You are on page 1of 21

PENGURUSAN GRAFIK

PENGENALAN.
Pengurusan membawa erti perihal mengurus dan mentadbir sesuatu yang berkaitan tanggungjawab dan selok-belok kerja.(Kamus Dewan:1529) Manakala grafik pula bererti maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan,gambar rajah, simbol dan seumpamanya untuk menyatakan atau menyampaikan idea. Selain itu juga, grafik adalah lukisan-lukisan pada susunan halaman dalam majalah (buku, surat khabar dan sebagainya). (Kamus Dewan:413). Menurut Listrom (1994), grafik ialah ilustrasi dan gambar berupaya bercerita, menarik perhatian dan menggambarkan orang, tempat atau benda. Beliau juga mengulas bahawa grafik boleh ditunjukkan menggunakan teknik carta, graf atau rajah dengan menyediakan dimensi maklumat kepelbagaian secara visual. Rockley (1994), menyatakan bahawa grafikmenunjukkan maklumat terperinci. Ia bergambar dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu. Dapatlah difahami bahawa pengurusan grafik membincangkan kaedah-kaedah atau perihal mengurus sesuatu kerja yang melibatkan teknik mengolah, memaparkan, mencipta, mencetak dan menghasilkan imej atau lukisan (lukisan, gambar rajah, simbol dan seumpamanya) (Kamus Dewan:413) Pengurusan grafik merupakan alat yang boleh membantu kita dalam mentadbir maklumat yang kita terima dan dapat diolah ke dalam bentuk visual yang lebih menarik. Ia merupakan suatu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan sama ada untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea, pemikiran dengan lebih sistematik, jelas dan berkesan. Grafik merupakan sebuah lukisan, pencetakan , gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau teknik komputer. Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin komputer. Di antara contoh-contoh pengurusan grafik ialah : 1) Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza. 2) Pengurusan Grafik Membuat Kategori. 3) Pengurusan Grafik Meneliti Bahagian-bahagian Kecil. 1

4) Pengurusan Grafik Menerangkan Sebab. 5) Pengurusan Grafik Membuat Ramalan. 6) Pengurusan Grafik Mengusul Periksa Andaian. 7) Pengurusan Grafik Membuat Keputusan. 8) Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah. 9) Pengurusan Grafik Urutan Peristiwa Contoh-contoh pengurusan grafik PG dan Fungsih Menerangkanhg bg Membanding beza Mengklafikasigg hnh Diagram Hierarki Diagram Kajian Pusingan Sistem Folder Desktop Mengikut Sebab urutan akibat Membuat keputusan

PG Rantinghjhjhgh ghhhh ghhgghghgh bghn Peta Konsep Matriksh g hhghg hh ggh Carta Alirhh hg

Sumbangsaran hgghhghhg hghghgghgggh hgh hghgh hghhh Peta Konsep

Diagram Dua Selhghgh hghghghhhhg hghghghh ghghhghghgh Diagram Venn Matriks Perbandingan

Jaringan Tupaihgh ghhghgh ghhhg hghgghghg Grid Mindakj h hnnhnhn hhnh

KWLHn g h Sistem Folder Desktop Aliran Linearhh

PRINSIP DALAM PENGURUSAN GRAFIK.


1) PENGSTRUKTURAN PROGRAM. Setiap program yang dirancang hendaklah mempunyai struktur pelaksanaan yang konsisten kerana pengstrukturan program dapat membantu individu dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Begitu juga dalam pengurusan grafik. Kebanyakan pengurusan grafik melibatkan hal-hal saintifik dan memerlukan kepada kajian bahan yang tepat. Mengikut konsep German yang dikenali sebagai Pas Ein yang membawa erti terdapatnya kecacatan, proses ini memerlukan pengurusan grafik yang lebih sempurna yakni 2

mengstrukturkan program supaya tidak terdapatnya kecacatan. Pembinaan program yang melibatkan pengurusan grafik tidak sama dengan perancangan mereka bentuk sesuatu objek yang nyata. 2) PENAMBAHAN DAN PENGUASAAN ILMU. Pada abad ke-14, William of Ockham, ahli kaji bumi British, menegaskan bahawa emas pasti dapat dicipta dengan menggunakan formula kimia yang juga di kenali Occam Razor. Walaupun usahanya gagal. Beliau tetap berusaha untuk mencapai matlamatnya. Hasilnya, berlakunya penambahan ilmu pengetahuan dan penguasaan orang Eropah ke atas ilmu kimia. Pengurusan grafik juga berlandaskan kepada prinsip penambahan ilmu pengetahuan dan penguasaan kemahiran seseorang dalam mencipta satu program grafik yang baru. 3) KETABAHAN DAN KETEKUNAN. Seseorang yang menempah kehidupannya dengan kejayaan, sebelum mencapainya, dia sentiasa tabah dan tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan. Pengurusan grafik juga tertumpu kepada sejauh mana seseorang berusaha mendapatkan hasil yang lebih baik. Ketabahan dan ketekunan pastinya membuahkan hasil yang memuaskan. Berusaha bersungguh-sungguh dapat mengatasi masalah terutamanya yang berkaitan masalah grafik seperti pengiraan arithmetik.

TIP PENGURUSAN GRAFIK.


1) Berfikiran terbuka. 2) Menguasai kemahiran matematik. 3) Optimis dalam mendapatkan data. 4) Bersedia menghadapi risiko. 5) Mengetahui program yang dijalankan. 6) Berhati-hati dan mengikuti prosedur yang ditetapkan. 7) Buat dahulu yang mudah. 8) Berusaha dan bekerja kuat. 9) Cekap dan berdikari. 3

PROSEDUR MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK.


Pengurusan grafik digunakan untuk membantu kita dalam mengurus dan menyusun pemikiran supaya lebih sistematik dan berkesan. Sebenarnya pengurusan grafik dapat dicipta mengikut kesesuaian masing-masing. Sentiasalah berlatih dalam pengurusan grafik kerana ia akan memberi kemudahan semasa mengambil nota dan menyusun fakta serta berhujah mengikut turutan yang betul. Pengurusan grafik tidaklah semudah yang kita sangkakan. Sebarang tugasan yang diberikan memerlukan kepada pemerhatian, mengumpul data, menganalisis data dan akhirnya membuat rumusan berkaitan tajuk yang diberikan. Beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum melakukan sebarang tugasan ialah: a) Tajuk.- Dapatkan tajuk yang menarik dan sesuai. Apabila mendapat tajuk, biasanya kita mendapat gambaran untuk mendapatkan maklumat. Mulakan dengan pembacaan buku-buku ensaiklopedia atau buku berkaitan tajuk tersebut. Gunakan kemudahan internet atau berbincang dengan rakan dan pensyarah. Jika perlu tajuk tersebut diubah, jumpalah pensyarah berkaitan. Sebelum menentukan tajuk, eloklah melontarkan idea melalui pengurusan grafik peta minda. Pengurusan grafik peta minda: Lontarkan idea sebelum menulis sesuatu tugasan.

b) Kecilkan Tajuk- Tajuk Perindustrian Di Malaysia mungkin terlalu besar untuk dibuat kajian atau penyelidikan. Kita boleh memikirkan tentang tajuk-tajuk dengan membuat beberapa pertanyaan mudah seperti Bagaimana di perindustrian di negara kita?, Apa yang diperlukan negara? atau Siapakah yang terlibat dalam sektor perindustrian. Dengan adanya persoalan sedemikian, kajian kita pasti lebih menarik dan kita lebih berminat untuk mengkajinya. Seterusnya, dapatlah dibina Carta Piramid berdasarkan tajuk. Pengurusan grafik carta piramid berdasarkan tajuk.

c) Penjadualan tugasan- Ambillah masa untuk merancang tugasan anda. Mulakan dengan merangka satu borang senarai semak berkaitan tugasan. Sila ikut sebaik mungkin senarai semak yang dibuat. Lekatkan senarai semak pada dinding. Kita boleh mengubah mana-mana item dalam senarai semak mengikut kesesuaian. Contoh borang senarai semak: Pengurusan grafik contoh senarai semak jadual tugas. TUGASAN Cari tajuk
Pembacaan awal Buat kad sumber Merangka penulisan Menyediakan bahan Menulis draf awal Tarikh hantar tugasan

JANGKA MASA SIAP


15 Jan - 17 Jan 20 Jan- 25 Jan 25-Jan 28 Feb - 14 Mac 28 Mac 04-Apr 13 April

TARIKH SIAP

19 April

d) Membuat Rujukan dan Pembacaan Terhadap Kajian- Bahan bacaan kita boleh dapati di kedai atau perpustakaan. Mulakan tugasan mancari bahan dengan membuat rujukan dan pembacaan. Menggunakan internet sama juga dengan menggunakan ensaiklopedia. Cuma, melalui internet, bahan yang hendak dicari lebih mudah ditemui dan banyak pilihan. Dengan menggunakan perpustakaan kita dapat meningkatkan kemahiran mencari maklumat dan pembacaan. Di sini juga, banyak maklumat baru yang berkaitan tugasan yang diberikan. Sesetengah perpustakaan menyediakan perkhidmatan internet, indeks berskala, radio dan seumpamanya. Selain itu juga, rujukan boleh dilakukan melalui temubual dan cacatan sumber. Dengan menggunakan kaedah temubual, kita pasti memperolehi maklumat dan sumber bukti untuk tugasan yang dilakukan. Cacatan sumber pula diperolehi melalui buku, majalah, akhbar, internet dan temubual. e) Persoalan Dalam Penulisan- Persoalan amat penting dalam sesuatu kajian. Dengan menggunakan kaedah persoalan, kita dapat menghuraikan maklumat dengan lebih berkesan. Pengurusan grafik senarai persoalan untuk penulisan APA Apa yang di maksudkan dengan perindustrian DI MANA Di manakah pusat perindustrian Malaysia BILA MENGAPA SIAPA BAGAIMANA KENAPA

f) Mengumpul Data- Mengumpul data merupakan satu proses yang sistematik untuk mendapatkan maklumat, membuat pertimbangan dan seterusnya membolehkan seseorang itu membuat keputusan. Maklumat yang dikumpulkan itu dipanggil data. Terdapat dua jenis maklumat iaitu maklumat kuantitatif dan kualitatif. Maklumat yang berunsur kuantitatif ialah maklumat yang diperolehi melalui alatan ukuran. Data kualitatif pula ialah data yang diperolehi melalui temubual dengan responden atau data-data yang merupakan dokumen-dokumen yang dianalisis. 6

g) Paparan Data- Data boleh dipersembahkan melalui pelbagai cara. Antaranya:

Paparan Data Graf Carta

Jenis Graf gambar Carta pai Carta bar Carta aliran Carta klasifikasi Carta tulang ikan Carta jaringan Carta Perbandingan

Histogram Jadual Rajah Peta Minda

Histogram selanjar Rajah Venn

Contoh graf gambar bagi makanan kegemaran penduduk X. Makanan Kegemaran Penduduk X
1 Burger Piza Daging Ayam Roti canai Nasi lemak 2 3 4 5 6

Graf digunakan untuk menunjukkan perubahan kepada pembolehubah. Graf membolehkan kita melihat corak perubahan tersebut. Graf juga merupakan satu cara mewakili semua jenis maklumat secara kuantitatif. Terdapat beberapa graf sesuai dalam pendidikan antaranya graf gambar.

7 Contoh carta pai menunjukkan tempat belajar yang berkesan kepada para pelajar.

Tempat Belajar Berkesan Belajar

Carta pai digunakan apabila data diskrit ditujukan dalam bentuk pecahan atau peratusan. Carta pai di atas menunjukkan tempat belajar yang berkesan bagi pelajar. Contoh histogram

Histogram biasanya dibina dari jadual frekuensi. Histogram seakan-akan sama dengan graf bar tetapi perbezaannya ialah kolum di dalam graf bar dipisahkan oleh jarak-jarak yang kecil manakala graf di dalam histogram bercantum di antara satu sama lain. Histogram mengandungi beberapa segi empat tepat dan setiap segi empat ini mewakili kekerapan skor bagi setiap selang kelas skor. Data-data di dalam histogram kebiasaannya selanjar. Kepentingan histogram adalah memudahkan seseorang membuat perbandingan antara data-data yang diperolehi. 8 Contoh jadual
1 2 3 4 5 6

Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat

kelas kelas kelas kelas

kelas kelas kelas kelas kelas kelas

R E L A K S

kelas kelas

kelas

Kebanyakan perkara atau bahan yang dilihat seakan-akan sama sahaja. Ini menyukarkan kita untuk membuat pilihan. Satu cara terbaik adalah dengan menggunakan kaedah penjadualan. Di antara tujuan membuat jadual ialah membantu kita membuat keputusan, membuat pengelasan dan membuat sesuatu generalisasi.

Contoh rajah Venn

Terlalu banyak maklumat dan bahan yang kita perolehi. Maklumat ini sudah tentu tidak tersusun dan mungkin bercampur aduk di antara satu sama lain. Perlulah dibuat penilaian untuk menyusun data-data yang diperolehi samada data-data tersebut mempunyai persamaan atau tidak. Rajah Venn menekankan kepada persamaan yang terdapat di dalam data-data.

9 Contoh peta minda

Peta minda adalah permulaan idea dalam membentuk satu tugasan yang lengkap. Idea utama, konsep atau topik, soalan dikumpulkan dan dibuat suatu jaringan kepada idea-idea yang lain yang berkaitan. Kembangkan idea dari tengah seperti sebatang pokok dengan ranting. Apabila tiba dipenghujung ranting, bolehlah menambah ranting baru kepada idea baru.

KEBERKESANAN PENGURUSAN GRAFIK.


1. Dapat memotivasikan para pelajar dan pengajar. 2. Menggalakkan perkembangan sosial. 3. Penjanaan ekonomi dan pendidikan dalam keluarga. 4. Pelaksanaan kurikulum yang berkesan.

PENDEKATAN DALAM PENGURUSAN GRAFIK.


1. Sentiasa membuat latih tubi. 2. Mendapat bimbingan tutorial. 3. Mengadakan demonstrasi. 4. Simulasi. 5. Permainan pendidikan. 6. Rekreasi dalam pengurusan grafik. 10 RUJUKAN

Kamus Dewan, edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun Dr (2005). Kemahiran Belajar untuk Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Pendidikan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Pengurusan grafik dilayari pada 25 Ogos 2006 di URL http:// www.citacita.tripod.com/nota/ multimedia.htm.

21

INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN

KEMAHIRAN BELAJAR
PENGURUSAN GRAFIK
Nama Unit : MOHAMMAD SYAHIR BIN
SAALODIN

: PPSIMP Prasekolah.

No. Kad Pengenalan: 880717-06-5417. Nama Pensyarah : Encik Zaharudin b. Mohd Talib .

Syukur kepada Allah kerana tugasan ini, di bawah tajuk Kemahiran Belajar: Pengurusan Grafik telah dapat diselesaikan. Buku skrap ini merangkumi sebahagian daripada teknik pembelajaran. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Kemahiran Belajar merupakan salah satu subjek pembelajaran yang penting kerana subjek ini merangkumi berbagai-bagai kaedah tertentu yang dapat memudahkan pengurusan kita ketika menimba ilmu pengetahuan. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Zaharudin bin Mohd Talib yang banyak membantu saya dalam mengurus dan memproses bahan yang berkaitan dengan pengurusan grafik. Semoga kerjasama yang diberikan ini dapat diteruskan demi membangun institusi pendidikan negara. Saya juga berhutang budi kepada rakan-rakan yang telah memberi sokongan dan bantuan kepada saya. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala bantuan yang diberikan. Semoga Allah memberkati usaha kita bersama. Insya Allah. Sekian, wassalam. MOHAMMAD SYAHIR BIN SAALODIN PPSIMP PRASEKOLAH. i

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN KANDUNGAN SOALAN TUGASAN PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR a) Pengenalan b) Konsep Kemahiran Belajar c) Proses Kemahiran Belajar PENGURUSAN GRAFIK Pengenalan Prinsip Dalam Pengurusan Grafik Tip Pengurusan Grafik Prosedur Menggunakan Pengurusan Grafik Keberkesanan Pengurusan Grafik Pendekatan Dalam Pengurusan Grafik KESIMPULAN LAMPIRAN RUJUKAN
i ii iii

iv v vi

1 2 3 4 10 10 11 12 21

ii

PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR

PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR.


Dalam proses pendidikan, belajar merupakan kegiatan yang paling utama. Terlaksana atau tidaknya pendidikan bergantung kepada bagaimana proses belajar itu. Menurut pendapat Ford (1992), kejayaan seseorang itu bukan hanya boleh diusahakan oleh seseorang itu sahaja malah kejayaan kejayaaan di dalam pendidikan adalah merupakan hasil usaha sokongan dari pelbagai pihak. Dua orang pelajar berada di dalam kelas yang sama, belajar perkara yang sama, mempunyai umur yang sama tetapi salah seorang dari mereka lebih cemerlang dalam peperiksaan. Vollmeyer dan Rheinberg (2000) menyatakan bahawa salah satu sebab mengapa terdapatnya perbezaan antara dua pelajar adalah disebabkan pelajar yang cemerlang bermula dengan strategi belajar yang baik dan tahu bagaiman mencari keperluan untuk menjawab soalan dan berpotensi memberi jawapan yang tepat. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran belajar merupakan asas kepada penentuan kejayaan seseorang. Ini kerana kemahiran belajar mengajar dan mendidik pelajar dalam merancang bagaimana hendak menjadi seorang yang cemerlang dari pelbagai sudut terutamanya dalam menghadapi proses pendidikan. Kemahiran dan pengaturan masa merupakan item yang penting dalam pengurusan kemahiran belajar. Selain itu, persiapan mental dan fizikal juga memainkan peranan penting dalam penentuan kejayaan seseorang. Kemahiran belajar tidaklah menumpukan hanya dalam bidang pendidikan sematamata. Tetapi ia juga berkaitan dengan perhubungan sosial seseorang. Kaedah kemahiran belajar dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian kita .

iv

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR.

Terdapat banyak pendapat mengenai konsep belajar. Ada pendapat mengatakan bahawa belajar itu adalah kegiatan menghafal dan membuat latih tubi. Ada juga mengatakan belajar itu mendapatkan maklumat dan membuat rujukan. Semun pendapat tersebut adalah benar. Akan tetapi pengertian tersebut tidaklah meliputi keseluruhan mengenai proses belajar. Belajar ialah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan, sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam intreksi dengan persekitarannya. Perubahan yang dimaksudkan ialah proses belajar. Menurut Woolfolk (2001), belajar ialah apabila berlakunya perubahan dari segi pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan ini mungkin disengajakan atau tidak. Mengikut kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Proses belajar berlangsung dalam beberapa peringkat iaitu: 1. Adanya rangsangan-rangangan. 2. Pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria. 3. Pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak. 4. Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan. 5. Mengamal dalam situiasi yang sepadan 6. Perubahan tingkah laku. Ciri-ciri berlakunya proses belajar : 1. Perubahan yang berlakunya berlaku secara sengaja. 2. Perubahan secara berterusan dan tetap. 3. Perubahan bersifat aktif dan ositif. 4. Perubahan bermatlamat. 5. Perubahan tngkah laku secara keseluruhan.

v Kemahiran belajar merupakan satu proses yang memerlukan perhatian sacara berterusan. Terdapat beberapa konsep yang utama dalam kemahiran belajar iaitu:

a) Gaya belajar- Setiap orang mempunyai gaya tersendiri. Kefahaman tentang gaya amat penting kerana kefahaman ini kita dapat merancang aktiviti, memeloh kaedah dan teknik pengajaran. Terdapat beberapa gaya belajar iaitu Gaya Belajar Visual, Cara Belajar Audiotori dan Cara Belajar Kinestik. b) Sumber manusia- Sumber manusia adalah sumber rujukan yang dibuat kepada orang-orangyang mepunyai kepakaran tertentu. Mereka benar-benar arif, berpengetahuan luas dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. c) Sumber media elektronik. d) Sumber media bercetak- terdapat tiga bentuk media cetak iaitu: Hiburan atau mengisi masa lapang. Contoh filem dan majalah. Sumber maklumat. Contoh surat khabar dan jurnal. Sumber pengajaran pembelajaran. Contoh buku teks dan buku kerja.

e) Sumber persekitaran.

PROSES KEMAHIRAN BELAJAR.


Belajar tidak diperolehi melalui nasib, ia perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. (Abigail Adam (1744-1818 Untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, terdapat beberapa proses yang mesti dilalui oleh setiap individu. Proses ini tidaklah secara semulajadi. Akan tetapi usaha yang dilakukan dapat membuahkan hasil yang terbaik. Secara ringkas, teknik-teknik yang dikemukakan .dapat membantu untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran a) Kemahiran Memperoleh Maklumat- Terdapat 2 jenis bahan rujukan iaitu buku dan bukan buku. Buku terdiri daripada pelbagai kategori antaranya kamus, jurnal dan majalah. Carta, model, cakera padat dan kaset pula dikategorikan sebagai bahan rujukan bukan buku. b) Kemahiran Memproses Maklumat- Kemahiran ini sama juga dengan membuat penyeliikan. Maklumat yang hendak diproses seharusnya dikaji, diselidiki, diproese vi secara teliti, analitik dan saintifik. Seseorang pengkaji perlu mempunyai daya kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Apabila berfikir secara kritis dan kreatif,

seseorang itu sentiasa bersifat ingin tahu, membuat pemerhatian yang objektif, mengkaji sesuatu dengan teliti ketika membuat sesuatu keputusan. c) Teknik-teknik Meningkatkan Ingatan- Ingatan merujuk kepada kepelbagaian proses dan struktur yang melibatkan penerimaan, penyimpanan dan penggunaan maklumat ke dalam otak. Terdapat beberapa jenis teknik mengingat iaitu teknik Chunking dan teknik Mnemonik

vii

KESIMPULAN.

Alhamdulillah, dengan berbesar hati saya mengucap syukur kepada Allah Taala kerana telah memberi ruang kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan dengan tajuk Kemahiran Belajar: Pengurusan Grafik. Kemahiran Belajar: Pengurusan Grafik merupakan salah satu cabang bidang ilmu yang penting dalam bidang pendidikan terutamanya zaman ini. Dengan bersumberkan buku-buku yang berkaitan dengan kemahiran belajar, saya telah cuba mengolah dan membentuk satu data baru yang lebih mudah untuk difahami dalam bentuk buku skrap. Saya juga berharap dengan adanya buku skrap ini, dapatlah membantu para pelajar terutamnya bakal guru di institut perguruan ini. Walaupun usaha ini tidaklah seberapa, akan tetapi buku skrap yang saya telah mengolahnya ini berasal daripada hasil tangan orang yang arif dalam bidang Kemahiran Belajar yang terdiri daripada Encik Ramaln Hamzah dan Dr. Lily Mastura Harun. Buku karangan beliau berdua mempunyai banyak info dan contoh serta cara penyampaian yang konsisten dan berkesan. Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan buat pensyarah saya, Encik Zaharudin bin Mohd Talib yang banyak memberi bantuan, sokongan dan tidak jemu melayan kerenah anak bimbingannya dari opsyen PPSIMP Prasekolah tahun 2006. Terima kasih juga buat kedua-dua ibu bapa saya dan rakan taulan yang banyak memberi bimbingan sehingga terhasilnya buku skrap ini. Dengan adanya subjek Kemahiran Belajar: Pengurusan Grafik, saya berharap agar subjek ini menjadi salah satu subjek dapat membantu para pelajar dalam mengembangkan idea dan buah fikiran baru yang lebih kreatif, kritis dan inovatif.

11

LAMPIRAN

12

You might also like