You are on page 1of 19

PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH

Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) majalah didefinisikan sebagai terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto, dan lain-lain lagi. Majalah merupakan salah satu media cetak untuk menyampaikan maklumat. Terdapat pelbagai jenis majalah yang dijual di pasaran. Antaranya majalah ilmiah dan majalah hiburan. Majalah ilmiah adalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa dan sebagainya. Majalah ilmiah ini membicarakan isu-isu semasa dunia tanah air.

Pada kebiasaannya, majalah ilmiah dikarang oleh pengarang-pengarang yang umumnya autoritatif dalam bidang masing-masing. Manakala majalah hiburan pula adalah seperti majalah URTV, MEDIA, Mangga dan sebagainya. Majalah hiburan membicarakan tentang artis-artis dan aspek-aspek dalam bidang seni kreatif. Pengarang-pengarangnya terdiri daripada golongan wartawan.

Terdapat pelbagai laras bahasa serta gaya bahasa yang digunakan oleh pengarangpengarang mengikut genre tersendiri sama ada majalah berunsur ilmiah atau hiburan. Ini dapat dikesan melalui pembacaan dan pemahaman tentang aspek-aspek tatabahasa .

Objektif

Dewasa ini, banyak majalah yang ditulis dan diterbitkan dengan pelbagai genre yang menggunakan laras bahasa yang kadang-kala tidak menepati kehendak dan laras bahasa yang standard.

Tujuan tugasan ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji dan memahami aspek penggunaan laras bahasa dalam majalah yang bukan berunsurkan hiburan. Selain itu tujuan utama tugasan ini adalah untuk cuba mengkaji bentuk-bentuk perkataan dan pengimbuhan yang digunakan dan secara tidak langsung dapat melihat penggunaan dan penguasaan serta pemahaman pengarang dalam bidang bahasa. Laras bahasa yang diberi perhatian adalah dari segi aspek ejaan, pemilihan kata dan ayat serta laras atau gaya bahasa itu sendiri.

Ini adalah penting untuk mengetahui sejauh mana aspek penggunaan laras bahasa dalam sesebuah majalah digunakan dan dilaksanakan dengan tepat dan betul. Tugasan ini juga bertujuan untuk mengetahui jenis laras bahasa yang digunakan serta memahami kekuatan dan kelemahan sesebuah majalah. Untuk tugasan ini majalah yang dipilih adalah majalah PANCING bilangan ke 154 edisi Ogos 2010. Selepas membuat pembacaan dan penelitian beberapa buah majalah, majalah Pancing telah dipilih untuk dijadikan sebagai bahan kajian dan rujukan untuk dibuat dikaji penggunaan laras bahasanya berdasarkan rujukan Tatabahasa Dewan Bahasa Melayu.

Penggunaan bahasa dalam majalah

Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia ( antara seseorang individu dengan individu yang lain ). Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dengan manusia, manusia dengan haiwan, dan manusia dengan alam. Bahasa ini meliputi aspek lisan seperti perbualan, tulisan. Selain itu gerak badan juga merupakan salah satu bahasa untuk berhubung. Oleh itu setiap kejadian ini mempunyai bahasa yang tersendiri. Artikel ini akan menghuraikan penggunaan bahasa berdasarkan eleman-eleman bahasa dan rumus bahasa yang diperiksa terhadap majalah.

Elemen-eleman bahasa

Penggunaan bahasa merujuk kepada penggunaan stilistik bahasa ( gaya bahasa ) yang meliputi elemen-elemen bahasa dan rumus bahasa. Elemen-elemen bahasa meliputi aspek diksi ( pemilihan kata ). Penggunaan diksi ini merangkumi penggunaan leksikal iaitu perkataan dengan makna seadanya atau perkataan yang membawa satu makna sahaja. Terdapat juga penggunaan semantika dalam majalah hiburan. Semantika adalah kata yang mempunyai banyak makna.

Perkataan-perkataan sebegini sememangnya terdapat dalam bahasa Melayu yang mempunyai perkataan - perkataan yang kadang kala membawa maksud tertentu dan berbeza-beza mengikut situasi dan konteks ayat serta maksud yang ingin disampaikan.

Penggunaan bahasa dan sudut morfologi

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata yang dimaksudkan susunan bunyi ujaran atau lambing ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Unit unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut MORFEM. MORFEM ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. MORFEM boleh bersifat bebas atau terikat.

Morfem terikat dan morfem bebas

Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem-morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas

tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan an dalam lautan ialah morfem - morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Daripada contoh-contoh tadi

jelas terdapat perbezaan antara morfem dengan perkataan. Perkataan ialah bentuk bebas, yang bermakna dan dapat berdiri dengan sendiri, misalnya rumah, sekolah, ajar dan undi. Perbezaan antara perkataan dengan morfem terletak pada sifat bebasnya. Sebagaimana yang telah disebutkan tadi, ada morfem yang bebas dan terikat, tetapi semua perkataan bersifat bebas dan mampu berdiri sendiri. Rumah , sekolah, ajar, undi, misalnya ialah bentuk-bentuk yang bebas kerana masing-masing mempunyai maknanya secara tersendiri, manakala an dalam ajaran dan peng dalam pengundi akan hanya mempunyai makna dan fungsi apabila ditambah pada bentuk-bentuk bebas tertentu.

Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Morfem terikat Cerita pengembaraan kami ke Borneo ini semuanya bermula dengan angan-angan sejak beberapa tahun yang lalu. Ketika itu saya baru mengenali geng KLC termasuklah Matthew dan Peter yang berasal dari Sarawak. Matthew dari etnik Kelabit manakala Peter dari etnik Iban, kedua-duanya telah menetap di Kuantan belasan tahun yang lalu kerana bekerja dengan oil & gas company yang beroperasi di negeri Tok Gajah ini. (Dipetik daripada majalah Pancing edisi Ogos 2010 halaman 11).

Dalam petikan di atas dapatlah kita memahami dan mengkaji tentang morfem dan laras bahasa yang digunakan. Sebagai contoh, hampir keseluruhan perkataan yang digunakan adalah morfem terikat. Contohnya perkataan pengembaraan yang ditulis dalam ayat yang pertama. Perkataan pengembaraan merupakan morfem terikat yang memiliki lima morfem iaitu pe + ng + em + ba + ra + an yang pada asal kata dasarnya ialah kembara. Kata dasar atau perkataan kembara dapat berdiri dengan sendiri dan mempunyai maknanya yang tersendiri tetapi imbuhan peng- dan -an tidak akan mempunyai makna tanpa kata dasar kembara. Ini kerana imbuhan peng- dan -an tidak dapat berdiri dengan sendirinya tanpa disertakan kata dasar bersamanya.

Seterusnya perkataan mengenali juga merupakan morfem terikat. Ini jelas dapat dilihat dengan hadirnya imbuhan meng- dan imbuhan i. Perkataan mengenali ini juga mempunyai lima morfem iaitu me + ng + e + na + li. Pada asalnya kata dasarnya ialah kenal. Perkataan kenal tetap akan dapat berdiri dengan sendirinya tanpa kehadiran imbuhan meng- dan -i dan mempunyai maknanya yang tersendiri. Tetapi sebaliknya bagi imbuhan meng- dan i bermakna. yang memerlukan kata dasar untuk berfungsi sebagai perkataan yang

Dalam petikan di atas juga terdapat sedikit kesalahan dari aspek tatabahasa iaitu penggunaan tanda baca yang tidak tepat. Sebagai contoh oil & gas company ditulis dengan huruf kecil yang sepatutnya permulaan kata nama khas harus ditulis dengan huruf besar seperti Oil & Gas Company. Andai pengarang hanya ingin menulis maksud umum

seharusnya penulis boleh memilih untuk ditulis dengan perkataan syarikat minyak dan gas bukannya oil & gas company.

Morfem bebas Setelah beberapa tahun ianya sepi dari perancangan akhirnya pada awal bulan April yang lalu, Sabri menghubungi saya mengatakan Matthew telah mendapat tarikh yang sesuai untuk projek pancingan sebarau kami. Tarikh kunjungan adalah pada minggu pertama bulan Jun dan ketika itu berlangsungnya Pesta Gawai, jadi Matthew mempunyai cuti yang agak panjang untuk menerima kunjungan kami . ( Petikan majalah Pancing edisi Ogos 2010 halaman 12 )

Dalam perenggan ini dapat dilihat terdapat beberapa perkataan yang merupakan morfem bebas. Ini dapt dilihat melalui sifatnya yang mampu berdiri sendiri dan mempunyai makna mengikut konteks penggunaan ayat. Sebagai contoh awal yang boleh dilihat adalah perkataan tahun. Perkataan ini mampu berdiri sendiri dan mempunyai maknanya yang tersendiri tanpa memerlukan imbuhan untuk melengkapkannya supaya mempunyai makna.

Seterusnya perkataan minggu dalam ayat yang kedua. Perkataan minggu juga mempunyai makna tanpa disertai oleh imbuhan dan mampu berdiri dengan sendirinya. Contoh lain morfem bebas yang boleh dipetik daripada petikan ayat di atas adalah seperti lalu, awal, untuk, cuti dan panjang.

Dapat dilihat dalam setiap perkataan atau ayat terdapat morfem morfem yang memainkan peranannya tersendiri untuk memberi makna kepada perkataan dan ayat bagi tujuan untuk menyampaikan maksud dengan tepat dan gramatis. Kehadiran morfem bebas dan morfem terikat ini dapat memberi ketepatan maksud kepada ayat dalam setiap majalah khususnya dan bidang penulisan amnya.

Penggunaan bahasa dari sudut sintaksis

Selepas bidang morfologi, bidang yang amat penting adalah sintaksis. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai bidang kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Dalam bidang sintaksis ini, antara bahagian yang penting adalah klausa, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Klausa

Klausa adalah unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen atau bahagian kepada ayat. Subjek dikatakan sebagai sesuatu bentuk ayat iaitu konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang bersifat frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan

menjadi unsur yang menerangkan subjek. Dalam kebanyakan bahasa, termasuk bahasa Melayu subjek setiap ayat adalah frasa nama.

Ahmad labuhkan set pancing beliau terlebih dahulu. (petikan ayat di halaman 84 majalah Pancing edisi Ogos 2010 )

Dapat ditakrifkan klausa di atas mempunyai subjek dan predikat yang lengkap untuk bertindak sebagai ayat. Ahmad merupakan predikat manakala labuhkan set pancingnya terlebih dahulu bertindak sebagai predikat.

Ayat tunggal

Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian diterangkan manakala predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contohnya, Ali menunggang basikal. Sebagai contoh, ayat yang dipetik daripada majalah Pancing edisi Ogos 2010 halaman 65 ini merupakan ayat tunggal. Tetapi tidak berkekalan. Tidak banyak ayat tunggal yang dapat dikesan dalam majalah ini kerana kebanyakan ayat merupakan ayat majmuk.

Ayat majmuk

Ayat majmuk adalah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat yang baharu. Contoh ayat majmuk adalah seperti Ali menunggang basikal manakala siti bermain layang-layang. Ayat sebenarnya terdiri daripada dua ayat tunggal iaitu Ali menunggang basikal dan Siti bermain layang-layang. Ayat ini dicantumkan dengan meggunakan kata hubung iaitu manakala untuk menjadikannya ayat majmuk dan bertindak sebagai satu ayat yang membawa dua maksud.

Masalahnya sukar untuk kami menghubungi beliau kerana jadual kerjanya di pelantar minyak memang menakutkan iaitu 45 hari berterusan di laut dan hanya 2 minggu bercuti. ( petikan daripada majalah Pancing edisi Ogos 2010 halaman 12 )

Masalahnya sukar untuk kami menghubungi beliau merupakan ayat yang pertama dan Jadual kerjanya memang menakutkan iaitu 45 hari berterusan di laut dan hanya 2 minggu bercuti adalah ayat yang kedua. Kedua-dua ayat ini dicantumkan menjadi ayat majmuk dengan penggunaan kata hubung kerana.

Ayat majmuk seterusnya yang boleh dipetik adalah Sabri menghubungi Peter tetapi masalahnya beliau juga tidak mengetahui tentang lokasi yang akan kami kunjungi kerana dia juga pertama kali akan ke sana.

10

Ayat majmuk di atas merupakan cantuman daripada 3 ayat tunggal yang dicantumkan menjadi satu ayat. Ayat pertama adalah Sabri menghubungi Peter. Kedua adalah Masalahnya beliau juga tidak mengetahui tentang lokasi yang akan kami kunjungi dan ayat yang ketiga adalah Dia juga pertama kali akan ke sana. Semua ayat di atas dicantumkan dengan menggunakan kata hubung tetapi dan kerana. Ayat pertama dihubungkan dengan ayat yang kedua menggunakan kata hubung tetapi dan ayat kedua dihubungkan dengan ayat yang ketiga dengan menggunakan kata hubung kerana.

Jelas di sini, ayat majmuk dapat terbentuk melalui cantuman dua ayat atau lebih. Pada kebiasaannya ayat majmuk terbentuk dengan kehadiran kata hubung untuk mencantumkan sesuatu ayat dengan ayat atau ayat-ayat yang lain.

11

Kesimpulan

Selepas membaca dan meneliti laras bahasa dari sudut morfologi iaitu morfem terikat dan morfem bebas serta dri sudut sintaksis seperti klausa, ayat tunggal dan ayat majmuk, saya dapati majalah ini mempunyai hasil penulisan yang baik dari sudut penggunaan bahasanya. Hampir keseluruhan ayat adalah ayat majmuk yang mengaplikasikan penggunaan morfem terikat dan morfem bebas serta klausa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan baik dan berkesan. Ayat-ayat yang digunakan merupakan ayat yang gramatis yang diolah dengan penggunaan perkataan-perkataan dan imbuhan yang tepat dan sesuai oleh pengarang dan editor.

Sewaktu melaksanakan tugasan ini, saya telah mempelajari banyak pengetahuan tentang aspek-aspek penggunaan bahasa dan tatabahasa dalam penulisan sesebuah majalah serta sesuatu hasil penulisan. Saya juga dapat membuat penilaian tentang hasil penulisan yang bermutu atau sebaliknya.

Selain itu, pelbagai genre dan gaya penulisan yang diamalkan oleh penulis majalah dan setiap satunya berbeza antara satu sama lain mengikut bidang dan pengkhususan penulisan majalah sama ada majalah berunsur hiburan atau majalah berunsur ilmiah.

12

Cadangan

Walaupun keseluruhan penulisan adakah baik, masih terdapat beberapa kesalahan kecil yang dilakukan. Antaranya ialah penggunaan perkataan ia. Perkataan ia merupakan kata ganti diri kedua yang sama maksud dengan dia. Dalam majalah Pancing ini terdapat banyak perkataan ia yang digunakan dan tidak merujuk kepada penggunaan kata ganti diri. Selain itu pengarang juga menggunakan perenggan dalam setiap rangkap rangkapnya. Adalah lebih baik jika pihak majalah Pancing dapat menyertakan maksud dalam bahasa Melayu untuk istilah-istilah bahasa Inggeris yang digunakan. Ini dapat

menambahkan kosa kata dan pengetahuan bagi para pembaca di samping mengisi masa dengan bacaan ringan melalui istilah-istilah baharu. Sebagai contoh istilah bahasa Inggeris iaitu balcony yang dalam istilah bahasa Melayu bermaksud anjung. Adalah diharapkan semoga majalah yang menjadi bacaan kepada kaki kaki pancing ini dapat memberi pengetahuan dan ilmu kepada para pembaca walaupun tidak bersifat ilmiah sepenuhnya tetapi masih mempunyai info info yang berguna dalam pendidikan dan tentang alam semula jadi. pengetahuan

13

Bibliografi

Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), Kamus Dewan Edisi Ketiga.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Farid M. Onn (1979), Media Massa dan Masalah Pencemaran Bahasa Malaysia: Dewan Bahasa

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2011), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nik Safiah Hj Karim (2003), Bahasa Kita Jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: K. Publishing Sdn. Bhd.

Yeo Kee Jiar dan Rohaini Kamsan (2000), Tatabahasa Bestari. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

14

15

16

17

18

19

You might also like