You are on page 1of 17

PENERANGAN: TULANG YANG TERLIBAT KETIKA JOGGING

Ketika sesorang melakukan aktiviti jogging, hanya tulang dan sendi di bahagian tangan serta tulang dan sendi bahagian kaki yang terlibat secara langsung.

1) BAHAGIAN TANGAN

Lengkungan pektoral ( skapula dan klavikel)

tulang skapula dan klavikel

Terdiri daripada 2 tulang, iaitu klavikel di anterior dan skapula di posterior.

Klavikel berbentuk rod dan diletak secara mengufuk di bawah leher. Di satu hujung,tulang klavikel bersendi dengan sternum dan satu hujung lagi bersendi dengan skapula.

Skapula ialah tulang leper yang berbentuk segi tiga. Satu hujung skapula mempunyai lesung glenoid (ball and socket joint) untuk bersendi dengan kepala humerus tulang lengan.

Persendian yang terbentuk disebut sendi bahu.

Tulang lengan (terdiri daripada humerus,ulna, radius, karpus, metakarpus dan falanks).

Tulang lengan dan tulang humerus

Humerus merupakan tulang lengan atas yang panjang. Di hujung anterior, humerus bersendi dengan skapula melalui sendi lesung. Di hujung posterior, alur yang disebut troklea pada humerus bersendi dengan tulang radius-ulna melalui sendi engsel(pivot joint).

Radius-ulna merupakan dua batang tulang lengan bawah yang tersusun hampir selari dan berpaut di kedua-dua hujungnya. Bahagian atas ulna bersendi dengan troklea dan fosa olekranon, manakala hujung bawah radius-ulna pula bersendi dengan tulang karpus.

Karpus merupakan tulang pergelangan tangan. Metakarpus atau tulang tapak tangan bersendi dengan falanks (sendi gelongsor/ saddle joint), iaitu tulang jari dan karpus. Metakarpus terdiri daripada 5 batang tulang jari.

Falanks terdiri daripada 14 batang tulang. Ibu jari mempunyai 2 tulang falanks manakala jari-jari lain setiap satunya mempunyai 3 batang tulang falanks.

2) BAHAGIAN KAKI

Lengkungan Pelvis

Lengkungan pelvis

Terdiri daripada 2 tulang punggung ( pelvic girdle)serupa yang bercantum dengan turus vertebra di bahagian posterior.

Setiap tulang punggung terdiri daripada 3 bahagian iaitu illium, iskium dan pubis.

Obturator foramen merupakan satu bukaan yang dilingkungi iskium dan pubis. Bukaan ini membenarkan salur darah, saraf dan ligamen melaluinya.

Pada kedua-dua sisi lengkungan pelvis, terdapat lesung asetabulum yang membentuk sendi lesung dengan tulang femur.

Tulang Kaki ( femur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus, dan falanks)

Tulang kaki

Femur merupakan tulang paha dan mempunyai satu kepala berbentuk bebola yang bersendi dengan sendi asetabulum pada sisi lengkungan pelvis.

Hujung bawah femur bersendi dengan tulang tibia melalui sendi engsel/ Hinge joint (sendi lutut). Sendi ini ditutup oleh tulang tempurung lutut yang disebut patela.

Tibia-fibula merupakan tulang kaki bawah yang terdiri daripada percantuman tulang tibia dan tulang fibula. Hujung bawah tibia-fibula bersendi dengan tarsus. Sendi ini dikenali sebagai sendi pelana (plane joint). Tibia mempunyai saiz yang lebih besar daripada fibula.

Tarsus ialah 5 tulang pada pergelangan kaki yang bersendi dengan metatarsus. Sendi ini dikenali sebagai sendi gelongsor. Tumit kaki merupakan tarsus yang paling besar. Hanya satu tulang tarsus yang bersendi dengan tibia-fibula melalui sendi pelana.

Metatarsus ialah tulang pada tapak kaki dan bersendi dengan falanks, iaitu tulang jari kaki melalui sendi ellipsoid.

Falanks terdiri daripada 14 tulang kecil. Seperti falanks pada jari tangan, ibu jari dibentuk oleh 2 tulang falanks manakala jari kaki yang lain terdiri daripada 3 tulang falanks.

NAMA TULANG YANG TERLIBAT KETIKA JOGGING

Skapula dan humerus

Humerus dan radius-ulna

Lengkungan pelvis dan femur

Femur,tarsus dan fibia-tibula Metakarpus dan falanks

PENERANGAN: SENDI YANG TERLIBAT KETIKA JOGGING

1) SENDI LESUNG DI SENDI BAHU DAN SENDI PINGGUL

Sendi bola dan soket (sendi lesung Glenoid) pada menghubungkan tulang skapula dengan tulang humerus. Sendi bahu ini membantu dalam menggerakkan tangan ke sisi dan ke atas ketika jogging. Sendi ini dinamakan sendi lesung kerana Ia boleh menggerakkan tangan pada semua satah. Sendi lesung di bahagian punggung pula membantu kaki untuk bergerak dengan pantas pada semua satah ketika melakukan aktiviti jogging. Sendi lesung di punggung ini dikenali sebagai sendi pinggul.

2) SENDI ENGSEL DI SENDI SIKU DAN SENDI LUTUT

Sendi engsel di sendi siku membantu dalam menggerakkan otot pada tulang humerus dan tibia-fibula ke atas dan bawah secara antagonis. Ia juga mebenarkan tangan dibengkokkan ke atas dan ke bawah pada pergerakan satu satah sahaja. Sendi engsel di sendi siku ini dikenali sebagai sendi pivot kerana ia berupaya untuk menggerakkan tangan secara rotasi ke kiri dan ke kanan apabila digerakkan. Fungsi sendi engsel di siku sama dengan sendi engsel di lutut. Sendi ini dinamakan patella di mana ia menghubungkan tulang femur dengan tibia-fibula. Sendi lutut ini juga membantu dalam membengkokkan kaki ke atas dan ke bawah pada satu satah pergerakan.

3) SENDI JARI / SENDI ELIPSOID (BAHAGIAN JARI KAKI DAN TANGAN)

Dalam fasa larian ini juga, sendi ellipsoid atau sendi jari membantu pelari menggerakkan jari secara rotasi pada sudut 90 darjah. Sendi jari merupakan salah satu jenis sendi engsel kerana ia bergerak pada satu satah sahaja. Sendi ellipsoid ini melibatkan sendi jari di bahagian tangan, metakarpus dengan falankas dan sendi jari kaki iaitu metatarsus dengan falanks. Sendi-sendi jari ini membantu pelari dalam mengurangkan rintangan ketika berlari, terutama sekali apbila jari tangan digenggam.

4) SENDI PERGELANGAN KAKI ( SENDI PELANA)

Ketika berlari juga, sendi di pergelangan tangan yang menghubungkan tulang tarsus dengan tibia dan fibula di kaki juga digunakan. Sendi pelana atau sendi di pergelangan kaki ini membantu menggerakkan kaki ke atas dan ke bawah ketika berlari. Ini menyebabkan tumit kaki dapat diangkat ketika berlari. Ia menggerakkan anggota badan pada dua satah pergerakan.

5) SENDI PERGELANGAN TANGAN ( SENDI GELUNGSUR)

Seterusnya ialah sendi gelungsur. Sendi gelungsur terdapat di antara tulang tarsus dengan metatarsus di bahagian pergelangan kaki dan tulang karpus dengan metakarpus di bahagian pergelangan tangan. Sendi ini dapat membantu dalam menggerakkan pergelangan tangan kaki atau tangan ke atas dan ke bawah ketika berlari.

NAMA SENDI YANG TERLIBAT PADA FASA LARIAN

Sendi glenoid

Sendi siku/engsel-sendi pivot

Sendi gelongsor/pergelangan kaki

Sendi lutut patela

Sendi pelana

SENDI DAN TULANG YANG TERLIBAT KETIKA BERLARI

GAMBAR

BAHAGIAN TULANG 1. Scapula (lengkungan pectoral) dengan humerus

SENDI YANG TERLIBAT Lesung glenoid (ball and socket joint)

JUMLAH TULANG - skapula 1 batang tulang - humerus 1 batang tulang

2. Humerus dengan tulang radius-ulna

Sendi engsel(pivot joint)

- tulang radius-ulna mengandungi 2 batang tulang

3. Metacarpus dengan falanks

Sendi ellipsoid

- metakarpus mengandungi 5 batang tulang jari - falanks mengandungi 14 batang jari, 2 falanks pada ibu jari, dan 3 falanks pada jari-jari lain

4. Lengkungan pelvis (lengkungan pelvis dengan tulang femur)

Lesung asetabulum (ball and socket joint)

- terdapat 2 tulang punggung yang menyambungkan lengkungan pelvis dengan tulang femur

5. Tulang kaki (femur dengan tulang tibia)

Sendi engsel (hinge joint)

- 2 tulang pada tibia dan fibula

OTOT YANG TERLIBAT KETIKA JOGGING

Pektoralis major

Gluteus maximus

Otot-otot tangan: Deltoid Biceps Triceps Brachioradialis flexorcarpiradialais Otot-otot kaki: Kuadriceps Hamstring Gastrocnemius anterior

Otot tangan pada sendi bahu iaitu deltoid akan membantu ketika pelari menghayunkan tangan. Apabila tangan dalam keadaan fleksi, otot pada sendi bahu iaitu biceps akan mengecut manakala otot triseps akan mengendur. Apabila tangan dalam keadaan hyperektensi pula, otot biseps akan mengendur dan otot triseps akan mengecut. Otot triseps dan biseps ini bersifat antagonis ketika pergerakan tangan. Otot pektoralis major pada sendi bahu terlibat apabila pelari menghayunkan tangan

Apabila kaki dalam keadaan flexi, otot pada sendi pinggul iaitu hamstring akan mengecut untuk meluruskan kaki dan kuadriceps akan mengendur.

Apabila kaki dalam keadaan hyperektensi, otot hamstring akan mengendur dan otot kuadriceps akan mengecut untuk meluruskan kaki.

Otot gluteus maximus yang terletak pada sendi pinggul pula akan mengecut untuk menarik tulang femur. Otot gastrocnimius pada sendi lutut akan mengecut untuk menarik tumit manakala otot anterior iaitu tibialis akan mengendur

OTOT RANGKA

Otot rangka merupakan sejenis otot bersitra yang menghubungkan antara satu tulang ke tulang yang lain. Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur badan, dengan mengenakan daya kepada tulang dan sendi melalui

pengecutan. Otot rangka mengecut secara terkawal melalui stimulasi saraf.

Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang. Nukleus otot ini terdapat di bawah bahagian tengah gentian otot untuk membran plasma yang mengosongkan miofibril. Aturan unik ini membenarkan

pergerakan yang lebih berkesan. Otot ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya terlekat kepada tulang pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi

melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang lain seperti humerus).

Bagi fasa jogging, otot yang terlibat ialah:

Otot pada sendi bahu iaitu deltoid, biceps dan triceps. Otot pada sendi siku iaitu brachioradialis carpi radialis dan Flexor

Otot pada sendi bahu iaitu pictoralis major. Otot pada sendi pinggul iaitu gluteus maximus, hamstring dan Kuadriceps.

OTOT YANG TERLIBAT KETIKA JOGGING

OTOT UTAMA Tangan

OTOT YANG TERLIBAT Deltoid

PENERANGAN

Biseps

Bersifat antagonis

Triseps

Apabila tangan difleksikan, otot biseps akan mengecut dan otot triseps aka mengendur. Apabila tangan dalam keadaan hyperekstensi,otot biseps akan mengendur dan otot triseps akan mengecut.

Badan

Pektoralis major

Terlibat ketika pelari menghayunkan tangan

Punggung

Gluteus maximus

Akan mengecut untuk menarik tulang femur

Kaki

Kuadriseps

Mengecut untuk meluruskan kaki

Hamstring

Mengecut untuk membengkokkan kaki Bersifat antagonis

gastrocnemuis

Bersifat antagonis Mengecut untuk menarik tumit Otot anterior akan mengendur

Tumit

Akan ada tolakan ke bawah dan ke belakang

ISTILAH NAMA PERGERAKAN

FLEXION: Membengkok pergerakan yang berkurangan sudut antara dua bahagian. Contohnya: membengkok siku

EXTENSION: Lawan kelenturan; satu membetulkan pergerakan yang pertambahan sudut antara bahagian badan.

HYPEREXTENSION: Awalan hyper- kadangkala ditambah untuk menegaskan pergerakan melebihi kedudukan lumrah, ibarat dalam hyperflexion atau peluruslampauan (hyperextensi)

You might also like