You are on page 1of 14

HBAE1203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 5 / MEI TAHUN 2012

HBAE1203

PERKEMBANGAN SENI KANAK - KANAK

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

YOSNIZAAN JOPRI 780118016551001 780118-01-6551 019-7198024 yosnizaan@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT

HBAE1203

ARAHAN Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi tugasan kursus berkenaan. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK termasuk rujukan. Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda. Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar. Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.

HBAE1203

SOALAN TUGASAN

Berdasarkan 5 tahap perkembangan pemikiran kreatif Fisher (1943), bincangkan bagaimana guru dapat melaksanakan 5 tahap kreativiti tersebut dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Huraikan juga apakah implikasinya kepada perkembangan dan pembangunan ciri-ciri individu tersebut dalam diri kanak-kanak.

[Jumlah: 40 markah]

HBAE1203 1.0 PENGENALAN Dewasa ini kebanyakan kanak kanak di Malaysia khususnya tergolong dalam kumpulan pintar jika dibandingkan dengan tahap pemikiran kanak kanak 10 tahun dahulu. Pendedahan kepada maklumat terkini tanpa had di samping keprihatinan ibu bapa terhadap kepentingan ilmu dan pencapaian akademik dalam menjamin kelangsungan hidup anak anak mereka di masa hadapan selaras dengan cabaran dunia globalisasi yang semakin menekan serta meningkatkan persaingan untuk menjadi yang terbaik khususnya dalam menguasai ilmu pengetahuan. Trend yang sebegini secara tidak langsung membari tekanan yang tinggi kepada kanak kanak kerana terpaksa memenuhi kehendak ibu bapa yang inginkan kecemerlangan sehingga mengenepikan perkembangan kreativiti kanak kanak yang jauh lebih penting berbanding pencapaian akademik semata mata. Ilmu pengetahuan tanpa kreativiti tidak lagi relevan dalam mengharungi zaman yang penuh cabaran ini. Pembelajaran dan pengajaran yang berorientasikan peperiksaan semata mata sudah tidak sesuai digunakan dalam menilai tahap pencapaian seseorang kanak kanak. Melalui tugasan ini, perkembangan kreativiti kanak kanak mengikut teori Fisher akan dibincangkan bersama dengan cara melaksanakannya dalam pengajaran dan pembelajaran serta implikasinya terhadap perkembangan individu.

Apa itu kreativiti? Asal perkataan kreativiti adalah creare iaitu perkataan Latin yang memberi erti membuat. Manakala dalam bahasa Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kreativiti ditakrifkan sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. (Kamus Dewan, 2002)

Bolehlah disimpulkan di sini bahawa kreativiti merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang, baru kreatif dan asli. Ada juga

HBAE1203 pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai menghasilakn sesuatu yang belum pernah wujud sebelumnya.

Kepentingan kreativiti

Menggalakkan pemikiran kreatif adalah cara yang terbaik bagi kanak-kanak terlibat dengan pembelajaran mereka. Kanak-kanak yang digalakkan untuk berfikir secara kreatif menunjukkan tahap peningkatan motivasi dan keyakinan diri. Kreativiti menyediakan mereka dengan kemahiran fleksibel yang diperlukan untuk menghadapi masa depan yang tidak menentu. Majikan mahu orang yang menyesuaikan diri, inovatif, boleh menyelesaikan masalah dan berkomunikasi dengan baik dengan orang lain. Membangunkan keupayaan untuk menjadi kreatif boleh memperkayakan kehidupan mereka dan membantu mereka untuk menyumbang kepada masyarakat yang lebih baik.

2.0 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Menurut Fisher (1943), terdapat 5 peringkat dalam perkembangan kreatif iaitu :a) Peringkat Rangsangan b) Peringkat Penerokaan c) Peringkat Peringkat Perancangan d) Peringkat Aktiviti e) Kajian Semula

a) Peringkat Rangsangan Melalui peringkat ini, minda kanak kanak dirangsang dengan pertanyaan pertanyaan dan soalan soalan yang mampu mewujudkan suatu interaksi aktif antara guru dan murid serta meningkatkan proses berfikir kepada kanak kanak tersebut. Perkataan perkataan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana merupakan contoh soalan yang mampu merangsang minda murid serta mencetuskan rasa ingin tahu dalam jiwa mereka. Guru perlu bersedia dan bijak 5

HBAE1203 menyediakan soalan soalan yang berbentuk analitikal dan kritikal bagi mencapai tujuan tersebut.

b) Peringkat Penerokaan Seseorang itu perlu berfikir melangkaui pemikiran yang biasa atau normal dalam mencapai peringkat penerokaan. Untuk menggalakkan murid supaya berfikiran jauh ke hadapan atau di luar kotak pemikiran, latihan dan pendedahan yang sesuai amatlah sangat penting. Latihan berupa penyelesaian masalah berkaitan keadaan sebenar sangat sangat membantu. Begitu juga pendedahan seperti kajian, eksperimen dan aktiviti hands on yang lain juga dapat membantu murid ke arah itu kerana pada peringkat ini kanak kanak akan teruja dan berusaha untuk mencari jawapan serta penyelesaian kepada permasalahan yang dicetuskan oleh guru. Dalam usaha mendapatkan penyelesaian tersebut, murid akan menggunakan pelbagai cara, teknik dan gaya tersendiri yang mereka anggap sesuai dan mampu memberikan jalan penyelesaian terbaik.

c) Peringkat Perancangan Peringkat seterusnya ini menitikberatkan perancangan tentang apa yang perlu dilakukan dengan menggalakkan pemikiran yang kreatif serta merekod keputusan yang mungkin diperolehi. Perancangan tersebut boleh wujud dalam bentuk yang pelbagai sama ada dalam bentuk verbal atau visual. Perancangan secara verbal termasuklah aktiviti pemerhatian, perbincangan, sumbang saran, interaksi antara murid dan guru dan sebagainya. Manakala perancangan secara visual pula melibatkan penggunaan imej, lukisan, graf, jadual, carta dan lain lain.

d) Peringkat Aktiviti Peringkat aktiviti dapat dicapai setelah melalui peringkat peringkat yang terdahulu iaitu rangsangan, penerokaan dan perancangan. Sekiranya setiap peringkat sebelum ini melibatkan pemikiran yang kreatif, tindakan yang dilakukan dalam peringkat aktiviti ini juga akan melibatkan kreativiti murid yang terlibat. Murid akan melaksanakan penyelesaian atau menjalankan perancangan 6

HBAE1203 dengan cara yang kreatif dan berkesan dibantu dengan persoalan persoalan tertentu yang menjurus kepada tindakan yang kreatif.

e) Kajian Semula Adalah perkara yang penting ditanamkan pada diri murid untuk menjalankan penilaian atau kajian semula terhadap segala perancangan dan tindakan yang telah diambil. Kajian semula penting kerana melaluinya murid akan dapat melihat sebarang kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam setiap peringkat yang telah dilalui. Hasil dapatan daripada kajian semula tersebut akan dapat dijadikan panduan dalam proses penambahbaikan serta mencetuskan idea idea baru dalam menyelesaikan persoalan persoalan yang ditimbulkan guru. Pemikiran yang kreatif akan membantu murid melihat sebarang kecacatan terhadap peringkat yang telah dilalui serta mencadangkan cara bagi mengatasi kecacatan tersebut. Komen terhadap setiap proses yang dilalui adalah amat digalakkan sebagai satu refleksi terhadap diri murid itu sendiri.

2.1

Strategi pengajaran melibatkan pemikiran kreatif merentasi kurikulum

Setiap matapelajaran boleh membangunkan pemikiran kreatif jika ia melibatkan murid yang menjana dan memperluaskan idea-idea, mencadangkan hipotesis, menggunakan imaginasi dan mencari hasil baru atau inovatif. Sering mencari ruang dan peluang untuk menerapkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid mencari penyelesaian masalah dengan cara:

a) Menggunakan imaginasi b) Menjana soalan, idea dan hasil c) Bereksperimen dengan alternative yang asalnya berkembang pada apa yang mereka tahu d) Membuat pertimbangan yang sesuai.

HBAE1203 Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan untuk pelbagai bidang kurikulum:

Teknik Gunakan imaginasi

Penerangan Memikirkan idea-idea baru, membuat spekulasi mengenai apa yang mungkin terjadi dan menggunakan imaginasi untuk memperbaiki hasil yang diperolehi.

Bentuk soalan Apa yang mungkin berlaku jika ... (jika tidak)? Cuba bayangkan ... Cadangkan satu cara ...

Menghasilkan lebih banyak idea

Menjana jawapan yang banyak/ pelbagai, menggalakkan pemikiran alternatif dan bertanya soalan.

Berapa banyak jenis ... yang boleh anda fikirkan? Senaraikan semua ... yang boleh digunakan untuk ...?

Eksperimen dengan alternatif

Bersedia untuk mengubah idea-idea awal seseorang, melihat benda-benda dengan cara yang lain, bereksperimen dengan pendekatan alternatif.

Apakah lagi kekuatan anda ...? Fikirkan lebih daripada lima cara / soalan untuk bertanya tentang / sebab-sebab .... Senaraikan 10 perkara yang anda boleh lakukan dengan ... (bentuk, gambar, objek, gambar, cerita dan sebagainya.)

Asli

Memikirkan idea-idea baru, penyelesaian yang unik, dan pelan reka bentuk asal

Rekabentuk satu permainan untuk ... Wujudkan cara untuk ... Berfikir cara untuk meningkatkan 8

HBAE1203 ... (objek, permainan, cerita, rancangan dan sebagainya)

Mengembangkan idea melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada.

Huraikan apa yang anda tahu, membina suatu keadaan tertentu, menjadikannya lebih menarik.

Apa yang kita boleh tambah ... (contohnya perkataan, frasa, ayat, cerita, gambar reka bentuk,) Apa yang kita mungkin boleh ubah ... (contohnya untuk membuat ia berbeza, lebih menarik) Apakah cara lain ... (contohnya menyelesaikan masalah, menyiasat misteri)

Membuat pertimbangan

Menilai apa yang kita telah fikirkan / lakukan, menilai proses dan melihat hasilnya.

Kriteria apa yang seharusnya kami gunakan untuk mengadilinya sama ada ...? Apa yang baik / boleh diperbaiki / yang menarik mengenai .... Apa yang boleh / harus anda / kita lakukan seterusnya ...?

Kreativiti tidak boleh dibuat sembarangan, ia mestilah dinilai, digalakkan, dijangka dan dilihat sebagai perkara yang penting dalam semua pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, menjadi kreatif sepatutnya akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan.

HBAE1203 3.0 Analisis Setelah meneliti serta memahami setiap peringkat perkembangan kreativiti Fisher, kita dapat lihat bahawa betapa pentingnya setiap kanak kanak untuk melalui peringkat peringkat perkembangan tersebut. Kita dapat melihat dengan jelas perkaitan antara peringkat rangsangan, penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula dengan perkembangan kanak kanak itu sendiri dari segi social, fizikal dan emosi. Contohnya, melalui peringkat rangsangan murid dirangsang dengan soalan soalan yang pelbagai. Murid perlu berinteraksi sesame sendiri dan juga berinteraksi dengan guru bagi mendapatkan idea atau mewujudkan rasa ingin tahu murid. Interaksi yang berlaku dapat membantu ke arah perkembangan social yang baik melalui pertukaran pendapat, pertanyaan dan memberikan idea. Secara tidak langsung murid dapat melatih kemahiran social khususnya dalam tatacara interaksi yang baik dan sihat. Di samping itu, murid belajar menerima pendapat serta berani mengemukakan idea walaupun idea yang dianggap luar biasa dan tidak logic secara tidak sedar membina emosi yang lebih mantap apabila dapat menerima dengan hati terbuka sekiranya idea tersebut tidak dipersetujui oleh rakan rakan yang lain atas sebab sebab yang boleh diterima.

Begitu juga dengan peringkat penerokaan di mana murid akan mencuba pelbagai teknik dalam menyelesaikan masalah yang diberikan melalui pemikiran yang kreatif serta perbincangan bersama ahli kumpulan yang secara tidak langsung meningkatkan kemahiran social mereka dengan berani menerima dan mengemukakan pendapat dan pandangan. Murid juga belajar mengawal emosi dengan menerima segala kritikan dan komen membina daripada rakan ketika sesi tersebut. Selain itu, melalui peringkat perancangan dan aktiviti di mana murid akan melaksanakan perancangan dalam usaha mendapatkan penyelesaian kepada permasalahan yang ditimbulkan, murid dilatih secara fizikal dengan menggunakan setiap deria anggota yang terlibat secara kreatif. Melalui peringkat ini, perkembangan fizikal murid akan dapat dijana melalui pergerakan semasa menjalankan aktiviti. Melalui soalan soalan serta panduan yang diberikan guru, minda murid akan terarah kepada pemikiran kreatif dengan tercetusnya idea idea baru yang mampu menjawab 10

HBAE1203 persoalan yang ditimbulkan. Peringkat peringkat perkembangan yang dicadangkan Fisher sangat penting dalam membentuk pemikiran yang kreatif di kalangan murid seterusnya mewjudkan generasi yang kreatif dan berdaya maju.

4.0 Kaitan aktiviti pembelajaran dengan perkembangan kreativiti. Selain daripada terdiri daripada pelbagai peringkat perkembangan, kreativiti juga mempunyai ciri ciri khusus iaitu :a) Fleksibel b) Sensitif dan Peka c) Idea Yang Asli d) Bersifat terbuka e) Logik f) Berfikiran bebas

Dalam aktiviti pembelajaran, guru menggalakkan pemikiran yang kreatif melalui 5 peringkat perkembangan kreativiti kanak kanak yang mempunyai sifat sifat seperti yang dinyatakan di atas. Guru berfungsi sebagai fasilitator yang menggerakkan dan merangsang pemikiran kreatif murid melalui kaedah dan teknik tertentu beserta soalan soalan yang bersesuaian. Walaupun dalam situasi ini, guru berfungsi secara pasif manakala murid berfungsi secara aktif, peranan guru adalah sangat penting kerana tanpa panduan guru, pemikiran murid tidak akan terangsang dan pemikiran murid tidak mempunyai arah serta tidak terkawal. Soalan soalan seperti apa, bagaimana, siapa dan sebagainya akan merangsang murid serta mencetuskan minat dan rasa ingin tahu terhadap sesuatu permasalahan. Melalui rasa ingin tahu inilah akan terbit pemikiran yang kreatif dan idea yang pelbagai yang akhirnya memberikan suatu penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan. Pemikiran yang sebegini akan terus dapat diamalkan sehinggalah kanak kanak tersebut meningkat dewasa dan mewujudkan masyarakat yang kreatif serta berdaya saing.

11

HBAE1203

RANGSANGAN

SOALAN RANGSANGAN GURU

PENEROKAAN

PERANCANGAN

AKTIVITI

KAJIAN SEMULA

PEMIKIRAN KRAETIF
12

HBAE1203

5.0 Kesimpulan Melalui kupasan yang diberikan, dapatlah kita simpulkan bahawa betapa pentingnya kanak kanak melalui kelima lima peringkat perkembangan kreativiti kerana minda kanak kanak perlu dilatih untuk menjadi kreatif. Kreativiti merupakan suatu factor penting dalam menjamin kemandirian hidup manusia dalam zaman sains dan teknologi di mana ilmu pengetahuan sahaja tidak mencukupi untuk membolehkan manusia terus bersaing. Dari segi pembelajaran pula, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk merangsang dan menggalakkan pemikiran yang kreatif di kalangan murid dengan mewujudkan suasana dan situasi yang menjurus ke arah penyelesaian masalah yang kreatif dan kritis melalui peringkat perkembangan pemikiran kreatif Fisher kerana terbukti kanak kanak perlu dirangsang, perlu meneroka, perlu membuat perancangan, perlu melaksanakan aktiviti dan perlu mengkaji semula tindakan dalam usaha mewujudkan pemikiran yang kreatif.

13

HBAE1203 APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria, (2012), Perkembangan Seni Kanak Kanak, Meteor Doc. Sdn. Bhd.

http://www.teachingthinking.net/thinking/web%20resources/robert_fisher_expandingmin ds.htm

http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/

http://zahizah4gmailcom.blogspot.com/2009/10/kreativiti-dan-kanak-kanak.html

http://www.teachingthinking.net/thinking/books/robert_fisher_unlockingcreativity.htm

www.ukm.my/

14

You might also like