangan di dalam menjalankan sesuatu kerja itu, pihak jabatan berhak diberikan skorsing atau bentuk pemecatan untuk memberi peringatan kepada pekerja yang lain. Keadaan ini akan membuatkan pekerja yang lain menjalankan kewajibannya sebagai
10

pekerja dengan baik. Di dalam perusahaan harus memiliki divisi-divisi yang mengawasi antara satu dengan yang lain agar melahirkan satu perusahaan yang sihat di mana terciptanya etika kerja yang baik. 5.3 Beberapa jenis etika yang saya amalkan di restoran 1) Etika dalam penggunaan bahan dalam penyediaan makanan

a. Tempoh hayat barangan Penggunaan bahan yang tamat tempoh juga salah satu sikap yang tidak beretika dalam penyediaan makanan. Jika keadaan ini berlaku, kemungkinan besar para pelanggan saya akan mendapat penyakit akibat dari pengambilan bahan makanan itu. Biasanya barangan yang tamat tempoh , boleh didapati dengan murah. Namun, ini tidak akan saya lakukan dengan membeli barangan seperti ini. Pembelian barangan makanan yang tamat tempoh juga merupakan salah satu amalan yang tidak beretika bagi pengusaha makanan. Bagi saya, keadaan ini sebenarnya hanya memberi keuntungan bagi jangka masa yang pendek sahaja. Kemungkinan besar jika terdapat pelanggan yang mengambil tindakkan makamah atas masalah kesihatan akibat pengambilan makanan di restoran saya ini. Ini hanya akan mendatangkan kerugian yang berlipat kali ganda kerana terpaksa membayar tuntutan mereka. Oleh sebab itu saya sebagai pengurus restoran ini akan cuba mengelakkan dari penggunaan bahan makanan yang tamat tempoh.
11

Sebagai langkah untuk mengelakkan penggunaan bahan yang tamat tempohnya seperti memastikan pekerja saya atau saya sendiri

memastikan bekalan bahan masakan kami boleh digunakan dalam tempoh ditetapkan. Selain dari itu, saya juga boleh menghentikan perjanjian jual beli dengan pembekal yang menghantar barang dioder oleh saya dengan serta merta. Keadaan ini saya akan lakukan sebagai langkah berjaga-jaga. Untuk memastikan restoran saya menghidangkan makanan yang berkualiti dan sedap.

b. Jujur dalam penyedian makanan Bagi pelanggan yang datang ke restoran saya, semestinya mahu menikmati makanan yang sedap dan berbaloi dengan apa yang mereka akan bayar nanti. Oleh itu saya perlu jujur dalam penyediaan makanan iaitu tidak menipu, contohnya tidak mencampurkan lebihan makanan semalam ke dalam masakan yang baru dimasak. Ini bertujuaan untuk mengurangkan kos dan mengelakkan kerugian disebabkan oleh makanan yang tidak habis dijual. Dengan mencampurkan makanan tersebut akan membuatkan makanan yang baru dimasak berkemungkinan akan basi sebelum tempohnya. Keadaan ini sebenarnya membuatkan pelanggan tertipu tanpa mereka sedari.

12

2) Etika dalam melayan pelanggan Pelanggan adalah individu yang penting amat penting yang perlu di ambil perhatian. Pelangganlah yang menentukan perniagaan saya ini memberi keuntungan atau sebaliknya. Oleh itu, saya akan sentiasa berhati-hati dalam melanyan pelangganpelanggan saya. Layanan yang diberi mestilah adil dan saksama, saya akan pastikan semua pelanggan saya dilayan dengan baik dan sempurna. Adil di sini bermaksud saya perlu peka memastikan pelanggan yang datang awal mestilah mendapat layanan yang terawal. Keadaan ini untuk memastikan pelanggan tidak menunggu lama untuk mendapatkan tempahan makanan mereka. Selain masakan yang sedap, layanan yang mesra dan baik juga merupakan faktor utama kemasukkan pelanggan ke sesebuah restoran itu. Senyuman sentiasa dibibir juga perlu dalam melayan pelanggan-pelanggan yang datng. Keadaan ini akan membuatkan pelanggan merasa selesa apabila mereka mengunjungi restoran saya. Ini akan membuatkan pelanggan akan kembali semula untuk menikmati makanan yang dihidangkan di restoran saya. Etika dalam melayan pelanggan ini merupakan tunjak dalam memastikan sesebuah restoran itu maju dan sering di kunjungi oleh pelanggan. Seperti yang telah saya katakan, restoran ini telah saya warisi dari kedua ibubapa saya. Ini bermakna restoran saya ini telah mempunyai pelanggan tetap, oleh itu pelangganpelanggan inilah yang perlu saya jaga untuk mengekalkan kesetiaan mereka. Namun pelanggan-pelanggan baru juga tidak dilupakan.

13

Setiap pelanggan mempunyai pelbagai kerenah yang berbeza dan bermacam ragam. Ada yang ingin dilayan dengan cepat sedangkan masih ada pelanggan yang awal dari mereka. Di sini saya perlu pandai mengawal keadaan, seperti bercakap dengan lembut dan memohon maaf terlebih dahulu dari mereka dan menerangkan keadaan sebenar. Dengan keadaan seperti inilah membuatkan saya haruslah peka dalam melayan segala kerenah pelanggan-pelanggan saya ini. Pengamalan segala etika yang baik dalam melayan pelanggan saya adalah cara yang terbaik untuk menarik pelanggan-pelanggan saya. . 3) Etika dalam penetapan harga makanan yang dijual Setiap pengusaha restoran mempunyai satu objaktif yang sama apabila restoran mereka dibuka iaitu keuntungan begitu juga dengan saya, namun sebagai seorang muslim saya menjalankan pernigaan ini bukan hanya untuk keuntungan namun juga untuk beramal kepada masyrakat. Ini bermaksud, saya akan memastikan harga makanan yang dijual di restoran saya ini berpatutan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyrakat. Harga makanan perlu tidak terlalu mahal sehingga dirasakan membebankan orang ramai. Lokasi restoran saya ini terletak di kawasan yang penduduknya berpendapatan sederhana, jadi sebelum membuat penetapan harga saya perlu mengkaji harga yang dirasakan bersesuaian dengan pendapatan atau taraf ekonomi penduduk di kawasan restoran saya. Dengan ini restoran saya ini, akan

14

dikunjungi oleh semua golongan samaada yang berpendapatan tinggi ataupun sederhana. Harga yang ditetapkan haruslah melebihi satu kali ganda dari kos bahan mentah yang digunakan bukannya harganya dikenakan berlipat kali ganda. Keadaan ini perlu untuk memastikan tidak terjadi riba iaitu keadaan di mana keuntungan yang berlipat kali ganda sedangkan kos bahan mentah yang dibeli hanya berkadar minimum. Sebagai seorang peniaga semmestinya, saya akan dapat bahan mentah yang murah dari pembekal tetap saya. Jadi saya tidak mempunyai masalah untuk menetapkan harga yang berpatutkan tersebut. Tidak pilih kasih dalam menetapkan harga makanan kepada pelanggan adalah satu sifat yang beretika dalam perniagaan makanan. Contohnya di sini ialah, tidak eloklah kita mengenakan harga yang rendah

kepada pelanggan yang kita suka atau yang kita kenali dan sebaliknya kita mengenakan harga ynag tinggi kepada pelanggan yang kita tidak senangi.

4) Etika dalam menjaga kebersihan Dalam perniagaan makanan, kebersihan amat dititik beratkan ini kerana kebersihan juga merupakan salah satu yang tidak harus dilepas pandang.

Kebersihan juga merupakan faktor utama dalam pernigaan makanan. Tahap kebersihan sesuatu restoran itu adalah melambangkan keperibadian pemilik restoran itu sendiri. Jika restoran itu tidak bersih, orang ramai akan berpendapat pemilik restoran itu seorang yang kurang mengambil berat tentang keadaan

15

restoran mereka. Namun jika ia bersih, orang ramai akan berpendapat pemilik restoran itu seorang ynag berkeyakinan dan peka dengan keadaan permis mereka. Kerajaan juga memandang serius pekara ini, oleh itu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia kesemua restoran yang terdapat di Malaysia tidak akan terlepas dari diperiksa tahap kebersihan restoran mereka. Keadaan ini adalah bertujuan untuk melindungi pelanggan termakan makanan yang memudaratkan mereka. Restoran saya juga tidak terkecuali dari segala isu berkaitan dengan kebersihan ini. Menjaga kebersihan adalah sifat yang beretika yang perlu ada dalam perniagaan makanan seperti saya ini. Di sini saya sertakan amalan etika yang diamalkan bagi menjaga kebersihan di tempat kerja saya: a. Tempat penyediakan masakan atau dapur Tempat yang paling utama yang perlu diambil kira adalah tempat memasak. Dapur perlu di dalam keadaan bersih dan teratur. Ia perlulah sentiasa dicuci dan kemas. Saya akan pastikan tempat penyediaan makanan dalam keadaan yang bersih. Tempat penyediaan makanan adalah merupakan tempat pertama bermulanya aktiviti perniagaan makanan ini, Jika tempat tersebut kotor dan tidak teratur, maka makanan yang disediakan tidak bersih dan semestinya ia berkemungkinan telah dijangkti dengan pelbagai jenis wabak penyakit contohnya pelanggan akan mendapat keracunan makanan.

16

Kesemua jenis pekakasan yang digunakan juga bersih dan dibasuh dengan sempurna. Pekakasan yang telah lama dan berkarat akan

digantikan dengan yang baru. b. Penampilan diri Sebagai peniaga makanan, saya perlu menjaga penampilan saya. berpakaian dan memakai apron yang bersih dan kemas. Pemakaian penutup kepala atau tudung dan saya akan memastikan kuku saya dan pekerja saya sentiasa pendek dan rapi. Ini adalah untuk mendapatkan padangan yang baik oleh pelanggan-pelanggan saya. Kesemua amalan ini saya jadikan salah satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh pekerja-pekerja saya. c. Meja pelanggan Meja tempat pelanggan adalah temapt pertama yang dilihat oleh pelanggan dari sinilah penilaian pertama tentang tahap kebersihan sesebuah restoran itu. Sebelum memulakan perniagaan, saya pastikan ia dibersihkan dan dalam keadaan kemas dan cantik. Ini akan menarik hati pelanggan untuk makan di restoran saya. Di samping itu, selain dari itu saya akan pastikan tiada lalat yang berterbangan di kawasan permis perniagaan saya ini.

17

5) Etika dalam melayan pekerja Pekerja merupakan sumber yang penting dalam menjayakan perniagaan restoran saya ini. Memilik pekerja yang berdidikasi adalah merupakan satu bonos bagi saya sebagai pemilik restoran ini. Dengan adanya pekerja seperti ini perniagaan saya akan maju dan bertahan lama. Dalam menguruskan restoran ini, etika melibatkan pekerja juga tidak saya abaikan. Sebagai pemilik restoran ini saya perlulah bersifat mesra dengan kesemua pekerja saya. Sentiasa tersenyum dan tidak berat mulut akan membuatkan pekerja rasa di hargai oleh majikan. Motif utama individu itu berkerja mestilah unutk mendapatkan gaji atau ganjaran. Oleh sebab itu, saya akan memastikan pekerja-pekerja saya mendapat gaji mengikut kelayakkan dan kebolehan mereka. Jika mereka berkerja lebih masa, saya akan pastikan kerja lebih masa mereka itu dibayar dengan kiraan yang betul. Gaji yang diberikan juga adalah berpatutan dengan kerja yang dilakukan oleh mereka. Ini akan membuatkan mereka berasa puas hati, gembira untuk bekerja di restoran saya ini. Dalam pembahagian tugasan kerja, saya tidak akan bersifat pilih kasih terhadap mereka. Maksudnya di sini, saya tidak akan memberi dua atau tiga kerja kepada pekerja yang kurang bercakap dengan saya. Jika terdapat pekerja yang saya kurang senangi saya juga tidak akan menunjukkan yang saya tidak

menyukai pekerja tersebut. Jika terdapat pekerja yang mempunyai masalah, saya sebagai majikan mereka akan cuba menyelesaikan masalah mereka dengan memanggil mereka

18

berjumpa dengan saya bersendirian. Keadaan ini akan membolehkan pekerja ini meluahkan masalah mereka. Jika ia melibatkan pekerja lain saya akan cuba tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya akan pastikan saya mendengar masalah dari kedua-dua pekerja saya ini. Dengan ini, saya akan mengambil tindakkan yang adil dan saksama ke atas kedua-dua pekerja ini. Pemberian cuti juga perlu untuk pekerja-pekerja saya setelah penat

bekerja beberapa hari berturut-turut. Tidak meluluskan cuti adalah satu amalan yang tidak beretika terhadap pekerja bagi seorang majikan seperti saya. Pekerja perlu diberi cuti untuk merehatkan badan dan minda mereka. Hal berkaitan dengan cuti para pekerja seperti cuti am, cuti bersalin perlu diambil berat oleh saya. Keadaan ini akan membolehkan mereka bekerja dengan lebih semangat dan berdidikasi. Di samping itu pemberiaan ganjaran seperti bonos dan hadiah hari lahir juga dapat menaikkan semangat pekerja-pekerja ini.

6) Etika dalam menerima tempahan Di samping menjalankan pernigaan restoran ini, kami juga menerima tempahan untuk majlis-majlis sekitar perumahan yang berhampiran. Masakan yang disediakan biasanya bersesuaian dengan majlis-majlis tersebut. Setiap tempahan biasanya dibuat dengan bersertakan perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Oleh yang demikian, saya sebagai orang yang bertanggungjawab dalam menerima tempahan ini akan memastikan perjanjian tersebut tidak dilanggari.

19

Setiap tempahan akan dihantar mengikut masa dan tempat yang yang dijanjikan. Kelewatan penghantaran adalah perlu dielakkan oleh saya. Jika ini terjadi ia akan merosakkan reputasi saya sebagai pengusaha makanan. Selain dari itu, saya perlu memastikan bahan yang digunakan di dalam masakan saya itu mengikut dan memenuhi kehendak pelanggan saya tersebut. Pembayaran bagi tempahan juga perlu mengikut perjanjian sebelum tempahan dibuat. Meminta harga yang lebih setelah penghantaran tempahan tersebut dan tidak mengikut harga yang terdapat dalam perjanjian adalah amalan yang tidak beretika bagi situasi ini.

7) Etika dengan peniaga-peniaga lain Dalam menjalankan apa saja jenis peniagaan, persaingan pasti akan terjadi tidak kira ia pesaingan yang sihat atau pun tidak sihat. Persaingan adalah penting dalam meningkatkan peniagaan saya. Dengan adanya persaingan ini saya akan berusaha untuk memastikan saya sentiasa memberi perkhidamatn yang terbaik kepada semua pelanggan saya. Namun begitu, dalam persaingan ini saya perlu menghormati peniagapeniaga yang lain. Persaingan mestilah secara sihat seperti menambah menu baru yang perlu dicuba oleh orang ramai. Saya juga tidak seharusnya memburuk-burukkan peniaga-peniaga lain untuk menarik pelanggan baru. Contohnya, dengan mengatakan atau memberitahu orang lain bahawa pesaingan saya itu menjual denagn harga yang mahal atau pun makanan yang dijual tidak bersih. Selain itu sebagai seorang muslim, perasan iri

20

hati atau busuk hati haruslah dijauhi. Segala amalan ini merupakan amalan etika yang tidak baik dan yang tidak sihat. Mengadakan promosi adalah salah satu cara yang beretika untuk menarik pelanggan baru datang ke restoran saya ini. Promosi haruslah hanya berkaitan dengan restoran dan menu dan harga yang ditawarkan. Selain dari itu promosi yang digembar-gemburkan mestilah pekara yang benar kerana tidak mahu memperdaya atau mengelirukan pelanggan. Dengan ini, satu persaingan yang sihat akan terjadi, keadaan ini akan menyenangkan hati diantara peniaga-peniaga yang lain. Kedua ibubapa saya sering bekata bahawa segala rezeki itu datangnya dari Allah SWT dan setiap manusia itu telah tertulis rezeki masing-masing itu. Dengan berpegangkan kata-kata inilah saya yakin dengan rezeki yang Allah swt berikan kepada saya salama ini.

8) Etika berurusan dengan pembekal Pembekal adalah pihak yang bertanggungjawab membekal bahan-bahan mentah dan bahan keperluaan kepada restoran saya. Tanpa pembekal-pembekal ini, semestinya restoran saya tidak dapat menjalankan perniagaan dengan lancar. Dalam berurusan dengan pembekal saya memerlukan saya mengamalkan beberapa amalan yang beretika demi menjaga hubungan baik antara saya dan pihak pembekal. Saya tidak sahaja berurusan dengan satu pembekal sahaja tetapi dengan beberapa pembekal yang lain. Kesemua pembekal ini mempunyai kerenah yang

21

pelbagai dan peraturan mereka sendiri. Jadi saya perlu bijak mengambil hati semua pembekal ini. Memburuk-buruk pembekal kepada pembekal yang lain adalah pekara yang perlu dielakkan. Kerana jika ini diamalkan, konflik antara pembekal yang lain akan terjadi. Bagi mengelakkan perbalahan dengan pembekal saya telah membuat perjanjian dengan mereka. Perjanjian dibuat meliputi penetapkan harga, jenis barangan, waktu dan hari penghataran. Kesemua ini perlulah dipersetujuan oleh kedua-dua pihak. Saya akan memestikan setiap pembayaran ke atas pembekal dibuat pada tarikh yang ditetapkan. Di samping itu, saya tidak boleh berdolak dalih dalam membuat pembayaran tersebut. Pembayaran yang dibuat juga perlulah dalam kuantiti yang ditetapkan. Tidak menerima sebarang hadiah atau apa saja bentuk barangan dari pihak pembekal adalah amalan yang beretika yang saya amalkan hingga kini. Contohnya, terdapat pembekal cuba memberi hadiah kepada saya supaya saya terus berurusan dengannya, namun saya menolak pemberian tersebut dengan cara yang baik. Keadaan ini akan menjadi rasuah jika saya menerima hadiah dan barangan dari pembekal tersebut.

22

9) Etika dalam pemilihan pekerja Pekerja adalah satu asset penting bagi saya, tanpa pekerja perniagaan restoran saya ini tidak akan dapat dilaksanakan atau matlamat perniagaan ini tidak akan tercapai. Pelbagai isu yang berkaitan dengan pemgambilan pekerja ini perlu saya lakukan secara beretika dalam proses pengambilan pekerja tersebut. Antaranya ialah : Merancang dan merekut pekerja Proses pengambilan pekerja boleh dibuat semuala dengan merekrut mereka, kemudian melalui proses pemilihan. Bagi untuk penstafan semula, kami mengamalkan dengan kenaikan pangkat secara tertutup dan sistem kenaikan pangkat secara terbuka. Ini perlu untuk memastikan pekerja yang dinaikan pangkat benar-benar layak dengan kenaikkan pangkat yang ditawarkan.

Memilih pekerja Kebiasaannya saya akan pastikan pemilihan pekerja melibatkan penilaian terhadap calon yang memohon. Bagi yang menjalankan perniagaan seperti saya, pemilihan boleh dilakukan dengan

menampalkan iklan yang menyatakan restoran saya memerlukan pekerja.

23

Temuduga perlu dilakukan untuk hanya pekara yang berkaitan dengan kerja sahaja. Soalan yang disoal mestilah tidak menyentuh soal yang berkaitan peribadi . Ini akan membuatkan pemohon berasa selesa dengan temuduga tersebut. Di sini juga saya perlu berlaku adil kepada semua pemohon. Saya perlu tulus dan jujur dengan mewujudkan soalan yang sama untuk semua pemohon, keadaan ini juga dapat membantu saya mencapai matlamat. Keputusan perjawatan Keputusan yang diperolehi adalah digunakan untuk membuat keputusan berkaitan latihan, kenaikan pangkat, ganjaran dan dibuang kerja. Isu kenaikan pangkat adalah sesuatu yang kontroversail yang boleh mencetuskan perkelahian, pergaduhan dan hasad dengki. Oleh itu, saya perlu membuat keputusan yang betul dalam pemilihan kerja ini. Sebagai pemilik restoran ini saya perlu mencari orang yang layak sahaja apabila bercadang mengisi kekosongan jawatan. Contohnya , jika saya memerlukan seorang tukang masak bagi restoran saya maka saya perlu mencari individu yang memiliki kepakaran memasak. Secara amalan yang beretika sebagai seorang pengurus atau pemilik restoran ini, saya perlu menimbangkan kesan pengambilan pekerja dari luar ke atas moral pekerja yang sedang berkerja. Amalan yang tidak beretika yang perlu dielakkan oleh saya ialah

24

Nespotism yang bermaksud amalan yang memberi keutamaan terhadap saudara mara dan kawan-kawan yang rapat membuat pilihan pekerja dan amalan kenaikan pangkat. 10) Etika dengan Alam Sekitar Pencemaran alan sekitar berlaku apabila terdapat lebihan bahan-bahan yang tidak diperlukan di dalamnya dan boleh membahayakan kesihatan manusia itu sendiri. Seperti perniagaan makanan saya ini, berkait rapat dengan alam sekitar, pencemaran yang berkaitan seperti pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Pencemaran air Saya akan pastikan, semua bahan buangan dari restoran saya tidak membuang sampah ke dalam sumber air seperti sungai. Jika saya membuang sampah seperti ini, ia akan mengakibatkan sumber air tercemar. Keadaan ini akan memberi kesan kepada penduduk sekitar. Bukan itu sahaja ia akan memusnahkan hidupan di dalam sungai berkenaan. Pencemaran udara saya dibuang denagn cara yang betul dan selamat. Sampah dan sisa Antara lain amalan yang beretika yang berkaitan dengan kebersihan ialah cara pembuangan sampah dan sisa makanan. Penyediaan tempat pembuangan sampah yang konsisten adalah salah satu langkah yang diambil oleh saya unutk memastikan atau apabila

25

kesemua bahan buangan dari restoran makanan akan dibuang mengikut kotogeri yang ditetapkan. Jika semua ini tidak saya amalkan pencemaran udara akan terjadi. Penduduk setempat akan menghidu bau yang tidak menyenangkan dari tempat pembuangan sampah di restoran saya. Pencemaran bunyi Sudah menjadi tren sekarang, kebanyakan pemilik restoran akan menyediakan televisyen dan tempat berkaroke untuk meberi hiburan kepada pelanggan dan menarik pelanggan datang ke restoran mereka. Namun keadaan ini akan mengeluarkan bunyi yang bising dan kuat, ini membawa kepada pencemaran bunyi. Keadaan ini boleh menyebabkan penduduk di sekeliling berasa terganggu dengan peniaga tidak menghiraukan keadaan sekliling. Oleh itu saya akan pastikan saya menjaga kesejahteraan penduduk setempat dengan tidak melakukan pekara yang tidak beretika ini.

Di sini saya akan pastikan diri dan pekerja saya membuang bahan berkenaan di tempat yang sepatutnya. Ini adalah kerana jika ia di buang di tempat yang tidak sepatutnya pencemaran akan berlaku. Dalam menjalankan perniagaan ini, saya perlu memastikan kami bukan saja mengejar keuntungan tetapi dapat menjaga alam sekitar dan keharmonian penduduk setempat.

26

11) Mematuhi undang-undang dan peraturan Sebagai seorang peniaga semestinya saya tidak terlepas dari untuk memastikan saya sentiasa mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Dengan mematuhi segala undang-undang dan peraturan ini, saya akan dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan selesa dan teratur. Misalnya, saya tidak akan melanggari undang-undang yang memlibatkan tentang pengambilan pekerja, pengguaan bahan dalam masakan dan sebagainya.

27

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1

PENGENALAN Dalam bab-bab yang sebelumnya, saya telah membincangkan tentang amalan etika dalam

menjalankan perniagaan saya. Dalam bab 6 ini pula, saya akan membincangakan kesimpulan yang dapat dirumuskan dan cadangan yang boleh saya lakukan untuk memajukan perniagaan saya dengan mengamalkan amalan yang beretika. 6.2 KESIMPULAN Dalam bab 4, kita dapat pelajari bagaimana untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Di sini, kita berpeluang untuk mengenal pasti masalah dan peluang yang ada sebelum membuat perkara-perkara yang hendak terputus. Keputusan yang dibuat perlulah keputusan yang mempunyai moralnya yang tersendiri. Kita dapat lihat betapa sesuatu keputusan itu akan memberi kesan baik untuk jangka panjang dan jangka pendek. Kita sering mengharapkan keputusan yang dibuat akan

mendatangkan hasil yang positif. Oleh itu, apa yang dibincangkan di dalam bab ini dapat membantu kita memperolehi keputusan yang kita inginkan itu. Manakala pula dalam bab 5 pula, apa yang dapat dirumuskan di sini ialah untuk berjaya dalam pernigaan walau apapun jenis perniagaan itu, etika yang diamalkan ditempat kerja

memainkan peranan yang penting. Samaada etika yang diamalkan itu beretika ataupun tidak. Jika kita mahu berjaya dan perniagaan kita itu mendatangkan keuntungan yang membanggakan

28

segala amalan yang beretika perlu diamalkan. Seperti yang dibincangkan, perniagaan makanan yang dijalankan oleh saya ini memerlukan saya mengamalkan amalan yang beretika berhadapan dengan pelanggan, pekerja, pembekal dan kawasan tempat kerja. Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah segala amalan beretika atau tidak beretika yang diamalkan di tempat kerja, adalah datangnya dari diri kita sendiri. Sama ada kita sebagai seorang pekerja ataupun seorang pengurus etika-etika yang baik adalah amat digalakkan dan dituntut oleh kita sebagai seorang muslim. Etika yang tidak beretika haruslah dielakkan untuk menjadikan kita berjaya dalam berkerjaan yang kita lakukan. 6.3 CADANGAN Daripada apa yang dibincangkan tentang etika-etika yang diamalkan di tempat kerja`saya. Di sini saya, berharap agar dapat memberi panduan kepada peniaga-peniaga lain tidak kira apa jenis perniagaan yang dilakukannya. Berdasarkan rumusan yang telah dibuat, saya telah mengenal pasti beberapa bentuk cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh peniagapeniaga. 6.3.1 Cadangan untuk peniaga-peniaga menghadiri kelas cara mengamalkan etika yang baik di tempat kerja Peniaga-peniaga perlulah tahu menilai etika-etika yang perlu diamalkan dan yang tidak elok untuk diamalkan semasa menjalankan perniagaan mereka. Mereka perlu tahu amalan- amalan yang sesuai bagi memuaskan hati pelanggan mereka. Oleh itu pelbagai langkah perlu diambil bagi menanam sifat yang murni di dalam diri peniaga itu sendiri. Antaranya, peniaga-peniaga boleh meluangkan sedikit masa untuk bila

29

menghadiri kelas ilmiah yang memberi panduan yang berguna bagaimana amalan yang beretika itu menjadi pekara yang utama untuk diamalkan di tempat kerja. 6.3.2 Cadangan untuk pihak pekerja Para pekerja perlu ikhlas melakukan kerja, perlulah sentiasa menerapkan di dalam diri bahawa setiap pekerjaan itu adalah kerana Allah S.W.T. Selain dari itu juga, para pekerja perlu tidak memendamkan perasaan jika berlakunya konflik di tempat kerja . Para pekerja perlu sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan majikan mereka. Semoga dengan cadangancadangan ini dapat melahirkan pekerja yang berwibawa dan berakhlak mulia. 6.3. Cadangan untuk pihak kerajaan Pihak kerajaan juga boleh mengambil bahagian dalam menerapkan amalan-amalan yang beretika di tempat kerja. Misalnya dengan, mengadakan kempen kesedaran tentang pentingnya mengamalkan amalan yang beretika di tempat kerja kita. Pihak kerajaan juga, boleh menguat kuasa dan membuat undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pengamalan etika ini. Kerajaan juga boleh menawarkan pinjaman kepada para peniaga bagi tujuan baik pulih kedai atau pun restoran. Ini akan membantu para peniaga mengemas kinikan permis mereka. Jika ini dapat dilakukan para peniaga akan mempunyai permis yang bersih dan kemas, keadaan ini akan membuatkan pekerja menjadi selesa untuk bekerja. Secara tidak langsung amalan yang beretika akan dapat ditonjolkan oleh para pekerja.

30

RUJUKAN

Miritonga123.blogspot.com/2010/01/definisi-etika-html

www.pengurusan.info

www.google.com.my/webhp?source

Buku Rujukan model 8, Etika Perniagaan (Diploma Pengurusan, Universiti Malaya)

Bahan-bahan yang lain yang terdapat dalam tugasan ini adalah dari saya sendiri sebagai pemilik restoran UJANG CONNER

31

You might also like