You are on page 1of 15

1.

PENGENALAN

Resos merupakan bahanbahan yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan menarik. Penggunaan resos merupakan satu strategi yang sangat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kerana ia akan memudahkan muridmurid untuk memahami konsep-konsep yang terdapat dalam matematik dengan menggunakan bahan- bahan konkrit. Ia merupakan salah satu daripada resos. Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspek yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat belajar dan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-murid yang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan baik. Guru perlu menyedari bahawa penggunaan resos yang baik dan menarik sangat penting bagi meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep matematik dan menggalakkan pemikiran matematik dan kreativiti murid-murid. Oleh itu, guru perlulah berusaha untuk menyediakan resos dan bahan supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang berlaku dalam bilik darjah memberi kebaikan kepada murid-murid dan guru itu sendiri. Antara contoh resos yang boleh didapati ialah bahan bercetak, bahan manipulatif dan pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi. Contoh bahan bercetak ialah buku-buku, jurnal-jurnal dan kalender. Contoh bahan manipulatif pula ialah kit manipulatif yang terdiri daripada papan geo, blok Dienes, rod Cruisenaire dan blok asas sepuluh. Selain itu, alat penimbang dan alat mengira seperti kalkulator, abakus, rod dan batang kayu juga merupakan resos. Manakala, komputer, projektor dan perisian komputer yang berkaitan penyelesaian masalah matematik juga boleh digunakan.

Oleh itu, dalam tugasan ini guru pelatih telah ditugaskan untuk menghasilkan resos yang menarik, kreatif, efektif dan sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Resos ini akan meningkatkan mutu serta kualiti pengajaran dan pembelajaran dan memberikan peluang kepada murid-murid untuk pemahaman yang lebih baik terhadap sukatan matematik. Resos yang baik akan dapat membantu murid- murid dalam proses pembelajaran.

2.0

CARTA PENGURUSAN GRAFIK

Alat Bantu Mengajar

Definisi : Sebarang objek, bahan, kelengkapan, model, rekaan, alat, gambar, carta, penerbitan atau sebarang kemudahan yang menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik.

Pengelasan Alat Bantu Mengajar a) Ruang pengajaran b) Buku teks c) Bahan bertulis d) Alat tayang e) Model- model matematik

Contoh Alat Bantu Mengajar a) Penggunaan papan hitam b) Sifat-sifat geometri c) Polihedron-polihedron d) Model trigonometri e) Sifat-sifat algebra

Fungsi Alat Bantu Mengajar a) Sebagai cara untuk membantu murid memahami konsep dan prinsip matematik b) Sebagai cara motivasi c) Sebagai cara untuk menggayakan pengajaran d) Sebagai cara untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran e) Sebagai cara untuk mendirikan simulasi mengenai situasi hakikat f) Sebagai cara untuk mencapai perwakilan tiga dimensi g) Sebagai cara untuk menampung perbezaan individu

Artikel- digunakan untuk menerangkan kepentingan matematik


1. Pembelajaran matematik bantu perkembangan fikiran penyelesaian masalah 2. Kemahiran fikir dalam matematik bantu dalam subjek lain 3. Pelbagai kerjaya boleh diceburi dengan matematik 4. Lulus matematik syarat kemasukan IPT 5. Penghargaan terhadap murid cemerlang matematik

Aspek Sejarah Matematikmenjadikan topik lebih mudah difahami, motivasi, pengembangan sikap positif

1. Mengarahkan murid baca nota sejarah yang berkaitan matematik 2. Mulakan pengajaran dengan guna bahan sejarah matematik sebagai set induksi 3. Kaitkan bahan sejarah dengan topik 4. Tunjukkan filem dan ahli matematik terkenal 5. Memberikan projek berkaitan sejarah matematik

Matematik Rekreasi Pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk hiburan


1. Membina minat murid 2. Pengajaran yang bosan menyebabkan murid berpotensi hilang minat terhadap matematik 3. Pelajar yang lemah dan tidak berminat menjauhi matematik

BAHAN PENGAJARAN

Jenaka Dalam MatematikMasalah yang menarik, lucu dan menduga akal


1. Menggambarkan situasi yang lucu dan memberikan jawapan yang tidak disangkasangka 2. Penyelesaian menjadi hiburan murid-murid

Misteri Dalam MatematikTeka- teki dan masalah kod merupakan soalan misteri yang mengkagumkan murid
1. Contohnya ialah susunkan digit 1, 2, 3, 4 supaya menghasilkan satu nombor yang boleh dibahagi tepat dengan 11 jawapan : 1342, 2134, 1234, 2431, 3124, 4213, 4312

Permainan MatematikUntuk pengembangan proses berfikir


1. Bermula dengan permasalahan ditimbulkan dalam soalan 2. Cara untuk menyelesaikan Dan rumus untuk digunakan 3. Jawapan yang akan diperolehi

3.0

PENGGUNAAN RESOS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan sebab itu matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan. Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta memastikan kurikulum sentiasa relevan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik ini diolah dan disusun semula. Penyusunan semula ini mengambil kira kesinambungan yang berterusan ke peringkat seterusnya. Langkah yang diambil adalah selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik kepada murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi serta menangani perubahan dan cabaran masa depan. Semenjak sebelum merdeka lagi, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai dasar mahupun polisi yang mempunyai visi dan misi ke arah mewujudkan permodenan dan penambahbaikan daalm bidang pendidikan Negara. Selepas Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan, atas dasar penambahbaikan kerajaan telah menggubal kembali silibus pelajaran kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Terdapat tiga elemen nilai yang ditambah di dalam KSSR ialah kreativiti dan inovasi, keusahawanan, serta teknologi maklumat dan komunikasi. KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Kajian ilmiah pada kali ini akan memberi pengkhususan kepada bahan atau resos dalam pembelajaran dan pengajaran matematik di sekolah. Penggunaan sumber atau resos bukanlah sesuatu yang masih baru kerana sebelum penciptaan system nombor, gambarajah dan benda konkrit telah pun digunakan untuk mengajar idea-idea matematik. Umumnya, resos boleh dianggap sebagai sebarang bahan-bahan, objek, kelengkapan, model, rekaan, alat, gambar, carta, penerbitan atau sebarang kemudahan yang dapat menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik. Resos boleh dirujuk kepada segala benda dalam persekitaran luar pelajaran. Ini bermaksud resos merujuk kepada set benda yang boleh digunakan untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran matematik serta meningkatkan pemikiran matematik pelajar. Resos memain peranan serta banyak membantu dalam proses pengajaran. Resos mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk membuat pengajaran di dalam kelas. Matematik banyak melibatkan idea-idea abstrak lebih daripada objek. Implikasinya bahan resos jarang digunakan secara optimum seperti yang diharapkan. Sesuatu makna atau konsep abstrak tidak semuanya dapat ditafsir dan diterangkan melalui pengajaran langsung iaitu dengan menggunakan perkataan sahaja. Kebiasaannya, apabila seorang guru gagal menerangkan konsep matematik kepada murid secara berlisan, dia seharusnya mencari jalan inisiatif lain untuk mencapai matlamat tersebut. Di sinilah pentingnya penggunaan resos dalam pengajaran matematik. Salah satu daripada fungsi resos adalah untuk membantu murid menemui konsep, prinsip dan kemahiran matematik. Kemahiran metematik merujuk kepada keupayaan seperti menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan penaakulan matematik serta menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal. Selain itu, resos juga berfungsi sebagai kaedah untuk mempelbagaikan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru sekolah rendah digalakkan mempelbagaikan kaedah mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini bagi memastikan segala bahan resos yang digunakan oleh guru mahupun pelajar dapat membawa manfaat dan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai, murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, bahan resos yang digunakan harus disediakan ciri fizikal yang sesuai seperti saiz yang tidak terlalu besar dan jelas. Faktor jarak antara pelajar dengan bahan resos yang digunakan juga perlu diambil kira. Jika resos yang digunakan terlalu kecil mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan. Ini akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dan minat terhadap pengajaran guru di hadapan. Selain itu, bahan resos yang digunakan harus disediakan dengan menggunakan gambar atau imej yang berwarna- warni. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan bahan resos juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s. 21). Hasil daripada kajian yang beliau jalankan, penggunaan gambar atau imej yang berwarna dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menyenangkan proses penyimpanan maklumat. Oleh yang demikian, para guru haruslah berusaha untuk memperbaiki serta meningkatkan kemahiran diri dan kreativiti dalam menghasilkan serta mengendalikan resos supaya dapat memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Contohnya, guru perlu bersedia menghadiri kursus yang berkaitan dengan bahan-bahan resos. Guru haruslah mengendalikan pengajaran Matematik dengan bantuan resos matematik dengan cara yang menarik supaya pelajar mendapat kesan positif dan berguna. Hasilkan resos yang

berlainan dan unik di mata pelajar. Ini serta merta akan meningkatkan daya tarikan pelajar terhadap resos yang digunakan oleh guru tersebut. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam memainkan peranannya sebagai pencetus idea dan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, menguasai dan mengamalkan sikap dan nilai yang baik serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi murid. Resos merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia akan membantu untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam matematik. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai adalah sangat penting bagi mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Seorang guru yang baik perlu sedar tentang peranan resos dalam meningkatkan pemahaman konsep serta pemikiran matematik murid-murid. Dengan penggunaan resos yang sesuai dan menarik, murid- murid akan lebih berminat dan seronok untuk belajar matematik. Resos boleh didapati dalam pelbagi bentuk seperti bahan bercetak, bahan manipulatif, dan juga pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi. Bagi kajian ini, kami ingin memfokuskan kepada resos bahan pengajaran yang baik. Pembelajaran matematik melibatkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan fakta, kemahiran dan prosedur yang lebih tinggi. Ia memerlukan struktur konseptual, strategi tentang penyelesaian, kaedah penyelesaian, pendekatan untuk menyelesaikan masalah dan sikap penghargaan tehadap matematik. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku seharusnya mampu menggalakkan dan meningkatkan minat serta kemampuan murid untuk memahami konsep matematik secara maksimum. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru perlulah mahir untuk memilih resos dan bahanbahan yang mampu merangsang minat dan tumpuan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik. Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid untuk menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan atau keputusan terhadap sesebuah permasalahan. Oleh itu, resos seperti bahan- bahan yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran sangat diperlukan.

Terdapat beberapa resos yang menjadi bahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran seperti artikel, aspek sejarah matematik, matematik rekreasi, jenaka dalam matematik, misteri dalam matematik dan permainan matematik. Resos yang pertama untuk dibincangkan ialah artikel. Bahan bahan artikel boleh digunakan untuk menerangkan kepentingan matematik dalam kehidupan seharian manusia. Kebanyakan manusia tidak mengetahui akan kewujudan matematik dan konsep matematik yang berlaku dalam persekitaran mereka. Dengan artikel, akan dapat menerangkan bahawa pembelajaran matematik akan membantu perkembangan pemikiran menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan. Matematik melatih kita untuk mengenalpasti data, menganalisa data, mengenal konsep, aturan, prinsip dan menjangkakan keputusan. Selain itu, kemahiran berfikir dalam matematik akan membantu pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Matematik juga akan memberikan banyak peluang kerjaya dan pekerjaan untuk diceburi oleh murid- murid yang menceburi bidang matematik. Matematik juga menjadi syarat minimum untuk kemasukan ke Institusi- institusi pendidikan tinggi. Resos yang kedua adalah aspek sejarah matematik itu sendiri yang untuk kerana membawa makna yang berbeza kepada individu yang berlainan. Namun demikian sejarah matematik membekalkan pengayaan yang baik dalam kurikulum matematik. Ramai yang berpendapat bahawa mempelajari matematik adalah untuk lulus dalam peperiksaan sahaja, namun dengan adanya pengajaran aspek sejarah matematik yang teratur akan memberikan kesedaran kepada kepentingan dan perkembangan matematik yang membantu kehidupan nenek moyang kita yang terdahulu. Pengajaran sejarah matematik dalam pengajaran harian juga akan menjadikan topik yang dibincangkan mudah difahami dan dapat memberikan motivasi kepada murid-murid. Antara kaedah- kaedah yang yang boleh digunakan oleh para guru bagi menyelitkan aspek sejarah matematik ialah dengan mengarahkan murid-murid untuk membaca nota-nota bahan sejarah yang berkaitan matematik. Aspek sejarah matematik juga merupakan resos yang sangat bagus untuk digunakan sebagai set induksi di dalam kelas bagi memulakan pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh membuat

perkaitan dengan menyebut aspek sejarah matematik semasa dalam proses pengajaran. Filem-filem dan ahli-ahli matematik boleh dijadikan sebagai sumber motivasi untuk memperkembangkan pengetahuan matematik. Selain itu, murid-murid juga boleh diberikan projek untuk dilaksanakan melibatkan sejarah atau aspek matematik seperti sejaran pengukuran, nombor, cabang-cabang matematik dan sebagainya. Resos yang ketiga pula ialah matematik rekreasi yang melibatkan jenaka , misteri, drama dan permainan. Kaedah tersebut boleh digunakan dalam kelas matematik. Penggunaan kaedah yang berbentuk hiburan dan keseronokan ini akan menjadikan pengajaran menjadi lebih menarik. Minat murid-murid akan dapat dibina dan dipupuk dengan menggunakan beberapa jenis matemati rekreasi. Sekiranya ia tidak diselitkan dalam pengajaran, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi bosan dan meyebabkan murid yang pandai dan berpotensi tidak dapat mengembangkan minat mereka terhadap matematik. Manakala murid yang lemah dan tidak berminat akan menjauhi diri daripada bidang matematik. Oleh itu, penggunaan resos matematik rekreasi merupakan satu cara untuk merangsang minat dan tumpuan murid. Kegunaannya pula perlulah bersesuaian mengikut umur dan tahap murid tersebut. Resos yang keempat ialah jenaka dalam matematik iaitu guru itu sendiri menjadikan dirinya sebagai resos iaitu membuat jenaka yang berkaitan matematik. Jenaka merupakan masalah yang menarik, lucu dan dapat menduga akal fikiran. Ia akan menggambarkan situasi yang lucu dan memberikan jawapan yang tidak disangkasangka. Dengan itu, penyelesaiannya akan menjadi hiburan kepada murid-murid. Contohnya ialah : 1. Seekor monyet tejatuh ke dalam perigi yang dalamnya 30 meter. Setiap hari monyet memanjat 3 meter tetapi kerana dinding perigi sngat licin, ia tergelincir 2 meter. Selepas berapa harikah monyet itu dapat keluar daripada perigi trsebut?

Jawapannya : Dua puluh lapan hari kerana pada hari yang ke-28 ia akan sampai ke atas dan tidak terjatuh semula. Kelima ialah misteri yang berlaku dalam matematik seperti masalah ajaib, tekateki dan masalah kod. Ia merupakan soalan- soalan misteri yang boleh menyebabkan murid berasa kagum terhadap matematik. Antara masalah yang boleh diberikan kepada murid-murid ialah :

1. Jika anda mendarabkan dua nombor, anda akan mendapati suatu nombor yang lebih besar daripada hasil tambah kedua-dua nimbor tersebut. Benar atau Tidak?

Jawapan : Benar, jika nombor berkenaan adalah lebih besar daripada satu.

Resos yang terakhir sekali untuk dibincangkan ialah permainan dalam matematik yang melibatkan proses berfikir dengan kreatif dan kritis. Soalan dikemukan kepada muridmurid dan mereka akan berfikir untuk memahami permasalahan yang ditimbulkan dalam soalan tersebut. Mereka akan cuba mencari jalan penyelesaian dan memilih rumus yang bersesuaian untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Selepas mendapat jawapan, mereka akan menilai jawapan yang telah mereka perolehi dan berfikir bagaimana jawapan yang lebih tepat. Permainan matematik boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran matematik ialah : bagi melatih murid-murid supaya dapat memperkembangkan tahap dan keupayaan pemikiran mereka. Contoh permainan

1. Terdapat tiga cara untuk pergi ke rumah Iskandar, dari rumah Nurul, dan dua cara untuk sampai ke rumah Alias, dari rumah Iskandar. Berapakah cara untuk

sampai ke rumah Alia , jika dalam perjalanan dari rumah Nurul, singgah sebentar di rumah Iskandar?

Jawapan : Terdapat enam cara.

4.0

PENUTUP

Setelah selesai melaksanakan tugasan kerja kursus kami pada kali ini, kami telah mempelajarikepentingan penggunaan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam subjek matematik. Guru perlu sedar tentang peranan resos untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai konsep matematik serta pemikiran matematik murid. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah harus berubah dan lebih kreatif, daripada diberitahu oleh guru dan dibina oleh pelajar. Salah satu kaedahnya ialah dengan penggunaan resos yang pelbagai. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai, murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik. Resos sangat penting dalam proses pengajaran. Resos yang digunakan oleh guru berpotensi untuk mengelak kebosanan pelajar di dalam kelas matematik dan menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positif terhadap matematik.

Selain itu, resos yang baik mestilah memenuhi ciri-cirinya. Kesesuaian resos dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru penting bagi memastikan isi pelajaran yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya kekemasan,kejelasan dan menarik perhatian pelajar mesti dipenuhi. Jika tidak resos yang digunakan tidak mampu mencapai matlamat penggunaan resos tersebut. Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak oleh para pendidik yang bergelar guru. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna kepada pelajar mereka. 5.0 RUJUKAN

Noraini Idris. (2001). PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur. Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Khoo Phon Sai. (1986). Belajar untuk Mengajar MATEMATIK Sekolah Menengah. Siri Pendidikan Berita. Kuala Lumpur. Penerbit Berita Publishing Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (1988). PANDUAN MENGAJAR MATEMATIK KBSR. Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Penerbit Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Norma binti Haji Hassan.(2004). HUBUNGAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM, PENGKALAN CHEPA, KELANTAN. Muka surat 25 dan 33.

Diakses pada 25 Mac 2012 daripada http://mujahid.tripod.com/strategi.html

Diakses pada 27 Mac 2012 daripada http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/penggunaan-alat-dan-teknologidalam-matematik-0

You might also like