You are on page 1of 1

BADAN BUKAN KERAJAAN 2.

2 Takrif dan Konsep Badan bukan kerajaan dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai non-governmental organization (NGO). Badan bukan kerajaan merupakan kumpulan yang dibentuk berasaskan kepentingan umum ahli-ahlinya. Sifat-sifatnya ialah tidak mewakili kerajaan, tidak menjalankan fungsi-fungsi kerajaan, tidak memperolehi autoriti langsung kerajaan dan tidak membawa agenda kerajaan sebaliknya terbentuk atas dasar sukarela. Apa yang penting bagi sesebuah badan bukan kerajaan adalah untuk mewakili kepentingan golongan-golongan tertentu yang tidak memiliki perwakilan dalam pembentukan dasardasar kerajaan dalam sistem politik negara. Tambahannya, kewujudan badan bukan kerajaan secara tidak langsung meringankan bebanan kerajaan, menyediakan fungsi semak dan imbang serta menyuburkan amalan demokrasi. Badan bukan kerajaan dapat dihuraikan tujuannya berdasarkan teori pluralisme iaitu satu keadaan yang mana terdapat pelbagai kumpulan berkepentingan dalam satu arena politik. Seterusnya, kumpulan-kumpulan ini bersaing untuk mempromosikan kepentingan masing-masing dan ia mempengaruhi pembentukan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan. Kenyataan ini secocok dengan pendapat Baradat (1979), bahawa proses pembuatan keputusan merupakan satu keadaan persaingan yang mana terdapat pelbagai kumpulan pendesak mewakili kepentingan masing-masing untuk menghasilkan dasar kerajaan yang merupakan satu bentuk manifestasi dan kompromi terhadap tuntutan kumpulan-kumpulan tersebut. Dalam hal ini, kerajaan mesti bersifat bebas agar dasar yang dibentuk tidak bersifat bias. Terdapat pelbagai penggunaan kaedah oleh badan bukan kerajaan untuk menarik perhatian pembuat-pembuat dasar. Badan bukan kerajaan telah menggunakan teknik melobi, demonstrasi dan menarik perhatian umum seperti pengedaran risalah, syarahan umum dan promosi kepada orang awam. Maka, kaedah-kaedah ini akan dapat merealisasikan hasrat badan bukan kerajaan untuk mencapai matlamat dan kepentingan masing-masing dalam isu pembangunan.

You might also like