You are on page 1of 34

ILMU PENDIDIKAN

TAJUK : PEMIKIRAN DAN GAYA PEMBELAJARAN OLEH : AZMI BIN ABDUL HAMID IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

PEMIKIRAN DAN GAYA PEMBELAJARAN

KONSEP PEMIKIRAN Definisi : Proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rancangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindakbalas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Dewey (1910)- pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guilford (1967)- pemikiran merupakan sesuatu jenis kebolehan atau keupayaan. Ia mempunyai kemahiran berfikir. Teori Roger Sperry (1970)- menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanan berfikir secara kreatif.

Mayor (1977)- pemikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaikan masalah. Davidoff (1979)- pemikiran sebagai penggunaan simbol, gambar, perkataan, pengamatan dan konsep. Vincent Rejan Ruggiero (1984)- pemikiran sebagai aktiviti mental yang digunakan untuk membentuk atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat keputusan atau memuaskan sesuatu hasrat memperoleh jawapan. John Barell(1991)- pemikiran sebagai proses mencari makna serta usaha mencapai keputusan wajar.

Beyer(1991)- pemikiran sebagai operasi mental terhadap input deria dengan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk menaakul, mengadaptasi dan mengasmilasinya dengan tujuan membentuk atau mencari sesuatu makna.
William W. Wilen (1994)- pemikiran sebagai proses dalaman yang pantas, samada secara sedar atau tidak sedar terhadap rangsangan luar yang diterima melalui deria.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN KOGNITIF


1.

2.

Pemikiran ditinjau daripada perspektif situasi Pemikiran ditinjau daripada perspektif daya intelek

Pemikiran ditinjau daripada perspektif situasi Jenis-jenis pemikiran


Pemikiran Menegak Pemikiran Lateral

Pemikiran Asosiatif

Pemikiran Berpandu

Pemikiran Kritis

Pemikiran Penaakulan

Pemikiran Induktif

Pemikiran Deduktif

Pemikiran Kreatif

Pemikiran ditinjau daripada perspektif situasi 1. Pemikiran Asosiatif - jika pada ketika itu, seorang individu yang tidak menghadapi sebarang masalah untuk diselesaikan, fikirannya mungkin berulang-ulang dalam lingkungan imaginasi yang tidak tetap serta tidak terarah. 2. Pemikiran Berpandu - Jika seseorang sedang menghadapi masalah maka dia memahami masalah tersebut dan sedar objektif yang harus dicapai. - mengandungi Pemikiran Kritis dan Pemikiran Penaakulan.

2.1 Pemikiran Kritis - berlaku ketika seseorang membuat keputusan berdasarkan analisis dan penilaiannya terhadap masalah yg dihadapi.

2.2 pemikiran Penaakulan (logikal) - pemikiran logikal berlaku dalam situasi yang memerlukannya membuat kesimpulan berdasarkan fakta, teori atau hukum yang sedia ada.
2.2.1. pemikiran induktif - melibatkan aktiviti memerhati, mengkaji dan mentafsir maklumat atau data berdasarkan pengalaman, teori, pengetahuan atau hukum sedia ada.

2.2.1. pemikiran induktif - melibatkan aktiviti memerhati, mengkaji dan mentafsir maklumat atau data berdasarkan pengalaman, teori, pengetahuan atau hukum sedia ada.
Maklumatmaklumat Memerhati, Mengkaji, Mengenal pasti, mentafsir Membuat Kesimpulan/ generalisasi

2.2.2 Pemikiran Deduktif - Bermula dengan menggunakan rumus, kesimpulan, prinsip, hukum ataupun peraturan untuk menentukan penyelesaian situasi bermasalah atau aplikasi yang khusus.

Pendedahan masalah atau hipotesis

Pemilihan generalisasi, prinsip atau teori yang telah diketahui

Menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis atau aplikasi.

2.2.3. Pemikiran Kreatif - berupaya memikirkan apa yang belum dapat difikirkan oleh orang lain. - ditakrifkan sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan idea atau mencipta idea,hasil, metafora, analogi dan definisi ataupun merekacipta sesuatu yang baru. - melalui pemikiran ini, pelbagai kemungkinan penyelesaian dapat dihasilkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Perkaitan KBKK dengan aktiviti-aktiviti berfikir Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) Kemahiran Berfikir secara Kritis Kemahiran Berfikir secara Kreatif -menjana dan menghasilkan idea -membuat hipotesis -meramal perkara baru -mensintesis -menghubungkait -mencipta metafora, analogi atau definisi. -merekacipta -mengarang -melukis

-Membanding dan membezakan -Mengkategorikan -Mencirikan -Menghuraikan -Menyusun ikut tertib -Menaakul -Menganalisis -Merumuskan dan meramal -Membuat inferens -Menilai maklumat dan inferens

-kemahiran Membuat Keputusan -Kemahiran Menyelesaikan Masalah

3. Pemikiran Menegak - ialah pemikiran berpandu yang merangkumi pemikiran kritis, pemikiran penaakulan, iaitu pemikiran induktif dan pemikiran deduktif.
4. Pemikiran Lateral - melepaskan pemikiran berpandu dari keadaan masalah dengan melihat masalah itu dari perspektif yang lain, demi membolehkannya gunakan cara penyelesaian yang bebas serta tersendiri.

Mengikut kajian Roger Sperry (1981), Otak Kiri Kemahiran berfikir kritis 1. Analitis 2. Logik 3. Susunan 4. Matematik 5. Bahasa 6. Fakta 7. ingatan Otak Kanan kemahiran berfikir kreatif 1. sintesis 2. Imaginasi 3. Warna 4. Rekabentuk ( corak, lukisan) 5. Rentak dan muzik 6. Imej dan gambar

-untuk lahirkan pelajar yang KBKK, kedua-dua bahagian otak perlu dikembang secara seimbang dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Pemikiran ditinjau drpd konsep perspektif daya intelek Guilford (1967) berpendapat pemikiran adalah sesuatu jenis keupayaan manusia. 5 kategori jenis daya fikir; Daya Pemikiran Ingatan (keupayaan mengingat & memahami) Daya Pemikiran Kognitif (keupayaan mengingat & memahami) Daya Pemikiran Konvergen ( keupayaan daya fikir) Daya Pemikiran Divergen ( keupayaan daya fikir) Daya Pemikiran Reflektif (keupayaan daya fikir)

Pemikiran Konvergen ( pemikiran berpusat ) - Ialah pemikiran yang memerlukan pelajar memberikan satu jawapan yang betul. - Dalam pemikiran ini pelajar perlu mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan peraturan serta prinsip dalam usaha mencari jawapan yang sesuai. - Contoh: apakah kegunaan tanah liat? Jawapannya membuat pasu.

Masalah tertutup

Pemikiran konvergen Berdasarkan Pengetahuan/ Pengalaman sedia ada

Jawapan tunggal

Pemikiran Divergen ( Pemikiran Menyimpang) - Adalah pemikiran yang tidak memerlukan kepada satu jawapan yang betul sahaja. ( pemikiran kreatif) - Berfikir secara kreatif terhadap masalah yang unik dan mempunyai jawapan yang banyak dan pelbagai. - contoh: apakah kegunaan tanah liat? jawapannya membuat pasu, periuk tanah, alat permainan, labu sayong dan sebagainya.
Masalah terbuka/ bercapah Pemikiran Divergen melalui intuisi/ celik akal Pelbagai penyelesaian yang wajar

Teknik meningkat kemahiran berfikir Perbincangan berkumpulan pelajar dengan mempertimbangkan sesuatu idea/ isu semasa dari segi kebaikan dan kelemahannya. Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau semasa membuat keputusan. Pelajar meneliti segala akibat yang mungkin berlaku dalam jangka masa pendek serta jangka masa panjang. Membimbing pelajar meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan orang lain. Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dengan cara yang cepat.

GAYA PEMBELAJARAN DEFINISI : mengikut psikologi pendidikan ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman baru. - Mengikut mazhab kognitif, GP merupakan pelbagai cara membuat persepsi dan memproses maklumat untuk membentuk konsep dan prinsip. - Peterson (1971) mentakrifkan GP sebagai pendekatan yang digemari oleh seseorang pelajar. - Dunn dan Dunn (1978); GP sebagai cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru. - Dunn dan Dunn (1982); GP sebagai cara bagaimana unsurunsur drpd 5 rangsangan, iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi, dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk memahami, berinteraksi dan bertindakbalas kepada persekitaran pembelajaran.

Faktor-Faktor Mempengaruhi Gaya Pembelajaran


1.

Rangsangan Persekitaran a) Cahaya - ada pelajar suka belajar keadaan lampu terang benderang dan ada juga keadaan sederhana terang. b) Bunyi - ada pelajar suka belajar dengan bunyi muzik (siaran radio dan tv) dan ada yang suka suasana senyap dan sunyi. c) suhu - suhu sejuk dan nyaman tingkatkan keberkesanan GP. d) Reka bentuk tempat belajar - susunan kerusi-meja dalam bilik darjah yang selesa tingkatkan keberkesanan pembelajaran.

2. Rangsangan Emosi
a) motivasi - motivasi instrinsik; pelajar suka belajar dgn inisiatif sendiri. - motivasi ekstrinsik; hanya boleh belajar mengikut arahan yang berstruktur drpd guru. b) sikap keazaman dan tanggungjawab akan ambil inisiatif sendiri dan dapat belajar dengan inisiatif sendiri juga.

3. Rangsangan Sosial
a) perseorangan - suka belajar diri sendiri, tidak suka diganggu semasa belajar. b) berpasangan/ rakan karib - boleh memperolehi banyak kemajuan dgn interaksi 2 hala. c) berkumpulan - ada ciri perbincangan dan kerjasama d) orang dewasa - suka belajar dgn orang dewasa yg disanjungi boleh kemukakan masalah dihadapi semasa belajar, contoh: ibubapa.

4. Rangsangan Fisiologi
a) Persepsi i) Persepsi visual - persepsi visual yang baik, pelajar akan suka belajar dgn ABM seperti carta, gambar rajah, tv, komputer dan sbginya. ii) Persepsi auditori - persepsi auditori yang baik akan suka belajar dengan siaran muzik dari radio atau kaset. Sebaliknya PA yang kurang baik lebih suka belajar secara diri sendiri. iii) kinestetik-tactile - mempunyai K-T yang cekap, pelajar suka belajar dgn cara menyentuh dan merasa.

b) Pemakanan - ada pelajar suka minum atau makan semasa belajar maka jika tidak dapat minum atau makan pembelajaran jadi kurang seronok maka menjejaskan keberkesanan pembelajarannya. c) Waktu belajar - biasanya ramai pelajar suka belajar di waktu pagi atau malam kerana suasana yang lebih segar drpd tghari atau petang. d) Mobiliti - ramai pelajar suka belajar dgn kedudukan tanpa bergerak di tempat yg selesa namun ada juga yang suka belajar sambil berdiri atau berjalan-jalan semasa belajar.

5. Rangsangan psikologi

a) analitik - suka menganalisis fakta dan isi kandungan secara terperinci. b) global - suka belajar dan mengamati sesuatu secara keseluruhan. c) gerak hati - bergantung kepada mood. Jika mood baik maka pelajar belajar bersungguh-sungguh. d) reflektif - belajar dengan cara berfikir. Lebih menggunakan kemahiran berfikir utk membuat kajian, hipotesis, analisis & kesimpulan. e) pemprosesan otak kanan dan otak kiri - otak kanan cenderung kpd muzik, lukisan, reka bentuk - otak kiri cenderung kepada pembelajaran bahasa, logik, penulisan, sains dan matematik.

Jenis-jenis Gaya pembelajaran


-Menurut Munford dan Honey (1986), GP terbahagi kepada 4 iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.

1. Aktivis
- adalah orang yg melibatkan diri secara aktif & agresif dalam aktiviti pembelajarannya. ciri-ciri aktivis; a) mempunyai sikap tidak sabar, tergesa-gesa. b) mempunyai perasaan ingin tahu yg tinggi pd perkara baru. c) bergerak pantas dan cepat tindakbalas. d) gemar cari pengalaman baru dengan cuba jaya sendiri e) penuh semangat, fleksibel & berfikiran terbuka. f) mempunyai motivasi instrinsik yg kuat g) mempunyai kemahiran berfikir secara kritis & kreatif - biasanya pelajar suka pada latihan amali, sukan & kokurikulum.

2. Reflektif
-Adalah orang yg suka memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam sekitar. mempunyai idea sendiri dan membuat refleksi. Ciri2nya;

a) suka memikir perkara dalam alam sekitar diri sendiri b) mempunyai kemahiran berikir secara kritis & kreatif c) suka mentafsir & menilai sesuatu perkara, prinsip, keputusan serta membuat refleksi kendiri. d) suka mencari hakikat yang benar dan teliti dgn pilihan e) seorang pendengar yang baik tapi lambat tindakbalas f) tidak terburu dan membuat kerja secara sistematik
- pelajar ini biasanya suka matapelajaran seperti sejarah, bahasa dan suka libatkan diri dalam aktiviti luar dan projek.

3. Teoris - ialah gemar menggunakan prinsip dan teori untuk membuat


kesimpulan sesuatu perkara. Ciri-cirinya;

a) memiliki fikiran yang rasional dan logikal b) mempunyai sikap berdisplin serta bersifat objektif c) kurang kreatif kerana banyak gunakan otak kiri d) membentuk, uji hipotesis & buat kesimpulan ikut bukti. e) berminat mengkaji fenomena yg berlaku dlm alam sekitar
- pelajar ini suka belajar matematik, sains, logik, geografi dan sejarah.

4. Pragmatis
- adalah pelajar bersifat praktikal dan mementingkan hakikat yang sebenar daripada teori, hukum atau prinsip yang sedia ada. Ciri-cirinya; a) bersifat praktikal dan berpijak di bumi yang nyata b) percaya perkara yang dilihat daripada mendengar c) mengutamakan kegunaan dan penggunaan sesuatu perkara d) lebih bersifat ekspresif daripada kreatif e) suka membuat perbandingan - pelajar ini suka menggunakan bahan-bahan konkrit untuk jalankan aktiviti pembelajaran. - oleh itu, strategi P&P yang sesuai ialah kaedah kerja praktik, strategi pemusatan bahan termasuk bahan elektronik, carta, gambar rajah serta kaedah deduksi yang melibatkan aplikasinya.

Jenis Gaya Pembelajaran Lain


-

Menurut Slavin (1994), GP dibahagikan 2 kategori

1. Gaya Pembelajaran Bergantung - mengutamakan bidang kognitif dalam semua pola dan
menerimanya secara keseluruhan. Ciri2nya; a) mempersepsi sesuatu situasi @ pola secara menyeluruh b) menerima pendapat umum c) aktiviti pembelajaran berdasarkan motivasi ekstrinsik d) sensitif terhadap pandangan orang lain e) tiada inisiatif belajar, terlalu bergantung kpd guru f) tidak boleh menentukan objektif pembelajaran diri sendiri g) suka menurut perintah dan belajar tanpa menyoal - Strategi pengajaran yang sesuai ialah kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi dan syarahan.

2. Gaya Pembelajaran tidak bergantung


-

Golongan pelajar ini mementingkan analisis bahagian-bahagian pola atau corak secara terperinci. Di antara ciri-ciri gaya pembelajaran tidak bergantung ialah:-

Mengamati perkara secara analitik Berminat menentukan objektif pembelajaran sendiri Kurang sensitif terhadap pandangan dan teguran orang lain Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat Mampu menguruskan pembelajaran sendiri Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Belajar dengan inisiatif sendiri

Golongan pelajar yang tidak bergantung lebih suka belajar dan berfikir masalah diri sendiri. Strategi pengajaran yang sesuai digunakan oleh golongan ini ialah kaedah uji-kaji, kaedah inkuiri-penemuan, dan kaedah penyelesaian masalah.

Implikasi Gaya Pembelajaran dalam proses pengajaran-pembelajaran.

Untuk memperoleh keberkesanan pengajaran yang optimum, guru harus mengenal pasti gaya pembelajaran muridmurid dan menggunakan strategi yang sesuai mengikut ciri-ciri gaya pembelajaran yang ditonjolkan. Untuk mengenal pasti ciri-ciri gaya pembelajaran muridmurid, guru harus merujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran, iaitu unsur-unsur yang dirangkumi dalam lima rangsangan yang telah dibincangkan dalam awal bab ini.

Implikasi Gaya Pembelajaran dalam proses pengajaran-pembelajaran.

Guru harus sedar bahawa setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, tiada satu kaedah mengajar pun yang sempurna untuk mengajar semua murid dalam sesuatu kelas.

You might also like