You are on page 1of 6

SEKOLAH BESTARI

KONSEP DAN MATLAMAT

S ejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang pesat
dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar
pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan
keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang
ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku
dalam negara.

Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu
memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi,
tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk
turut serta dalam ekonomi globalisasi.

Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat utnuk membentuk


perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan
individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang
lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping
menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.

Pengubahsusian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan


dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah
dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan
pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran
pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. Di
samping itu, ibubapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang aktif utnuk
merealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi


Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan
matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan
pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari."
Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan
datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari
sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam projek Mega Koridor Raya
Multimedia"
( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).

Pada tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikan
nukleus bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan
teknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysia
ialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997.
Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian Smart School. A Conceptual
Blueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas Bersama Industri Kementerian
Pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalam dokumen The
Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus berkembang
berterusan dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan
teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat deskriptif daripada preskriptif.

Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart School


Implementation Plan yang menyediakan
pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menjadi Sekolah Bestari.Selain itu
,projek Sekolah Bestari menghasilkan
lima 'Concept Requests For Proposals' penyelesaian dalam bidang berikut.

• Bahan Pengajaran dan Pembelajaran


• Sistem Penilaian
• Sistem Pengerusan Sekolah
• Infrastruktur Teknologi
• Integrasi Sistem

Kesemua ini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula


secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk
menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan
pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap.
Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah.

Di Sekolah Bestari pembelajaran akan bercorak kearah kendiri mengikut kadar


individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan
teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia.

Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang berpusatkan


pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulum di Sekolah
Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik,
global, terbuka berdasarkan matlamat. In menggalakkan pembelajaran holistik,
membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap pencapaian masing - masing dan
mengambil kira keupayaan, minat dan keperluan pelajar yang berbeza - beza. Kanak -
kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, disemai dengan nilai
murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari
dibentuk untuk membentuk pelajar mencapai perkembangan yang seimbang.

Pelajar sebagai pembelajar aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang


berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu oleh teknologi serta
menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam berbagai situasi. Sekolah
memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru.
Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab
terhadap keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi
dunia untuk mencari dan mengumpul data. Pelajar akan dapat mencapai sumber
tempatan, kebangsaan dan global. Penjaringan melalui internet juga membolehkan
interaksi antara pelajar dan guru - guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia.

Dunia pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial


ini. Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan mempertingkatkan segala
potensi yang ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan dengan
menggunakan daya fikir, pengetahuan, kemahiran dan teknologi pendidikan era ini dan
cabaran masa hadapan memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah ke arah
pencapaiannya. Penjaringan mempunyai kelebihan dari segi membolehkan pelajar yang
tidak dapat menghadiri sekolah untuk membuat kerja sekolah dari rumah. Ini memberi
makna baru kepada idea ketidakhadiran sekolah kerana pembelajaran masih dapat
berlaku di luar sekolah. Oleh itu, pelajar perlu diajar strategi untuk menerajui maklumat
dengan cekap dan selektif. Usaha berpasukan, kerjasama kumpulan, fleksibiliti,
pandangan jauh dan ketrampilan menggunakan bahasa antarabangsa akan juga
ditekankan.

Sekolah Bestari Malaysia akan mengambil juga konsep inovatif kelas


melangkau maya. Sistem sekarang memberi ketegangan kepada pelajar yang lemah dan
menghalang kemajuan pelajar pintar. Dalam Sekolah Bestari, teknologi akan memberi
fleksibiliti untuk membasmi ketegangan dalam pendidikan. Pelajar yang lebih cerdas
akan dapat menyiapkan semua kerja kursus dan penilaian lebih awal daripada tempoh
normal. Pelajar yang kurang berupaya akan melalui program asas mengikut kadar
pembelajarannya, serta diberi bantuan khas oleh guru. Ini dapat berlaku kerana
penubuhan sistem pengeluaran item penilaian yang berpusatkan dari dalam talian.

Sistem penilaian fleksibel ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas
fizikal untuk bekerja pada aras yang berlainan dalam matapelajaran yang sama, selain
membenarkan pelajar terus ke aras yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada
bila - bila masa. Dengan cara ini, pelajar kurang cerdas, yang biasanya diabaikan akan
diberi perhatian yang sewajarnya.

Guru berperanan sebagai pembimbing di sisi. Guru memberi sokongan


psikologi dan galakan. Guru akan bertanggubngjawab menyediakan suasana yang
menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari. Guru akan
mengenalpasti matlamat mendefinisikan halatuju bagi pelajarnya, memandu kemajuan
pelajar ke arah mencapai matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar mengikut
kadar sendiri. Pelajar akan mendapat perhatian individu dari guru. Komputer akan
mengambil alih rutin dan pemyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada
tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap
aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan.

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan di Sekolah


Bestari. Antaranya ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan
dengan rakan jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat,
memproses maklumat. memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk
ensiklopedia elektronik; belajar dari courseware elektronik dan komunikasi elektronik.
Interaksi pelajar dan guru sama ada dalam kumpulan kecil atau individu masih menjadi
sebahagian daripada kursus pengajaran dan pembelajaran.

Dengan menumpukan kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk


membina kemahiran sosial pelajar dan juga untuk menerap moral dan etika yang baik
serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan
penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula data yang
banyak. Ia memudahkan kerja memproses dan menyampaikan hasil yang berkaitan untuk
pentadbir membuat keputusan. Ini akan membantu meningkatkan kecekapan,
menghapuskan pertindihan dan secara radikal membaiki akses bagi semua yang
berkenaan.

Dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir akan


dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan
berkesan. penjaringan akan memudahkan penglibatan ibubapa dan masyarakat dalam
rancangan sekolah dan menjadikan mereka rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan
anak mereka. Dengan adanya pangkalan data, maklumat tentang pelajar dan guru lebih
mudah didapati oleh pihak yang sah. Keperluan kebajikan pelajar dan guru lebih mudah
diambil kira dengan pemantauan yang kerap. Pemantauan sistematik kemajuan pelajar
akan mengingatkan sekolah tentang bila perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan
yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk
memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar.
Ciri Sekolah Bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan
pembelajaran yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan
menengah daripada seluruh dunia. Ini melibatkan pemantapan kurikulum, pedagogi,
penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sah.

Kurikulum Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai


tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. Ia
menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap
pencapaian masing - masing dan mengambilkira keupayaan,. minat dan keperluan pelajar
yang berbeza-beza. Kanak - kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa.
Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk :

a) Membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang;


b) Menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang betul;
c) Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang dikehendaki bagi tahap
keupayaan yang berbeza;menawarkan
pembelajaran multi disiplinari,bertema dan berterusan:
d) Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam
Zaman Maklumat:
e) Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam
Zaman Maklumat.

Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih


menarik,menggalakkan,merangsangkan dan bermakna melibatkan minda,semangat dan
tubuh badan dalam proses pembelajarn:membina asas kemahiran untuk menyediakan
kanak-kanak bagi menghadapi cabaran masa depan dan mengambil kira pelbagai
keperluan dan kebolehan pelajar.Pedagogi Sekolah Bestari bertujuan:

a) Menggunakan pelbagai strategi pembelajarn yang sesuai bagi memastikan


penguasaan ketrampilan asas dan
meningkatkan perkembangan holistik;
b) Mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran individu bagi meningkatkan prestasi;
c) Mewujudkan suasana bilik darjah yang bersesuaian dengan pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran.

Sistem penilaian Sekolah Bestari berbeza daripada sistem sedia ada untuk
membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.Ia berasaskan unsur dan rujukan
kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi
pelajar.Guru,pelajar dan ibubapa dapat mengakses butiran penilaian melalui
komputer.Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel dan mudah digunakan,di samping
menjamin mutu maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan
alat.Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan pencapaian
komulatif pelajar,tetapi juga untuk peningkatan berterusan sepanjang hayat.

Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran


konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang berbagai-bagai.Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar
bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab
menguruskan pembelajaran sendiri.

Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan
proses dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan
pembelajarn.Pihak pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang
mahir kepada aktiviti yang lebih bermakna,menjimatkan kos pada jangka
panjang,meningkatkan mutu keputusan melalui akses yang lebih baik kepada maklumat
dan mempercepatkan proses membuat keputusan.

Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan


pentadbir profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan
matlamat sekolah,memimpin pengajaran di sekolah,memimpin pengajaran di sekolah,dan
mampu mendapatkan sokongan padu daripada ibubapa dan masyarakat.Mereka perlu
mempereratkan komunikasi terbuka dengan semua pihak,mengagihkan sumber secara
adil dan bijak,mengesan prestasi sekolah berbanding dengan objektif kewangan dan
bukan kewangan,serta menyediakan suasana persekolahan yang menyokong
pembelajaran.

Mereka perlu juga mewujudkan dan mengekalkan staf yang bermotivasi dan
berprestasi tinggi,menjamin keselamatan sekolah dan penghuni,serta menggunakan dan
mengurus teknologi dengan sesuai,berkesan dan cekap.Bagi mencapai objektif Sekolah
Bestari proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu sistem .Sistem yang
sempurna membolehkan bekalan input yang sesuai menghasilkan output yang
dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran,atau penyertaan yang
aktif dan produktif di kalangan tenaga kerja.Inisiatif Sekolah Bestari menawarkan
peluang yang unggul untuk menilai semula sistem persekolahan sedia ada, mengenal
pasti masalah dan mencari penyelesaian terbaik dengan bantuan teknologi.

You might also like