You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH SAINS LABUAN MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA TAHUN 2012 BIL TARIKH: MASA

TEMPAT : 1/2012 9 JANUARI 2012 : 11.00 PAGI : BILIK MUTIARA

Kehadiran : En. Adnan bin A.Aziz Pn. Rohana binti Yasin En. Zulkifli bin Zakaria Pn. Maziah binti Yusop En. Mohd Norazmin bin Abdul Aziz En. Aizasharizam bin Abdullah Zawawi En. Daniel Galunu Cik Suhaida binti Mohamed Pn. Nur Aimi Marlia binti Omar - Penolong Kanan 1 - Guru Kanan Sains dan Matematik - Ketua Panitia Matematik / Guru Cemerlang Matematik - Guru Cemerlang Matematik - Guru Matematik - Guru Matematik - Guru Matematik - Guru Matematik - Guru Matematik

Agenda :1.0 Kata Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Encik Adnan Bin A.Aziz selaku Penolong Kanan 1 dan Puan Rohana binti Yasin selaku Guru Kanan Sains dan Matematik Sekolah Menengah Sains Labuan serta ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru Matematik kerana dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali pertama 2012. Pengerusi memaklumkan program untuk Kebitaraan Matematik hendaklah dirancang lebih awal supaya tidak bertindih dengan aktiviti sekolah. Pengerusi juga berharap ahli panitia akan berusaha dengan lebih gigih untuk memperkasakan subjek Matematik di Sekolah Menengah Sains Labuan, kerana kita dijadikan rujukan oleh sekolah lain. Pengerusi juga memaklumkan Pertandingan Ko-Akademik, Olimpiad akan dijalankan pada hari Sabtu (21 Januari 2012), bertempat di Taman Damai. Pengerusi berharap ahli jawatankuasa program dapat menguruskan makan minum dan penginapan pelajar, kerana program ini dijalankan pada Cuti Tahun Baru Cina. Pengerusi turut memaklumkan pelajar sekolah kita hendaklah menyertai pertandingan antarabangsa seperti OMK, ICAS, dan AMC kerana sekolah kita adalah sekolah kluster. Pengerusi menyuarakan kebimbangan terhadap pelajar tingkatan satu, dua dan empat yang tidak bersungguh dalam menelaah pelajaran, kerana bagi mereka tiada peperiksaan besar yang perlu dihadapi pada tahun ini. Pengerusi berharap ahli panitia dapat menyediakan perancangan untuk pelajar tingkatan satu, dua dan empat ini agar mereka sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Tindakan/Makluman : Semua Ahli Panitia 2.0 Kata Aluan Penolong Kanan 1

1.2

1.3

1.4

1.5

2.1

Encik Adnan selaku PK1 mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan yang diterima daripada pengerusi dan tahniah kerana Mesyuarat Panitia Matematik antara yang terawal dijalankan. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli panitia kerana Sekolah Menengah Sains Labuan telah mendapat kebitaraan dalam matematik pada November 2011. Beliau turut memaklumkan bahawa Post Mortem PMR 2012 perlu dihantar segera kerana pembentangan akan diadakan pada Khamis (12/01/2012). Beliau juga memaklumkan bahawa keputusan Matematik PMR 2011 telah mengalami penurunan gred purata daripada 1.0429 pada PMR 2010 kepada 1.0886 pada PMR 2011. Beliau berharap semua ahli panitia khususnya guru-guru yang mengajar pada tahun ini agar dapat mengatasi segala kelemahan tersebut untuk meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan matapelajaran Matematik untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun 2012. Beliau memberitahu bahawa terdapat tiga belas softskill yang perlu diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Beliau mengharapkan agar guru-guru dapat menghayati piawaian kualiti PdP seperti contoh, peka terhadap keperluan pelajar. Beliau menyatakan bahawa guru perlu mengadakan headcount agar dapat mengetahui potensi pelajar daripada awal dan seterusnya mengatur strategi yang sesuai. Beliau akan menyediakan HC1 untuk pelajar tingkatan tiga dan lima serta bilangan pelajar yang bakal mendapat A, dan guru yang akan mengenalpasti pelajar tersebut. Beliau berharap Panitia Matematik dapat melahirkan guru-guru yang cemerlang. Tindakan/Makluman : Semua Ahli Panitia

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6

2.7

3.0

Kata Aluan Guru Kanan Bidang Sains & Matematik 3.1 Puan Rohana selaku Guru Kanan Bidang Sains & Matematik mengalukan kehadiran dua orang guru baru di dalam panitia ini iaitu Pn. Nur Aimi Marlia binti Omar dan En. Danial Galunu. Beliau memaklumkan bahawa segala dokumen berkaitan Panitia Matematik seperti jadual waktu guru, minit mesyuarat, post-mortem hendaklah diadakan salinan dan diserahkan kepada beliau untuk rujukan akan datang. Beliau juga memaklumkan keputusan Matematik Penilaian Menengah Rendah pada tahun 2011 adalah kurang baik berbanding pada tahun 2010. Beliau berharap prestasi kecemerlangan matapelajaran Matematik dalam PMR pada tahun 2012 dapat ditingkatkan. Beliau turut memaklumkan strategi yang dilaksanakan oleh Panitia Matematik untuk tahun ini iaitu seramai empat orang guru mengajar dalam satu tingkatan merupakan satu idea yang bagus dan beliau berharap strategi ini dapat mencapai target yang disasarkan. Tindakan/Makluman : Semua Ahli Panitia

3.2

3.3

3.4

4.0

Perancangan Panitia Matematik 2012 4.1 Pengerusi memaklumkan guru yang mengajar Matematik adalah seperti berikut :

Ting.1 Sarjana : Cik Suhaida Bt. Mohamed Ting.1 Pendeta : Cik Suhaida Bt. Mohamed Ting.1 Cendekiawan : Cik Suhaida Bt. Mohamed Ting.1 Intelek : En. Daniel Galunu Ting.2 Sarjana : En. Zulkifli B. Zakaria Ting.2 Pendeta : Pn. Nur Aimi Marlia binti Omar Ting.2 Cendekiawan : Puan Maziah Bt. Yusop Ting.2 Intelek : En. Aizasharizam B. Abdullah Zawawi

Ting.3 Sarjana : Pn. Maziah Bt. Yusop Ting.3 Pendeta : Cik Suhaida Binti Mohamed Ting.3 Cendekiawan : Pn. Maziah Bt. Yusop Ting.3 Intelek : Pn. Maziah Bt. Yusop Ting.4 Sarjana : En. Mohd Norazmin B. Abdul Aziz Ting.4 Pendeta : En. Zulkifli B. Zakaria Ting.4 Cendekiawan : En. Mohd Norazmin B. Abdul Aziz Ting.4 Intelek : En. Mohd Norazmin B. Abdul Aziz Ting.5 Sarjana : En. Mohd Norazmin B. Abdul Aziz Ting.5 Pendeta : Cik Suhaida binti Mohamed Ting.5 Cendekiawan : Pn. Nur Aimi Marlia binti Omar Ting.5 Intelek : En. Zulkifli bin Zakaria 4.2 Pengerusi memaklumkan Ahli Jawatankuasa Panitia Matematik adalah seperti berikut : Ketua Panitia Pen. Ketua Panitia Setiausaha Pen. Setiausaha Ahli : : : : : : : En. Zulkifli Zakaria En. Mohd. Norazmin Mohd. Abdul Aziz Cik Suhaida Mohamed Pn. Nur Aimi Marlia Omar Pn. Maziah Yusop En. Daniel Galunu En. Aiza Sharizam Abdullah Zawawi

4.3

Pengerusi turut memaklumkan program-program Kebitaraan Matematik serta penyelaras setiap program yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2012 ini. Antara program-program tersebut adalah : NAMA PROGRAM Kursus Olimpiad Matematik SMEXCEL Olimpiad Matematik Kebangsaan ICAS AMC Kursus Penggunaan GSP dalam PdP Matematik Minggu Kebitaraan Matematik. Papan kenyataan kebitaraan Matematik Bilik Sumber Matematik Kuiz Matematik Peringkat Sekolah Pertandingan G-Math Peringkat Sekolah Ubah suai Bilik Sumber Matematik RFP 2012 Modul Matematik Tingkatan 1 PENYELARAS Cik Suhaida Mohamed En. M. Norazmin M. Abd Aziz Pn. Nur Aimi Marlia Omar En. Aizasharizam A Zawawi (Pn. Nur Aimi Marlia Omar) Cik Suhaida Mohamed En. M. Norazmin M. Abd Aziz. En. Aizasharizam A Zawawi Pn. Maziah Yusuf En. M. Norazmin M. Abd Aziz. En. M. Norazmin M. Abd Aziz. Cik Suhaida Mohamed Cik Suhaida Mohamed

Modul Matematik Tingkatan 2 Modul Matematik Tingkatan 3 Modul Matematik Tingkatan 4 Modul Matematik Tingkatan 5 Tuisyen Matematik PMR Tuisyen Matematik SPM Bilik Dokumentasi Matematik Program Pengantarabangsaan 2012 Program Pengantarabangsaan 2013 Anugerah Kecemerlangan Panitia Banner Kecemerlangan Panitia Matematik Bengkel Teknik Menjawab PMR Bengkel teknik Menjawab SPM Bengkel teknik Menjawab Tingkatan 1 Bengkel teknik Menjawab Tingkatan 2 Bengkel teknik Menjawab Tingkatan 4 Kem Matematik PMR Kem Matematik SPM Lawatan Luar Video Kebitaraan Matematik Video PdP Sumbangan Solat Hajat Brosur Matematik Keperluan Panitia Matematik Fail Pelajar Surat Tunjuk Sebab Mentee Matematik Lesson Study PMR Lesson Study SPM Juru Kamera Blog

En. Aizasharizam A Zawawi Pn. Maziah Yusuf En. M. Norazmin M. Abd Aziz. Pn. Nur Aimi Marlia Omar Cik Suhaida Mohamed En. M. Norazmin M. Abd Aziz. Cik Suhaida Mohamed Cik Suhaida Mohamed Pn. Nur Aimi Marlia Omar Pn. Nur Aimi Marlia Omar En. Daniel Pn. Maziah Yusuf En. M. Norazmin M. Abd Aziz. Cik Suhaida Mohamed Pn. Nur Aimi Marlia Omar En. M. Norazmin M. Abd Aziz. En. Aizasharizam A Zawawi En. Daniel Pn. Nur Aimi Marlia Omar En. Aiza sharizam A Zawawi En. Aiza sharizam A Zawawi Pn. Nur Aimi Marlia Omar Pn. Nur Aimi Marlia Omar En. M. Norazmin M. Abd Aziz En. Daniel Cik Suhaida Mohamed Cik Suhaida Mohamed Cik Suhaida Mohamed Pn. Nur Aimi Marlia Omar En. Aizasharizam A Zawawi En. Aizasharizam A Zawawi


4.4

Manakala, penyelaras setiap tingkatan pula telah ditetapkan oleh pengerusi. Penyelaras setiap tingkatan bertanggungjawab dalam menyediakan latih tubi, cuti-cuti belajar, nota, soalan ujian dan peperiksaan, laporan post mortem, rancangan tahunan dan projek. TINGKATAN Satu Dua Tiga Empat Lima GURU Cik Suhaida En. Daniel En. Aizasharizam Pn. Maziah En. Mohd Norazmin En. Zulkifli Pn. Nur Aimi

5.5

Bagi meningkatkan prestasi pelajar, dua program akan dilaksanakan. Untuk pelajarpelajar tingkatan satu dan empat, pengerusi memaklumkan penggunaan bahasa ketika proses pembelajaran dan pengajaran matapelajaran Matematik ialah Bahasa Melayu. Ini kerana pelajar-pelajar tersebut akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

bagi matapelajaran Matematik dalam Bahasa Melayu. Manakala, penggunaan bahasa ketika proses pembelajaran dan pengajaran matapelajaran Matematik bagi tingkatan dua, tiga dan lima pula ialah di dalam dwibahasa. Seterusnya, pengerusi berharap agar sukatan matapelajaran Matematik bagi tingkatan 3 dan 5 haruslah diselesaikan sebelum peperiksaan pertengahan tahun 2012. Bagi sukatan matapelajaran setiap tingkatan untuk tahun 2012, pengerusi memaklumkan guru-guru yang mengajar tingkatan tersebut haruslah melaksanakan susunan sukatan matapelajaran yang berterusan untuk setiap tajuk. Contohnya tajuk Algebraic Expressions I (tingkatan 1) diteruskan dengan tajuk Algebraic Expressions II (tingkatan 2) dan tajuk Algebraic Expressions III (tingkatan 3). 5.6 Bagi memartabatkan guru Matematik Sekolah Menengah Sains Labuan, pengerusi memaklumkan agar semua guru Matematik diminta agar memohon guru cemerlang pada tahun ini. Selain itu, setiap guru haruslah menyediakan fail meja, satu kajian tindakan serta satu inovasi bagi setiap tingkatan untuk kegunaan bersama. Inovasi yang terbaik akan menyertai pertandingan guru kreatif dan inovatif sempena sambutan Hari Guru 2012. Tindakan/Makluman : Semua Ahli Panitia Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

................................. (NUR AIMI MARLIA BINTI OMAR) Setiausaha Panitia Matematik SMS Labuan

................................ (ZULKIFLI BIN ZAKARIA) Ketua Panitia Matematik SMS Labuan

You might also like