You are on page 1of 15

DISEDIAKAN OLEH

AMIR AZROS BIN ABDUL AZIZ Dip. Pend. Pengurusan Perniagaan & Perdagangan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Email :amirazros@yahoo.com Blog :http://amirazros.blogspot.com/ Facebook :http://facebook.com/amirazros Laman web :http://wangianpemikat.com/

KANDUNGAN Pendahuluan

Muka Surat

1.0.

Kemahiran Insaniah (Soft Skills) 1.1. 1.2. Elemen Kemahiran Insaniah Konsep Asas Kemahiran Insaniah

2.0. 3.0.

Model Konseptual Kemahiran Insaniah & Perkaitannya Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

3.1. 3.2.

Kepentingan Kemahiran Berkomunikasi Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah 3.1.1. Peranan Guru Kepentingan Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah 3.2.1. Peranan Guru

3.3. 3.4.

Kepentingan Kemahiran Berpasukan Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah 3.3.1. Peranan Guru Kepentingan Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah 3.4.1. Peranan Guru

3.5.

Kepentingan Ilmu Keusahawanan Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah 3.5.1. Peranan Guru

3.6. 3.7.

Kepentingan Etika Dan Moral Profesional Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah

3.6.1. Peranan Guru


Kepentingan Kemahiran Kepimpinan Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah. 3.7.1. Peranan Guru Penutup Rujukan

PENDAHULUAN Berdasarkan kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 2006 yang adalah terdiri daripada graduan MTEN mendakwa punca sebenar graduan menganggur adalah kerana

menunjukkan 70% daripada graduan yang menganggur universiti awam.

kurangnya kemahiran asas lain selain segulung ijazah. Kemahiran asas yang dimaksudkan termasuklah kemahiran insaniah atau lebih dikenali sebagai solf skill. Pelbagai laporan dan isu yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak mengenai kekurangan kemahiran insaniah dalam kalangan siswazah . Antara laporannya ialah di mana Laporan Bank Dunia yang meletakan pendidikan tinggi di Malaysia pada tahap kritikal, secara tersirat menegur kekurangan kemahiran insaniah (soft skill) dalam kalangan graduan tempatan. Selain itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed. berkata selain daripada lemah penguasaan bahasa Inggeris, siswazah didapati berfikiran sempit, tiada ciri kepimpinan, semangat kekitaan dan tiada kemahiran berkomunikasi. "Dalam dialog kita dengan majikan di negara ini, ramai mengatakan graduan universiti tidak diambil kerja kerana tidak memiliki kemahiran insaniah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pelajar ambilan baru Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini. Manakala para cendiakawan dan tokoh perindustrian telah bersependapat bahawa graduan universiti tempatan bukan sahaja lemah dalam kemahiran teknikal bahkan juga dalam kemahiran insaniah. 2008) Kemahiran insaniah atau lebih dikenali sebagai kemahiran di dalamnya. soft skill adalah gabungan 7 elemen Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang dianggap sangat (Dewan Masyarakat, Jan penting bagi membolehkan seseorang pekerja untuk bekerja.

Ia termasuklah kemahiran berkomunikasi, kemahiran kritis dan

menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral professional dan yang terakhir adalah kemahiran kepimpinan.

1.0

KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) 1.1 7 ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH; 1) Kemahiran Berkomunikasi; (communication) 2) Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah; (critical thinking and problem solving) 3) Kemahiran Berpasukan; (team work 4) Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat; (life long learning & information management) 5) Kemahiran Keusahawanan; (entrepreneurship) 6) Etika dan Moral Profesional;(professional ethics & moral) 7) Kemahiran Kepimpinan. (leadership)

Setiap

elemen

mengandungi

beberapa

objektif

tertentu

yang

perlu

dicapai

untuk

memastikan ilmu kemahiran insaniah ini dihayati secara menyeluruh oleh setiap modal insan. Di dalam pendidikan, guru adalah berperanan untuk menterjemahkan kepada pelajar secara langsung atau tidak langsung melalui P&P, Ko-Kurikulum dan aktiviti-aktiviti sekolah. Di sinilah peranan guru amat penting untuk memastikan setiap pelajar adalah seimbang sama ada di dalam bidang akedemik mahupun ilmu kemahiran insaniah. 1.2 KONSEP ASAS

KIM - Kemahiran Insaniah Mesti Kemahiran Insaniah Mesti Merupakan Kemahiran Yang Wajib Dimiliki Oleh Setiap Pelajar. Jika Kemahiran Ini Tidak Ada, Pelajar Dianggap Tidak Kompeten Dalam Elemen Berkaitan. KI - Kemahiran Insaniah (Bernilai Tambah)

Kemahiran Insaniah

ini dianggap sebagai kemahiran yang memberikan nilai

tambah kepada pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki oleh pelajar di samping KIM, beliau dianggap kompeten cemerlang. Setiap KI mempunyai tahap/ aras yang perlu dicapai mengikut elemen-elemen tertentu. (KI1,KI2,KI3,KI4,KI5,KI6,KI7,KI8)

2.0

MODEL KONSEPTUAL KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILL) & DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PERKAITANYA

HURAIAN: RMK-9 telah mengenal pasti pembangunan modal insan sebagai salah satu teras utama dalam membawa transformasi negara kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Pendekatan ini ditekankan di dalam sistem pendidikan dengan mengambil kira kepada pembangunan modal insan yang harus dibuat secara holistik, dan menekankan kepada peningkatan penguasaan ilmu pengetahuan melalui kemahiran pemikiran secara kritis, kemahiran komunikasi, kerja berpasukan serta modal intelektual termasuk ilmu sains,

teknologi dan keusahawanan. Seiring dengan penekanan kepada ilmu, tumpuan juga perlu diberi kepada pembudayaan sikap progresif kekuatan nilai dan moral. 3.5 KEPENTINGAN INSANIAH Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekan aspek pembentukan individu sebagai ILMU KEUSAHAWANAN SEBAGAI ELEMEN KEMAHIRAN dan memupuk masyarakat yang memiliki

warganegara yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara. Kesejahteraan diri pula dapat diukur salah satunya melalui kemantapan sumber ekonominya. Namun begitu, pada masa kini pengangguran merupakan salah satu masalah utama negara yang melibatkan masyarakat tempatan terutamanya dari golongan graduan universiti. Merujuk Dewan Masyarakat, Oktober 2007, pada tahun 2007 sahaja, sebanyak 2.32 juta peluang pekerjaan diwujudkan berikutan pertumbuhan ekonomi negara yang memberansangkan. Malangnya, pertumbuhan guna tenaga ini hanya diisi oleh pekerja asing sedangkan banyak pengangguran wujud dikalangan rakyat tempatan. Sekiranya disemak semula, didapati kadar pengangguran masih berada pada tahap 3.3% daripada 11.8 juta tenaga kerja. Malah dari sumber ini juga sebanyak 90 ribu belia tempatan berdaftar untuk mencari pekerjaan dangan Jabatan Tenaga Manusia. ( Massa 16-22 Febuari 2002) Sekiranya masalah pengangguran ini masih berleluasa, bagaimana kita dapat mengukur keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ditekankan dalam sistem pendidikan yang diajar selama 11 tahun di alam persekolahan? Punca sebenar yang menggalakkan masalah negara. Untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, RMK-9 telah menyediakan satu Pelan Pembangunan Modal Insan yang menitikberatkan pembangunan modal insan dari segi kemahiran insaniah. Di dalam kemahiran insaniah ini pula diperincikan lagi mengenai kemahiran keusahawanan yang menjadi satu benteng pertahanan modal insan negara dalam menghadapi persaingan dalam merebut peluang pekerjaan dengan tidak berharap kepada peluang pekerjaan yang tersedia tetapi bersedia dan mampu menjadi usahawan. Dengan pendekatan ini, diharapkan masalah pengangguran seterusnya memupuk masyarakat yang berdaya saing dan kreatif. akan berkurangan dan ini berleluasa ialah disebabkan kurangnya kemahiran insaniah dari segi keusahawanan dalam diri pelajar hari ini yang bakal menjadi modal insan masa depan

3.5.1 PERANAN MERANGKA,

GURU

DALAM

MEMBIMBING

PELAJAR DAN

MENGENALPASTI, BERSEDIA UNTUK

MEREBUT

PELUANG

PERNIAGAAN

BEKERJA SENDIRI MELALUI ILMU KEUSAHAWANAN KEPADA PELAJAR. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan 1 hingga 3, terkandung elemen-elemen keusahawanan dan perniagaan yang menjadi sukatan teras matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Manakala, subtopik bidang keusahawanan dan perniagaan pula diperincikan di dalam Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan 1 (Perdagangan dan Keusahawanan). Di sinilah peranan guru Kemahiran Hidup untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Modal Insan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam skop kemahiran insaniah: Keusahawanan. Guru Kemahiran Hidup seharusnya dapat menterjemahkan sukatan pelajaran mata KHB secara holistik kepada pelajar melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan mampu menstimulasikan keadaan sebenar dunia hari ini melalui kegiatan Ko-kurikulum dan aktiviti sekolah dalam memastikan pelajar mempunyai beberapa aspek penting kemahiran insaniah dalam bersaing dengan globalisasi dan cabaran masa depan. Walaupun objektif KHB secara formal telah menghuraikan mengenai keusahawanan dan perniagaan, namun ada beberapa objektif di dalam ilmu kemahiran insaniah yang tidak disertakan di dalam huraian sukatan dan memerlukan guru menyampaikan dan mengenalpsti secara tidak langsung. Antaranya objektifnya adalah berkaitan ilmu kemahiran insaniah iaitu:

1. Pelajar mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti peluang pernigaan. (KIM) 2. Pelajar berkebolehan untuk merangka perangcangan perniagaan.(KI1) 3. Pelajar berkebolehan untuk membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan
dan pekerjaan. (KI2)

4. Pelajar berkebolehan untuk bekerja sendiri. (KI3)


Perkara utama di dalam bidang keusahawanan ialah pelajar perlu kreatif dan inovatif. Untuk mencapai maksud kreatif ialah pelajar mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti peluangpeluang yang ada sebagai satu perniagaan. Guru yang memahami keperluan ilmu

keusahawanan ini sebagai satu nilai tambah kepada pelajar untuk menjadi modal insan yang cemerlang, seharusnya berupaya satu peluang perniagaan. Melalui simulasi di dalam proses P&P, guru boleh mengaitkan setiap topik di dalam matapelajaran KHB untuk dilihat sebagai satu peluang perniagaan dalam aktiviti icebreaking. Sebagai contoh, guru secara tidak langsung mengaitkan topik kerja paip tidak hanya satu ilmu kemahiran tetapi jika pelajar bersungguh-sungguh dengan kerja paip, pelajar boleh menjadi tukang paip yang pakar (KIM). Seterusnya membuka kedai paip dan secara beransur-ansur mengembangkan perniagaan paip sebagai pengedar paip kepada kontraktor.(KI1) Untuk lebih kreatif, guru boleh meminta pelajar memikirkan apakah boleh mereka suatu hari nanti untuk menjadi pereka paip dan membuka kilang membuat paip (KI2& KI3). Dengan meminta pelajar berfikir, secara tidak sedar guru mengajar pelajar untuk mencari dan mencipta peluang perniagaan berdasarkan hal-hal disekeliling mereka. Pendekatan pengajaran untuk berfikir secara kreatif dan berfikir yang telah diterangkan sebelum ini adalah kesinambungan untuk melahirkan pelajar yang menguasai ilmu keusahawanan. Guru perlu menjadi pembimbing kepada pelajar untuk melihat, mencari dan mereka peluang perniagaan dan bukannya memberi maklumat secara terus kepada pelajar mengenai peluang-peluang perniagaan. Arah pandu (guide line) yang diberikan kepada pelajar perlu sesuai dengan tahap mereka. Guru KHB juga boleh mengaitkan dengan situasi tertentu bagi memupuk minat dan daya saing pelajar untuk kreatif berfikir dan berdaya maju. Sebagai contoh, guru mengaitkan tabiat atau didikan bangsa tertentu seperti Cina, Jepun yang sangat menitik beratkan kemahiran teknikal sebagai satu perniagaan. Malaysia kini yang giat mempromosikan bidang pertanian dan perikanan sebagai satu perniagaan juga perlu dijadikan contoh bahawa setiap aktiviti boleh mendatangkan sumber ekonomi dan boleh dilihat sebagai satu peluang perniagaan. untuk membuka mata pelajar supaya agresif dan kreatif dalam melihat semua perkara dan kejadian yang berlaku disekeliling mereka sebagai

Kemahiran Berpasukan Kemahiran berpasukan merupakan salah satu elemen yang penting didalam kemahiran insaniah. Secara amnya, kemahiran berpasukan merujuk kepada kebolehan individu tersebut untuk membina hubungan yang baik, dapat berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama ahli kumpulan yang lain untuk mencapai objektif yang sama. Berpasukan dikategorikan sebagai fokus kepada kerja, bergantungan dengan setiap ahli, belajar untuk menerima perbezaan pendapat ( Arcaro, 1995). Menurut Arcaro juga, berpasukan adalah strategi yang sangat berkuasa untuk digunakan untuk menggalakkan kebergantungan yang positif antara ahli pasukan. Kajian menunjukkan aktiviti berpasukan selalunya akan memberikan hasil yang lebih baik berbanding tugas tersebut dibuat secara individu. Rationalnya apabila bekerja dalam kumpulan setiap ahli kumpulan dapat memberi sumbangan buah fikiran yang pelbagai untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Pastinya hasil tersebut adalah lebih baik jika dibuat secara individu kerana keputusan di buat berdasarkan pendapat ramai setelah dinilai dari pelbagai aspek. Dalam konteks ini, institusi pendidikan merupakan ejen yang bertanggungjawab untuk menggilap kemahiran tersebut dikalangan pelajar menerusi jentera penggeraknya iaitu guru. Guru merupakan insan yang bertanggungjawab untuk memberi ruang dan peluang kepada anak didiknya mengasah kemahiran berpasukan melalui P&P mahu pun aktiviti kokurikulum di sekolah. Ibu bapa menghantar anak anak mereka ke sekolah bukanlah semata mata untuk melihat anak mereka berjaya didalam akademik sahaja, malah mereka anak anak mereka mampu menjadi insan yang dapat berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara. Menyedari hakikat itu, guru haruslah mengetahui tanggungjawabnya dan bersedia memikul amanah tersebut dengan sebaik baiknya. Untuk mencapai kemahiran berpasukan, guru seharusnya menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru bagi membantu meningkatkan hubungan dan kemahiran sosial pelajar disamping mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan ( Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman, 2003).

Pelajar akan bekerjasama dalam kumpulan yang kecil, satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan yang diberikan melalui hubungan yang saling bergantungan secara positif. Melalui kaedah pengajaran seperti ini, pelajar juga lebih bertanggungjawab sesama individu, interaksi serentak, penglibatan yang saksama dan interaksi bersemuka yang sihat. Pembelajaran secara koperatif memberi banyak manfaat atau kebaikan kepada pelajar seperti kesedaran diri, saling hormat menghormati, serta dapat bekerja bersama tanpa mengira kaum, warna kulit serta tahap kebolehan. Kaedah ini mampu mencapai objektif kurikulum yang seimbang dan menyeluruh meliputi bidang akademik, perkembangan sosial pelajar serta menimbulkan suasana yang kondusif selesa dan bermakna. Contohnya di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah, guru boleh mengarahkan murid- murid membentuk kumpulan masing masing untuk menyiapkan tugasan yang diberi seperti pemasangan paip secara berkumpulan di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Setiap ahli kumpulan diminta memasang paip seperti yang ditunjukkan oleh guru dihadapan kelas. Melalui aktiviti berkumpulan ini, pelajar dapat mencapai objektif pembelajaran iaitu sebelum tamat pembelajaran pelajar dapat memasang paip dengan betul, disamping itu pelajar juga berpasukan secara tidak langsung. Selain berkebolehan memberikan sumbangan kepada perancangan tugasan tersebut, pelajar juga mampu menyelaraskan segala hasil usaha kumpulan. Walaupun di dalam objektif P&P tidak menyatakan di akhir pembelajaran pelajar dapat mempelajari kemahiran berpasukan, namun secara implisitnya kemahiran tersebut dapat dipelajari dan dibentuk melalui pengalaman mengendalikan tugasan secara berkumpulan. Melalui kemahiran berpasukan juga, pelajar dapat menonjolkan kebolehan mereka untuk memahami dan mengambil peranan silih berganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan yang lain. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, setiap ahli kumpulan tersebut haruslah mengetahui tugas masing masing di dalam pasukan mereka. Segala bebanan akan menjadi ringan apabila setiap ahli kumpulan bersama memikul tanggungjawab tersebut dan tidak meletak seratus peratus bebanan kepada ketua kumpulan. Bak kata pepatah Melayu, Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing. didedahkan dengan kemahiran

Selain sesi P&P, kemahiran ini juga boleh dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah. Sebagai contoh, didalam Kelab Bola Sepak, untuk pemilihan pemain

sekolah, pelajar haruslah membentuk pasukan mereka sendiri yang terdiri daripada 11 orang pemain. Objektif yang diletakkan semestinya untuk menjuarai pertandingan tersebut. Setiap ahli diberi posisi yang bersesuian dengan kebolehan masing masing. Ahli kumpulan akan sama sama berbincang strategi dan menghadiri sesi latihan untuk mengalahkan pihak lawan. Disinilah kita dapat melihat setiap ahli pasukan tersebut bersatu tenaga dan pandangan untuk mencapai objektif mereka. Kemenangan tidak dapat diraih jika pasukan tersebut tidak mempunyai semangat berpasukan yang kuat. Kejayaan tidak dapat dicapai jika hanya bergantung kepada kekuatan ketua pasukan sahaja, sokongan dan komitmen dari setiap ahli kumpulan diperlukan untuk memastikan kemenangan dipihak mereka. Kemahiran berpasukan tidak seharusnya dipandang remeh oleh pelajar. Ini kerana berbekalkan kecemerlangan akademik sahaja belum mampu menjanjikan pekerjaan yang baik kelak. Kebanyakan majikan menggunakan pendekatan yang lebih ketat untuk pemilihan calon bagi mengisi kekosongan jawatan di dalam firma mereka. Contohnya dalam salah satu ujian saringan yang dilakukan ialah, penemuramah akan membahagikan calon kepada beberapa kumpulan. Satu topik akan diberi untuk dibincangkan dan dibentangkan oleh kumpulan tersebut. Calon akan dinilai cara dia berinteraksi dengan ahli kumpulan yang lain dalam menyampaikan buah fikirannya. Penemuramah juga akan menilai kebolehan calon untuk menerima dan menghormati pendapat dan pandangan orang lain. Kebolehan di dalam kemahiran berpasukan merupakan nilai tambah kepada calon tersebut dan ia merupakan ciri atau kemahiran yang dicari - cari oleh majikan hari ini. Oleh itu guru seharusnya lebih kreatif dalam melaksanakan tanggungjawabnya agar objektif pembelajaran tercapai dan dalam masa yang sama murid dapat manfaat yang lebih iaitu mempelajari kemahiran berpasukan hasil daripada aktiviti yang dijalankan di dalam sesi P&P mahu pun aktiviti kokurikulum.

Kemahiran kepimpinan Setiap orang adalah pemimpin. Walaupun dia tidak memimpin sifat kepimpinan seharusnya ada di dalam diri seseorang itu organisasi yang kerana dia yang

besar, paling kurangnya dia merupakan pemimpin dirinya dan keluarganya sendiri. Justeru bertanggungjawab terhadap dirinya dan setiap keputusan yang bakal dilakukan kelak. Secara amnya kemahiran kepimpinan bermaksud kebolehan individu untuk memimpin orang bawahannya dengan baik. Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai proses

mempengaruhi

kegiatan

kumpulan

ke

arah

pencapaian

sesuatu

hasil

yang

telah

dirancangkan ( Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman, 2003). Beliau juga mendefinisikan kepimpinan sebagai keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya bagi melaksanakan kerja mencapai matlamat organisasi. Walau bagaimana tambah beliau selalunya kepimpinan akan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin. Menurut Sergiovanni dalam artikelnya yang bertajuk The roots of school leadership, kepimpinan dalam konteks persekolahan ialah kepimpinan berdasarkan berkongsi nilai dan kepercayaan, selain daripada peraturan dan personaliti. Kemahiran berpasukan juga boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang itu untuk menyelia anggota pasukan. Kemahiran ini merupakan elemen atau komponen yang terkandung didalam kemahiran insaniah. Seperti kemahiran kemahiran yang lain, kemahiran kepimpinan merupakan kemahiran yang penting untuk dipelajari oleh pelajar semasa di alam persekolahan lagi. Kemahiran insaniah serta elemen elemen yang terkandung didalamnya merujuk kepada kurikulum yang tersembunyi. Kurikulum tersembunyi merupakan pembelajaran yang tidak formal yang dipelajari di sekolah. Ia merupakan sesuatu yang dirancang dan tidak diajarkan secara langsung oleh para guru (Amir hasan Dawi,2006). Ia merupakan pembelajaran yang diterima secara implisit oleh para pelajar melalui aktiviti P&P mahupun kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Menurut beliau lagi, kurikulum tersembunyi lebih berpengaruh dan berkuasa berbanding kurikulum formal dalam membentuk keperibadian murid. Menyedari hakikat bahawa kemahiran kepimpinan sangat penting dan harus dimiliki setiap insan, guru sebagai ejen penyebar ilmu di sekolah seharusnya memainkan peranan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi selain kemantapan akademik.Guru berkuasa untuk membentuk jawatan kuasa kecil bagi kelasnya yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari dan lain lain jawatan lagi. Melalui perlantikan jawatan ini, pelajar yang dilantik yang mendapat sokongan majoriti akan memahami tanggungjawabnya sebagai wakil yang dilantik untuk mewakili seluruh ahli didalam kelas tersebut. Kebiasaannya tugas sebagai seorang Ketua Kelas ialah memastikan kelas berada di dalam kebisingan yang minima terutamanya ketika ketiadaan guru semasa pertukaran mata pelajaran. Jika ketua kelas merupakan seorang pemimpin yang berkaliber, dia mampu mengawal kebisingan tersebut. Persoalannya bagaimana mahu membentuk seorang

pemimpin yang berkaliber? Antara sikap yang perlu untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani oleh orang bawahannya ialah dia mampu memahami dan menghormati orang bawahannya. Ini akan menjadikannya seorang pemimpin itu lebih mesra dan dihormati. Natijahnya pengalaman yang sedikit itu mampu menjadikan individu tersebut menjadi seorang pemimpin berketrampilan kelak baik di Institusi Pengajian Tinggi, tempat kerja serta di dalam keluarganya sendiri. Menerusi aktiviti kokurikulum juga guru dapat mengenal pasti dan mengasah kemahiran kepimpinan pelajar. Contohnya melalui Persatuan Kawad, pelajar akan bersatu tenaga berkawad dalam pergerakan yang serentak yang sama. Namun mampukah kontingen kawad berkawad dengan bagus tanpa mendapat arahan yang baik daripada ketua kawad tersebut? Keupayaan kontingen kawad tersebut berkawad dengan pergerakan yang serentak adalah hasil daripada arahan yang jelas dan baik daripada ketua mereka. Hasil sifat dedikasi yang ditunjukkan oleh ketua kontingen tersebut mampu menjadikan setiap ahli pasukan menerima arahan yang diberikan.

RUJUKAN:

1. http://www.angkasa.coop : Koperasi : sekolah pupuk pembangunan modal insan.


2. http://www.punb.com.my : Disiplin perkukuh Modal insan. 3. htpp://www.mkm.edu.my : Memperkasakan Kualiti Modal Insan Gerakan Koperasi
Dalam Era K-Ekonomi.

4. Drs.H Balnadi Sutadipura, Aneka Problema Keguruan, penerbit Angkasa Bandung ,


1985.

5. Joyce Nesker Simmons, Walter Pitman, Teachers:Models of Excellence in Todays


Classroom, Pembroke Publishers, 1994.

6. Abdullah

Hassan,

Ainon

Mohd,

Kemahiran

Interpersonal

Untuk

Guru,

PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2002.

7. Dewan Masyarakat, Januari 2008, Disebalik Kejayaan. 8. Dewan Masyarakat, Oktober 2007, Kuala Lumpur Siapa Yang Punya? 9. Massa 23-29 Mac 2002, Rohaiza Ismail, Nasional: Dilema Siswazah Melayu-menjadi
golongan paling ramai ketiadaan pekerjaan.

10. Massa 16-22 Febuari 2002, Johardy Ibrahim, Isu Pendatang Asing: Dasar kita tidak
Konsisten.

11. Massa 16-22 Febuari 2002, Siti Haniza Abdul Rahman, Isu Pendatang Asing: Tiada
Lagi Monopoli.

12. Massa 23-29 mac 2002, Aziz Ishak, Seimbas pandang: Wawasan 2020- Harapan
Samar Kepada Generasi Muda?

13. Utusan Malaysia (17 Julai 2006 ),Dr. Siti Hawa Mohd, Kuala Lumpur: Sikap buruk
punca pengangguran

You might also like