You are on page 1of 24

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, saya Muhammad Khuzaifah bin Azli BPKA 2011- 0074 telah berjaya menyiapkan laporan tugasan

yang telah diamanahkan oleh pihak kolej kepada saya. Saya dan rakan pelatih lain merupakan pelatih tahun 2 semester 1 dari Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kuala Terengganu telah menjalankan latihan klinikal di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan.

Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPKP Pn Zahreen Binti Mokhtar Khan, PPKP En Zulfadhli dan semua staf Unit Vektor, yang telah banyak membantu dan memberi kerjasama kepada saya sepanjang saya membuat latihan klinikal di dalam unit berkenaan. Sepanjang saya menjalani latihan, banyak pengalaman yang telah saya perolehi daripada staf unit bakas terutamanya semasa berada di lapangan. Tunjuk ajar yang diberikan akan saya praktikkan apabila saya berkhidmat kelak.

Bagi melengkapkan tugasan yang telah saya jalankan, saya juga telah menyediakan satu laporan berkenaan Pemeriksaan Premis Aedes yang dilaksanakan dalam Unit Vektor PKD Hulu Perak.

Akhir sekali, penghargaan ini saya susuli dengan doa semoga jasa dan budi semua staf yang terlibat diberkati. Amin.

Sekian Terima Kasih.

1.PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG AKTIVITI

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang berbahaya disebarkan oleh nyamuk aedes betina yang terinfektif. Bagi mengelakan penyakit ini dari terus merebak, Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah unit Kawalan Vektor telah menjalankan berbagai bagi aktiviti bagi menyekat dan mengawal penyakit ini dari terus merebak dan antara aktiviti yng telah di jalankan adalah seperti aktiviti fogging, Larvaciding, oiling, PPA dan lain lain lagi. Aktiviti Pemeriksaan Pembiakan Aedes (PPA) merupakan salah satu aktiviti utama yang dijalankan oleh unit vektor bagi menyekat dan mengawal penyakit demam denggi ini. Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencari tempat tempat pembiakan nyamuk aedes atau yang berpotensi bagi pembiakan vector ini dan seterusnya menghapuskan dalam usaha mengurangkan kejadian penyakit bawaan vektor khususnya Demam Denggi. Bertempat di kampung Ulu Kenderong pada 22/3/2012, pada jam 8.30 pagi, satu aktiviti PPA ( Pemeriksaan Pembiakkan Aedes) telah dijalankan. Aktiviti yang turut dianggotai oleh PKA Wan Mohammad Zailani, PKA Joe (Zulfadhli Mohammad Tahar) dan rakan pelatih Muhamad Khairul Azizi Bin Ayob.

1.2 KEPENTINGAN PEMERIKSAAN PEMBIAKAN AEDES

Pemeriksaan Pembiakan aedes merupakan salah satu aktivit penting dalam menyekat atau menghalang berlaku penularan virus penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah dengan cara mencari dan memusnahkan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes pada sesebuah lokaliti.

Selain itu Pemeriksaan Premis Aedes ini juga bertujuan untuk membanci sesuatu lokaliti untuk mengesan kawasan pembiakan yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes. Melalui jumlah jentik dan takungan yang dijumpai ia akan dikira dengan menggunakan kaedah A.I (Aedes Index) dan B.I (Breatau Index). Kajian ini dapat memastikan samada perlunya langkah pengawalan dan pencegahan dilakukan pada sesebuah lokaliti tersebut.

2. OBJEKTIF PEMERIKSAAN
2.1 OBJEKTIF AM

Menyekat dan memusnah tempat tempat pembiakan nyamuk aedes pada sesebuah lokaliti. Mencari dan mengenal pasti tempat tempat pembiakan nyamuk aedes pada sesebuah lokalti. Bagi mempelajari kaedah kaedah dan prosuder dalam menjalankan aktiviti PPA (Pemeriksaan Pembiakan Aedes).

2.2 OBJEKTIF SPESIFIK

Untuk menghapuskan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes bagi mencegah penyakit denggi. Untuk menguatkuasakan peraturan Akta Serangga Pembawa Penyakit 1975. Mengetahui peralatan yang digunakan serta mempelajari cara penggunaanya ketika melakukan kajian Aedes. Untuk mengetahui cara cara mengenalpasti dan melihat jentik jentik di bawah mikroskop dan cara mengawetnya. Memberikan Pendidikan kesihatan secara bersemuka dengan tuan rumah mengenai bahaya aedes dan demam denggi. Mengetahui borang borang, peralatan dan prosedur yang digunakan dalam aktiviti PPA ini.

3. PEMERIKSAAN
3.1 DATA PENTADBIRAN Berikut adalah data pentadbiran dimana aktiviti PPA ini dijalankan :

Tarikh Kajian Masa Tempat PKA Terlibat

2/4/2012 9.00 Pagi 12.30 Tengah Hari Kampung Ulu Kenderong, Gerik PKA Wan Muhammad Zailani PKA Joe (Zulfadhli Mohammad Tahar) Pelatih PKA Muhammad Khuzaifah Pelatih PKA Muhammad Khairul Azizi

Data Rumah Yang Mempunyai Pembiakan

Nama Tuan Rumah No IC Alamat Rumah

Nasir bin Mat Piah 520923-08-5217 No 37 A Jalan Kolam Air Panas Kg Ulu Kenderong.

3.2 BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN

SENARAI SEMAK PERALATAN KAJIAN Kad kuasa atau surat perakuan kuasa. Kad pegenalan. Borang Kajian Aedes. Borang Pengumpulan Data Aktiviti Pemeriksaan Pembiakan Aedes. Pelan lokasi dan pelan lantai tempat pembiakan larva nyamuk. Borang Perakuan Pungutan Serangga Pembawa Penyakit Dari Premis. Borang Perakuan Mengambil Bekas / Barang Dari Premis. Risalah atau poster. Pipet Beg kajian Aedes A4 clipboard Lampu suluh Alat tulis Kamera dan filem Abate 1%SG Label Lak rasmi KKM Universal bottle

SENARAI SEMAK PERALATAN UNTUK PENGECAMAN LARVA DIBAWAH MIKROSKOP DAN MENGAWET LARVA

Mikroskop Slaid Pipet Botol sampel Alcohol 70%

3.3 KAEDAH/PROSUDER PEMERIKSAAN YANG DIJALANKAN

1. Semasa dipejabat (sebelum bergerak kelapangan) Mendengar taklimat dari PPKP bagi menetapkan kawasan kajian. Mengenalpasti lokaliti yang hendak di tuju. Menyemak segala peralatan untuk di bawa ke lapangan mengikut senarai semak.

2. Semasa di lapangan Membahagi kumpulan dengan seorang PKA menjadi ketua, bagi kawasan tertentu seperti kawasan industri,tapak,pembinaan atau institut pengajian tinggi hendaklah diketuai oleh PPKP kanan dan begitu juga untuk melakukan operasi khas mestilah diketuai oleh PPKP kanan. Memberi salam dan memperkenalkan diri bersama pembantu dengan menunjukan kad kuasa kepada penduduk/pemunya rumah (mereka yang berumur 18 tahun keatas) yang berada di tempat lawatan. Meminta kebenaran untuk memasuki dan memeriksa premis. Menjalankan pemeriksaan bersama sama pembantu dan

penduduk/pemunya rumah di rumah dan di luar premis. Jika ada pembiakkan, tunjukan tempat yang ada pembiakkan kepada penduduk/pemunya premis. Memberi pendidikan kesihatan kepada penduduk/pemunya premis. Ambil gambar tempat pembiakan secara overview, focus dan zoom (pastikan kamera mempunyai tarikh dan masa yang betui) Tunjuk botol kosong dan pipet kepada penduduk/pemunya premis. Pungut sejumlah jentik-jentik(3-5) ekor dan masukkan ke dalam botol dan tunjukan kepada penduduk/pemunya premis bersama pembantu.

Tutup, lak botol menggunakan lak rasmi berikut: Nama Alamat Tarikh Masa

dan labelkan botol seperti

Mengisi borang perakuan pungutan jentik jentik dalam 3 salinan sebagai barang kes dan menyerahkan satu salinan kepada penduduk/pemunya premis. Menyediakan peta lakar tempat pembiakan dan premis (pelan lantai). Mengambil barang barang sebagai barang kes, jika sesuai dan mengisi borang perakuan mengambil barang barang kes dalam 2 salinan dan menyerahkan satu salinan kepada penduduk/pemunya premis. Labelkan barang barang yang diambil seperti berikut : Nama penduduk/pemunya Alamat Tarikh Masa Nama barang Mencatatkan butir butir kajian aedes dalam buku harian rasmi. Memberitahu penduduk/pemunya premis langkah langkah yang akan diambil seterusnya oleh pihak jabatan kesihatan.

CARTA ALIR PEMERIKSAAN PEMBIAKAN AEDES

Taklimat Semakan Peralatan Check List Bertolak ke Lapangan Tak ada Pemilik/ Pemunya Ada Pemunya/ Pemilik Memperkenalkan Diri
Ada Pembiakan

Berikan Notis Pemeriksaan selepas Pukul 6.00 ptg Tak Benarkan Masuk Di Benarkan Masuk

Rujuk GP Tak ada Pembiakan

Memulakan Pemeriksaan

Ada Pembiakan Pastikan Larva Nyamuk Hidup

Tamat Ambil Gambar Tempat Pembiakan Tunjukan Peralatan Ambil Spesimen Larva Tutup Bekas Spesimen dan Dilak

Isikan Borang Perakuan

Diterima Ditandatangani Labelkan Bekas Spesimen (barang Kes)

Tidak Diterima

Tinggalkan Premis

Catat maklumat Lukis pelan lakar Tempat Pembiakan

Pendidikan kesihatan

10

GARIS PANDUAN: JIKA PEMUNYA MENGHALANG MENJALANKAN PEMERIKSAAN

Enggan membenarkan Memasuki Premis Terangkan Akibat

Mengizinkan

Masih Enggan

Jalankan Pemeriksaan

Lapor Polis

Lapor Kepada PPKP

Lapor Kepada PPPKP

Tindakan Mahkamah

11

3.4 KAEDAH DAN PROSUDER MENGENALPASTI DAN MENGAWET LARVA

1. Universal bottle yang berisi jentik-jentik dibawa ke pejabat untuk dikenalpasti jenisnya. 2. Botol sampel diserahkan kepada pegawai yang telah diberi kuasa untuk melihatnya. 3. Gunakan mikroskop untuk melihat larva. 4. Ambil larva dan letak ke dalam mangkuk berisi air panas 5. Kenalpasti jenis jentik-jentik. Berikut adalah langkah langkah pengecaman dilakukan : Tuang larva dari botol ke dalam mangkuk Bilas larva dengan air yang peram Ambil larva satu per satu dengan menggunakan pipet plastik dan letak atas slaid kaca Tutup larva dengan cover slaid Buang air berlebihan dari cover slaid (guna tisu) Letak larva atas mikroskop Hidupkan mikroskop dan Pastikan sumber cahaya drpd mikroskop berfungsi terlebih dahulu Selaraskan kanta dan focus pada jentik jentik berkenaan . Laras kedudukan spesimen dan fokus imej hingga tajam dan jelas 6. Lakukan pengawetan larva dan lakkan botol berisi larva tersebut berisi air dan 70% alkohol . (tujuan-mengawet larva) 7. Lengkapkan borang dan berikan kepada PKAK atau PPKP untuk cadangan kompaun.

12

3.5 PENEMUAN KAJIAN (A.I & B.I) DAN KEPUTUSAN ANALISA

1. PENGIRAAN AEDES INDEX (A.I)

Bilangan Rumah Positif Jentik Jentik Bilangan Rumah Yang DiPeriksa = Peratus Rumah yang positif jentik jentik
* A.I hendaklah tidak lebih dari 1%

X 100%

1 26
= 0.04 % (Peratus Rumah yang positif jentik jentik.)

X 100%

2. PENGIRAAN BRETEAU INDEX (B.I)

Bilangan Bekas Positif Jentik Jentik Bilangan Rumah Yang DiPeriksa


= Bilangan Bekas Positif / 100 Rumah
* B.I Hendaklah tidak melebihi lima

X 100

1 26

X 100

= 4

13

KEPUTUSAN ANALISA

Nama No K/P Alamat Jenis Larva Yang ditemui No. Label Botol

En Nasir bin Mat Piah 520923-08-5217 No 37 A, Jalan Kolam Air, 33300 Gerik Aedes Agypti D 2156

14

3.6 DIARI SIASATAN (INVESTIGATION DIARY)

Nama No Kad Pengenalan Jawatan Pejabat

: : : :

Muhammad Khuzaifah bin Azli 921121-05-5347 Pembantu Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.

TARIKH DAN MASA 22/3/2012 8.30 pagi

9.00 pagi

10.30 pagi

10.31 pagi

NO BUTIR BUTIR-BUTIR SIASATAN SIASATAN 1 Saya membuat persiapan di pejabat untuk pergi ke lapangan bagi membuat kajian aedes. Saya kemudian memeriksa alat-alat untuk memastikan bahawa semua alat adalah lengkap dan dalam keadaan bersih dan baik . Saya keluar bersama PKA Wan Zailani Bin Wan Jusoh (830330-035795) dan PKA Zulfadhli Mat Tahar (890227-035395). 2 Saya bersama PKA Wan dan PKA Zulfadhli Mat Tahar telah pergi ke Kampung Ulu Kenderong, 33300 Gerik, Perak untuk membuat Pemeriksaan Premis Aedes. Pemeriksaan dari rumah ke rumah telah dilaksanakan. 3 Saya bersama PKA Wan Zailani dan PKA Zulfadhli Mat Tahar sampai ke rumah No 37 A Kampung Ulu Kenderong, 33300 Gerik, Perak. Ini adalah rumah ke-9 diperiksa, saya mengetuk pintu rumah tersebut dan memberi salam. 4 Seorang lelaki dewasa yang berbangsa melayu menyambut salam dan membuka pintu rumah berkenaan.Nama beliau ialah En Nasir bin Mat Piah, saya memperkenalkan diri saya sebagai pegawai diberi kuasa bawah sek 5(1), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dengan menunjukkan kad kuasa dan diikuti oleh PKA En Wan Zailani kepada Tuan rumah tersebut. 5 Saya memberitahu tujuan kedatangan saya ke
15

10.35 pagi

7 10.50 pagi 8

10

11.12 pagi

11

12

11.20 pagi

13

premis beliau iaitu untuk membuat pemeriksaan larva nyamuk aedes. Setelah mendapat kebenaran dari tuan rumah untuk membuat pemeriksaan di dalam dan di luar premis tersebut bersama PKA En Wan Zailani dan PKA Zulfadhli Mat Tahar diiringi tuan punya rumah. Saya tidak menemui sebarang tempat pembiakan larva nyamuk aedes di luar rumah. Saya dan PKA En Wan Zailani telah memeriksa di kawasan dalam rumah pula dan mendapati pembiakan larva nyamuk di dalam sebuah balang ikan kaca di dalam bilik air. Saya kemudiannya menunjukkan tempat pembiakan larva nyamuk itu kepada tuan punya rumah. Kemudian saya memaklumkan kepada tuan rumah yang saya akan mengambil gambar dan Sebanyak 3 keping gambar iaitu gambar Overview, Fokus dan Zoom telah saya ambil. Kemudian saya memaklumkan kepada tuan rumah bahawa saya akan memungut larva nyamuk berkenaan. Saya telah menunjukkan pipet dan botol kosong kepada tuan rumah disaksikan oleh PKA Wan Zailani dan PKA Zulfadhli Mat Tahar. Kemudian saya telah memungut larva nyamuk dan masukkan 7 ekor larva ke dalam botol di hadapan tuan rumah. Saya telah menunjukkan botol yang mengandungi larva nyamuk tersebut kepada tuan rumah tersebut. Saya telah meminta kad pengenalan dari tuan punya rumah untuk mencatatkan butir-butir peribadi beliau dalam borang Laporan APSPP 1975. Saya kemudiannya mencatatkan butir-butir tuan rumah bersama dan juga butir-butir tempat pembiakan larva nyamuk dalam surat perakuan pungutan dan meminta tuan rumah tersebut untuk menandatangani surat berkenaan. Saya kemudian mencatatkan butir-butir tuan rumah
16

11.25 pagi

14 15

16

11.38 pagi

17

11.45 pagi 12.00 tengah hari

18 19

bersama dan juga butir-butir tempat pembiakan larva nyamuk dalam surat perakuan mengambil bekas dan meminta pembantu saya menandatangani borang tersebut sebagai saksi. Saya menyerahkan salinan borang-borang tersebut kepada tuan rumah. Saya kemudian juga mencatatkan butir-butir tuan punya pada label dan menyerahkan kepada PKA En Wan Zailani untuk dilekatkan di botol yang mengandungi larva nyamuk aedes No rujukan D 2156 Saya mengarahkan PKA En Wan Zailani menyimpan botol tersebut dalam begnya dan bekas pembiakan dipegang bersamanya. Saya kemudiannya membuat peta lakaran untuk menunjukkan rumah dan tempat pembiakan larva nyamuk yang di temui. Saya dan pembantu saya meninggalkan rumah tersebut. Saya menyerah dokumen, botol larva, dan bekas pembiakan kepada Pembantu Kesihatan Awam iaitu En Reddzuan di Unit Kawalan Denggi di Pejabat Kesihatan Gerik untuk tindakan selanjutnya. Saya juga melihat En Redduan Bin Hasan mengakui penerimaan di dalam borang Akuan Penerimaan Penyerahan Spesimen Larva yang telah saya lengkapkan.

17

4. MASALAH DAN CADANGAN


4.1 MASALAH YANG TIMBUL SEMASA PEMERIKSAAN LARVA DIJALANKAN

Pemilik premis enggan memberikan kerjasama sewaktu anggota kesihatan hendak menjalankan tugas seperti tidak membenarkan masuk premis, melihat sekeliling premis dan meminta kad pengenalan. Terdapat segelintir penduduk yang bersikap kasar seperti memaki serta mempertikai anggota kesihatan. Sewaktu Pemeriksaan Pembiakan Aedes dijalankan, kebanyakan rumah kosong kerana pemunya pergi berkerja dan terdapat juga rumah yang berpenghuni tetapi tidak mencukupi umur 18 tahun. Keadaan cuaca yang kadangkala tidak menentu seperti hujan menyebabkan aktiviti PPA ditanguhkan. Kekurangan peralatan seperti tertinggal peralatan untuk menjalankan aktiviti PPA. Terdapat sesetengah rumah yang terletak jauh dikawasan pendalaman dengan jalan yang tidak sesuai menyebabkan perjalanan ke kampung tersebut hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki menyebabkan berlaku pembaziran masa. Terdapt juga sesetengah keadaan dimana terdapat anjing liar yang merbahaya di sesebuah kawasan. Terdapat juga penduduk kampung yang tidak mendapat maklumat akan bahaya denggi dan tidak mendapat maklumat akibat jika terdapat pembiakan aedes dirumah mereka menyebabkan mereka bersikap acuh tak acuh.

18

4.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SERTA LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH

Memberitahu kepada penduduk dengan cara yang baik dan cermat mengenai tujuan kedatangan dan jika perlu memberitahu kepada penduduk (jika ada yang melawan) tentang akibat yang bakal mereka hadapi jika menghalang pegawai kesihatan dari melakukan aktiviti PPA ini. Premis yang berkunci - berikan notis 24 jam (makluman kepada tuan rumah bahawa pihak kesihatan akan memeriksa rumah tersebut pada masa yang ditetapkan) Premis kosong dan terdapat pembiakan terbalikkan bekas tersebut jika bekas itu kecil. Sekiranya bekas itu besar, abate perlu diletakkan. Setiap aktiviti yang hendak di jalankan perlulah membuat persiapan dengan rapi termasuk jarak sesebuah kawasan, keadaan cuaca keadaan masyarakat ketika aktiviti PPA ini hendak dijalankan (seperti keluar bekerja dan rumah tiada orang) supaya segala aktiviti akan berjalan lancar dan menjimatkan masa. Sentiasa melakukan check list alatan di pejabat sebelum bergerak ke lapangan bagi mengelakan ada barang yang tertinggal semasa aktiviti PPA ini dibuat bagi mengelakan masaalah ketika berkerja. Setiap kawasan/premis yang telah dilakukan aktiviti PPA ini hendaklah diberikan pendidikan kesihatan dan informasi terkini mengenai aedes kepada pemunya /pemilik premis agar mereka sentiasa peka tentang bahaya aedes. Meminta bantuan dari penduduk kawasan tersebut yang arif bagi menangani masalah anjing liar bagi memudahkan kerja atau tangguhkan dahulu aktiviti PPA di kawasan/premis terbabit dengan pergi ke premis lain dahulu. Kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta Sasaran Kerja Tahunan bagi seseorang PKA akan membantu bagi

mengurangkan masalah aedes. Video dokumentari denggi di pasang di sekolah sekolah agar dapat mendidik jiwa kanak kanak sekolah akan bahaya denggi.

19

5. KESIMPULAN
5.1 KAWASAN KEUTAMAAN

Bagi mengurangkan lagi risiko penyakit demam denggi ini kaedah yang terbaik adalah menjalankan Pemeriksaan Pembiakan Aedes (PPA) pada kawasan utama yang mempunyai ramai orang, tempat yang kurang menjadi perhatian ataupun kawasan yang menjadi tumpuan manusia, hal ini kerana salah satu faktor bagi penyebaran virus denggi ini juga adalah disebabkan oleh kehadiran manusia, dan kawasan yang kurang menjadi perhatian manusia seperti rumah kosong/terbiar menyebabkan nyamuk aedes senang untuk membiak kerana tiada aktiviti pembersihan dan selain itu turut dapat dapat mengelakan dari kemungkinan berlakunya wabak pada tempat tempat berkenaan. Berikut adalah senarai kawasan keutamaan: Rumah Kedai Tapak pembinaan Kilang Sekolah Tempat pembuangan sampah Tanah kosong Taman rekreasi Tempat Ibadah Fasiliti Kesihatan Rumah terbengkalai Pejabat Kerajaan Tanah Perkuburan

Jika dilihat pada kawasan keutamaan di atas, kawasan seperi rumah kosong, tanah kosong dapat dilihat apabila kami menjalankan aktiviti PPA dan mendapati terdapat banyak pembiakan di situ mungkin kerana faktor kurang aktiviti pembersihan dikawasan tersebut.

20

5.2 KEBERKESANAN AKTIVITI KEPADA KESIHATAN AWAM Antara keberkesanan yang dapat dilihat hasil dari aktiviti Pemeriksaan Pembiakan adalah penurunan jumlah index A.I dan B.I pada sesuatu kawasan kerana dengan adanya aktiviti PPA ini sentiasa dijalankan dapat mengurangkan jumlah pembiakan larva aedes disamping dapat menghapuskan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes dan dapat memupuk minda masyarakat tentang bahaya aedes disamping itu juga dapat bekerjasama dalam menghapuskan tempat pembiakan aedes.

Selain itu kesan dari kurangnya pembiakan nyamuk aedes akan turut mengurangkan risiko demam denggi kepada masyarakat dan mengelakan dari berlakunya wabak aedes. Kurangnya pembiakan nyamuk aedes turut mengurangkan risiko penyebaran penyakit lain bawaan nyamuk aedes seperti chikungunya dan demam kuning.

21

5.3 TINDAKAN SUSULAN YANG DIAMBIL

Selepas melakukan aktiviti PPA (Pemeriksaan Pembiakan Aedes) terdapat beberapa tindakan susulan yang boleh diambil seperti membubuh ubat pembunuh jentik-jentik (Mass-Abating) - Abate 1% SG pada bekas bekas air yang mengandungi jentik jentik. Selepas selasai membuat aktiviti PPA pada sesebuah rumah jangan mengucapkan terima kasih duhulu, tetapi lakukanlah pendidikan kesihatan kepada tuan empunya rumah berkenaan.

Selepas selesai membuat aktiviti PPA pada sesebuah kawasan, perlu untuk melakukan pengiraan A.I dan B.I bagi memastikan kawasan tersebut sama ada di spesifikasikan sebagai wabak atau bukan. Jika pengiraan A.I dan B.I menunjukan kawasan tersebut wabak, aktiviti fogging adalah diperlukan dan kemudian

melaksanakan aktiviti Ovitrap bagi menentukan populasi Aedes. Sebagai indikator untuk penilaian kualiti PPA dan evaluasi aktiviti semburan kabus. . Jika telah melakukan aktiviti PPA, perlu juga untuk merekodkan segala aktiviti

tersebut ke dalam e-dengue bagi rujukan Pejabat Kesihatan Daerah sendiri dan seterusnya bagi pihak Kementerian Kesihatan.

Sebagai kesimpulanya Apa yang kami lihat daripada kajian aedes yang dijalankan masyarakat tidak begitu menekankan aspek kebersihan dan kekemasan kawasan sekeliling rumah mereka. Kebersihan kawasan sekeliling adalah tidak memuaskan dimana terdapat banyak tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes ditemui. Justeru itu, dengan adanya kajian aedes. Pengedaran risalah-risalah dan penguatkuasaan melalui undang-undang dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, diharap masyarakat dapat mengubah sikap dan tingkahlaku mereka supaya kebih mementingkan kebersihan persekitaran sekeliling mereka secara tidak langsung dapat mengurangkan tempat pembiakan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi. Semoga kita dapat merealisasikan .

22

6. LAMPIRAN

OVERVIEW

FOCUS

ZOOM

23

BOTOL SPESIMEN

24

You might also like