You are on page 1of 12

RINGKASAN EKSEKUTIF;

Penerangan ringkas berkaitan Perpaduan rakyat sebagai satu


cabaran utama Kerajaan Malaysia dan Pendidikan di Malaysia yang
dijadikan wahana untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum
semenjak sebelum merdeka, sebagaimana dinyatakan dalam Penyata Razak
1956, dilakarkan dalam pendahuluan kertas ini. Diikuti dengan masalah
perpaduan dan hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) dengan ciri-ciri
sekolah perkasa.
Selepas penjelasan definisi perpaduan, pendidikan dan
memperkasakan, kertas ini mengariskan Sembilan Cabaran Wawasan 2020 dan
menyentuh peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia
menuju Wawasan 2020. Disusuli pula dengan Imbasan Perkembangan
Pendidikan di Malaysia
Seterusnya dihuraikan bagaimana Penyata Razak 1956 sebagai batu
asas bagi perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan dapat mewujudkan
penyatuan kaum. Huraian diteruskan dengan menghubungkaitkan bagaimana
Dasar dan Rangka Kerja dapat mewujudkan perpaduan dan pembangunan
Negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan berkaitan kurikulum, kokurikulum,
peperiksan dan penggunaan bahasa pengantar yang sama. Kemudian
diteruskan dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dengan
teras pertama dan ketiga yang berfokuskan perpaduan dan memperkasakan
sekolah.
Rancangan Malaysia Kesembilan dengan empat agenda utamanya yang
berkaitan dengan Pendidikan dinyatakan dalam helaian seterusnya, dan
diikuti pula dengan Isu dan cabaran perpaduan kaum di peringkat pelajar.
Sebelum penutup kertas ini menjelaskan program-program yang
dijalankan di sekolah-sekolah sebagai strategi pelaksanaan dalam
mewujudkan perpaduan dan memperkasakan sekolah. Di antaranya ialah
Penubuhan Kelab Rukun Negara, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri,
Sekolah Penyayang, Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat, Pelaksanaan
RIMUP, Penyertaan Dalam Kokurikulum, Sambutan Bulan Patriotisme dan
Kemerdekaan, Lawatan Sambil Belajar, Pengurusan Disiplin, Hari Keluarga
dan Sukaneka, Acara Kebudayaan dan Kesenian, Perkhemahan Bina Insan,
Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina, Sistem Rumah, Aktiviti
Riadah Luar Sekolah dan Tabung Kebajikan.
Bahagian akhir kertas ini merumuskan bahawa, pelajar hari ini
adalah bakal pemimpin dan pembina negara pada masa akan datang. Mereka
berasal dari wilayah yang berlainan dan menjadi ahli dalam komuniti
sebuah sekolah yang terdiri dari para guru, kakitangan sokongan yang
berbilang kaum dan dari daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan
Sarawak. Alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama merupakan
medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia membina
keyakinan para pelajar dan warga sekolah peri pentingnya perpaduan ke
arah pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang
cemerlang dan seterusnya memperkasakan sekolah.

SOALAN 2

Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan


manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum.
Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata
Razak 1956 dan merupakan cabaran paling utama dalam usaha negara
mencapai matlamat Wawasan 2020.
Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik mentafsir hasrat tersebut
dalam mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah.

Pengenalan
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh
Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran
untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi "Mewujudkan bangsa
Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan
boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara
kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan"
Semenjak sebelum merdeka, Pendidikan telah dijadikan wahana untuk
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sebagaimana jelas dinyatakan
dalam Penyata Razak 1956 dan menjadi cabaran negara dalam usaha untuk
mencapai matlamat Wawasan 2020. Manakala hasrat penubuhan Sekolah
Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai
wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan
tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama
antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang
kepada kesejahteraan Negara.
SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah
harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi
memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan
utama masyarakat. Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai
prasarana kurang memuaskan, terutama di kawasan pedalaman. Selain itu,
terdapat anggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah
lebih rendah berbanding sekolah rendah aliran Cina. Masyarakat bukan
Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu bercirikan Islam
manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya.
Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
setiap pendidiknya untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dan
memperkasakan sekolah dengan :
CIRI-CIRI SEKOLAH PERKASA
* INFRASTRUKTUR LENGKAP DAN BERKUALITI
* PEMIMPIN DAN GURU CEKAP, TERLATIH DAN BERKUALITI
* IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH SIHAT
* SEMUA PELAJAR MENGUASAI 3M
* PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERASASKAN PELANGGAN
* PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM YANG BERKESAN
* MENAWARKAN BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL
* PENCAPAIAN AKADEMIK CEMERLANG
* PENCAPAIAN SAHSIAH PELAJAR CEMERLANG
* SISTEM SOKONGAN YANG KUAT DAN MENCUKUPI
* BERASPIRASI NASIONAL

Definisi
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat
toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik
yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.
Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi
perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd
mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan
dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan
sebagainya. Menurut Kamus Dewan 1994, pendidikan bermaksud sesuatu
proses belajar dan juga mengajar. Manakala maksud bagi perkataan
memperkasakan adalah memantapkan atau mengukuhkan sesuatu.

Wawasan 2020
Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat
Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s
105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat menjelang tahun 2020, Malaysia
sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benar maju,
mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika
rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau
rintangan yang dianggap sebagai cabaran.
Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu
diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan
masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama.
SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020
* Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu
* Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang
* Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang
* Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh.
* Pembentukan Masyarakat yang Toleran
* Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju
* Pembinaan Masyarakat Penyayang
* Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial
* Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makmur

Imbasan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
* Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
* Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar
utama
* Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
* Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
* Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
* Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur
disiplin yang diingini
* Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
* Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
* Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
* Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
* Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
* Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur
disiplin.
* Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
* Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
* Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
* Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
Rang Undang Undang Pendidikan 1995
* Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan
bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
* Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan
kebangsaan
* Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
* Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem Pendidikan
kebangsaan
* Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
* Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bagaimana Penyata Razak Dapat Mewujudkan Penyatuan Kaum


Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi
perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan:
"Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud
hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini
dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa
dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."
(Penyata Razak, perenggan
12, 1956)
.Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing
dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran
kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan
bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem
pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka
berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang
menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.
Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan
kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk
mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan.
Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai,
kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan
ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan
mereka.
Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-
laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976.
Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan
Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman
Talib.

Bagaimana Dasar dan Rangka Kerja Dapat Mewujudkan Perpaduan dan


Pembangunan Negara.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat
dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat
penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang
bersatu padu. Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan
bahawa:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat
Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan
dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang
bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama
serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum
yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu
pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga
dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang
diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana
Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun
1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah,
Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang
diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat
mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling
menghormati sesama manusia.ega
ngamenanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada
16 Januari 2007 PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan
sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan enam teras
strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan
kreatif ke arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah
negara maju.
TERAS STRATEGIK PIPP
* Membina Negara Bangsa
* Membangunkan Modal Insan
* Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
* Merapatkan Jurang Pendidikan
* Memartabatkan Profesion Keguruan
* Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Membina Negara Bangsa


Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama
bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara
maju menjelang tahun 2020. KPM berhasrat pembinaan Negara Bangsa
melalui pendidikan akan membangunkan warganegara dari awal persekolahan
dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung
dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina
Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,
meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid
Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan
sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di
kalangan pelajar.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan


Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan
menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama
masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan
kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan
elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan
dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan
staf sokongan mengikut keperluan.
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem
pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
negara. Matlamat KPM ialah
* Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
* Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan dan sejahtera.
* Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
* Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
Hasrat murni kerajaan itu dapat dicapai sepenuhnya melalui:
Penubuhan Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar
bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau
agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan
bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang
sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan
kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung
(link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran
yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai
kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai
aktiviti.
Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan
* Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-
bagai bangsa dan latar belakang
* Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
* Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan
persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
* Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah
melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti
lain di sekolah
* Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah
beroperasi dengan jayanya iaitu :
* Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
* Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
* Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
* Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
* Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, (RMK9) 2006-2010


Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah rancangan lima tahun
pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi
Nasional (2006-2010) ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini
merupakan kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara
yang maju ekonominya; seimbang pembangunan sosialnya; memiliki warga
yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran,
berfikiran maju dan berpandangan jauh. Sesungguhnya, bagi melaksanakan
Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan usaha
menggarap kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang
Martabat Negara.
Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem
pendidikan, sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi
tumpuan oleh semua pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah
Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem
pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti
mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga,
merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar
dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar
tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.
Keempat, mempertabatkan profesion keguruan.
Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa
ingat bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke
tahun 2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju
mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah
negara yang bersatu dengan masyarakat Bangsa Malaysia.

Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum


Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih
tidak menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan
sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan
penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan
syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk
memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan
pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada
semua peringkat pendidikan.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah
mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar.
Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya.
Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan
pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa
masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah
faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang
menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup
disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan
bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.
Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa
hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan
rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai
di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai
sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting.
Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk
mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan
pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-
langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat
perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam
pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.

Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan


Sekolah
Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh
dijalankan di
peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya
memperkasakan sekolah.
Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan
2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Bin Hají Ahmad
Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah
menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan
tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan,
pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar
terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat
perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.
Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri -
Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah.
Semua warga sekolah bingkas bangun dengan sendirinya apabila
dimaklumkan oleh pengacara majlis dan menyanyikan lagu-lagu tersebut
dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan setia, cinta
dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan
seluruh rakyat Malaysia.
Sekolah Penyayang -
Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan
konsep "Sekolahku Syurgaku" dan "Yang Tua Dihormati, Yang Muda
Disayangi" dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan
Ibubapa dan Guru. Program ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang
cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan
menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan
perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan
sesama ibubapa para pelajar.
Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat -
Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan masyarakat
setempat melalui program-program ilmiah seperti ceramah agama, solat
hajat, sambutan Maulidur Rasul, Ma'al Hijrah, gotong royong membersih
tanah perkuburan dan sebagainya. Sekolah juga memberi kerjasama kepada
penduduk dan masyarakat setempat apabila mereka memohon kerjasama dari
pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu.
Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) -
Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti
pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah
dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program
RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari
sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan
sekolah-sekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum.
Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang
pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini
adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul
secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan.
Penyertaan Dalam Kokurikulum -
Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan,
permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan
pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di
pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang
berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa
mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa
dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan
jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat
serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari
penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan
adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan
membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang
berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu.
Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan -
Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena
memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan
peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit
Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah
dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan
penyertaan PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan
dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang
dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar
berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran "Jalur
Gemilang", hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan
esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan
perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat
dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam
menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah
berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab,
bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan
kestabilan negara.
Lawatan Sambil Belajar -
Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke
tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka,
Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama
anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak,
asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai
acara diadakan semasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti
perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan,
pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program Lawatan Sambil
Belajar ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri
pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik
sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.
Pengurusan Disiplin Secara Kolektif, Telus dan Adil -
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah diwujudkan.
Pelajar didedahkan berkenaan pengurusan disiplin dan peraturan sekolah
dan asrama sejak hari pendaftaran atau hari pertama persekolahan
bermula. Peraturan sekolah dimaklumkan kepada semua pelajar dan
dipamerkan di setiap lokasi penting seperti bilik darjah, papan-papan
kenyataan sekolah dan asrama. Pelajar selalu diingatkan supaya mematuhi
undang-undang dan peraturan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang
dibenarkan. Pelajar diberi peringatan, amaran dan nasihat supaya
berkelakuan baik sepanjang persekolahan. Setiap kes kesalahan diambil
perhatian dan segala tindakan adalah mengikut prosedur yang dibenarkan.
Tindakan dan hukuman yang dikenakan ke atas pelajar yang bermasalah
mestilah adil, menggunakan budi bicara yang sepatutnya dan bertujuan
untuk mendidik serta mengambil kira situasi dan masa depan pelajar
terbabit. Keadaan ini menjadikan suasana sekolah berada dalam keadaan
tenteram dan harmoni sesuai sebagai tempat mulia untuk mereka menimba
pengalaman dan ilmu pengetahuan seterusnya menjadi pelajar yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Pelajar menikmati suasana kondusif
di sekolah dan di asrama di mana budaya "Sekolahku Syurgaku" dapat
diwujudkan. Mereka dapat merasakan kepentingan undang-undang,
peraturan, etika, tata susila dan perlembagaan di sesebuah institusi
dan masyarakat serta menyedari tanggungjawab semua pihak agar sentiasa
menghormati dan mematuhinya.
Hari Keluarga dan Sukaneka -
Program yang melibatkan seluruh warga pendidik, kakitangan dan
beberapa orang pelajar boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan
melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan
dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan
perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga
sekolah.
Acara kebudayaan dan kesenian-
Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh
diadakan seperti permainan tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban,
berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh pelajar, kakitangan dan
guru sekolah. Selain dapat berhibur,semua yang terlibat dapat memahami
dan mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum
harus digalakkan.
Perkhemahan Bina Insan -
Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta
sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari
pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya.
Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan
jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan
riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah
sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan
kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat
kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.
Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina -
Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program
yang melibatkan seluruh warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang
dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai
pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan
selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat
membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum
dalam dunia sekolah yang kecil.
Sistem Rumah -
Pelajar sekolah dari daerah yang berlainan termasuk dari Sabah
dan Sarawak ditempatkan dalam satu rumah supaya mereka dapat
berinteraksi dan berkongsi hidup dalam kehidupan sebagai pelajar
sekolah berasrama penuh. Setiap rumah dibimbing dan dipantau oleh para
warden dan guru-guru dari pelbagai kaum. Perlaksanaan sistem ini
berjaya mewujudkan suasana kediaman yang aman dan sihat yang memberi
semangat kepada pelajar mengikuti proses persekolahan mereka dalam
situasi yang terbaik dan kondusif. Hasilnya kehidupan yang harmoni dan
berdisiplin dalam kalangan ahli rumah sebagai sebuah komuniti sekolah
yang mempunyai semangat bersatu padu.
Aktiviti Riadah di luar sekolah -
Sekolah menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai
program yang dianjur pelbagai pihak seperti Majlis Daerah, Majlis Belia
Malaysia, Jabatan Kesihatan dan sebagainya. Antara aktiviti yang
disertai pelajar ialah senamrobik, mencari harta karun, Perarakan
Sambutan Maulidur Rasul dan Ma'al Hijrah, Larian Merdeka dan
sebagainya. Pelajar dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai
kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih
mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama
masyarakat.
Tabung kebajikan -
Sekolah mengadakan tabung kebajikan guru, kakitangan dan juga
pelajar. Selain dari kutipan yuran, derma kilat, sumbangan juga
diperolehi dari pihak luar seperti PIBG, Alumni, Institusi Kewangan,
Pusat Zakat, Yayasan-yayasan Negeri, Koperasi, para dermawan dan orang
perseorangan. Sumbangan ini diagihkan kepada pelajar yang terdiri dari
keluarga yang kurang berada untuk membayar yuran sekolah, peperiksaan,
wang saku, perubatan, zakat, pakaian, melanjutkan pelajaran, kematian
atau kemalangan dan sebagainya. Amalan sebegini dapat menyemai perasaan
simpati, kasih mengasihi, mengukuhkan ikatan muhibbah dan perpaduan
seperti yang dihasrat dan dicita-citakan dalam Wawasan 2020.
Kesimpulan
Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang
terjelma melalui Penyata Razak 1956 dulu telah menampakkan kejayaan.
Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah negara yang mempunyai
pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih
untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.
Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk
kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk
dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar
pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin
negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai
perpaduan.
Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic"
yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman
"Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan
nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk
mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu
kaedah terpenting.
Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem
pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi
negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu
padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan
kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran
Negara, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara
pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini
dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-
usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah
bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di
Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju
Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.
Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti
pemimpin dan pembina negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari
wilayah yang berlainan, menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah yang
terdiri dari para guru dan kakitangan sokongan yang berbilang kaum
sepatutnya menjadikan alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama
medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri
pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan
pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya memperkasakan sekolah.

SENARAI RUJUKAN
1. Kamus Bahasa Melayu, Fajar Bakti, 1994
2. Mok Soon Sang (2007), Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (P.T.K),
Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.
3. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006), Edisi Pelancaran PIPP,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Perancangan Bersepadu Penjana
Kecemerlangan Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Malaysia Kita (2007), Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am,
Petaling Jaya: International Law Book Services.
6. Ismail Daud, Bernama, 05 Jun 2005
7. http://apps2.emoe.gov.my
8. http://bumiwaqafan.blogspot.com/2007/05/kerja-kursus-ptk.html/
9. http://www.pmo.gov.my
10. http://yik.itgo.com/text/Akta
11. unitar, SistemPendidikanKebangsaan.pdf

No. Kad Pengenalan: 630430-03-5550

You might also like