You are on page 1of 26

CIKGU NOR FARAHAIN BINTI PUTEH D20091035473 PENSYARAH: DR.

ABDULLAH BIN YUSOF

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU


BAB 2 TEORI-TEORI SEMANTIK

Pengenalan

A. TEORI MAKNA: TRADISIONAL, SINONIM, ANTONIM

SINONIM
Dua perkataan atau lebih yang maknanya hampir sama atau maknanya seolaholah sama. Contoh: cantik boleh disinonimkan dengan indah indah boleh disinonimkan dengan cantik

perkataan cantik dan indah bersinonim (kedua-dua boleh ditukar ganti)


Contoh lain: ibu-emak kekal-abadi senang-mudah

Namun, terdapat kekecualian iaitu tidak semua kata bersinonim ini sesuai digunakan dalam ayat. Walaupun kata sinonim membawa maksud yang sama, namun penggunaannya bergantung kepada jenis dan konteks ayat yang dibina.

ANTONIM

Dua perkataan atau lebih yang maknanya berlawanan atau bertentangan. Contoh: gemuk antonimnya kurus (berlawanan) Lelaki antonimnya perempuan (berlawanan)

Siti masih bujang, sedangkan semua adiknya sudah berkahwin. (bertentangan)


Antonim juga tidak boleh dikatakan sebagai mengandungi makna yang benar-benar berlawanan. Ini kerana terdapat kata yang tidak mendokong makna berantonim yang sebenar.

B. TEORI MAKNA: SEGITIGA MAKNA ODGEN DAN RICHARDS

Salah satu teori yang terkenal ialah Teori Segitiga Semiotik yang dipelopori oleh Richard & Ogden. Berdasarkan kepada teori ini, satu leksikal itu telah dipecahkan kepada tiga unsur atau entiti yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Ketiga-tiga unsur tersebut ialah lambang atau bentuk kata, rujukan, dan konsep.

KONSEP (fikiran/rujukan)

BENTUK/SIMBOL (perkataan)

RUJUKAN (benda/ perkara)

Lambang merujuk kepada aras hubungan yang wujud antara bentuk tanda dengan referen yang bersifat arbitrari dan konvensional. Sebagai contoh adalah seperti tulisan, bahasa-bahasa bagi perkataan tersebut dan sebagainya. Lambang juga boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut kehendak sesebuah masyarakat. Konsep ialah fikiran seseorang mengenai bentuk atau ciri-ciri yang terdapat pada benda yang diucapkan. Misalnya, konsep bagi burung ialah mempunyai sayap, berbulu, berkaki dua dan sebagainya.

Rujukan ialah gambaran yang ada dalam dunia nyata dan juga ada pada pemikiran seseorang. Contohnya ialah rujukan bagi burung ialah imej atau gambarburung yang ada dalam otak seseorang.

Contoh iklan: makna benda melibatkan pertentangan tafsiran yang berlainan dengan menggunakan teori segi tiga semiotik adalah iklan yang terdapat di dalam iklan minuman pepsi sempena world cup 2010 yang membawa tema refresh your world.

C. TEORI MAKNA: SEGITIGA SEMIOTIK ULLMAN


Menurut Ullman (1965:55), ada dua aliran pemikiran tentang konsep makna: > aliran anatikal @ referensial > aliran operasional @ kontekstual Ullman (1962:57) telah mempermudah teori segi tiga semiotik dengan melihat makna sebagai hubungan resiprokal antara nama dengan pengertian. P (pengertian)

N (nama/perkataan)

Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengajaran dan juga sebaliknya.
P1 P2 P3 P

N1

N2

N3

D. TEORI MAKNA: PEMERINGKATAN MAKNA OSGOOD


Suatu teknik yang melibatkan sebuah alat pengukur statistik yang disebut (Semantik Differential) Teknik ini diberi label dengan mengkontraskan beberapa pasangan kata-kata sifat. Contohmya:
Gelap Cerah

Tinggi

Rendah

Satu pengamatan penting yang lain mengenai teknik ini sangat berguna dalam bidang psikologi seperti dalam pengukuran sikap.

E. TEORI MAKNA: ANALISIS KOMPONEN KATZ DAN FODOR


Analisis komponen ialah satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Teori ini menganalisis menggunakan kata-kata kekerabatan. Contoh bagi set kata: man, woman, boy dan girl yang tergolong dalam medan makna manusia. Teori ini menggunakan ciri yang ditandai dengan (+) dan (-) untuk menandakan ada atau tiada ciri pada perkataan itu.

F. TEORI MAKNA: IMEJ BUNYI/ SIGNIFIER DE SAUSSURE


Menurut de Saussure (1959:67), bahasa terdiri daripada bunyi atau penanda (signifiant) dan makna atau petanda (signifie). Penanda adalah bayangan akustik misalnya urutan bunyi k + e + r + e + t + a Petanda adalah gambaran atau makna yang melambangkan bunyi kereta.

G. TEORI MAKNA: MODEL DIADIK DE SAUSSURE

Penanda (signifiant) Petanda (signifier)

__ (konsep)

.................. __ (imej bunyi)

Kata atau lambang linguistik adalah bayangan akustik atau bunyi + gambaran atau makna

H. TEORI MAKNA: KEPERIHALAN KEADAAN J.R. FIRTH


J. R. Firth seorang profesor ulong dalam Linguistik Umum di England dan pengasas London School telah menengahkan satu teori bersama-sama dengan ahli antropologis Bronislow Malinowski. Idea Malinowski berkaitan dengan bahasa adalah perlakuan manusia. Ia adalah berkaitan dengan perilaku manusia berdasarkan latarbelakang kebudayaan dan sosial tertentu. Idea ini bertentangan dengan pendapat bahawa bahasa adalah sebagai medium untuk memindahkan sesuatu idea daripada seseorang kepada seseorang lain.

Manusia menggunakan bahasa untuk melakukan pelbagai perkara dalam pelbagai konteks dan mereka secara berterusan membuat pilihan dalam sistem yang berbagai. Contohnya satu sistem mungkin tentang komunikasi maklumat berkaitan hal-hal dunia, kemudian ada komunikasi yang mempunyai tujuan tertentu dan ada juga bentuk komunikasi antara dua orang. Bukan semua bentuk komunikasi itu sama bentuknya.Mengikut Firth, sistem paradigmatik membolehkan penutur atau penulis membuat pilihan 3 berdasarkan dua situasi keperihalan keadaan dan juga keperihalan kebudayaan. Mengikut Firth seterusnya bahasa itu bercirikan sosial kerana bahasa dikongsi oleh sekelompok penutur dalam konteks sosial tertentu dan digunakan untuk melakukan sesuatu perkara dalam konteks tersebut.

I. TEORI MAKNA: MEDAN MAKNA JOSE TRIER


Trier ( 1934 ) telah mengasakan sebuah teori medan semantik yang dikenali sebagai Teori Trier, dalam teori ini beliau telah membahagikan atau membandingkan aspek aspek intelektual kepada beberapa medan ( field ). Beliau telah membuat kajian terhadap aspek inteklektual bahasa Jerma sekitar tahun 1200 dan 1300. Pada zaman awalnya, medan ini telah dibahagikan kepada dua iaitu kunst dan list. Perkataan pertama merujuk kepada kualiti kebangsawanan dan yang kedua bukan bangsawan. Namun demikian terdapat kesangsian tentang ketepatan pemerhatian Trier. Pada zaman berikutnya, medan semantik telah dibahagikan kepada tiga iaitu, wisheit pengalaman agama , kunst

MEDAN MAKNA JOSE TRIER


Kurst

Wisheit

Wisheit
List

Kurst
Wizzen

1200

1300

Contoh Trier ini membandingkan satu bahasa pada dua zaman yang berlainan.
Kita juga boleh menbandingkan dua bahasa yang berlainan untuk melihat bagaimana bahasa bahasa itu membahagikan sesuatu medan tertentu itu. Berdasarkan teori ini bahasa boleh dibahagikan kepada beberapa medan, salah satu contoh yang selalu dikemukan ialah merujuk tentang warna. Terdapat banyak perkataan tergolong dalam medan warna ini, seperti hijau, merah, kuning , biru, hitam, kelabu, jingga, putih, oren dan sebagainya. Kata kata ini dikatakan berada di dalam satu medan makna kerana semuanya merujuk kepada warna.

Medan makna mengandungi kata kunci yang mengelilingi satu kata kunci tertentu sebagai pusatnya iaitu dinamakan kata fokus.

Kata kunci ialah sejumlah perkataan dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang sangat kuat mempengaruhi fikiran konsepsi masyarakat tentang kewujudan , alam realiti dan kehidupan mereka .
Kata kunci bertindak sebagai kata fokus apabila perkataan itu menampakkan medan makna yang kentara dan penting yang sangat rapat hubungannya dengan makna pusat perbendaharaan kata bahasa itu.

KESIMPULAN
Pembicaraan ini berkisar kepada teori-teori makna semantik yang berdasarkan kepada tokoh-tokoh. Pendekatan linguistik ini bertujuan mengkaji segala yang dimiliki oleh makna secara sistematik dan objektig yang dapat dikaitkan dengan seberapa banyak ujaran dan bahasa yang boleh diterokai. Bahasa yang hidup sentiasa berkembang,menerima kata-kata baru atau frasa baru. Penerimaan ini menyebabkan makna kata-kata tertentu berubah, berkembang dan terhad pada sesuatu maksud sahaja.

You might also like