You are on page 1of 33

1.

0 PENDAHULUAN Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim tetapi pengamatan merupakan proses yang berlaku secara automatik. Pengamatan tidak akan terjadi dengan hanya kita membuka mata, merasa sesuatu atau mendengar bunyi-bunyian yang berada di alam ini. Pengamatan ialah satu proses yang melebihi tahap pendaftaran rangsangan-rangsangan yang diberikan kepada kita semua. Manusia sentiasa memilih segelintir daripada rangsangan-rangsangan yang akan memberi makna kepada dirinya. Segala fenomena yang dipersepsikan oleh manusia seharusnya melalui organ-organ deria. Sememangnya organ derialah yang merupakan jalan masuk semua rangsangan ke tubuh, akal fikiran dan jiwa manusia. Dalam hal pengamatan ini, organ deria mata merupakan sesuatu yang penting. Hal ini kerana lazimnya manusia selalu menumpukan perhatian melalui penglihatannya. Apa yang kita lihat, dengar, sentuh dan rasa tentang keadaan alam sekitar bergantung kepada pengamatan yang diperoleh melalui rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Kemudian maklumat itu ditafsirkan oleh proses mental untuk membentuk konsep. Pada kebiasaannya, pengamatan dipengaruhi oleh

pengalaman yang sedia ada pada seseorang. Hal ini kerana pengamatan memainkan peranan untuk membuka dan menyediakan skrin pemikiran pada peringkat awal.

2.0 KONSEP DAN TEORI PENGAMATAN PENGLIHATAN Pengamatan merupakan satu elemen yang terpenting dalam proses kognitif. Pengamatan bukanlah satu proses yang berlaku secara automatik. Hal ini kerana pengamatan tidak terjadi dengan hanya kita membuka mata, merasa sesuatu atau mendengar bunyi-bunyi-bunyian yang berada di alam ini. Menurut Mohd Salleh ( 1995 ), pengamatan merupakan: Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur . Manakala, mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya Reading Diagnosis and Remediation beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak. Di samping itu, Janet W. Learner ( 1971 ) dalam bukunya Children With Learning Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek. Selain itu, pengamatan juga didefinisikan sebagai satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Satu corak gambaran atau pengertian yang tersirat dalam fikiran seseorang apabila dia menggunakan pancainderannya setelah tertarik dengan rangsangan dari luar juga merupakan definisi pengamatan. Misalnya apabila seseorang melihat perkataan API pada timba yang berwarna merah, dia tahu bahawa di dalamnya terdapat pasir atau air untuk memadamkan api. Tiada sesiapa pun yang akan menghampiri timba tersebut untuk menyalakan rokoknya kerana sangkaannya bahawa terdapat api di dalam timba itu. Jadi jelaslah bahawa pandangan, pendengaran, sentuhan, pembauan dan
2

rasa mungkin sama tetapi pengamatan yang dihasilkan adalah berbeza bagi setiap individu. Penglihatan merupakan satu pandangan yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan deria penglihatan iaitu mata. Maka dapatlah disimpulkan bahawa pengamatan penglihatan ialah kefahaman dan kebolehan seseorang terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera iaitu mata. Adalah dipercayai bahawa proses pembelajaran bermula dari rangsangan di persekitaran yang dikesan oleh pancaindera. Kemudian utusan-utusan dari deria-deria

dihantarkan ke otak untuk diproses. Hasil pemerosesan ini boleh diukur sebagai pembelajaran. Justeru itu, proses belajar bermula dengan rangsangan di luar, kepekaan deria, pengamatan dalam otak dan seterusnya dengan gerak balas yang dilakukan. Bukan semua rangsangan mempunyai tarikan yang sama pada deria-deria. Jenis rangsangan yang tidak jelas, mengelirukan, membosankan, stereotaip dan sebagainya tidak begitu menarik pada deria. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran ini biasanya senang jemu. Oleh yang demikian, rangsangan yang diberikan ini mestilah memenuhi ciri-ciri yang senang menarik perhatian deria iaitu pergerakan, perubahan, saiz, ulangan, kekuatan bunyi dan warna, kontra dan set. Penerimaan rangsangan ini bergantung pada kepekaan deria. Jika keupayaan deria itu normal, penerimaan menjadi lebih mudah. Sekiranya terdapat sebarang jenis kecacatan deria, sudah pasti penerimaannya akan turut cacat. Atas dasar inilah ujian diagnostik penglihatan perlu diadakan untuk memastikan bahawa keadaan deria-deria yang berkenaan adalah normal. Setelah utusan rangsangan sampai ke otak, ia diproses melalui penerimaan atau penghuraian kod penyimpanan atau pentafsiran dan kemudian barulah menjadi pengamatan yang bermakna. Pernyataan pengekodan berlaku sebagai penggerak kepada mana-mana anggota badan untuk bertindak melakukan sesuatu kemahiran atau menghasilkan bahasa pertuturan untuk percakapan, penerangan atau penulisan. Keupayaan pemerosesan ini bergantung pada latihan, pembelajaran, pengalaman, keimanan dan kecerdasan. Kebolehan mengamati ini adalah proses sesuatu yang jati atau semula jadi. Menurut ahli-ahli psikologi, proses mengamati ini mirip kepada pertalian jarak atau
3

kedekatan, keserupaan, lengkapan atau litupan, pergerakan bersama, bentuk mengatasi latar dan kesinambungan atau turutan. Kemiripan pengamatan untuk melakukan sesuatu perkara boleh menimbulkan pelbagai masalah. Kemiripan kepada sifat-sifat keserupaan adalah bergantung kepada keupayaan menggunakan atribut seperti nama, sebutan, bentuk, kedudukan, warna, saiz, kumpulan atau set dan lain-lain lagi. Manakala kemiripan dalam lengkapan atau litupan sering berlaku apabila seseorang mengamati satu kontur yang lengkap daripada satu rajah yang terputus-putus. Mana-mana bahagian yang hilang daripada rajah kontur itu akan disi oleh pengamatan. Dengan erti kata lain, pengamatan akan mengisi kekosongan yang mungkin akan menganggu pemaknaan. Kebolehan kita mengamati perkara-perkara di sekeliling bergantung pada beberapa faktor. Antara faktor tersebut ialah pengamatan, tugasan jelas, jangkaan, hubungan latar hadapan dengan latar belakang, penumpuan, tempoh masa dan susunan objek. Pengamatan bergantung pada pengalaman kita. Misalnya kalau kita masuk ke hutan dan mendapati bekas tapak-tapak kaki bintang, kita tidak dapat memberi makna kepadanya. Selain itu, pengamatan dibantu oleh pengetahuan tugasan kita. Sebagai contohnya, apabila diminta melihat gambar berikut, seseorang individu akan mengatakan bahawa dia dapat melihat dua muka orang yang sedang menghadapi satu sama lain. Bukan itu sahaja, ketika kita mengamati sesuatu, latar hadapan dan latar belakang adalah rangsangan yang amat penting. Contohnya, jika seekor ular hitam terdapat di bata yang cerah warnanya, adalah senang bagi kita untuk

mengamatinya. Sebaliknya kalau ular hitam terdapat di atas selonggok kayu yang hitam, maka kayu hitam sahaja yang diamati pada pandangan buat kali pertama. Bahkan sebelum mengamati sesuatu, anda perlu memberikan penumpuan yang teliti terhadap sesuatu rangsangan itu. Tanpa penumpuan, anda tidak akan dapat mengamati sesuatu dengan baik. Komponen -komponen pengamatan penglihatan boleh dibahagikan kepada jenis iaitu diskriminasi, ingat kembali, orentasi kedudukan, turutan, menyudah, menyalin, rajah latar belakang dan koordinasi motor, pertalian jarak, ketetapan bentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri, mazing atau mencari dan benda tersembunyi.
4

diskrimasi

orientasi kedudukan

ingat kembali

turutan

menyalin

koordinasi motor

menyudah

rajah latar belakang

pertalian jarak

Komponen-komponen pengamatan penglihatan

Antara contoh ciri-ciri yang dialami oleh murid-murid yang menghadapi masalah dalam pengamatan penglihatan ini adalah seperti ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan, ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati, ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan nombor dan ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau melengkapkan objek, nombor, perkataan atau ayat. Selain itu, murid-murid ini juga mempunyai ciri ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan dan ayat, ketidakbolehan menentukan sesuatu dari latar belakang sesuatu gambar atau rajah, ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan mata dan tangan, ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak ( ruang ) kiri dan kanan, ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak yang lain, ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah jalan keluar dan ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak. Fahaman psikologi gestalt telah menjadi asas kepada perkembangan psikologi kognitif. Perkataan gestalt adalah perkataan dalam bahasa Jerman dan membawa maksud pola ( pattern atau configuration ). Kohler merupakan ahli kumpulan Gestalt dari Jerman yang membuat kajian ke atas seekor cimpanzi yang bernama Sultan. Hasil kajian Kohler ialah teori celik akal. Celik akal bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap. Dalam kajiannya, Kohler telah meletakkan seekor cimpanzi yang bernama Sultan yang lapar dalam sebuah sangkar. Di luar sangkar tersebut, terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang panjangnya berbeza-beza. Sultan cuba untuk mendapatkan pisang tersebut dengan menggunakan buluh beberapa kali tetapi gagal. Kemudian, Sultan duduk berdiam diam untuk seketika sambil mengamati buluh-buluh dan memikirkan alternatif-alternatif untuk mendapatkan pisang tersebut. Tiba-tiba dia mendapat idea. Di saat tercetusnya idea itulah yang dikenali sebagai celik akal. Dia mengambil buluh pendek dan menggunakannya untuk mendapat buluh panjang dan seterusnya menggunakannya untuk

mendapatkan pisang.

Selain itu, kumpulan Gestalt juga ada menghasilkan teori berdasarkan pengamatan iaitu bagaimana manusia melihat dunia. Menurut hukum pragnanz , manusia melihat dunia sebagai satu keseluruhan. Jika maklumat mencukupi, rangsangan ( objek ) yang tidak sempurna pun akan dapat dibentuk maknanya ( difahami ) oleh otak manusia. Hal ini dinamakan pengamatan dan penanggapan. Pengamatan kita menyempurnakan bentuk yang dilihat. Justeru, teori pengamatan Gestalt mengusulkan pembelajaran berlaku secara keseluruhan-bahagian-

keseluruhan. Psikologi gestalt telah ditubuhkan oleh Kohler, Koffka dan Wertheimer. Mereka ini telah banyak memperkatakan tentang persepsi dan pembentukan konsep. Mereka telah mengemukakan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan organisasi kebanyakkan idea yang telah dikemukakannya telah diguna pakai dan dikembangkan oleh aliran psikologi kognitif dan aliran psikologi humanistik. Hukum-hukum Gestalt tentang pengamatan menerangkan bagaimana

sesuatu susunan rangsangan yang tertentu dapat ditonjolkan dari latar belakangnya dan diamati sebagai suatu rajah yang menyeluruh. Berikut adalah beberapa hukum Gestalt mengenai pengamatan penglihatan. a) Prinsip Kedekatan Dalam prinsip ini, rangsangan-rangsangan yang terletak dekat antara satu sama lain akan terkumpul bersada dalam bidang pengamatan kita. b) Prinsip Bentuk dan Latar Bentuk dan latar merupakan bidang pengamatan seseorang individu. Apabila sesuatu objek menjadi bentuk atau fokus pemerhatian kita, yang lain akan menjadi latar. Sebagai contohnya,

Rajah wanita muda atau wanita tua Rajah di atas boleh dilihat sebagai seorang wanita muda dan seorang wanita tua. Jika kita jadikan wanita muda sebagai objek, maka wanita tua itu tidak akan kelihatan. Hal ini akan berlaku sebaliknya jika wanita tua menjadi objek, wanita muda tidak akan kelihatan. Sedikit masa diperlukan bagi seseorang untuk mengorganisasikan bahagian-bahagian yang berasingan hingga dapat memberi sesuatu yang bermakna. Hal ini kerana pada umumnya, manusia akan melabelkan satu rangsangan sebagai objek dan satu lagi sebagai latar belakang dan keduaduanya boleh bertukar bentuk menjadi objek pengamatan apabila ia didapati sesuai. c) Prinsip Kesamaan Prinsip kesamaan dalam pengamatan manusia lebih cenderung untuk mengumpulkan rangsangan yang sama dalam satu kumpulan. Misalnya, dalam berpakaian, individu suka memakai baju dan seluarnya atau kainnya yang sama atau hampir sama warna. d) Prinsip Simetri Dalam kita mengamati sesuatu, bentuk yang simetri iaitu yang sama ukuran lebih mudah diingati berbanding dengan bentuk yang tidak simetri. e) Prinsip Lengkapan Pada kebiasaanya, individu cenderung untuk melengkapkan sesuatu yang tidak lengkap dalam pengamatan mereka. f) Prinsip Terangkum

Menurut prinsip ini, seseorang individu itu akan lebih cenderung untuk melihat bentuk yang lebih besar walaupun terdapat bentuk yang lebih kecil di dalamnya.

3.0 PUNCA PENGAMATAN PENGLIHATAN

Congenital

Pemerolehan

Perkembangan

Punca-punca masalah pengamatan

Terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan seseorang kanakkanak itu menghadapi masalah pengamatan penglihatan. Antara punca yang dimaksudkan itu adalah seperti congenital, pemerolehan dan perkembangan. Congenital merupakan satu keadaan yang dialami oleh seseorang sejak lahir atau dengan kata lain congenital ialah baka yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Bahan faktor Rh dalam darah ibu dan bapa merupakan salah satu contoh congenital . Rh Faktor adalah satu bahan dalam sel-sel darah merah
9

manusia. Orang yang mempunyainya digelar RH+ dan yang tiada digelar Rh-. Pada kebiasaannya, ibu yang mempunyai sel merah yang mengandungi Rh iaitu Rh+ dan mengandung anak yang mewarisi Rh- akan menghadapi risiko yang tinggi untuk melahirkan anak yang anaemik atau kurang sel darah merah. Hal ini kerana antibodi ibu akan menyerang sel darah merah anak yang dikandungkan itu kerana mempunyai sifat yang berlainan daripada sifat darah ibu. Kekurangan sel merah ini mungkin akan menjejaskan pembekalan oksigen ke otak bayi dan boleh menyebabkan bayi ini terencat akal. Oleh yang demikianlah, seseorang murid itu akan turut menghadapi masalah dalam pengamatan penglihatan. Selain itu, faktor jangka masa dalam kandungan turut menjadi punca kepada masalah pengamatan penglihatan. Jangka masa mengandung yang pendek iaitu kurang dari tujuh bulan akan mengakibatkan kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan atau pramatang. Manakala jika terlalu lama pula, iaitu lebih dari 10 bulan, mungkin akan mengakibatkan kelahiran yang bermasalah kerana bayi itu besar atau risiko ibu terdedah dengan pelbagai agen seperti kecederaan, kekurangan pemakanan, tekanan emosi atau kemungkinan tinggi bayi diserang oleh sesetengah penyakit yang boleh merosakkannya. Pada amalan biasa, bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan memerlukan bantuan inkubator untuk melicinkan pernafasan dan menyenangkan penyesuaian suhu badan dengan suhu persekitaran. Semua ini akan menimbulkan risiko bilazim atau keabnormalan. Punca berlakunya masalah pengamatan penglihatan yang seterusnya pula ialah kesan sesetengah penyakit. Risiko penyakit-penyakit yang boleh diwarisi daripada ibu bapa atau datuk seperti penyakit darah tinggi, kemcing manis, barah dan siput babi juga boleh menyebabkan masalah kesulitan belajar. Terdapat juga kecacatan pengamatan pendengaran atau pelbagai jenis bilazim penglihatan yang diwarisi. Ada juga penyakit-penyakit yang dialami ibu semasa mengandung yang boleh mencacatkan dan menyebabkan anak mereka menghadapi masalah dalam pengamatan seperti rubela dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kesan sinar-X yang berlebihan juga menjadi punca kepada masalah pengamatan. Hal ini kerana kesan sinar-X yang dilakukan di bahagian kepala mempunyai risiko yang tinggi kepada bayi yang berkemungkinan dilahirkan

10

mengalami cacat fizikal atau mental. Jadi bayi ini tidak dapat menguasai proses pengamatan penglihatan dengan baik. Pemakanan ibu semasa mengandung turut akan mempengaruhi kebolehan pengamatan seseorang. Pemakanan yang cukup dan seimbang merupakan keperluan asas untuk menjamin kesihatan anak dalam kandungan. Ibu-ibu dalam golongan miskin mungkin tidak dapat memenuhi keperluan asas ini dan mereka ini menghadapi risiko yang tinggi untuk melahirkan anak yang kurang sihat yang mempunyai risiko bilazim. Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah bahawa kebanyakkan murid-murid pemulihan menghadapi masalah kemiskinan. Di samping pemakanan yang cukup dan seimbang, ibu-ibu yang mengandung juga memerlukan kasih sayang, rasa selamat dan keadaan yang tenteram untuk proses pertumbuhan dan perkembangan bayi yang normal dalam kandungan. Justeru itu, sesuatu keluarga yang pincang mempunyai risiko untuk melahirkan anak yang bilazim dan bermasalah dalam pembelajaran. Punca yang seterusnya pula ialah kesan dadah dalam ubat-ubatan. Dadah seperti streptomycin, neomycin, quinine atau salicylates boleh mengakibatkan anak yang dilahirkan cacat anggota dan sebagainya. Bahkan dadah cytotoxic dan juga thalidomide juga dipercayai boleh merosakkan fetus jika diambil pada peringkat awal mengandung. Keracunan karbon monoksida juga dipercayai boleh menyebabkan kerencatan akal. Apabila seseorang kanak-kanak itu terencat akal, maka mereka tidak dapat mengamati apa yang dilihat mahupun didengar oleh mereka. Di samping itu juga, kelahiran yang kompleks juga boleh mengakibatkan masalah pengamatan. Hal ini kerana kelahiran yang kompleks boleh menimbulkan risiko pada pertumbuhan otak dan saraf. Antara ciri-ciri kelahiran yang kompleks adalah seperti kelahiran yang tidak cukup bulan, kelahiran dalam keadaan anaemik atau kurang sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan, kelahiran dengan pertolongan forceps atau sedutan yang mungkin mencederakan sel-sel otak, kelahiran songsang dan yang memakan masa yang panjang, dan kelahiran melalui pembedahan caesarian yang mempunyai risiko kecederaan otak disebabkan oleh penggunaan dadah semasa pembedahan dilakukan. Faktor-faktor kelahiran yang kompleks juga boleh menimbulkan risiko masalah pembelajaran dan pengamatan. Risiko-risiko lain berlaku selepas dilahirkan seperti pengaruh ibu bapa,
11

kesihatan diri, suasana rumah tangga, kecederaan dan keadaan sosioekonomi keluarga. Faktor-faktor kelahiran dan selepas kelahiran boleh menjadi petunjuk kepada keadaan fizikal, emosi, sosial dan mental kanak-kanak. Jika diteliti dengan cermat, semua ini boleh diprognos sebagai kanak-kanak yang mengalami masalah kesulitan pembelajaran yang merangkumi masalah pengamatan penglihatan.

12

4.0 KEPENTINGAN PENGAMATAN PENGLIHATAN DALAM KEHIDUPAN Pelbagai objek yang terdapat di sekeliling kita dilihat dan diamati melalui pancaindera dan diproses pada bahagian yang tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasi pengalaman. Maka dengan adanya organisasi ini, manusia akan selalu belajar dari pengalaman, maka lambat laun tersusunlah pola pengamatan yang kekal dalam diri kita. Jika kita perhatikan kebanyakan kanak-kanak yang menghadapi masalah pengamatan biasanya keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis dengan terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar dan kecil dan lain-lain lagi. Seperti yang telah dinyatakan di atas, pengamatan adalah satu proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan. Misalnya, jika kanak-kanak menulis huruf a secara terbalik maka tidaklah dapat kita tafsirkan bahawa kanak-kanak ini mempunyai masalah dalam bacaan. Manakala dalam konsep nombor, kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan pengamatan untuk membentuk nombor yang betul dan dapat

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, pengamatan penglihatan juga penting untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera atau pun mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek. Sebagai contohnya, seseorang

individu yang mempunyai tahap pengamatan yang baik akan dapat mengamati setiap objek yang mereka lihat di sekeliling mereka. Bukan itu sahaja, bahkan dengan mempunyai pengamatan penglihatan yang baik, kita akan dapat menganalis bentuk-bentuk dan simbol-simbol bacaan yang terdapat di sekeliling kita. Jadi, kita tidak akan mengalami masalah dalam membaca papan-papan tanda dan sebagainya. Pengamatan juga penting dalam mengorganisasikan pengalaman. Hal ini kerana objek-objek di sekeliling kita ditanggap melalui alat-alat deria misalnya mata dan diproses pada bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati. Apabila utusan rangsangan sampai ke otak, utusan ini akan diproses melalui penerimaan atau penghuraian kod penyimpanan atau pentafsiran dan kemudian
13

barulah menjadi pengamat yang bermakna. Jadi dengan adanya pengamatan, ia dapat menjadikan seseorang individu itu berkemampuan untuk mengumpul, membeza dan membuat penumpuan terhadap sesuatu. Dengan adanya pengamatan penglihatan ini juga, kanak-kanak yang lemah dalam pembelajaran akan dapat dibantu. Hal ini kerana pengamatan bukan hanya berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak, bahkan

pengamatan ini juga boleh diajarkan kepada mereka.

Maka, kanak-kanak yang

bermasalah dalam pembelajaran dapat dibantu dan sekaligus dapat menjadikan kehidupan mereka lebih bermakna.

14

5.0 INSTRUMEN UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN PENGLIHATAN Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru itu, ujian pengamatan patut diberikan kepada muridmurid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan. Ujian diagnostik pendidikan pemulihan ialah satu jenis ujian formatif yang melaluinya data-data yang diperolehi akan menunjukkan kelemahan tertentu yang menyulitkan proses pembelajaran seseorang murid. Ujian diagnostik ini

berlandaskan rasional bahawa kelemahan mempelajari sesuatu pecahan kemahiran asas berpunca daripada kecelaruan tafsiran pancaindera terutama sekali oleh deriaderia penglihatan mahupun pendengaran yang akan mengakibatkan kecacatan pengamatan bahasa dan nombor. Langkah pertama dalam penggubalan soalan ujian diagnostik ini ialah menetapkan objektif menyediakan soalan ujian secara eksplisit atau untuk mengukur tahap pencapaian objektif dengan mudah. Pengamatan merupakan satu proses yang akan menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Selain itu, pengamatan juga dapat didefinisikan sebagai satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun pengamatan ini berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi pengamatan juga boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Menerusi ujian diagnostik pengamatan ini, guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam mengecam kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan, menentukan sesuatu saiz, jarak serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain dan mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat. Bahkan melalui ujian ini juga, guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam memahami dan mengingat sesuatu mengikut turutan dan memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

15

Berikut merupakan antara komponen-komponen ujian diagnostik pengamatan beserta tujuannya yang biasa digunakan oleh guru pemulihan dalam melaksanakan ujian ini. i. Diskriminasi yang sama Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya. ii. Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrimination of differences) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya. iii. Diskriminasi saiz (Discrimination of size) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya. iv. Diskriminasi kedudukan ( Position in space) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan kedudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya. v. Koordinasi Motor mata tangan. Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya. vi. Pertalian jarak (Spatial Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. vii. Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. viii. Turutan ( Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.

16

ix.

Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.

x.

Menyalin Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

Kerja- kerja mendiagnos sebenarnya telah pun dimulakan apabila petandapetanda fizikal dikesan awal-awal lagi. Pengesanan awal ini masih lagi samar-samar untuk dirumuskan dan dijadikan sebagai punca masalah kesulitan pembelajaran dan kemudiannya untuk merancangkan program pemulihan. Ujian diagnostik pengamatan penglihatan ini mengandungi 150 soalan yang terdiri oleh kemahiran-kemahiran seperti berikut: Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Kemahiran Diskriminasi yang sama Diskriminasi yang ganjil Diskrimimasi saiz Ingat kembali Orientasi kedudukan Turutan Menyudah atau melengkapkan Menyalin Rajah latar belakang atau bertindih Koordinasi motor mata tangan Pertalian jarak atau ruang Gambar bersiri Kekalan atau keabadian bentuk Mazing atau mencari jalan keluar Benda tersembunyi Bilangan soalan 10 10 10 20 5 15 10 10 15 10 10 5 5 5 10

17

Dalam ujian diagnostik pengamatan penglihatan, setiap soalan yang betul akan diberi 1 markah dan markah penuh ialah 150 markah. Murid-murid akan dikehendaki untuk menjawab semua soalan yang disediakan. Selain itu, guru dibenarkan untuk membaca arahan kepada murid-murid. Bagi melaksanakan ujian diagnostik ini, tiada masa khas diperuntukkan.

ANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN

Nama murid : Nurul Fatihah Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Kemahiran Diskriminasi yang sama Diskriminasi yang ganjil Diskrimimasi saiz Ingat kembali Orientasi kedudukan Turutan Menyudah atau melengkapkan Menyalin Rajah latar belakang atau bertindih Koordinasi motor mata tangan Pertalian jarak atau ruang Gambar bersiri Kekalan atau keabadian bentuk Mazing atau mencari jalan keluar Benda tersembunyi Jumlah Keputusan 10/10 10/10 10/10 5/20 5/5 10/15 10/10 10/10 10/15 10/10 10/10 5/5 5/5 3/5 4/10 117/150 ( 78 % )

18

Nama Murid: Nurul Fatihah


120

100

80

Peratus ( % )

60

40

20

Kemahiran

Keputusan Ujian Diagnostik Nurul Fatihah

19

Nama murid : Mohd Amiruddin Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Kemahiran Diskriminasi yang sama Diskriminasi yang ganjil Diskrimimasi saiz Ingat kembali Orientasi kedudukan Turutan Menyudah atau melengkapkan Menyalin Rajah latar belakang atau bertindih Koordinasi motor mata tangan Pertalian jarak atau ruang Gambar bersiri Kekalan atau keabadian bentuk Mazing atau mencari jalan keluar Benda tersembunyi Jumlah Keputusan 10/10 2/10 10/10 15/20 5/5 7/15 10/10 8/10 13/15 10/10 9/10 3/5 5/5 3/5 5/10 115/150 ( 77%)

20

Nama Murid: Mohd Amiruddin


120

100

80

Peratus ( % )

60

40

20

Kemahiran

Keputusan Ujian Diagnostik Mohd Amiruddin

21

Pada 29 Ogos 2010 yang lalu, saya telah menjalankan ujian diagnostik pengamatan kepada dua orang murid pemulihan khas Sekolah Kebangsaan Sri Bemban. Saya telah memilih murid pemulihan dari Tahun 2 dan Tahun 3 sebagai responden saya. Murid yang menjadi pilihan saya itu ialah Nurul Fatihah ( Tahun 2 ) dan Mohd Amiruddin ( Tahun 3 ). Kedua-dua orang murid ini mempunyai markah yang hampir sama iaitu Nurul Fatihah mendapat 78 % dan Mohd Amiruddin mendapat 77 %. Setelah dianalis hasil ujian diagnostik pengamatan penglihatan ini, saya mendapati Nurul Fatihah mempunyai masalah dalam komponen pengamatan iaitu ingat kembali. Nurul Fatihah hanya dapat menjawab 5 soalan daripada 20 soalan yang diberikan kepadanya. Dalam kemahiran ini, Nurul Fatihah hanya mendapat 25%. Hal ini mungkin kerana dia mempunyai masalah cepat lupa seperti yang terdapat dalam ciri-ciri murid-murid pemulihan. Walaupun Nurul Fatihah mempunyai masalah dalam kemahiran ingat kembali, akan tetapi dia sangat cemerlang dalam beberapa kemahiran yang lain. Nurul Fatihah dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan dalam kemahiran diskriminasi yang sama, diskriminasi yang ganjil, diskriminasi saiz, orientasi kedudukan, menyudah atau melengkapkan, menyalin, koordinasi mata dan tangan, pertalian jarak atau ruang, gambar bersiri dan kekalan atau keabadian bentuk. Dalam kesemua kemahiran yang dinyatakan ini, Nurul Fatihah mendapat 100%. Maka dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa Nurul Fatihah mempunyai pendedahan yang cukup. Bagi Mohd Amiruddin pula, dia mempunyai masalah yang paling teruk dalam kemahiran diskriminasi yang ganjil. Hal ini kerana selepas dianalis, saya mendapat Mohd Amiruddin hanya mampu menjawab 2 soalan daripada 10 soalan bagi diskriminasi yang ganjil yang diberikan kepadanya. Dalam kemahiran ini, dia hanya mendapat 20%. Semasa ujian ini dilakukan, dia kelihatan seperti tidak dapat mengenal pasti perbezaan yang terdapat dalam gambar-gambar yang diberikan dan teragak-agak dalam membulatkan jawapan.

22

Manakala dalam kemahiran diskriminasi yang sama, diskriminasi saiz, orientasi kedudukan, menyudah dan melengkapkan, koordinasi mata dan tangan dan kekalan atau keabadian bentuk, Mohd Amiruddin dapat menjawab ke semua soalan yang diberikan dan mendapat 100%.

23

6.0 AKTIVITI DAN ALAT BANTU BELAJAR AKTIVITI PERTAMA Tajuk : Jangan Pandang Belakang Kemahiran : Koordinasi mata dan tangan Masa : Tiada masa diperuntukkan Bahan : Kad-kad huruf Aktiviti : Individu Persediaan bahan : 1. Guru menyediakan kad-kad huruf. Prosedur : 1. Murid dikehendaki duduk di hadapan guru. 2. Guru menunjukkan kad-kad huruf secara satu persatu kepada muridmurid. 3. Seterusnya, murid diminta untuk memerhatikan kad-kad huruf yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti. 4. Kemudian, guru menutup kad huruf tersebut. 5. Setelah itu, guru menyuruh murid-murid untuk mencari kad huruf mengikut nombor-nombor yang disebutkan oleh guru. 6. Selepas mendapatkan kad huruf tersebut, murid dikehendaki untuk menyebutnya dengan betul.

24

Huraian: Dengan menjalankan aktiviti ini, ianya sedikit sebanyak akan menarik minat murid dalam pembelajaran. Hal ini kerana murid-murid pemulihan lebih gemar bergerak dan suka akan baahn-bahan maujud yang dapat mereka lihat dan pegang. Selain daripada dapat membantu murid-murid pemulihan yang mengalami masalah dalam pengamatan, aktiviti ini juga dapat membantu murid dalam mengenal huruf.

25

ALAT BANTU MENGAJAR DAN ALAT BANTU BELAJAR

26

AKTIVITI KEDUA Tajuk : Jom kita putar. Kemahiran : Koordinasi mata dan tangan Masa : Tiada masa diperuntukkan Bahan : Roda Impian Aktiviti : Berkumpulan. Persediaan bahan : 1. Guru menyediakan roda impian yang mengandungi 4 bendera kertas di dalamnya. Prosedur : 1. Murid dikumpulkan bersama-sama. 2. Guru menunjukkan roda impian kepada murid-murid. 3. Seterusnya, murid diminta untuk memerhatikan 4 bendera yang ditunjukkan oleh guru. 4. Setelah itu, guru menyuruh murid-murid untuk mencari bendera yang ganjil di antara bendera-bendera yang ditunjukkan. 5. Murid yang dapat mengenal pasti bendera yang berbeza itu dikehendaki datang ke hadapan untuk memutarkan roda impian tersebut. 6. Guru membuat perhatian dan menilai hasil yang ditunjukkan.

27

Huraian: Aktiviti Jom Kita Putar ini amat menarik dalam menjalankan aktiviti

pengamatan penglihatan. Hal ini kerana murid-murid dapat bergerak dan penggunaan bahan maujud iaitu roda impian yang dibuat sendiri digunakan dalam menjalankan aktiviti ini.

28

ALAT BANTU MENGAJAR DAN ALAT BANTU BELAJAR

29

Bahan bantu mengajar merupakan faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan sekaligus menimbulkan rangsangan keinginan keinginan murid untuk mengetahui sesuatu dan menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Bahan bantu mengajar iaitu kad-kad huruf dan roda impian sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang bermasalah pengamatan penglihatan. Dengan menggunakan bahan-bahan maujud seperti kad-kad huruf dan roda impian ini, ianya dapat menarik minat dan perhatian murid-murid yang mengalami masalah dalam pengamatan penglihatan. Dengan ini, murid-murid ini tidak akan berasa bosan dan minat terhadap pembelajaran. Selain itu, dengan menggunakan kad-kad huruf ini, murid- murid yang bermasalah pengamatan penglihatan ini akan dapat mengenal bentuk huruf-huruf. Hal ini sedikit sebanyak akan meningkatkan keupayaan mereka dalam mengingat apa yang mereka pelajari di dalam bilik darjah. Keaslian bahan bantu belajar juga akan mempengaruhi minat murid dalam pembelajaran. Dengan menggunakan bahan bantu belajar dan mengajar yang dibuat sendiri oleh adalah lebih baik. Hal ini kerana dengan membuat sendiri kadkad huruf dan roda impian untuk diaplikasikan oleh murid-murid yang menghadapi masalah pengamatan penglihatan, ianya akan menjadi bahan tersebut akan lebih menarik. Kad-kad huruf dan roda impian yang dibuat sendiri boleh ditambah

baikkan kerana apabila kita membeli kad-kad huruf di kedai, kita tidak mengetahui kualiti bahan yang diperlukan untuk menghasilkan bahan tersebut. Dengan menghasilkan sendiri, bahan bantu belajar dan mengajar kita mengetahui jenis bahan yang diperlukan untuk menghasilkannya dan kita mengetahui cara penggunaan dan penjagaannya.
30

Penggunaan kad-kad huruf dan roda impian dalam melaksanakan aktiviti bersama-sama dengan murid-murid yang menghadapi masalah pengamatan penglihatan adalah sangat sesuai. Hal ini kerana murid-murid pemulihan biasanya suka akan bahan-bahan maujud. Maka dengan menghasilkan kad-kad huruf yang berwarna-warni dan ringan ini boleh menarik minat mereka. Bukan itu sahaja, penggunaan kad-kad huruf dan roda impian yang terdiri dari komponen kertas tidak akan mencederakan dan berbahaya mereka. Penggunaan kad-kad huruf yang ringan dapat menjadikan aktiviti ini lebih menarik dan mudah untuk digunakan. Jadi, ianya tidak akan membebankan murid ketika menjalankan aktiviti ini.

31

7.0 PENUTUP Sejak Negara mencapai kemerdekaan hingga kini, tidak banyak perubahan yang berlaku dalam dunia pedagogi atau sains pengajaran, walaupun sukatan pelajaran, kemudahan teknologi pendidikan, infrastruktur sekolah serta pengurusan dan pentadbiran pendidikan meningkat maju seiring dengan kehendak masyarakat. Tetapi yang lainnya cuma golongan kanak-kanak. Di sekolah, murid-murid dapat digolongkan kepada dua kumpulan iaitu golongan kanak-kanak normal dan golongan kanak-kanak istimewa atau khas . Istilah-istilah ini telah digunakan bagi mententeramkan kemarahan ibu bapa dan untuk menghilangkan rasa terhina kanak-kanak ini sekiranya mereka dilabelkan sebagai kanak-kanak yang bodoh, mundur, lemah atau lembam. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya beljar seseorang individu boleh mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terbelakang. Salah satu ciri masalah yang dikatakan kanak-kanak istimewa atau khas ini ialah kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan. Maka, bagi membantu golongan kanak-kanak seperti itu, diwujudkanlah program Pemulihan Khas di sekolah-sekolah. Justeru, program Pemulihan khas telah mengutamakan Prinsip Menyelesaikan masalah seawal mungkin agar kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pembelajaran tidak menjadi kronik dan berterusan sehingga ke tahap 2 atau ke peringkat persekolahan menengah rendah. Bahkan melalui program Pemulihan Khas ini juga, keperluan-keperluan murid yang berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Semua pihak haruslah berganding bahu dalam menjayakan program pemulihan khas ini. Segala bebanan dan tanggungjawab ini memerlukan sokongan yang jitu dan padu daripada pihak sekolah terutamanya Guru Besar dan guru-guru Bahasa Melayu dan Matematik di samping peranan ibu bapa di rumah. Hal ini adalah kerana hasrat untuk menolong murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran ini tidak akan terlaksana sekiranya pelaksanaan pengajarn pemulihan diserahkan seratus peratus kepada guru pemulihan khas semata-mata kerana mereka diberi status dan tanggungjawab rasmi sebagai guru pemulihan khas. Koh ( 1987 ) telah menegaskan bahawa guru pemulihan khas tidak akan dapat memikul bebanan yang besar ini tanpa kerjasama empat penjuru iaitu Guru Besar sekolah, guru biasa, ibu bapa dan pegawai Kementerian Pendidikan itu sendiri.
32

Abdul Halim ( 1986 ) mencadangkan agar Kementerian Pendidikan untuk membanyakkan lagi penyelidik-penyelidik terlatih dan pakar-pakar perubatan, jurupulih dan ahli-ahli psikologi pendidikan bagi membantu dalam perkhidmatan pengajaran khas ini mencapai kejayaan yang sewajarnya. Disebabkan guru pemulihan khas perlu menggunakan inisiatifnya yang tersendiri bagi menghadapi murid yang memerlukan bantuan pemulihan jangka pendek dan jangka panjang, Zainal ( 1986 ) menyeru agar pihak sekolah memberikan kerjasama dengan cara tidak menjadikan guru pemulihan khas sebagai guru ganti. Menurut Koh, guru pemulihan khas adalah bertanggungjawab atas perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemulihan sahaja. Di samping itu Koh juga menegaskan bahawa guru pemulihan khas mestilah mempunyai kebolehan untuk menjalinkan pertalian dengan guru-guru lain di sekolahnya. Hal ini merupakan suatu kualiti professional yang amat penting bagi setiap guru pemulihan khas yang berjaya dan cemerlang. Selain itu, menurut Koh lagi, guru pemulihan khas juga mestilah cekap membuat pengesanan yang tepat, mengadakan program pemulihan yang berstruktur dengan objektif-objektif khusus dan menjalankan pengajaran pemulihan diindividualkan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan pendekatan bagi memupuk minat murid yang mengalami masalah pembelajaran ini. Murid-murid pemulihan yang mengalami masalah dalam menguasai

kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira ini tidak boleh dipinggirkan. Hal ini kerana mereka juga boleh berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain. Mereka cuma memerlukan suntikan dan menuntut kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan daripada guru-guru pemulihan khas, bak kata pepatah Melayu; belakang parang kalau diasah lagikan tajam, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

33

You might also like