P. 1
Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

|Views: 2,227|Likes:
Published by Jerly Chon

More info:

Published by: Jerly Chon on Jul 29, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/17/2013

pdf

text

original

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN Jika kita menyusuri budaya kehidupan masyarakat kini

, kita sering melihat dan mendengar masalahmasalah obesiti dan gaya hidup yang kurang sihat diterapkan dalam masyarakat. Disinilah peranan senaman dan aktiviti fizikal yang dapat membantu mengurang gejala yang sedang menular dalam masyarakat kini. Terdapat tiga domain utama dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan afektif. Dalam Pendidikan Jasmani beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspek tersebut ialah penjagaan kesihatan melalui aktiviti kecergasan disamping penerapan nilai-nilai murni melalui pengenalan aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada pelajar menikmati kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui pendekataan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta ini pendidikan jasmai yang di ajar terutama di sekolah rendah perlu lebih menumpukan kepada pembinaan kemahiran asas. Pendidikan Jasmani harus dijalankan tanpa melibatkan pengajaran yang terlalu teknikal sehingga akan membosankan pelajar.

1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005) Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan

seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah,1993).

Rajah menunjukkan tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani

1.1.2 Domain-domain yang membentuk nilai pendidikan dalam Pendidikan Jasmani Kognitif Afektif Psikomotor • Amalan berfikir • Proses penerokaan • Inkuiri penemuan • Penyelesaian masalah • Sikap ingin tahu • Proses imaginasi • Permikiran kreatif • Permikiran kritis • Konsep kendiri • Permahaman kendiri • Penghargaan kendiri • Kawalan kendiri • Emosi • Kecergasan • Kekuatan otot

• Daya tahan otot • Pengamatan motor

Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar.

Aspek Afektif Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar. Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri. Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Pendidikan Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.

Aspek Kemahiran Psikomotor Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor. Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telah mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat. Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani. Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001). Oleh yang demikian Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai matapelajaran yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

1.2 FALSAFAH, MATLAMAT DAN OBJEKTIF Falsafah Falsafah berasal daripada perkataan yunani tua yang philosophia yang bermaksud cinta kepada pengetahuan dan hikmah. Russle memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi (ilmu ketuhanan

dan agama) dan sains (sains-sains fizik dan kemanusian). Falsafah adalah sesuatu yang terletak di antara sains dan teologi. Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik: • Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas. • Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti. • Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan. • Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada keupayaan memberi penerangan. • Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat. Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Objektif utama yang digariskan dalam PJ adalah bertujuan untuk mencapai matlamat kandungan pelajaran yang merangkumi kesemua aspek domain pembelajaran. Falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannya yang telah ditetapkan. Dengan kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan. Zeigler (1962) berpendapat falsafah dapat membantu guru memahamidan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya.

Matlamat dan Objektif Menurut Bucher dan Wuest (1987) penetapan matlamat dan objektif dalam Pendidikan Jasmani dapat membantu matapelajaran ini dalam aspek-aspek seperti berikut: 1. Memahami apa yang hendak dilakukan. 2. Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan dengan masalah. 3. Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai Pendidikan Jasmani. 4. Memahami sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat. 5. Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat. 6. Menghargai dan mengambilberat pencapaian murid melalui penglibatan mereka di dalam program di bawah penjagaan mereka. Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan

berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh ynag demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu: Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. (Pusat Perkembangan Kurikulum,1999)

Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahami objektif utama Pendidikan Jasmani yang digariskan seperti berikut: 1. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor; 2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri; 3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian; 4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal 5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan 6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran Rendah Menengah, Pendidikan Jasmani, 1999) Berdasarkan objektif Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Menurut Seefeldt dan Vogel (1986) persoalan mengenai objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor sebagai satu kaedah yang mampu mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa falsafah digunakan sebagai panduan dan penggerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial maka melalui Pendidikan Jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani Kesihatan (1988) Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.3.1 SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI Ketika zaman prasejarah kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh perasaan untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan manusia. Memburu serta mengumpul merupakan aktiviti yang popular. Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas dalam kegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan menjaga kesihatan. Sejarah perkembangan aktiviti Pendidikan Jasmani dan kecergasan ini akan mengupas aktiviti Pendidikan Jasmani yang pernah dilakukan bermula dari zaman dahulu purba hingga ke zaman moden.

Zaman Manusia Purba dan Kecergasan Pada ketika ini manusia hidup dalam keadaan nomad iaitu berpindah-randah dan ketika di setiap penempatan aktiviti hanya bertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup. Aktiviti seperti memburu dan brkumpul ini merupakan sebahagian dari keperluan dalam kehidupan ketika itu. Ini merupakan salah satu komponen sosial. Setiap kali mereka berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan itu dengan pelbagai aktiviti seperti menari, permainan kebudayaan dan juga menziarahi komuniti lain untuk bersama meraikan kejayaan di tempat lain. Jika dilihat, motif aktiviti di zaman paleolitik ini lebih kepada melibatkan diri dan berpesta. Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.

Zaman Neolitik – Revolusi Pertanian Zaman Neolitik Revolusi Pertanian merupakan zaman perubahan terhadap gaya hidup primitif. Era ini merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia tidak lagi berpindah-randah kerana amalan pertanian membantu manusia hidup setempat dengan bekalan yang ada. Ini dapat merubah gaya hidup manusia zaman primitif kepada gaya hidup manusia dan pertanian atau dikenali sebagai ”agrarian”. Akibat dari itu manusia mengamal gaya hidup ”sedentari” akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka.

Tamadun Kuno China dan India Di negeri China pengajaran falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Ketika itu jika tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan, mereka akan dikaitkan

dengan penyakit yang memberhentikan fungsi organ dalaman atau kini dikenali sebagai masalah sistem kardiak. Ketika itu Kung-fu diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Pergerakan kung-fu dicipta dan kaya dengan pelbagai bentuk pergerakan fizikal yang dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pergerakan kaki yang berbeza dan meniru pergerakan binatang berlawan. Ketika itu wujud juga aktiviti kecergasan yang lain seperti memanah, menari, lawan pedang dan gusti. Di India pula, manusia dihalang penglibatan mereka akibat kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Mereka lebih menumpukan kepada aktiviti berbentuk spiritual. Manusia ketika itu mengabaikan aktiviti kecergasan. Satu kaedah senaman yang mirip kepada kung fu telah dicipta yang masih terikat dengan kepercayaan agama yang dikenali sebagai yoga. Yoga dipercayai telah wujud lebih lima ribu tahun. Yoga bermaksud penyatuan terhadap tubuh, akal dan roh berdasarkan kepercayaan falsafah Hindu. Yoga mula dicipta oleh Mubaligh Hindu yang hidup dalam kesederhanaan yang berteraskan disiplin diri dan bermeditasi. Dari pemerhatian yang mereka lakukan, pergerakan haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada yoga. Mereka percaya aktiviti ini dapat mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri mereka dengan alam sekitar. Aktiviti yoga atau nama lainnya Hatha Yoga mula dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan. Postur badan dan teknik pernafasan merupakan kaedah yang paling baik. Yoga dapat membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihtan badan.

Timur Tengah Pemerintahan politik dan pemerintahan tentera pada tamadun di Assyria, Babylon, Topikylon, Egypt, Palastine, Parsi, dan Syria pada ketika itu amat mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam setiap pasukan tentera dan seluruh masyarakatnya. Pendekatan ini diamalkan dengan baik oleh tamadun Parsi. Pemimpin Parsi pada ketika itu menuntut semua rakyat supaya mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Tahap kecergasan ini diperoleh melalui pelbagai latihan keras yang dilakukan. Ketika kanak-kanak berumur enam tahun, mereka adalah milik negara dan perlu melalui pelbagai latihan seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing. Objektif latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan.

Zaman Greek – Athens Masyarakat di Yunani amat mengutamakan kesempurnaan fizikal. Kota yang terkenal dlam bidang Pendidikan Jasmani ketika itu ialah Sparta dan Athens. Di Sparta objektif utama Pendidikan Jasmani ialah untuk menyumbang kepada pembentukan tentera yang kuat, manakala di Athens, objektif banyak

tertumpu kepada prinsip demokrasi. Greek adalah tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam kemunculan aktiviti kecergasan. Masyarakat Greek ketika itu percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak mempunyai kaitan yang rapat. Kecergasan fizikal dan minda penting sama penting dengan kepentingan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental.

Aktiviti gimnastik dengan menggunakan muzik merupakan antara pelajaran yang penting. Mereka mengatakan pergerakan gimnastik adalah untuk tubuh badan dan muzik itu untuk jiwa mereka. Gimnastik diajar di sebuah tempat yang dikenali ’Palaestras’, ianya merupakan tempat untuk remaja lelaki bagi aktiviti Pendidikan Jasmani. Di ’Palaestras’ merangkumi sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan dan gelanggang untuk aktiviti luar seperti berlari, gusti dan melompat. Apabila remaja ini telah dewasa, di antara umur 14 dan 16 tahun, tempat mereka berlatih ini akan berubah sebuah tempat yang dipanggil gimnasium. Di kedua-dua tempat ini latihan diawasi oleh jurulatih kecergasan yang dipanggil ’Paidotribe’.

1.3.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA Sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada empat era iaitu: 1) Zaman sebelum penjajahan British 2) Zaman pemerintahan British 3) Sebelum merdeka 4) Selepas merdeka

Zaman Sebelum Penjajahan British Ketika zaman sebelum penjajahan British, Negara ketika itu tidak langsung memiliki satu sistem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu banyak tertumpu kepada kelaskelas pengajian yang tidak formal seperti kelas agama manakala kedudukan Pendidikan Jasmani ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak memiliki objektif yang jelas.

Zaman Pemerintahan British Pihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan sistem pendidikan yang diadun dengan pengaruh mereka yang kebaratan. Pendekatan ini banyak tertumpu di negeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British. Kebanyakan sekolah diurus dan dibuka oleh mubaligh kristian dan juga

syarikat-syarikat Inggeris. Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hingga empat dan hanya menjadi matapelajaran sampingan. Selepas tahun empat pendidikan jasmani diajar di Special Mlay Class. Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah sekolah Melayu di Singapura. Namun, kurikilum pendidikan jasmani adalah terhad kerana kerajaan British bersikap sambil lewa. Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidkan Jasmani sebagai matapelajaran pada tahun 1815. Pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani dijadikan sebagai matapelajaran yang diajar di tiga buah sekolah di Singapura. Pendidikan Jasmani ketika itu juga diajar di sekolah menengah rendah seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, dan Muar pada tahun 1923-1925. Bermula pada 1930-an Pendidikan Jasmani mula diperkenalkan di sekolah menengah atas seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Manakala di Melaka dan Pulau Pinang (1816), sekolah Inggeris ditubuhkan dari usaha para mubaligh Kristian (Mohd.Soffian et.all, 2003) Zaman Sebelum Merdeka Pada zaman sebelum merdeka sekitar 1930-an, pelbagai usaha giat dijalankan untuk menggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani bermula. Isi kandungan bagi sukatan pelajaran kebanyakannya mirip sukatan latihan fizikal sekolah-sekolah di England. Pada tahun 1946 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal sukatan latihan jasmani. Rentetan terhadap perubahan dasar mulai tahun 1952, guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai guru. Mereka dilatih dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Kirby Brisnford.

Zaman Selepas Merdeka Pada zaman selepas merdeka, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Sukatan ini dikaji semula dan dalam tahun 1966,satu sukatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan telah disiapkan. Pendidikan Jasmani mula diberi penghargaan pada tahun 1960 apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas memulakan kursus Tambahan Setahun Pendidikan Jasmani. Kursus ini diperluaskan untuk kaum wanita dalam tahun 1961.(Mohd.Soffian et.all, 2003) Dalam tahun 1971, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani mula disemak sekali lagi dan dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Wee Eng Hoe,1998). Pendidikan jasmani telah digabungkan pula dengan pelajaran kesihatan, gabungan kedua-dua matapelajaran ini kemudiannya dijadikan sebagai satu matapelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah.

1.4 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI Terbahagi kepada 2 komponen iaitu : • sains dalam perkembangan pertumbuhan manusia • sains dalam tubuh badan manusia Sains Dalam Perkembangan Pertumbuhan Manusia Kajian Asas Anatomi dan Fisiologi Manusia. • Manusia dan haiwan mempunyai kebolehan menggerakkan tubuh badan antara satu sama lain • Pergerakan yang sesuai dengan jenis tugasan • Hasil daripada pergerakan ini, wujud kajian tentang perubahan fungsi dalan tubuh • Perubahan ini dinamakan sebagai Fisiologi Senam Sel + sel > tisu-tisu > organ + organ > system Sel • Merupakan bahagian terkecil dalam tubuh • Semua sel mempunyai nucleus kecuali sel darah merah • Makanan menyebabkan sel mengalami proses pembahagian • Tubuh badan yang lebih besar mempunyai sel yang lebih besar Tisu

• Tisu merupakan sekumpulan sel yang melakukan kerja yang sama • Contoh tisu ialah tisu saraf, tisu kulit, tisu darah, tisu tulang dan tisu otot • Setiap lapisan kulit mempunyai tugas yang berbeza Organ • Terdiri daripada satu kumpulan tisu yang melakukan kerja yang sama • Kulit dianggap satu organ yang kerana beberapa lapisan telah digabungkan Sistem • Sekumpulan organ yang berkerjasama dengan satu tujuan dipanggil system • System yang berlainan saling bergantung antara satu sama lain

Sistem Rangka • Tulang secara berkumpulan membentuk rangka tubuh badan • Badan kita mempunyai 206 tulang • Terdiri daripada tulang luar, tulang panjang, tulang luar biasa, tulang datar dan tulang sesamoid • Rangka berfungsi sebagai perlindungan, sokongan, pergerakan, penghasilan sel darah, dan setor kalsium

Sistem Otot • Badan kita mempunyai 600 otot yang berkerjasama antara satu sama lain • Otot boleh memendek dan memanjang untuk menggerakkan bahagian tubuh • Dibahagikan kepada 3 jenis otot iaitu otot licin, otot jantung dan otot rangka • Pengucupan otot dapat dibahagikan kepada : - isometrik = penguncupan ini menyebabkan otot menghasilkan kuasa terhadap beban yang tetap dan tidak bergerak cth : menolak dinding - isotonik = menyebabkan pemanjangan dan pemendekan otot cth : otot bisep semasa mengangkat dumbell Sistem Saraf • Terdapat sejumlah 10 bilion sel dalam badan manusia • System ini menerima dan menghantar mesej • System ini menyebabkan tubuh badan melakukan sesuatu dengan 2 cara :

- Lakuan voluntari- menghantar mesej terus kepada otak dan otak menentukan apa yang patut dilakukan dan seterusnya di hantar kepada bahagian tubuh selepas membuat keputusan - Mesej yang di hantar tidak melalui otak dan proses ini dinamakan Tindakan Luar Kawalan atau involuntari. cth : bernafas

Sistem Respiratori • Oksigen dibawa masuk ke dalam tubuh badan melalui system pernafasan • Pernafasan luar/ eksternal Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam tubuh badan dengan persekitaran luar • Pernafasan dalaman/ internal Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di antara sel-sel tisu dan cecair di sekelilingnya • Semasa udara di sedut hanya 75% sahaja udara mengalami pertukaran gas dan karbon dioksida

Sistem Kardiovaskular • Dikenali sebagai system peredaran darah • Sistem ini merangkumi jantung, kapilari, arteri, dan vena • Jantung mengepam darah. Arteri membawa darah dari jantung ke tisu-tisu. Arteri bercabang membentuk kapilari dan kaoilari membentuk vena. Vena mengalirkan darah ke tisu badan dan kembali semula ke jantung. • Semasa berlatih atau bersenam otot kita memerlukan oksigen yang boleh diperolehi melalui peningkatan jumlah darah yang dipam oleh jantung Sistem Pencernaan • Memproses makanan dan membekalkan tenaga bagi menghasilkan sel-sel baru dan membolehkan tindak balas kimia berlaku dalam tubuh • Makanan di cerna kepada bahagian yang kecil dan di hantar melalui saluran darah dan system limfa ke hati untuk diproses.kemudian akan dihantar ke sel-sel • System pencernaan mempunyai 4 bahagian penting iaitu mulut, perut, usus besar dan usus kecil

Sistem Pembiakan • Organ-organ yang membentuk system pembiakan boleh I bahagikan kepada 2 iaitu organ perlu ( Gonad ) dan organ aksesori • Organ perlu menghasilkan sel-sel seks dan organ aksesori membantu dalam proses pembiakan

Lelaki : organ perlu ialah sepasang testis dan organ aksesori ialah duktus ganetalia, kelenjar dan struktur penyokong. - Testis berperanan untuk menghasilkan sperma dan hormon - Duktus berperanan sebagai salur untuk sperma keluar bertujuan untuk melakukan persenyawaan Wanita : organ perlu ialah sepasang ovari dan organ aksesori ialah tiub uterin, uterus, vagina, genitalia eksternal dan kelenjar mamari - ovari menghasilkan ovum dan hormone seks wanita (ekstrogen dan progesteron )

Senaman Dan Latihan • Senaman dan latihan amat penting dalam mempertingkatkan kecergasanseseorang • Kecergasan seseorang bergantung kepada kemampuan system tubuh badan, otot-otot, pernafasan, peredaran darah, jantung dan lain-lain dapat berkerjasama dengan cekap • Oleh itu, senaman dan latihan amat diperlukan bagi membantu seseorang itu mencapai tahap kecergasan yang maksimum

Kesan Senaman Dan Latihan

• Senaman bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan tetapi membantu mengawal berat badan • Satu cara membakar lemak ialah melalui senaman dan latihan. Senaman menyebabkan penggunaan tenaga yang kebanyakannya dihasilkan daripada pembakaran lemak • Kadar penggunaan tenaga dipengaruhi oleh intensiti dan tempoh kegiatan senaman dan latihan dilakukan. • Tindak balas terhadap senaman ini terjadi apabila perubahan fungsi yang sementara berlaku dengan mengejut di dalam tubuh badan. Perubahan fungsi ini pula akan kembali normal selepas masa senaman dan latihan itu tamat. Contoh : peningkatan kadar nadi • Kesan senaman dan latihan dapat dilihat melalui 2 aspek iaitu : - Jangka pendek - Jangka panjang

Kesan Jangka Pendek • Meningkatkan lagi kadar pernafasan iaitu memerlukan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida • Kadar metabolisma meningkat.Banyak makanan diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi menjalankan aktiviti dan banyak bahan buangan dikeluarkan seperti laktik asid, urin dan gas karbon dioksida • Meningkatkan bilangan sel darah merah untuk memperbanyakan pembawaan gas oksigen dalam darah • Meningkatkan pengeluaran kardiak. Pengeluaran kardiak sama dengan pendaraban pengeluaran darah dengan jumlah darah yang dikeluarkan setiap degupan jantung (stroke volume ) • Meninggikan kadar degupan jantung dan tekanan darah. Dinding jantung bagi seseorang yang menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu mengepam darah denagn banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam • Mengembangkan lagi arteri untuk menghantar lebih darah ke otot-otot semasa senaman dilakukan • Meninggikan lagi suhu tubuh badan manusia. Haba yang di bebaskan melalui perpeluhan kulit • Mengurangkan kandungan kolestrol dan lemak di dalam darah.Situasi ini mengurangkan serangan sakit jantung dan penyakit sakit angina • Menambahkan lagi isipadu otot agar lebih banyak darah mengalir pada otot • Menolong merendahkan titik tetap seperti meningkatkan jisim otot, mengurangkan selera makan, menmbahkan enzim untuk pembakaran lemak dan menambah tahap penggunaan tenaga

Kesan Jangka Panjang

• Berlaku peningkatan saiz otot akibat daripada pertukaran dalam sarkoplasma dalam otot gentian individu dan juga berlaku penambahan tisu perantaraan antara otot-otot gentian • Peningkatan saiz, kekuatan, dan kecekapan ke atas jantung. Dinding jantung bagi seseorang yang sentiasa menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu mengepam darah dengan banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam • Meningkatkan bilangan kapilari di mana ia akan menyebabkan berlakunya peningkatan daya tahan otot dan vascular

Sains Dalam Pergerakan Tubuh Badan Manusia

Pusat Graviti Dan Kerja.

Semakin jauh pusat graviti dibawa semakin banyak kerja yang dilakukan. Contoh:Dalam acara lompat tinggi, atlit yang tinggi akan lebih mudah melepasi halangan dibandingkan dengan atlit yang rendah walaupun berat badan sama.

Aerodinamik Bentuk yang dapat mengurangkan rintangan angin/udara. Contoh:Bagi pelari pecut mestilah keadaan badan dicondongkan sedikit untuk mengelak dari rintangan angin dan mendapat pecutan yang baik.

Tenaga Ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Terdapat dua jenis tenaga dalam diri. Tenaga potensi ( tenaga keupayaan ) ↔ Tenaga putaran.

Tenaga Potensi Contohnya seorang akrobat terjun ke jongkang jongket, rakannya akan tercampak ke atas kerusi yang tinggi. Dalam melakukan aksi ini, dia dikatakan melakukan kerja (mencampak rakannya). Kerja inilah sebenarnya ’tenaga’ yang telah dipindahkan kepada jongkang jongket itu.

Tenaga Putaran Tenaga putaran dapat dilihat dalam sukan perlu mematuhi prinsip-prinsip momen (principle of moments). Kesan tenaga putaran dapat ditambah dengan menambah beban atau memanjangkan jarak. Contoh, dengan memanjangkan raket badminton dengan menggenggam pada pangkalnya dapat menghasilkan pukulan yang kencang. Manakala dengan memendekkan pegangan akan memudahkan permainan dijaring, pantas dan terkawal.

Kestabilan Kestabilan terbahagi kepada dua : 1. Statik 2. Dinamik Kestabilan statik adalah pengekalan kestabilan tubuh semasa tidak bergerak. Contohnya kedudukan seorang pelari sebelum melakukan pecutan 100 meter. Kestabilan dinamik pula adalah kestabilan semasa dalam pergerakan. Contohnya seorang pemain bola keranjang melakukan jaringan secara terbang.

Geseran Adalah satu daya yang menghalang penggelunsuran antara dua permukaan. Contohnya pemain bola sepak menggunakan kasut berstad supaya dapat bergerak dengan stabil dan tidak tergelincir, geseran diantara tapak dengan rumput itu menjadikan pemain itu lebih stabil.

Hukum Newton Terbahagi kepada tiga: 1. Hukum inersia 2. Hukum pecutan 3. Hukum aksi-reaksi Hukum Inersia Suatu objek yang tidak bergerak akan kekal dalam kedudukannya dan suatu objek bergerak akan mengekalkan kelajuan dan arah pergerakan yang sama sehingga ia diubah oleh daya luar. Contohnya, bila bola disepak ia akan mengikut arah dan laluan yang lurus sehingga dipaksa menukar sifat pergerakan oleh daya-daya luar. Daya yang menukar arah bola itu boleh wujud dalam bentuk graviti, rintangan udara, tiupan angin atau objek lain. Hukum Pecutan Hukum pecutan ialah apabila suatu objek dikenakan suatu daya ia akan bergerak dalam arah yang sama dengan daya berkenaan. Contohnya raket berat adalah sukar diayun tetapi tidak perlu banyak tenaga untuk menghasilkan pukulan kencang berbanding raket yang ringan.

Hukum Aksi-Reaksi Hukum ini menyatakan bahawa bagi setiap aksi (tindakan) akan terdapat satu reaksi (tindak balas) yang sama kuat dari arah yang bertentangan. Contohnya dalam acara tarik tali, apabila pasukan A mengundur 1 meter maka pasukan B akan terpaksa melangkah 1 meter kehadapan.

Gerakan Gerakan terbahagi kepada dua iaitu: 1. Gerakan linear. 2. Gerakan putaran. Gerakan Linear Gerakan linear ialah pergerakan tubuh ataupun objek dalam laluan yang lurus dan dengan kelajuan yang seragam. Contoh pergerakan linear adalah berjalan atau berlari. Gerakan Putaran Gerakan putaran adalah hasil dari pergerakan yang berbentuk separuh bulatan yang berpusatkan suatu pusat yang tetap. Contohnya membaling bola merupakan gerakan putaran dari tangan dan sendi bahu yang kemudiannya ditukar kepada gerakan linear pada bola sebaik sahaja ia berlepas dari tangan.

Sistem Tuas Sistem tuas terbahagi kepada tiga: 1. Tuas kelas pertama. 2. Tuas kelas kedua. 3. Tuas kelas ketiga. Tuas kelas pertama Apabila aksis (falkrum) berada diantara daya dengan beban. Tuas kelas kedua Apabila beban berada diantara daya dengan fulkrum. Tuas kelas ketiga. Bila daya berada diantara beban dengan fulkrum. Contohnya ; ketika menolak bola hoki.

Pergerakan Asas Lokomotor, Bukan Lokomotor & Manipulatif Alatan
1.0 TAJUK Pergerakan Asas Lokomotor, Bukan Lokomotor dan Manipulatif Alatan 2.0 PENGENALAN Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Ia terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama, dan pergerakan kreatif. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid dapat megenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung, pelajar akan memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Pakar-pakar dalam Pendidikan Jasmani (Gallahue, D.L., 1996; Gabbard, C., LeBlanc, B. & Lowy, S., 1994; Burton, 1977) membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. 2.1 Pergerakan Lokomotor 1. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kata lain, dasar menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut pergerakan. 2. Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

3. Pergerakan lokomotor dibahagikan kepada dua: a) Lokomotor beritma sekata b) Lokomotor beritma tidak sekata 2.1.1 Lokomotor Beritma Sekata 1. Berjalan 2. Berlari 3. Melompat (mendarat dengan dua kaki) 4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki) 5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli) 2.1.2 Lokomotor beritma tidak sekata 1. Skip 2. Mengelongsor 3. Galop 2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor 1. Pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Ia dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor juga diertikan sebagai keupayaan

menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. 2. Antara pergerakan-pergerakan bukan lokomotor ialah:

a) Membongkok b) Meregang c) Mengilas d) Memusing e) Menolak f) Menarik g) Hayun h) Bangkit i) Rebah j) Berbuai-buai 2.3 Manipulasi Alatan 1. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran kemahiran ini mesti melibatkan manipulasi alat seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz dan komposisi. 2. Manipulasi alatan ialah bagaimana cara kita menggayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. 3. Kemahiran manipulasi alatan dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya, tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain.

4. Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas, menyatakan bahawa manipulasi alatan melibatkan tiga aspek, iaitu: a) Memberi tenaga kepada objek (Melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul, membaling) b) Menguasai objek (Menangkap dan menyambut, menahan) c) Mengawal objek (Menggelecek dan memantul bola) 5. Kemahiran manipulasi alatan hendaklah dibina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. 3.0 MATLAMAT Kertas kerja ini disediakan sebagai satu perantaraan untuk memahami dan menerima bimbingan yang lebih lanjut tentang pergerakan asas. Perkara yang ingin dilihat adalah keupayaan kanak-kanak melakukan pergerakan-pergerakan asas. Selain daripada itu, amali pergerakan asas ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap kemampuan masing-masing, di samping mengikut peringkat umur. Sehubungan dengan itu, amali pergerakan asas ini secara tidak langsung dapat membentuk dan melatih pelajar agar mempunyai badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas. Di samping itu juga, melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada

perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendidikan pergerakan asas merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan

sosial, emosi dan estetik. Memandang kepentingan ini, tujuan amali pergerakan asas ini adalah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran pergerakan asas. Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu pelajar berjalan, berlari, melompat dengan betul, mengetahui cara duduk, berdiri dengan betul dan sebagainya. Manipulasi alatan pula membantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan apabila pelajar dewasa. 4.0 OBJEKTIF Antara objektif kertas kerja amali pergerakan asas ini ialah seperti berikut: 1. Menguji para pelajar tentang kemahiran pergerakan asas 2. Membolehkan para pelajar melakukan pergerakan mengikut keupayaan diri 3. Memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang pelbagai

pengalaman pergerakan 4. Membimbing para pelajar untuk menggabungkan pergerakan

menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan pergerakan 5. Melatih murid-murid melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul dan selamat untuk menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan 6. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar 5.0 TARIKH 28 hingga 29 April 2010 6.0 TEMPAT

Gimnasium Saidina Abu Bakar, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Pendidikan Islam, Selangor 7.0 KUMPULAN SASARAN Pelajar Tahun 6 8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI 8.1 Prosedur Pelaksanaan Demonstrasi Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta sekurang-kurangnya 25 pergerakan. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 25 perlakuan yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan alatan seperti bola, tali, gelung rotan, belantan, kayu atau pundi kacang. Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi sederhana dan rendah. Pergerakan yang dilakukan juga mestilah melibatkan pelbagai arah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->