You are on page 1of 17

FOLIO TOKOH USAHAWAN MUSLIM YANG BERJAYA DI MALAYSIA

Nama:Muhammmad Aidiq Sufi bin Muhammad Ridhwan Pang No.Maktab:11167 No.I/C:950501-03-5121 Kelas:4 Khawarizmi Tokoh Usahawan Yang Dipilih: Faiza Bawumi Sayed Ahmed

BIODATA FAIZA

NAMA:FAIZA BAWUMI SAYED AHMED TEMPAT LAHIR:MESIR SEBAB KE MALAYSIA:MENGIKUT SUAMI PENGALAMAN:MENGAMBIL UPAH MEBUAT SULAMAN DAN MENJUAL BARANGAN DAPUR JENIS PRODUK:BERAS UMUR KETIKA MEMULAKAN PERNIAGAAN:58 TAHUN MOTO:SUCI DAN BERMUTU SASARAN:MENJADI PEMBAYAR ZAKAT TERBESAR DI NEGARA INI

Saya ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini. Itulah azam, p emilik syarikat pemborong berasSyarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi S ayed Ahmad. Wanita kelahiran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. Ketika kebanyakan wanita seusia nya berehat di rumah, Faiza, 58 dan nenek kepada 32 cucu sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedu dukannya dalam pelbagai cabangperniagaan di negara ini. Faiza yang juga Pengarah Urusan Syarikat Faiza, sedang bertungkuslumusmengeluarkan beberapa produk baru yang dijangka masuk ke pasar an selewatlewatnya penghujung tahunini. Wanita yang berperwatakan lembut itu seb enarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikansyarikat yang ditub uhkan sejak tahun 1992 itu berada di landasan betul sekali gus mencatatk an keuntungansaban tahun. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, Faiza pernah menjadi juruwang di kedaimilik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perni agaan. Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, saya bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai barangan dapur. Kemudian, saya beralih membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya yang dilakukan di rumah dan mengedarkannya di kedai-kedai, katanya yang mampu menguasai bahasa Melayu setelah tiga bulan berada di Malaysia. Ibu kepada tujuh anak itu menambah, modal daripada menjual rempah kari itu digunakan untuk membuka kedai runcit. Dari situ beliau mendapati pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai

ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam. Pada mulanya, saya buntu juga melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun saya nekad membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor. Sehingga kini, perniagaan beras keluaran syarikat saya mendapat sambutan. Meskipun saingan sengit, kami telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal, katanya yang kini mempunyai kilang di Kuala Lumpur, Kedah dan Terengganu. Pada tahun 1998, beliau terdorong mempromosi beras ponni dari India yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi. Faiza berkata, bagi membuktikan kebaikan beras itu, syarikatnya telah meminta Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat kajian dan hasilnya memang positif. Saya melabur berjuta ringgit bagi produk Taj Mahal dan telah meminta hak eksklusif daripada Bernas, tambahnya yang gembira dengan sambutan orang ramai terhadap produk tersebut. Walaupun syarikatnya menumpukan produk beras dan rempah, kini beliau sedang meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap. Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya. Ketika ini, syarikatnya telah memasarkan bubur herba penghujung tahun lalu dan mendapat permintaan yang baik daripada para pelanggan. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.

Kehidupan Faizah yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu menerusi program Bersamamu. Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anakanaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah. Bagaimanapun katanya, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang menuntut ilmu setinggi mungkin. Bukan semua anak saya

terlibat dalam perniagaan, anak sulung dan kelima menjadi pensyarah dan lima yang lain membantu Syarikat Faiza, katanya. Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap pekerja yang menipu dan mencuri. Macam-macam cara orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual guni beras yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran, katanya. Ketika kebanyakan wanita yang seusianya berehat di rumah, Faiza pula sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam perniagaan beras di negara ini.Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar. Wanita ini turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat, di sini yang akan dibina tidak lama lagi katanya kepada Utusan Malaysia di sini.Semangat berniaga bagi wanita yang berasal dari Mesir ini telah tertanam sejak kecil lagi kerana bapanya adalah seorang peniaga kedai makanan. Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai. Sebelum saya menjual beras, saya terpaksa pergi dari rumah ke rumah bertanyakan sama ada pelanggan mahu membeli beras sekiranya saya menjualnya, katanya.Beliau kemudian memohon lesen pemborong beras dan menjual beras pelbagai jenis termasuk ponni, basmathi, beras wangi, beras siam. Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras keluaran syarikatnya mendapat sambutan baik.Katanya, daripada hanya dikenali di sekitar negeri Johor, jenama Beras Faiza melebarkan sayapnya ke Melaka dan Kuala Lumpur. Sumbangan Kesenangan yang ada perlu dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan,terutama golongan miskin dan ibu tunggal, kata Faiza Bawumi Sayed Ahmad, tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini. Faiza, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, yang sinonim dengan program realiti televisyen swasta tempatan yang

berbentuk amal "Bersamamu" kerana syarikat itu merupakan penaja utama rancangan tersebut, berkata hasratnya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan tersebut. "Pengalaman turun padang mendekati kehidupan golongan susah dan ibu tunggal membuatkan saya berhasrat untuk menubuhkan Yayasan Faiza satu hari nanti bagi menguruskan hal kebajikan dan sumbangan kepada orang ramai. "Niat saya hanya satu, iaitu tujuan saya berniaga bukan untuk kekayaan diri sendiri, tetapi untuk membantu orang lain terutama golongan miskin dan ibu tunggal menikmati kehidupan yang baik," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini. Faiza juga turut menyarankan umat Islam di negara ini supaya hidup bersatu padu supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain, dan hubungan yang kukuh sesama umat Islam bukan sahaja mampu memajukan masyarakat Islam di negara ini, malah mampu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat tersebut. "Kita kena bersatu supaya tiada sesiapa dapat pecah-belahkan kita. Bila kita lemah, kita kena tindas. Ibarat lidi, bila ia satu, maka ia mudah dipatahkan tetapi apabila ia banyak, maka tidak dapat dipatahkan dengan mudah," kata anak kelahiran Mesir yang berhijrah ke Malaysia mengikuti suaminya Allahyarham Abu Bakar Ahmad yang merupakan rakyat Malaysia pada tahun 1964. Faiza, 68, berkata selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah", semua masyarakat Islam juga perlu mengamalkan cara hidup dengan berpegang kepada ajaran Al-Qur'an, dan bersikap sentiasa senang hati apabila melihat kesenangan orang lain, dan bukannya berperasaan iri hati serta berhasad dengi apabila melihat kejayaan orang lain. Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu betapa perlunya mengamalkan sikap tolongmenolong antara satu sama lain seperti yang diamalkan bangsa lain. "Pernah seorang peniaga bukan Melayu meminta saya berfikir antara dua jenis ketam iaitu ketam Melayu dan ketam bukan Melayu. Mulanya saya tidak faham apa yang dimaksudkannya dengan dua jenis itu sehinggalah peniaga itu kemudian menjelaskan bahawa ketam Melayu akan menarik kawannya jatuh ke bawah ketika berjalan mendaki bukit, manakala ketam bukan Melayu pula akan menolong kawan-kawannya," katanya. Faiza yang memiliki diploma dalam bidang jahitan sebelum berjaya mendirikan perusahaannya sekarang mula menceburi bidang perniagaan

secara kecil-kecilan dengan menjahit pakaian, dan kemudian mengusahakan perusahaan rempah giling yang dijual kepada jiran serta kedai, sebelum membuka kedai runcit pada tahun 70-an. Beliau memasuki bidang pembekal dan pemborong pada tahun 1982 sebelum menubuhkan Syarikat Faiza Sdn Bhd yang menjalankan aktiviti memproses dan mengedarkan beras berpangkalan di Batu Pahat pada tahun 1992. Ibu kepada tujuh orang anak dan mempunyai 32 orang cucu itu juga berharap masyarakat Islam sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalankan kehidupan seharian, terutama amanah dan gigihnya Baginda Rasullulah dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin. Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.

Anugerah Syarikat Faiza juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk pemborong terbaik pada tahun 2000, anugerah kecemerlangan operasi Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada 2001 dan dan anugerah emas bagi beras Taj Mahal oleh Reader's Digest Super Brand. Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Faiza tetap meluangkan masa untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Pahat (Pengerusi Biro Kebajikan) dan ahli lembaga pelawat Hospital Batu Pahat serta pemegang amanah anak yatim Batu Pahat. Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Wanita Anggun 2005, Tokoh Ibu Mithali Perkim 2007, Wanita Nadi Negara peringkat Johor 2007 dan anugerah khas Tokoh Guru 2009.

CABARAN USAHAWAN MUSLIM PADA MASA SEKARANG:


1. Peluang untuk mencari pasaran 2. Cabaran untuk mencipta sesuatu yang baru 3. Memerlukan kos 4. Memerlukan tempat yang strategik 5. Memerlukan modal permulaan yang tinggi 6. Pulangan yang lambat 7. Memberi kesan yang banyak walaupun sedikit barang yang rosak/hilang 8. Memerlukan pengaturan strategi yang sesuai 9. Memerlukan kemahiran untuk mengkomersialkan barangan 10. Memerlukan hubungan sosial bersama peniaga dan pemborong

CABARAN USAHAWAN PADA MASA AKAN DATANG: 1. PERSAINGAN YANG SENGIT UNTUK MENDAPATKAN PASARAN 2. SYARIKAT YANG BERBEZA MENGELUARKAN JENIS PRODUK YANG SAMA 3. PERSAINGAN HARGA UNTUK BARANGAN 4. MENGHADAPI RISIKO JIKA BARANG TIDAK LAKU 5. MENGHADAPI MASALAH JIKA ADA PELANGGAN YANG MENOLAK TEMPAHAN 6. MENGHADAPI MASALAH JIKA ADA SEBARANG PERKARA ASING YANG TERMASUK KE DALAM PRODUK(cth:MKNN) 7. MENGHADAPI MASALAH BARANG ROSAK JIKA BANJIR(cth:BRG ELEKTRONIK) 8. MEMPERLUASKAN PASARAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA 9. MEMPROMOSIKAN PRODUK KREATIF DALAM KALANGAN MASYARAKAT 10. MEMERLUKAN DAYA TAHAN YANG TINGGI DALAM MENGHADAPI KRITIKAN ATAUPUN FITNAH MASYARAKAT

CIRI-CIRI USAHAWAN YANG MENEPATI ISLAM


1.Menunaikan solat lima waktu. Usahawan perlu menunaikan solat lima waktu setiap hari.Solat adalah tiang agama yang perlu ditunaikan di mana sahaja berada.Ramai usahawan mengabaikan solat lima waktu kerana terlalu sibuk berniaga. Mementingkan wang sehingga mengabaikan solat.Usahawan tidak pernah memandang nasib pada masa hadapan iaitu akhirat. Lihatlah berapa ramai usahawan yang menjalankan perniagaan di pasar malam,kedai-kedai,gedung perniagaan dan lain-lain leka serta cuai dalam menunaikan solat. Ketika azan berkumandang,usahawan sibuk menjalankan tugas dan mesyuarat demi mengejar keuntungan dan kekayaan.Meninggalkan solat adalah perkara biasa kepada segelintir usahawan. Apabila usahawan meninggalkan solat,ianya menunjukkan usahawan tidak memahami tujuan kehidupan dan pengertian ibadat kepada Allah. Dalam fikiran usahawan hanya wang dan harta. Usahawan yang mahu keredaan Tuhan dan rasul-Nya perlu menunaikan solat lima waktu ketika sibuk,susah atau senang.Bumi Malaysia yang luas dan kaya ini tidak kurang terdapat masjid,surau untuk kemudahan orang islam.Malah orang islam boleh menunaikan solat di mana sahaja,asalkan bersih. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk dengan perniagaan adalah alasan yang tidak diterima Allah di akhirat. Manusia yang sentiasa berterima kasih kepada Allah ialah manusia yang menunaikan perintah Tuhan walau di mana pun berada.Menunaikan solat adalah kewajipan kepada orang islam yang mukallaf.Menunaikan solat bukan mengambil masa yang lama dan panjang. Luangkanlah masa mengerjakan solat.Jadilah usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya. Apalah guna mendapat rezeki yang banyak,memandu BMW,tinggal di banglo mewah,memiliki suami atau isteri yang cantik,mendapat anak-anak yang sihat, mampu melancong sana sini tetapi di dalam kubur nanti menerima pukulan mungkar dan nangkir, manakala akhirat kelah dihumban ke neraka. Itulah balasan usahawan yang mengabaikan solat.

2.Mementingkan rezeki halal.

Perniagaan mempunyai pelbagai cabang.Islam hanya menghalalkan segala jenis perniagaan yang bersih.Sikap usahawan yang tidak pernah mengambil berat isu halal haram adalah usahawan yang tidak mementingkan agama. Menjual dadah, arak, mengamalkan rasuah, judi, menipu, menyembunyikan aib produk,menjual produk tarikh luput, monopoli, menyorok barang adalah antara contoh perniagaan yang dilarang sama sekali.Namun segelintir usahawan mahu cepat kaya dan mahu mengambil jalan pintas. Wujud juga sesetengah usahawan yang menjalankan perniagaan halal seperti membuka restoran dan kedai makan tetapi tidak mementingkan sumber yang halal. Ada yang menjual ayam yang tidak disembelih dengan syariat dan cara yang betul,tidak membasuh telur dengan bersih kemudian memegang dan membuat roti canai,menggunakan susu dan bahan minuman yang telah luput tarikh,menipu dalam kiraan harga, menjual makanan yang telah basi dan lain-lain. Segala perbuatan tersebut jelas menyebabkan rezeki yang diperolehi usahawan menjadi tidak halal walaupun asal perniagaan adalah halal.

Begitu juga usahawan yang menipu dalam timbangan dan sukatan kerana mahu mengaut lebih keuntungan.Ada juga usahawan yang menjual emas yang telah dicampur dan mendakwa ianya asli dan tulin. Pelbagai usaha dan langkah dilakukan usahawan untuk mengaut keuntungan tanpa mengira perbuatan tersebut adalah salah. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Allah perlu menjalankan perniagaan dengan cara yang jujur, amanah, bersih dan suci. Usahawan yang mementingkan rezeki yang halal adalah usahawan yang diakui Tuhan sebagai usahawan yang taat dan mendapat balasan baik di akhirat nanti. Janganlah mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan faktor halal dan haram. Rezeki yang haram akan membawa usahawan ke neraka nanti. Berusahalah menjalankan perniagaan yang halal dan pastikan perniagaan mendapat berkat dan bersih. 3.Sentiasa benar. Kebanyakan usahawan berpendapat jika seseorang mahu berjaya dalam perniagaan perlu belajar menjadi penipu dan pembohong.Sifat berbohong dan menipu akan melariskan perniagaan. Memang tidak dinafikan berbohong akan mudah melariskan jualan dan memajukan perniagaan kerana pelanggan mudah percaya dan tertarik dengan apa yang dikatakan usahawan. Walaubagaimanapun sikap berbohong dan menipu adalah sikap yang dibenci oleh Allah.Islam tidak pernah menghalalkan perbuatan berbohong untuk melariskan perniagaan. Berkatalah benar walau pahit sekalipun, begitulah sabda nabi. Dan sebuah hadis bermaksud Benar itu membawa kepada kebenaran dan kebenaran itu membawa kepada syurga. Kedua-dua hadis tersebut jelas menunjukkan kepentingan sifat benar. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Tuhan perlu sentiasa benar dalam apa jua yang dilakukan samaada dalam kehidupan seharian atau perniagaan. Jangan mengharapkan jualan yang laris dengan sikap berbohong. Berbohong akan menyebabkan rezeki yang diperolehi menjadi haram dan tidak berkat. Matlamat usahawan islam ialah

hala dan berkat. Berbohong untuk mendapatkan keuntungan dan kemajuan dalam perniagaan tidak membawa keberkatan dan keredaan Tuhan. Usahawan perlu sentiasa benar dalam apa jua keadaan. Jangan mengikut teladan sesetengah usahawan yang suka berbohong kerana perbuatan tersebut akan membawa musibah kepada usahawan nanti.Sifat buruk tersebut patut tiada dalam hidup usahawan islam yang mahu cemerlang. Sentiasalah benar dalam perniagaan. Jangan menipu dan berbohong kerana tamakkan keuntungan.Jangan jadikan rezeki itu haram dan tidak berkat. Jangan campakkan diri dalam kerosakan akibat berbohong dan berdusta. 4.Mengutamakan hak pengguna.

Usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya adalah usahawan yang menjalankan perniagaan bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi juga mementingkan hak pengguna.Usahawan yang menjual daging ayam yang tidak disembelih dengan betul dan menepati syariat ialah usahawan yang tidak menghormati hak pengguna. Usahawan yang menjual dengan harga terlampau tinggi adalah usahawan yang tidak menghormati pengguna. Usahawan yang memuji kualiti produk melebihi kualiti sebenar adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menjual produk tiruan adalah tidak bertanggungjawab. Usahawan yang menjual produk yang membahayakan pengguna adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menyembunykan aib produk adalah tidak bertanggungjawab. Usahawan yang bertanggungjawab dan menjaga hak pengguna tidak akan melakukan sebarang perbuatan yang menyusahkan pengguna dan pelanggan. Ketamakkan sesetengah usahawan mencari keuntungan sehingga sanggup melakukan apa sahaja dalam perniagaan sehingga menyusahkan pengguna dan pelanggan. Malah ada syarikat besar mencipta dan menjual produk yang memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Sebagai contoh, Viagra. Walaupun produk tersebut mampu memberi tenaga istimewa kepada lelaki tetapi telah banyak berlaku kematian dan serangan jantung kepada pengguna.Ini menunjukkan syarikat berkenaan tidak bertanggungjawab kepada pengguna. Pelbagai jamu,pil kesihatan keluaran tempatan dan luar negara dijual dipasaran. Kebanyakan usahawan tidak mengendahkan keselamatan pengguna. Apa yang penting ialah keuntungan. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan seperti mengharamkan produk yang berbahaya dan memberi kesan sampingan tetapi usahawandegil tetap mahu menjual dan boleh didapati di manamana dengan mudah. Setiap manusia adalah pengguna.Begitulah juga dengan usahawan. Setiap usahawan perlu berhatihati dalam perniagaan agar tidak melakukan perkara yang boleh menyusahkan pengguna.Usahawan yang mementingkan hak pengguna adalah usahawan yang diredai Tuhan. 5.Menunaikan zakat. Islam adalah agama sederhana dan tidak menyusahkan umatnya. Zakat adalah rukun islam,namun ianya hanya diwajibkan kepada orang yang mampu sahaja. Apabila usahawan mampu dan layak mengeluarkan zakat,maka usahawan perlu mengeluarkan zakat. Wujud usahawan yang tidak menunaikan zakat walaupun layak. Alasannya ialah mahu menggunakan wang tersebut ke arah lain

seperti melancong, membeli perhiasan,membeli barang kemas dan lain-lain. Usahawan degil merasa rugi mengeluarkan zakat walaupun tahu zakat itu wajib. Usahawan yang mahu keredaan Allah tidak akan mengabaikan zakat. Usahawan cemerlang akan memiliki akaun untung-rugi setiap tahun supaya dapat mengesan perniagaan. Mempunyai akaun akan membantu usahawan agar tahu sama ada layak atau tidak membayar zakat. Ketika zaman nabi masih hidup, wujud usahawan yang degil dan enggan membayar zakat walaupun tahu ianya wajib. Ini menunjukkan telah wujud usahawan tamak dan rakus ketika baginda masih hidup. Apa lagi pada zaman ini. Zakat akan membersihkan harta dan memberi banyak manfaat kepada orang memerlukan seperti orang miskin, orang cacat, fakir dan lain-lain. Usahawan perlu mempunyai akaun kira perniagaan dan membayar zakat jika layak jika mahu menjadiusahawan cemerlang dan diredai Tuhan. Malah harta zakat akan menjadi saksi nanti diakhirat kepada usahawan. 6.Sentiasa bersyukur. Kebiasaannya manusia akan gembira bila mendapat nikmat dan kecewa dan sedih apabila ditimpa kesusahan dan masalah.Begitulah dengan usahawan. Usahawan perlu belajar menjadi manusia bersyukur ketika susah dan senang. Usahawan perlu bersyukur ketika perniagaan menampakkan kemajuan dan tidak kecewa apabila mengalami kemerosotan. Usahawan yang bersyukur akan merasakan kemerosotan sebagai ujian dan dugaan dari Allah.

Menjadi usahawan yang bersyukur akan membersihkan usahawan daripada segala sifat keji dan hina seperti hasad dengki, sombong, takabbur, ego dan mementingkan diri sendiri. Sifat syukur juga akan mendidik usahawan menjadi manusia yang sentiasa merendah diri. Usahawan perlu sentiasa bersyukur agar diredai Allah dan nabi-Nya.Jangan hanya tahu bersyukur apabila mendapat kesenangan tetapi menyalahkan Tuhan apabila ditimpa kesusahan dan masalah. 7.Sentiasa bertaubat. Tiada manusia yang bersih tanpa noda,tidak terkecuali usahawan.Bertaubat adalah jalan membersihkan diri.Manusia sering lalai dan lupa.Manusia sering ditipu oleh nafsu dan syaitan. Usahawan perlu sering bertaubat untuk membersihkan diri.Jangan jadi usahawan yang suka menipu dan melakukan perbuatan haram,kemudian bertaubat untuk menghalalkan harta perniagaan. Ianya taubat yang tidak bernilai di sisi Tuhan. Harta haram tetap haram.I anya tidak akan menjadi halal walau ribuan zikir taubat dilaungkan. Justeru usahawan perlu menjauhkan perbuatan dan cara perniagaan yang haram. Amalkan cara dan panduan perniagaan berlandaskan suruhan dan ajaran agama. 8.Menjaga perhubungan baik dengan manusia. Usahawan banyak berinteraksi dengan pengguna dan pelanggan. Justeru usahawan perlu menjaga hubungan baik.Bukan sahaja bermatlamat keuntungan dalam perniagaan tetapi mahu mengekalkan silaturahim,persaudaraan dan kemanusiaan. Usahawan perlu menjauhkan sikap yang menyakiti manusia lain seperti menggunakan perkataan kesat, sindiran, penghinaan dan lain-lain. Usahawan juga tidak patut memandang rendah kepada manusia lain terutama orang miskin dan hina. Sikap sombong dan ego terutama berhadapan manusia serba kekurangan patut dijauhi. Lihatlah bagaimana

kereta mewah menghimpit penunggang motosikal, begitulah sikap manusia ego dan tidak bertanggungjawab. Usahawan perlu menjaga tingkah laku dan perbuatan agar tidak dibenci manusia lain. Profesion usahawan bukanlah peluang menunjukkan kehebatan dan kebanggaan tetapi adalah cara mencari rezeki halal dan mendapat keredaan Tuhan disamping menjaga hubungan baik dengan manusia. 9.Berjasa. Sebuah hadis bermaksud Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat kepada manusia lain.Justeru usahawan boleh menjadi manusia yang paling banyak berjasa kepada manusia lain kerana usahawan dilimpahkan rezeki yang lebih banyak berbanding manusia yang makan gaji. Pelbagai perbuatan baik boleh dilakukan usahawan jika mahu berjasa. Binalah perpustakaan persendirian di kawasan anda dan beri peluang pelajar dan orang ramai memanfaatkannya. Bantulah anak yatim dan pelajar miskin.Bantulah ibu atau bapa tunggal yang susah. Binalah perhentian bas. Berilah sumbangan untuk membina dewan, surau, tempat permainan dan lain-lain. Terlalu banyak perkara dan benda boleh dilakukan usahawan jika mahu menjadi manusia berjasa. Usahawan perlu mengejar keuntungan dan kekayaan, namun usahawan perlu berjasa kepada negara dan manusia lain.Jangan sia-siakan kekayaan dan keuntungan. Jadilah usahawan yang dikenang kerana kebaikan,bukan usahawan yang banyak menghabiskan harta keuntungan di tempat maksiat dan dosa. 10.Membantu usahawan lain. Jika anda berjaya dan cemerlang dalam perniagaan,bersyukurlah kepada Allah. Buktikan kasih sayang anda kepada bangsa dan agama dengan membantu usahawan lain supaya berjaya seperti anda. Andai anda berpeluang dan mempunyai kelapangan, manfaatkan masa untuk memberi ceramah kepada usahawan terutama usahawan baru, menulis artikel tentang perniagaan di akhbar dan majalah, menulis buku tentang perniagaan. Berikanlah ilmu, kemahiran, pengalaman dan pengetahuan kepada usahawan lain. Ramai usahawan menunggu buku karangan usahawan terkenal seperti Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Halim Saad, Datok Saleh Sulong dan lain-lain. Berikan idea dan pengalaman berguna kepada usahawan lain.Sekiranya tidak mampu membantu dengan wang ringgit,berikanlah ilmu.Ini berdasarkan sebuah pepatah cina yang bermaksud Apabila seseorang meminta ikan, jangan beri ikan tetapi berilah pancing dan ajarkan dia memancing . 11.Menjauhi maksiat. Usahawan perlu mengelakkan perbuatan dosa terutama sekali dosa-dosa besar. Melakukan pelbagai dosa dan maksiat akan menjadikan usahawan manusia yang tidak mencintai agama. Ramai usahawan menghabiskan masa bermain golf sehingga melupakan solat. Begitu juga ada yang berseronok dengan pelacur di negara jiran. Tidak kurang juga yang meminum arak, berjudi, mengamalkan sihir dan tangkal. Pelbagai dosa dilakukan tanpa memikirkan implikasi di hari akhirat. Usahawan perlu menjauhi maksiat.Nikmat rezeki yang halal dan bersih tidak sepatutnya dibelanjakan ke jalan yang tidak baik dan merosakkan agama. Sayangi wang dan harta dan pastikan ia membawa ke arah kebaikan.

12.Tidak melakukan sabotaj. Usahawan perlu mengelakkan perbuatan sabotaj kepada usahawan lain. Melakukan perbuatan sabotaj boleh merosakkan perniagaan orang lain dan menutup periuk nasi mereka. Usahawan yang mahu diredai Allah tidak akan melakukan perbuatan sabotaj dan meruntuhkan perniagaan orang lain. Hadapi segala masalah perniagaan dengan cara yang bersih dan beretika. 13.Membayar pinjaman. Ramai usahawan mendapat peluang pinjaman dari pelbagai badan dan agensi kerajaan dan swasta.Usahawan perlu bijak memanfaatkan peluang pinjaman untuk membesarkan dan memajukan perniagaan dan berusaha melangsaikan pinjaman sebagaimana perjanjian. Masih ramai usahawan degil dan mementingkan diri sendiri. Ada yang sengaja melewatkan pembayaran pinjaman sedangkan mampu.Usahawan perlu membayar pinjaman demi memberi peluang usahawan lain merasa wang pinjaman membesarkan perniagaan. Demikianlah beberapa ciri usahawan yang menepati ajaran agama.

Usahawan islam perlu menjadi manusia yang benar-benar mendapat keredaan Tuhan dan rasul. Jangan jadi usahawan yang tamak,rakus,mementingkan diri,kaki maksiat dan dibenci manusia. Pastikan setiap langkah dalam perniagaan membawa kebaikan kepada diri dan keluarga. Pastikan perniagaan memberi banyak faedah kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Didiklah diri menjadi usahawan yang maju dalam perniagaan dan mendapat keredaan Tuhan dan nabi-Nya.Keredaan Tuhan adalah harta dan bekalan yang amat berharga di akhirat nanti. Apalah guna kereta mewah, rumah banglo, emas permata..ianya akan ditinggalkan. Yang kekal dan berguna kepada diri ialah keredaan Tuhan.

DEFINISI USAHAWAN
Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Pada masa zaman Melayu Melaka, mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagaipedagangmanakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga. Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris entrepreneur. Perkataan entrepreneur berasal dari perkataan Perancis, entreprendre yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan entrepreneur telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan. Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:1. Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. 2. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh,

bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya. 3. Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan. 4. Websters Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan. 5. Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus berkembang. Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.

DEFINISI PENIAGA
Definisi : Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga ialah orang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli barangan dengan harga yang lebih rendah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan dan jika ia melibatkan diri dalam kegiatan perkhidmatan, ia juga akan mendapat keuntungan daripada menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga semata-mata untuk mendapatkan untung. Selain daripada itu, objektif peniaga adalah untuk mencapai matlamat peribadi. Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya terdapat perbezaan. Selain dari mencari keuntungan ushawan juga berkhidmat untuk masyarakat. Ciri-ciri Peniaga. 1. Membeli barang untuk dijual semula. 2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang dijual semula, selalunya lebih tinggi 3. Mempunyai sifat boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya mampu mengurus wang, pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur dan sistematik. 4. Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari usahawan untuk dijual. Setelah melihat definisi dan ciri-ciri seorang peniaga, kita sudah pasti dapat membezakan usahawan dan peniaga. Jadual 1.2 di bawah ini dapat memberi gambaran yang jelas mengenai perbezaan usahawan dan peniaga.

Jadual Perbezaan antara Usahawan dan Peniaga

Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :Usahawan 1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara. 2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea baru. 3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit. Ia melabelkan harga barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya berhawa dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai runcitnya seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di bandar lain. Peniaga 1) Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara. 2) Peniaga merupakan orang yang membeli sesuatu barangan pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi. 3) Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang runcit daripada pemborong dan meletakkan barangannya di kedai untuk dijual kepada pengguna.

You might also like