You are on page 1of 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 2 Matapelajaran Masa Kelas Tajuk Standard Kandungan Objektif : : : : : : Matematik 60 minit 2 Isipadu Cecair

10.2 Membandingkan isipadu dua cecair. Murid berupaya membandingkan isipadu dua cecair melalui perbandingan secara langsung.. Kognitif Murid dapat membandingkan isipadu dua cecair. Psikomotor Murid dapat melaksanakan aktiviti sukatan cecair dalam kehidupan seharian Afektif Murid dapat mengaplikasikan proses penyukatan yang melibatkan cecair dalam kehidupan harian. Hasil Pembelajaran : Di akhir unit pengajaran dan pembelajaran murid dapat: Membandingkan isipadu bagi dua cecair melalui perbandingan secara langsung. Konstruktivisme, Simulasi Murid-murid telah mengetahui perbendaharaan kata yang berkaitan dengan isipadu dalam konteks amalan. Bekerjasama, kejujuran, amanah , cekap, keseronokan dalam pembelajaran, tolong menolong. Menjana idea, penyoalan, mentafsir,kreativiti. Kepingan gambar mengenai aktiviti yang melibatkan air, Carta bergambar, 3 tin (dua daripadanya sama saiz, satu lagi lebih besar saiznya ) bikar, bekas kosong, air, baldi kecil, , cawan plastik, jag air, sebiji botol mineral, mangkuk plastik, gayung, lembaran kerja Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran 1.Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai kegunaan air. Catatan Kemahiran Berfikir :

Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran Pengetahuan sedia ada Nilai Kemahiran Berfikir Bahan Bantu Mengajar

: : : : :

Langkah / Masa Set Induksi ( 5 minit )

Isi Pelajaran Soal-jawab mengenai kepentingan air dalam kehidupan seharian.

Penyoalan Lampiran 1 Lampiran 2 3. Guru menunjukkan tiga bekas berbeza yang berisi air. 4. Murid diminta meneka dua bekas yang berisi air yang sama banyak. Kemudian, murid diminta membuat saranan bagaimana mendapat jawapan tersebut. Jujur, amanah Bahan Bantu Mengajar : Gambar bekas yang mengandungi air. Gambar aktiviti yang melibatkan penggunaan air. Langkah 1 ( 15 minit ) Membandingkan isipadu dua cecair. 1.Guru menunjukkan : # Tiga tin berlabel A, B, dan C.Tin B dan C adalah sama besar. # Tiga bikar kosong yang sama besar berlabel A, B dan C. 2. Murid diminta membuat tekaan sebelum memulakan aktiviti ini iaitu tin mana yang dapat mengisi air sama banyak. 3. Selepas itu, murid dikehendaki mengisi air sehingga penuh ke dalam ketiga-tiga bekas tersebut. 4. Murid menuangkan air iaitu : # daripada tin A ke dalam bikar A. # daripada tin B ke dalam bikar B. # daripada tin C ke dalam bikar C. 5. Seterusnya, minta murid menyusun ketiga-tiga tin dan bikar tadi sebelah menyebelah. 6. Murid diminta memperihalkan isipadu air berdasarkan pemerhatian mereka. 7.Guru bersama-sama murid membanding dan membincangkan Kemahiran berfikir : mentafsir Nilai : tekun berhati-hati Bahan Bantu Mengajar : Carta bergambar 2.Murid diminta menyatakan akvititi yang dilakukan memerlukan air. Nilai :

dapatan dan aktiviti di atas iaitu : # Tin A mengandungi lebih air daripada tin B dan tin C kerana ia lebih besar. # Tin B dan tin C mengandungi kurang air daripada tin A kerana ia lebih kecil. # Tin B dan tin C mengandungi sama banyak air kerana ia sama besar. 8. Bimbing murid untuk melihat bahawa bekas yang lebih besar dapat mengisi lebih banyak air. Langkah 2 ( 25 minit ) Aktiviti Kumpulan Menyukat isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai. Lampiran 3 1.Guru membahagikan kelas kepada 4 kumpulan. 2.Guru menyediakan beberapa stesen. Setiap stesen akan disediakan sebaldi air, sebuah bekas dan cawan plastik ( digunakan untuk mengisi air ke dalam bekas ). 3.Setiap kumpulan diberikan satu lembaran aktiviti dan sebatang pensel. Mereka diminta melukiskan bekas kosong yang disediakan di setiap stesen. 4.Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan bermula di stesen B, dan seterusnya. 5.Setiap kumpulan dikehendaki mengisi penuh sambil membilang jumlah cawan air yang diperlukan untuk memenuhkan bekas yang telah disediakan. 6.Mereka perlu mencatatkan dapatan mereka pada jadual yang diberikan. Mereka perlu mengosongkan bekas tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. Aktiviti diteruskan hingga kesemua stesen telah selesai. 7.Setiap kumpulan dipantau dan guru membantu murid dalam aktiviti ini dan mengenal pasti masalah pembelajaran murid. Kemahiran Berfikir : Mentafsir menjana idea kreativiti kumpulan Nilai : Keseronokan dalam pembelajaran Jujur, amanah, cekap, berkerjasama, tolongmenolong, keyakinan diri

Bahan Bantu Mengajar : Botol air mineral, gayung, mangkuk plastik, jag air, sebaldi air, cawan plastik

8.Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. Murid-murid dan guru membincangkan hasil dapatan setiap kumpulan.

Langkah 3 ( 10 minit )

Latihan Pengukuhan Lampiran 4 Lembaran kerja

1.Murid diedarkan dengan lembaran kerja. 2.Guru memberi arahan terlebih dahulu bagaiman menyiapkan latihan yang diberikan dan apa kehendak soalan itu. 3.Murid diberi masa 10 minit untuk menyiapkan latihan yang diberikan. Selepas semuanya siap, murid bersama sama dengan guru membincangkan jawapan bagi soalan yang telah mereka buat.

Kemahiran berfikir : mentafsir Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja

Penutup ( 5 minit )

Membuat kesimpulan

1.Guru bersama-sama murid merumuskan isi pelajaran pada hari ini iaitu lebih besar bekas , lebih banyaklah isipadu air yang diperlukan untuk mengisinya.

Kemahiran berfikir: Membuat rumusan

Lampiran 2

You might also like