You are on page 1of 10

MAAHAD TAHFIZ AL-QUR’AN DAN HADITH AL-ANSORI

21C, Jalan Manjoi, Taman Pari 30020 Ipoh,


Perak Darul Ridzuan
Hp: 013-5201150, 019-5769692, 016-5216454
Web: http://al-ansoriyy.co.cc Emel: ansoriyy@gmail.com

Tarikh: MTA/Tad/1001/1430

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Yg berbahagia Dato’

Per: KEBENARAN MENGUTIP DERMA UNTUK TABUNG PEMBANGUNAN

1. Maahad ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Perak dan telah
dirasmikan oleh Menteri Besar Perak melalui wakilnya beliau En. Mohammad K.Y.
Tiang Abdullah pada 1 Januari yang lalu.

2. Sehubungan dengan itu, pihak Maahad memohon jasa baik tuan untuk memberi
kebenaran mengutip derma bagi mengisi tabung pembangunan Maahad ini. Pihak
Maahad berhasrat untuk mengutip derma sebanyak RM1 juta bagi menampung program
pembangunan Maahad iaitu:

a. Untuk membeli satu (1) unit rumah yang terletak bersebelahan dengan
bangunan rumah sewa Maahad sekarang ini. Rumah ini telahpun diletakkan
papantanda untuk dijual pada pintu pagar rumah tersebut. Harga yg dirundingkan
adalah RM250,000.

b. Untuk membeli sebidang tanah kosong yang terletak di sebelah kanan


bangunan sewaan maahad sekarang ini. Harga yang dirunding adalah sebanyak
RM150,000. Tanah tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembinaan rumah
guru, surau dan bangunan komersial.

c. Untuk membeli bangunan yang sedang diduduki (sewa) sekarang ini pada
harga RM300,000. Bagaimanapun, perkara ini diletakkan sebagai keutamaan 3
MAAHAD TAHFIZ AL-QUR’AN DAN HADITH AL-ANSORI
21C, Jalan Manjoi, Taman Pari 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Hp: 013-5201150, 019-5769692, 016-5216454
Web: http://al-ansoriyy.co.cc Emel: ansoriyy@gmail.com

kerana pihak maahad telahpun menandatangani kontrak sewaan selama 3 tahun


dengan pemilik rumah.

d. Untuk membeli kenderaan mini coaster bagi kegunaan Maahad bagi


mengangkut para pelajar untuk sebarang aktiviti. Buat masa ini, jumlah yang
terhad sahaja diangkut untuk solat ke Masjid dengan menggunakan sebuah van
lama dan uzur. Peruntukan yang dinilai adalah sebanyak RM60,000.

e. Untuk modal projek perladangan ke atas tanah kosong dan tanah yang
dijanjikan oleh pihak kerajaan negeri sebanyak RM240,000.

3. Bersama ini disertakan justifikasi ringkas berkenaan dengan permohonan ini.


Semoga pihak tuan dapat memberikan kelulusan kepada pihak kami agar setiap yang
dirancang itu dapat dilaksanakan dengan jayanya insyaALLAH.

4. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ust Ahmad Muzammil


Pengerusi
MAAHAD TAHFIZ AL-QUR’AN DAN HADITH AL-ANSORI
21C, Jalan Manjoi, Taman Pari 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Hp: 013-5201150, 019-5769692, 016-5216454
Web: http://al-ansoriyy.co.cc Emel: ansoriyy@gmail.com

JUSTIFIKASI

Pengenalan

1. Maahad Tahfiz Al-Quran Dan Hadith Al-Ansori telah didaftarkan dengan Jabatan
Agama Islam Perak (JAIP) dan telah dirasmikan pada 1 Januari 2009.

Falsafah

2. Islam bukanlah sekadar satu agama yang dipelajari sahaja tetapi hendaklah
diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai cara hidup yang sebenar. Sebagaimana
firman ALLAH S.W.T. Taala yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama yang benar disisi ALLAH ialah Islam"

3. Untuk mendapat cara hidup yang sebenar mestilah berlandaskan Al-Quran dan
As-Sunnah. Wasilahnya ialah beriman, beramal dan menyampaikannya agar dapat
melahirkan generasi Al-Quran yang terbaik.

Objektif Penubuhan

4. Melahirkan generasi al-Huffaz yang berwibawa dan berketrampilan, mempunyai


sahsiah dan budi pekerti yang tinggi dan mulia serta mampu untuk mengaplikasi apa
yang dihafaz dan direalisasikan dalam kehidupan seharian dan masyrakat ummah amnya.
MAAHAD TAHFIZ AL-QUR’AN DAN HADITH AL-ANSORI
21C, Jalan Manjoi, Taman Pari 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Hp: 013-5201150, 019-5769692, 016-5216454
Web: http://al-ansoriyy.co.cc Emel: ansoriyy@gmail.com

Projek Pembangunan

5. Beberapa projek pembangunan telah dirangka bagi merancakkan kemajuan


Maahad ini dalam mencapai objektif dan falsafah Maahad yang tertera seperti di atas.
Secara ringkas berikut adalah projek yang berkenaan:

a. Membeli rumah di sebelah bangunan sewaan Maahad. Bangunan itu sekarang


ini telah pun diletakkan iklan untuk dijual. Bangunan sedia ada sekarang ini
adalah disewa pada kadar RM750 sebulan. Memandangkan kedudukan bangunan
yang terletak bersebelahan dengan bangunan sewaan sekarang, pihak Maahad
merancang untuk meluaskan tapak Maahad sedia ada bagi menampung bilangan
pelajar yg kian bertambah. Buat masa ini hanya pelajar lelaki sahaja yang
diberikan keutamaan manakala pelajar perempuan tiada dibuat pengambilan baru.
Malah dalam keadaan sekarang ini, tiada pengambilan pelajar baru dibuat Dengan
adanya bangunan itu kelak nanti, para pelajar akan dapat ditambah dan dibuat
pengasingan antara pelajar lelaki dan perempuan.

Kedudukan penempatan juga merupakan satu pelaburan yang baik


bilamana hartanah di kawasan tersebut memberikan nilai pelaburan yg tinggi di
masa hadapan selaras dengan perkembangan aktiviti perekonomian gugusan
Manjoi mampu menaikkan harga hartanah di masa depan.

b. Membeli tanah kosong. Di sebelah kanan bangunan sewaan Maahad


sekarang ini terdapat sebidang tanah kosong dan tuan punya tanah berhasrat untuk
menjualnya pada harga RM150 ribu. Pihak Maahad berpendapat tanah itu sesuai
untuk didirikan bangunan Surau atau rumah guru di masa hadapan. Dengan
adanya tapak tanah itu dapatlah pihak Maahad menambah guru untuk mengajar
para pelajar disamping itu dapat pula menambah bilangan pelajar yang belajar di
MAAHAD TAHFIZ AL-QUR’AN DAN HADITH AL-ANSORI
21C, Jalan Manjoi, Taman Pari 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Hp: 013-5201150, 019-5769692, 016-5216454
Web: http://al-ansoriyy.co.cc Emel: ansoriyy@gmail.com

Maahad. Faktor lokasi juga menjadikan ianya satu pelaburan hartanah yang baik
untuk masa hadapan.

c. Membeli bangunan sewaan sekarang. Bangunan yang diduduki secara


menyewa akan melengkapkan kawasan Pentadbiran Maahad ini kelak. Harga
nilaiannya dianggarkan pada kadar RM300 ribu. Dengan ini akan terangkumlah
tiga bidang tanah menjadi satu kawasan Maahad tahfiz Al-Ansori secara
keseluruhannya. Maka ini dapat melancarkan setiap aktiviti di samping ruang
yang luas untuk dibuat perancangan pembangunan dan pentadbiran di masa
hadapan.

Kedudukan ketiga tiga bidang tanah ini yang bersebelahan mampu


memberikan impak yang besar ke atas perancangan kemajuan Maahad secara
keseluruhannya. Kedudukan lokasinya yang berdaya maju adalah turut
merupakan satu pelaburan hartanah yang baik pada masa hadapan. Dewasa ini
tiada sebuah pun Maahad Tahfiz tertegak di Gugusan Manjoi yang berpenduduk
seramai hampir 50 ribu orang ini. Kedudukan hartanah ini di pintu masuk Manjoi
dapat memberikan manfaat kepada penduduk kampung ini khususnya.

d. Pembelian Mini Coaster. Maahad kini mempunyai sebuah van untuk


urusan pengangkutan dan pentadbiran Maahad. Keadaan van yang uzur dan kecil
tak mampu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar Maahad
ini. Oleh kerana bilangan pelajar yang mengjangkau 40 orang, kenderaan Mini
Coaster adalah diharapkan dapat menjadi satu kenderaan yang sesuai dan baik
untuk kegunaan Maahad. Pergerakan ke Masjid untuk menunaikan solat lima
waktu tidak memungkinkan untuk membawa kesemua pelajar melainkan
sebahagian sahaja daripada mereka. Dengan adanya kenderaan Mini Coaster
MAAHAD TAHFIZ AL-QUR’AN DAN HADITH AL-ANSORI
21C, Jalan Manjoi, Taman Pari 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Hp: 013-5201150, 019-5769692, 016-5216454
Web: http://al-ansoriyy.co.cc Emel: ansoriyy@gmail.com

dapat menyelesaikan masalah ini disamping menaikkan taraf pengangkutan


Maahad secara keseluruhannya.

e. Dalam ucapan perasmian wakil Menteri Besar Perak tempohari telah


menjanjikan untuk mengurniakan sebidang tanah untuk kegunaan Maahad.
Adalah diharapkan pihak Maahad dapat menyediakan modal awal sebanyak
RM250 ribu untuk urusan mengusahakan tanah tersebut secara komersial. Dengan
ini Maahad dapat berdiri dengan sendirinya dan dapat membantu
mempertingkatkan pendapatan Maahad dengan melibatkan diri dalam sektor
perekonomian. Adalah difikirkan untuk pihak Maahad mengusahakan Ladang
Kelapa Sawit yang dapat memberikan pulangan dalam jangkamasa panjang.
Tanah yang bakal diperolehi itu kelak juga akan diusahakan dalam jangmasa
pendek dan jangkamasa panjang. Tanaman jangkamasa pendek adalah seperti
Jagung, pisang dan lain lain tanaman kontan sementara untuk jangkamasa panjang
ialah tanaman pokok kelapa sawit. Pihak Maahad akan mendapatkan usahasama
dan bantuan daripada pihak Jabatan Pertanian dalam hal ini.

Kesimpulan

Maahad sedang berusaha untuk memajukan dan membesarkan kapasiti dan kualiti
prasarana yang sedia ada sekarang. Masih terdapat para ibubapa yang berhasrat untuk
menghantar anak anak mereka belajar di Maahad ini namun hasrat mereka terpaksa
ditolak. Ini adalah kerana kekangan ruang dan prasarana yang terhad buat masa ini.
Adalah diharapkan dengan peningkatan kapasiti prasarana ini mampu untuk menampung
pertambahan pelajar dan guru di masa akan datang. Disamping pelajar hafiz sepenuh
masa, pihak Maahad juga mengadakan kelas Al-Qur’an di waktu malam untuk anak-anak
penduduk tempatan yang mahu menghantar anaknya untuk mempelajari Al-Qur’an.
MAAHAD TAHFIZ AL-QUR’AN DAN HADITH AL-ANSORI
21C, Jalan Manjoi, Taman Pari 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Hp: 013-5201150, 019-5769692, 016-5216454
Web: http://al-ansoriyy.co.cc Emel: ansoriyy@gmail.com

Perkara ini juga terpaksa dihadkan oleh kekangan yang sama. Adalah sesuatu yang
merugikan apabila terpaksa menolak hasrat mereka yang mahu belajar ini namun pihak
Maahad terpaksa juga menjaga kualiti pembelajaran anak-anak dan melihat kemampuan
Maahad sendiri. Semoga dengan terlaksananya rancangan yang telah diatur kelak dapat
membantu mengatasi permasalahan ini.

Di samping itu, Pihak Maahad sedar bahawa ia perlu bergerak sendiri dan
membiayai sendiri program dan aktiviti yang hendak dijalankan. Namun begitu sudah
menjadi hasrat dan prinsip Maahad untuk tidak membebankan pelajar dan penjaga
dengan bebanan kewangan hanya untuk belajar Al-Qur’an. Maka dengan itu, Maahad
berharap dapat berdiri sendiri menghasilkan pendapatan sendiri dengan terjun ke dalam
sektor perekonomian dan perladangan. Maahad bercita-cita untuk membantu ummah dari
segi penyediaan makanan halal keluaran Maahad (umat Islam sendiri). InsyaALLAH
ianya akan dimulakan dengan sektor perladangan terlebih dahulu dan diikuti dengan lain-
lain aktiviti perekonomian bagi menjana pendapatan yang tetap bagi menampung
perbelanjaan Maahad. Kertas kerja yang lengkap sedang dirangka untuk tujuan itu,
dengan bantuan pelbagai pihak dan jabatan-jabatan kerajaan yang prihatin insyaALLAH
perkara ini akan menjadi kenyataan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


MAAHAD TAHFIZ AL-QUR’AN DAN HADITH AL-ANSORI
21C, Jalan Manjoi, Taman Pari 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Hp: 013-5201150, 019-5769692, 016-5216454
Web: http://al-ansoriyy.co.cc Emel: ansoriyy@gmail.com

Para Pelajar Tahfiz Maahad Al-Ansori

Kenderaan Maahad sekarang


MAAHAD TAHFIZ AL-QUR’AN DAN HADITH AL-ANSORI
21C, Jalan Manjoi, Taman Pari 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Hp: 013-5201150, 019-5769692, 016-5216454
Web: http://al-ansoriyy.co.cc Emel: ansoriyy@gmail.com
MAAHAD TAHFIZ AL-QUR’AN DAN HADITH AL-ANSORI
21C, Jalan Manjoi, Taman Pari 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Hp: 013-5201150, 019-5769692, 016-5216454
Web: http://al-ansoriyy.co.cc Emel: ansoriyy@gmail.com

You might also like