P. 1
LAPORAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR

LAPORAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR

|Views: 3,138|Likes:
Published by yusnia92

More info:

Published by: yusnia92 on Jul 30, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

03/29/2015

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

ISI KANDUNGAN BIL. 1. 2. PENGENALAN KONSEP ASAS PERKEMBANGAN DAN KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF 3. LAPORAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR  TAJUK ATAU NAMA MODUL  ASPEK PERKEMBANGAN YANG DITEKANKAN  OBJEKTIF  FALSAFAH  RESPONDEN  BAHAN YANG DIPERLUKAN  PROSEDUR PEMBINAAN MODUL  KAEDAH PENGGUNAAN MODUL DALAM 10 10 10 11 12 12 13 16 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 02 05

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  HASIL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4. 5. 6. KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN (CONTOH MODUL) 16 17 18 19

1

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

PENGENALAN Alat bantu mengajar adalah alat yang digunakan oleh guru, fasilitator atau tutor untuk membantu mereka dalam menyampaikan pengajaran. Alat bantu mengajar merangkumi semua bahan yang boleh dilihat, dipegang, dibaca, dirasa, dihidu dan sebagainya. Terdapat tiga (3) kategori alat bantu mengajar iaitu alat bantu mengajar bukan elektronik, alat bantu mengajar berbentuk elektronik dan alat bantu mengajar bercorak pengalaman. Antara contoh alat batu mengajar yang biasa digunakan di peringkat kanak-kanak prasekolah adalah buku abjad, buku cerita berillustrasi (bergambar), buku mewarna, flash card, blok dan lain-lain.

Setiap alat bantu mengajar

yang digunakan dalam proses pembelajaran dan

pengajaran adalah bertujuan untuk mengelakkan kebosanan dan memudahkan guru dalam menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih berkesan dengan cara yang lebih kreatif, menyeronokkan dan mudah. Setiap pengajaran dan pembelajaran dianggap berkesan apabila para pelajar dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran tersebut. Salah satu objektif utama pengajaran dan pembelajaran adalah memastikan kanak-kanak mengalami perkembangan yang maksimum, holistik dan seimbang dalam aspek emosi, jasmani, social, rohani dan intelek (kognitif).

Saya telah memilih buku cerita berillustrasi sebagai bahan alat bantu mengajar yang akan saya bina. Buku cerita yang saya sediakan ini merupakan gabungan antara buku cerita bergambar kanak-kanak dengan buku aktiviti mewarna kanak-kanak. Ianya mengandungi gambar yang tidak berwarna dan sedikit penerangan yang menerangkan jalan cerita. Penerangan yang terdapat dalam buku cerita ini menggunakan ayat mudah. Ia diharapkan dapat membantu dalam perkembangan literasi awal kanak-kanak. Fokus utama pembinaan buku cerita ini bukan lah untuk membantu perkembangan literasi awal kanak-kanak, tetapi bagi membantu dalam meningkatkan perkembangan kognitif atau intelek kanak-kanak. Namun ini bukan bermakna bahan ini mengetepikan perkembangan yang lain. Bahan ini turut membantu dalam meningkatkan perkembangan fizikal iaitu perkembangan motor halus, perkembangan literasi awal, kemahiran bahasa dan komunikasi, perkembangan social, emosi dan rohani kanak-kanak. Di samping itu ia juga dapat menggalakkan minat membaca dalam diri kanak-kanak sejak peringkat awal lagi.

2

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

Dunia buku kanak-kanak bukan suatu yang mudah. Ia merupakan struktur yang kompleks yang berkaitan dengan dunia penulisan, penggambaran idea, psikologi, sosiologi dan pendidikan kanak-kanak, dan nilai estetikanya.Buku latihan untuk kanak-kanak amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya buku latihan, proses pembelajaran lebih menarik.

Semua buku kanak-kanak perlu “mengajar sesuatu” bukan setakat “memberitahu” kerana khalayak utamanya ialah kanak-kanak, iaitu golongan yang kurang berpengalaman dan kurang berpendidikan. Minda dan anggota badan mereka juga belum mencapai kematangan. Oleh itu, bahan bacaan yang bersesuaian amat diperlukan dalam usaha membentuk keperibadian dan keintelektualannya kerana pada ketika inilah kanak-kanak mula mengenali diri dan keadaan sekeliling mereka. Sifat dan daya berfikir mereka yang jauh berbeza daripada golongan dewasa menyebabkan bahan bacaan untuk mereka juga berbeza. Oleh itu, saya telah mencipta salah satu model bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak yang masih muda dan di peringkat awal membaca, ilustrasi atau gambar diperlukan bagi membantu pemahaman mereka tentang kandungan buku yang dimilikinya. Penggunaan warna hitam putih dan warna-warna terang seperti biru, kuning merah, dan hijau digunakan dalam buku-buku ilustrasi kerana kanak-kanak amat menggemarinya. Mereka juga gemar mengidentifikasikan warna kepada sesuatu objek seperti kuning untuk matahari dan biru untuk laut.

Menurut McColvin (1983), ukuran buku kanak-kanak boleh dilihat melalui tiga dasar utama: menarik, boleh dibaca, dan tahan lama. Ketiga-tiga ciri ini saling berhubungan antara satu sama lain. Bagi beliau, buku yang baik ialah buku yang menarik dilihat, senang dipegang, sejenis buku yang disukai atau digemari oleh kebanyakan kanak-kanak. Sesebuah buku itu menarik—menurut pandangan McColvin—jika ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:

Bersifat “individu”, iaitu kelihatan tersendiri dan tidak kelihatan sama seperti kebanyakan buku lain.

3

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN
 

Kelihatan terang, segar, dan positif. Mempunyai saiz yang tepat, tidak terlalu besar, berat, tebal atau tidak terlalu kecil atau nipis.

 

Buku itu harus bergambar kecuali ia buku fiksyen untuk orang dewasa. Menggunakan kertas yang baik: yang bermutu, sederhana tebal, agak keras dan tahan lasak atau tahan lama.

Muka taip yang digunakan harus terang, cukup besar agar senang dibaca dan mempunyai reka bentuk yang mudah dan sederhana.

Berikut adalah antara contoh-contoh buku kanak-kanak yang sesuai digunakan sebagai alat bantu pengajar:

alphabet book

Big Book

Beginning-to-read books

4

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

board books

buku cerita dongeng

buku mengira

wordless picture book

5

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

pop-out book

picture story book

buku latihan kanak-kanak

6

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

KONSEP ASAS PERKEMBANGAN DAN KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF Perkembangan adalah satu perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Santrock (2008) pula menyatakan bahawa perkembangan adalah suatu perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula dari peringkat percambahan sehingga akhir hayat. Manakala Mon Soon Sang (2009) mendefinisikan perkembangan sebagai satu proses yang berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Menurut beliau lagi, konsep perkembangan pada asasnya ialah peubahan tingkah aku mental. Berdasarkan ketiga-tiga teori yang dikemukakan diatas dapat disimpulkan bahawa perkembangan ialah satu proses perubahan kuanlitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.

Perkembang kognitif turut dikenali sebagai perkembangan intelek. Perkembangan ini adalah satu proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual di samping proses pembentukan pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilalui.

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, dan mengingati perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti mengingat, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu perkembangan kepada yang seterusnya. Dua teori utama perkembangan kognitif telah dikemukan oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky.

7

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

Jean Piaget telah memperkenalkan empat konsep terpenting menerusi teori beliau iaitu:

Skema

Potensi am dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu Proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan yang dianggap oleh Jean Piaget sebagai suatu proses pembelajaran. Ianya berfungsi apabila skema tidak dapat diasimilasikan dengan persekitaran baru Proses penyesuaian antara objek yang baru diperoleh dengan skema yang sedia ada

Akomodasi

Asimilasi

Adaptasi

Satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan denagn persekitaran

Selain itu Jean Piaget juga telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap Sensorimotor (deria motor) 0 hingga 2 tahun Tahap Praoperasi 2 hingga 7 tahun Tahap Operasi Konkrit 7 hingga 12 tahun Tahap Operasi Formal 12 tahun hingga dewasa

Lev Vygotsky memberikan alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan social dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Dua factor utama dalam perkembangan kognitif kanakkanak ialah interaksi social dan kemahiran berbahasa. Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-

8

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Kanak-kanak belajar dari apa yang dipraktikkan. Mereka tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tenteng persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi social dengan individu-individu yang berada dipersekitarannya. Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak di gambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal (ZPD).

Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)
Had Atas Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir Had Bawah Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak

9

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

LAPORAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR 1.0 TAJUK MODUL Membaca dan Mewarna : Lawatan ke Zoo

2.0

ASPEK PERKEMBANGAN YANG DITEKANKAN Fokus utama pembinaan buku cerita ini bukan lah untuk membantu perkembangan literasi awal kanak-kanak, tetapi bagi membantu dalam meningkatkan perkembangan kognitif atau intelek kanak-kanak. Perkembangan kognitif kanak-kanak sangat penting bagi memastikan matlamat negara tercapai. Iaitu mahu melahirkan kanak-kanak yang berintelek tinggi sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan. Ibu bapa juga mengharapkan anak-anak mereka boleh mengenal abjad dan dapat membaca dengan lancar. Oleh itu, saya menekankan perkembangan kognitif dalam bahan bantu mengajar saya.

3.0

OBJEKTIF Objektif utama pembinaan atau pembuatan modul alat bantu mengajar, buku cerita berillustrasi (tanpa warna) ini adalah untuk membantu guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang lebih berkesan, menyeronokkan, kreatif dan tidak membosankan.

Melalui penggunaan modul ini dalam pengajaran dan pembelajaran, guru-guru dapat membantu dalam mengembangkan perkembangan kognitif atau intelek kanakkanak. Di mana kanak-kanak menggunakan pengetahuan sedia ada mereka mengenai sifat-sifat beberapa jenis atau spesies haiwan dari segi warna. Kanak-kanak akan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk mewarna gambar-gambar haiwan yang terdapat di dalam buku cerita tersebut.

10

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

Selain itu, kemahiran motor halus kanak-kanak juga dapat di tingkatkan menerusi aktiviti mewarna gambar atau illustrasi di dalam buku cerita tersebut. Kemahiran motor halus merujuk kepada koordinasi pergerakan otot-otot kecil pada sebahagian badan iaitu keselarasan di antara jari-jari tangan dengan mata. pergerakan kanak-kanak memegang pensil warna ketika merwarna dalam penggunaan alat bantu mengajar ini dirujuk sebagai kemahiran motor halus.

Di samping itu, guru juga dapat meningkatkan minat dan keseronokan membaca apabila setiap perkataan atau ayat di dalam buku tersebut di kaitakan dengan gambar dan illustrasi yang telah disediakan. Buku cerita yang saya sediakan menggunakan bahasa mudah dan ringkas untuk difahami oleh kanak-kanak yang sudah mula pandai membaca.

Menerusi buku cerita berillustrasi juga kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran dalam meluahkan idea, perasaan dan kreativiti mereka daripada gambar yang disediakan. Memandangkan buku cerita yang disediakan mengandungi penerangan yang sedikit mengenai illustrasi yang disediakan, guru digalakkan kanak-kanak bercerita atau menerangkan sendiri pendapat mereka mengenai gambar atau illustrasi yang disediakan.

4.0

FALSAFAH Falsafah buku ini dihasilkan bagi memberi pendedahan awal kepada kanakkanak mengenai buku kanak-kanak yang menekan segala aspek iaitu pengetahuan am, bahasa dan juga mewarna.

11

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

5.0

RESPONDEN Buku latihan kanak-kanak ini dicipta khas untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke atas. Peringkat umur yang dipilih sesuai untuk tahap perkembangan mereka dan menepati citarasa kanak-kanak. Tahap penulisan dan perkataan yang diperkenalkan oleh buku cerita ini tidak begitu sukar dan sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke atas.

6.0

BAHAN YANG DIPERLUKAN Antara bahan yang diperlukan untuk pembinaan modul atau bahan ABM ini adalah:      Kertas bersaiz A4 Pensil Lakaran gambar haiwan dan manusia Pen penanda (marker pen). Pensel warna

12

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

7.0

PROSEDUR PEMBINAAN BAHAN Berikut adalah antara prosedur pembinaan modul atau alat bantu mengajar berbentuk buku cerita berillustrasi tanpa warna:

a) Kumpulkan seberapa banyak gambar daripada internet atau buku-buku yang boleh dijadi kan illustrasi bagi membuatkan buku cerita berillustrasi lebih menarik.

b) Cetak kesemua gambar yang boleh digunakan dalam kertas A4 untuk dijadikan lakaran atau contoh bagi kita untuk melukis kembali gambar untuk buku cerita.

13

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

c) Bina kerangka atau jalan cerita buku cerita yang ingin dibina.

d) Lukis kembali gambar-gambar yang telah dipilih mengikut bersesuaian dengan jalan cerita yang dipilih.

14

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

e) Tulis penerangan atau cerita di bawah gambar tersebut bagi menyampaikan jalan cerita.

f) Susun gambar dan penerangan agar teratur dan mengikut jalan cerita yang telah dirangka. g) Bukukan buku cerita yang telah siap itu.

15

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

8.0

KAEDAH PENGUNAAN BAHAN DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN a) Semasa sesi circle time tunjukkan kanak-kanak buku cerita berillustrasi yang sudah siap diwarnakan. b) Baca buku tersebut di hadapan kanak-kanak. Kenalkan mereka dengan jenisjenis haiwan yang terdapat dalam buku cerita tersebut, cirri-ciri yang terdapat pada haiwan tersebut, bunyi haiwan tersebut dan sebagainya. c) Gaya penyampaian harus menarik perhatian kanak-kanak. Gunakan pelbagai intonasi suara yang dapat menarik minat kanak-kanak semasa sesi story telling, sebagai contoh buat bunyi haiwan seperti bunyi monyet disertakan dengan gaya. Setiap penyampaian hendaklah disesuaikan dengan jalan cerita buku yang telah disediakan. d) Tarik perhatian kanak-kanak untuk berinteraksi dengan guru dan sesame mereka dengan meminta mereka mengemukakan pendapat dan pandangan mengenai situasi yang ditunjukkan dalam buku tersebut. Tanya pelbagai jenis soalan yang dapat menggalakkan mereka brekomunikasi seperti soalan jenis tertutup, sebagai contoh, pernahkah kamu melawat zoo? e) Setelah selesai aktiviti story telling, terangkan kepada kanak-kanak aktiviti yang akan dijalankan seterusnya. Seterusnya adalah aktiviti mewarna buku cerita berillustrasi. f) Edarkan buku cerita tak berwarna kepada kanak-kanak. selain itu bekalkan mereka dengan bahan mewarna seperti pensil warna atau crayon. g) Semasa aktiviti mewarna dijalankan, guru hanya bertindak sebagai pemerhati dan bantu yang diberikan kepada kanak-kanak adalah terhad.

9.0

HASIL PEMBELAJARAN Dengan adanya, buku ini, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran kongnitif atau daya pemikiran mereka. Selain itu dapt menarik minat kanak-kank untuk membaca, dan meningkatkan kreativiti mereka. Kanak-kanak juga dapat

mengembangkan kemahiran berbahasa dan komunikasi. Melalui buku ini juga, kanakkanak dapat membiasakan diri mereka dengan latihan yang akan diberikan oleh guru dan juga pendidik di taska atau di sekolah rendah.

16

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat saya buat, melalui buku kanak-kanak yang ada dipasaran dan juga di taska, kanak-kanak dapat mengembangkan perkembangan kanak-kanak secara holistic dan menyeluruh dengan menekankan aspek kognitif, intelek, emosi, rohani, moral, bahasa, komunikasi dan lain-lain. Kita sebagai guru dan juga pendidik harus mengetahui kehendak kanak-kanak dalam melakukan aktiviti di taska. Di samping itu harus kretif dalam menggunakan alat bantu mengajar sama ada alat bantu mengajar yang dibina sendiri tau yang telah sedia ada di pasaran. Guru juga harus andai memainkan peranan dalam menarik minat dan perhatian kepada kanak-kanak terhadap pentingnya buku ini kepada mereka. Buku kanak-kanak harus dipelbagaikan corak pembelajaran agar kanak-kanak tertarik untuk melakukan latihan tersebut.

17

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

RUJUKAN Hilda L. Jackman (2001), Early Education Curriculum : A Child’s Connection to the World, United States of America (USA) : Delmar Thomson Learning. Norkamariah binti Mat (2006). Mengukur Tahap Keupayaan Kemahiran Motor Kasar Di Kalangan Kanak-kanak Autistik. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, tempat terbitan tidak dinyatakan : Universeti Teknologi Malaysia. Catherine Lee (1991), The Growth and Development of Children, New York, United State of America (USA) : Longman Inc.

18

KAS 1053 :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIDIKAN

LAMPIRAN

19

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->