You are on page 1of 121

Konsep Peluasan Kuasa Asing

Pengenalan
Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapat
dua kuasa pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiran
atau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya juga, peluasan kuasa
ini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek
perdagangan kerana ia melibatkan sial kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan.

Latar belakang peluasan kuasa asing


1. Tanah Melayu
Selalunya, peluasan kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadiran
kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh
berlaku sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjian-perjanjian yang
ditandatangani.
Semenjak awal abad ke-16, Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawanan
ini bermakna penguasaan kuasa asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu di
samping pengenalan beberapa unsur asing yang sedikit sebanyak telah meresap ke dalam
budaya orang Melayu.
Kehadiran kuasa Belanda juga memberi kesan terhadap Tanah Melayu. Kuasa ini
menggantikan kuasa Portugis di Melaka tetapi tidak seperti Portugis, mereka hanya
menumpukan perhatian dalam hal-hal ekonomi.
British merupakan kuasa asing yang memberi pengaruh yang paling kuat dalam hal
pentadbiran dan segala aspek yang lain. Pada awalnya, mereka hanya bertujuan untuk
menjalankan kegiatan ekonomi, namun atas dasar keutamaan dengan China, maka mereka
pun mula menukar dasar mereka daripada tidak campur tangan kepada campur tangan.
2. Sarawak
Peluasan kuasa asing di Sarawak lebih merujuk kepada pihak British di mana seorang bekas
tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), James Brooke telah dilantik oleh Pangeran
Muda Hashim sebagai “Raja Sarawak”. Kedudukannya ini kemudian diperturunkan kepada
anaknya. Apabila sampai ke tangan Vyner Brooke, baginda telah menyerahkan kuasanya
kepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri dengan pengisytiharaan
Perlembagaan Sarawak pada tahun 1941. Kemudian, Sarawak manjadi tanah jajahan British
pada tahun 1946.
3. Sabah
Pada mulanya, Amerika berdagang dengan Sabah melalui perjanjian yang dibuat pada tahun
1850. Melalui perjanjian, C. Lee Moses mendapat tanah pajakan daripada Sultan Brunei.
Moses telah memberikan tanah tersebut kepada William Torrey. Beliau mengusahakan
tanaman kopi tetapi tidak berjaya dan kawasan itu dijual kepada Baron Von Overbeck dan
Alfred Dent. Kompeni Overbeck and Dent kemudian membentuk kompeni British untuk
menarik palabur British. Overbeck tidak dapat menyertai kompeni ini kerana dia bukan
rakyat British. Dent mendapat piagam daripada British dan sebuah kompeni yang bernama
Kompeni Berpiagam Borneo Utara ditubuhkan pada tahun 1881. Kompeni memerintah
Sabah sehingga tahun 1946 kemudian diserahkan kepada Kerajaan British.

Mekantilisme
All The Best
Mekantilisme merupakan satu dasar di mana kekayaan diukur dengan wang emas dan perak dan
objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kuantiti wang dan galian berharga dalam sesebuah
negara. Mengikut pengertian Thomas, mekantilisme ialah konsep di mana hendak menjadikan
sesebuah negara itu kaya dan kuat; menjadi semakin kaya setiap tahun disebabkan oleh negara
lain.
Kemakmuran yang dimaksudkan oleh golongen mekantilisme ialah berdasar kepada
penduduk yang ramai, pekerjaan yang menguntungkan bagi seluruh penduduk semata-mata.
Secara ringkas, mekantilisme merupakan dasar yang mementingkan 3K iaitu kekuasaan,
kekayaan dan kebajikan. Kekayaan diperolehi dengan mengusai koloni dan mengadakan
imbangan perdagangan yang memihak kepada negara induk. Kekuasaan pula diperolehi dengan
membesarkan angkatan tentera, memajukan industri perkapalan dan mengadakan akta
perkapalan yang menafikan hak berdagang di koloni untuk kuasa-kuasa asing. Kebajikan rakyat
dalam negara induk pula diperolehi dengan meluluskan akta-akta yang dapat meningkatkan
produktiviti negara antaranya Apprentice Act 1563 dan Poor Law 1600 di England.

Imperialisme
Imperialisme ialah dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa
pemerintahannya ke atas negara-negara lain. Seperti dasar mekantilisme, imperialisme juga
merupakan satu bentuk penjajahan malah ia lebih jelas kerana ia melibatkan kuasa politik dan
pemerintahan yang secara langsung meragut kedaulatan sesebuah negara atau kerajaan. Dalam
erti kata yang lain, hak untuk mentadbir dan menguasai sesuatu kumpulan masyarakat telah
diambil alih oleh satu lagi kuasa baru iaitu kuasa imperialis. Kita juga boleh mengatakan bahawa
dasar imperialis itu bermula atau berasaskan kepada konsep mekantilisme.

Kolonialisme
Kolonialisme merupakan satu dasar menguatkuasakan atau mengekalkan kekuasaan atau
pemerintahan atas negeri jajahannya. Dengan kata lain, kolonialisme bermaksud tindakan
menjajah negara lain. Kalau imperialis hanyalah meletakkan kekuasaannya terhadap sesebuah
negara atau kerajaan itu, kolonialisme pula adalah tindakan yang mencampuri hal-hal dalaman
negara atau kerajaan yang telah dijajah itu. Maknanya konsep kolonialisme itu merupakan
lanjutan kepada usaha imperialisme dalam erti kata pengukuhan kepada usaha penjajahan.

Kemunculan Kuasa Asing

Pengenalan
Kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kuasa-kuasa barat seperti Belanda,
Portugis dan British. Kemunculan kuasa asing di Tanah Melayu merupakan hasil daripada
penjelajahan dan penerokaan kawasan-kawasan baru di dunia oleh negara-negara itu sejak kurun
ke-15 dan ke-16. Faktor yang mendorong mereka ke sini adalah disebabkan oleh keperluan dari
segi bahan mentah, kemjuan dalam pengangkutan dan perhubungan dan sebagainya.

Belanda
Negara Belanda menjadi sebuah negara yang maju dan mekmur akibat kegiatan perdagangan di
Eropah. Orang Portugis yang telah berdagang dengan Timur membenarkan Belanda
menyebarkan barang-barang Timur di Eropah. Dengan cara ini, Belanda menjadi orang tengah
All The Best
bagi barang-barang Timur di Eropah dan mendapat keuntungan yang amat besar. Peranan
Belanda dalam penyebaran barang-barang Timur di Eropah membolehkannya muncul sebagai
sebuah negara mekantile yang mekmur.
Disebabkan persengketaan politik dan agama yang tercetus di antara Sepanyol dan
Belanda, Portugis menjadi musuh ketat orang Belanda di Eropah dan di Timur. Maka, orang
Belanda berniat mencari jalan laut yang baru ke Timur dan berazam merebut monopoli
perdagangan di situ. Tujuan ini telah membawa kepada persaingan di antara pedagang-pedagang
Belanda dan Portugis di Asia Tenggara.
Pada tahun 1595, ekspedisi pertama yang diketuai oleh Cornelius de Houtman belayar ke
Timur melalui Lautan Hindi dan melalui Selat Sunda ke Bantam. Antara tahun 1595 dan tahun
1601, banyak ekspedisi dibiayai oleh syarikat-syarikat Belanda ke Asia Tenggara. Banyak loji
Belanda didirikan di Asia Tenggara terutamanya di Bantam, Banda, Pulau Ambon, Acheh,
Ternate, Grisek, Johor dan Patani.
Pada 20 Mac 1602, semua syarikat di Belanda disatukan menjadi sebuah Syarikat Hindia
Timur Bersatu atau Vereenidge Oostandische Compagnie (VOC). VOC ini menjalankan
perdagangan di Timur dan juga mendirikan kubu-kubu di jalan perairan penting untuk menguasai
perdagangan di pelabuhan-pelabuhan tempatan. Malah VOC juga bertujuan melancarkan
peperangan ke atas raja-raja tempatan atau kuasa-kuasa asing untuk memperoleh hak-hak
perdagangan.
Menjelang tahun 1660-an, Belanda dapat memonopoli perdagangan di Hindia Timur.
Hakikat ini terbukti apabila Belanda menawan Melaka daripada Portugis pada tahun 1641 dan
memaksa orang Inggeris menutup semua loji mereka di Kepulauan Melayu kecuali Bangkahulu
selepas peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Ambon” pada tahun 1623.

British
British muncul sebagai sebuah negara mekantile pada permulaan abad ke-17. Hakikat ini jelas
kelihatan apabila kerajaan Inggeris menghantar ekspedisi-ekspedisi ke Timur pada akhir abad ke-
16 dan pada awal abad ke-17.
Pada tahun 1600, SHTI ditubuhkan untuk berniaga di Timur. Syarikat ini telah
menghantar ekspedisi-ekspedisi ke Timur di bawah pimpinan James Lancaster (1602), Henry
Middleton (1605) dan David Middleton (1610) dan mendirikan loji-loji perdagangan di Bantam,
Maluku, Sulawesi, Borneo, Siam, Kepulauan Banda, Sumatera dan Jawa. Penubuhan-penubuhan
loji ini menimbulkan persaingan antara British dengan Belanda. Persaingan ini bertambah buruk
dan memuncak apabila berlakunya peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon”
pada 23 Februsri 1623 dimana orang Belanda menyerang pangkalan Ambon secara mengejut dan
membunuh beberapa orang Inggeris di situ. Peristiwa ini menyebabkan SHTI menutup loji-loji
mereka di Hindia Timur dna berundur ke India. Hanya Bangkahulu dikekalkan sebagai ibu
pejabat SHTI.
Namun, menjelang pertengahan abad ke-18, SHTI kembali semula ke Hindia Timur
kerana ia memerlukan sebuah pelabuhan serta pusat perdagangan terutamanya di sepanjang Selat
Melaka untuk menjalankan perdagangan dengan negara China.
Pada tahun 1751, kerajaan China membenarkan SHTI berdagang di pelabuhan Canton.
Akibat tindakan ini, perdagangan the di antara British dengan China semakin bertambah.
Langkah British (1784) untuk mengurangkan cukai import ke atas teh dari kadar 100% ke 12½%
telah meningkatkan lagi kepentingan perdagangan teh dengan Canton.
Walau bagaimanapun, SHTI tidak mempunyai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan
persinggahan yang sesuai si antara India dengan China yang boleh memberi kemudahan berlabuh
semasa penukaran angin-angin monsun, untuk memperlengkapkan dan mengisi bekalan serta
All The Best
membaiki kapal dalam pelayaran mereka ke India atau China apabila tibanya angin monsun yang
sesuai. Kehendak ini akhirnya menyebabkan SHTI membuka satu petempatan di Pulau Pinang
pada tahun 1786.

Penubuhan Pusat-pusat Perdagangan oleh Inggeris di


Tanah Melayu

Pengenalan
Hasil daripada kegiatan perdagangan teh di antara China dengan British yang
semakin maju, British ingin mencari sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan
persinggahan yang sesuai di Alam Melayu untuk membolehkannya berlabuh
semasa angin monsun dan memperlengkapkan dan mengisi bekalan mereka serta
membaiki kapal sementara menunggu masa yang sesuai untuk berlayar ke China
lagi.

Pembukaan Pulau Pinang, 1786


Pada tahun 1780-an, sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Syah (1778-1798)

telah meminta bantuan SHTI untuk menentang serangan Siam. Baginda telah

menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI untuk dijadikan pangkalan perdagangan

dan pelabuhan persinggahan. SHTI bersetuju menerima Pulau Pinang tetapi berasa

keberatan untuk memberikan jaminan perlindungan tentara bagi menentang musuh

Kedah. Namun, Francis Light, seorang pegawai SHTI telah menyakinkan Sultan

Abdullah bahawa permintaan baginda sedang dipertimbangkan walaupun beliau

sedar bahawa SHTI tidak akan memberi naungan kepada Kedah. Bagi mencapai

matlamatnya, Francis Light telah menipu Sultan Abdullah dengan memberikan janji-

janji kosong. Atas janji-janji ini, Sultan Abdullah membenarkan Light menduduki

Pulau Pinang tetapi dengan syarat Light akan berundur jika naungan tidak diberi

oleh SHTI.

All The Best


Pada 11 Ogos 1786, British telah menduduki Pulau Pinang dengan rasminya.
Hubungan antara Sultan Abdullah dan SHTI mula tegang apabila Francis Light tidak
menghiraukan syarat yang dikemukakan oleh baginda pada bulan Ogos 1785.
Antara syarat-syarat utama baginda ialah:

1. SHTI dibenarkan menduduki Pulau Pinang dengan syarat ia mengawal


kawasan perairan Kedah daripada musuh.

2. Segala perbelanjaan perang hendaklah ditanggung oleh SHTI.

3. SHTI akan membantu Kedah sekiranya Kedah diserang dari darat oleh
musuhnya dan segala perbelanjaan akan ditanggung oleh Kedah.

Baginda tidak puas hati apabila SHTI enggan membayar ganti rugi dan bantuan

tentera untuk melindungi Kedah daripada musuhnya iaitu Bugis dan Siam.

Hubungan antara Francis Light dan Sultan Abdullah bertambah buruk apabila Light

tidak mengambil sebarang langkah untuk memastikan SHTI mematuhi syarat-syarat

tersebut.

Sultan Abdullah berasa kecewa atas sikap Light dan membuat rancangan
untuk mengambil semula Pulau Pinang. Rancangan itu dapat diketahui oleh Light.
Beliau telah bertindak dahulu dengan menyerang dan memusnahkan angkatan
tentara Kedah yang berhimpun di Seberang Perai pada bulan April 1791. Sultan
Abdullah mengalami kekalahan yang teruk dan terpaksa menandatangani perjanjian
damai dengan SHTI pada bulan Mei 1791. Syarat-syarat perjanjian 1791 ialah:

1. Kedah mengakui kedudukan SHTI di Pulau Pinang.

2. Kedah akan menerima elaun tahunan sebanyak Sp$6000 selagi SHTI


menduduki Pulau Pinang.

3. British akan membeli bekalan makanan di Kedah tanpa sebarang sekatan atas
cukai.

Walau bagaimanapun, perjanjian damai ini tidak menjanjikan sebarang

bantuan kepada Kedah untuk menentang musuhnya.

Pengambilan Seberang Perai, 1800


Di bawah pentadbiran Francis Light dan penggantinya, Pulau Pinang telah

mengalami kemajuan yang pesat dan membawa kepada pertambahan penduduk.

All The Best


Pertambahan penduduk ini telah menyebabkan Pulau Pinang terpaksa bergantung

kepada Kedah untuk mendapatkan bekalan makanan. Akan tetapi, permusuhan

masih berterusan di antara SHTI dengan Kedah walaupun selepas Perjanjian Damai

1791. Ini telah menyebabkan Kedah menghalang bekalan makanan ke Pulau Pinang.

Oleh itu, SHTI berasa perlu untuk mengambil Seberang Perai, sebuah
wilayah yang bertentangan dengan Pulau Pinang untuk dijadikan kawasan
pertanian. Pihak syarikat telah berunding dengan sultan Kedah dan berjaya
menandatangani satu perjanjian pada tahun 1800. Syarat-syarat perjanjian 1800
ialah:

1. Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI.

2. SHTI bersetuju menambahkan ganti rugi daripada Sp$6000 kepada Sp$10000


setahun selagi syarikat menduduki Pulau Pinang.

Perjanjian ini tidak menjanjikan perlindungan kepada sultan Kedah tetapi berjanji

akan melindungi pantai Kedah daripada serangan musuh.

Pembukaan Singapura, 1819


Minat untuk membuka Singapura sebagai pusat perdagangan pelabuhan

persinggahan bagi kapal-kapal dagangan antara India dan China berlaku selepas

Perang Napoleon yang tamat pada tahun 1815.

Selepas tamatnya Perang Napoleon, Jawa dipulangkan semula kepada


Belanda pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818. Apabila Belanda kembali ke
Jawa, mereka mula melaksanakan dasar monopoli perdagangan dan menyekat
perdagangan Inggeris di rantau Kepulauan Melayu.

Oleh itu, SHTI telah mengambil langkah untuk memenuhi keperluan-


keperluan berikut:

1. Melindung perdagangan Inggeris di Gugusan Kepulauan Melayu.

2. Mencegah perluasan pengaruh Belanda di rantau kepulauan Melayu dan


memecahkan monopoli perdagangannya.

3. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi kapal-kapal British yang belayar di


antara India dan China berlabuh, membaiki dan melengkapi bekalannya.

All The Best


4. Mempunyai kedudukan yang sesuai untuk mengumpul hasil-hasil selat untuk
ditukar dengan barangan China.

Pada tahun 1818, Gabenor Jeneral India, Lord Hastings, telah menghantar

Stamford Raffles untuk mencari pangkalan di Acheh dan Riau. Raffles mendapati

kedudukan Singapura yang strategik di pintu masuk Selat Melaka dan Selat Sunda

amat sesuai untuk mengawal monopoli perdagangan Belanda. Pada masa itu,

Singapura merupakan sebahagian daripda Empayar Johor dan ditadbir oleh

Temanggung Abdul Rahman.

Pada bulan Januari 1819, Raffles telah menandatangani satu perjanjian


dengan Temenggung Abdul Rahman. Menurut perjanjian ini, SHTI dibenarkan
membina loji di Singapura. Sebagai balasan, syarikat berjanji akan melindungi
Temenggung dan akan memberi bayaran tahunan sebanyak Sp$3000 kepada
Temenggung. Walau bagaimanapun, Raffles masih perlukan kebenaran Sultan Johor.
Sultan Johor pada masa itu ialah Sultan Abdul Rahman yang berada di Riau di
bawah pengaruh Belanda. Oleh itu, Raffles yakin Sultan Abdul Rahman tidak akan
melayan permintaannya untuk membuka sebuah loji perdagangan di Singapura.

Seterusnya, Raffles telah memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya


melantik Tengku Hussein, putera sulung Sultan Mahmud III sebagai Sultan Johor.
Tengku Hussein menerima tawaran itu dan menaiki takhta Kerajaan Johor dengan
Sultan Hussein Muhammad Syah. Pada 6 Februsri 1819, Sultan Hussein dan
Temenggung Abdul Rahman telah menandatangani perjanjian rasmi dengan Raffles.
Menurut perjanjian ini, Singpura diserahkan kepada SHTI. British akan membayar
Sp$5000 setahun kepada sultan dan Sp$3000 kepada Temenggung. Selain itu,
British juga akan melindungi baginda dan temenggung.

Perdagangan Singapura

Pengenalan
Singapura dibuka oleh Stamford Raffles pada tahun 1819. Dalam masa yang singkat, ia telah
muncul sebagai pusat perdagangan yang maju dan terpenting di Asia Tenggara. Nilai
perdagangan Singapura telah bertambah daripada $8568151 pada tahun 1822 kepada kira-kira
$18 juta pada tahun 1833. Nilai perdagangan tersebut seterusnya bertambah sehingga melebihi
$88 juta pada tahun 1873.

Sebab-sebab pertumbuhan perdagangan Singapura yang


pesat
1. Kedudukan geografi Singapura
All The Best
Seperti yang dinyatakan oleh N.J. Ryan, kedudukan alam Singapura merupakan faktor
penting bagi pertumbuhan perdagangannya. Singapura menempati kedudukan yang strategic
di tengah-tengah jalan perdagangan yang utama antara timur barat. Barangan perdagangan
dari Eropah (tekstil dan barangan logam) dan India (candu) dibawa ke Singapura untuk
dihantar ke negara China atau diedarkan ke seluruh Asia Tenggara. Singapura juga terletak
di pertengahan Asia Tenggara. Keadaan ini menyebabkan Singapura menjadi pusat
pengumpulan bagi hasil Asia Tenggara. Singapura terlindung dari tiupan angin monsun oleh
Pulau Sumatera. Dengan itu, pelabuhan Singapura mempunyai air yang tenang. Perairan
yang tenang telah membolehkan Singapura menjadi pusat utama bagi perdagangan melalui
perahu dan tongkang. Singapura juga merupakan tempat persinggahan yang sesuai bagi
pedagang-pedagang Asia Tenggara, China dan Eropah. Sebelum pembukaan Hong Kong
pada tahun 1842, Singapura merupakan pusat pengumpulan yang penting bagi barang-
barang dari negara China seperti sutera dan teh.
2. Dasar-dasar Inggeris
a. Dasar pelabuhan bebas
Dasar Inggeris menjadikan Singapura sebuah pelabuhan bebas telah mendorongkan
perkembangan perdagangan Singapura. Pedagang-pedagang tidak dikenakan bayaran
cukai import dan eksport. Bagi sepuluh tahun yang pertama, Singapura merupakan
pelabuhan bebas yang tunggal di Gugusan Kepulauan Melayu. L.A. Mills berpendapat
bahawa polisi pelabuhan bebas ini merupakan faktor bagi perkembangan pesat
perdagangan Singapura.
b. Sistem pentadbiran
Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda (1824), Inggeris telah menubuhkan sistem
pentadbiran yang menjamin keselamatan nyawa dan harta. Keamanan telah
menggalakkan perkembangan perdagangan Singapura.
c. Dasar penghijrahan
Dasar Inggeris tidak menyekat penghijrahan telah menyebabkan kemasukan ramai orang
Cina yang telah mendorong memajukan perdagangan Singapura. Bilangan penduduk
Cina di Singapura telah meningkat daripada 3000 orang pada tahun 1820 kepada 50043
pada tahun 1860.
d. Kemudahan-kemudahan perkapalan
Inggeris telah membekalkan kemudahan-kemudahan seperti membaiki kapal, limbungan
kapal dan gudang arang batu yang mendorong sebilangan besar kapal-kapal untuk
singgah di Singapura.
e. Pemansuhan monopoli perdagangan dengan negara China
SHTI telah memansuhkan monopoli perdagangan dengan negara China pada tahun
1833. Pemansuhan ini menggalakkan ramai pedagang berdagang dengan negara China
melalui Singapura.
3. Pembukaan pasaran-pasaran baru di sekitar Singapura
Perluasan kuasa dan pengaruh Inggeris di Asia Tenggara telah mengakibatkan pembukaan
pasaran-pasaran baru bagi hasil perdagangan Singapura yang mendorong perkembangan
perdagangan Singapura. Perlantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak pada tahun
1841 telah menambahkan perdagangan Singapura. Kejayaan James Brooke menghapuskan
kegiatan lanun di sekitar Borneo telah merintis jalan bagi perkembangan perdagangan antara
Sarawak dengan Singapura. Pada tahun 1833, tidak terdapat perdagangan antara Sarawak
dengan Singapura. Menjelang tahun 1873, nilai perdagangan tersebut melebihi setengah juta
ringgit. Pada tahun 1855, Siam (Raja Mongkut) telah membuka pintu kepada pedagang-
pedagang Inggeris melalui Perjanjian Bowring. Perkembangan ini telah memberi peluang
All The Best
kepada Singapura menjalankan perdagangan yang maju dengan Siam. Perluasan kuasa dan
pengaruh Belanda di Indonesia telah juga membuka pasaran-pasaran baru bagi hasil-hasil
perdagangan Singapura. Antara tahun 1826-1858, Belanda membuka lebih daripada 30 buah
pelabuhan bagi perdagangan di Jawa, Sumatera, Bali dan lain-lain tempat.
4. Pembukaan Terusan Suez
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah menambahkan perdagangan Singapura
dengan memendekkan perjalanan laut di antara Eropah dan Asia dan mengurangkan kos
pengangkutan. Pembukaan Terusan Suez membolehkan pemasaran lebih banyak jenis dan
kuantiti barangan perdagangan. Terusan baru ini memungkinkan penghantaran barangan
yang memerlukan ruang yang luas seperti beras dan gula. Pembukaan Terusan Suez
merupakan faktor penting bagi perkembangan perdagangan Singapura. Sesungguhnya
seorang ahli sejarah, G. Bogaars, berpendapat bahawa pembukaan Terusan Suez telah
memulihkan perdagangan Singapura dan menghasilkan satu zaman kemewahan.
5. Pengenalan kapal-kapal stim
Perubahan daripada kapal layar kepada kapal stim telah menyenangkan perdagangan dan
mengurangkan kegiatan-kegiatan lanun. Perkembangan teknologi ini telah menyebabkan
bertambahnya bilangan kapal dan pedagang asing yang datang berdagang di Singapura.
6. Perkhidmatan telegraf di antara Singapura dan London
Perkhidmatan telegraf di antara Singapura dan London yang dimulakan pada tahun 1870
telah mempercepatkan urusan perniagaan kerana laporan-laporan mengenai kedudukan
pasaran dapat dihantar dalam masa yang singkat. Menurut C.D. Cowan, perkembangan
teknologi ini telah melicinkan dan menambahkan perdagangan Singapura.

Imperialisme British
di Sabah dan Sarawak

Pengenalan
Sementara melihat penubuhan pusat perdagangan di Tanah Melayu oleh British, di Sabah dan
Sarawak juga berlakunya keadaan yang sama. Apa yang tidak sama ialah di Borneo, penguasaan
sesuatu kawasan adalah bercorak imperialis khasnya di Sarawak. Keluarga Brooke telah
menduduki Sarawak dan menjadi raja putih; manakala Kompeni Berpiagam Borneo Utara hanya
memainkan peranannya dalam sector ekonomi di Sabah.

Sarawak
Pada tahun 1841, James Brooke, seorang bekas tentera SHTI, telah dilantik sebagai Gabenor
Sarawak oleh Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan Brooke
adalah untuk membalas jasa beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh
Pangeran Indera Mahkota.
Pada 24 Januari 1841, James Brooke dilantik sebagai “Raja Sarawak” oleh Pangeran
Muda Hashim. Dengan itu, James Brooke telah memulakan pemerintahan Raja Putih di Sarawak.
Pada tahun 1842, James Brooke telah melawat Brunei untuk mendesak Sultan Brunei
supaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak.
Dalam usaha mengukuhkan kuasanya di Sarawak, James Brooke mendapat tentangan
daripada pribumi Sarawak seperti orang Iban di kawasan Saribas dan Skrang serta Sharif Sahap,
seorang ketua lanun di Sadung. Antara tahun 1843 hingga 1846, James Brooke telah

All The Best


melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan
tentera laut British.
James Brooke kemudian meluaskan kuasanya ke atas Mukah yang kaya dengan sagu.
Selepas mendapatkan kebenaran Sultan Brunei untuk meletakkan Mukah di bawah kuasanya,
James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alasan untuk menjaga keamanan di situ.
Antara tahun 1853-1861, Sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan kepasa
James Brooke. Antaranya ialah Sungai Sadong, Saribas, Rajang, Semarahan, Krian, Sekrang dan
kawasan dari Rajang hingga Tanjung Kindurong.
Pada tahun 1890, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Limbang kepada Raja
Charles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di wilayah tersebut.

Sabah
Sebelum British bertapak, Sabah dikuasai oleh 2 pihak iaitu bahagian barat Sabah yang terletak
di bawah Kesultanan Brunei dan bahagian Timur Sabah yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu.
British mula berdagang dengan Sabah apabila seorang pegawai British yang bernama
Alexander Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu,
Sultan Muizuddin pada tahun 1761. Menurut perjanjian tersebut, pihak British diberi kebenaran
untuk mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sulu, iaitu wilayah-
wilayah di Timur Kimanis.
Pada tahun 1763, Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau
Balambangan tetapi telah dimusnahkan oleh Datu Tating, saudara Sultan Israel Sulu pada tahun
1775.
Kemudian, John Herbert, seorang pegawai British yang mentadbir Pulau Balambangan,
terpaksa membuka petempatan baru di Pulau Labuan. Walaupun beliau memajukan Pulau
Labuan tetapi petempatan ini terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan
arahan SHTI. Walau bagaimanapun, pada tahun 1846, British dengan arahan James Brooke telah
berjaya mendapatkan Labuan daripada Sultan Brunei dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota
British.
Namun, British tidak dapat menjajah Sabah sehingga penubuha Kompeni Berpiagam
Borneo Utara (KBBU) pada tahun 1881.
Sebelum pentadbiran KBBU, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil
Amerika Syarikat bernama Charles Lee Moses. Pada tahun 1865, C.L. Moses telah mendapat
konsesi ke atas beberapa kawasan di pantai barat Sabah selama 10 tahun dengan bayaran $9500
daripada Sultan Brunei – Sultan Abdul Mumin (1852-1885). C.L. Moses tidak berniat
memajukan konsesi ini lalu dijual kepada The American Trading Company yang diketuai oleh
William Torrey, seorang pedagang Amerika Syarikat di Hong Kong.
William Torrey telah datang ke Sabah untuk memajukan kawasan yang dibelinya dengan
menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan. Pada tahun 1875, William
Torrey telah menjual secara konsesinya kepada 2 orang ahli perniagaan iaitu Baron Von
Overbeck (Konsul Jeneral Austria di Hong Kong) dan Alfred Dent (seorang peniaga British).
Pada masa pembelian konsesi itu, tempoh konsesi selama 10 tahun itu telah tamat.
Oleh itu, Overbeck dan Dent pergi ke Brunei memperbaharui perjanjian dengan Sultan
Brunei pada tahun 1877. Syarat-syarat perjanjian 1877 ialah:
a. Sultan Brunei menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck
dan Dent.
b. Sultan dibayar $15000 setahun sebagai ganjaran.

All The Best


Seterusnya pada tahun 1878, Sultan Sulu di Jolo telah menandatangani perjanjian dengan
Overneck dan Dent. Baginda bersetuju menyerahkan haknya ke atas Sabah kepada Syarikat
Overbeck dan Dent.
Kemudian, Syarikat Overbeck dan Dent membuat keputusan untuk membentuk sebuah
syarikat British supaya rakyat British boleh melabur dalam syarikat itu. Overbeck terpaksa
menjual segala bahagian konsesinya kepada Alfred Dent kerana syarikat yang akan dibentuk itu
ialah syarikat British dan Overbeck bukan bangsa British.
Kini, Alfred Dent menjadi pemilik tunggal konsesi di Sabah dan memohon piagam
daripada kerajaan British dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) ditubuhkan untuk
mentadbir Sabah. Dengan menganugerahkan piagam kepada syarikat itu, Kerajaan British dapat
meluaskan pengaruhnya secara tidak langsung ke atas Sabah. KBBU telah memerintah Sabah
dari tahun 1881 hingga tahun 1946.

Pelanunan

Pengenalan
Asal-usul pelanunan tidak diketahui dengan jelas. Kegiatan lanun di Perairan Tanah Melayu dan
Borneo telah meluas menjelang awal abad yang ke-19. Menjelang tahun 1825, pelanunan
merupakan ancaman besar kepada perdagangan di Gugusan Kepulauan Melayu. L.A. Mills
menyifatkan sebagai “a great ang blighting curse”. Kumpulan lanun yang paling kuat ialah
lanun-lanun dari Mindanao (Filipina). Lain-lain lanun yang penting ialah Balanini dari
Kepulauan Sulu, lanun Melayu dari Kepulauan Riau-Lingga, Dayak Laut dari Borneo Utara dan
lanun-lanun Cina yang berleluasa selepas tahun 1840. Perahu-perahu tempatan merupakan
sasaran serangan lanun. Kapal-kapal Eropah jarang sekali diserang oleh lanun. Ini adalah kerana
kapal-kapal tersebut bukan mudah ditawan dan lengkap dengan senjata.

Sebab-sebab kewujudan lanun


1. Pekerjaan turun-temurun
Pelanunan merupakan cara hidup tradisional orang-orang di Gugusan Kepulauan Melayu.
Pelanunan dianggap sebagai pekerjaan yang mulia dan memandangkan seorang lanun
mestilah berani dalam perjuangan dan mahir dalam ilmu pelayaran. Menurut L.A. Mills,
pelanunan bukan sahaja dijalankan oleh rakyat biasa tetapi juga oleh golongan bangsawan,
raja dan pedagang.
2. Kedatangan orang Eropah
L.A. Mills berpendapat bahawa kedatangan orang Eropah telah mendorong pelanunan.
Orang Portugis dan Belanda telah menghancurkan sistem perdagangan tempatan. Dasar
perdagangan monopoli Belanda menyebabkan kehilangan serta mata pencarian sebilangan
besar pedagang. Mereka dilarang menjalankan sebarang kegiatan perdagangan di
kebanyakan pulau yang berada di bawah pengaruh Belanda. Kehilangan mata pencarian ini
memaksa pedagang-pedagang beralih kepada lanun. Sebagai contoh yang paling baik ialah
orang Bugis di Makasar.
3. Bentuk muka bumi Gugusan Kepulauan Melayu
Bentuk muka bumi Gugusan Kepulauan Melayu yang berteluk, berpaya dan mengandungi
banyak sungai memudahkan lanun-lanun menyembunyikan diri semasa menanti mangsanya
atau selepas mengalami kekalahan. Sungai-sungai kecil dijadikan pangkalan memandangkan
bahawa kapal besar Eropah tidak dapat mengejar kapal layar kecil lanun kerana airnya
All The Best
cetek. D.G.E. Hall berpendapat bahawa tiada tempat lain di dunia yang mempunyai keadaan
geografi sebegitu sesuai bagi pelanunan.
4. Ketidakstabilan politik
Ketidakstabilan politik di Semenanjung Tanah Melayu (terutama sekali di Selangor dan
Perak) dan Borneo telah menggalakkan kegiatan lanun. L.A. Mills berpendapat bahawa
keruntuhan kerajaan-kerajaan Melayu telah mendorong pelanunan. Seorang pemerintah
biasanya terlalu lemah untuk mengawal kegiatan lanun.
5. Desakan ekonomi
Desakan ekonomi juga telah mendorong sebilangan orang tempatan untuk menjadi lanun.
Sebagai contoh, penduduk Sambas menjadi lanun apabila perdagangan mereka diambil alih
oleh negara jiran, Pontianak di Borneo Barat.
6. Perdagangan
Jenis perdagangan melalui perahu dan tongkang di pesisiran pantai dan sungai memudahkan
lagi kegiatan pelanunan. Perkembangan perdagangan Negeri-negeri Selat yang pesat dalam
pertengahan abad ke-19 juga mendorong kegiatan pelanunan.
7. Sokongan dari ketua-ketua tempatan
Kegiatan melanin bertambah luas kerana mendapat sokongan dari ketua-ketua tempatan.
Ketua-ketua tempatan memberi senjata dan perlindungan kepada lanun-lanun sebagai
balasan untuk sebahagian daripada hasil rompakan mereka.

Langkah-langkah untuk mengawal pelanunan sebelum tahun


1835
Sebelum tahun 1835, Kerajaan British tidak mengambil tindakan yang tegas atau berkesan untuk
mengawal kegiatan lanun. Negeri-negeri Selat tidak mempunyai bilangan kapal dan angkatan
laut yang mencukupi untuk mengawal pelanunan. Pada tahun 1831, Negeri-negeri Selat hanya
mempunyai 3 buah kapal kecil bagi melindungi perdagangan. Mahkamah Negeri-negeri Selat
tidak mempunyai kuasa untuk membicara atau menghukum lanun-lanun. Sebaliknya, lanun-
lanun dihantar ke Calcutta untuk dibicarakan dan selalunya mereka dibebaskan kerana
kekurangan bukti. Keadaan ini disebabkan oleh keengganan Kerajaan British terutama sekali
selepas tahun 1833, untuk membelanjakan wang ke atas Negeri-negeri Selat yang tidak
mendatangkan sebarang hasil baginya. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 memperuntukkan
bahawa Inggeris dan Belanda akan bekerjasama untuk menghapuskan pelanunan. Namu
demikian, kerjasama tersebut tidak diamalkan. Kerajaan British hanya mengambil dua langkah
yang positif sebelum tahun 1835 untuk mengawal pelanunan:
a. Kapal HMS Southampton bersama dengan kapal perang Diamond pada tahun 1830 berjaya
menewaskan sebuah angkatan lanun yang terdiri daripada 30 buah perahu di Selat Melaka.
b. Kapal HMS Harrier pada tahun 1833 telah memusnahkan sebuah petempatan lanun di Pulau
Durian yang terletak di selatan Selat Singapura.

Langkah-langkah untuk mengawal pelanunan selapas tahun


1835
Pada tahun 1835, pedagang-pedagang British dan Cina di Singapura menghantar surat-surat
rayuan kepada Kerajaan India dan Parlimen British yang menggesa mereka mengambil langkah-
langkah yang berkesan bagi menghapuskan pelanunan.
1. Penghantaran kapal-kapal perang
Hasil daripada surat-surat rayuan yang dihantar pada tahun 1835, kerajaan British
menghantar kapal perang HMS Andromache di bawah pimpinan Kapten Chads ke Selat
Melaka dalam tahun yang sama untuk mengawal kegiatan pelanunan. Pada tahun 1836, dua
All The Best
buah lagi kapal perang iaitu HMS Wolf dan Raleigh dihantar ke Negeri-negeri Selat. Kapal-
kapal ini meronda Selat Melaka dan sepanjang pantai timur Semenanjung Tanah Melayu dan
berjaya memusnahkan beberapa petempatan lanun termasuk petempatan di Pulau Galang.
Pada tahun 1837, kerajaan British menempatkan secara tetap 2 buah kapal Angkatan Laut
Diraja dan 5 buah bot bersenjata di Negeri-negeri Selat.
2. Penghantaran kapal-kapal stim
Kapal-kapal stim memainkan peranan penting dalam menghapuskan pelanunan. Pada tahun
1837, Kerajaan British menempatkan kapal stim yang pertama, iaitu Diana di Negeri-negeri
Selat untuk mengawal pelanunan. Kedatangan kapal stim Diana merupakan titik peralihan
dalam sejarah penghapusan pelanunan. Kapal Diana mempunyai kelajuan sebanyak 5 knot
sejam dan tidak perlu bergantung kepada angin bagi pelayaran. Faktor-faktor ini
memudahkan operasi-operasi menentang lanun. Dalam pertempuran yang pertama (1837),
kapal Diana telah memusnahkan 6 buah perahu lanun di sekitar perairan pantai Terengganu.
Pada tahun 1862, Kerajaan India menempatkan 2 buah kapal stim, iaitu Pluto dan Avon di
Negeri-negeri Selat.
3. Kuasa membicarakan kes pelanunan
Pada tahun 1837, Negeri-negeri Selat diberi kuasa untuk membicara dan menghukum lanun-
lanun. Langkah ini dapat mengawal kegiatan lanun pada setakat yang tertentu.
4. Peranan James Brooke dan Angkatan Laut British di Borneo
James Brooke dengan bantuan Angkatan Laut British (Skuadron Timur Jauh)
bertanggungjawab bagi penghapusan kegiatan lanun di Borneo. Pada tahun 1843-1844,
James Brooke dengan bantuan kapal HMS Dido yang dipimpin oleh Kapten Keppel
memusnahkan kubu-kubu lanun Saribas dan Sikarna (Dayak Laut). Pada tahun 1845,
Laksamana Cochrane dan skuadronnya memusnahkan petempatan-petempatan lanun di
Teluk Marudu, Barat Laut Borneo. Tugas menghapuskan petempatan lanun di barat laut
Borneo diselesaikan oleh Captain Mundy yang memimpin kapal HMS Iris pada tahun 1846.
Pada tahun 1847, kapal Nemesis menewaskan satu skuadron Balanini berhampiran dengan
Labuan. Pada tahun 1849, James Brooke dengan bantuan kapal-kapal Angkatan Laut British
(HMS Albatross dan HMS Royalist) dan kapal-kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris
(Nemesis dan Semiramis) menewaskan lanun-lanun Dayak Laut dengan teruknya di Batang
Maru.
Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874 telah mengurangkan dengan
banyaknya kegiatan pelanunan di Semenanjung Tanah Melayu. Menjelang akhir abad ke-19,
pelanunan di perairan Tanah Melayu dan Borneo telah luput sama sekali.

Kongsi-kongsi Gelap Cina

Pengenalan
Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad
merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan
kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan
Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti
Hui (Liga Syurga dan Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama
selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi
kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-

All The Best


kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills
menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers
Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada
penjenayah Cina.

Sebab-sebab penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina


1. Kewujudan kongsi-kongsi gelap di China Selatan
Kebanyakan orang Cina yang berhijrah secara ramai-ramai ke Negeri-negeri Selat dalam
abad ke-19 merupakan bekas ahli kongsi-kongsi gelap di negara China. Tradisi kongsi-
kongsi gelap ini telah diteruskan oleh orang Cina di Negeri-negeri Selat.
2. Keperluan organisasi bagi perlindungan dan bantuan bersama
Orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat berasal dari kawasan-kawasan yang
berlainan di negara China dan terdiri daripada berbagai-bagai suku. Mereka juga
mempunyai bahasa pertuturan dan adat yang berlainan. Faktor-faktor ini dan keadaan
sekeliling yang baru telah menyebabkan orang Cina memasuki kongsi gelap yang
seketurunan bagi tujuan perlindungan diri dan bantuan bersama. Selain daripada
menjalankan kegiatan-kegiatan jenayah, kongsi-kongsi gelap ini merupakan persatuan
kebajikan dan sosial. Mereka membantu ahli-ahli yang berada dalam kesusahan,
menguruskan pengebumian ahli-ahli yang meninggal dunia dan membantu ahli-ahli mencari
pekerjaan.
3. Kewujudan peluang-peluang kekayaan dan kuasa
Kongsi-kongsi gelap juga ditubuhkan dengan tujuan menguasai lombong-lombong bijih
timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran.
4. Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat
Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat telah menggalakkan penubuhan kongsi-
kongsi gelap Cina. Pegawai-pegawai awam dan pasukan polis tidak mencukupi untuk
mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap. Pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis
sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan, tiada terdapat
seorang pegawai pun sebelum tahun 1867 yang boleh bertutur dalam bahasa Cina atau
memahami adat orang Cina. Tiada terdapat jentera kerajaan sebelum tahun 1877 bagi
menguruskan hal-hal berkaitan dengan kaum Cina di Negeri-negeri Selat. Malahan tiada
terdapat kakitangan kehakiman yang mencukupi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah.
Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini
telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina.

Langkah-langkah mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap


Cina
1. Sebelum tahun 1867
Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-
kongsi gelap. Pentadbiran Negeri-negeri Selat sehingga tahun tersebut adalah di bawah
kawalan Kerajaan India yang telah mengamalkan sikap tidak peduli dalam hal ehwal
tempatan. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya
memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan
meminta mereka menjaga ketenteraman.
2. Selepas tahun 1867
a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867
Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri
Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor
All The Best
mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam
ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. Hukuman dera
(Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan.
b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869
Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang
mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang
ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan
dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.1
c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877
Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A.
Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat
keyakinan kaum Cina.
d. Kelulusan Undang-undang
Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang
Cina telah diluluskan
e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889
Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang
mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan
untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap
bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain.
Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerjaan Negeri-negeri Selat
untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi
gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Pengenalan
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini
ditandatangani untuk mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan
keduanya sentiasa dalam keadaan tegang di samping adanya kepentingan-kepentingan mereka
sendiri. Termeterainya perjanjian tersebut merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah
Tanah Melayu dan juga Indonesia.

Faktor-faktor membawa kepada perjanjian


1. Persaingan perdagangan di Timur

Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia Tenggara pada
awal abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai perhubungan baik. VOC yang
bertapak di Betawi (1619) telah menjalinkan hubungan baik dengan raja-raja tempatan.
Kemudian, Belanda berjaya meluaskan empayarnya ke Melak (1641). Pada ketika itu, SHTI
sedang mencari pangkalan perdagangan dan pangkalan tentera di rantau Asia Tenggara.

All The Best


Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikap
Belanda yang menjalankan dasat ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara;
manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk
berdagang di rantau ini.
Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-
pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris. Contoh yang baik bagi pegawai
Belanda yang bersifat anti-Inggeris ialah Jan Peterzoon Coen dan Van der
Capellan, kedua-duanya ialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi pihak Inggeris pula
yang bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain.

Oleh sebab sifatnya yang anti-Inggeris menyebabkan Jan Peterzoon Coen


menyerang orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar
dari Pulau Jawa (1619). Kota Jakarta telah dibakar hangus, lalu didirikan kota
yang baru dan diberi nama “Betawi”. Keadaan menjadi semakin serius apabila
berlaku peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon” pada tahun
1623. dalam kejadian ini, beberapa orang Inggeris dan Portugis telah dihukum
bunuh kerana ditubuh mengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintah
Belanda di Ambon.

Akibat dari kejadian ini, hubungan di antara mereka menjadi tegang dan
pihak British hampir menutup hampir semua lojinya kecuali di Bangkahulu di
selatan pantai barat Sumatera dan berundur dari Kepulauan Hindia Timur.
Kegiatan perdagangan mereka kemudian bertumpu di India.

2. Dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah

Bagi British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segi


“pertahanan/keselamatan”. Ini disebabkan kedudukan antara Negeri Belanda dengan British
adalah berdekatan. Negeri Belanda ialah tempat yang paling sesuai untuk digunakan oleh
pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British. Peristiwa ini telah pun terjadi pada
tahun 1795, apabila Napoleon Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusat
gerakan tenteranya untuk menyerang British.
Dalam peristiwa ini, British sedar bahawa Belanda dapat menentukan masa depan Btitish. Oleh itu,
pihak British benar-benar mengharapkan bantuan dan persahabatan dari Belanda untuk menentang musuh.
Malahan, British terpaksa membantu Belanda menguatkan pasukan tenteranya supaya negeri itu dapat
mempertahankan diri dari serangan musuh. Ini membuktikan bahawa British berharap agar Belanda menjadi
barisan hadapan jika terjadi sebarang peperangan.
British juga sedar bahawa kedudukannya di Eropah mulai terancam. Ini
disebabkan perhubungannya dengan negara-negara Barat yang lain telah
pudar. Selepas Perang Napoleon (1795-1815), British terpencil dari rakan-rakan
sekutunya yang pada satu ketika dahulu sama-sama menentang Napoleon.
Prusia, Austria dan Rusia mulai mengasingkan diri dari England kerana
perbezaan idea dan juga disebabkan perbezaan mazhab agama. Oleh itu,
British mengharapkan Belanda dapat menjadi penyokongnnya di Eropah.

Keinginan British untuk berbaik-baik dengan Belanda jelas kelihatan


dalam Konvensyen 1815 yang berlangsung selepas tamatnya Perang Napoleon.
Inggeris telah bersetuju untuk menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan Melaka
All The Best
pada tahun 1818 kepada Belanda yang diperolehi melalui Surat-surat Kew 1795.
Kerajaan British berbuat demikian sungguhpun mendapat tentangan hebat
daripada SHTI memandangkan Pulau Jawa merupakan sebuah pelabuhan
perdagangan yang berpotensi.

3. Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura

Stamford Raffles menentang keputusan pihak British yang hendak memulangkan Pulau
Jawa kepada Belanda. Raffles berpendapat bahawa Pulau Jawa amat penting bagi strategi
British sama ada dari segi perdagangan mahupun ketenteraan. Tambahan pula, Pulau Pinang
yang dibuka pada tahun 1786 tidak lagi dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan SHTI di
rantau ini kerana kedudukannya yang jauh di utara dan di luar laluan perdagangan. Selain
itu, Bengkahulu juga kurang strategik memandangkan kedudukannya di pantai barat
Sumatera terpisah daripada laluan perdagangan di Selat Melaka.
Oleh itu, Raffles berhasrat membuka sebuah pelabuhan yang berkedudukan strategik untuk bersaing
dengan pelabuhan Betawi dan menyekat pengaruh Belanda di Hindia Timur. Akhirnya, beliau telah berjaya
membuka Singapura pada tahun 1819.
Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di Singapura
telah dibantah oleh Belanda. Pihak Belanda mendakwa bahawa Singapura adalah wilayah di bawah
naungannya. Belanda mengatakan Raffles mencerobohi wilayah mereka dan mengugut akan menggunakan
kekerasan sekiranya British enggan berundur dari Singapura. Dengan itu, masalah ini telah menimbulkan
perang dingin antara British dan Belanda.
Bantahan juga dibuat oleh Gabenor Jeneral Betawi iaitu Baron Van der Capellan kepada Gabenor
Jeneral India, iaitu Lord Hastings. Ini telah mencetuskan sati “peperangan kertas” di antara mereka antara
tahun 1819 hingga 1824.
4. Kemajuan Singapura

Gabenor Jeneral Lord Hastings menolak dakwaan Belanda memandangkan Singapura


merupakan sebuah pelabuhan bertaraf bebas yang membawa keuntungan kepada pihak
Inggeris. Dalam jangka masa setahun sahaja, nilai perdagangan melebihi $4 juta. Pada tahun
1823, nilai perdagangan Singapura bertambah kepada $13.2 juta. Selain itu, penduduk di
Singapura juga meningkat kepada 10000 orang. Dalam keadaan ini, saudagar-saudagar
SHTI di Calcutta mendesak petempatan Singapura dikekalkan.
Kemajuan pesat Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindia Timur. Perdagangan
pelabuhan-pelabuhan Belanda di Hindia Timur seperti Betawi mulai mengalami kemerosotan. Untuk
mengelakkan pertempuran yang terbuka, pihak British mengambil langkah untuk berunding dengan Belanda.
5. Masalah kewangan Belanda

Negara Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang
Napoleon. Belanda telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangannya yang
diambil alih oleh Britain. Kini VOC hampir dengan garis kebankrapan. Untuk
mengelakkannya daripada berlaku, VOC telah berhutang kepada pihak British.
Bantuan dan pinjaman telah diberikan oleh British. Menurut J.S. Furnival, hutang Belanda pada tahun 1815
ialah 600 juta Florin dimana hutang terhadap British adalah sebanyak £144 juta.
Apabila VOC dibubarkan pada tahun 1799, Kerajaan Belanda
bertanggungjawab memikul beban hutang yang ditinggalkannya. Untuk
menyelesaikan masalah hutang piutang ini, Belanda telah mengambil langkah
untuk berunding dengan British bagi mencapai suatu persefahaman melalui
perjanjian selain mengelakkan pertempuran daripada berlaku.

All The Best


Syarat-syarat Perjanjian
Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London.
Pihak British diwakili oleh George Canning dan pihak Belanda pula diwakili oleh
Charles W. Wymn. Kandungan perjanjiannya ialah:

1. Syarat-syarat kewilayahan

a. Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura. British


bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulau-pulai Karimon, Bantam, Bintang,
Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura. British juga
bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau tersebut.
b. British menarik semula bantahannya terhadap pendudukan Belanda di
Pulau Belitong dan lain-lain kawasan.

c. Bandar dan pelabuhan Melaka serta tanah jajahannya diserahkan kepada


British. Belanda bersetuju tidak akan membuat sebarang perjanjian atau
pelabuhan di kawasan tersebut.

d. Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda. British bersetuju


tidak akan membuat tempat persinggahan atau perjanjian dengan ketua-
ketua di Sumatera.

e. Belanda menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewanya yang


ada kepada British. Belanda juga akan membayar sebanyak £100000
kepada Britsh sebagai penyelesaian hutang-piutangnya.

f. Wilayah-wilayah tersebut tidak boleh diberikan kepada kuasa-kuasa lain.


Jika salah satu kuasa itu meninggalkannya, wilayah itu mestilah diserahkan
kepada kuasa yang satu lagi.

g. Semua penduduk di wilayah jajahan yang telah ditukarkan diberi tempoh


selama 6 bulan untuk menguruskan harta mereka sekiranya mereka hendak
berpindah ke negeri-negeri yang mereka pilih.

h. Perpindahan hak-hak kedua-dua pihak hendaklah mula dijalankan pada 1


Mac 1825.

2. Syarat-syarat perdagangan

a. Kedua-dua pihak bersetuju membenarkan saudagar mereka menjalankan perniagaan di


Kepulauan Timur, India dan Ceylon dengan hak masing-masing. Kedua-dua pihak
hendaklah mengikuti peraturan-peraturan perdagangan di tiap-tiap kawasan.
b. Rakyat dari satu negeri mestilah membayar cukai tidak lebih daripada
bayaran yang dikenakan kepada rakyat dari negeri yang mempunyai
pelabuhan.

c. Kedua-dua pihak mestilah mengarahkan rakyat, pihak yang berkuasa


tentera dan awam supaya menghormati kebebasan perdagangan.

All The Best


d. Kedua-dua pihak mestilah menghapuskan lanun-lanun di laut sebelah
timur dan jangan membenarkan lanun-lanun menjual barang-barang
dagangan mereka di kawasan atau daerah kepunyaan mereka.

e. Pelabuhan-pelabuhan yang baru tidak dibenarkan ditubuhkan di


Kepulauan Timur tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu dari kerajaan
mereka di Eropah.

f. British mengakui monopoli Belanda terhadap perdagangan rempah di


Kepulauan Maluku.

Kesan-kesan Perjanjian
1. Pembahagian Kepulauan Melayu kepada 2 lingkungan pengaruh

Kesan yang nyata hasil daripada perjanjian ini ialah terbentuknya 2 kawasan
pengaruh. Belanda ingin menguasai kawasan-kawasan meliputi Pulau Jawa,
Sulawesi atau dengan kata-kata lain semua gugusan Kepulauan Melayu ke
selatan Selat Singapura; manakala British menguasai kawasan-kawasan yang
meliputi Singapura, Melaka dan daerah-daerah lain di Tanah Melayu. Perjanjian
ini merupakan satu titik peralihan dalam perkembangan politik di Kepulauan
Melayu. British dan Belanda kini dapat meluaskan pengaruh perdagangan dan
politik mereka di kawasan masing-masing tanpa gangguan daripada pihak lain.

2. Perpecahan Empayar Johor

Dengan pembahagian 2 kawasan pengaruh itu, secara tidak langsung telah membawa kepada
runtuhnya Empayar Johor. Kini Singapura dan Tanah Besar Johor dikuasai oleh British dan
Riau-Lingga jatuh ke bawah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga menyelesaikan masalah
perebutan takhta Johor kerana Sultan Hussein menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor
dan Sultan Abdul Rahman menjadi sultan di Kepulauan Riau-Lingga. Bendahara Ali di
Pahang juga mengambil kesempatan untuk cuba membebaskan diri dari kekuasaan Johor.
Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengisytiharkan kemerdekaan Pahang dan Empayar
Johor dikatakan runtuh sejak saat ini.
3. Perhubungan Inggeris-Belanda di Timur

Perhubungan mereka masih tegang. Rasa benci orang Inggeris terhadap Belanda disuarakan
dalam laporan-laporan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat dan dalam akhbar-akhbar
Singapura. Persaingan perdagangan terus menjadi sengit. British menuduh Belanda
melanggar syarat-syarat perjanjian, tetapi, British terpaksa menelan hakikat ini dan terus
memberi bantuan kepada Belanda dan memastikan bahawa Belanda benar-benar menjadi
sekutu yang dapat mengimbangkan kekuatan British terutama di Eropah.
4. Pertelingkahan mengenai Borneo

Perbalahan antara pihak British dan Belanda di Kepulauan Melayu tersetus akibat salah
faham terhadap syarat-syarat kewilayahan. Perbalahan mengenai syarat “sebarang pulau lain
ke selatan Singapura” tercetus apabila Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada pihak
British pada tahun 1846. Belanda menganggap bahawa Labuan terletak di selatan Selat
All The Best
Singapura dan berada di lingkungan pengaruhnya. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat
diselesaikan apabila pihak British dapat membuktikan kedudukan geografi Labuan yang
sebenarnya.
5. Pelanunan

Belanda tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang berkenaan dengan


penghapusan lanun di perairan Kepulauan Melayu. Pihak Belanda hanya
mengambil tindakan terhadap kegiatan pelanunan di kawasan perairan di
bawah pengaruhnya iaitu Kepulauan Hindia Timur. Akibatnya, British terpaksa
mengambil langkah-langkah sendiri untuk menghapuskan pelanunan dan ini
memakan masa serta menelan banyak perbelanjaan.

Negeri-negeri Selat

Pengenalan
Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan iaitu Pulau Pinang
yang telah ditubuhkan pada 1786; Singapura yang diperolehi daripada Temenggung
Abdul Rahman pada tahun 1819 dan Melaka yang diterima selepas Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824. Ketiga-tiga kawasan ini kemudian disatukan dan dipanggil
sebagai Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.

Penubuhan Negeri-negeri Selat, 1826-1890


Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan. Pertama, Pulau
Pinang yang telah ditubuhkan sejak tahun 1786. Pada tahun 1805, Kerajaan India
telah mengangkat Pulau Pinang menjadi “Presidency” ke-4 selepas Madras, Bombay
dan Benggala di India. Pulau Pinang mempunyai seorang gabenor sebagai ketua
negara. Kedua, Singapura yang ditubuhkan pada 1819 dengan seorang Residen
yang bertanggungjawab kepada Kerajaan India. Sebelumnya iaitu di antara 1819-
1823, semua arahannya datang secara langsung dari Raffles di Bengkahulu dan
bukan dari Pulau Pinang, tetapi selepas Raffles pulang ke England (1824), Singapura
terus diletakkan di bawah pentadbiran India. Ketiga, Melaka yang diperolehi melalui
pertukaran dengan Bengkahulu yang diserahkan kepada Belanda berdasarkan
Perjanjian Inggeris-Belanda diletakkan secara langsung di bawah pentadbiran
Kerajaan India.

Pada tahun 1826, Kerajaan India mengambil kesempatan untuk


menyatupadukan ketiga-tiga negeri menjadi satu bentuk pemerintahan dengan
tujuan untuk mengurangkan bilangan pegawai-pegawai. Pernyataan ini kemudian
dipanggil Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat ini terus menjadi Presidency ke-4
dan Pulau Pinang dijadikan ibu negerinya. Seorang gabenor dilantik dan ianya
All The Best
tertakluk kepada arahan-arahan dari Kerajaan India. Pada tahun 1832, pusat
pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Singapura.

Pada tahun 1830, taraf Presidency Negeri-negeri Selat telah diturunkan ke


taraf Residency. Dengan itu, jawatan gabenor telah dijadikan Residen. Kemudian 2
orang Timbalan Residen telah dilantik di Pulau Pinang dan Melaka. Tetapi selepas
tahun 1832, jawatan gabenor digunakan semula di Negeri-negeri Selat.

Perpindahan pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat


Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India ia telah diletakkan
di bawah kawalan 3 bentuk pentadbiran, antaranya:

a. 1831-1851 – ditadbir oleh Kerajaan Benggala

b. 1851-1858 – diletakkan secara langsung kepada Pejabat Gabenor Jeneral

c. 1858-1867 – diserahkan kepada Pejabat India

Rayuan untuk perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Pejabat India ke Pejabat
Tanah Jajahan telah bertambah kuat selepas pengenalan Akta Mata Wang dan cukai pelabuhan.
Malah, rayuan dibuat kepada Kerajaan India pada masa itu terlibat dalam
satu pemberontakan sepoi (Dahagi India, 1857) di mana sepoi-sepoi India bangkit
menentang SHTI. Peristiwa Dahagi itu jelas memperlihatkan kelemahan Pejabat
India untuk memerintah India sendiri dan membuktikan ketidakmampuan untuk
mentadbir Negeri-negeri Selat yang jauh.

Dalam rayuan itu, saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat telah meminta


Pejabat Tanah Jajahan di London supaya mengambil alih kuasa pentadbiran Negeri-
negeri Selat daripada Pejabat India.

Selepas tamatnya peristiwa Dahagi, iaitu 1858, SHTI telah dibubarkan dan
kuasa pentadbiran India diletakkan di bawah Kerajaan British di London. Pada 10
Ogos 1866, Parlimen meluluskan Akta Perpindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selat
dari India ke Pejabat Tanah Jajahan.

Pada 1 April 1867, Akta tersebut dikuatkuasakan dan pentadbiran Negeri-


negeri Selat dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Dengan ini, Negeri-
negeri Selat mencapai taraf Tanah Jajahan Mahkota.

Sebab-sebab perpindahan
1. Kedudukan India yang jauh dari Negeri-negeri Selat

Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India, telah timbul beberapa
masalah dan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai terutama golongan saudagar yang
merupakan golongan terpenting. Mereka menuduh Kerajaan India tidak cuba menyelesaikan

All The Best


masalah dan memenuhi keperluan mereka. Dengan lain perkataan, Kerajaan India cuai
menjalankan tugasnya. Kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh Kerajaan India dan
mungkin tidak dapat dielakkan kerana kedudukan India yang begitu jauh daripada Negeri-
negeri Selat. Keadaan ini menyebabkan satu-satu arahan penting yang hendak disampaikan
ke Negeri-negeri Selat mengambil masa yang lama untuk diterima. Keadaan ini menjadi
semakin serius apabila tidak ada pegawai-pegawai India yang mengetahui benar-benar akan
kedudukan Negeri-negeri Selat. Yang penting, antara India dan Negeri-negeri Selat
mempunyai perbezaan yang besar sama ada dari segi politik mahupun dari segi sosial. Oleh
itu, segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan India sering-kali bertentangan dengan
kehendak-kehendak atau tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat Negeri-negeri Selat.
2. Sikap kecuaian Kerajaan India dalam masalah Negeri-negeri Selat

a. Masalah lanun
Sikap cuai Kerajaan India jelas dilihat dalam usaha mereka membasmi lanun
yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh. Kejadian rompakan berlaku
berleluasa di Selat Melaka dan perairan Singapura. Kegiatan lanun dilakukan
oleh beberapa puak seperti Ilkanon, Sikarna, Melayu, Dayak dan lain-lain.
Kadang-kala, mereka tidak sahaja merompak malah membakar kapal-kapal
perdagangan serta membunuh anak-anak kapal atau ditawan lalu dijadikan
hamba abdi. Peristiwa rompakan oleh lanun sudah pasti menjejaskan
perdagangan Negeri-negeri Selat. Dalam tahun-tahun 1850, orang Cina
turut terlibat dalam peristiwa lanun.

b. Mengawal kegiatan kongsi gelap

Seperti masalah lanun, Kerjaan India juga dituduh tidak berjaya dalam usahanya
mengawal kegiatan kongsi gelap cina. Dalam hubungan dengan kongsi gelap cina,
Kerajaan India menggunakan sistem “indirect rule” iaitu memberi kebebasan kepada
kongsi gelap itu menjalankan kegiatan mereka. Oleh sebab kongsi gelap cina di Negeri-
negeri Selat ditubuhkan berdasarkan puak-puak, menyebabkan sering terjadi
pergaduhan antara mereka yang kemudiannya diikuti oleh peristiwa pembunuhan.
Keadaan ini semua memberi kesan buruk kepada saudagar.
Bagi golongan saudagar Negeri-negeri Selat pula, usaha-usaha yang
lebih giat hendaklah dijalankan lebih-lebih lagi memandangkan hilangnya
monopoli perdagangan Inggeris di Negeri China pada tahun 1833. Dengan
kehilangan monopoli perdagangan itu sudah tentu tumpuan hendaklah
dibuat ke Negeri-negeri Selat. Tetapi, jika kegiatan lanun dan kongsi gelap
tidak dapat dikawal, bermakna cita-cita hendak menjadikan Negeri-negeri
Selat sebagai pusat perdagangan Inggeris yang penting di bahagian timur
tidak akan tercapai.

3. Sikap kecuaian Kerajaan India terhadap pentadbiran Negeri-negeri Selat

Dasar pengurangan pegawai-pegawai untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran Negeri-


negeri Selat menyebabkan kecekapan pentadbirannya merosot. Ini adalah kerana Negeri-
negeri Selat semakin maju tetapi bilangan pegawai tidak mencukupi untuk menguruskan
kerja tambahan. Selain itu, pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri Selat juga tidak terlatih
dalam pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka adalah muda dan tidak faham tentang
All The Best
bahasa dan adat resam orang tempatan. Oleh itu, mereka menghadapi masalah untuk
menjalankan tugas dengan cekap. Pegawai-pegawai ini juga diberi gaji yang rendah dan
kenaikan pangkat tidak terjamin. Jadi, mereka tidak berminat dalam tugas mereka. Justeru
itu, mereka mengamalkan rasuah.
Kerajaan India juga tidak mengambil tindakan tegas untuk mengekalkan keamanan di Negeri-negeri
Selat. Bilangan anggota polis tidak mencukupi untuk menjaga ketenteraman, misalnya pada tahun 1831,
hanya terdapat 18 orang polis untuk menjaga penduduk seramai 16000 di Singapura. Sistem keadilan di
Negeri-negeri Selat juga tidak cekap kerana tidak ada hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlatih dan
kekurangan mahkamah untuk membicarakan serta mengadili kes-kes jenayah dan awam. Hanya terdapat
seorang hakim di Negeri-negeri Selat pada tahun 1856. Ini menyebabkan banyak kes tertangguh.
4. Ketiadaan perwakilan tempatan

Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak mempunyai majlis perundangan untuk memilih wakil-
wakil rakyat dalam menyuarakan pendapat rakyat tempatan berkenaan pentadbiran Negeri-
negeri Selat. Jadi, undang-undang digubal dan diluluskan di majlis perundangan di Calcutta
atau Parlimen oleh ahli-ahli dan pegawai-pegawai yang jahil mengenai keadaan Negeri-
negeri Selat. Undang-undang yang digubal tidak secocok dengan keadaan di Negeri-negeri
Selat kerana keadaan sosioekonomi di Negeri-negeri Selat jauh berbeza daripada India dan
Britain. Malah, undang-undang ini digubal tanpa menghiraukan pandangan pegawai-
pegawai tempatan. Oleh itu, pedagang-pedagang tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan
India dan menuntut supaya sebuah majlis perundangan ditubuhkan dan diwakili oleh wakil
tempatan.
5. Penempatan banduan di Negeri-negeri Selat

Kerajaan India mengambil keputusan untuk menghantar banduan dari India ke Negeri-
negeri Selat, misalnya menjelang tahun 1857, seramai 4000 orang banduan telah dihantar ke
Negeri-negeri Selat. Tindakan ini dibantah keras oleh saudagar-saudagar yang diketuai oleh
W.H. Read. Mereka menganggap kehadiran banduan akan menjejaskan imej Negeri-negeri
Selat dan mengancam nyawa mereka. Besar kemungkinan perdagangan Negeri-negeri Selat
akan merosot kerana saudagar asing akan merasa bimbang untuk melakukan aktiviti
perdagangan. Selain itu, Negeri-negeri Selat juga terpaksa membiayai perbelanjaan untuk
menanggung banduan-banduan itu dan seterusnya menambahkan beban kewangan dan
sosial mereka.
6. Dasar tidak campur tangan Kerajaan India

Faktor ini adalah berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi pendapat mereka,
polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu akan merugikan perdagangan dan
mengurangkan pengaruh British. Mereka inginkan Kerajaan India untuk campur tangan dan
menamatkan keadaan huru-hara di Negeri-negeri Melayu yang semakin berleluasa. Mereka
mengharapkan agar keamanan di Negeri-negeri Melayu dapat dipulihkan untuk kemajuan
perdagangan dan pelaburan. Namun, Kerajaan India enggan berbuat demikian. Di
sebaliknya, mereka mengamalkan dasar pro-Siam di mana dasar ini telah merugikan
kegiatan perdagangan saudagar British.
7. Akta Mata Wang, 1855

Pada tahun 1855, Akta Mata Wang telah diluluskan di mana akta ini menjadikan mata wang
rupee dan paisa sebagai mata wang yang sah di Negeri-negeri Selat bagi menggantikan mata
wang ringgit perak dan sen. Akibatnya, bantahan-bantahan telah timbul disebabkan
saudagar-saudagar telah biasa dengan penggunaan wang ringgit dan juga disebabkan nilai
wang rupee adalah tidak stabil berbanding dengan nilai wang ringgit. Masalah ini menjadi
All The Best
kemuncak kemarahan dan rasa tidak puas hati golongan saudagar terhadap pentadbiran
India. Akhirnya, Kerajaan India terpaksa menarik balik pelaksanaan mata wang rupee.
8. Pengenaan cukai pelabuhan, 1856

Pada awal tahun 1830-an, Kerajaan India telah mengalami kemelesetan ekonomi. Untuk
mengatasinya, maka pada tahun 1833 telah dicadangkan untuk mengenakan cukai
pelabuhan. Kemudian dalam tahun 1856, ketetapan telah diambil oleh Kerajaan Indiauntuk
mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat. Kutipan cukai tersebut akan digunakan
untuk membiayai pembinaan rumah-rumah api, pelampung-pelampung dan beberapa
pangkalan. Ketetapan ini dibantah keras oleh para saudagar kerana mereka merasa
kemakmuran yang dirasai dan keuntungan yang diperolehi adalah bergantung kepada taraf
pelabuhan bebasnya, terutama pelabuhan Singapura. Mereka bimbang jika cukai pelabuhan
dilaksanakan kemungkinan kapal-kapal asing akan berkurangan. Jika keadaan ini berlaku,
sudah pasti kedudukan ekonomi saudagar di Negeri-negeri Selat akan terjejas.

Pentadbiran Negeri-negeri Selat, 1867


Kerajaan Negeri-negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor. Gabenor yang pertama ialah Sir
Harry Ord. Gabenor dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan dan Majlis Perundangan. Majlis Kerja
Kerajaan terdiri daripada ahli-ahli rasmi. Majlis Perundangan terdiri daripada 9 orang ahli rasmi
dan 5 orang ahli tidak rasmi. Majlis Perundangan ini membuat undang-undang bagi Negeri-
negeri Selat tetapi mesti mendapat persetujuan daripada Parlimen Brirish terlebih dahulu.
Gabenor Negeri-negeri Selat diberi kuasa penuh untuk memerintah Negeri-negeri Selat.

Hubungan Inggeris dengan Negeri-negeri Melayu


Naungan Siam 1826-1863

Pengenalan
Walaupun Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 memberi peluang kepada Inggeris untuk meluaskan
pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu, tetapi Inggeris di India tidak berbuat demikian. Dalam
perjanjian tersebut, ternyatalah bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah di dalam lingkungan
pengaruh British. Tetapi, Siam telah berusaha untuk menjadikan dirinya sebagai “tuan” ke atas
negeri-negeri Melayu. Keadaan ini telah menimbulkan huru-hara dan pegawai-pegawai Negeri-
negeri Selat telah mengambil tindakan tanpa restu dari India untuk mengatasinya.

Hubungan British dengan Siam dan Kedah sebelum 1824


Pada awal abad ke-19, negeri Siam menjadi kuat semula di bawah pemerintahan
Dinasti Chakri. Raja Chakri, iaitu Raja Rama I telah memindahkan ibu negerinya dari
Ayuthia ke Bangkok (1783) dan ingin menegakkan semula kuasanya ke atas negeri-
negeri Melayu seperti Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

All The Best


Negeri-negeri tersebut tidak menghantar bunga emas ke Siam sejak Siam
berperang dengan Burma pada tahun 1760-an. Selepas kemusnahan ibu negerinya,
iaitu Ayuthia oleh Burma pada tahun 1767, Siam telah dapat mengawal jajahan
takluknya di Negeri-negeri Melayu Utara.

Pada tahun 1816, Kedah diarah oleh Kerajaan Siam supaya menyerang
negeri Perak kerana gagal menghantar bunga emas kepadanya. Sultan Ahmad
Tajuddin dengan berat hati telah menyerang Perak. Sultan Perak disingkirkan dan
sebagai ganti, dilantik pula Raja Muda manjadi sultan yang disifatkan sebagai wakil
pemerintah Siam di Perak.

Sungguhpun Sultan Ahmad telah memenuhi kehendak Siam, namun Siam


masih curiga dan tidak puas hati terhadap baginda. Ini disebabkan sultan telah
berusaha untuk membebaskan Kedah dari cengkaman Siam. Dalam hal ini, Siam
menuduh sultan telah bersuhabat dengan Burma. Sebelum itu, kecurigaan Siam
terhadap Kedah telah pun wujud apabila bekas sultan (Sultan Abdullah Muharam
Syah) menyerahkan Pulau Pinang kepada pihak British tanpa pengetahuan Siam.
Berhubung dengan perkara-perkara di atas, Sultan Ahmad telah diarahkan ke
Bangkok tetapi baginda enggan berbuat demikian kerana dapat menjangkakan
hukuman yang akan di terima.

Keengganan Sultan Ahmad itu telah menimbulkan kemarahan Siam. Oleh


itu, pada tahun 1821, Kerajaan Siam mengarahkan Gabenor Ligor iaitu Nakhon Si
Thammarat menyerang Kedah. Sultan meminta bantuan dari Inggeris. Malangnya,
pihak Inggeris di Pulau Pinang atas arahan dari Kerajaan India tidak dapat memberi
bantuan ketenteraan kepada baginda.

Pihak British berusaha mengelakkan terjadinya perselisihan dengan Siam


walaupun pendudukan Siam ke atas negeri Kedah menimbulkan kebimbangan
kepadanya. British bimbang, bekalan makanan yang diperlukan dari Kedah akan
terjejas di samping perdagangan British di Pulau Pinang terganggu.

British benar-benar dalam keadaan yang serba salah. Di satu pihak, British
inginkan persahabatan dengan Siam dan di pihak yang lain, British tidak mahu
merosakkan hubungannya dengan sultan Kedah kerana ia sedikit sebanyak akan
menjatuhkan imej British di mata Negeri-negeri Melayu yang lain. Oleh itu, dari segi
jangka panjang, British harus meneruskan hubungan baik dengan sultan Kedah.

Oleh itu, pihak British menghantar perwakilan John Crowford ke Bangkok


pada tahun 1822 bagi mengadakan perjanjian persahabatan dan perdagangan.
Dalam rundingan ini, John Crowford meminta Kerajaan Siam melantik semula sultan
Kedah yang telah diturunkan takhta. Cadangan beliau ditolak. Walau
bagaimanapun, John Crowford berjaya memperolehi maklumat penting mengenai
Siam dan juga kelemahan-kelemahan tentera Siam.

All The Best


Persetiaan Awal dengan Raja Ligor, 1825
Pada tahun 1825, Kerajaan India atas desakan Gabenor Fullerton bersetuju
menghantar satu perwakilan ke Bangkok untuk memulihkan hubungan
perdagangan dengan Siam. Kapten Henry Burney dilantik untuk mengetuai
perwakilan tersebut.

Akan tetapi, Gabenor Fullerton mengarahkan Kapten Burney untuk menemui


Raja Ligor bagi mewujudkan hubungan damai dan untuk merintis jalan bagi
perwakilan Inggeris ke Bangkok.

Apabila Kapten Burney tiba di Ligor, beliau mendapati bahawa tentera laut
Raja Ligor sudah bersiap sedia untuk menyerang Selangor dan Perak. Burney
memberi amaran kepada Raja Ligor bahawa sekiranya beliau menyerang Perak atau
Selangor, maka British akan campur tangan.

Oleh sebab Raja Ligor menyedari bahawa pihak British tidak lagi mengikuti
dasar pro-Siam, maka beliau bersetuju menandatangani perjanjian sementara pada
31 Julai 1825 dengan Kapten Burney untuk mengelakkan tindakan perang ke atas
Siam. Syarat-syarat Perjanjian Awal ini ialah:

a. Raja Ligor tidak akan menyerang Perak dan Selangor.

b. Raja Ligor memberi peluang kepada Perak dan Selangor untuk membuat
keputusan sama ada hendak menghantar bunga emas atau tidak.

c. Raja Ligor bersetuju menemani Kapten Burney mengadap Raja Siam di


Bangkok.

d. Inggeris bersetuju tidak akan campur tangan dalam negeri Kedah.

e. Sultan Kedah dibenarkan kembali ke Kedah. Sultan hendaklah menghantar


“bunga emas” setiap tiga tahun dan membayar sebanyak $4000 tiap-tiap tahun
sebagai jajahan takluk Siam.

Setelah perjanjian itu dihantar ke India untuk mendapatkan pengesahan,

Gabenor Fullerton menghantar John Anderson ke Perak dan Selangor untuk

memulihkan hubungan kedua-dua negeri ini dan Sungai Bernam dijadikan

sempadan.

Perjanjian Burney, 1826


Perjanjian sementara yang ditandatangani oleh Burney dengan Raja Ligor mendapat
pengesahan dari Kerajaan India. Dengan itu, Kapten Burney sekali lagi dihantar
(pada bulan Disember 1825) ke Siam lagi bagi mendapatkan pengiktirafan

All The Best


perjanjian tersebut. Sesungguhnya, Kapten Burney dihantar ke Bangkok dengan
tujuan berikut:

a. Untuk menjamin bahawa British tidak berniat buruk terhadap Siam dan ingin
mengukuhkan hubungan perdagangan dan persahabatan dengannya.

b. Beliau dikehendaki merundingkan pemulihan takhta Kerajaan Kedah kepada


Sultan Ahmad Tajuddin.

c. Memastikan Perak dan Selangor serta negeri-negeri Melayu yang lain


terpelihara.

Sungguhpun keadaan ini agak sulit tetapi dengan kebijaksanaan dan

diplomasi, akhirnya Burney berjaya mendapat tolak ansur dari pidak Siam setalah

rundingan-rundingan berjalan selama 6 bulan. Kejayaan ini juga adalah atas

kerjasama yang diberikan oleh Raja Ligor dan pegawai-pegawai Siam yang besifat

sederhana. Akhirnya, pada 20 Jun 1826, satu perjanjian telah ditandatangani iaitu

Perjanjian Burney.

Perjanjian Burney 1826

Pengenalan
Pengaruh Siam di negeri-negeri Melayu Utara membimbangkan British kerana perkembangan ini
menjejaskan pendudukan British di Pulau Pinang serta kepentingan British di Tanah Melayu.
Akibatnya pada Disember 1825, Kapten Burney dihantar oleh Robert Fullerton bagi mengadakan
rundingan dan menandatangani perjanjian dengan Siam. Henry Burney telah diarah berbincang
mengenai hubungan perdagangan dan persahabatan antara Siam dengan British, kepentingan
British di Tanah Melayu mengenai perdagangan, masalah pembahagian takhta, Sultan Ahmad
Tajuddin dan soal kemerdekaan Perak dan Selangor. Selepas berada di Siam selama 6 bulan,
Henry Burney berjaya menandatangani perjanjian pada 20 Jun 1826.

Syarat-syarat perjanjian
1. Pedagang-pedagang British dibenarkan berdagang di Bangkok dan dikenakan cukai yang
berpatutan.
2. Mengenai Kedah:
a. Kedah kekal sebagai tanah jajahan Siam.
b. Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak,
Selangor atau Burma.
c. British bertanggungjawab untuk menghalang Sultan Kedah dan pengikut-pengikutnya
menyerang Siam dan wilayah-wilayahnya.
d. British dibenarkan berdagang di Kedah tetapi tidak boleh campur tangan dalam hal
pentadbiran.
All The Best
e. Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.
3. Mengenai Perak:
a. Siam mengiktiraf kemerdekaan Perak dan Selangor.
b. British dibenarkan berdagang di Perak tetapi tidak boleh campur tangan dalam hal
pentadbiran.
c. Siam dibenarkan menghantar perwakilan antara 40-50 orang ke Perak tetapi tidak
dibenarkan menyerang, mengancam dan mencabul Perak.
d. British bertanggungjawab menghalang Selangor menyerang Perak.
e. Mengenai penghantaran bunga emas dan lain-lain hantaran ke Siam, negeri Perak
diberi kebebasan sama ada menghantar atau tidak. Sekiranya Perak bersetuju
menghantar ke Siam, maka British tidak berhak untuk menghalang.
4. Mengenai Kelantan dan Terengganu:
a. Siam berjanji tidak akan mengganggu perdagangan British di Kelantan atau
Terengganu.
b. British dibenarkan berdagang di Terengganu tetapi tidak boleh campur tangan dalam
hal pentadbiran.
c. Kelantan dan Terengganu akan terus menghantar ufti yang berupa bunga emas kepada
Siam tiap-tiap 3 tahun sekali.

Kesan-kesan perjanjian
1. Kedah
Perjanjian Burney yang telah ditandatangani mengecewakan Sultan Ahmad dan baginda
tidak dapat menerimanya. Baginda kecewa kerana dengan terang British telah
memperdayakannya. Oleh itu, Sultan Ahmad yang masih menetap di Pulau Pinang
mengambil keputusan melancarkan serangan ke atas Siam. Dengan bantuan orang Melayu
Kedah, Kelantan dan Terenngganu, Sultan ahmad menyerang Kedah pada tahun 1831, 1836
dan 1838 tetapi kesemua serangan ini gagal kerana British telah mengepung dan melindungi
Kedah daripada serangan Sultan Ahmad. Malah, Sultan Ahmad telah dipindahkan dari Pulau
Pinang untuk menetap di Melaka. Baginda terpaksa menetap di Melaka sehingga 1842 bagi
mematuhi syarat-syarat Perjanjian Burney. Menjelang tahun 1840, sikap Sultan Kedah, Raja
Siam dan British mulai berubah. Sultan Ahmad yang telah lanjut usianya merasai
penentangan terhadap Siam tidak berfaedah kerana pihak British tetap menyebelahi mereka.
Pihak Siam pula merasa penglibatannya dalam hal ehwal negeri Kedah tidak lagi penting
kepada mereka. Pertempuran-pertempuran yang berterusan hanya akan membebankan
negeri Siam. Melalui kesedaran itu, Sultan Ahmad mengambil jalan yang lebih berkesan
iaitu melalui rundingan. Dengan kerjasama British, satu perwakilan yang diketuai oleh
Putera Sultan Ahmad, iaitu Tengku Daik telah dihantar ke Bangkok pada tahun 1841 bagi
membincangkan soal pembahagian takhta Sultan Ahmad Tajuddin. Pada tahun 1842, Sultan
Ahmad Tajuddin diserahkan kembali takhtanya dan Kedah mestilah kekal sebagai jajahan
takluk Siam dan menghantar bunga emas tiap-tiap 3 tahun sekali. Kedah juga diperkecilkan
kawasannya iaitu Setul dan Kubang Pasu diletakkan di bawah pemerintahan Siam dan Perlis
dipisahkan dan diperintah oleh Syed Sapee dengan gelaran Raja Perlis.
2. Perak
Siam tidak mematuhi Perjanjian Burney berkaitan dengan Perak. Pada bulan Ogos 1826,
pihak berkuasa di Selatan Siam, iaitu Raja Ligor telah menghantar satu angkatan tentera ke
Perak dengan alasan untuk membantu Perak dalam hal ehwal pentadbiran. Muslihat Raja
Ligor yang sebenarnya ialah untuk memaksa Raja Perak menghantar bunga emas ke Siam.
Pada September 1826, Sultan Perak telah memohon bantuan British bagi menghapuskan
All The Best
naungan Siam ke atas Perak. Akibatnya, Gabenor Fullerton telah menghantar satu angkatan
ke Perak yang terdiri daripada 40 orang askar yang diketuai oelh Kapten James Low ke
Perak. James Low telah diarahkan untuk menasihati Sultan Perak mengenai haknya untuk
memilih sama ada hendak menghantar bunga emas ke Siam atau tidak. Selain itu, Low juga
memberi jaminan bantuan kepada Sultan Perak jika Perak diserang oleh Siam. Setelah di
Perak, Low berjaya menggulingkan golongan pro-Siam. Askar-askar Siam juga berundur
dari Perak. Pada 18 Oktober 1826, Low telah melampaui arahan dan menandatangani
persetiaan dengan Sultan Abdullah. Syarat-syaratnya ialah:
a. Perak berjanji tidak akan mengadakan hubungan politik dengan Siam atau negeri-
negeri lain.
b. Perak bersetuju tidak akan menghantar bunga emas atau lain-lain persembahan kepada
Siam atau negeri-negeri Melayu lain.
c. British beratnggungjawab untuk melindungi Perak daripada sebarang serangan luar.
d. Pedagang-pedagang dari mana-mana negeri dibenarkan berdagang di Perak asalkan
mereka tidak campur tangan dalam hal ehwal Perak.
e. Sultan Perak tidak akan membenarkan wakil-wakil yang lebih daripada 30 orang lelaki
daripada negara-negara lain masuk ke Perak dengan tujuan untuk campur tangan dalam
hal ehwal politik.
f. Dinding dan Pulau Pangkor diserahkan kepada British.
James Low juga berjaya menghancurkan kegiatan lanun di Sungai Kurau selepas
tertangkapnya ketua lanun, iaitu Nakhoda Udin yang pro-Siam. Tindakan British ini telah
berjaya menyelamatkan Perak daripada menerima nasib seperti Kedah dan menghentikan
kemaraan Siam.
3. Kelantan/Terangganu
Perjanjian Burney tidak menentukan dengan jelas hubungan Kelantan dan Terengganu
dengan Siam. Akibatnya, Kelantan menerima pertuanan Siam tetapi Terengganu
menolaknya. Terengganu menganggap negerinya tidak pernah dijajah oleh Siam.
Penghantaran bunga emas hanya menjadi tradisi dan mengekalkan persahabatan dengan
Siam. Oleh itu, Siam berusaha untuk mengukuhkan pengaruhnya di Terengganu dan
mengekalkan pengaruhnya ke Pahang. Usaha ini dijalankan dengan melibatkan diri dalam
perang saudara di Pahang (1857-1863) antara Wan Ahmad dan Wan Mutahir. Pada Oktober
1862, satu angkatan Siam telah tiba di Kuala Terengganu dalam usaha membantu Wan
Ahmad menyerang Pahang. Selain itu, kehadiran angkatan tersebut juga bertujuan
membantu Sultan Mahmud dari Lingga merampas takhta Terengganu daripada bapa
saudaranya, Sultan Omar yang tidak menerima pertuanan Siam. Kekacauan yang berlaku
bukan sahaja mengganggu perdagangan di Pahang tetapi juga di Kelantan dan Terengganu.
Akibat dari desakan pedagang-pedagang, gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Cavenagh telah
menghantar sebuah kapal perang ke Kuala Terengganu pada November 1862 dengan tujuan
hendak mendesak Siam dan Sultan Mahmud dari Lingga berundur dari Terengganu dan
tidak melibatkan diri dalam perang saudara Pahang. Keengganan Siam telah menyebabkan
kapal perang British membedil Kuala Terengganu pada 4 November 1862. Akibatnya,
angkatan tentera Siam dan Sultan Mahmud dari Lingga mengundurkan diri. Tindakan
British ini berjaya menghalang pengaruh Siam dan merebak ke Pahang.

Perjanjian Sulit Inggeris Siam 1897

All The Best


Pengenalan
Selepas berjaya menyekat pengaruh Siam dari mara ke selatan, pihak British mula memikirkan
rancangan untuk mengambil 4 buah negeri Melayu di utara dari kekuasaan Siam. Matlamat
British ialah untuk menyatukan negeri-negeri itu dalam suatu gabungan iaitu Tanah Melayu.
Ketika ini, British sudah berjaya meletakkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di
bawah pentadbiran mereka. Satu perjanjian sulit antara Inggeris dengan Siam telah diadakan
pada tahun 1897 sebagai perintis untuk mengambil keempat-empat buah negeri Melayu di utara
dari Siam.

Faktor-faktor yang membawa kepada perjanjian


1. British berasa bimbang selepas mendapat berita bahawa kuasa Perancis berminat meluaskan
pengaruhnya ke Lembah Menam Chao Phraya dan merancang untuk membina “Terusan
Kra” pada tahun 1880.
2. British juga bimbang akan peluasan pengaruh Jerman apabila mendapat berita bahawa
negara Jerman sedang berusaha untuk membina sebuah pangkalan di kawasan Siam selatan
terutama di Pulau Langkawi.

Syarat-syarat perjanjian
1. Kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa barat tersebut mendesak British untuk
menandatangani Perjanjian Sulit dengan Siam pada 6 April 1897. Menurut perjanjian ini:
2. Raja Siam bersetuju tidak akan memindahkan sebarang kawasan di Selatan Muang Bang
Tapan dekat Tenasserim.
3. British mengakui hak Siam di Selatan Muang Bang Tapan berhampiran pantai Tenasserim
hingga ke negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.
4. British akan membantu Siam jika ia diserang.
5. Jika Raja Siam memutuskan hendak membuat sebarang pemberian tanah kepada kuasa
asing, ia mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari British.

Kesan-kesan perjanjian
1. Dengan perjanjian ini, permintaan Jerman untuk dibenarkan bertapak di Langkawi ditolak
oleh pihak Siam.
2. British berjaya menyekat Negeri-negeri Melayu dan wilayah Siam di utara Semenanjung
Tanah Melayu dari jatuh ke tangan kuasa-kuasa asing.
3. Oleh sebab perjanjian ini ditandantangani secara sulit, tidak ada pihak lain yang
mengetahuinya. Sesetengah sultan telah berasa hampa berada di bawah naungan Siam dan
cuba bertindak secara bebas. Keadaan ini memaksa British dan Siam menandatangani satu
perjanjian yang dinamakan Perjanjian Sempadan (1899) untuk menentukan sempadan antara
negeri-negeri Siam, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu. Di bawah perjanjian ini,
Reman menjadi wilayah Siam sementara Kedah, Kelantan dan Terengganu hanya sebagai
wilayah jajahan Siam.
4. Ekoran daripada perjanjian ini, timbul pula isu Duff yang mendorong Siam dan British
menandatangani satu pengisytiharaan pada 1902. British mengakui secara rasmi hak Siam
ke atas Negeri-negeri Melayu Utara. Ini adalah disebabkan keinginan British untuk
mengekalkan kemerdekaan Siam supaya Siam dapat dijadikan negara penampan yang
memisahkan British dengan Perancis kerana sempadan bersama boleh menimbulkan
peperangan di antar kedua-dua pihak itu.

All The Best


Pengisytiharaan Inggeris-Siam 1902
Pengenalan
Antara tahun 1899 dan 1900, Jerman telah beberapa kali cuba mendapatkan Pulau Langkawi
walaupun ditolak oleh Siam. Dalam tahun 1900, timbul pula isu Duff di Kelantan menyebabkan
hubungan Inggeris-Siam terjejas. Memandangkan keadaan yang demikian British berasa satu
rundingan harus diadakan dengan Siam bagi menyelesaikan masalah ini. Hubungan Siam dengan
British bertambah runcing apabila Siam mengambil tindakan ke atas Pattani yang cuba
melepaskan diri dari kekuasaan Siam. Pada bulan Disember 1901, Setiausaha Negara bagi Tanah
Jajahan iaitu Joseph Chamberlin telah mengarahkan Menteri Inggeris di Bangkok mendesak
Siam supaya mengadakan rundingan dengan Inggeris. Hasil daripada peranan Frank
Swettenham, satu pengisytiharaan telah diadakan pada bulan Oktober 1902.

Sebab-sebab yang membawa kepada pengisytiharaan


1. Kebimbangan campur tangan kuasa asing
Kebimbangan Inggeris terhadap penguasaan kuasa di Negeri-negeri Melayu Utara semakin
bertambah. Pada tahun 1901, Inggeris mendengar khabar angin yang ada pihak-pihak
tertentu di Pattani dan Kelantan yang cuba mendapat sokongan Jerman untuk membebaskan
negeri-negeri itu daripada cengkaman Siam. Antara tahun 1899-1901 kuasa Jerman, Rusia
dan Amerika Syarikat pula berusaha untuk mendapatkan hak-hak kewilayahan di Negeri-
negeri Melayu Utara. Jerman telah mempergiatkan usahanya pada tahun 1899-1900 untuk
memperoleh Pulau Langkawi untuk digunakan sebagai pangkalan laut di Asia Tenggara.
Rusia juga berikhtiar memperoleh Ujong Salang (Pulau Phuket) untuk dijadikan sebagai
pangkalan arang batu. Amerika Syarikat berusaha untuk mendapatkan konsesi kewilayahan
di Terengganu dan pulau-pulau di sekitarnya. Dengan itu, Inggeris berasa bimbang kalau-
kalau Siam tunduk kepada tekanan kuasa-kuasa asing ini.
2. Kegiatan R.W. Duff di Kelantan
Dengan keadaan ini, pada tahun 1900, Sultan Kelantan telah bertindak seolah-olah merdeka.
Baginda telah memajakkan tanah seluas 2000 batu persegi atau hampir satu pertiga daripada
keluasan Kelantan kepada R.W. Duff, seorang saudagar Inggeris tanpa kebenaran daripada
Raja Siam. Tindakan Sultan Kelantan ini telah menimbulkan kebimbangan dan kerumitan
Inggeris kerana kemungkinan penyerahan serupa akan dibuat kepada kuasa-kuasa asing
yang lain. Justeru itu, Siam pula membantah kepada Inggeris tentang perbuatan Duff itu.
Pada tahun 1902, Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk
melombong di Pulau Redang. Dalam keadaan ini, Duff meminta sokongan pihak Inggeris
bagi menentang bantahan Siam terhadap pajakan tanah itu. Beliau mengancam mendapatkan
sokongan Perancis atau Jerman jika Kerajaan Inggeris enggan menyokong hak pajakannya
di Kelantan.
3. Rusuhan dalam negeri
Rusuhan dalam negeri akibat daripada dasar Siam untuk mengetatkan kekuasaannya ke atas
Negeri-negeri Melayu Utara juga merupakan faktor yang membawa kepada Pengisytiharaan
Inggeris-Siam. Raja Abdul Kadir dari Pattani dan Sultan Mahmud IV dari Kelantan telah
meminta bantuan Inggeris untuk mengelakkan ancaman dari Siam. Hal ini kerana Raja
Abdul Kadir telah dipenjarakan oleh Siam dalam bulan Februari 1902, manakala Sultan
Mahmud IV berasa bimbang akan kedudukannya. Kalau Inggeris tidak memberi bantuan,
kemungkinan besar mereka akan meminta bantuan daripada kuasa Eropah yang lain.
4. Peranan Swettenham
All The Best
Pada masa itu, Frank Swettenham ialah Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya
Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Swettenham menyokong kuat tuntutan Duff
sebagai alasan untuk meluaskan pengaruh Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara naungan
Siam khususnya ke atas Kelantan dan Terengganu. Beliau mencadangkan kepada Kerajaan
Inggeris supaya melantik pegawai-pegawai Inggeris yang berkhidmat di Bangkok sebagai
penasihat untuk menguruskan hal-ehwal negeri-negeri Kelantan dan Terengganu. Cadangan
ini dibuat atas pendapat bahawa Siam tidak berupaya menguruskan hal-ehwal tempatan
negeri-negeri Melayu berkenaan dan berkemungkinan besar Siam akan mendapatkan
bantuan daripada kuasa-kuasa Eropah yang lain. Sistem penasihat ini diharap akan
memelihara kepentingan Inggeris di negeri-negeri tersebut dan juga melindungi negeri-
negeri itu daripada ancaman kuasa-kuasa asing yang lain. Cadangan Swettenham mendapat
bantahan kuat daripada Siam tetapi beliau telah menggugut akan mengiktiraf Kelantan dan
Terengganu sebagai negeri yang bebas jika sekiranya Siam enggan berunding dengan
Inggeris untuk menerima cadangan tersebut sebelum bulan September 1902. Siam berasa
terancam dengan ugutan ini dan bersetuju menandatangani satu perjanjian baru pada 6
Oktober 1902.

Syarat-syarat Pengisytiharaan
1. Siam akan menguasai hubungan luar negeri-negeri Kelantan dan Terengganu.
2. Siam tidak akan campur tangan dalam hal-ehwal dalam negeri Kelantan dan Terengganu.
3. Penasihat-penasihat berbangsa Inggeris akan dilantik oleh Siam untuk menasihati Sultan
Kelantan dan Terengganu dalam semua hal pentadbiran kecuali perkara-perkara yang
berkenaan agama dan adat resam orang Melayu.
4. Kelantan dan Terengganu tidak berhak memberi sebarang konsesi kepada orang asing tanpa
perakuan Siam.
5. Siam akan menerima 10% daripada pendapatan jika pendapatan Negeri-negeri Melayu Utara
naungan Siam melebihi $100000.

Kesan-kesan Pengisytiharaan
1. Pada tahun 1903, Kelantan menerima W.A. Graham sebagai Penasihat Siam dan pada tahun
1905 Kedah menerima Meadows Frost sebagai Penasihat Kewangan.
2. Terengganu enggan mengesahkan perjanjian tersebut dan enggan menerima penasihat Siam.
3. Mengernai Kedah pula, Inggeris cuba menguatkan kedudukannya dengan memulihkan
kewangan Kedah melalui pinjaman tambahan kepda Siam. Pihak Siam pula bersetuju
berbuat demikian dengan syarat seorang Penasihat Kewangan bangsa Inggeris dilantik untuk
menguruskannya. Dengan itu, J.F. Williamson dilantik sebagai Penasihat Kewangan Kedah
untuk memulihkan kewangannya.
4. Walaupun persetiaan ini telah menjelaskan kedudukan Kelantan dan Terengganu sebagai
negeri naungan Siam tetapi tidak menenangkan fikiran pihak Inggeris. Hal ini kerana pihak
Jerman ingin membantu Siam membina jalan keretapi di Siam Selatan.
5. Peringkat akhir yang membawa kepada penguasaan sepenuhnya Inggeris ke atas Negeri-
negeri Melayu Utara ialah melalui Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada 9 Julai
1909.

Perjanjian Bangkok 1909


All The Best
Pengenalan
Inggeris semakin bertekad untuk mengambil alih pentadbiran ke atas keempat-empat Negeri-
negeri Melayu Utara itu. Bagi Inggeris, masanya telah tiba untuk berbuat demikian apabila
Jerman menawarkan tawaran Siam untuk membina jalan keretapi di Siam Selatan. Matlamat
Inggeris ini semakin menyakinkan apabila satu Pakatan Inggeris-Perancis ditandatangani. Untuk
mempengaruhi Siam agar bersetuju untuk berunding, Inggeris dan Perancis telah bersedia
menamatkan hak wilayah asing yang diperolehi sejak tahun 1855 dan 1856. Siam sedar bahawa
Inggeris begitu serius terhadap perkara mengenai Negeri-negeri Melayu Utara lalu bersetuju
untuk mengadakan perundingan. Rundingan telah diadakan dan akhirnya Perjanjian Bangkok
telah ditandatangani pada 9 Julai 1909.

Faktor-faktor yang membawa kepada perjanjian


1. Pakatan Inggeris-Perancis 1904
Selepas ditandatangani Pengisytiharaan Inggeris-Siam, sikap Inggeris terhadap Siam mulai
berubah. Hal ini adalah disebabkan Inggeris dan Perancis telah menamatkan permusuhan
mereka di Eropah dengan termeterainya Pakatan Inggeris-Perancis pada 8 April 1904.
Pakatan ini telah manamatkan ancaman peluasan kuasa Perancis di Siam dan dasar
kemaraan di Negeri-negeri Melayu Utara. Perjanjian ini meletakkan Siam dalam bahaya.
Kemungkinan besar Inggeris tidak akan menolong Siam sekiranya Perancis melanggarnya
dari Indo-China. Kebimbangan Siam menjadi nyata apabila Perancis merampas Battambang
dan Siem Reap, iaitu jajahan-jajahan takluk Siam di sempadan Siam-Kampuchea. Inggeris
tidak membantu Siam malah ia bersikap berkecuali. Hal ini merugikan Siam.
2. Kebimbangan campur tangan kuasa asing yang lain
Perancis, Rusia dan Jerman berminat untuk membina terusan di Segenting Kra sebab tertarik
dengan kepesatan perdagangan Asia-Eropah kesan daripada pembukaan Terusan Suez. Pada
tahun 1906, Jerman pula mendapat persetujuan Siam untuk membina jalan keretapi di
Negeri-negeri Melayu Utara. Tindakan ini dianggap oleh Inggeris sebagai satu helah untuk
menguasai Negeri-negeri Melayu Utara. Siam cuba mendapatkan bantuan modal dan buruh
dari Jerman untuk membina jalan keretapi yang akan menghubungkan Bangkok dengan
sempadannya di Kedah. Inggeris berasa bimbang bahawa langkah Siam akan membawa
kepada kemungkinan besar Jerman campur tangan di Kedah dan mengancam kepentingan
Inggeris di situ.
3. Pembatalan hak-hak wilayah asing
Siam tidak senang hati dengan pemberian hak-hak istimewa kepada Inggeris sejak tahun
1855. Siam kini ingin membatalkan perjanjian-perjanjian berat sebelah seperti Perjanjian
Bowring (1855) dan Perjanjian Sulit (1897). Sudah tentu Inggeris tidak akan memansuhkan
hak-hak tersebut dengan rela tanpa sebarang ganti rugi. Oleh itu, Siam mengambil
keputusan untuk menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara yang sebenarnya tidak
menguntungkan kepada Inggeris. Sebagai balasan, Inggeris akan memansuhkan segala-gala
hak wilayah asing di Siam.
4. Masalah kewangan Siam
Sementara itu, Kelantan dan Terengganu menaruh dendam dan tidak pernah mengakui
pertuanan Siam. Kedah pula menghadapi masalah kewangan yang teruk selepas tahun 1904
kerana sikap Sultan Kedah yang boros. Siam terpaksa memberikan pinjaman sejumlah $2
juta kepada Kedah.

All The Best


Syarat-syarat perjanjian
1. Siam memindahkan segala haknya ke atas keempat-empat buah Negeri-negeri Melayu
Utara di bawah pemerintahannya iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, termasuk
semua pulau yang dimiliki oleh negeri-negeri itu kepada Inggeris.
2. Siam bersetuju tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya kepada kuasa-kuasa asing
tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Inggeris.
3. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menanggung segala hutang keempat-empat
buah negeri yang diperolehinya. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga akan
memberi pinjaman wang sebanyak £4 juta kepada Siam untuk membina jalan keretapi di
Selatan Siam.
4. Inggeris menyerahkan hak wilayah asing yang diperolehinya dari Persetiaan Persahabatan
dan Perdagangan pada tahun 1855.
5. Inggeris berjanji tidak akan campur tangan di wilayah-wilayah Siam yang lain.
6. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan.

Kesan-kesan perjanjian
1. Negeri-negeri Melayu Utara berpindah tangan dari Siam kepada Inggeris dan negeri-negeri
itu menerima seorang Penasihat British yang tugasnya seperti Residen di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu.
2. Selanjutnya Penasihat British dilantik untuk berkhidmat di Perlis, Kelantan dan Kedah.
Terengganu menerima Penasihat Inggeris pada tahun 1919.
3. Perjanjian ini telah menetapkan sempadan di antara Siam dengan Tanah Melayu.
4. Perjanjian ini menjamin Inggeris agar dapat menjalankan dasar monopoli perdagangannya di
Semenanjung Tanah Melayu.
Dasar Tidak Campur Tangan

Pengenalan
Sehingga bulan September 1873, Kerajaan British pada keseluruhannya mengamalkan dasar
tidak campur tangan dalam hal-ehwal Negeri-negeri Melayu. Pertambahan dalam tanah jajahan
British adalah dilarang sama sekali. Segala percubaan untuk mengadakan perjanjian-perjanjian
politik telah dikecam oleh Kerajaan British di India. British khuatir bahawa perikatan-perikatan
akan mengakibatkan penglibatan dalam perang-perang tempatan (terutamanya dengan Siam)
yang akan menelan perbelanjaan besar. Siam dalam abad kesembilan belas ingin menegakkan
semula kuasanya ke atas Negeri-negeri Melayu. British ingin mengekalkan persahabatan dengan
Siam memandangkan SHTI mempunyai perdagangan yang semakin maju dengan Siam. Sebab
lagi dasar tidak campur tangan tersebut ialah kepentingan-kepentingan British di Semenanjung
Tanah Melayu adalah bersifat perniagaan. Negeri-negeri Selat tidaklah dianggap sebagai batu
loncatan bagi penubuhan satu Empayar British di Semenajung Tanag Melayu tetapi hanya
sebagai pusat-pusat perdagangan. Namun demikian, terdapat beberapa peristiwa di mana British
telah campur tangan dalam hal-ehwal Negeri-negeri Melayu sama ada untuk melindungi
kepentingan-kepentingan mereka atau kerana menepati ikatan-ikatan perjanjian.

Penawanan Kedah oleh Siam 1821


Pada tahun 1821 Siam menawan Kedah. Sultan Kedah (Ahmad Tajuddin) memohon bantuan
tentera British di Pulau Pinang untuk mendapatkan semula takhta kerajaannya. British enggan

All The Best


memberi bantuan tentera kepada Sultan Ahmad Tajuddin. British hanya memberi perlindungan
politik dan rela membantu baginda melalui cara perundingan dengan Siam.

Persetiaan Low 1826


Kapten James Low menandatangani satu persetiaan dengan Sultan Perak pada 18 Oktober 1826.
Antara lain, SHTI bersetuju memberi perlindungan kepada Perak sekiranya diancam oleh Siam,
Selangor atau Negeri-negeri Melayu yang lain. Kapten Low seterusnya memusnahkan pusat
lanun di Sungai Kurau dan menawan Nakhoda Udin yang merupakan ejen Siam. Tindakan-
tindakan Kapten Low tersebut dikecam oleh Kerajaan British di India. Beliau tidak dibenarkan
menjalankan pekerjaan politik untuk sementara waktu.

Penentuan sempadan antara Melaka dan Johol


Semasa penentuan sempadan antara Melaka dan Johol pada tahun 1833, Gabenor Ibbetson tidak
membuat tuntutan ke atas sebuah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan emas. Kawasan
tersebut tidak pula dituntut oleh Penghulu Johol. Gabenor Ibbetson dengan kelulusan Kerajaan
India menjadikannya sebagai sebahagian dari Daerah Johol.

Perang Linggi 1833


Perang Linggi meletus pada tahun 1833 apabila Saiyid Shaaban (Yamtuan Muda Rembau) ingin
menawan Encik Katas (Pembesar Linggi) yang menguasai beberapa lombong bijih timah. Perang
tersebut mengancam perdagangan saudagar-saudagar Cina Melaka. Mereka juga mengadu
bahawa Saiyid Shaaban mengenakan cukai yang tinggi ke atas bijih timah yang dibawa melalui
Sungai Linggi. Gabenor Ibbetson enggan camour tangan dan tindakan beliau ini disokong oleh
Kerajaan India.

Perebutan kuasa di Perak 1853


Pada tahun 1853 Sultan Perak digulingkan oleh musuhnya. Kedua-duanya meminta bantuan
British. Kerajaan British di India mengarahkan Gabenor Butterworth supaya jangan memberi
sebarang bantuan. Beliau hanya dibenarkan menjadi pengantara.

Permintaan Raja Yusof 1869


Pada tahun 1869, Raja Yusof dari Perak meminta bantuan British bagi mendapatkan takhta
kerajaan tetapi permintaan Raja Yusof ditolak.

Pertikaian antara Tengku Ali dan Temenggung Ibrahim


Sebelum pembukaan Singapura oleh Stamford Raffles pada tahun 1819, Temenggung Abdul
Rahman mentadbirkan Singapura dan Johor bagi pihak Sultan Johor yang menetap di Riau.
Sultan Johor ketika itu ialah Abdul Rahman yang di bawah pengaruh Belanda. Beliau merupakan
adik kepada Tengku Hussein yang sepatutnya ditabalkan sebagai Sultan Johor. Raffles membawa
Tengku Hussein ke Singapura dan mengiktiraf beliau sebagai sultan.
Perjanjian-perjanjian tahun 1819 dan 1824 yang menyerahkan Singapura kepada British
telah ditandatangani bersama oleh Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Kuasa
sebenar di Johor berada di tangan Temenggung Abdul Rahman. Sultan Hussein merupakan
pemerintah Johor pada teori sahaja. Beliau tidak diiktiraf sebagai Sultan Johor oleh Negeri-
negeri Melayu yang lain.
Pada pertengahan abad ke-19, satu pertikaian atas hasil negeri Johor meletus antara Ali
(anak Sultan Hussein) dan Temenggung Ibrahim (anak Temenggung Abdul Rahman). Pada tahun
All The Best
1847 Ali telah menuntut pengakuan sebagai Sultan Johor daripada Kerajaan British di India.
Tuntutan beliau ditolak apabila ianya tidak disokong oleh Gabenor Butterworth. Namun
demikian melalui satu perjanjian pada tahun 1855, Kerajaan British membenarkan Ali
menggunakan gelaran Sultan. Beliau diberi pencen sebanyak $500 sebulan dan kuasa
mentadbirkan daerah Muar di Johor.
Perjanjian tahun 1855 tersebut mengesahkan hak Temenggung Ibrahim dan waris-
warisnya memerintah negeri Johor kecuali daerah Muar. Temenggung Ibrahim meninggal dunia
pada tahun 1862 dan digantikan oelh anaknya, Temenggung Abu Bakar. Dengan kebenaran
British, beliau menggunakan gelaran Maharaja.
Semasa kematian Sultan Ali pada tahun 1877, British telah membenarkan Maharaja Abu
Bakar menguasai daerah Muar. Jumlah pencen bagi anaknya telah ditambahkan kepada $1250
sebulan. Gelaran Sultan ditarik balik dan beliau dikenali sebagai “Tunku”.
Pada tahun 1855 Kerajaan British mengiktiraf Maharaja Abu Bakar sebagai Sultan Johor.

Perang Naning 1831-1832


Lewis (penguasa Tanah di Melaka) dan Gabenor Fullerton berpendapat bahawa penduduk
Naning perlu membayar satu persepuluh daripada hasil mereka kepada pentadbiran Melaka.
Mereka juga bercadang untuk melantik pembesar-pembesar Naning sebagai pengutip cukai atau
membayar mereka pencen melalui cara pampasan. Cadangan-cadangan tersebut ditentang oleh
Dol Said, Penghulu Naning. Perang Naning meletus apabila British menghantar sebuah pasukan
tentera untuk memaksa Dol Said menerima cadangan-cadangan British. British memenangi
Perang Naning yang melibatkan 1400 orang tentera dan perbelanjaan sebanyak £100000. Naning
digabungkan dengan Melaka dan diletakkan di bawah kawalan seorang Penguasa. Dol Said
diberi pencen dan sebuah rumah di Melaka.

Perjanjian Anderson dengan Selangor dan Perak 1825


Pada tahun 1825, Gabanor Fullerton mengarah Anderson untuk menyelesaikan pertikaian-
pertikaian antara Selangor dan Perak. Anderson seterusnya menandatangani perjanjian-perjanjian
dengan Selangor pada 20 Ogos 1825 dan dengan Perak pada 6 September 1825. Melalui
perjanjian-perjanjian ini, Perak dan Selangor bersetuju untuk tidak menyerang satu sama lain.
Sungai Bernam ditetapkan sebagai sempadan antara Perak dan Selangor.

Persetiaan Awal Kapten Burney 1825


Melalui persetiaan ini, Raja Ligor memberi jaminan untuk tidak menyerang Perak dan Selangor
atau menentang pemulihan takhta Kerajaan Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Raja Ligor
juga tidak akan memaksa Perak untuk menghantar bunga emas ke Siam.

Pembedilan kubu pertahanan di Terengganu 1862


Pada tahun 1862 Gabenor Negeri-negeri Selat, Cavenagh menghantar sebuah kapal perang untuk
menyerang kubu pertahanan di Terengganu.

Dasar Campur Tangan British

Pengenalan

All The Best


Sebelum tahun 1874, British mengamalkan dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu.
Pegawai-pegawai British diarahkan supaya hanya menumpukan perhatian di Negeri-negeri Selat.
Tujuannya ialah untuk mengelakkan permusuhan dengan Siam kerana Negeri-negeri Melayu,
khususnya Negeri-negeri Melayu Utara yang diakui sebagai negeri-negeri naungan Siam. Selain
itu, pengalaman British akan penglibatan mereka dalam Perang Naning (1831-1832) di mana
British mengalami kerugian 100 ribu ringgit telah menyedarkan mereka supaya tidak campur
tangan dalam negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, sebelum 1874, terdapat beberapa
peristiwa penglibatan British dalam hal-ehwal negeri Melayu seperti Perjanjian Burney,
pembedilan kubu di Terengganu dan Kuala Selangor dan sebagainya. Penglibatan tersebut
dianggap sebagai campur tangan tidfak langsung dan tidak mempunyai tujuan penjajahan. Akibat
dari beberapa faktor, pada tahun 1874, British telah mengubah polisinya terhadap negeri-negeri
Melayu dari dasat tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.

Faktor-faktor campur tangan


1. Faktor ekonomi
a. Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim, Margaret Kuowler menegaskan
tujuan ekonomi adalah faktor yang penting menyebabkan British campur tangan di
Negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874. Akibat perkembangan Revolusi Perusahaan,
British memerlukan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan serta pasaran barang-
barang industri mereka. Perkembangan industri mengetin terutamanya selepas
terciptanya teknologi mengetin oleh Peter Durar & Nicholas Appot pada tahun 1810
telah menyebabkan permintaan bijih timah meningkat. Akibat permintaan yang tinggi,
harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 penn bagi 1 tan pada tahun
1872. Negeri-negeri Melayu terutamanya Perak, Selangor dan Sungai Ujong memang
diketahui oleh British kaya dengan bijih timah. British menganggap penguasaan ke atas
negeri-negeri tersebut akan menguntungkan British kerana mereka akan mendapat bijih
timah negeri-negeri berkenaan. Campur tangan British kerana faktor ekonomi terbukti
kerana British memulakan campur tangannya di negeri-negeri yang kaya dengan bijih
timah seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong.
b. Kepentingan pelaburan British
Walaupun sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di
Negeri-negeri Melayu, tetapi sudah terdapat ramai pedagang British yang terlibat dalam
kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Kebanyakan dari mereka melabur secara
langsung dalam lombong bijih timah di Larut, Kelang, Kuala Lumpur, Sungai Ujong,
Kuantan dan sebagainya. Malah, terdapat beberapa syarikat British yang telah
mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk mendapatkan konsesi (pajakan)
perlombongan di negeri-negeri Melayu. Sebagai contoh, Syarikat Patterson & Simons
pada tahun 1861 mengeluarkan 33 ribu ringgit untuk mendapatkan konsesi perdagangan
di Kuantan dan Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar kepada Dato’
Kelana sebanyak $30 ribu untuk mendapatkan konsesi perlombongan di Sungai Ujong
manakala W. Mansfield & Rakan-rakan mempunyai kepentingan perkapalan di
Singapura, khususnya untuk mengangkut bijih timah ke Eropah. Pada tahun 1870-an,
dianggarkan perdagangan bernilai $2.5 juta setahun yang dijalankan oleh pedagang-
pedagang British dan orang-orang Cina di negeri-negeri Melayu dibiayai oleh modal
Eropah. Walau bagaimanapun, perdagangan dan pelaburan mereka di negeri-negeri
Melayu terganggu akibat kekacauan yang berlaku seperti perebutan takhta, pergaduhan
antara kongsi gelap Cina, pembesar-pembesar dan sebagainya. Pedagang-pedagang
All The Best
Eropah dan Cina telah mendesak Kerajaan British supaya campur tangan di negeri-
negeri Melayu bagi melindungi pelaburan dan perdagangan mereka. Sebagai contoh,
pada Mac 1873, seramai 248 orang pedagang Cina telah menandatangani surat rayuan
mendesak British campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Bagi menamatkan
kekacauan-kekacauan supaya kegiatan perdagangan mereka dapat dijalankan tanpa
gangguan, surat tersebut telah diterima oleh Lord Kimberley, Setiausaha Jabatan Pejabat
Tanah Jajahan pada 31 Ogos 1873. Pada September 1873, Lord Kimberley telah
mengarahkan Andrew Clarke supaya mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang
boleh diambil bagi melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri-negeri Melayu.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak
tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor-faktor ekonomi kerana dasar tersebut dijalankan selepas
Lord Kimberley menerima laporan dari Andrew Clarke pada tahun 1873. Walau
bagaimanapun, ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan, J.E. Cady dan K.G. Tregonning
menganggap tujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi British di negeri-negeri Melayu
kurang penting jika dibandingkan dengan perlindungan ke atas jalan perdagangan ke negeri
China.
2. Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain
Ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan dan K.G. Tregonning, Hanny Miller, Emily, Kennedy
dan Gullick menegaskan kebimbangan terhadap bertapaknya kuasa-kuasa asing di negeri-
negeri Melayu menjadi faktor yang mempercepat campur tangan British. Pada pertengahan
abad ke-19, terutamanya pada tahun 1870-an merupakan zaman imperialisme di mana
kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan bagi kepentingan
bahan mentah dan pasaran. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan
perjalanan laut dari Eropah ke Asia. Keadaan ini telah menarik minat kuasa-kuasa Barat
untuk mengembangkan pengaruh mereka ke Asia. Pada tahun 1870-an, kebanyakan negeri
di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, contohnya British di Burma, Perancis
di Indo-China, Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia. Hanya Siam dan negeri-
negeri Melayu yang masih belum dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. British tidak dapat
menjajah Siam kerana tindakan tersebut akan mendapat tentangan kuasa-kuasa lain yang
juga mempunyai kepentingan di Siam. British sedar bahawa jika mereka tidak menjajah
negeri-negeri Melayu, kuasa-kuasa asing akan menjajahnya. Kuasa-kuasa lain mungkin akan
menjadikan kekacauan-kekacauan sebagai alasan untuk campur tangan. Kuasa asing yang
paling dibimbangi oleh British ialah Jerman yang telah muncul sebagai kuasa yang kuat
selepas penyatuan Jerman oleh Bismarck pada tahun 1871. Kejayaan Jerman mengalahkan
Perancis pada tahun 1871 telah menyebabkan Jerman muncul sebagai kuasa yang kuat di
Eropah.
Pada tahun 1870-an, Jerman berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia dan
Afrika supaya dianggap setanding dengan kuasa-kuasa lain. Minat Jerman terhadap negeri-
negeri Melayu terbukti apabila terdapat pedagang-pedagang Jerman di Singapura pada tahun
1870-an. Kebimbangan British terhadap tapaknya kuasa asing di negeri-negeri Melayu
bertambah selepas Lord Kimberley menerima sepucuk surat dari Saymore Clark, iaitu
pengarah Syarikat Bijih Timah Selangor pada 18 Julai 1873. Dalam surat tersebut, Saymore
Clark menegaskan Tengku Kudin sebagai wizurai Selangor telah memohon bantuan British
bagi menamatkan Perang Kelang. Tengku Kudin telah mengugut sekiranya British enggan
membantunya, beliau akan dapat bantuan daripada kuasa-kuasa lain, terutamanya Jerman.
Kebimbangan British terhadap kuasa lain terbukti dari laporan Lord Kimberley pada 22
Julai 1873 yang menegaskan British tidak sanggup melihat kuasa-kuasa lain bertapak di
mana-mana negeri Melayu kerana ia akan menjejaskan kepentingan British. Kebimbangan
All The Best
terhadap campur tangan asing telah mempercepat campur tangan British di negeri-negeri
Melayu. Sekiranya kuasa-kuasa asing bertapak di negeri Melayu, bukan sahaja jalan
perdagangan ke China terancam tetapi kedudukan British di Negeri-negeri Selat dan
kepentingan ekonomi dan politik British di negeri-negeri Melayu akan terancam.
3. Keselamatan Negeri-negeri Selat
Pada 1860-an dan 1870-an, berlakunya kekacauan di negeri-negeri Melayu akibat daripada
perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan pelombong-pelombong, pelanunan dan
sebagainya. Antara kekacauan-kekacauan tersebut ialah Perang Kelang (1867-1873), Perang
Larut (1861-1863), Perang Saudara Pahang (1857-1863). Kekacauan-kekacauan yang
berlaku di negeri-negeri Melayu, terutamanya antara pelombong Cina telah menjejaskan
Negeri-negeri Selat kerana kekacauan-kekacauan tersebut berlarutan ke Negeri-negeri Selat.
Kennedy pada bukunya “History of Malaya” menegaskan faktor keselamatan Negeri-negeri
Selat yang terjejas akibat kekacauan-kekacauan di negeri-negeri Melayu menjadi faktor
paling penting menyebabkan British campur tangan di negeri-negeri Melayu. Pendapat ini
disokong oleh C.D. Cowan dalam bukunya “Nineteen Century Malaya”. Faktor ini dapat
dibuktikan dalam kenyataan Lord Kimberley pada 7 Julai 1873 yang mendesak supaya
dicari jalan penyelesaian British dapat menamatkan Perang Larut supaya keselamatan
Negeri-negeri Selat tidak terjejas.
4. Faktor kemanusiaan
Frank Swettenham menegaskan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu
sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan. Beliau menganggap tanggungjawab
orang-orang putih ialah untuk menamatkan kekacauan dan wujudkan peraturan serta
keamanan bagi menjamin keselamatan harta benda dan nyawa. Walau bagaimanapun, faktor
ini kurang penting jika dibandingkan dengan faktor ekonomi dan politik. Malah terdapat
ahli-ahli sejarah yang menegaskan faktor kemanusiaan ini sengaja ditonjolkan dengan tujuan
untuk melindungi sebab sebenar campur tangan British, iaitu sebab ekonomi dan politik.
5. Perubahan pegawai
Sebelum tahun 1870, pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan kerajaan liberal di
bawah Glodstone bersikap anti-imperialisme. Mereka menganggap campur tangan British di
Negeri-negeri Melayu akan membebankan mereka dari segi kewangan. Mereka tidak
bersimpati dengan rayuan pedagang-pedagang dan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat
supaya British campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Sejak tahun 1870, berlaku
perubahan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan Kabinet British yang membawa
kepada sentimen imperialisme. Golongan ini mahukan British campur tangan untuk
melindungi kepentingan British. Pada tahun 1870, Lord Kimberley dilantik sebagai
Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan. Pada tahun 1871, Edward Knatchbull Hugessen telah
dilantik sebagai Setiausaha Parlimen dan Robert Herbert sebagai Setiausaha Rendah Tetap
Pejabat Tanah Jajahan. Sekiranya kepentingan-kepentingan British terjejas maka mereka
perlu campur tangan. Malah campur tangan setelah Lord Kimberley mengarahkan Andrew
Clarke untuk mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan di
Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1873, Parti Konservatif di bawah Disraeli yang menganut
fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik England. Kejayaan konservatif
menguasai kerajaan pada Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di
Negeri-negeri Melayu. Selain itu, pada tahun 1870-an juga berlaku perubahan pegawai-
pegawai Negeri-negeri Selat. Pegawai-pegawai tersebut juga menganut fahaman
imperialisme seperti Andrew Clarke, Frank Swettenham, Kapten Speedy dan Kapten Tathan.
6. Tindakan Andrew Clarke

All The Best


Tindakan Andrew Clarke yang melampaui arahan juga bertanggungjawab terhadap
perubahan dasar British di Negeri-negeri Melayu. Andrew Clarke hanya diarahkan oleh
Lord Kimberley untuk menkaji dan melaporkan langkah-langkah bagi melindungi
kepentingan British di Negeri-negeri Melayu tetapi Andrew Clarke dengan inisiatifnya
sendiri telah campur tangan di Perak (Januari 1974), Selangor (Februari 1874) dan Sungai
Ujong (April 1874).

Campur Tangan British di Perak 1874

Pengenalan
Seperti Negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan-kekacauan di Perak juga berlaku pada tahun
1860-an dan 1870-an. Kekacauan-kekacauan tersebut ialah lanjutan dari kekacauan yang berlaku
sebelumnya. Di antara kekacauan-kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan di antara
pembesar dan pergaduhan di antara pelombong Cina. Pada mulanya, British tidak mengambil
langkah untuk menamatkan kekacauan-kekacauan tersebut kerana sebelum tahun 1874, British
tidak mengamalkan dasar campur tangan dalam hal-hal Negeri-negeri Melayu. Walau
bagaimanapun, kekacauan-kekacauan berikut dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan
di Perak selepas tahun 1874. Selepas tahun 1874, berlaku lagi satu kekacauan iaitu Perang Perak
1875.

Perebutan takhta kerajaan di Perak 1871-1874


Sistem mewarisi takhta di Perak adalah berbeza dari negeri-negeri lain di Tanah Melayu.
Sebelum dilantik menjadi Sultan, seseorang itu perlu menjadi Raja di Hilir, Raja Bendahara dan
Raja Muda. Selepas kemangkatan Sultan, Raja Muda dilantik sebagai Sultan, Raja Bendahara
sebagai Raja Muda, Raja di Hilir sebagai Raja Bendahara dan putera Sultan yang sedang
memerintah akan dilantik sebagai Raja di Hilir. Sejak tahun 1850-an, sistem ini mula tidak
diikuti sepenuhnya sehingga melemahkan kesultanan dan hampir-hampir mencetuskan Perang
Saudara. Terdapat juga pembesar-pembesar yang amat berpengaruh kerana kekayaan mereka
akibat penglibatan mereka dalam perlombongan bijih timah. Sebagai contoh, Ngah Ibrahim yang
dilantik sebagai Menteri Larut.
Kedudukan dalam pemerintahan Perak 1850-an adalah seperti berikut:
· Sultan Abdullah Muhammad Syah sebagai Sultan
· Raja Jaafar sebagai Raja Muda
· Raja Ali sebagai Raja Bendahara
· Raja Yusof sebagai Raja di Hilir
Selepas kemangkatan Sultan Abdullah Muhammad Syah pada tahun 1857, Raja Jaafar dilantik
sebagai Sultan dan Raja Ali sebagai Raja Muda. Raja Yusof dikekalkan sebagai Raja di Hilir
kerana Sultan Jaafar telah melantik Raja Ismail sebagai Raja Bendahara. Perlantikan Raja Ismail
bukan sahaja mendapat tentangan Raja Yusof, tetapi juga pembesar-pembesar Perak kerana Raja
Ismail berasal dari keturunan Siak (Sumatera). Untuk mengelakkan berlakunya kekacauan, Raja
Jaafar berjanji bahawa kedudukan Raja Ismail akan dikekalkan sebagai Raja Bendahara. Baginda
tidak akan dilantik sebagai Raja Muda atau Sultan. Selepas kemangkatan Sultan Jaafar pada
tahun 1865, Raja Ali dilantik sebagai Sultan. Baginda telah melantik putera Sultan Jaafar, iaitu
Raja Abdullah sebagai Raja Muda dengan mengekalkan Raja Ismail sebagai Raja Bendahara dan
Raja Yusof sebagai Raja di Hilir. Perlantikan Raja Abdullah sebagai Raja Muda telah mendapat
All The Best
tentangan Raja Yusof, Raja Ismail dan pembesar-pembesar Perak. Keadaan di Perak semakin
runcing apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871 kerana Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja
Yusof menuntut takhta Perak dan masing-masing menganggap berhak ke atas takhta tersebut.
Dalam upacara pengebumian Sultan Ali di Sayong pada tahun 1871, pembesar-pembesar Perak
telah melantik Raja Ismail sebagai Sultan kerana Raja Abdullah (Raja Muda) tidak menghadiri
upacara tersebut. Di antara pembesar yang memainkan peranan penting di atas perlantikan Raja
Ismail sebagai Sultan ialah Ngah Ibrahim kerana beliau mengharapkan Raja Ismail akan
melantiknya sebagai Raja Bendahara, sebagai anak tangga ke arah takhta Perak.
Perlantikan Raja Ismail sebagai Sultan telah mendapat tentangan dari Raja Abdullah,
Raja Yusof dan pembesar-pembesar Hilir Perak. Raja Abdullah telah mengisytiharkan dirinya
sebagai Sultan dan melantik Raja Yusof sebagai Raja Muda dalam usaha mendapatkan sokongan.
Setelah usahanya untuk mendapatkan takhta Perak gagal, Raja Abdullah menulis surat kepada
Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Sir Andrew Clarke pada 31 Disember 1873 dan 9 Januari
1974 memohon bantuan British dalam usaha mendapatkan takhta Perak.

Pertelingkahan antara kongsi-kongsi gelap


Larut ialah daerah yang terpencil. Ia tidak mempunyai ketua daerah, hanya seorang pemimpin
bernama Panglima Bukit Gantang. Pada tahun 1848, bijih timah dijumpai di Larut. Long Jaafar,
seorang pemimpin kecil keturunan Panglima Bukit Gantang telah menguruskan sendiri
perusahaan bijih timah. Lombong bijih timah telah dibuka. Untuk menguruskan lombong bijih
timah itu, maka Long Jaafar telah mengambil orang-orang Cina untuk bekerja sebagai buruh.
Akhirnya, Long Jaafar menjadi kaya raya hasil dari cukai bijih timah.
Dengan adanya pembukaan lombong bijih timah dan galakan dari Long Jaafar, ramai
orang Cina dari Pulau Pinang telah datang ke Larut. Orang-orang Cina yang datang ke Larut
terdiri daripada suku Khek dan kemudiannya diikuti oleh suku Kongfu.
Kehadiran mereka menyebabkan munculnya kongsi gelap Cina seperti suku Khek yang
tinggal di Kelian Pauh membentuk kumpulan Go Kwan (5 daerah) sementara suku Kongfu yang
tinggal di Kelian Baharu (Kamunting) membentuk kumpulan Si Kwan (4 daerah). Kumpulan Go
Kwan telah bergabung dengan Kongsi Hai San sementara Si Kwan bergabung dengan Ghee Hin.
Kedua-dua kumpulan ini sering melakukan pertempuran kerana ingin menguasai kawasan-
kawasan penting dari segi ekonomi seperti kawasan lombong bijih.
1. Perang Larut Pertama 1861
Pertempuran yang pertama ini berpunca atas perkara pengaliran air ke kawasan lombong
kepunyaan kongsi Ghee Hin. Mereka telah berjumpa dengan kawasan tanah yang kaya
dengan bijih timah dan telah mengusahakannya. Keadaan ini telah menimbulkan rasa iri hati
kepada kongsi Hai San. Akibatnya, mereka menyekat pengaliran air yang diperlukan oleh
Ghee Hin untuk kawasan perlombongan bijih timah itu. Ghee Hin telah membantah terhadap
Hai San dan akhirnya telah mencetuskan satu pertempuran yang hebat. Puak Hai San yang
bilangannya lebih ramai menyerang Ghee Hin di Kelian Bharu. Kongsi Ghee Hin telah
dikalahkan dengan mengalami kehilangan nyawa dan harta benda yang besar. Mereka telah
berundur ke Permatang dan setengahnya ke Pulau Pinang. Memandangkan kejayaan Hai
San, Ngah Ibrahim telah menyebelah mereka.
Kongsi Ghee Hin yang kebanyakannya adalah rakyat Inggeris telah membuat aduan
kepada Gabenor. Seterusnya, Gabenor telah campur tangan. Hasil dari kajian yang dibuat,
Gabenor menyalahkan Sultan Jaafar. Sebab itulah baginda dikehendaki membayar kembali
semua ganti rugi sebanyak $17000. Malangnya, Sultan tidak berupaya untuk membayarnya.
Setelah diadakan perundingan, Ngah Ibrahim sanggup menyelesaikannya. Sebagai

All The Best


membalah jasa Ngah Ibrahim, maka beliau telah diberi gelaran “Orang Kaya Menteri Seri
Paduka Tuan” pada tahun 1863.
2. Perang Larut Kedua 1865
Pertempuran yang kedua berpunca daripada perselisihan akibat judi yang terjadi di Kelian
Pauh pada bulan Jun 1865. Akibatnya kongsi Hai San telah merampas kedai-kedai
kepunyaan Ghee Hin dan membunuh beberapa orang tahanan Ghee Hin. Peristiwa ini
menyebabkan Ghee Hin ingin membalas dendam. Pada mulanya mereka berjaya
mengalahkan Hai San tetapi selepas menerima bantuan dari Ngah Ibrahim, Hai San telah
berjaya menyerang balas. Beberapa orang anggota Ghee Hin telah melarikan diri ke Pulau
Pinang untuk mendapatkan bantuan. Ketua Ghee Hin iaitu So Ah Chiang telah ditangkap
dan dibunuh dalam percubaan melarikan diri itu. Dikatakan hanya 1000 orang dari 2000
orang anggota Ghee Hin telah cuba melarikan diri.
Hai San juga telah meminta bantuan dari Pulau Pinang dan ini menyebabkan pertempuran
merebak ke sana. Pertempuran telah menjadi selama 10 hari dalam bulan Ogos. Di Pulau
Pinang, Hai San telah mendapat bantuan dari kongsi Toh Poh Kong yang menjadi musuh
Ghee Hin.
Oleh sebab pertempuran telah menjadi semakin serius kerana penglibatan orang-
orang Melayu, Gabenor terpaksa campur tangan. Kedua-dua pihak dikenakan denda
sebanyak $5000.
3. Perang Larut Ketiga 1872-1873
Sungguhpun pertempuran telah reda, namun sikap permusuhan kedua-duanya masih terus
menjadi. Kongsi Ghee Hin secara bersembunyi telah melakukan persiapan untuk menentang
kongsi Hai San. Akhirnya pertempuran tidak dapat dielakkan.
Perselisihan telah terjadi berpunca adanya hubungan sulit antara ketua Ghee Hin dengan
isteri kepada ketua Hai San. Kedua-duanya ditangkap oleh anggota Hai San lalu dibunuh.
Menggunakan peluang ini, Ghee Hin yang telah mempersiapkan diri ingin menuntut bela.
Ghee Hin telah melakukan serangan mengejut ke atas Hai San menyebabkan Hai San dapat
dikalahkan. Tetapi selepas melengkapkan diri mereka maka dalam bulan September 1872,
Hai San telah melakukan serangan balas. Hai San telah mendapat bantuan dari Ngah
Ibrahim. Pertempuran yang berlaku telah menyebabkan kira-kira 3000 orang Cina mati
terbunuh dan ramai lagi yang cedera.
Anggota Ghee Hin yang telah dikalahkan telah berazam untuk menebus kembali
malu mereka. Mereka telah membina kubu pertahanan di Simpang yang dianggap penting
untuk mengepung Larut. Dengan menggunakan bot-bot ronda, Ghee Hin telah melakukan
serangan dan rompakan sesuka hati. Tujuan mereka adalah untuk menjejaskan kedudukan
Hai San. Tindakan Ghee Hin itu telah menimbulkan kebimbangan kepada Inggeris. Pihak
Inggeris telah menghantar 2 kapal perang ke Sungai Larut iaitu H.M.S. Thalia dan Midge.
Gabenor Sir Harry Ord telah mengambil keputusan membantu Ngah Ibrahim untuk
mengatasi kekacauan di Larut. Raja Ismail gagal untuk berbuat demikian. Ketika kapal
perang Thalia dan Midge menjalankan rondaan, kedua-duanya telah dibedil. Akibatnya,
Thalia dan Midge bertindak balas tetapi Ghee Hin masih terus mengadakan pertempuran.
Oleh sebab ingin membalas dendam terhadap Ngah Ibrahim, Ghee Hin telah menyerang
rumah beliau di Pulau Pinang.
Untuk menentang Ghee Hin selanjutnya, maka Kapten Speedy bersama-sama
dengan kira-kira 100 askar sepoi tiba di Larut. Kapten Speedy telah diambil bertugas di
Larut oleh Ngah Ibrahim. Pada penghujung bulan November 1873, Speedy memulakan
serangan ke atas Matang, kubu pertahanan Ghee Hin. Tetapi Ghee Hin telah
mempertahankannya dengan berani sehingga di akhir peperangan.
All The Best
Perang Larut ini telah menjejaskan kegiatan melombong bijih timah dan perdagangan timah
dengan Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah mendorong British campur tangan bagi
menyelesaikan kekacauan ini.

Peranan Sir Andrew Clarke


Pada 4 November 1873, Sir Andrew Clarke telah mengambil alih jawatan Gabenor Negeri-negeri
Selat dari Sir Harry Ord. Dari segi umur, beliau lebih muda dari Ord tetapi beliau mempunyai
pandangan dan bersikap agresif. Dengan lain perkataan, beliau suka bertindak segera dari
membuat kajian dan tinjauan yang berlarut-larutan.
Mengenai peristiwa di Larut, Clarke tidak setuju sikap pegawai-pegawai Inggeris yang
lebih menyokong kongsi Hai San. Bagi beliau, sikap ini hendaklah diubah memandangkan
pertempuran yang terjadi adalah melibatkan kedua-dua kumpulan dan juga pembesar-pembesar
Melayu. Oleh itu, penyelesaian hendaklah dibuat dengan melibatkan semua pihak.
Tindakan Clarke tanpa berunding dengan Pejabat Tanah Jajahan mengenai dasar untuk
campur tangan di Perak dan Negeri-negeri Melayu lainnya memandangkan adanya berita-berita
yang mengatakan kedua-dua kumpulan yang terlibat sanggup menamatkan pergaduhan mereka.
Selain itu, Clarke memang sedar adanya perubahan sikap Kerajaan Inggeris terhadap Negeri-
negeri Melayu disebabkan adanya ancaman dari Jerman.
Keyakinan Clarke bahawa pertempuran Ghee Hin dan Hai San akan dapat diselesaikan
adalah berdasarkan keterangan yang diperolehi dari W.A. Pickering. Pada 2 atau 3 Januati 1874,
Pickering yang fasih dalam pelbagai loghat Cina pergi ke Pulau Pinang untuk mencari jalan
penyelesaian. Dua hari kemudian, Pickering mendapat persetujuan dari kedua-dua pihak untuk
menamatkan pertempuran. Di samping itu, Frank Swettenham juga diamanahkan dengan tugas
mendapatkan pembesar-pembesar Melayu Perak supaya menghadiri persidangan di Pangkor
pada 14 Januari 1874.
Pada 7 Januari 1874, Clarke mengarahkan pula Kapten Dunlop supaya mengaturkan
pertemuan pembesar-pembesar Melayu yang terlibat. Dalam pertemuan tersebut, Raja Ismail dan
Raja Yusof tidak hadir. Yang hadir ialah Raja Abdullah, pembesar Hilir Perak, pemimpin Ghee
Hin dan Hai San. Persidangan ini berada di kapal Clarke yang bernama H.M.S. Pluto.
Dengan ini, persidangan ini menghasilkan 2 dokumen yang berlainan dengan pemimpin
Cina dan pembesar Melayu, iaitu Perjanjian Pangkor dam Perjanjian Orang Cina pada 20 Januari
1874.

Perjanjian Pangkor 1874


Perjanjian Pangkor telah ditandatangani pada 20 Januari 1874. Isi kandunagn perjanjian ini ini
dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu mengenai takhta Kerajaan Perak dan mengenai orang
Cina.
1. Mengenai takhta Kerajaan Perak
a. Raja Abdullah diakui sebagai Sultan Perak.
b. Raja Ismail dilantik menjadi Raja Muda. Beliau diberi sebuah wilayah dan wang
bersara sebanyak $1000 sebulan.
c. Segala perlantikan yang disertai dengan alat-alat kerajaan yang dibuat semasa
Bendahara Ismail menjadi Pemangku Sultan yang sah.
d. Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan
diikuti dalam setiap perkara kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan
adat istiadat orang-orang Melayu.
e. Semua pungutan dan kawalan cukai serta pertandingan am mestilah dijalankan di atas
nama Sultan.
All The Best
f. Pungutan dan pengawalan terhadap semua cukai-cukai dan pentadbiran negeri
dijalankan dengan berpandukan kepada nasihat-nasihat Residen dan penolongnya.
g. Menteri akan terus berkuasa tetapi beliau tidaklah diakui sebagai pemerintah yang
merdeka di Larut.
h. Menteri Larut ini juga dikehendaki menerima seorang Penolong Residen untuk
menasihati beliau dalam urusan pentadbiran Larut.
i. Gaji Residen dan penolongnya ditentukan oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat dan
dibayar oleh Sultan.
j. Gaji-gaji Residen, Penolong Residen, Sultan, Bendahara, Menteri Larut dan pembesar-
pembesar atau pegawai-pegawai lain ditetapkan oleh satu senarai awam (civil test).
k. Perjanjian mengenai penyerahan wilayah Dinding dan Pulau Pangkor kepada Inggeris
yang telah menimbulkan kekeliruan itu diperbetulkan.
l. Apabila keamanan dapat dipulihkan semula di Perak, kegiatan-kegiatan melombong
hendaklah dimulakan semula. Ganti rugi mengenai kerosakan jentera dan lain-lain akan
dibayar dan tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh pegawai-pegawai Inggeris adalah
muktamad.
2. Mengenai orang Cina
a. Bahawa kedua-dua pihak hendaklah meletakkan senjata dan memusnahkan kubu-kubu
mereka.
b. Bahawa satu suruhanjaya yang terdiri daripada pegawai-pegawai British dan 2 orang
wakil Cina, akan menyelesaikan semua tuntutan terhadap lombong-lombong itu dan
urusan-urusan di Larut pada masa akan datang akan dijaga oleh seorang Residen
Inggeris.
c. Bahawa mereka hendaklah mengikut janji sebanyak $50000 untuk menjaga keamanan
dan menuruti syarat-syarat perjanjian itu.

Kesimpulan
Berdasarkan Perjanjian Pangkor, Clarke telah mencadangkan supaya J.W.W. Birch dilantik
sebagai Residen Inggeris di Perak. Birch memulakan tugasnya sebagai Residen agak lambat iaitu
dalam bulan November 1874 sedangkan Kapten Speedy yang dilantik sebagai penolongnya telah
memulakan tugasnya di Larut sejak bulan Januari. Kelewatan Birch menjalankan tugasnya
kerana menunggu persetujuan dari Pejabat Tanah Jajahan London.

Campur Tangan British di Selangor 1874

Pengenalan
Seperti negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan juga berlaku di Selangor pada 1860-an dan
1870-an. Punca berlakunya kekacauan tersebut ialah kerana tidak adanya pentadbiran yang stabil
selepas kemangkatan Sultan Ibrahim pada tahun 1826. Pengganti-penggantinya, iaitu Sultan
Muhammad yang manaiki takhta pada 1826 dan Sultan Samad yang manaiki takhta pada tahun
1857 adalah pemerintah yang lemah. Mereka menyerahkan pentadbiran daerah kepada putera-
putera raja. Dalam menjalankan pentadbiran daerah, putera-putera raja telah menindas rakyat
untuk kepentingan mereka. Kelemahan sultan terbukti apabila Sultan Muhammad tidak dapat
mengambil tindakan selepas seorang pembesar raja, iaitu Tengku Busu dibunuh oleh orang-orang
Cina di Lukut pada tahun 1834. Kekacauan utama yang berlaku di Selangor ialah Perang Kelang
yang meletus di antara 1867-1873.
All The Best
Perang Kelang 1867-1873
Kekacauan di Selangor berlaku kerana pergaduhan antara pembesar-pembesar dan pergaduhan
pelombong-pelombong Cina. Antara 1867 hingga 1873 berlaku Perang Kelang antara Raja
Mahdi dan Raja Abdullah (1867-1870) dan selepas 1873, di antara Raja Mahdi dengan putera
Raja Abdullah iaitu Raja Ismail kerana merebut kawasan Kelang yang kaya dengan bijih timah.
Pada 1853, pemerintah Kelang iaitu Raja Sulaiman meninggal dunia. Sultan Muhammad
yang memerintah Selangor ketika itu menganugerahkan Kelang kepada menantunya, Raja
Abdullah dengan mengenepikan putera Raja Sulaiman, Raja Mahdi. Alasan Sultan Muhammad
ialah kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang. Selepas dianugerahkan Kelang, Raja
Abdullah telah menjemput orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan
perlombongan bijih timah sehinggan Kelang muncul sebagai kawasan perlombongan yang maju.
Tindakan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah telah mendapat
tentangan dari Raja Mahdi. Walaupun dibayar sagu hati tahunan, Raja Mahdi tidak puas hati dan
masih menuntut hak Kelang, lebih-lebih lagi selepas melibat kemajuan Kelang. Raja Mahdi
mendakwa tindakan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah bukan
kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang, tetapi mengenang jasa Raja Abdullah
menyelesaikan hutang Sultan Muhammad kepada seorang saudagar Cina.
Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat. Dalam perebutan takhta yang berlaku,
anak saudara dan menantunya, iaitu Raja Abdul Samad telah dilantik sebagai sultan dengan
mengusir Raja Muda Mahmud. Perlantikan Sultan Abdul Samad telah mendapat bantahan
pembesar-pembesar Selangor, terutamanya Raja Mahdi, lebih-lebih lagi Sultan Abdul Samad
memutuskan pertunangan Raja Mahdi dengan puterinya Raja Arfah yang dikahwinkan dengan
Tengku Kudin, anak Sultan Muhammad Tajuddin (Kedah). Pada tahun 1868, Tengku Kudin
dilantik sebagai wizurai atau wakil Sultan Selangor. Perlantikan Tengku Kudin telah mendapat
bantahan pembesar-pembesar Selangor seperti Raja Musa (Kuala Selangor), Raja Hitam
(Bernam), Raja Ali (Jeram) dan Raja Mahdi (Kelang).
Perkembangan Kelang bukan sahaja menyebabkan kedatangan orang-orang Cina, tetapi
juga orang-orang Indonesia. Persaingan berlaku antara orang-orang Bugis dan orang-orang
Mendeling. Pembunuhan seorang Mendeling oleh beberapa orang Bugis telah memperhebatkan
lagi Perang Kelang. Apabila pemerintah Kelang (Raja Abdullah) yang berasal dari keturunan
Bugis tidak mengambil tindakan ke atas orang-orang Bugis yang terlibat dalam pembunuhan
menyebabkan orang-orang Mendeling menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang Raja Abdullah.
Dengan bantuan orang-orang Mendeling, pengikut-pengikutnya serta seorang saudagar Cina di
Melaka, iaitu Tan Teck Chiang, Raja Mahdi telah menyerang dan menawan Kelang pada tahun
1867. Raja Abdullah dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Melaka. Beliau telah beberapa
kali melancarkan serangan untuk menawan semula Kelang sehingga beliau meninggal dunia
pada tahun 1870.
Pada tahun 1870, putera Raja Abdullah, iaitu Raja Ismail dengan bantuan Tengku Kudin
dan seorang saudagar Cina di Melaka, iaitu Lim Teik Yee telah berjaya menawan semula Kelang
dari Raja Mahdi. Raja Mahdi melarikan diri ke Kuala Selangor. Dengan bantuan Raja Hitam dan
Raja Ali, Raja Mahdi berjaya menawan Kuala Selangor dari Raja Musa pada tahun 1871. Pada
Jun 1871, berlaku peristiwa rompakan kapal yang bernama Kim Seng Cheong dari Pulau Pinang
ke Larut yang membawa muatan kain, barang makanan dan ternakan. British telah menghantar 2
buah kapal perangnya, iaitu H.M.S. Pluto dan H.M.S. Renaldo ke Kuala Selangor. Ketibaan
angkatan British telah menyebabkan lanun-lanun lari diri dari Kuala Selangor. Oleh sebab ketika
itu Kuala Selangor diperintah oleh Raja Mahdi, maka British mengarahkan beliau menaiki kapal
H.M.S. Renaldo bagi mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah lanun di Kuala
All The Best
Selangor. Keengganan Raja Mahdi telah menyebabkan Kuala Selangor dibedil oleh British lalu
ditawan. Oleh sebab ketika itu British masih mengamalkan dasar tidak campur tangan, maka
Kuala Selangor diserahkan kepada Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor. Raja Musa
kembali ke Kuala Selangor dan menuntut haknya. Keengganan Tengku Kudin untuk
menyerahkan Kualan Selangor menyebabkan Raja Musa menyebelahi Raja Mahdi untuk
menentang Tengku Kudin. Akibatnya kekacauan di Selangor masoh berterusan.
Kekacauan di Selangor semakin hebat akibat pergaduhan pelombong-pelombong Cina di
Kanching, iaitu Kah Yeng Chew yang merupakan ahli kongsi Ghee Hin dengan pelombong-
pelombong Cina di Kuala Lumpur, iaitu puak Fei Chew yang merupakan ahli kongsi Hai San.
Kekacauan bertambah hebat kerana pelombong-pelombong Cina menyebelahi pembesar-
pembesar yang bertentangan. Puak Kah Yeng Chew menyebelahi Raja Mahdi dan puak Fei
Chew menyebelahi Tengku Kudin. Pada tahun 1868, Yap Ah Loy dilantik sebagai Kapitan Cina
di Kuala Lumpur. Pada tahun 1869, orang kanan Yap Ah Loy, iaitu Yap Ah Sze telah dibunuh di
Kanching oleh puak Kah Yeng Chew di bawah Chong Chong. Yap Ah Loy dan pengikut-
pengikutnya menyerang puak Kah Yeng Chew di Kanching. Chong Chong dan pengikut-
pengikutnya melarikan diri ke Rawang dan menyebelahi Raja Mahdi kerana puak Fei Chew
mendapat bantuan Tengku Kudin. Pada tahun 1872, Raja Mahdi kembali ke Selangor. Dengan
bantuan tentera Johor dan puak Kah Yeng Chew, beliau berjaya menawan Kuala Lumpur, Ulu
Kelang, Petaling dan Kuala Selangor dengan mengalahkan tentera Tengku Kudin dan Yap Ah
Loy. Tengku Kudin kemudiannya mendapatkan bantuan Negeri-negeri Selat untuk menentang
Raja Mahdi. Walau bagaimanapun, Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Harry Ord enggan memberi
bantuan kerana ketika itu British tidak mengamalkan dasar campur tangan. Tengku Kudin
kemudiannya memohon bantuan dari Kedah dan Bendahara Wan Ahmad (Pahang). Dengan
bantuan tentera Pahang, Kedah dan pengikut Yap Ah Loy, Tengku Kudin berjaya menawan
semula Kuala Lumpur, Ulu Kelang, Petaling dan Kuala Selangor dari Raja Mahdi. Kejayaan
Tengku Kudin telah berjaya menamatkan kekacauan Selangor pada bulan Mac 1873.

Kegiatan lanun
Selepas tamatnya Perang Kelang, lanun-lanun di pantai Selangor tetap meneruskan keganasan
mereka. Kegiatan pelanunan ini memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke yang baru
menyelesaikan campur tangan di Perak untuk bertindak di Selangor.
Pada 16 November 1873, sekumpulan lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan
Abdul Samad telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka berhampiran dengan Sungai
Jugra. 8 orang daripada 9 orang anak kapal yang merupakan rakyat British dibunuh.
Sir Andrew Clarke mengambil kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan
meluaskan pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9 orang Melayu Selangor
yang disyaki terlibat dalam kejadian itu. Sir Andrew Clarke memaksa Sultan Abdul Samad
mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan pada bulan Februari 1874. Lanun-lanun
itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati.
Namun demikian, kejadian-kejadian pelanunan masih diteruskan lagi. Pada bulan Ogos
1874, satu kejadian pelanunan telah berlaku dekat Sungai Langat. Peristiwa ini telah memberi
kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Swettenham tinggal dengan
Sultan Abdul Samad sebagai ejen tidak rasmi Inggeris.
Sultan Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan Frank
Swettenham dan meminta supaya British melantik seorang residen untuk menasihati baginda.
Pada bulan Oktober 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham
sebagai Penolong Residen.

All The Best


Campur Tangan British di Negeri Sembilan 1874

Pengenalan
Seperti negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan di Negeri Sembilan berlaku di
antara tahun 1860-an dan 1870-an. Sebab utama yang menyebabkan kekacauan di
Negeri Sembilan ialah peperangan yang berlaku di antara Dato’ Kelana dan Dato’
Bandar di Sungai Ujong atas kepentingan lombong bijih timah. Selain itu, kekacauan
juga berlaku di Sri Menanti, Rembau dan Jelebu. Kekacauan ini seterusnya
mendorong British campur tangan sehingga akhirnya Negeri Sembilan diwujudkan
atas penyatuan wilayah-wilayah tersebut.

Sungai Ujong
Sungai Ujong adalah salah sebuah daerah daripada sembilan buah daerah di Negeri
Sembilan. Ia sangat kaya dengan bijih timah. Bijih timah menjadi punca
pertelingkahan antara pembesar-pembesar Melayu. Mereka cuba mengenakan
cukai ke atas bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Ujong.

Peperangan telah berlaku di antara 2 orang pembesar iaitu Dato’ Kelana dan
Dato’ Bandar. Punca perbalahan antara mereka ialah ke atas hak memungut cukai
di kawasan perlombongan bijih timah. Kedua-dua pembesar itu telah mendirikan
rumah tol untuk memungut cukai di sepanjang Sungai Linggi. Tindakan mereka
menyebabkan saudagar-saudagar yang membawa bijih timah dari Sungai Linggi ke
Melaka terpaksa membayar cukai kepada setiap rumah tol.

Permusuhan di antara Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar seterusnya


menyebabkan perlombongan bijih timah terhenti dan perdagangan Negeri-negeri
Selat dengan Sungai Ujong terancam. Malahan, kedudukan Dato’ Kelana terancam
oleh Dato’ Bandar yang lebih berpengaruh di Sungai Ujong. Oleh itu, Dato’ Kelana
meminta bantuan Inggeris untuk mengukuhkan kedudukannya di Sungai Ujong.
Sementara itu, saudagar-saudagar selat telah mengadu kepada Gabenor Sir Andrew
Clarke tentang pengenaan cukai secara haram yang tidak menguntungkan mereka
dan mendesak British supaya campur tangan di Sungai Ujong untuk melindungi
kepentingan perdagangan mereka.

Pada bulan April 1874, Sir Andrew Clarke telah mengambil keputusan untuk
memihak Dato’ Kelana. Beliau mengadakan satu mesyuarat dengan pembesar-
pembesar di Singapura untuk mewujudkan pengaruh British dan menamatkan
kekacauan di Sungai Ujong. Mesyuarat itu hanya dihadiri oleh Dato’ Kelana Abdul
Rahman dan Dato’ Muda Linggi. Hasilnya, perjanjian ditandatangani di antara Dato’
Kelana dan Inggeris pada 21 April 1874. Melalui perjanjian ini:

All The Best


a. Dato’ Kelana diisytiharkan sebagai pemerintah yang sah di Sungai Ujong.
Beliau berjanji memerintah Sungai Ujong dengan adil.

b. Dato’ Kelana bersetuju memberi perlindungan kepada saudagar-saudagar


British dan mengenakan cukai yang berpatutan.

c. Dato’ Kelana bersetuju juga menjaga kepentingan British di Sungai Ujong.

Dato’ Bandar membantah keras terhadap campur tangan British di Sungai

Ujong dan enggan menerima perjanjian tersebut kerana beliau disisihkan daripada

sebarang kuasa di Sungai Ujong. Seterusnya, Dato’ Bandar mencabar kekuasaan

British.

Dato’ Kelana Abdul Rahman berasa bimbang akan keselamatan dan


meminta perlindungan daripada Kerajaan British. Pada bulan Ogos 1874, Sir Andrew
Clarke menghantar W.A. Pickering bersama satu pasukan tentera untuk melindungi
Dato’ Kelana dan menjaga kepentingan perdagangan British di sana.

Dalam pertempuran yang meletus di antara Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar
pada bulan November 1874, Dato’ Kelana berjaya menewaskan Dato’ Bandar
dengan bantuan angkatan tentera British. Dato’ Bandar terpaksa berundur ke
Kepayang.

Kedudukan Dato’ Kelana sebagai ketua Sungai Ujong terjamin dan British
berpeluang meluaskan kuasanya dengan melantik seorang Penolong Residen, iaitu
Kapten W.I. Thatham. Dato’ Bandar menandatangani satu perjanjian pada 16
Disember 1874 dan berjanji tidak akan campur tangan dalam hal-ehwal Sungai
Ujong.

Sri Menanti
Pertelingkahan di antara Yamtuan Antah Seri Menanti dan pembesar-pembesar
terutama Sungai Ujong memberi kesempatan untuk Inggeris campur tangan di Sri
Menanti.

Pemerintah Sungai Ujong enggan mengakui Yamtuan Antah Sri Menanti


sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Sir Frederick Weld telah
mengadakan satu mesyuarat dengan Yamtuan Antah dan pembesar-pembesar Sri
Menanti yang menentangnya. Walaupun Antah meminta perlantikan seorang
Residen British tetapi permintaan itu tidak diterima oleh Sir Frederick Weld kerana
beliau tidak mendapat sokongan semua pembesar Sri Menanti.

Oleh itu, Weld hanya melantik Martin Lister sebagai Pemungut dan Majistret
di Kuala Pilah, Sri Menanti pada tahun 1885. Pada bulan April 1886, Yamtuan Antah

All The Best


dan pembesar-pembesar telah bersetuju menyerahkan hal-ehwal hubungan luar
kepada Martin Lister.

Rembau
Sir Frederick Weld campur tangan di Rembau untuk menamatkan persengketaan di
antara Haji Sahil iaitu Penghulu Rembau dan Syed Hamid atas perebutan gelaran
Yamtuan Muda Tampin.

Sir Frederick Weld mengadakan satu mesyuarat dengan pembesar-


pembesar Rembau di Melaka pada bulan Mac 1883. Dalam mesyuarat itu,
pembesar-pembesar bersetuju melantik Serun Bin Sidin sebagai penghulu yang
baru bagi Rembau kerana Haji Sahil gagal mentadbir Rembau dengan baik. Serun
Bin Sidin dan pembesar-pembesar juga menandatangani satu persetiaan dengan
pihak Inggeris dan bersetuju menerima dan mematuhi timbang-tara Inggeris dalam
semua pergaduhan di antara mereka.

Pertelingkahan telah meletus antara Penghulu Serun dan pembesar-


pembesar atas soal pungutan hasil. British campur tangan untuk menyelesaikan
masalah itu pada 17 September 1887, Penghulu Serun dan pembesar-pembesar
Rembau telah menantangani satu perjanjian menyerahkan kuasa memungut cukai
kepada seorang pegawai British yang dikenali sebagai Pemungut Hasil dan
Majistret.

Jelebu
British berpeluang campur tangan di Jelebu apabila tercetus satu pertelingkahan
antara Yamtuan Muda dengan Penghulu Jelebu. Kedua-dua pihak meminta timbang-
tara British untuk menyelesaikan persengketaan antara mereka.

Sir Frederick Weld telah menguruskan satu mesyuarat dengan kedua-dua


pihak pada bulan Ogos 1883 untuk menentukan hak dan kuasa mereka. Residen
Sungai Ujong dilantik untuk membantu mereka dalam hal-ehwal pentadbiran Jelebu.

Pada bulan Disember 1884, Yamtuan Muda Jelebu mangkat. Penghulu Jelebu
meminta bantuan British untuk menghapuskan jawatan Yamtuan Muda. Sebagai
balasan, beliau menandatangani satu perjanjian dengan British pada bulan
September 1886.

Menurut perjanjian itu, Penghulu Jelebu menerima seorang pegawai British


untuk mentadbir hasil dan keadilan di Jelebu.

Kesimpulan

All The Best


Menjelang tahun 1888, kesemua negeri kecuali daerah Tampin telah menerima timbang-tara dan
perlindungan Inggeris. Pada tahun 1889, menerusi usaha Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Sir
Cecil Clementi Smith, daerah Tampin dan Rembau bersetuju menyertai pergabungan Sri
Menantidan menerima seorang Residen Inggeris. Martin Lister dilantik menjadi Residen
Pertama.
Pada tahun 1885, Sungai Ujong dan Jelebu menyertai penggabungan
tersebut. Dengan ini, pergabungan Sri Menanti yang meliputi semua negeri dikenali
sebagai Negeri Sembilan. Yamtuan Antah Sri Menanti diakui sebagai Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan. Baginda dibantu dalam hal pentadbiran oleh Martin Lister.

Campur Tangan British di Pahang 1888

Pengenalan
Pahang merupakan sebahagian dari Melaka semasa keagungan Kesultanan Melayu Melaka.
Apabila Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, Kerajaan Melayu Melaka berpindah
ke Johor dan Pahang turut bernaung di bawah Johor. Seorang Bendahara telah dilantik untuk
memerintah Pahang sebagai wakil Sultan Johor. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah
melemahkan Kesultanan Johor kerana ianya terbahagi dua. Kesempatan ini telah digunakan oleh
Bendahara Ali untuk membebaskan Pahang dari Johor pada tahun 1853. Pada tahun 1857,
Bendahara Ali meninggal dunia dan pentadbiran di Pahang diserahkan kepada Wan Mutahir dan
Wan Ahmad pula dianugerahkan Endau dan Kuantan tetapi Wan Mutahir tidak menunaikan
wasiat Bendahara Ali. Keadaan ini telah menyebabkan Perang Saudara (1857-1863) sehinggalah
British berkesempatan campur tangan.

Perang Saudara 1857-1863


Pada tahun 1853, Bendahara Ali mengambil kesempatan untuk membebaskan Pahang dari Johor
apabila Johor menjadi lemah. Sebelum dia meninggal dunia, Bendahara Ali berundur ke Lami di
Sungai Pahang Tua. Mengikut wasiatnya yang bertarikh 25 Mei 1856, pentadbiran Pahang akan
diserahkan kepada putera Wan Mutahir dan Wan Ahmad pula dianugerahkan kawasan Endau dan
Kuantan.
Pada tahun 1857, Bendahara Ali meninggal dunia. Wan Mutahir yang dilantik sebagai
Bendahara dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja enggan menyerahkan Endau dan Kuantan
kepada Wan Ahmad sebagaimana yang diwasiatkan. Wan Ahmad yang diusir dari Pahang telah
pergi ke Singapura untuk memohon bantuan British bagi mendapat kembali haknya. Gabenor
Negeri-negeri Selat, Blandell enggan membantunya kerana ketika itu British mengamal dasar
tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Wan Ahmad kemudiannya ke Terengganu dan
membuat serangan ke atas Pahang melalui Kemaman.
Perang saudara Pahang bertambah hebat kerana Wan Ahmad dan Wan Mutahir
mempunyai penyokong-penyokong yang menyokong mereka kerana sesuatu kepentingan. Sultan
Mahmud Lingga yang diturunkan takhta oleh Belanda mendakwa beliau berasal dari keturunan
raja-raja yang memerintah Johor (termasuk Pahang) pada abad ke-18. Beliau mahu membantu
Wan Ahamd dengan tujuan mengembalikan pertuanannya ke atas Pahang. Apabila bapa
saudaranya, Sultan Omar (Terengganu) enggan membantunya untuk membantu Wan Ahmad,
beliau memohon bantuan Siam. Permohonannya dipersetujui oleh Siam kerana Siam bercita-cita
untuk memperkuatkan pengaruhnya di Terengganu dan mengembangkan pengaruhnya ke
Pahang. Pada tahun 1861, Sultan Mahmud Lingga berangkat ke Bangkok untuk memohon
All The Best
bantuan Siam. Pada Oktober 1862, Sultan Mahmud Lingga tiba di Terengganu dengan angkatan
Siam untuk membantu Wan Ahmad menyerang Pahang. Kehadiran angkatan Siam
membimbangkan British kerana menyedari Siam memang bercita-cita untuk mengembangkan
pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu. Kebimbangan British bertambah apabila tersebar khabar
angin mengatakan bahawa angkatan Siam bukan sahaja membantu Wan Ahmad tetapi juga
membantu Sultan Mahmud Lingga merampas takhta Terengganu dari bapa saudaranya, Sultan
Omar. Siam mahu menggulingkan Sultan Omar kerana Sultan Omar tidak menerima pertuanan
Siam ke atas Terengganu. British menghantar bantahan kepada Raja Mongkut di Siam
menegaskan tindakan Siam bertentangan dengan Perjanjian Burney 1826. Gabenor Negeri-negeri
Selat Cavenagh telah mengarahkan Sultan Mahmud Lingga dan Siam berundur dari Terengganu
dan tidak melibatkan diri dalam Perang Saudara Pahang kerana bimbang penglibatan mereka
akan memperhebatkan lagi Perang Saudara Pahang. Apabila arahannya tidak mendapat layanan,
Cavenagh telah menghantar kapal perang ke Kuala Terengganu dan membedil Kuala Terengganu
pada 4 November 1862. Akibatnya, Sultan Mahmud Lingga dan Siam kembali ke Bangkok.
Tindakan British telah berjaya menghalang Sultan Mahmud Lingga dan Siam membabitkan diri
dalam Perang Saudara Pahang.
Pada mulanya British tidak mahu melibatkan diri dalam Perang Saudara Pahang dan
menganggapnya sebagai masalah dalam negeri Pahang. Selain itu, British mengamalkan dasar
tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, British campur tangan
dalam Perang Saudara Pahang untuk melindungi kepentingan British. Tujuan utamanya ialah
untuk menyekat pengaruh Siam daripada merebak ke Pahang. Selain itu, ialah untuk
menamatkan Perang Saudara supaya perhubungan antara Singapura dengan Pahang tidak
terganggu. Walaupun British tidak mengamalkan polisi campur tangan di Negeri-negeri Melayu
tetapi telah terdapat pedagang-pedagang British terlibat dalam perdagangan di Pahang. Mereka
mendesak British supaya campur tangan bagi melindungi pelaburan dan kepentingan mereka.
Desakan diterima kuat oleh British, Syarikat Patterson F. Simons yang menjalankan kegiatan
perlombongan bijih timah di Kuantan. Mereka mendesak Perang Saudara Pahang telah
menjejaskan pelaburan mereka.
Permohonan Wan Ahmad untuk mendapat bantuan Terengganu telah dipersetujui oleh
Sultan Omar. Sultan Omar telah membenarkan Wan Ahmad menggunakan Kemaman sebagai
pangkalan untuk menyerang Pahang. Selain itu, Wan Ahmad juda mendapat bantuan-bantuan
lain dari Terengganu seperti senjata, makanan, tentera dan sebagainya. Semasa bermulanya
serangan Wan Ahmad ke atas Pahang pada Disember 1857, Wan Mutahir telah memohon
bantuan Johor. Permohonan Wan Mutahir dipersetujui oleh Temenggung Ibrahim kerana beliau
bercita-cita untuk mengembalikan ketuanan Johor ke atas Pahang disebabkan sebelum 1853,
Pahang merupakan sebahagian daripada Johor. Keinginan Temenggung Ibrahim untuk membantu
Wan Mutahir juga kerana adanya hubungan kekeluargaan antara mereka di mana putera Wan
Mutahir iaitu Tengku Koris telah berkahwin dengan puteri Temenggung Ibrahim, iaitu Cik
Engku Besar. Hasrat Temenggung Ibrahim untuk membantu Wan Mutahir di haling oleh British
yang bimbang penglibatan Johor memperhebtkan lagi Perang Saudara Pahang. Selepas
Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862, Temenggung Abu Bakar yang
menggantikannya dengan sokongan British telah menghantar bantuan Johor kepada Wan
Mutahir. Walau bagaimanapun, ketibaan tentera Johor terlewat kerana ketika itu hampir seluruh
Pahang telah ditawan oleh Wan Ahmad.
Wan Ahmad berjaya menguasai Pahang pada Mei 1863 dan ditabalkan sebagai Bendahara
dengan gelaran Bendahara Seri Wak Raja pada Pktober 1863. Antara tahun 1866-1868, terdapat
beberapa percubaan menyerang Pahang oleh putera-putera Wan Mutahir, Wan Aman, Wan Da
dan Wan Abdullah. Walau bagaimanapun, percubaan tersebut berjaya dihancurkan oleh Wan
All The Best
Ahmad. Pada tahun 1875, Gabenor Negeri-negeri Selat, William Jervois, telah melawat Pahang
dan mendesak Wan Ahmad menerima seorang Residen British. Permintaan tersebut tidak
dipersetujui oleh Wan Ahmad yang bimbang sistem Residen akan menjejaskan kewibawaan dan
kekuasaannya. Pada tahun 1882, Wan Ahmad menggunakan gelaran Sultan.

Peristiwa selepas Perang Saudara 1857-1863


Walaupun Wan Ahmad menguasai seluruh Pahang tetapi masih mempunyai musuh di kalangan
pembesar-pembesar yang enggan membayar cukai kepadanya. Hal ini menyebabkan Sultan
Ahmad bercadang untuk menjual kawasan-kawasan di Hulu Pahang kepada saudagar-saudagar
Jerman yang berada di Pahang.
Tindakan Sultan Ahmad itu amat membimbangkan British kerana mereka tidak mahu
kuasa-kuasa Eropah yang lain bertapak di Negeri-negeri Melayu. Oleh itu, British cuba campur
tangan secara langsung untuk mengekalkan pengaruh dan kepentingan mereka di Pahang.
Hasilnya, Sir Frederick Weld, Gabenor Negeri-negeri Selat, telah menghantar Frank Swettenham
ke Pahang pada tahun 1885. Beliau melaporkan tentang pentingnya untuk melantik seorang ejen
British untuk menjaga kepentingan ekonomi British di Pahang.
Pada bulan Oktober 1887, Sir Frederick Weld berjaya memujuk Sultan Ahmad supaya
menerima seorang ejen British. Hugh Clifford dilantik sebagai ejen British di Pahang.
Pada bulan Februari 1888, seorang warganegara Inggeris yang berbangsa Cina, Go Hui,
telah terbunuh dekat Istana Pekan. Sultan Ahmad enggan bekerjasama dengan British untuk
menyelesaikan perkara itu. Oleh itu, Sir Cecil Clementi Smith telah menggunakan kekerasan
untuk memaksa Sultan Ahmad menerima seorang Residen untuk menasihati Sultan dan menjaga
kepentingan ekonomi British di Pahang. Dengan itu, J.P. Rodger dilantik sebagai Residen
Inggeris yang pertama di Pahang pada bulan Ogos 1888.

Cara Keluarga Temenggung Memperolehi Kuasa di


Johor

Pengenalan
Sehingga tahun 1819, Temenggung memerintah Johor dan Singapura bagi pihak Sultan Johor
yang bersemayam di Riau. British memperolehi hak ke atas Singapura hasil dari persetujuan
Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman dan Tengku Hussein yang diiktiraf oleh Raffles
sebagai Sultan walaupun Belanda mengiktirsf Tengku Abdul Rahman (adik Tengku Hussein)
sebagai Sultan. Keturunan Temenggung iaitu Ibrahim dan Abu Bakar merupakan pemerintah
yang berkebolehan. Di antara tahun 1855-1885, keluarga Temenggung menjalankan usaha untuk
berkuasa di Johor. Dalam usaha ini, keluarga Temenggung berjaya mengenepikan kuasa keluarga
Sultan ke atas Johor.

Cara-cara
1. Perjanjian 10 Mac 1855
Perselisihan berlaku di antara Sultan Ali (putera Sultan Hussein) dan Temenggung Ibrahim
mengenai hasil Johor selepas Johor maju dan makmur. Sultan Ali telah merayu kepada
Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Butterworth. Temenggung Ibrahim mendapat sokongan
dari British dalam persaingannya dengan Sultan Ali. Dalam usaha itu, termeterai perjanjian
10 Mac 1855 di antara Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim. Mengikut Perjanjian 1855,
All The Best
kedaulatan Johor diserahkan kepada Temenggung Ibrahim dan keturunannya. Sultan Ali
dibenarkan mengguna gelaran Sultan. Daerah Muar-Kesang menjadi hak Sultan Ali dan
keturunannya. Daerah-daerah Johor yang lain diletakkan di bawah kuasa penuh
Temenggung Ibrahim dan keturunannya.
2. Temenggung Abu Bakar
Daeng Abu Bakar menggantikan ayahandanya Temenggung Ibrahim sebagai Temenggung
pada tahun 1862. Pada tahun 1868, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja dengan
keizinan serta persetujuan British. Tindakan ini memperlihatkan cita-citanya untuk
mendapat gelaran Sultan, sedangkan pada masa itu Sultan Ali masih hidup. Kalau pada masa
Temenggung Ibrahim, beliau mendapat kedaulatan ke atas Johor, kini Maharaja Abu Bakar
ingin meluaskan lagi kekuasaannya ke atas Muar-Kesang. Pada tahun 1877, Sultan Ali
mangkat di Umbai, Melaka. Gabenor Negeri-negeri Selat telah menawarkan buat sementara
Muar di bawah pentadbiran Maharaja Abu Bakar. Tawaran ini mendapat persetujuan
pembesar-pembesar di Muar. Maharaja Abu Bakar menerima tawaran tersebut. Dengan itu,
sejak tahun 1877, seluruh Johor terletak di bawah kuasa Maharaja Abu Bakar. Dengan
bantuan British, usaha diambil lagi bagi memastikan tidak ada pengganti dibuat pada hari
pengebumian Sultan Ali. Pada hal Sultan Ali mempunyai putera bernama Tengku Alam.
Akhirnya, pihak British mengambil keputusan masalah pemerintahan diselesaikan melalui
undian. Sebelum upacara mengundi dijalankan di Kuala Kesang pada tahun 1877 oleh
Temenggung dan Penghulu-penghulu Muar, dilaporkan Maharaja Abu Bakar membawa
Temenggung dan Penghulu-penghulu Muar ke Johor Bharu dan ke Singapura bagi
memastikan mereka menyokong Maharaja. Dalam upacara mengundi ke Kesang, mereka
yang berhak mengundi menyokong Maharaja Abu Bakar. Dengan itu, Maharaja Abu Bakar
menjadi pemerintah seluruh Johor termasuk Muar-Kesang. Putera Sultan Ali mendapat
pencen yang besar tetapi terpaksa melucutkan gelaran Sultan. Pada tahun-tahun 1879-1880,
Maharaja Abu Bakar berjaya mematahkan percubaan Tengku Alam, putera Sultan Ali untuk
menegakkan semula kuasanya di Johor. Maharaja Abu Bakar mempunyai hubungan yang
rapat dengan saudagar-saudagar British di Singapura, pegawai-pegawai kerajaan Negeri
Selat, Pejabat Tanah Jajahan di London dan juga Queen Victoria. Akibat dari faktor-faktor
ini, British menyokong Maharaja Abu Bakar.
3. Perjanjian British Johor 1885
Maharaja Abu Bakar bercita-cita untuk diiktiraf sebagai Sultan. Beliau mengadakan
rundingan dengan British semasa lawatannya ke England yang membawa kepada
termeterainya Perjanjian British Johor 1885. Mengikut perjanjian itu, Maharaja Abu Bakar
diiktiraf oleh Kerajaan British sebagai Sultan seluruh Johor dan gelaran ini boleh diwarisi
oleh keturunannya. Perjanjian ini merupakan langkah terakhir bagi mencapai martabat di
raja yang diambil oleh Maharaja Abu Bakar. Maharaja Abu Bakar bersetuju Johor diletakkan
di bawah naungan British. Hal-ehwal luar Johor akan diuruskan oleh British dan Johor
bersetuju menerima seorang penasihat British bagi membantu Sultan dalam hal ehwal
pentadbiran kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam
Melayu.

Kesimpulan
Setelah menjalankan beberapa langkah dan mendapat sokongan dari British, keluarga
Temenggung berjaya mendapat kuasa dan menegakkan kekuasaan mereka di Johor. Punca utama
kejayaan ini ialah kerana adanya sokongan dan perancangan British. Sokongan British kerana
ketokohan keluarga Temenggung sebagai pemerintah Melayu yang tidak dapat ditandingi oleh
Sultan-sultan di negeri-negeri Melayu lain pada zamannya. Pengiktirafannya ini merupakan
All The Best
sesuatu yang amat berharga kepada keluarga Temenggung. Kerana ketokohannya Sultan Abu
Bakar digelar sebagai Bapa Pemodenan Johor.

Sebab Johor Lebih Stabil dari Negeri Perak dan


Selangor

Pengenalan
Sejak pertengahan abad ke-19, orang Cina telah bermastautin di Johor. Mereka datang ke Johor
dari Singapura dan membuka ladang gambir serta ladah hitam. Pemerintah Johor telah
menggalakkan orang-orang Cina membuka perusahaan gambir dan lada hitam. Kekurangan
tanah di Singapura dan galakan Temenggung merupakan dua faktor yang mendorong orang-
orang Cina berpindah ke Johor.

Sebab-sebab
1. Sistem pentadbiran Sultan Abu Bakar
Semasa menjadi Temenggung, Abu Bakar melaksanakan sistem pentadbiran yang lebih
kemas jika dibandingkan dengan sistem yang berkuatkuasa di Selangor dan Perak.
Pengusaha ladang gambir dan lada hitam diberi kawasan tanaman yang khusus serta
disahkan dengan “surat sungai”. Pengusaha ladang yang memegang “surat sungai” dilantik
menjadi “Kangchu” (ketua) di sesebuah “Kangkar” (tapak ladang). Perselisihan di antara
Kangchu tidak timbul dan tidak menjadi masalah pentadbiran kerana sempadan di antara
kawasan telah ditetapkan. Pada dasarnya, sistem pentadbiran di Johor yang mencontohi
sistem British lebih sesuai dengan kehendak zaman.
2. Tidak timbul masalah orang-orang Cina
Temenggung hanya memberi pengiktirafan kepada hanya satu kongsi gelap iaitu Ghee Hin.
Pengiktirafan ini bukan sahaja menguatkan kongsi gelap Ghee Hin tetapi menghalang
pertumbuhan kongsi gelap lain. Sehingga penghujung abad ke-19, penduduk Cina di Johor
yang menjadi peladang gambir dan lada hitam terdiri dari puak Teochew yang
homogeneous. Mereka mempunyai perpaduan yang erat kerana sama-sama menetap di Riau
pada lewat abad ke-18, kemudian Singapura dan akhirnya Johor. Masa itu memberi
kesempatan kepada puak Teochew untuk mewujudkan organisasi sosial yang lebih kemas
tidak seperti pekerja-pekerja lombong di Perak dan Selangor yang terdiri dari dua puak yang
bermusuhan. Di Johor, tidak ada perlombongan bijih timah yang menjadi rebutan di antara
orang-orang Cina. Kegiatan pertanian boleh dijalankan di mana sahaja. Kerana faktor di atas
masyarakat peladang di Johor lebih stabil. Rusuhan dan pertempuran tidak berlaku
sebagaimana di Perak dan Selangor.
Kegagalan British Campur Tangan di Johor Sehingga
Tahun 1914

Pengenalan

All The Best


Johor merupakan sebuah Negeri Melayu yang paling lama dan rapat hubungan

dengan British. Penglibatan British di Johor bermula sejak kedatangan Raffles dan

pembukaan Singapura pada tahun 1819. Walau bagaimanapun, Johor merupakan

negeri yang paling akhir menerima Penasihat British. Dengan ini, Johor dianggap

sebagai negeri yang paling lama mengekalkan kemerdekaannya berbanding dengan

Negeri-negeri Melayu yang lain, terutamanya Negeri-negeri Melayu yang menerima

campur tangan British mulai 1874. mengikut Rupert Emerson dan K.G. Tregonning,

kemerdekaan Johor pada umumnya adalah disebabkan dua faktor, iaitu hubungan

berbaik-baik dengan British dan kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Johor

terutama Tememggung Daeng Ibrahim dan Maharaja Abu Bakar.

Sebab Johor mengekalkan kemerdekaannya


1. Hubungan berbaik-baik dengan British

Sejak pembukaan Singapura 1819, pemerintah Johor dari keluarga Temenggung


mengadakan hubungan berbaik-baik dengan pegawai-pegawai British di Negeri-
negeri Selat dan Kerajaan British di London. Hubungan yang dimulakan oleh
Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819 dengan Raffles telah diteruskan
oleh pengganti-penggantinya seperti Temenggung Ibrahim, Sultan Abu Bakar
dan Sultan Ibrahim sehingga tahun 1914. Di samping mengekalkan kebebasan
Johor, hubungan berbaik-baik dengan British amat menguntungkan Johor.
Dengan usaha British, Temenggung Ibrahim dapat mengukuhkan kekuasaannya
ke atas Johor menerusi satu perjanjian pada tahun 1855 dengan Tengku Ali,
putera Sultan Hussein yang menuntut takhta Kerajaan Johor dan kekuasaan
penuh ke atas Johor. Tuntutan takhta Johor oleh Tengku Ali tidak menjejaskan
kestabilan politik Johor kerana tuntutan itu dapat dielakkan oleh pihak British
dengan sokongan pihak British terhadap keluarga Temenggung. Sultan Abu
Bakar (1862-1895) telag mengeratkan hubungan mesra Johor dengan British.
Gelaran Maharaja dan gelaran Sultan telah diiktirafkan oleh pihak British. British
juga mengakui kebebasan Johor melalui satu perjanjian yang ditandatangani
pada tahun 1885 dengan Sultan Johor. Perjanjian tahun 1885 telah
mengukuhkan kedudukan Sultan Abu Bakar sebagai Sultan berdaulat.

2. Kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Johor

Pemerintah-pemerintah Johor telah melaksanakan sistem pentadbiran yang lebih cekap dan
sistematik berbanding dengan sistem pemerintah di Negeri-negeri Melayu yang lain
All The Best
terutamanya di Perak dan Selangor. Pada tahun 1895, Sultan Abu Bakar telah
memperkenalkan sebuah perlembagaan baru bagi Johor. Perlembagaan bertulis yang
berdasarkan sistem perlembagaan di Britain menjamin sistem pentadbiran yang teratur.
Dengan adanya perlembagaan ini, kuasa Sultan dapat diperkukuhkan. Perlembagaan ini
merupakan perlembagaan yang bertulis yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu.
Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dapat dilihat dengan jelas apabila baginda menandatangani
perjanjian 1885 dengan British dan bersetuju membenarkan British melantik seorang
wakilnya, seorang Konsul untuk kepentingan British di Johor. Kebijaksanaan baginda turut
terserlah dalam mengadakan pembaharuan-pembaharuan berdasarkan Barat di Johor. Di
samping memperkenalkan beberapa pembaharuan sosial, jentera pentadbiran yang lebih
kemas dan sistematik diperkenalkan dengan menerap nilai-nilai pentadbiran Barat. Baginda
mengupah beberapa penasihat Eropah tetapi pentadbiran dijalankan oleh Sultan dan Majlis
Mesyuarat Negeri. Perlembagaan memperuntukkan sebuah Jemaah Menteri yang terdiri
daripada orang Melayu. Mereka ditugaskan untuk menasihati Sultan. Majlis Negeri yang
didirikan terdiri daripada rakyat Johor yang meliputi semua kaum dan dilantik oleh Sultan
untuk membuat undang-undang. Dalam keadaan ini, pihak British merasa tidak perlu untuk
mengambilalih pentadbiran Negeri Johor kerana satu sistem pentadbiran yang kemas telah
wujud di Johor.
3. Tidak berlaku kekacauan di Johor

Temenggung-temenggung Johor seperti Daeng Ibrahim dan puteranya


menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menangani penghijrahan masuk
orang Cina ke Johor dalam pertengahan abad ke-19. Temenggung Daeng
Ibrahim menggunakan sistem Kangcu sebagai satu kaedah yang tersusun untuk
mengawal peneroka-peneroka yang rajin berusaha itu. Melalui sistem Kangcu,
orang Cina digalakkan berpindah, menetap kekal di Johor dan membuka ladang-
ladang lada hitam dan gambir. Temenggung memberikan satu surat tauliah
yang disebut surat sungai kepada setiap Kangcu atau ketua puak-puak orang
Cina. Surat ini menentukan hak-hak dan tanggungjawab mengawal dan
membayar sewa bagi kawasan-kawasan yang dibuka. Sistem Kangcu ini
membolehkan kemasukan orang Cina secara beramai-ramai ke Johor. Pada awal
tahun 1860-an lebih kurang 10000 orang Cina telah masuk ke Johor. Mereka
menjadi buruh-buruh di ladang-ladang lada hitam dan gambir yang dibuka pada
pertengahan abad ke-19. Berbeza dengan Negeri-negeri Melayu yang lain
seperti di Perak dan Selangor, tidak terdapat kekacauan yang diakibatkan oleh
kongsi gelap di Negeri Johor. Keadaan terkawal kerana baginda membenarkan
hanya satu kongsi gelap sahaja iaitu Ghee Hin untuk masuk ke Johor. Malah
baginda menggalakkan hanya orang Teochew memasuki Johor. Dengan cara
pentadbiran yang agak sistematik, pergaduhan di antara orang Cina terkawal.
Mereka hidup aman damai. Keadaan perebutan kuasa di kalangan pembesar-
pembesar seperti yang berlaku di Negeri-negeri Melayu yang lain juga tidak
berlaku di Johor. Pemindahan kuasa dari keluarga Sultan kepada keluarga
Temenggung terutamanya selepas kemangkatan Sultan Hussein telah berlaku
secara lancar dan tanpa sebarang peristiwa yang tidak diingini. Oleh sebab
tidak ada kekacauan sama ada dari segi perebutan kuasa di kalangan pembesar

All The Best


atau permusuhan kongsi-kongsi gelap di kalangan orang Cina, maka British
tidak mempunyai alasan untuk campur tangan di Johor sehingaa tahun 1914.

4. Kurang potensi ekonomi

Walaupun Johor terletak berhampiran dengan Singapura, British tidak memberi


tumpuan yang tegas untuk mengawal Johor kerana negeri itu tidak mempunyai
sumber alam yang kaya seperti bijih timah. Kekurangan kepentingan ekonomi
British di Johor mengurangkan kecenderungannya untuk mengawal negeri
tersebut.

Pengenalan sistem penasihat di Johor 1914


Hubungan Johor dengan British mulai regang pada zaman pemerintahan Sultan

Ibrahim (1895-1959). Baginda tidak mengekalkan hubungan baik dengan Pejabat

Tanah Jajahan. Sebaliknya baginda menentang kuasa pihak British. Baginda

memerintah secara bebas dan sering mengabaikan nasihat British. Malah baginda

mengambil beberapa tindakan yang mengecewakan pihak British. Pada tahun 1899,

Sultan Ibrahim enggan membenarkan British membina sebuah landasan keretapi

dari Negeri Sembilan ke Johor Bahru. Baginda mahu membina jalan keretapi

mengikut syarat-syarat sendiri dengan mendapatkan pinjaman dan jurutera-jurutera

sendiri. Tindakan ini tidak disenangi oleh pihak British. Namun demikian, pada 11

Julai 1904, Sultan Ibrahim bersetuju menandatangani Konvensyen Keretapi Johor

setelah A. Lyttleton, Setiausaha Tanah Jajahan mengancam akan mengambil

tindakan yang tegas ke atas baginda. Tindakan-tindakan Sultan Ibrahim terus

mengancam kepentingan-kepentingan British di Johor. Pada tahun 1905, baginda

memebrikan satu konsesi yang luas kepada Perbadanan Negeri Johor yang disokong

oleh usahawan-usahawan Belanda. Perbadanan ini diberi hak monopoli selama 20

tahun. Sultan Ibrahim juga mengambil langkah untuk memajukan Johor Bharu

sebagai sebuah pelabuhan supaya negeri Johor tidak perlu bergantung dari segi

ekonomi kepada Singapura dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tindakan baginda


All The Best
mengamcam kedudukan Singapura sebagai pelabuhan dan pusat perdagangan.

Tindakan-tindakan Sultan Ibrahim yang radikal dan pengabaian nasihat British

menyebabkan Gabenor Anderson menggunakan alasan pentadbiran negeri Johor

untuk memaksa baginda supaya menerima seorang Penasihat British. Akhirnya

pada tahun 1914, Sultan Ibrahim menandatangani satu perjanjian dan bersetuju

menerima seorang pegawai British yang nasihatnya mesti diminta dan dijalankan

dalam semua perkara yang ada hubungan dengan pentadbiran umum negeri dan

mengenai semua perkara selain daripada yang menyentuh agama dan adat resam

orang Melayu. Dengan ini, British dapat meluaskan kuasanya ke Johor.

Penentangan di Perak

Pengenalan
Kekacauan yang berlaku di Perak membimbangkan British terhadap campur tangan asing.
Akibatnya, Gabenor Negeri-negeri Selat, Andrew Clarke telah mengambil langkah campur
tangan di Perak. Hasil usaha beliau, satu rundingan telah diadakan sejak 17 Januari 1874 dan
hasil rundingan tersebut, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874. Mengikut
Perjanjian Pangkor, Sultan Abdullah diiktiraf sebagai Sultan. Baginda bersetuju menerima
seorang Residen sebagai penasihat dalam semua hal pentadbiran kecuali adat resam orang
Melayu dan hal ehwal agama Islam. Lebih kurang 10 bulan kemudian, J.W.W. Birch telah
dihantar sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874. Kehadiran Birch telah
menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan
sosial. Akibatnya, Birch telah dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875 selepas berada di
Perak hanya selama 12 bulan.

Sebab-sebab berlaku Penentangan di Perak


1. Kelemahan Perjanjian Pangkor

Ahli-ahli Sejarah seperti Kennedy, Tregonning dan C.D. Cowan menganggap kelemahan
Perjanjian Pangkor adalah sebab utama membawa kepada pembunuhan Birch pada tahun
1875. Perjanjian Pangkor tidak menyelesaikan masalah tentang perebutan takhta Perak
antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raj Yusof. Pembesar Perak dan ramai rakyat Perak
tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan kerana baginda tidak dilantik mengikut adat
resam. Di samping itu, Raja Abdullah tidak mempunyai alat-alat kebesaran yang diperlukan
dalam perlantikan Sultan. Ramai pembesar dan rakyat Perak masih menganggap Raja Ismail
All The Best
sebagai Sultan kerana baginda dilantik sebagai Sultan Perak pada tahun 1871 selepas
kemangkatan Sultan Ali. Selain itu, Raja Ismail masih lagi menyimpan alat-alat kebesaran
diraja yang diterima semasa perlantikannya pada tahun 1871.
Walaupun Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, tetapi Birch
dilantik sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874, iaitu 10 bulan kemudian.
Dalam tempoh tersebut, Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar mempunyai kuasa penuh
dalam pentadbiran Perak. Kehadiran Birch dirasai oleh Sultan dan pembesar-pembesar yang
British cuba mengambil alih semua kuasa pentadbiran Perak. Perlaksanaan sistem Residen
juga mendapat tentangan dari Menteri Larut (Ngah Ibrahim). Beliau tidak lagi bebas
mentadbir Larut seperti sebelumnya. Semua urusan pentadbiran terpaksa merujuk kepada
Kapten Speedy yang dilantik sebagai Penolong Residen.
Bagi British, perlantikan Raja Abdullah sebagai Sultan dianggap sebagai
satu kesilapan kerana Raja Abdullah dikatakan tidak mengetahui hal
pentadbiran moden. Raja Abdullah dianggap tidak menerima pembaharuan
yang cuba dilaksanakan di Perak. Kelemahan Perjanjian Pangkor juga terbukti
kerana perjanjian ini tidak mengiktiraf Sultan Ismail kerana beliau amat
berpengaruh ketika itu.

2. Kelemahan Birch

Kelemahan Birch juga merupakan faktor yang penting yang membawa kepada berlakunya
Perang Perak pada 1874-1875. British menganggap perlantikan Birch sebagai Residen lebih-
lebih lagi sebagai Residen Pertama sebagai satu kesilapan. Birch tidak dapat bertutur dalam
Bahasa Melayu serta tidak memahami dan menghormati adat resam orang Melayu. Birch
merupakan seorang yang degil dan tidak berganjak dari kemahuannya. Beliau tidak
berdiplomasi dan tidak bertolak-ansur. Birch mahu melaksanakan pembaharuan secara
tergesa-gesa tanpa memikirkan kepentingan Sultan dan pembesar. Kelemahan peribadi Birch
ternyata dari peristiwa Ogos 1875 bila Sultan Abdullah serta pembesar-pembesar
mengunjungi tempat kediaman dengan tujuan untuk mendapat ganti rugi akibat
penghapusan beberapa keistimewaan. Birch dengan biadap menegaskan ganti rugi akan
dibayar sekiranya Sultan dan pembesar berhenti memungut cukai di kawasan masing-
masing. Kelemahan peribadi Birch lebih ternyata pada Disember 1874 bila beliau membakar
rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar kerana mereka terus memungut cukai
walaupun ditegah oleh Birch. Kennedy dalam bukunya: History of Malaya menganggap
Birch sebagai “an idealist in a hurry” kerana mahu melaksanakan pembaharuan secara
terburu-buru tanpa memikirkan itu dianggap radikal oleh Sultan dan para pembesar.
3. Pembaharuan-pembaharuan Birch

Pembaharuan-pembaharuan yang cuba dilaksanakan oleh Birch telah menjejaskan


kepentingan Sultan dan pembesar sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.
a. Politik
Dari segi politik, Sultan dan pembesar kehilangan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan
atas arahan Birch. Keadaan ini menunjukkan Residen lebih berkuasa dari Sultan. Sultan Abdullah yang
menganggap kehadiran Birch sebagai Penasihat mendapati Birch bukan menasihatinya tetapi
mengeluarkan arahan-arahan yang perlu dipatuhi oleh Sultan dan pembesar-pembesar. Sultan Abdullah
yang tidak berpuas hati dengan tindakan Birch telah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat
iaitu Sir Andrew Clarke meminta kuasa Residen dihadkan ataupun ditukar. Jawapan yang diterima amat
mengecewakan Sultan Abdullah kerana bukan sahaja suratnya tidak mendapat layanan, malah Andrew
Clarke telah arahkan bahawa hubungan antara Sultan dan pembesar dengan Gabenor mesti dibuat

All The Best


melalui Residen. Keadaan ini menunjukkan bahawa Residen lebih berkuasa dari Sultan. Kehadiran Birch
menjejaskan kuasa-kuasa pembesar daerah kerana Birch telah melantik pegawai-pegawai British untuk
menjalankan pentadbiran daerah. Selain itu, Sultan dan pembesar dilarang menjatuhkan hukuman, lebih-
lebih lagi hukuman mati, lebih-lebih lagi kepada orang-orang Melayu. Arahan ini mendapat bantahan
Sultan dan pembesar-pembesar kerana ini menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan mereka serta kuasa
tradisional. Kerajaan British telah mengarahkan bahawa hukuman hanya boleh dijatuhkan oleh hakim-
hakim yang dilantik oleh British.
b. Ekonomi
Dari segi ekonomi, pembaharuan British juga telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar.
Sultan dan pembesar dilarang memungut cukai seperti sebelumnya. Arahan ini menjejaskan pendapatan
Sultan dan pembesar kerana Birch tidak membayar ganti rugi akibat penghapusan keistimewaan
tersebut. Dalam masyarakat tradisional Melayu, cukai adalah penting bagi Sultan dan pembesar-
pembesar. Birch telah mengarahkan bahawa kutipan cukai hanya boleh dijalankan oleh pegawai-pegawai
yang dilantik oleh Residen. Kemarahan Sultan Abdullah bertambah apabila Birch membatalkan pajakan
memungut cukai kastam bernilai $26 ribu setahun yang diberikan oleh Sultan Abdullah kepada seorang
saudagar Cina dari Singapura iaitu Lee Cheng Tee. Sebaliknya, Birch telah memberikan pajakan baru ke
atas minuman keras dan candu bernilai $6 ribu sebulan kepada Lee Cheng Tee dan rakan-rakannya
kerana salah seorang rakannya telah memberi hutang dengan jumlah yang besar kepada Birch. Tindakan
Birch bukan sahaja mendapat tentangan Sultan dan pembesar, tetapi juga gabenor dan pedagang-
pedagang Negeri-negeri Selat kerana ia bertentangan dengan arahan.
c. Sosial
Dari segi sosial, Birch telah campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Apabila beliau cuba
menghapuskan perhambaan yang merupakan adat tradisional orang Melayu. Dalam masyarakat Melayu
tradisional, perhambaan merupakan lambing status yang menentukan kekuasaan dn kewibawaan Sultan
dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Birch hanya membebaskan hamba-hamba
perempuan sahaja. Tindakan beliau melindungi hamba-hamba perempuan di kemudiannya yang
terdapat ramai tentera telah mencurigakan Sultan dan para pembesar. Perasaan curiga mereka
bertambah apabila Birch menyeludup 2 orang hamba perempuan berketurunan Melayu, berpakaian Cina
ke Pulau Pangkor. Hubungan Sultan Abdullah dan Birch bertambah runcing apabila Birch enggan
memulangkan 2 orang hamba perempuan Sultan Abdullah yang malarikan diri ke kediaman Birch pada
Oktober 1875. Kemarahan Sultan terhadap tindakan Birch bukan sahaja kerana mereka menjadi tuan
kepada hamba tetapi kerana tindakan Birch bertentangan dengan syarat Perjanjian Pangkor yang
berkaiatan dengan adat resam orang Melayu.
4. Tindakan Sir William Jervais

Tindakan Sir William Jervais yang menggantikan Andrew Clarke sebagai Gabenor
Negeri-negeri Selat pada Mei 1875 juga membawa kepada berlakunya Perang
Perak 1875. Selepas melawat Perak, William Jervois tidak puas hati terhadap
pentadbiran Birch secara tidak langsung di Perak. Beliau mahukan pentadbiran
British dijalankan secara langsung di Perak di mana pentadbiran dijalankan oleh
pegawai-pegawai British. Beliau mahukan Sultan dan pembesar dibayar wang
persaraan supaya menyerahkan kekuasaan kepada British. Pada 2 Oktober
1875, Sultan Abdullah telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian
menyerahkan pentadbiran kepada British. Beliau telah mengugut sekiranya
beliau enggan menandatangani perjanjian tersebut, Sultan Abdullah akan
disingkirkan dan Raja Yusof akan dilantik sebagai Sultan. Akibatnya, Sultan
Abdullah terpaksa menandatangani persetujuan tersebut.

Peristiwa Pembunuhan J.WW. Birch

All The Best


Kemarahan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar sampai kemuncaknya
menjelang akhir tahun 1875 dan keputusan diambil untuk membunuh Birch. Pada
20 Julai 1875, satu perjumpaan telah diadakan di Durian Sebatang yang dihadiri
oleh pembesar-pembesar Perak atau wakilnya kecuali Raja Yusof. Dalam pertemuan
itu, Dato’ Maharaja Lela dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas
tersebut. Raja Ismail menyatakan persetujuannya untuk membantu Dato’ Maharaja
Lela. Sebagai persiapan, Raja Abdullah dan Raja Ismail telah menyediakan alat-alat
senjata yang dibeli dari Pulau Pinang.

Selepas beberapa hari dari peristiwa perjumpaan di Durian Sebatang,


hubungan Sultan Abdullah dengan British menjadi genting. Pada 24 Julai 1875,
pihak British mengugut Raja Abdullah jika baginda tidak mengikut arahan mereka.
Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah dipaksa untuk menyerahkan kuasa
pentadbiran kepada British. Birch ditugaskan untuk mengumumkan perubahan
sistem pentadbiran tersebut. Beberapa hari selepas persetujuan itu, Sultan Abdullah
memerintah Dato’ Maharaja Lela membunuh Birch.

Sungguhpun telah diketahui adanya komplot membunuh Birch, namun


rancangan tetap dilaksanakan. Swettenham ditugaskan untuk membantu Birch dan
beliau bertolak dari Singapura pada 23 Oktober 1875. Swettenham ditugaskan di
bahagian Hulu Perak sementara Birch di Hilir Perak. Mereka bertolak dari Bandar
Bahru dan akan bertemu di Pasir Salak pada 30 November 1875.

Pada 27 Oktober 1875, Birch telah menampal pengisytiharaan itu di rumah


dan kemudian belayar ke Pasir Salak. Pada 1 November 1875, Birch bersama
keraninya Mat Arshad telah tiba di Pasir Salak. Ketibaan beliau mendapat tentangan
hebat daripada Dato’ Maharaja Lela. Pada 2 November 1875, Birch ditikam oleh
orang suruhan Dato’ Maharaja Lela, iaitu Pandak Induk dan Seputum ketika Birch
mandi di Sungai Pasir Salak.

4 November 1875, Swenttenham di Blanja menerima peristiwa


pembunuhan. Dengan pertolongan beberapa orang Melayu, beliau berjaya
menyelamatkan diri.

Perang Perak 1875-1876


Pembunuhan Birch telah mengemparkan pihak British.
15 November 1875, tentera British dari Pulau Pinang menyerang Pasir Salak.
Dato’ Maharaja Lela mengundurkan diri ke Blanja. Kemudian, tentera tambahan
British dari Hong Kong di bawah perintah Major Jeneral Calalborne menawan Pasir
Salak. Dari India, tentera di bawah Brig. Jeneral J. Rose menawan Kuala Kangsar.

Sebelum tentera British menawan Blanja, Dato’ Maharaja Lela dan Raja
Ismail berundur ke Kinta. Dari Kinta mereka bergerak menuju Kota Lama. British
menawarkan hadiah kepada sesiapa yang menangkap orang yang dikehendaki iaitu
$6 ribu untuk Maharaja Lela dan $3 ribu untuk Dato’ Sagor dan Pandak Induk.
All The Best
Pada pertengahan Januari 1876, Raja Ismail meminta bantuan dari Kedah.
Pada akhir bulan Mac, baginda menyerah diri dan dihantar ke Singapura kemudian
Johor. Dalam bulan yang sama, Dato’ Sagor ditawan di Bandar Bahru sementara
pada Julai 1876, Dato’ Maharaja Lela menyerah diri. Dengan ini semua orang yang
terlibat dalam pembunuhan Birch ditangkap.

Dengan itu, suatu perbicaraan diadakan dan keputusannya ialah:

a. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Induk dan Seputum dihukum
gantung sampai mati di Matang pada 20 Januari 1877.

b. Cik Gondoh, Ngah Ahmad Ngah Jabbar, Panjang Nur dan Cik Ali dijatuhkan
hukuman penjara seumur hidup.

c. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato’ Laksamana dan Dato’ Syahbandar


dibuang ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi.

d. Raja Ismail dipindah ke Johor.

e. Raja Yusof dilantik sebagai Sultan.

Perang Perak ini akhirnya berkesudahan dengan kemenangan British.


Kemenangan ini membolehkan British meneruskan sistem Residen dan memajukan
ekonomi Perak tanpa halangan.

Penentangan di Pahang

Pengenalan
J.P. Rodger memegang jawatan Residen British di Pahang pada bulan Oktober 1888. Seperti di
Perak, pengenalan sistem Residen di Pahang ditentang oleh pembesar-pembesar Melayu yang
kehilangan kuasa dan keistimewaan mereka. Penentangan sistem Residen oleh orang Melayu di
Pahang berkesudahan dengan satu pemberontakan yang meletus pada tahun 1891 di bawah
pimpinan Dato’ Bahaman dari Semantan, Tok Gajah dan anaknya Mat kilau.

Sebab-sebab berlaku penentangan di Pahang


1. Perasaan tidak puas hati Sultan
Hubungan Sultan Ahmad dengan British sememangnya tidak memuaskan sejak lama lagi.
Hal ini disebabkan Sultan Ahmad masih menyimpan perasaan benci terhadap British kerana
memberi bantuan ketika menentang saudaranya Wan Mutahir dalam Perang Saudara di
Pahang. Oleh sebab itu, Wan Ahmad enggan menerima Residen British, tetapi dengan
adanya tekanan dari British, Wan Ahmad terpaksa mengalah dan menerima Residen pada
bulan Oktober 1888 iaitu J.P. Rodger.
Sultan Ahmad berasa kecewa apabila baginda sedar bahawa kekuasaannya semakin
berkurangan. Kedudukan baginda dalam Majlis Mesyuarat Negeri tidak berfungsi kerana
keputusan adalah diputuskan oleh Residen. Kekuasaannya semakin tercabar apabila pihak
British menunjukkan sikap lebih mempercayai putera baginda iaitu Tengku Mahmud.
All The Best
Akibatnya, Sultan Ahmad mengambil keputusan meninggalkan Pekan dalam bulan
Disember 1889 dan berangkat ke Pulau Tawar. Tengku Mahmud telah dilantik sebagai wakil
Raja.
Walaupun penglibatan Sultan Ahmad dalam penentangan tidak dapat ditentukan
dengan jelas, namun sikap anti-Inggeris baginda sudah menjadi pendorong kepada golongan
yang menentang British. Oleh sebab itu, tidaklah menghairankan jika terdapat berita yang
mengatakan Wan Ahamd mempunyai hubungan sulit dengan golongan penentang.
2. Perasaan tidak puas hati pembesar-pembesar
Langkah-langkah yang diambil oleh J.P. Rodger untuk memperkenalkan peraturan-peraturan
baru telah membangkitkan perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar Pahang. Para
pembesar telah kehilangan hak mereka untuk mengutip cukai, menyimpan hamba abdi,
pentadbir keadilan dan sebagainya. Daerah-daerah diwujudkan dan diletak di bawah
pengawal British yang dipanggil pemungut cukai dan majistret, misalnya Daerah Pekan oleh
F. Belfield, Kuantan oleh A.H. Wall. Residen pula mengambilalih peranan pembesar sebagai
penasihat Sultan. Mereka juga tidak mempunyai kuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
Walaupun para pembesar dibayar elaun sebagai ganti rugi tetapi jumlahnya adalah kecil,
misalnya, Orang Besar Berempat menerima $100 sebulan, Orang Kaya Semantan $70
sebulan dan orang Kaya Berlapan $20 sebulan. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak
puas hati di kalangan pembesar. Pada tahun 1891, mereka bangkit menentang pentadbiran
British.
3. Perasaan tidak puas hati Dato’ Bahaman
Dato’ Bahaman menentang pihak British kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai
dan tidak diberi elaun yang setanding dengan elaun Orang Besar Berempat, iaitu sebanyak
$100 sebulan. Beliau ditawarkan elaun sebanyak $70 sebulan sahaja. Dato’ Bahaman juga
berasa marah apabila British membina sebuah balai polis di Lubuk Trua di daerah Semantan,
aiitu daerah di bawah jagaanya tanpa kebenaran daripada beliau. Beliau telah menulis
sepucuk surat bantahan kepada majistret di Temerloh, iaitu E.A. Wise tetapi beliau gagal
mendapat keadilan daripada majistret Temerloh. Sebaliknya, Dato’ Bahaman diberi amaran
kerana tindakannya itu.
4. Perasaan tidak puas hati Tok Gajah
Tok Gajah ialah seorang pembesar dari Pulau Tawar. Atas jasanya kepada Sultan Ahmad
dalam Perang Saudara (1857-1863), beliau dianugerahi gelaran Orang Besar Raja. Tok
Gajah pula berperasaan anti-Inggeris apabila rayuannya untuk pertambahan elaun ditolak
oleh pihak British pada Januari 1890. permintaan Tok Gajah untuk menangguhkan
pembayaran cukai tanah ke atas orang Melayu juga ditolak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
pada bulan Disember 1890. Beliau disokong oleh anaknya dalam penentangannya terhadap
British.
5. Perasaan tidak puas hati rakyat Pahang
Pengenalan beberapa perubahan oleh British seperti sistem lesen dan permit telah
mengakibatkan ketidakpuasan hati rakyat Pahang. Sebagai contoh, mereka terpaksa
memperolehi lesen atau permit bagi mendapatkan hasil hutan seperti kayu dan daun rembia.
Rakyat juga tidak dibenarkan memakai keris yang selama ini merupakan sebahagian
daripada pakaian tradisional mereka. Mulai 1 Januari 1891, British mengenakan cukai ke
atas tanah yang diperolehi (kecuali tanah warisan). Kadar cukai adalah tertakluk kepada
kategori tanah. Rakyat juga membantah terhadap sistem kerah yang dilaksanakan oleh
British bagi projek-projek awam.
6. Perasaan banci orang asing

All The Best


Mengikut Jang Aisjah, perasaan benci orang asing (Xenophobia) juga bertanggungjawab
bagi peletusan pemberontakan Pahang. Rakyat Pahang tidak puas hati dengan kehadiran
orang asing, terutamanya pasukan polis yang terdiri daripada orang Sikh. Di Pahang,
terdapat juga ramai orang Eropah dan Cina yang terlibat dalam perusahaan perlombongan.
Sikap kesombongan serta kejahilan mereka terhadap adat resam tempatan telah
menyinggung perasaan orang Melayu. Perasaan anti-orang asing jelas kelihatan apabila
Dato’ Bahaman dan Mat Kilau Seringkali menyerang pedagang-pedagang Cina di Pahang.

Proses pemberontakan
Peristiwa yang membawa kepada meletusnya pemberontakan ialah tindakan tidak wajar British
di Lubuk Trua. Ketika melakukan penyiasatan di tempat itu, Pemangku Pemungut Hasil dari
Semantan telah menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana dituduh mengambil hasil-
hasil hutan tanpa kebenaran. Ketiga-tiga orang yang tertuduh telah dibicarakan di Lubuk Trua.
Tindakan ini merupakan satu penyelewengan kerana kebiasaannya perbicaraan dijalankan di Ibu
Pejabat Daerah di Temerloh. Hal ini juga menunjukkan pihak British merasa mereka lebih
berkuasa.
Dato’ Bahaman bertindak untuk membebaskan orang-orang tawanan itu dengan
menyerang hendap ke atas pasukan kerajaan dan kemudian menyerang balai polis Lubuk Trua.
Pada 21 Disember 1891, Temerloh pula diserang dan ditawan. Pihak British telah bertindak balas
beberapa hari selepas peristiwa itu berlaku. Satu pasukan yang dipimpin oleh Hugh Clifford telah
mara ke Semantan tetapi terpaksa berundur ke Temerloh kerana banjir.
Pihak British mendesak Sultan Ahmad supaya memberi kerjasama kepada pemerintah
dalam menhadapi ancaman Dato’ Bahaman. Oleh sebab adanya desakan dan secara kebetulan
hubungannya dengan Dato’ Bahaman tidak begitu baik, Sultan Ahmad telah bersetuju. Sultan
Ahmad dan puteranya keduanya iaitu Tengku Ali telah menyerang Semantan pada 14 Januari
1892 tetapi Dato’ Bahaman telah mengundurkan diri terlebih dahulu. Sultan Ahmad telah
mengumumkan pengampunan dan meminta golongan penentang pulang ke rumah masing-
masing.
Tengku Ali telah diarahkan mengawal tempat itu tetapi tidak berupaya untuk menyekat
kemaraan Dato’ Bahaman kerana orang-orang Melayu menyokongnya. Dato’ Bahaman telah
menawan semula Lubuk Trua pada awal bulan Mac 1892. Peristiwa itu menyebabkan Clifford
dan wakil Raja menyerang Semantan dan sekali lagi Dato’ Bahaman telah berundur. Bolo dan
Cempaka dimusnahkan. Clifford telah cuba meneruskan tindakan ke atas golongan penentang
tetapi Sultan Ahmad mencegahnya memandangkan bermulanya bulan puasa iaitu pada akhir
bulan Mac 1892.
Keberanian Dato’ Bahaman telah memberi semangat kepada pembesar-pembesar Melayu
yang lain untuk turut menentang British. Atas usaha Tok Gajah, pertemuan telah diadakan dan
dalam pertemuan itu, semua pembesar telah bersumpah menyatakan taat setia kepada Sultan
Ahmad. Selanjutnya, atas cadangan Tok Gajah, keputusan telah diambil untuk menentang British
secara besar-besaran. Mengikut cadangan Tok Gajah, serangan akan dilaksanakan secara
serentak. Dato’ Bahaman akan mengambil Semantan, Sultan Ahmad dikehendaki
mempertahankan Chenor, Panglima Muda dari Jempul menawan Pekan, Mat Kilau dan Tok Raja
akan menawan Kuala Lipis dan Raub sementara Tok Gajah sendiri akan ke Tembeling.
Rancangan tersebut dimulakan dengan serangan oleh Panglima Muda pada 5 April 1892.
Dua orang bangsa British daripada Syarikat Penyelidikan Pahang telah dibunuh dan kemudian
pasukan Panglima Muda mara ke Pekan. Orang-orang Melayu telah memberi sokongan
kepadanya dan ini menyulitkan pihak British. Gerakan penentang British ternyata telah terjejas
kerana di medan perjuangan yang lain, keadaan telah berubah. Wan Ahmad yang berada di Pulau
All The Best
Tawar telah mengubah fikiran dan memujuk Tok Raja yang datang mengadapnya supaya tidak
menyertai penentangan itu. Tok Gajah juga telah menyertai Sultan Ahmad dan yang
menyedihkan, kedua-duanya bertindak ke atas Dato’ Bahaman kemudiannya.
Dato’ Bahaman telah berjaya menawan Semantan. Sekali lagi pihak British meminta Wan
Ahmad menyertai pemerintah untuk menentang Dato’ Bahaman. Pasukan Sultan Ahmad dan Tok
Gajah telah berjaya mengusir Dato’ Bahaman. Pasukan Sultan Ahmad dan Tok Gajah telah
berjaya mengusir Dato’ Bahaman pada 8 Mei 1892. Sementara itu, pasukan Clifford dan
Leftenan Kolonel Walker, terus bertindak menyerang Budu pada 21 Mei 1892 tetapi Mat Kilau
berjaya melepaskan diri lalu bersatu dengan Dato’ Bahaman yang berada di Cheka.
Dalam bulan Jun 1892, British menyerang Jempul dan menawannya. Keadaan ini
menyebabkan Sultan Ahmad menasihatkan Tok Gajah supaya melarikan diri kerana bimbang
British akan mengambil tindakan ke atasnya. Oleh itu, dalam bulan Ogos 1892, Tok Gajah
melarikan diri untuk menyertai Mat Kilau dan Dato’ Bahaman yang berada di Tembeling. Oleh
sebab tekanan-tekanan seterusnya, mereka terpaksa berundur ke Sempadan Kelantan dalam
bulan September 1892. Malangnya, Panglima telah terbunuh dalam bulan Oktober 1892.
Melalui Tok Raja yang bertugas sebagai orang perantaraan, usaha telah diambil untuk
menghentikan penentangan. Perundingan telah dimulakan dalam bulan Disember 1893 tetapi
Mat Kilau dan Mat Lela, putera Dato’ Bahaman, enggan mengambil bahagian. Perundingan yang
berjalan sehingga bulan April 1894 tidak memberi sebarang hasil.
Selepas perundingan mengalami kegagalan, perjuangan orang-orang Melayu semakin
bersemangat. Hal ini disebabkan peranan yang dimainkan oleh Engku Syed dari Paloh. Ketika
ini Dato’ Bahaman telah berjaya mengumpulkan pengikut-pengikutnya dari Besut dan Ulu Lebir.
Pada 12 Jun 1894, penentangan meletus kembali apabila golongan penentang menyerang Kuala
Tembeling. Seorang anggota polis iaitu Ram Singh yang mendapat luka parah akibat ditikam
telah dapat melepaskan diri menaiki sampan ke Pulau Tawar. Golongan penentang telah cuba
mendapatkan bantuan dari Tok Raja dari Pulau Tawar tetapi gagal. Hal ini menyebabkan
penentang telah cuba membina kubu pertahanan di Jeram Ampai. Satu angkatan tentera British
yang besar telah menyerang Jeram Ampai dan menawannya pada 29 Jun 1894. Akhirnya
golongan penentang telah berundur ke Kelantan dan Terengganu.
Pihak British telah meminta Kerajaan Siam supaya campur tangan. Akhirnya, dalam
bulan November 1895, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau serta 4 orang pengikutnya telah menyerah
diri kepada pihak Siam dan kemudian dihantar ke Siam. Sementara Tok Gajah dan Mat Kilau
terus menetap di Terengganu dan dikatakan meninggal dunia di sana.

Penentangan di Negeri Sembilan

Pengenalan
Campur tangan British di Sungai Ujong telah ditentang oleh Syahbandar Kulup Tunggal.
Tindakan Sir Andrew Clarke mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong
menyebabkan Dato’ Bandar menentang British. Dato’ Bandar mendapat sokongan daripada Raja
Mahdi dan Raja Mahmud dari Selangor dan melancarkan serangan terhadap Dato’ Kelana. Dato’
Kelana takut terancam keselamatannya dan meminta perlindungan British. Beliau bersetuju
menerima seorang Residen British. Pada bulan November 1874, pertempuran meletus di antara
mereka dan Dato’ Bandar dikalahkan dan kemudian beliau berundur ke Selangor. Beliau
menandatangani surat mengaku salah pada Disember 1874 dan kemudian menetap di Singapura.
Perlantikan Residen di Sungai Ujong telah ditentang kuat oleh Tengku Antah di Seri Menanti.
All The Best
Proses penentangan
Tengku Antah ialah Yamtuan Besar atau pembesar yang berkuasa di Seri Menanti. Beliau telah
mentang perlantikan Penolong Residen, Kapten Thatham di Sungai Ujong pada tahun 1874.
Pada tahun 1875, beliau dilantik sebagai Yamtuan Besar oleh penduduk di kawasan
sekitar Seri Menanti – Terachi, Gunung Pasir, Hulu Muar dan Jempol. Perlantikan Tengku Antah
sebagai Yamtuan Besar tidak diiktiraf oleh Dato’ Kelana di Sungai Ujong. Tengku Antah juga
tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong.
Pada tahun 1875 juga, perselisihan meletus antara Tengku Antah dan Dato’ Kelana
apabila Dato’ Kelana menuntut kekuasaannya ke atas Terachi. Dato’ Kelana mendapat sokongan
British untuk menentang Tengku Antah. Askar British berjaya menawan Parol dan ini
menyebabkan Tengku Antah berundur ke Bukit Putus.
Pada bulan Disember 1875, British seterusnya menawan Bukit Putus dan kemudian
menguasai Kuala Jempol dan Terachi. Pada tahun 1876, Tengku Antah mendapat bantuan
daripada Maharaja Abu Bakar untuk menamatkan pertempuran dengan British.
Atas usaha Maharaja Abu Bakar, pada bulan November 1876, Tengku Antah telah
menandatangani satu perjanjian dengan British di Singpura. Menurut perjanjian itu:
1. British mengiktiraf Tengku Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.
2. Kawasan Johol, Hulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir dan Inas diiktiraf sebagai
jajahan takhluk Seri Menanti.
Perjanjian damai ini telah membuka kesempatan kepada British untuk memperluaskan
pengaruhnya di seluruh Negeri Sembilan.

Penentangan di Kelantan

Pengenalan
Melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909, kuasa Kelantan telah dipindahkan oleh Siam kepada
Kerajaan British. James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British yang pertama di Kelantan
pada Julai 1909. Pada tahun 1910, British secara rasmi menguasai hubungan luar negeri
Kelantan melalui Perjanjain Inggeris-Kelantan. Perjanjian ini juga menegakkan hak British untuk
melantik seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV. Baginda mesti
mematuhi nasihat Penasihat British dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama
dan adat resam orang Melayu. Perubahan sosio ekonomi yang dibawa oleh British telah
mengakibatkan pemberontakan di daerah Pasir Putih pada 29 April 1915.

British di Kelantan sebelum 1909


Kebangkitan menentang bermula sejak termeterainya Pengisytiharaan Inggeris-Siam 1902.
Menurutnya, seorang Penasihat berbangsa Inggeris bernama William Amstrong Graham dilantik
sebagai Penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada Julai 1903.
Pada tahun 1904, W.A. Graham telah memperkenalkan beberapa perkara baru dalam
pentadbiran Kelantan. Pengenalan peraturan-peraturan baru ini menimbulkan rasa tidak puas hati
di kalangan rakyat Kelantan. Antaranya ialah:
a. Penubuhan beberapa jajahan baru seperti Kota Bahru, Hulu Kelantan dan Pasir Putih. Tiap-
tiap jajahan ini ditadbir oleh seorang Ketua Jajahan. Sebuah balai polis juga didirikan di
setiap jajahan. Sebagai contohnya, Encik Ibrahim menjadi Ketua Jajahan dan Sarjan Che
Wan menjadi Ketua Balai Polis di jajahan Pasir Putih. Ketua Jajahan dibantu oleh 2 orang
All The Best
yang bergelar Tok Kweng atau Penggawa dan Tok Nebeng atau Penghulu. Tok Nebeng
bertugas menjaga keamanan dan memungut hasil dalam kampung masing-masing.
b. Pada tahun 1905, Undang-undang Hasil Padi diluluskan. Menurutnya, semua pemilik tanah
perlu memberi maklumat yang tepat tentang kawasan tanah, hasil dan kedudukan tanah
kepada Tok Kweng.
Perubahan-perubahan ini menjejaskan hak kuasa pembesar ke atas daerah masing-
masing. Malah, kuasa Engku Besar Jeram dan Pasir Putih semakin berkurangan.
Kebangkitan menentang British di Kelantan semakin hebat selepas tahun 1909. Pada
tahun 1909, Kelantan dipindahkan daripada pemerintahan Siam kepada Inggeris menurut
Perjanjian Inggeris-Siam (Bangkok) 1909. Ekoran ini, British melantik seorang penasihat di
Kelantan untuk menasihati Sultan Muhammad IV dalam semua perkara, kecuali adat-istiadat dan
agama Islam.
Penglibatan British dalam pentadbiran Kelantan menimbulkan rasa tidak puas hati. Mulai
tahun 1910, perubahan yang agak radikal telah diperkenalkan oleh Penasihat British kepada
sistem pentadbiran Kelantan. Malah pihak British menggunakan pegawai-pegawai Melayu dari
luar negeri Kelantan untuk melaksanakan peraturan-peraturan tersebut.
Tindakan ini telah mencetuskan kebangkitan di daerah Pasir Putih, Kelantan pada tahun
1915 semasa pemerintahan Sultan Muhammad IV. Kebangkitan ini dipimpin oleh Haji Mat
Hassan bin Munas, lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Pembesar-pembesar lain yang menyertai
pemberontakan ini ialah Engku Besar Tun Ahmad Jeram, Penghulu Adam, Haji Said dan Che
Ishak Merbol.

Sebab-sebab penentangan di Kelantan


1. Ketidakpuas hati Engku Besar Jeram
Engku Besar Tun Ahmad dan penduduk kawasan Jeram tidak puas hati dengan campur
tangan British di jajahan Pasir Putih. Engku Besar adalah pembesar di daerah Jeram. British
campur tangan dalam pentadbiran Jeram dengan menasihati Sultan Muhammad IV supaya
membina sebuah pondok polis di Pasir Putih. Kerajaan British juga campur tangan dengan
melantik seorang Pegawai Daerah untuk mentadbir jajahan Pasir Putih yang dahulunya
diletakkan di bawah Engku Besar Jeram. Perlantikan pegawai daerah ini menyebabkan
Engku Besar Jeram kehilangan hak yang diwarisi turun-temurun sejak abad ke-18. Engku
Besar Jeram seterusnya kehilangan kuasa, wibawa dan keistimewaan. Engku Besar Tun
Ahmad hanya berkuasa sebagai Tok Kweng Muda, iaitu kedudukannya lebih rendah
daripada Tok Kweng (penggawa). Sebelum perubahan ini, Tok Kweng adalah di bawah
kuasa Engku Besar Jeram. Engku Besar juga telah kehilangan hak memungut cukai’
sebaliknya, beliau terpaksa membayar cukai ke atas tanah yang menjadi hak miliknya seperti
rakyat biasa. Engku Besar Jeram yang tidak puas hati dengan sistem pentadbiran British lalu
menghasut pengikutnya Tok Janggut atau Haji Mat Hassan supaya bangun menentang dan
mengusir British dari Pasir Putih. Tok Janggut dikatakan lebih lama menyimpan dendam
dalam hati kerana ayahnya, iaitu Panglima Munas dan abangnya Mat Tahir sebelum itu telah
dibunuh atas perintah Sultan.
2. Pengenalan sistem cukai baru
Pentadbiran British telah memperkenalkan sistem pentadbiran dan peraturan baru yang
menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Sebelum pengenalan peraturan baru,
cukai atau hasil di Pasir Putih berdasarkan kepada jumlah hasil tahunan. Sekiranya jumlah
hasil adalah sangat sedikit, dikecualikan daripada cukai. Tanah yang tidak dikerjakan atau
diusahakan tidak dikenakan cukai, misalnya pokok pinang kurang daripada 10 batang
dikecualikan daripada cukai.
All The Best
Peraturan baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran British tidak ada pengecualian.
Pokok buah-buahan dikenakan cukai 12 ½ sen setahun, sirih dikenakan 5 sen sejunjung,
lembu dan kerbau dikenakan 20 sen seekor, pokok-pokok kayu seperti temberu, mendung
dan kapur yang hendak ditebang dikenakan cukai $1 sebatang, tanah pula 60 sen seekar.
Menurut undang-undang baru itu, cukai dikenakan ke atas tanah dan bukannya ke
atas hasil tanah seperti dahulu. Sebelum itu, peraturan tanah padi tahun 1905 amat longgar,
iaitu hanya mewajibkan satu penjuru bersamaan 400 depa tanah padi dikenakan cukai 30 sen
setahun. Kurang daripada 200 depa dikecualikan cukai. Selain itu, penduduk Pasir Putih
dikehendaki melaporkan keluasan dan tempat tanah yang mereka miliki kepada Tok Kweng.
Dengan demikian, rakyat telah dibebankan dengan bermacam-macam jenis cukai yang
diperkenalkan melalui sistem pentadbiran baru. Cukai tanah yang diperkenalkan oleh pihak
British merupakan suatu yang baru bagi penduduk Kelantan. Cukai tanah yang
dikuatkuasakan oleh pihak British adalah tetap. Cukai harus dibayar walaupun tanah tidak
dikerjakan. Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan didenda.
Penduduk menghadapi kerumitan dalam pembayaran cukai kerana pejabat bayaran
cukai hanya diwujudkan di daerah tertentu dan pejabat itu terletak agak jauh. Bayaran hanya
boleh dibuat dalam waktu tertentu. Rakyat menghadapi masalah untuk membayar dalam
masa yang ditentukan. Pegawai-pegawai yang bertugas tidak cekap. Rakyat terpaksa datang
ke pejabat beberapa kali untuk membayar cukai, misalnya, Tok Janggut telah datang
beberapa kali untuk membayar cukai tetapi gagal membayar dalam masa yang ditetapkan.
Pegawai yang bertugas kadang-kala bersikap kasar kepada penduduk.
Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana mereka berasakan
perlaksanaan undnag-undang baru membebankan mereka berbanding dengan peraturan
sebelum ini. Engku Besar kemudiannya mengarahkan Tok Janggut menjalankan kempen
agar penduduk Jeram dan seluruh jajahan Pasir Putih jangan membayar cukai. Dalam
kempen ini, Tok Janggut mendapat bantuan dan kerjasama daripada Penghulu Adam, Haji
Said dan Che Ishak Merbol.
3. Sikap pegawai British Daerah Jajahan Pasir Putih
Pada tahun 1912, British menggantikan Encik Salleh, seorang Melayu tempatan dengan
Encik Latiff yang berasal dari Singapura sebagai Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih.
Beliau telah melaksanakan pelbagai cukai baru yang membebankan rakyat seperti cukai
kepala, cukai buah kelapa dan cukai pokok buah-buahan. Encik Latiff merupakan seorang
pegawai yang jujur dalam tugasnya. Beliau telah bertindak dengan tegas untuk
melaksanakan undang-undang cukai yang baru diperkenalkan oleh British. Pegawai Daerah
dan kakitangannya bersikap kasar terhadap penduduk di Pasir Putih. Mereka yang enggan
atau lewat membayar cukai akan ditangkap dan didenda. Ada kalanya, rakyat yang lewat
membayar cukai dimaki dan dicaci oleh pegawai-pegawai. Perbuatan yang kurang ajar ini
telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Perasaan tidak puas hati semakin bertambah
apabila Encik Latiff telah menawarkan kontrak bagi mengutip telur penyu dan kercut.
Langkah ini mendapat tentangan hebat daripada orang ramai yang sebelumnya boleh
mendapatnya secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.
4. Pengaruh luar
Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga
mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British.
Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu
juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat
berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai.

All The Best


Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang
Eropah sebagaimana sebelumnya.

Proses penentangan
Tok Janggut yang mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan sokongan
oleh Haji Said, Che Ishak, Penghulu Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh dan Tok Deraman
telah menjalankan kempen mempengaruhi penduduk Pasir Putih menentang peraturan baru dan
British.
Pada 28 April 1915, Encik Latiff, Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih mendapat berita
Tok Janggut dan pengikutnya di Kampung Jeram. Pada 29 April 1915, beliau menghantar Sarjan
Che Wan dan beberapa orang anggota polis untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan tidak
membayar cukai. Dalam pertengkaran yang berlaku, Sarjan Che Wan ditikam oleh Tok Janggut
dan anggota polis yang lain dapat menyelamatkan diri dan membuat laporan kepada Encik Latiff.
Encik Latiff cuba mengambil tindak balas dengan menghantar 7 orang polis untuk
menangkap Tok Janggut. Apabila pasukan polis ini tiba di Kampung Kelubi, mereka diberitahu
bahawa Tok Janggut dan pengikutnya sedang mara hendak menyerang Pasir Putih. Dengan itu,
Encik Latiff bersama kakitangannya berundur ke Kota Bahru dengan bot melalui Kuala Semerak.
Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol melancarkan
serangan 3 penjuru ke atas Pasir Putih kira-kira 4 petang pada 29 April 1915 dan mendudukinya
selama 3 hari. Mereka membakar pejabat kerajaan, menawan balai polis dan membebaskan
orang tahanan. Mereka kemudian menubuhkan kerajaan sementara di Pasir Putih. Engku Besar
dilantik sebagai Raja Jeram dan Tok Janggut menjadi Perdana Menteri kerajaan sementara.
Penasihat Inggeris, W. Longham-Carter menerima berita serangan ke atas Pasir Putih
pada 30 April 1915. Beliau menasihati Sultan Muhammad IV supaya menguatkan pertahanan
Kota Bahru. Penasihat British meminta bantuan dari Singapura. Pada 5 Mei 1915, bantuan dari
Singapura tiba di Tumpat dengan kapal H.M.S. Cadmus yang terdiri daripada 239 orang di
bawah pimpinan Kolonel C.W. Brownlow.
Pada 9 Mei 1915, pasukan Inggeris tiba di Pasir Putih tetapi gagal menangkap pemimpin
yang terlibat. Kebanyakan pemimpin telah melarikan diri ke dalam hutan dan juga ke Besut.
Hadiah $500 ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut atau Engku Besar.
Penghulu Adam telah menyerah diri. Rumah Tok Janggut, Che Ishak Merbol dan Haji Said
dibakar.
Pada 23 Mei 1915, Tok Janggut sekali lagi melancarkan serangan ke atas Pasir Putih. Hal
ini memaksa Major Borton bersama 50 orang anggota polis Sikh dan 7 orang Eropah datang ke
Jeram pada 24 Mei 1915 untuk menjejaki kedudukan Tok Janggut dan pengikutnya.
Tok Janggut dan pengikutnya yang berkubu di Kampung Pupuh akhirnya bertempur
dengan pasukan British. Dalam pertempuran ini, beberapa orang terbunuh, termasuklah Tok
Janggut. Engku Besar Jeram Tun Ahmad yang cedera diselamatkan oleh Awang Deraman ke
Reman, Thai. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bahru. Setelah diarak, mayat beliau
digantungkan dengan kepala ke bawah di Padang Bank atau Padang Merdeka, Kota Bahru
selama satu jam sebelum dimakamkan di Pasir Putih.
Kebangkitan di Pasir Putih di bawah pimpinan Tok Janggut berjaya buat sementara
mengundurkan kakitangan kerajaan yang bertugas di Kota Bahru. Namun, kebangkitan ini telah
gagal untuk mempertahankan kejayaannya. Pasukan British bertindak bebas dengan cepat dan
berjaya mematahkan kebangkitan dan Tok Janggut sendiri terkorban dalam pertempuran.

All The Best


Penentangan di Terengganu
Pengenalan
Usaha British meluaskan kuasanya di Terengganu menyebabkan rakyat bangkit menentang
British antara tahun 1922-1928. Kebangkitan itu berlaku pada zaman pemerintahan Sultan
Sulaiman Badrul Alam Syah. Punca kebangkitan rakyat Terengganu adalah pelaksanaan sistem
pentadbiran dan undang-undang bercorak Barat dan cukai-cukai baru yang membebankan rakyat
seperti cukai tanah dan pas kerajaan untuk membuka tanah dan mengambil hasil hutan.
Pemimpin ulama penentangan ini ialah seorang ulama yang bernama Haji Abdul Rahman
Limbong. Penentangan ini bertumpu di Hulu Telemong, Kuala Telemong, Kuala Berang, Alor
Limbat dan Tersat.

Kebangkitan tahun 1922 dan 1925


Penentangan terhadap British yang pertama berlaku pada tahun 1922 di Hulu Telemong.
Penentangan ini bermula apabila 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas
tuduhan membersihkan tanah dan bercucuk tanam tanpa mendapatkan pas kebenaran daripada
Kerajaan British. Mereka dibela oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berjaya
membebaskan mereka dari tuduhan dengan menitikberatkan undang-undang Islam.
Pada tahun 1925, satu lagi kebangkitan menentang undang-undang British berlaku di
Kuala Telemong. Kebangkitan ini disebabkan oleh beberapa orang telah membersihkan tanah
kawasan Kuala Telemong untuk bercucuk tanam. Tanah itu adalah kepunyaan Tengku Haji Nik
(200 ekar) dan tanah kerajaan yang terbiar (400 ekar). Mereka membersihkan tanah itu tanpa
meminta pas kebenaran daripada kerajaan kerana Tengku Haji Nik sendiri yang meminta mereka
mengerjakan tanah itu. Kebangkitan ini mendapat sokongan yang kuat daripada ramai rakyat
Terengganu. Walau bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam kebangkitan
tersebut.

Kebangkitan tahun 1928


Peristiwa-peristiwa kebangkitan rakyat Terengganu di Hulu Telemong dan Kuala Telemong pada
tahun 1922 dan 1925 telah menambahkan kebencian rakyat terhadap British. Semangat
kebangkitan rakyat Terengganu sampai ke kemuncaknya pada tahun 1928 di Kuala Berang.
Penduduk Kuala Berang, Kampung Pelam (Telemong), Tersat dan Dungun telah
membuka tanah untuk bercucuk tanam tanpa mengambil pas kebenaran dari pihak British.
British mengancam hendak mengambil tindakan ke atas penduduk yang terlibat. Berikutan
dengan ancaman itu, penduduk dari kawasan-kawasan tersebut telah berhimpun beramai-ramai
untuk bangkit menentang British. Menurut buku “Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu”,
karangan Timah Hamzah, kira-kira 1000 orang penduduk berkumpul di Tersat, Hulu Telemong
pada 21 Mei 1928 dengan tujuan untuk memulakan peperangan terhadap orang kafir.
Pada 23 Mei 1928, penduduk yang berhimpun di Kuala Berang telah menduduki pejabat
kerajaan dan memusnahkan balai polis di situ. Pegawai-pegawai British di Kuala Berang
terpaksa berundur ke Kuala Terengganu.
Setelah kemenangan awal itu, pejuang-pejuang itu telah menuju ke arah Kuala
Terengganu untuk mengadu masalah mereka kepada Sultan Sulaiman. Pada masa itu, Kerajaan
British telah menghantar sepasukan polis di bawah pimpinan Dato’ Seri Lela Diraja dari Kuala
Terengganu ke Kuala Berang untuk mengawal keadaan. Pasukan polis itu telah bertempur
dengan rakyat yang sedang mara di Padang Kachong. Di situ, Dato’ Seri Lela Diraja telah
memberi amaran kepada rakyat supaya berhenti dan tidak meneruskan pergerakan. Walau
All The Best
bagaimanapun, kebanyakan tidak menghiraukan amaran tersebut. Akibatnya, pasukan polis telah
melepaskan tembakan.
Dengan bantuan polis tambahan dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British dapat
memadamkan kebangkitan rakyat Terengganu. Semua pemimpin yang terlibat ditangkap dan
dipenjarakan iaitu Haji Zakaria 7 tahun; Abu Bakar Chinting 10 tahun; Abdullah Jurukka 10
tahun; Mat Tok Pitas 5 tahun dan Lebai Hassan 5 tahun. Penghulu Salleh Pasir Nyior pula telah
dibebaskan. Haji Abdul Rahman Limbong juga didapati bersalah tetapi beliau tidak dihukum
penjara. Beliau dibuang negeri ke Makkah.
Sebab Haji Abdul Rahman Limbong tidak dipenjarakan ialah beliau dianggap sebagai
pemimpin yang sangat berpengaruh dan kehadirannya akan meningkatkan lagi semangat
kebangkitan terhadap British. Selain itu, British juga tidak mahu menimbulkan lagi kemarahan
penyokong-penyokong beliau sekiranya beliau dihukum penjara. Beliau dihantar ke Makkah
juga disebabkan beliau berhasrat pergi ke tanah suci untuk mendalami dan mengajar agama
Islam. Haji Abdul Rahman Limbong meninggal dunia di Makkah pada 16 November 1929.

Penentangan di Sabah

Pengenalan
Seperti Negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu, Sabah juga dijajahi oleh British melalui
Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Di bawah pemerintahan kompeni, rakyat Sabah telah bangkit
menentang kerana tindakan pegawai kompeni yang melanggar adat mereka. Antara penentangan
yang terkenal ialah penentangan oleh Mat Salleh dan penentangan oleh Antanum.

Penentangan oleh Mat Salleh


Mat Salleh atau Mohammad Salleh ialah seorang pahlawan di Sabah yang bangkit menentang
pemerintahan Kompeni Berpiagam Borneo Utara di Sabah. Mat Salleh dilahirkan di Inanam dan
berketurunan Bajau-Suluk. Beliau berkahwin dengan seorang puteri Sulu yang bernama Dayang
Bandung. Beliau merupakan pembesar di hulu Sungai Sungut dan memerintah kawasannya
dengan bebas.
Pada tahun 1894, Mat Salleh telah bangkit menentang Kompeni Berpiagam kerana
kompeni campur tangan di kawasannya. Kompeni telah menyerang dan membakar kampung Mat
Salleh di Sungai Sugut apabila beliau membuat aduan tentang pergaduhan di antara pegawai
British dengan Iban. Kompeni juga telah membina jalan raya dari jalan keretapi merentasi
kawasan Ranau yang dikuasai oleh Mat Salleh. Selain itu, kompeni juga mengenakan pelbagai
cukai ke atas rakyat dan mengerah buruh paksa.
Pada tahun 1897, Mat Salleh menyerang dan memusnahkan pelabuhan kompeni di Pulau
Gaya. Beliau kemudiannya membina sebuah kubu di Ranau untuk meneruskan serangannya.
Kompeni membalas dengan menyerang dan memusnahkan kubu Mat Salleh di Ranau. Mat
Salleh tidak dapat ditewaskan tetapi beliau terpaksa beundur ke kawasan pedalaman.
Kompeni khuatir Mat Salleh akan menyerangnya lagi. Oleh itu, Pengarah Urusan
Kompeni iaitu William Cowie mengesyorkan supaya diadakan perdamaian di antara kompeni
dan Mat Salleh. Satu rundingan damai telah diadakan di antara Cowie dengan Mat Salleh.
Menurut rundingan damai ini:
a. Mat Salleh dibenarkan mentadbir kawasan Tambunan dengan bebas.
b. Kompeni berjanji memberi pengampunan kepada pengikut Mat Salleh

All The Best


Kompeni telah memungkiri janjinya. Pada tahun 1897, Kompeni telah membuat
keputusan untuk mengambilalih kawasan Tambunan. Mat Salleh sangat marah dan membina
sebuah kubu di Tambunan untuk mempertahankan diri. Pada tahun 1900, pasukan kompeni telah
menyerang kubu Mat Salleh di Tambunan. Mat Salleh terbunuh dalam serangan tersebut pada
bulan Februari 1900.

Penentangan oleh Antanum


Pada tahun 1915, seorang Murut dari kawasan pedalaman Sabah telah bangkit menentang
Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Orang Murut bangkit menentang kompeni kerana:
a. Mereka dilarang menebas hutan rimba untuk membuka tanah pertanian.
b. Mereka terpaksa membina jalan raya di kawasan pedalaman tanpa dibayar gaji.
c. Mereka percaya bahawa pembinaan jalan raya itu telah mengusir roh nenek moyang dan
menimbulkan kemarahan yang akan mengakibatkan kemarau selama 4 tahun.
Kebangkitan orang Murut dipimpin oleh pemimpin murut yang bernama Antanum.
Pemberontakan tercetus pada tahun 1915 apabila orang Murut menyerang dan membakar
Pensiangan. Kemudian mereka menyerang Rundum tetapi Rundum dapat diselamatkan oleh
Kompeni. Oleh itu, pemberontakan ini juga dikenali sebagai Pemberontakan Rundum.
Selepas itu, Antanum dan pengikutnya (seramai 900 orang) telah membina sebuah kubu
di Sungai Selangit. Kubu itu diserang oleh askar kompeni. Antanum serta 400 orang pengikutnya
telah terkorban. Pemberontakan Rundum tamat selepas kematian Antanum tetapi orang Murut di
kawasan pedalaman telah berpindah ke Kalimantan kerana tidak lagi takin terhadap
pemerintahan Kompeni.

Penentangan di Sarawak

Pengenalan
Sarawak di bawah pemerintahan Brooke telah berlaku banyak perubahan dari segi politik,
ekonomi dan social. Perubahan ini telah menyebabkan penduduk pribumi bangun untuk
menentangnya kerana perubahan ini telah melanggar adat dan kepercayaan mereka. Antaranya
ialah penentangan oleh Syarif Masahor, Rentap dan Banting.

Penentangan oleh Syarif Masahor


Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau
adalah pembesar yang sangat dihormati dan disegani oleh orang Melanau dan Iban. Walau
bagaimanapun, kuasa Syarif Masahor telah tergugat apabila James Brooke mengambilalih
kawasan Sungai Rajang daripada Sultan Brunei pada tahun 1853. James Brooke kemudian
membina sebuah kubu di Kanowit di Sungai Rajang.
Tindakan Brooke telah mencabar kewibawaan Syarif Masahor sebagai pembesar di
Sungai Rajang. Syarif Masahor telah berpakat dengan Dato’ Patinggi Abdul Gapur di Kuching
untuk menyerang kubu Brooke di Kanowit dan mengusirnya keluar dari Sarawak. Tentera
bersekutu Syarif Masahor dan Dato’ Patinggi Abdul Gapur telah menyerang kubu Kanowit dan
membunuh 2 orang pegawai Inggeris, iaitu Charles Fox dan Henry Steel.
Pada tahun 1860, angkatan perang Syarif Masahor telah menyerang Kuching tetapi dapat
dipatahkan oleh pasukan tentera Brooke di bawah pimpinan Charles Brooke. Syarif Masahor
dapat menyelamatkan diri dan berlindung di Brunei. Namun James Brooke telah memaksa
Sultan Brunei supaya Syarif Masahor dibuang negeri ke Singapura.
All The Best
Dengan itu, Syarif Masahor dihantar ke Singapura dan meninggal dunia di situ pada
tahun 1890. Dato’ Patinggi Abdul Gapur cuba menyerang Kuching dari Pontianak tetapi beliau
ditahan oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi.

Penentangan oleh Rentap


Rentap ialah seorang pahlawan Iban yang bangkit menentang pemerintahan James Brooke di
Sarawak. Rentap ialah ketua orang Iban yang sangat berpengaruh di hulu Sungai Sekrang. Beliau
digelar “Raja Darat”. Nama sebenar beliau ialah Libau.
Rentap tidak suka kemaraan kuasa Brooke ke kawasan orang Iban. Pada tahun 1853,
Rentap menyerang kubu James Brooke di Sungai Sekrang dan membunuh seorang pegawai
Brooke yang bernama Alan Lee. Kemudian Rentap meminta sebuah kubu yang kuat di Bukit
Sadok di hulu Sekrang. Kubu itu dilengkapkan dengan meriam besi yang besar yang telah
dirampas dari Pontianak, Kalimantan. Kubu di Bukit Sadok sangat kuat sehingga serangan
Charles Brooke sebanyak 2 kali pada tahun 1854 gagal menawan kubu tersebut.
Pada tahun 1861, Charles Brooke telah menyerang Bukit Sadok dengan sebuah meriam
tembaga bernama Bujang Sadok yang dibuat di Kuching. Kali ini, kubu Rentap di Bukit Sadok
dapat ditawan oleh Charles Brooke. Rentap berjaya melepaskan diri ke kawasan pedalaman.

Penentangan oleh Banting


Pada tahun 1893, orang Iban di bawah pimpinan Banting bangkit menentang pemerintahan
kerajaan Brooke di Sarawak. Banting ialah penghulu Iban di hulu Sungai Batang Lupar di
kawasan Hulu Air. Banting menentang Charles Brooke yang cuba menghapuskan adat dan
upacara yang diamalkan oleh orang Iban.
Pada tahun 1902, Charles Brooke telagh menghantar satu pasukan tentera untuk
menawan Banting tetapi beliau dapat mempertahankan dirinya dan memerintah dengan bebas
sehingga tahun 1908. Pada tahun itu, tentera Brooke berjaya menewaskan Banting tetapi gagal
menangkapnya. Selepas itu, kuasa Banting semakin lemah dan beliau menamatkan
penentangannya terhadap Kerajaan Brooke.

Kedatangan Imigran

Pengenalan
Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja
mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan
politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih
timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah
Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan imigran di Tanah
Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera,
Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia.

Orang Indonesia
1. Pengenalan
All The Best
Sebelum pemerintahan Inggeris, orang Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka
adalah orang Minangkabau, orang Bugis dan orang Jawa. Orang Minangkabau dari
Sumatera Barat telah berhijrah secara beramai-ramai ke Negeri Sembilan pada abad ke-14.
Orang Bugis dari Sulawesi Selatan telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di Selangor,
Perak dan Johor. Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk
bekerja sebagai buruh di lading kopi, lading getah dan juga di lombong-lombong bijih
timah. Pada penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk orang Indonesia semakin
meningkat. Hal ini disebabkan keperluan buruh dalam sektor penanaman padi dan kopi
diikuti oleh perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.
2. Sebab kedatangan

a. Faktor politik

Tekanan politik oleh pihak penjajah (Belanda) telah mendorong kemasukan


orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, orang Jawa telah
dikenakan Sistem Kultur (1830-1870) atau Sistem Tanaman Paksa. Sistem ini
telah menyebabkan rasa kurang senang orang-orang Jawa terhadap
pemerintahan Belanda. Pertambahan penduduk Indonesia yang tinggi juga
menyebabkan tanah pertanian di Jawa tidak cukup.

b. Faktor sosial

Penduduk di Indonesia terutamanya dari Pulau Jawa dan Sumatera telah bertambah
dengan pesat. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pertambahan
keluasan tanah pertanian ataupun pengeluaran tanaman makanan telah menyebabkan
kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup para petani.
c. Faktor ekonomi

Peluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain adalah
pendorong utama kepada kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu.
Kestabilan politik di Tanah Melayu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan
Indonesia juga merupakan faktor pendorong bagi kemasukan orang Indonesia. Galakan
pembesar-pembesar tempatan untuk mengerjakan kawasan pertanian juga telah
mendorong kepada lebih ramai kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai
contoh, Orang Kaya Bakar (Muar) telah menggunakan tenaga orang Indonesia untuk
mengerjakan dusun buah-buahannya. Persamaan dengan orang-orang Melayu di Tanah
Melayu dari segi bahasa, agama, adat resam dan sebagainya telah menyebabkan mereka
dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Tanah Melayu.
3. Sumbangan

Orang Indonesia turut menyumbangkan tenaga dalam perusahaan getah dan bijih timah di
samping dalam pertania seperti padi, kelapa, dusun buah-buahan dan sebagainya.
Kecenderungan dalam mengusahakan pertanian yang sama dengan tempat asal mereka
adalah pendorong kepada kedatangan orang Indonesia ke Tanah Melayu.
4. Cara kemasukan

Tidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui oleh orang Indonesia untuk datang ke Tanah
Melayu di mana mereka berusaha sendiri untuk datang ke sini.
5. Komposisi penduduk orang Indonesia
All The Best
a. Orang Jawa

Orang Jawa merupakan orang Melayu yang paling banyak berhijrah ke Tanah Melayu.
Menjelang tahun 1930, terdapat 17000 orang Jawa di Tanah Melayu dan Singapura.
Mereka bekerja sebagai buruh di lading kopi dan getah atau lombong bijih timah.
Kebanyakan orang Jawa terdapat di negeri Johor, selangor dan Perak.
b. Orang Banjar

Orang Banjar berasal dari Daerah Banjarmasin. Mereka mengusahakan penanaman


padi. Kebanyakan mereka mendiami kawasan-kawasan pinggir pantai dan lembah-
lembah sungai di Perak, Selangor dan Johor. Pada tahun 1931, bilangan penduduk
Banjar di Tanah Melayu ialah 45382 orang.
c. Orang Bugis

Orang Bugis berasal dari Pulau Sulawesi membuka petempatan di Selangor, Johor dan
Perak. Mereka menjalankan kegiatan pertanian.
d. Orang Boyan

Orang Boyan berasal dari Pulau Boyan telah menetap di Bandar-bandar seperti
Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Mereka mahir dalam
pemeliharaan kuda lumba.
e. Orang Minangkabau

Orang Minangkabau dari Sumatera menetap di Negeri Sembilan. Kebanayakan mereka


terlibat dalam kegiatan perniagaan dan pertanian.
6. Bilangan penduduk orang Indonesia

Pada tahun 1947, bilangan penduduk Indonesia di Tanah Melayu adalah lebih
kurang 307150 orang. Daripada jumlah ini, 60% terdiri daripada orang Jawa.
Pada tahun 1957 bilangan penduduk Melayu (termasuk orang Indonesia) ialah
2427834 orang iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

Orang Cina
1. Pengenalan

Sejak abad ke-15, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu. Pembukaan Melaka dan
hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan kedatangan
orang Cina. Penghijrahan orang Cina semakin bertambah menjelang awal abad ke-19. Orang
Cina telah berhijrah ke Negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau
Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang
longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina. Orang Cina berhijrah ke Johor pada
masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka lading gambir dan
lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19.
Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah
dan ladang lada hitam.
2. Sebab kedatangan

a. Faktor penolak
All The Best
i. Sebab sosial dan ekonomi
Bencana alam seperti yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan sebagainya
menyebabkan penderitaan yang teruk ke atas penduduknya. Pertanian yang menjadi nadi
ekonomi China ketika itu tidak dapat dijalankan akibat bencana alam dan ini akhirnya berlaku
kebuluran yang teruk akibat bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pertambahan penduduk
yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah pertanian turut menyebabkan hasil pertanian
tidak mencukupi. Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah
bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1851. Serentak dengan itu, Kerajaan Manchu
mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan pentadbirannya. Ramai petani
tidak dapat membayar cukai dan terpaksa menjual tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani
kehilangan tanah.
ii. Kekacauan dan korupsi politik di negara China
Keadaan politik di China yang tidak stabil telah menggalakkan kedatangan orang-orang Cina ke
Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun 1644 mengamalkan dasar
diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering
melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Salah satu pemberontakan
yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping (1850-1864). Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung
Hsiu-Chuan tetapi gagal menggulingkan Kerajaan Manchu. Oleh itu, kerajaan bertindak lebih
tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan pemberontakan. Oleh
itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan
Manchu.
b. Faktor penarik

i. Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu


Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina ke Tanah
Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah adalah salah satu
faktor di samping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan Bandar terutamanya.
Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah sistem Kangcu (Johor) menggalakkan lagi
kedatangan orang-orang Cina. Di bawah sistem ini, mereka diberi tanah untuk mengerjakan
pertanian terutamanya lada hitam.
ii. Kestabilan politik
Kestabilan politik hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal menjadi salah satu faktor
penarik. British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina dengan menyediakan pelbagai
kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh
yang murah dan banyak. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah
menjamin lagi kestabilan politik. Hal ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah
dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak
peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.
3. Sumbangan

Kedatangan orang Cina telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih


timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti
Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya berdasarkan
kepada peningkatan eksport: pada 1850 – 6500 tan, 1890 – 15101 tan, 1900 –
43000 tan, 1905 – 57733 tan, 1937 – 77000 tan. Dari segi perniagaan pula,
banyak kedai dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di Bandar-bandar yang
terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga telah
berkembang terutamanya melalui sistem Kangcu.

4. Cara kemasukan

a. Melalui sistem tiket kredit


All The Best
Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh
seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa
sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh”
dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka.
b. Melalui cara persendirian

Orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya
ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila
Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada
tahun 1897.
c. Melalui Sistem Kangcu

Sistem Kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan


orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Di bawah sistem Kangcu, orang Cina
digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-
sayuran dan bunga cengkih.
5. Komposisi penduduk orang Cina

a. Orang Hokkien

Orang Hokkien menjadi pedagang dan peniaga dan menetap di oelabuhan-pelabuhan


yang penting seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
b. Orang Kantonis dan Hakka

Orang Kantonis dan Hakka merupakan pelombong dan bertumpu di kawasan


perlombongan bijih timah.
c. Orang Teochew

Orang Teochew menumpukan perhatian pada pertanian dan perdagangan. Mereka


bekerja di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di Johor dan
Seberang Perai serta di kawasan Pantai Perak.
d. Orang Hailam

Orang Hailam bekerja sebagai orang gaji di rumah orang Barat sebelum Perang Dunia
Pertama dan menjadi buruh di ladang getah serta membuka kedai-kedai minuman.
6. Bilangan penduduk orang Cina

Di antara kelompok-kelompok Cina tersebut, kelompok yang terbesar ialah


Hokkien. Pada tahun 1921, 32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina di
Tanah Melayu (1174777) terdiri daripada orang Hokkien. Kumpulan yang kedua
besar ialah Kantonis yang membentuk 28.3% (332307), diikuti oleh Hakka
(18.6%), Teochew (11.1%), Hailam (5.9%) dan lain-lain (3.7%). Kemasukan
orang Cina bertambah dengan pesat pada abad ke-20. Pada tahun 1941, orang
Cina merupakan kaum terbesar di Tanah Melayu, mereka membentuk kira-kira
43% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu
yang merupakan 41% pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1921, kira-kira
22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Namun selepas
Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1957, 74.7% daripada bilangan orang Cina

All The Best


dilahirkan di Tanah Melayu. Mereka membentuk 37.1% daripada jumlah
penduduk Tanah Melayu.

Orang India
1. Pengenalan

Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka dipercayai datang
sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai
Suvarnabumi atau Tanah Emas. Orang India hanya berhijrah secara beramai-ramai pada
penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang
telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai. Pada awal abad ke-19,
bilangan orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura
(1819). Selepas penubuhan Negeri-negeri Selat (1826), pihak British membawa masuk
buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina bangunan awam dan jalan raya di
Negeri-negeri Selat. Keperluan buruh India meningkat berikutan perkembangan perusahaan
getah. Hampir semua orang yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu berasal dari India
Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab.
2. Sebab kedatangan

a. Faktor penolak – keadaan sosioekonomi di India

Bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk pada
penduduk akibat hasil pertanian yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, Dataran Tinggi
Deccan dan India Selatan mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan
tanaman. Hal ini mengakibatkan kira-kira 30 peristiwa kebuluran pada pertengahan
abad ke-19. Penindasan oleh tuan tanah juga menyebabkan orang India semakin
menderita. Walaupun India sebuah negara yang luas, namun bukan semua rakyatnya
mempunyai tanah. Jika dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, walaupun
miskin, mereka masih mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan. Kebanyakan petani
di India terpaksa mengusahakan tanah yang dipunyai oleh tuan-tuan tanah yang
mengenakan cukai yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang mengalami
80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan penduduk yang tinggi
menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk, contohnya pada tahun 1845,
penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941.
Penindasan kasta yang teruk di India juga mendorong orang India datang ke Tanah
Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunya Indians in Malaysia and Singapore,
lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah
Melayu pada tahun 1931 adalah dari kasta-kasta rendah. Kasta tertinggi ialah Brahmin,
kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra.
b. Faktor penarik

i. Perkembangan perusahaan getah


Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor pertanian telah menggalakkan
kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian
di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi dan sebagainya adalah faktor utama kemasukan orang
India.
ii. Galakan daripada Kerajaan British

All The Best


Dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India ialah Jabatan
Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Di samping itu, peluang pekerjaan bagi golongan menengah di
Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain

Sistem Residen

Pengenalan
Pada 1860-an dan 1870-an, berlaku pelbagai kekacauan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai
Ujong. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan antara
pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan oleh British untuk
campur tangan. Hasil usaha Andrew Clarke, dasar campur tangan bermula dari Perak, kemudian
Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Berikutan dasar campur tangan, sistem Residen telah
diperkenalkan di negeri-negeri tersebut. Di bawah sistem Residen, Sultan menerima seorang
residen sebagai penasihat bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan
dengan agama Islam dan adat resam Melayu.

Tugas Residen
1. Menasihati Sultan dalam urusan-urusan pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara yang
berkaitan dengan agama dan adat istiadat orang Melayu.
2. Mengekalkan ketenteraman dan menegakkan peraturan serta undang-undang di wilayah
pemerintahannya. Segala tindakan hendaklah jangan menggunakan paksaan.
3. Membentuk sebuah sistem cukai yang berkesan.
4. Merancang dan membangunkan kawasan-kawasan bandar.
5. Membaiki alat-alat perhubungan

Corak pentadbiran
1. Peringkat negeri
Pemerintahan secara tidak langsung dan nasihat Residen kepada Sultan dijalankan melalui
pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri. Tujuan utama majlis ini ialah untuk membolehkan
para pegawai British berunding dengan para pembesar tempatan tentang segala hal yang
berhubung dengan kepentingan masyarakat Melayu. Majlis ini mula-mulanya ditubuhkan
sebagai badan penasihat sahaja. Kemudian, tugas-tugasnya termasuk juga membuat segala
undang-undang, menjadi mahkamah rayuan tertinggi dan menjadi badan kerajaan utama
yang menguruskan perubahan dalam struktur cukai, pencen kepada orang Melayu dan
perlantikan ketua tempatan, pegawai kerajaan dan kadi. Pada amnya, semua perkara yang
berkaitan dengan kerajaan tempatan diuruskan oleh majlis ini kecuali urusan mengawal
hasil-hasil yang berada di bawah Residen. Seluruh Mesyuarat Majlis dijalankan dalam
Bahasa Melayu dan segala perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi dan sosial
dibincangkan dalam majlis ini. Semua cadangan dan usul Residen harus dibahaskan dan
diundi sebelum diluluskan menjadi undang-undang. Semua rang undang-undang harus
mempunyai tandatangan Sultan tetapi mestilah terlebih dahulu mendapat keizinan Gabenor
yang mempunyai kuasa pembatal. Sungguhpun majlis ini amat berguna untuk
membincangkan pendapat mengenai perkara-perkara yang menyentuh orang Melayu tetapi
sebenarnya, majlis ini tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Lagipun, apabila
pentadbiran menjadi semakin rumit, fungsi perundangan majlis ini diabaikan. Lama-
kelamaan, majlis ini hanya meluluskan keputusan yang sudah dibuat.
All The Best
2. Peringkat daerah
Setiap negeri dibahagikan kepada beberapa daerah. Pentadbiran daerah di bawah jagaan
seorang Pegawai Daerah British. Di peringkat awal, pegawai daerah dikenali sebagai
“Pemungut Cukai dan Majlistret” kerana beliau bertugas untuk memungut hasil dan menjadi
majistret di peringkat daerah. Pegawai Daerah juga bertanggungjawab menjaga
perbendaharaan daerah dan memungut cukai. Beberapa cawangan jabatan seperti Jabatan
Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan ditubuhkan di bawah Ketua Pegawai
Eropah dan Pegawai Daerah bertugas untuk mengawasi Kerja Ketua Jabatan tersebut.
3. Peringkat mukim
Setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim. Seorang pembesar dilantik untuk
menjadi Ketua Mukim dengan gelaran Penghulu. Anak raja dilantik menjadi Penghulu
kerana
a. Mempunyai pengaruh yang kuat
b. Melibatkan mereka dalam pentadbiran British
c. Mereka lebih memahami sikap dan perasaan rakyat jelata
d. Mereka mempunyai pendidikan yang diperlukan untuk menjalankan tugas
Tugas mereka ialah:
a. Memungut hasil tanah
b. Mentadbir undang-undang tempatan
c. Menjaga keamanan dan keselamatan
d. Mengadakan hubungan erat dengan rakyat jelata
e. Menyampaikan dasar dan usaha kerajaan kepada rakyat jelata
f. Menyampaikan maklumat balas rakyat kepada kerajaan
g. Menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis
4. Peringkat kampung
Pentadbiran kampung diketuai oleh Ketua Kampung. Biasanya, mereka terdiri daripada
orang tua yang dihormati oleh penduduk sesebuah kampung. Ketua Kampung bekerjasama
dengan Penghulu di mukim dan mendapat pengiktirafan daripada Sultan negeri masing-
masing. Selain Penghulu dan Ketua Kampung, terdapat lagi Kapitan Cina dan Penghulu
Dagang.
5. Peringkat bandar
Pada awal tahun 1890-an, sebuah lembaga kesihatan telah ditubuhkan untuk mentadbir
Bandar Kuala Lumpur. Tugasnya adalah untuk
a. Mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja
b. Meluluskan pelan bangunan
c. Menjaga kebersihan bandar
Ahli-ahlinya terdiri daripada:
a. Jurutera di Jabatan Kerja Raya
b. Ketua Polis Daerah
c. Individu yang dilantik oleh Residen

Masalah yang dihadapi oleh Residen


1. Tidak terdapat sistem pemerintahan pusat di Negeri-negeri Melayu. Ada sesetengah wilayah
dan ketua-ketua wilayah tidak tertakluk di bawah kekuasaan Sultan. Mereka bebas
menjalankan urusan pentadbiran sendiri.
2. Dalam kehidupan sehari-hari Sultan dan pembesar-pembesar Melayu telah mengikut cara
hidup mereka sendiri sebagai warisan sejarah turun-temurun. Oleh itu, amatlah sukar untuk

All The Best


mempengaruhi dan mendesak mereka agar dapat mengubah dan mengikut sistem
pentadbiran baru seperti mana sistem Barat.
3. Adalah sukar bagi Residen mengelakkan diri dari campur tangan dalam adat ketika
menjalankan tugas kerana adar merupakan kehidupan orang-orang Melayu. Sebagai contoh,
sudah menjadi corak pemerintahan di Negeri-negeri Melayu bahawa Sultan dan pembesar-
pembesar termasuk ketua-ketua wilayah mempunyai kuasa untuk memungut cukai di
wilayah masing-masing. Sultan akan mendapat pembayaran pula dari mereka. Bukti yang
jelas ialah Ngah Ibrahim (Menteri Larut) berkuasa dan bebas memungut cukai di Daerah
Larut, Perak. Dato’ Bahaman (Orang Kaya Semantan) di Pahang mempunyai hak memungut
cukai di Daerah Semantan terutamanya Sungai Semantan yang menjadi alat perhubungan
penting bagi kapal-kapal. Perkara ini yang harus dihadapi oleh Residen kerana sudah
menjadi tugas mereka membentuk sistem tersebut untuk pembangunan negeri bukan untuk
kepentingan individu seperti yang telah berlaku.
4. Masalah yang tidak kurang pentingnya ialah masalah kewangan. Hal ini disebabkan
Kerajaan British tidak memberi bantuan yang cukup kepada mereka. Malah, segala
perbelanjaan termasuk gaji Residen ditanggung oleh Sultan atau kerajaan negeri. Masalah
kewangan menjadi semakin serius apabila Residen terpaksa menyelesaikan hutang-hutang
negeri kepada Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat telah membiayai kira-kira £15000 di
Perak dan dalam tahun 1877 hutang negeri Perak telah berjumlah £160000. Selain itu, ramai
pembesar-pembesar negeri juga telah berhutang, misalnya Ngah Ibrahim telah berhutang
kira-kira £50000.
5. Banyak masalah dihadapi untuk mengawal ketenteraman. Hal ini juga disebabkan Residen
tidak mempunyai anggota keselamatan yang cukup untuk membantunya di setiap wilayah.
Hanya sesetengah Residen sahaja yang mempunyai pasukan polis dan askar seperti Kapten
Speedy di Larut. Itupun pemberian dari Ngah Ibrahim kepadanya. Kapten Tatham di Sungai
Ujong hanya dibantu oleh kira-kira 50 orang anggota polis.

Perubahan-perubahan yang berlaku


1. Pentadbiran
a. Pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (State Council)
Perubahan yang nyata dalam pemerintahan ialah pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri
(MMN). Suktan dilantik menjadi Presiden dan ahli-ahli yang lain terdiri daripada
Residen, Penolong Residen, pembesar Melayu dan ketua-ketua puak Cina. MMN
merupakan satu institusi yang mengendalikan urusan-urusan pentadbiran. Di Perak,
MMN ditubuhkan pada tahun 1877 yang mengandungi 7 ahli iaitu 3 Melayu, 2 Inggeris
dan 2 Cina. Pada tahun 1895, keahliannya bertambah menjadi 12 orang iaitu 7 Melayu,
2 Inggeris dan 3 Cina. Di Selangor, MMN ditubuhkan pada tahun 1878. MMN
mempunyai kuasa meluluskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan negeri
seperti membincangkan hal-hal dalam negeri seperti cukai, perbelanjaan, perlantikan
serta gaji pembesar. MMN juga boleh menimbangkan sama ada hukuman mati patut
dijalankan atau ubah. Namun demikian, perkara-perkara penting seperti belanjawan
negeri tetap dirangka oleh Residen yang kemudiannya mendapat persetujuan daripada
Gebenor Negeri-negeri Selat.
b. Penubuhan sistem cukai yang efektif

All The Best


Adalah menjadi tugas Residen untuk menubuhkan satu sistem cukai yang berkesan.
Hasil cukai yang diperolehi itu hendaklah digunakan untuk pembangunan negeri seperti
membiayai pembinaan jalan raya, keretapi serta alat-alat perhubungan yang lain.
Dengan adanya jabatan cukai dan penghasilan dalam negeri, beban Kerajaan Inggeris
untuk membiayai pembangunan-pembangunan dalam negeri berkurangan. Yang nyata
kerajaan negeri dapat membayar gaji Residen dan pembesar Melayu. Kerajaan negeri
akan dapat menyelesaikan sendiri masalah mereka seperti masalah hutang-piutang,
misalnya ketika Hugh Low menjadi Residen Perak, dalam masa 6 tahun sahaja, Perak
berjaya membayar kembali hutang-hutang terutama kepada Negeri-negeri Selat di
samping telah menambahkan pendapatan negeri tersebut.
c. Terbentuknya satu pentabiran yang stabil
Sungguhpun pada peringkat awalnya pemerintahan Residen tidak berjaya seperti
peristiwa Birch di Perak, namun kemudiannya Residen Inggeris telah berjaya
mengadakan satu pentadbiran yang stabil di Negeri-negeri Melayu. Satu pentadbiran
yang stabil hanya dapat diadakan jika mereka dapat menjamin ketenteraman dalam
negeri. Oleh itu, perkara ketenteraman dan mengadakan peraturan dalam negeri
mendapat perhatian yang utama. Kejayaan sistem Residen dapat dibuktikan dalam
zaman Hugh Low (1877-1889) di Perak dan zaman Frank Swettenham (1882-1889) di
Selangor. Untuk menjamin adanya satu pentadbiran yang stabil, Residen perlu
mendapat sokongan dan kerjasama dari pembesar-pembesar dan orang-orang

Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Pengenalan
Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada
Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan
kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan
persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan
sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak,
Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan.
Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896,
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor
Negeri-negeri Selat.

Faktor-faktor penubuhan
1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada November
1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri Sembilan pada
tahun 1895. Residen dihantar sebagai penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal
kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau
bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-
negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung kepada sepenuhnya di atas
kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab
Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor,
All The Best
Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana
kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza. Terdapat juga perbezaan-perbezaan
dalam pentadbiran Undang-uhndang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-
negeri tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dn
Selangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negeri sukar
dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit politik yang berasingan. Frank Swettenham
berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan dan kecekapan
pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat. Perkara yang
berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan keadilan akan
disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran. Usaha memajukan
sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan menghubungkan jalan raya dan
keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya, penubuhan persekutuan akan mewujudkan
kerjasama ekonomi, politik dan sosial.
2. Menghadkan kuasa Residen
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak, Selangor,
Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul
sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan
Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan
pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri.
Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana Residen
mempunyai kuasa mutlak. Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang
Tanah mesti ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri
Selat juga tidak dapat mengawal kuasa Residen kerana beliau berada di Singapura dan sibuk
dengan urusan-urusan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan
kuasa Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan
pentadbiran negeri.
3. Masalah kewangan Pahang
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning berpendapat bahawa
masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi
Residen pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek
ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan
jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang. Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi
masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan
dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat
ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah
kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi
beberapa cadangan dikemukakan oleh British untuk mengatasi masalah ini.
Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbiran
kepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruah British.
Tindakan ini juga membuka peluang kepada kuasa lain untuk bertapak di Pahang yang
sudah tentu akan menjejaskan kepentingan British.
Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri Selat. Ia
tidak dapat dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri Selat juga menghadapi
masalah kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu pada tahun 1892 masih belum
diselesaikan.

All The Best


Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya
seperti Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak dan
Selangor enggan membantu sebab ianya satu unit politik berasingan.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan
Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika negeri-
negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank Swettenham dan C.D. Cowan
(Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari Pahang
sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung.
4. Keselamatan
A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada
1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan
akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan
keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa
mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya menegaskan penubuhan
persekutuan perlu dilihat dari segi aspek keselamatan negeri Melayu dan Negeri-negeri
Selat.
5. Dasar British
Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri kecil di
bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan persekutuan akan
memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu. Negeri-
negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British dalam penubuhan persekutuan
di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli
sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya “Federation Decision of 1895” dan Jagjit Singh
dalam bukunya “Administration of the Federation Malay States 1896-1920”.

Syarat-syarat perjanjian persekutuan


1. Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan yang
dikenali sebagai “Ngeri-negeri Melayu Bersekutu”. Persekutuan menjadi negeri lindungan
British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.
2. Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara keempat-empat
negeri itu.
3. Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh mengadakan
hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.
4. Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.
5. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.
6. Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.
7. Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.
8. Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.
9. Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga
keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.
10. Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial.
11. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal oleh
pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.
12. Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.
13. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-negeri Melayu
Bersekutu akan ditubuhkan.

All The Best


14. Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan kewibawaan
Sultan.

Kesan-kesan
1. Politik
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan
kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan
menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan
persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu
dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat,
khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan
pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal
orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen
Jeneral pertama pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan
sebuah persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua
urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang
berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti
eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri
dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan
pentadbiran. Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan
pusat. Jabatan negeri mengikut arahan jabatan pusat.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul
sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran
dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat
mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan
pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di
Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan
Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis
Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan
sehingga tahun 1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat
Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam
menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam
Melayu. Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk
di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai
institusi pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang
tetapi undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat
Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan
undang-undang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih
ramai Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-
negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British. Pemusatan kuasa yang
keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-
raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat
pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan
kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan
Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan.
Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan
All The Best
Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan bersama dalam
Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.
2. Ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan
politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan
dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil
persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik
dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri
Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih
timah dan getah. Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada
1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan
sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah
memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904,
sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada
tahun 1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor
Bahru pada tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih
timah dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan
Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan
ialah 70000 tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih
penguasaan ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-
orang Cina. Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas
penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar,
1905 – 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.
3. Sosial
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan
peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah
menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam
perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah
menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu,
kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India
adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat
Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-
bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan,
pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan
ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun
1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan
(2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi). Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-
sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah
sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina.
Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada tahun
1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak golongan bangsawan.
Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan
tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi.

DURBAR
All The Best
1. Pada tahun 1897, DURBAR (Persidangan Rajaja Melayu) yang pertama diadakan di Kuala
Kangsar kerana British menghormati Sultan Idris Syah.
2. DURBAR ialah persidangan di antara Pesurahjaya Tinggi, Residen Jeneral, Residen dan
Raja-raja Melayu.
3. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan kepentingan bersama.
4. DURBAR ialah permulaan kepada institusi yang kini dikenali sebagai Majlis Raja-raja
Melayu.
5. Fungsi utama DURBAR:
a. Mewujudkan kerjasama dan perpaduan di antara keempat-empat negeri Melayu.
b. Membolehkan Raja-raja Melayu menasihati kerajaan persekutuan.
6. DURBAR tidak ada kuasa untuk menggubal undang-undang.
7. DURBAR yang kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903.
8. DURBAR dimansuhkan apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan tetapi wujud
semula pada tahun 1927.
9. 1930, DURBAR diadakan di Singapura dan dihadiri oleh 9 orang Raja.

Desentralisasi

Pengenalan
1 Julai 1896, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang digabungkan sebagai persekutuan
yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pertubuhan persekutuan telah
menyebabkan berlakunya pemusatan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas
arahan kerajaan khasnya, Residen Jeneral. Pemusatan kuasa telah menyebabkan Sultan, Residen
dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Berpunca daripada beberapa faktor, British
mengamalkan desentralisasi dalam usaha mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri. Desentralisasi merupakan satu proses pemulangan kuasa pentadbiran secara
berperingkat dari segi pentadbiran dan kewangan kepada kerajaan negeri di samping pada masa
yang sama, kerajaan pusat mengekalkan kuasa yang cukup bagi menjaga keselesaan pentadbiran.
Densentralisasi dilaksanakan semasa John Anderson (1904-1920), Lawrence Guillemard (1920-
1927) dan Sir Cecil Smith (1930-1935) yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap
Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Sebab-sebab perlaksanaan desentralisasi


1. Bantahan Sultan
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menyebabkan berlakunya pemusatan
kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya
Residen Jeneral. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan,
contohnya Sultan Idris (Perak) dalam Persidangan Raja-raja Kedua mengecam hebat
pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah-langkah dalam melaksanakan
desentralisasi bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri.
Sultan dan Residen telah kehilangan kuasa kerana mereka tertakluk kepada arahan Residen
Jeneral dalam melaksanakan pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri telah kehilangan fungsi
sebagai institusi pentadbiran kerana semua urusan pentadbiran persekutuan dijalankan oleh
kerajaan pusat. Walau bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa untuk
meluluskan undang-undang tetapi undang-undang ini digubal oleh pegawai persekutuan
All The Best
yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai
kuasa pembatalan dan terpaksa menerima undang-undang yang ditetapkan. Sultan juga tidak
bersetuju dengan tindakan British tidak menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan
sebagaimana yang terdapat dalam Perjanjian Persekutuan 1895. Walaupun Majlis Mesyuarat
Persekutuan kemudiannya ditubuhkan pada tahun 1909, tetapi ianya masih gagal
mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Iskandar masih
tidak puas hati dengan langkah-langkah tersebut telah berangkat ke England pada tahun
1924 dengan tujuan untuk mendesak Pejabat Tanah Jajahan mengambil langkah yang lebih
tegas dalam melaksanakan desentralisasi.
2. Mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan
Selepas Perjanjian Bangkok ditandatangani pada 9 Julai 1909, Perlis, Kedah, Kelantan dan
Terengganu dipindahkan dari Siam kepada British. Johor juga diletakkan di bawah pengaruh
British pada tahun 1914. Rancangan British ketika itu ialah untuk menubuhkan persekutuan
yang lebih besar yang merangkumi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan
kepada ekonomi, politik dan sosial kepada British. Dalam usaha untuk mempengaruhi
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British
telah melaksanakan desentralisasi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tanpa melaksanakan
desentralisasi, sudah tentu pemerintah Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak akan
menyertai persekutuan kerana takut kehilangan kuasa seperti Sultan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.
3. Menghadkan kuasa Residen Jeneral
Penubuhan persekutuan telah menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang yang
paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan
Residen Jeneral. Beliau mempunyai kuasa penuh dalam semua hal-ehwal Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat menyekat
kuasa Residen Jeneral. Malah, Gabenor Negeri-negeri Selat yang menjadi Pesuruhjaya
tinggi juga tidak dapat mengawal Resdien Jeneral. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan
Residen Jeneral untuk menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharapkan tidak dapat mengawal kuasa
Residen Jeneral sehingga ianya ditubuhkan pada tahun 1909. Akibatnya British
melaksanakan desentralisasi dalam usaha untuk menyekat kuasa Residen Jeneral.
4. Sokongan orang Melayu
Desentralisasi juga dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapat sokongan orang Melayu,
terutamanya Sultan-sultan Melayu. British mendapati sokongan orang Melayu amat penting
bagi mengekal dan mengukuhkan kedudukan British di Tanah Melayu. Tanpa sokongan
orang Melayu, pentadbiran British di Tanah Melayu akan menghadapi masalah. Pada tahun
1920-an, sokongan orang Melayu amat diperlukan bagi mengimbangi tekanan politik orang
Cina. Pada tahun 1930-an, majority orang Cina menjadi ahli Parti Kuomintang atau PKM
yang sedang menjalankan usaha anti-British di Tanah Melayu. Mereka telah melakukan
rusuhan, mogok dan lain-lain untuk melumpuhkan ekonomi dan politik Tanah Melayu
kerana matlamat utama mereka ialah untuk menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan
Republik Komunis Malaya.
5. Kesan kemelesatan ekonomi
Kemelesetan ekonomi 1920-an dan 1930-an telah menyebabkan kejatuhan harga getah dan
bijih timah. Kejatuha harga getah dan bijih timah telah menjejaskan pendapatan Negeri-
negeri Melayu yang bergantung kepada kedua-dua perusahaan tersebut. Pendapatan yang
berkurangan sudah tentu menyebabkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu
All The Best
dianggap “Top Heavy”. Telah dikritik kerana ianya telah membebankan kewangan.
Sekiranya jabatan-jabatan ini dipindahkan pada pentadbiran kerajaan pusat kepada kerajaan
negeri, sudah tentu bebanan pentadbiran kerajaan pusat dapat dikurangkan. Cadangan
tersebut telah mendapat persetujuan Jabatan Kuasa Penggunaan Wang pada 1923.
6. Pergelutan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi
Pada 1920-an, berlaku pergelutan kuasa antara Resdien Jeneral dan Pesuruhjaya Tinggi
khususnya antara George Maxwell dengan Lawrence Guillemard. Mereka telah
mengemukakan cadangan-cadangan yang bertujuan untuk menonjolkan pengaruh masing-
masing. Akibatnya, Lawrence Guillemard selaku Pesuruhjaya Tinggi telah merangka
cadangan-cadangan desentralisasi dalam usaha untuk menyekat pengaruh Residen Jeneral.
7. Kebimbangan terhadap kuasa asing
Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 berlaku beberapa peristiwa yang membuka
peluang kepada bertapaknya kuasa-kuasa asing di Tanah Melayu yang sangat
membimbangkan British. Sekiranya kuasa asing bertapak di Tanah Melayu, sudah tentu
kedudukan dan kepentingan British di Tanah Melayu terancam. Contohnya, pada tahun
1899-1900, Jerman berusaha untuk mendapatkan Langkawi dari Sultan Kedah untuk
dijadikan perhentian angkatan laut Jerman. Pada tahun 1900, Rusia berusaha mendapatkan
Ujong Salang dari Siam. Pada tahun 1902, Sultan Zainal Abidin (Terengganu) telah
meluluskan permohonan Amerika untuk mengerjakan perlombongan di Terengganu.
Akibatnya British melakukan desentralisasi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu agar Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan yang dicadangkan olah British,
seterusnya dapat mengelakkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mengadakan
hubungan dengan kuasa-kuasa lain.
8. Desakan Cecil Clementi
Cecil Clementi Smith yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya
Tinggi (1930-1935) telah mendesak British melaksanakan desentralisasi di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ke arah mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai
persekutuan. Akibat desakan Cecil Clementi, Kerajaan British menghantar Setiausaha
Rendah Tetap Pejabat Tanah Jajahan iaitu Samuel Wilson untuk mengkaji dan melaporkan
langkah-langkah yang boleh diambil ke arah melaksanakan desentralisasi.
9. Kegagalan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP)
Walaupun Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan pada tahun 1896, MMP hanya
ditubuhkan 13 tahun kemudian iaitu pada tahun 1909. Penubuhan MMP gagal
mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. MMP berkuasa penuh
dalam semua hal ehwal Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan semua urusan pentadbiran
dijalankan atas arahan MMP. Sultan-sultan dan Residen-residen tetap kehilangan kuasa
kerana mereka tertakluk di bawah MMP dalam menjalankan pentadbiran. Majlis Mesyuarat
Negeri telah kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana tertakluk di bawah
MMP. Dalam MMP kedudukan Sultan hanya sebagai ahli biada tanpa kuasa pembatal.
Akibatnya, cadangan-cadangan Sultan kerap kali ditolak oleh ahli-ahli lain. Malah
persidangan dapat dijalankan walaupun tanpa kehadiran Sultan. Kegagalan MMP dalam
usaha untuk mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Neegri
menyebabkan British meneruskan usaha ke arah melaksanakan desentralisasi.

Langkah-langkah ke arah desentralisasi


1. John Anderson
Langkah pertama dalam melaksanakan desentralisasi dijalankan oleh John Anderson yang
menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan (1904-
All The Best
1920). Beliau amat bersimpati terhadap bantahan Sultan mengenai pemusatan kuasa. Beliau
telah mengkaji bantahan Sultan Idris dan Persidangan Raja-raja Kedua diadakan di Kuala
Lumpur pada tahun 1903. Dalam usaha untuk melaksanakan desentralisasi John Anderson
menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909. Majlis Mesyuarat Persekutuan
dianggotai oleh Pesuruhjaya Tinggi sebagai pengerusi, Residen Jeneral, 4 orang Residen, 4
orang Sultan dan 4 orang ahli tidak rasmi (3 British dan 1 Cina). Persidangan pertama
diadakan pada 11 Disember 1909. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan menjadi badan
pentadbir Persekutuan Negeri Negeri Melayu Bersekutu. Semua urusan pentadbiran
dijalankan atas arahan Majlis Mesyuarat Persekutuan. Majlis Mesyuarat Persekutuan juga
diberi kuasa penggubal undang-undang tetapi undang-undang mestilah diuruskan oleh
Majlis Mesyuarat Negeri. Persidangan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya setahun
sekali. Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan telah membolehkan Sultan dan golongan
peniaga berbincang dengan British mengenai masalah-masalah yang dihadapi. John
Anderson juga memindahkan beberapa jabatan yang tidak penting kepada kerajaan negeri.
Pada tahun 1910, jawatan Residen Jeneral ditukar menjadi Setiausaha.
Langkah yang dijalankan oleh John Anderson dianggap tidak berkesan ke arah
melaksanakan desentralisasi kerana ianya gagal mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan
Majlis Mesyuarat Negeri. Walaupun kuasa Residen Jeneral dikurangkan tetapi kuasa
tersebut diambil alih oleh Pesuruhjaya Tinggi. Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan
hanya mengukuhkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi kerana semua undang-undang yang
diluluskan mesti ditandatangani oleh beliau. Sultan dan Residen tetap kehilangan kuasa
kerana mereka tertakluk di bawah arahan Majlis Mesyuarat Persekutuan dalam menjalankan
pentadbiran Majlis Mesyuarat Negeri telah kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran
kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Majlis Mesyuarat Persekutuan.
Walaupun Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang, tetapi undang-
undang tersebut digubal oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan. Majlis Mesyuarat Negeri tidak
mempunyai kuasa pembatal dan terpaksa menerima semua undang-undang yang
dipersetujui. Dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan, kedudukan Sultan hanya sebagai ahli
biasa tanpa kuasa pembatal. Akibatnya, cadangan Sultan kerap kali ditolak oleh ahli-ahli
yang lain. Malah persidangan dapat dijalankan walaupun tanpa kehadiran Sultan. Keadaan
ini menyebabkan bantahan terhadap pemusatan kuasa semakin lantang disuarakan terutama
oleh Sultan-sultan kerana mereka menganggap langkah John Anderson tidak berkesan ke
arah mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Antara tahun
1911-1920, tidak banyak langkah yang dijalankan ke arah melaksanakan desentralisasi
kecuali beberapa jabatan yang tidak penting dipindahkan kepada pentadbiran negeri.
Kemakmuran ekonomi ketika itu menimbulkan rasa puas hati kepada semua pihak. Selain
itu, ketika itu juga British terlibat dalam Perang Dunia Pertama di Eropah.
2. Lawrence Guillemard (1920-an)
Langkah kedua ke arah desentralisasi dijalankan oleh Lawrence Guillemard yang menjadi
Gabenor Negeri-negeri Selat selaku Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan pada tahun 1920-1927.
Pada tahun 1920-an, bantahan terhadap pemusatan kuasa semakin lantang disuarakan,
terutamanya oleh Sultan-sultan kerana mereka menganggap langkah John Anderson tidak
berkesan ke arah melaksanakan desentralisasi. Pada tahun 1924, Sultan Iskandar berangkat
ke England untuk mendesak Pegawai Pejabat Tanah Jajahan mengkaji langkah yang lebih
tegas ke arah desentralisasi. Selepas menerima arahan dari Pejabat Tanah Jajahan, Lawrence
Guillemard telah merangka cadangan-cadangannya pada tahun 1925 dan dikemukakan pada
tahun 1927. cadangan-cadangannya ialah:

All The Best


a. Jawatan Ketua Setiausaha (Residen Jeneral) dibubarkan dan kuasa diserahkan semula
kepada Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri.
b. Bilangan ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan ditambah kepada 13 ahli rasmi dan 11 ahli
tidak rasmi.
c. Semua jabatan dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri kecuali jabatan pos,
kastam, telegram dan keretapi.
d. Hal-hal kewangan dibahagi dua iaitu berkaitan dengan kerajaan persekutuan diuruskan
oleh kerajaan pusat dan yang berkaitan dengan kerajaan negeri diuruskan oleh kerajaan
negeri.
Pada tahun 1926, pentadbiran kerajaan negeri disusun semula terutamanya yang
berkaitan dengan kewangan. Pada tahun 1927, kedudukan ahli Majlis Mesyuarat
Persekutuan telah dipindah di mana Sultan-sultan tidak lagi menjadi ahli Majlis Mesyuarat
Persekutuan tetapi 4 orang pembesar Melayu dilantik sebagai wakil Sultan Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang.
Selain daripada cadangan Lawrence Guillemard, George Maxwell yang menjadi
Ketua Setiausaha ketika itu juga telah mengemukakan beberapa cadangan ke arah
melaksanakan desentralisasi. Pada tahun 1923, beliau menubuhkan 2 jawatankuasa, iaitu
Jawatankuasa pengagihan kuasa pusat dan jawatankuasa kewangan. Jawatankuasa
pengagihan kuasa pusat bertujuanmengkaji ke arah melaksanakan desentralisasi.
Jawatankuasa kewangan pula bertujuan mengkaji hal-hal kewangan yang berkaitan dengan
persekutuan dan negeri. George Maxwell juga mencadangkan semua jabatan dipindahkan ke
kerajaan negeri kecuali jabatan pertanian, pertahanan, polis, pos dan perubatan.
Cadangan Lawrence Guillemard dan George Maxwell mendapat sokongan Sultan di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu tetapi ditentang oleh golongan peniaga. Golongan peniaga
menganggap langkaj tersebut akan melemahkan kerajaan pusat yang sudah tentu
menjejaskan pelaburan mereka. Golongan ini mahupun sebuah kerajaan pusat yang kukuh
bagi menjamin pelaburan mereka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka juga tidak
yakin dengan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai oleh orang Melayu.
3. Cecil Clementi Smith (1930-an)
Langkah seterusnya diambil oleh Cecil Clementi Smith semasa menjadi Gabenor Negeri-
negeri Selat selaku Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan (1930-1935). Pada tahun 1930-an,
selain dari masalah politik, masalah ekonomi juga telah disuarakan. Kedudukan ekonomi
orang Melayu jauh ketinggalan berbanding orang Cina. Cecil Clementi Smith amat
bersimpati dengan nasib orang Melayu. Beliau telah mengambil langkah-langkah untuk
menyekat kepentingan orang asing terutamanya orang Cina. Sejak tahun 1932, kemasukan
orang Cina dan India dihadkan. Parti-parti yang dianggotai oleh orang Cina iaitu Parti
Kuomintang dan PKM diharamkan. Dalam persidangan Raja-raja di Seri Menanti pada
tahun 1931, Cecil Clementi mengemukakan cadangan-cadangan ke arah melaksanakan
desentralisasi. Cadangannya ialah:
a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibubarkan dan ditubuhkan sebuah Kesatuan Tanah
Melayu yang merangkumi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
b. Semua jabatan dipindahkan kepada pentadbiran negeri, kecuali jabatan kastam,
pertahanan, kewangan, pos, telegraf, polis dan keretapi.
c. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar menjadi Setiausaha Persekutuan yang tarafnya lebih
rendah dari Residen.
Cadangan Cecil Clementi bertujuan untuk mengurangkan kuasa kerajaan pusat.
Selain itu, ialah untuk mewujudkan satu gabungan politik yang lebih besar merangkumi
All The Best
semua negeri di Tanah Melayu. Cadangan Cecil Clementi disokong oleh Negeri-negeri
Melayu Bersekutu tetapi ditentang oleh Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan
golongan peniaga serta Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak
mahu menyertai kesatuan politik kerana bimbang akan kehilangan kuasa seperti Sultan-
sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Golongan peniaga dan Negeri-negeri Selat
menetang kerana langkah tersebut menjejaskan taraf pelabuhan bebas Negeri-negeri Selat.
Akibat bantahan Negeri-negeri Selat, Kerajaan British telah menghantar Setiausaha
Pejabat Tanah Jajahan iaitu Samuel Wilson untuk mengkaji dan melaporkan langkah-
langkah yang boleh diambil ke arah melaksanakan desentralisasi. Beliau tiba di Tanah
Melayu pada 1932 dan mengemukakan cadangannya pada tahun 1933. Cadangan-
cadangannya ialah:
a. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar menjadi Setiausaha Persekutuan yang tarafnya lebih
rendah dari Residen.
b. Gabenor Negeri-negeri Selat menjadi Pesuruhjaya Tinggi 9 buah negeri Tanah Melayu.
c. Ketua jabatan negeri akan diwujudkan.
d. Jabatan negeri tertakluk di bawah arahan jabatan persekutuan.
e. Semua jabatan dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri kecuali jabatan kastam,
kewangan, pertahanan, polis, pos, telegram dan keretapi.
f. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa menggubal undang-undang negeri tersebut.
g. Fungsi Majlis Mesyuarat Negeri-negeri Selat diteruskan bagi menguruskan hal-ehwal
Negeri-negeri Selat.
h. Fungsi Majlis Mesyuarat Persekutuan diteruskan dengan beberapa pindaan.
i. Kenaikan pangkat bagi orang Melayu dipercepatkan.
j. Wakil orang bukan Melayu akan dilantik.

Kesimpulan
Cadangan Samuel Wilson mula dilaksanakan pada tahun 1934. Pada tahun 1934, jawatan Ketua
Setiausaha ditukar menjadi Setiausaha Persekutuan. Menjelang tahun 1939, beberapa jabatan
telah dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, usaha untuk
melaksanakan desentralisasi terganggu akibat dari serangan Jepun ke atas Tanah Melayu mulai 8
Disember 1941.

Perubahan Pentadbiran di Sabah dan Sarawak

Sarawak
1. 1841-1946
Dalam tempoh masa ini, Sarawak adalah dibawah pemerintahan Raja Putih yang
mengamalkan pemerintahan monarki. Raja adalah berkuasa mutlak (absolutisme). Walau
bagaimanapun, sistem pemerintahan tradisional masih diteruskan. Raja Putih bekerja rapat
dan mempunyai hubungan baik dengan pembesar tempatan. James Brooke melantik
pembesar tempatan menjadi penasihat kanan dalam pentadbirannya, contohnya Dato’
Patinggi, Dato’ Temenggung, Dato’ Bandar dan Dato’ Imam.
James Brooke telah menubuhkan Majlis Tertinggi pada tahun 1855. Tujuan Majlis ini
adalah untuk membuat semua dasar pentadbiran Sarawak. Ia dianggotai oleh pembesar
tempatan yang terkemuka.

All The Best


Pada tahun 1868, Charles Brooke telah menubuhkan Majlis Negeri. Majlis ini meberi
peluang kepada pegawai dan pembesar dari kawasan baru untuk menyuarakan masalah
mereka. Ahlinya terdiri daripada anggota Majlis Tertinggi, pegawai kanan Eropah dan
Melayu serta ketua-ketua kaum Iban. Mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya 3 tahun
sekali. Majlis ini akan membincangkan perkara penting dan dasar kerajaan. Ia juga berhak
membuat undang-undang, manasihati raja dan kerajaannya. Majlis ini mengadakan sidang
pertamanya di Sibu pada tahun 1867.
Pada tahun 1868, Sarawak telah dibahagikan kepada 5 bahagian. Setiap bahagian ini
diketuai oleh seorang Residen dan dibantu oleh seorang Penolong Residen yang berbangsa
Eropah serta pegawai tempatan yang bergelar Pegawai Anak Negeri (dilantik dari kalangan
pembesar). Pegawai Anak Negeri bertugas untuk menasihati Residen, mengutip cukai dan
mengetuai ekspedisi tentera. Setiap bahagian juga mempunyai majlisnya yang sendiri yang
dipengerusikan oleh Residen dan ketua-ketua pribumi serta pegawai Eropah.
Di peringkat kampung, ketua penduduk mengekalkan peraturan, menyelesaikan
pergaduhan dan memungut cukai.
Pada tahun 1941, Vyner Brooke membentuk satu perlembagaan bagi Sarawak dan
berjanji memberi kemerdekaan kepada Sarawak. Mengikut perlembagaan ini, kuasa mutlak
Vyner Brooke diserah kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri. Majlis Tertinggi terdiri
daripada 5 orang ahli manakala Majlis Negeri terdiri daripada 25 orang ahli iaitu 14 orang
ahli rasmi dilantik daripada pegawai perkhidmatan awam Sarawak dan 11 orang ahli tidak
rasmi dilantik oleh Raja Brooke bagi menjaga kepentingan penduduk Sarawak.
2. 1946-1963
Pada 1 Julai 1946, Sarawak menjadi tanah jajahan British. Perlembagaan 1941 dikekalkan
selama 10 tahun yang pertama. Pada tahun 1948, Majlis Tempatan ditubuhkan untuk
memberi latihan kepada penduduk pribumi dalam pemerintahan. Majlis Tempatan berkuasa
menguruskan pelajaran, kesihatan, bekalan air/elektrik, jalan raya dan pungutan cukai. Pada
tahun 1956, perlembagaan baru diluluskan. Pada 1 April 1957, perlembagaan baru
dikuatkuasakan. Mengikut perlembagaan 1956, Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri terus
wujud untuk membantu Gabenor Sarawak. Ahli Majlis Tertinggi sebanyak 10 orang dan
Majlis Negeri 44 orang yang terdiri daripada 22 dipilih oleh rakyat secara tidak langsung
dari Majlis Daerah ke Majlis Penasihat Bahagian dan akhirnya ke Majlis Negeri. Majlis
Tempatan pula diubah menjadi Majlis Daerah.

Sabah
1. 1881-1946
Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) menggabungkan institusi pentadbiran British
dengan institusi-institusi tempatan dalam pentadbiran awam Sabah. Pentadbiran Sabah
diketuai oleh seorang Gabenor (dilantik oleh KBBU atas persetujuan British). W.H. Treacher
Gabenor pertama. Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat yang terdiri daripada pegawai-
pegawai kanan kompeni (Setiausaha Kerajaan, Bendahari, Ketua Pasukan Keselamatan).
Sabah dibahagikan kepada 4 Residensi iaitu Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan Pedalaman
yang diketuai oleh Residen. Setiap Residensi dibahagikan kepada 7 daerah yang diketuai
oleh Pegawai Daerah (orang Eropah) dan dibantu oleh Ketua Anak Negeri. Tugas Pegawai
Daerah ialah menjalankan tugas-tugas menjaga keamanan, mengendalikan keadilan,
mengutip cukai, membahagi tanah dan menguruskan hal pertanian. Pada tahun 1915, Majlis
Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri ditubuhkan. Ia berfungsi sebagai orang tengah di antara
kerajaan dengan rakyat tempatan. Di peringkat kampung, ketua kampung digelar orang Tua
dan tugasnya ialah menjaga hal pentadbiran kampung. Mahkamah Anak Negeri pula
All The Best
diwujudkan secara tradisional di kalangan penduduk pribumi Sabah. Ia diketuai oleh Ketua
Anak Negeri yang berfungsi sebagai hakim tempatan. Mahkamah ini membicarakan kes-kes
yang berhubung dengan hokum adat dan syariah. Pada tahun 1912, Majlis Mesyuarat
Undangan menggantikan Majlis Penasihat. Majlis ini ditubuhkan bagi memperoleh
pandangan berbagai-bagai kaum dalam penggubalan undang-undang. Majlis ini mempunyai
7 orang ahli rasmi, 4 orang ahli tak rasmi (wakil kaum Cina, kaum peladang di Pantai Timur
dan Pantai Barat).
2. 1946-1963
Pada 15 Julai 1946, Sabah diserahkan kepada Kerajaan British. Sebab penyerahan ini ialah
KBBU tidak mempunyai keupayaan dan sumber kewangan yang mencukupi untuk membina
semula Sabah yang mengalami kerosakan teruk semasa Perang Dunia Kedua. Sabah
dieprintah oleh Gabenor dengan bantuan sebush Majlis Penasihat. Pada 17 Oktober 1950,
perlembagaan baru diperkenalkan. Mengikut perlembagaan ini, Gabenor dibantu oleh Majlis
Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Undangan. Majlis Eksekutif mempunyai 9 orang ahli yang
bertugas untuk menasihatkan Gabenor atas hal-hal pentadbiran dan dasar kerajaan yang
penting. Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai 22 orang ahli di mana 4 orang ahli terdiri
daripada penduduk tempatan. Ahli-ahlinya mesti dilantik oleh Gabenor. Pada tahun 1952,
Majlis Tempatan yang pertama diasaskan di Daerah Kota Belud, kemudian Sipitang (Januari
1955) dan Papar (1956). Tujuan Majlis Tempatan ialah memberi peluang kepada penduduk
tempatan mengambil bahagian dalam pemtadbiran kawasan masing-masing. Majlis
Tempatan juga bertanggungjawab dalam hal-ehwal kewangan, pendidikan, kesihatan,
bekalan air/elektrik, pertanian dan penternakan. Majlis Tempatan ditukar nama kepada
Majlis Daerah kemudian. Pada tahun 1960, perlembagaan digubal semula. Ahli Majlis
Eksekutif menjadi 12 orang ahli dan Majlis Mesyuarat Undangan menjadi 25 orang ahli.

Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah


Melayu

Pengenalan
Perusahaan bijih timah dijalankan oleh orang-orang Melayu berabad-abad lamanya sebelum abad
ke-19 dan dipercayai sejak abad ke-9, perusahaan ini dijalankan secara kecil-kecilan sebagai
pekerjaan sambilan dengan menggunakan teknologi kuno terutamanya mendulang. Orang-orang
Melayu menguasai perusahaan bijih timah sehingga tahun 1830. Sejak tahun 1840, pembesar-
pembesar Melayu seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim (Larut), Dato’ Kelana (Sungai Ujong),
Raja Abdullah (Kelang) dan lain-lain telah membawa masuk orang-orang Cina dari Negeri-
negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah mereka. Sejak itu, perusahaan bijih
timah dikuasai oleh orang-orang Cina. Serentak dengan penglibatan orang-orang Cina, berlaku
perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

Faktor-faktor perkembangan perusahaan bijih timah


1. Revolusi perusahaan
Perkembangan Revolusi Perusahaan sejak awal abad ke-19 telah menyebabkan permintaan
bijih timah oleh industri-industri di Eropah dan Amerika Syarikat meningkat lebih-lebih lagi
selepas terciptanya teknologi mengetin makanan oleh Peter Durar dan Nicholas Appot pada
tahun 1810. Permintaan bijih timah juga meningkat akibat dari berlakunya Perang Saudara
All The Best
Amerika pada tahun 1860-an di mana bijih timah diperlukan untuk mengetin makanan
tentera yang terlibat dalam peperangan. Permintaan yang bertambah menyebabkan harga
bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 pence pada tahun 1872. Harga yang
meningkat telah menggalakkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Permintaan
terhadap bijih timah juga meningkat kerana bijih timah mempunyai kualiti-kualiti tertentu
yang tidak terdapat pada logam-logam lain. Apabila bijih timah dicampurkan dengan logam
lain, ianya akan menambahkan kegunaan logam tersebut.
2. Campur tangan British
Campur tangn British dan perlaksanaan Sistem Residen sejak tahun 1874 di negeri-negeri
yang kaya dengan bijih timah seperti Perak dan Selangor telah menamatkan kekacauan
seperti pergaduhan di antara pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina, lanun dan
sebagainya. Keamanan dan peraturan yang wujud serta kestabilan politik telah
membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dijalankan tanpa gangguan. Selain itu,
keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur sama ada dari Tanah Melayu atau seberang laut
untuk menambah modal dalam perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.
3. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dalam Undang-
undang Tanah, cukai dan sebagainya di negeri-negeri tersebut. Keseragaman dan kecekapan
dalam pentadbiran, keamanan serta kestabilan akibat penubuhan persekutuan telah
membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan dengan lebih giat.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah menarik ramai pelabur terutama dari
Eropah untuk menanam modal di Tanah Melayu.
4. Sistem perhubungan
Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan keretapi telah memudahkan pengangkutan
bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan utama untuk dieksport. Jalan keretapi
pertama dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld, 1886
Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Port Dickson – Seremban, 1893 Ipoh – Teluk Anson.
Menjelang 1903, terdapat jalan keretapi menghubungkan Perai ke Seremban dan
disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909. Pada tahun 1911, sudah terdapat jalan raya
dari Perai ke Singpura.
5. Penubuhan bandar
Penubuhan bandar-bandar di kawasan perlombongan bijih timah telah menyediakan
pelbagai kemudahan seperti pejabat kerajaan, klinik, sekolah dan sebagainya. Kemudahan-
kemudahan ini telah memberi kebaikan kepada penduduk di kawasan yang terlibat/terdiri
dari perlombongan. Sebagai contoh, kemudahan kesihatan yang disediakan dapat menjamin
kesihatan pekerja-pekerja dan membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dapat
dijalankan tanpa gangguan.
6. Kilang pelebur
Pada tahun 1890-an, kilang pelebur telah didirikan di Pulau Pinang dan Singapura.
Pembinaan kilang pelebur ini menyebabkan bijih timah tidak perlu dihantar ke Eropah untuk
dileburkan. Bijih timah dapat dilebur di Tanah Melayu dan dieksport ke Eropah dan Amerika
dalam bentuk jongkong.
7. Kapal korek
Pengenalan kapal korek sejak 1912 telah memberi sumbangan dalam perusahaan bijih timah
di Tanah Melayu. Penggunaan kapal korek telah menambahkan pengeluaran bijih timah
kerana kapal korek dapat digunakan di kawasan di mana teknik-teknik lain tidak dapat
digunakan terutama kawasan berpaya. Oleh sebab harganya mahal, pada peringkat awal,
All The Best
hanya mempu dimiliki oleh pemodal Eropah. Kapal korek yang pertama digunakan dengan
jayanya pada tahun 1912 oleh Malayan Tin Trading, Batu Gajah (Perak). Menjelang tahun
1929 terdapat 105 buah kapal korek di Tanah Melayu.
8. Dasar British yang liberal
Dasar British yang liberal terhadap kemasukan imigran-imigran juga memberi sumbangan
terhadap perusahaan bijih timah. British bukan sahaja tidak menyekat kemasukan imigran
malah menggalakkan lagi kedatangan mereka. Buktinya, British telah menandatangani
perjanjian dengan pemilik kapal dan saudagar-saudagar Cina di mana British akan memberi
subsidi sebanyak $5 terhadap tiap-tiap imigran Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu.
Untuk menggalakkan kedatangan orang Cina, British menyediakan pelbagai kemudahan.
Pada tahun 1877, Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina telah ditubuhkan bagi mengurus
hal-ehwal orang Cina terutamanya yang berkaitan dengan kemasukan, pekerjaan,
perlindungan dan sebagainya. Untuk mendapat keyakinan orang Cina, Jabatan Perlindungan
Orang-orang Cina diketuai oleh W.A. Pickering yang dapat bertutur dalam 4 jenis dialek
Cina.
9. Bantuan modal
Pelombong-pelombong Cina bukan sahaja mendapat bantuan modal daripada saudagar
Negeri-negeri Selat, tetapi juga dari pihak British. Sebagai contoh, pada tahun 1883, Frank
Swettenham telah memberi pinjaman sebanyak $52 ribu kepada pelombong Cina di
Selangor dan pada tahun 1890, Maxwell telah memberi pinjaman sebanyak $57 ribu kepada
pelombong Cina di Perak.
10. Sistem ekonomi orang Cina
Perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu berkait rapat dengan kejayaan orang
Cina yang berpunca dengan sistem ekonomi mereka. Dalam sistem ekonomi orang Cina
terdapat 4 aspek penting yang memberi sumbangan kepada perkembangan perusahaan bijih
timah, iaitu tenaga buruh, teknik peleburan, modal dan pengusaha. Tenaga buruh didapati
dengan mudah dan murah hasil daripada usaha-usaha mereka untuk membawa imigran-
imigran Cina dari Selatan Cina terutama dari Kwantung, Kwangsi, Fukkien. Terdapat di
antara buruh-buruh ini yang sudah mempunyai pengalaman dalam kegiatan perlombongan
di negeri mereka. Merekalah yang kemudiannya menjadi tenaga mahir dan separuh mahir
dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Orang-orang Cina juga telah
memperkenalkan teknik-teknik melombong yang lebih baik dari orang Melayu. Antara
teknik-teknik tersebut ialah lombong dedah, enjin wap, pam berantai dan lain-lain. Orang-
orang Cina juga telah memperkenalkan teknik roda air yang dapat mengelakkan banjir di
kawasan perlombongan. Saudagar-saudagar Cina di Negeri-negeri Selat pula telah memberi
sumbangan modal bagi menjalankan perusahaan bijih timah di Negeri-negeri Melayu. Selain
itu, terdapat pengusaha-pengusaha yang berkebolehan dalam menjalankan perlombongan
bijih timah di Tanah Melayu.

Kemelesetan Ekonomi 1920-an-1930-an ke Atas


Perlombongan Bijih Timah

Pengenalan
Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua di Tanah Melayu. Sehingga tahun
1820, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan orang Melayu. Lombong-lombong bijih
All The Best
timah dikuasai oleh raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu. Perlombongan bijih timah
dianggap sebagai kerja sambilan oleh orang Melayu. Mulai 1820-an, orang Cina mula
melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah. Mulai pertengahan abad ke-19, pelombong
Cina telah mengambil alih perusahaan ini daripada orang Melayu dan perusahaan ini telah
berkembang dengan pesat. Selaras dengan Revolusi perusahaan di Barat, permintaan terhadap
bijih timah amat tinggi. Pada 1920-an, berlaku kemelesetan ekonomi di seluruh dunia. Akibatnya
perkembangan perusahaan ini mulai menjadi lembap dan harga bijih timah telah jatuh dengan
teruk.

Kemelesetan perusahaan bijih timah semasa 1929-1932


Pada zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929-1932, perusahaan bijih timah telah
terjejas. Harga bijih timah telah menjunam ke paras yang rendah akibat kekurangan permintaan
di pasaran Eropah. Harganya merosot dari $2414 setan pada tahun 1926 kepada $1020 setan
pada tahun 1931.
Kemerosotan harga telah mengakibatkan pengangguran di kalangan pelombong-
pelombong. Akibatnya, kerajaan telah menghantar pulang ramai pekerja ke negeri Cina.
Misalnya, pada tahun 1931, kira-kira 10000 orang pekerja lombong dari Perak dihantar pulang
ke negara China. Ramai lagi pulang secara sukarela. Banyak lombong bijih timah terpaksa
ditutup. Oleh sebab itu, Kerajaan Tanah Melayu telah mengambil beberapa langkah untuk
mengawal pengeluaran bijih timah. Sebagai contoh, pada tahun 1929, kerajaan tidak melayan
permohonan baru bagi membuka lombong bijih timah baru dan menghadkan pengeluaran bijih
timah atas dasar sukarela.
Walau bagaimanapun, langkah-langkah tersebut tidak berkesan. Sebagai pengeluar bijih
timah yang terbesar di dunia, Kerajaan Inggeris mencadangkan satu skim untuk mengawal harga
dan pengeluaran bijih timah. Skim ini dipersetujui oleh negara-negara pengeluar bijih timah
termasuk Bolivia, Nigeria dan Indonesia dan dilaksanakan menerusi Perjanjian Bijih Timah
Antarabangsa yang ditandatangani buat pertama kali pada tahun 1931 dan kemudian pada tahun-
tahun 1934 dan 1937. Menurut perjanjian ini negara pengeluar ditetapkan kuota pengeluarannya.
Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ini telah berjaya mengukuhkan harga bijih timah.

Perusahaan bijih timah semasa dan selepas Perang Dunia


Kedua
Perusahaan bijih timah semakin merosot pada zaman pendudukan Jepun (1942-1945).
Perusahaan ini merosot adalah disebabkan oleh:
a. Inggeris memusnahkan lombong bijih timah dan peralatan lain seperti kapal korek sebelum
berundur ke Singapura.
b. Eksport bijih timah ke pasaran dunia telah terganggu kerana hubungan dengan dunia luar
telah putus.
c. Permintaan bijih timah juga telah merosot kerana negara-negara perindustrian terlibat dalam
Perang Dunia Kedua.
d. Jepun telah menyekat pengeluaran dan pengeksportan bijih timah dengan memusnahkan
lombong-lombong dan peralatan melombong.
Peristiwa kemerosotan pengeluaran bijih timah amat ketara pada tahun 1945. Pengeluaran bijih
timah pada tahun 1941 ialah 79000 tan tetapi telah merosot kepada 3000 tan pada tahun 1945.
Keadaan perusahaan bijih timah telah berubah selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
Sejak tahun 1946, harga bijih timah turun naik akibat permintaan yang tetap di seluruh dunia.
Oleh itu, pengeluar-pengeluar bijih timah utama telah menandatangani Perjanjian Timah

All The Best


Antarabangsa pada tahun 1956. Perjanjian ini bertujuan menghadkan pengeluaran dan
menstabilkan harga bijih timah.

Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu

Pengenalan
Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya,

tanaman yang popular ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876,

Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry

Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih

benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih

benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British terutamanya ke

Sri Lanka, dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih dibawa ke Singapura

dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di perkarangan rumah Sir Hugh Low

(Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley yang menjadi Pengarah Taman

Botanical Singapura sejak 1888 memainkan peranan penting terhadap

perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan

penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah Melayu menanam getah. Pada

mulanya, galakan beliau tidak mendapat sambutan tetapi menjelang abad ke-20,

tanaman getah mula diminati oleh orang ramai. Berikut ialah jadual perangkaan

penanaman getah di Tanah Melayu:

All The Best


Tahun Keluasan Tanah (ekar)

1897 345

1900 46000

1905 48000

1906 85000

1909 200000

1911 1000000

1914 1500000

1918 2500000

1940 3500000

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah


1. Permintaan

Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan


industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop
berjaya mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta
di Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta
Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8
juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain
seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain.
Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada
tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun
1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun
1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga
sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah.

2. Kejatuhan harga kopi

Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di
Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil
dan juga pengeluaran berkurangan disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu
“Beehawk”. Harga kopi $45 sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada
tahun 1899. Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada
tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah
menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah.
3. Tenaga buruh

All The Best


Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan
mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India
terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan
kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun
1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan
orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan
penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah
Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh
bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah
Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan
Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-
ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap
perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat
British yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi.
4. Campur tangan British

Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874
menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara
pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan
politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi jaminan keselamatan
terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan
perusahaan getah di Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur
untuk menanam modal.
5. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor,


Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam
pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem cukai yang seragam antara negeri-
negeri itu diperkenalkan. Keseragaman pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik
serta keamanan dan ini telah memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk
memperkembangkan perusahaan ini.
6. Sistem perhubungan

Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan pengangkutan
getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk dieksport. Menjelang tahun
1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama
dibuka pada tahun 1885 yang menghubungkan antara Taiping – Port Weld, 1886 Kuala
Lumpur – Kelang, 1891 Seremban – Port Dickson, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang
tahun 1903 sudah terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke
Johor Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura.
7. Sistem pengukuran tanah

Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan
merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram membolehkan para
pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa
merisaukan peristiwa huru-hara berlaku.
8. Iklim dan tanah

All The Best


Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan yang
dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di Tanah Melayu.
Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu.
9. Undang-undang Tanah

Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing


memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya
membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak
kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada
tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk
tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang
ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10 tahun pertama.
Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ seekar
setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi
tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk
getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah
untuk tanaman getah diberi hak milik kekal.

10. Peranan H.N. Ridley

H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888
bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah
menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah
sehingga digelar “Ridley Getah” atau “Ridley Gila”. Pada peringkat awalnya saranan beliau
tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah
menanam getah. Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy
Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah
menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh
Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai
“Tulang Ikan Herring” yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran
susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu
membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke
tempat yang jauh.
11. Penyelidikan

Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899 sebanyak $4
ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah
ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada tahun 1926, pusat penyelidikan getah
(RRI) ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik
menanam, penggunaan baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah
dan lain-lain.
12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor

Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914) juga
memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negeri-negeri tersebut
sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
13. Dasar ekonomi bebas

All The Best


Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British telah menarik
ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah.
14. Firma Eropah

Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kekuatan
modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada tahun 1910, sebanyak
142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan
Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan sebagainya.

Sumbangan perusahaan getah


1. Ekonomi

Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan Semenanjung tanah
Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi melalui cukai ke atas eksport
getah. Hasil daripada perusahaan getah telah membolehkan kerajaan memodenkan
Semenanjung Tanah Melayu.
Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk dengan membekalkan
pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.
2. Sosial
a. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan
getah dengan pelabuhan.

b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk


Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang
buatan getah telah didirikan.

c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan


Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini
telah menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan
tambahan dalam bilangan penduduk yang pesat.

Kesimpulan
Walaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918,
tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920, harga
getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British terpaksa
melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi menghadkan
pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan Rancangan Pembatasan
Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat kepada $2 sepaun (1925).
Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan dibatalkan pada tahun 1928 kerana
hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia yang mengeluarkan 24% getah dunia
tidak menyertainya. Kegagalan rancangan ini menyebabkan kejatuhan harga getah
pada tahun 1931, harga getah hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada
tahun 1934, negara-negara pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan

All The Best


Pembatasan Getah Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada
40 sen sepaun pada tahun 1937.

Kemelesetan Ekonomi 1920-an-1930-an ke Atas


Perusahaan Getah

Pengenalan
Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan menjadi tanaman
yang popular sejak awal abad ke-20. Getah melalui zaman mewah antara tahun
1906 hingga tahun 1918 apabila harga meningkat kepada $5 sepaun. Pada tahun
1920-1930, berlaku kejatuhan harga getah di mana pada tahun 1920 harga getah
hanya 20 sen sepaun dan 1931-1932 herganya hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun.
Kenaikan harga getah antara tahun 1906-1918 telah menggalakkan penanaman
getah bukan sahaja di Tanah Melayu tetapi juga di negeri-negeri lain seperti
Indonesia, Thailand, Indo-China dan sebagainya. Perang Dunia Pertama antara
tahun 1914 hingga 1918 menyebabkan getah tidak dapat dieksport ke Eropah dan
Amerika kerana kekurangan kapal dan masalah peperangan. Akibatnya terdapat
banyak simpanan getah di negara-negara pengeluar getah. Keadaan semakin
runcing apabila Amerika yang menjadi pengimport utama telah mengurangkan
pengeluaran kereta sejak tahun 1920 lagi bagi menumpukan perhatian dalam
industri mengeluarkan perkakas perang. Kemelesetan ekonomi 1920-1930 telah
memberi kesan ke atas perusahaan getah di Tanah Melayu.

Kemelesetan perusahaan getah semasa 1920-an-1930-an


Tahun-tahun 1920-an
Pada tahun 1920-an, peladang dan pekebun getah menghadapi kehidupan
perit terutamanya semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan beberapa tahun
selepas tamatnya peperangan itu. Hal ini kerana harga getah telah jatuh ke paras
yang paling rendah. Sebab-sebab harga getah merosot:

a. Amerika yang menggunakan kira-kira 77% daripada pengeluaran getah dunia


telah mengurangkan penggunaan getah kerana perusahaan keretanya dihadkan
demi menumpukan perhatian kepada pengeluaran alat-alat kelengkapan
perang.

b. Kekurangan pengangkutan perkapalan semasa peperangan telah menjejaskan


eksport getah ke Amerika Syarikat dan Eropah.

All The Best


c. Walaupun begitu, pengeluaran getah di Tanah Melayu tidak berhenti. Pokok-
pokok getah yang ditanam sebelum Perang Dunia Pertama mulai mengeluarkan
hasil.

d. Apabila peperangan tamat, pengeluaran getah menjadi terlalu banyak,


manakala permintaan bagi getah amat terhad.

e. Ini menyebabkan harga getah jatuh dengan teruknya sedangkan kos


pengeluarannya masih tinggi. Harga getah menjunam jatuh dari $5.50 sepaun
kepada 85 sen pada tahun 1918 dan seterusnya kepada 20 sen pada tahun
1922. Pada masa itu, kos pengeluaran getah adalah 40-50sen sepaun.

Kemelesetan perusahaan getah membimbangkan Kerajaan Inggeris kerana masalah

ini memburukan lagi masalah kewangan kerajaan yang terpaksa membayar balik

hutang peperangan kepada Amerika Syarikat yang telah membantunya dalam

peperangan itu. Oleh itu, Kerajaan Inggeris telah mengambil langkah yang tegas

untuk mengawal kemerosotan harga dan lebihan pengeluaran getah.

Tahun-tahun 1930-an
Zaman kemelesetan ekonomi dunia berlaku sekali lagi pada awal tahun
1930-an. Keadaan perusahaan getah di Tanah Melayu ibarat “sudah jatuh ditimpa
tangga”.

Pada awal tahun 1932, harga getah jatuh kepada 7 sen sepaun dan pada
bulan Jun 1932 pula, getah mencatatkan harga yang paling rendah iaitu 5 sen
sepaun. Kemelesetan ekonomi dunia telah mengurangkan permintaan terhadap
getah di kalangan negara-negara pengimport getah sementara pengeluaran getah
yang semakin bertambah dan simpanan yang bertimbun di kalangan negara-negara
pengeluar.

Punca utama pengurangan permintaan dunia terhadap getah ialah


berkurangnya penggunaan getah di Amerika Syarikat akibat kemerosotan
perusahaan keretanya. Amerika Syarikat mengeluarkan hampir 90% daripada
jumlah keluaran kereta dunia dan menggunakan 75-80% daripada pengeluaran
getah dunia. Akibat kemelesetan ekonomi dunia, keluaran keretanya telah merosot
daripada 5 juta unit kepada 1 juta unit pada tahun 1929. Oleh itu, perusahaan tayar
kereta turut menurun dari 77 juta unit pada tahun 1928 kepada 4 juta unit pada
tahun 1932.

Kejatuhan harga getah telah membimbangkan negara-negara pengeluar


terutamanya Kerajaan Inggeris. Hal ini menyebabkan negara-negara pengeluar
dunia bersetuju untuk mengadakan perundingan bagi mengatasi masalah tersebut.
Hasil daripada perundingan itu, negara-negara pengeluar getah dunia

All The Best


menandatangani Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada bulan Mei 1934.
Rancangan ini dianggotai oleh hampir semua pengeluar getah dunia termasuk
Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Thailand, Myanmar, Indonesia, Indo-China Sri Lanka
dan India. Negara-negara tersebut mengeluarkan kira-kira 98.7% daripada jumlah
pengeluaran getah dunia pada tahun 1934.

Rancangan Sekatan Stevenson (1922-1928)


Pada tahun 1921, jawatankuasa Stevenson telah ditubuhkan oleh Kerajaan British
untuk mengkaji langkah-langkah mengawal kemerosotan perusahaan getah. Pada
tahun 1922, Rancangan Sekatan Stevenson dimulakan hasil daripada kaji selidik
jawatankuasa ini.

Mengikut rancangan ini, pengeluaran getah dihadkan kepada lebih kurang


60% sahaja daripada jumlah pengeluaran tahun 1920. Bagi menjayakan rancangan
ini, Tanah Melayu mengurangkan pengeluarannya daripada 50% kepada 38%.
Hasilnya pada tahun 1925, harga getah meningkat kepada $2 sepaun.

Sungguhpun begitu, rancangan ini tetap gagal kerana pengeluaran getah


dari negara lain tidak dapat dikawal. Indonesia telah menambahkan
pengeluarannya dari 24% kepada 38%. Syarikat-syarikat Amerika telah membuka
ladang getah baru seperti Syarikat Ford di Brazil dan Syarikat Firestone di Liberia.

Rancangan ini ditamatkan pada tahun 1928.

Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa (1934-1943)


Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa telah dimulakan pada tahun 1934 yang
bertujuan mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga getah. Negara-negara
yang menjadi anggota ialah Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak, Sri Lanka, India,
Myanmar, Indo-China, Indonesia dan Thailand. Negara-negara ini mengeluarkan
98.7% daripada jumlah pengeluaran getah sedunia.

Kuota eksport telah ditetapkan untuk setiap anggota tersebut. Penanaman


baru dan penanaman semula tidak digalakkan. Atas usaha ini, harga getah telah
meningkat daripada 30 sen sepaun pada tahun 1935 kepada 43 sen sepaun pada
tahun 1937 dan seterusnya menjadi stabil.

Rancangan ini berjaya menstabilkan harga getah kerana:

a. Hampir semua negara pengeluar getah sedunia telah menganggotai dan


mematuhi peraturan-peraturan rancangan tersebut.

b. Kemelesetan ekonomi dunia telah berakhir menjelang pertengahan tahun-


tahun 1930-an dan permintaan getah dunia semakin bertambah.

All The Best


c. Ekonomi Amerika Syarikat berkembang dengan pesat dan kemajuan dalam
industri automibil menambahkan penggunaan getah kepada 80% daripada
pengeluaran getah dunia.

Perusahaan getah semasa dan selepas Perang Dunia Kedua


Semasa pendudukan Jepun (1942-1945) di Tanah Melayu, pengeluaran getah

hampir terhanti sama sekali. Hubungan perdagangan Tanah Melayu dengan

pasarannya di Amerika Syarikat dan Eropah terputus. Banyak ladang getah telah

dimusnahkan oleh pihak British semasa mereka berundur supaya orang Jepun tidak

mendapat hasil getah. Ada di antara ladang-ladang yang telah terbiar. Pihak Jepun

pula telah melancarkan gerakan memusnahkan pokok getah dan menggantikannya

dengan tanaman makanan.

Semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menghadapi masalah

kekurangan getah apabila Asia Tenggara diserang oleh Jepun. Untuk mengatasi

masalah ini, Amerika Syarikat telah mengeluarkan getah tiruan. Selepas

peperangan, getah tiruan memberi persaingan kepada getah asli sebab

penggunaannya telah diperkenalkan ke semua negeri perindustrian. Pada tahun

1955, penggunaan getah tiruan telah menjadi 1/3 penggunaan getah di dunia.

Getah asli dari Tanah Melayu masih diperlukan kerana ia mempunyai

keistimewaan sendiri yang tidak boleh diatasi oleh getah tiruan.

Kesan kemelesetan perusahaan getah 1920-an-1930-an

1. Kesan umum

Kejatuhan harga getah bukan sahaja dirasai oleh pemilik ladang getah tetapi

juga orang ramai. Ramai pekerja ladang telah diberhentikan dan menyebabkan

berlakunya pengangguran. Sebahagian daripada mereka terutamanya orang

All The Best


India telah dihantar pulang ke India atas perbelanjaan kerajaan. Kejatuhan

harga getah telah menyebabkan pemilik ladang tidak dapat menjelaskan

hutang mereka kepada ceti. Akibatnya banyak ladang getah jatuh ke tangan

ceti. Sebagai contoh, pada tahun 1922, berpuluh-puluh ekar ladang getah telah

dirampas oleh ceti kerana kegagalan pemilik-pemilik menjelaskan hutang.

Sebelum itu, British juga terpaksa menjelaskan hutangnya kepada Amerika

yang telah membantu British dalam Perang Dunia Pertama. Keadaan ini juga

tentu akan membahayakan kedudukan mata wang sterling.

Tindakan memberhentikan pekerja ladang menyebabkan berlakunya

pengangguran dan kerajaan tidak mampu untuk menghantar pulang semua

pekerja ladang yang diberhentikan. Akibatnya, berlaku pelbagai kegiatan

jenayah kerana penglibatan mereka dalam kegiatan merompak, mencuri, pecah

rumah dan sebagainya. Pada tahun 1930, terdapat 9000 kes yang dilaporkan

tetapi pada tahun 1931, terdapat 10500 kes yang dilaporkan. Kejatuhan harga

getah telah menyebabkan pekebun kecil mengambil sikap yang negatif. Mereka

tidak sanggup menanam semula getah kerana mengambil masa 7-8 tahun

untuk mendapatkan hasil dan pada masa yang sama, harga getah masih

rendah. Akibatnya, ramai pekebun kecil telah beralik kepada kegiatan ekonomi

lain seperti menanam padi, nelayan dan sebagainya. Tindakan pekebun kecil ini

telah menyebabkan kemerosotan pengeluaran getah pekebun-pekebun kecil.

Sebagai contoh, pada tahun 1934, pekebun kecil mengeluarkan 48% getah

Tanah Melayu dan ladang mengeluarkan 52%. Tetapi pada tahun 1942, keluaran

pekebun kecil menjadi 39% dan ladang 61%

2. Pusat Penyelidikan Getah (RRI)

All The Best


Kejatuhan harga getah menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk

menjalankan penyelidikan bagi membaiki mutu getah. Untuk tujuan tersebut,

Pusat Penyelidikan Getah (RRI) telah ditubuhkan pada tahun 1926 di Sungai

Buloh, Selangor dan Kota Tinggi, Johor. RRI bertujuan untuk menjalankan

penyelidikan bagi mencari cara-cara yang lebih baik bagi menanam getah,

penggunaan getah, cara memproses susu getah dan sebagainya. RRI

kemudiannya memberi sumbangan penting dalam perusahaan getah di Tanah

Melayu.

3. Langkah berjimat-cermat

Kejatuhan harga getah menyebabkan pendapatan kerajaan melalui cukai

eksport ke atas getah berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan

telah menubuhkan jawatankuasa mengurangkan perbelanjaan pada Oktober

1931. Laporan Jawatankuasa tersebut menetapkan bilangan kakitangan

kerajaan serta gaji mereka dikurangkan 13%. Antara jabatan yang terlibat ialah

Jabatan Polis, Kesihatan dan Pelajaran. Tindakan mengurangkan kakitangan

kerajaan menyebabkan berlakunya pengangguran antara mereka manakala

tindakan mengurangkan gaji membebankan ekonomi mereka. Selain itu,

pembangunan awam diberhentikan 2 tahun.

4. Rang undang-undang imigran

Pada tahun 1930, kerajaan telah mengeluarkan rang undang-undang imigran

bagi menyekat imigran ke Tanah Melayu. Pada tahun 1933, rang undang-

undang orang dagang dilaksanakan bagi menyekat kemasukan mereka serta

kebolehan mereka. Rang undang-undang ini bertujuan untuk menyekat

kemasukan imigran supaya tidak berlaku pengangguran yang berleluasa di

Tanah Melayu.

All The Best


5. Mempelbagaikan tanaman

Kejatuhan harga getah menyebabkan kerajaan sedar bahayanya pergantungan

kepada satu jenis tanaman sahaja. Akibatnya penduduk Tanah Melayu mula

menanam tanaman seperti koko, nenas dan sebagainya selain dari menanam

getah. Selain itu, penduduk Tanah Melayu juga digalakkan menceburi bidang

ekonomi lain selain dari bertani.

6. Menambahkan pengeluaran makanan

Sejak 1920-an, terutamanya pada tahun 1930-an, kerajaan mula mengambil

langkah-langkah bagi menambahkan pengeluaran makanan, terutamanya padi.

Buat pertama kali, kerajaan mula mengambil langkah-langkah bagi membina

sistem pengairan, membuka tanah pertanian baru dan menggalakkan

penanaman padi 2 kali setahun. Tujuannya supaya penduduk Tanah Melayu

tidak akan mengalami kekurangan makanan sekiranya berlaku lagi kemelesetan

ekonomi seperti pada tahun 1920-an dan 1930-an.

7. Menyusun semula pentadbiran ladang

Kejatuhan harga getah menyebabkan pengusaha-pengusaha ladang

terutamanya ladang Eropah mengambil langkah menyusun semula pentadbiran

yang dianggap “Top Heavy” bagi menjimatkan perbelanjaan. Pegawai-pegawai

Eropah digantikan dengan penyelia-penyelia berbangsa Asia dan bilangan

kakitangan serta gaji mereka dikurangkan. Sebagai contoh, pada tahun 1918

terdapat 4 orang pegawai Eropah di setiap ladang, 1928 hanya tinggal 2 orang

pegawai Eropah di setiap ladang dan 1932 hanya tinggal seorang pegawai

Eropah di setiap ladang.

8. Mengurangkan gaji dan pekerja

All The Best


Kerugian yang dialami akibat dari kejatuhan harga getah telah menyebabkan

pihak pengurusan ladang mengambil langkah-langkah mengurangkan pekerja

ladang. Tindakan memberhentikan mereka menyebabkan berlakunya

pengangguran. Pada tahun 1929, terdapat 258 ribu orang pekerja tetapi pada

tahun 1932, hanya tertinggal 145 ribu orang pekerja ladang. Sebahagian

daripada mereka telah dihantar pulang ke India atas perbelanjaan kerajaan.

Antara tahun 1930-1933, 370 ribu orang telah dihantar pulang ke India. Selain

itu, gaji mereka juga dikurangkan. Pada tahun 1932, gaji pekerja ladang

ditetapkan 20 sen sehari sedangkan sebelumnya iaitu pada tahun 1929, gaji

pekerja ladang adalah antara 50-55 sen sehari.

9. Rancangan Sekatan Stevenson

10. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa

Kesimpulan

Menjelang tahun 1930-an, perusahaan getah telah berkembang sehingga menjadi

perusahaan dan sumber pendapatan eksport yang utama di Semenanjung Tanah

Melayu. Namun, perusahaan ini telah terbantut semasa pendudukan Jepun di Tanah

Melayu (1942-1945). Selepas Perang Dunia Kedua pula, getah tiruan yang

diperkenalkan oleh Amerika Syarikat telah menyaingi pasaran getah asli. Namun

masih terdapat pasaran bagi getah asli memandangkan mutunya yang lebih tinggi.

Perubahan Penduduk Akibat dari Perkembangan


Perusahaan Bijih Timah dan Getah

All The Best


Pengenalan
Pada abad ke-19, Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik tetapi
juga perubahan ekonomi yang membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan
perusahaan bijih timah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan
perkembangan perusahaan getah membawa kepada kedatangan orang India.
Kemudahan yang disediakan seperti Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina 1871,
Tabung Imigran Orang India 1907 dan sebagainya telah menggalakkan lagi
kedatangan imigran-imigran yang berpunca daripada kesusahan yang dialami di
negara mereka seperti bencana alam, pertambahan penduduk, takanan sosial,
politik dan sebagainya. Mereka dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem
seperti Sistem Buruh Bebas, Sistem Buruh Kontrak, Sistem Kangani dan sebagainya.

Perubahan-perubahan penduduk
Sebelum 1848, hampir seluruh penduduk Tanah Melayu terutamanya penduduk
Negeri-negeri Melayu terdiri daripada orang Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa petempatan kecil orang Cina di Negeri-negeri Selat, muara Seberang
Perai, Johor, muara Sungai Pahang, Kuala Terengganu manakala sebilangan orang
India lebih kecil dan mereka terdapat di Negeri-negeri Selat sebagai buruh di
ladang-ladang kopi, tebu dan sebagainya. Mengikut bancian 1839, penduduk Tanah
Melayu berjumlah 250 ribu orang. Akibat dari perkembangan perusahaan bijih timah
dan getah, telah berlaku perubahan penduduk Tanah Melayu. Penduduk Tanah
Melayu yang berjumlah 0.5 juta orang pada tahun 1870 telah meningkat kepada 3
juta orang pada tahun 1921. Pertambahan penduduk berpunca daripada
kedatangan imigran-imigran yang kebanyakannya terdiri daripada buruh-buruh dari
Selatan China terutamanya dari wilayah Kwantung, Kwangsi dan Fukkien serta dari
Selatan India terutamanya Madras.

Kedatangan orang-orang Cina secara beramai-ramai berlaku antara tahun


1840-1914 semasa perkembangan perusahaan bijih timah, manakala kedatangan
orang-orang India berlaku antara tahun 1906-1921 semasa perkembangan
perusahaan getah. Akibat dari perkembangan perusahaan bijih timah dan getah,
bilangan orang Melayu telah bertambah akibat dari kedatangan imigran Indonesia
dari Sumatera, Jawa, Kalimantan, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia. Selain itu,
bilangan orang Eropah meningkat kerana mereka terlibat dalam kedua-dua
perusahaan tersebut. Menjelang tahun 1921, 50% daripada kegiatan perlombongan
bijih timah dikuasai oleh orang-orang Eropah dan kebanyakan ladang adalah
kepunyaan mereka.

Akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah juga komposisi


penduduk mengalami perubahan. Walaupun sebelum 1848, orang Melayu menjadi
majoriti penduduk Tanah Melayu tetapi menjelang tahun 1921 bilangan imigran
hampir sama ramai dengan orang Melayu. Pada tahun 1911, 1/3 daripada penduduk

All The Best


Tanah Melayu terdiri daripada orang Cina. Mengikut bancian 1921, pecahan
penduduk Tanah Melayu adalah seperti berikut:

a. Melayu: 3,338,545

b. Cina: 1,170,551

c. India: 472,000

d. Lain-lain: 46,000

Sebelum tahun 1870, penduduk Tanah Melayu adalah penduduk yang

menetap di Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang Melayu yang dilahirkan di

Tanah Melayu dan nisbah antara lelaki dan perempuan seimbang. Menjelang tahun

1921, kira-kira ½ dari penduduk Tanah Melayu merupakan penduduk yang tinggal

tidak menetap di tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang Cina dan India yang

dilahirkan sama ada di China atau India dan nisbah antara lelaki dan perempuan

tidak seimbang kerana majoriti imigran adalah lelaki. Pada tahun 1921, hanya 21%

orang Cina dan 12% orang India yang dilahirkan di Tanah Melayu. Imigran-imigran

Cina dan India masih menumpukan taat setia kepada negara asal mereka. Bilangan

penduduk Tanah Melayu juga bergantung kepada keadaan ekonomi Tanah Melayu.

Pada zaman ekonomi mewah, penduduk Tanah Melayu telah bertambah kerana

keadaan ini menarik kedatangan imigran-imigran. Pada zaman ekonomi meleset,

penduduk Tanah Melayu berkurangan kerana kecenderungan imigran terutama

imigran India untuk pulang ke negara asal mereka.

Sebelum 1870, penduduk Tanah Melayu adalah penduduk desa kerana


petempatan orang Melayu adalah di tepi pantai, kuala sungai dan pinggir sungai.
Akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah kawasan tempat tinggal
orang Melayu telah mengalami perubahan penduduk orang Cina tinggal di
pelabuhan dan kawasan perlombongan yang kemudiaannya berkembang sebagai
bandar. Akibatnya, orang Cina menjadi penduduk bandar hingga hari ini. Manakala
orang-orang India pula tinggal di ladang getah dan sebahagian mereka tinggal di
bandar selain daripada kawasan ladang. Pekerjaan penduduk di Tanah Melayu juga
mengalami perubahan. Orang India menjadi penoreh getah, pekerja ladang dan
buruh di jabatan kerjaan terutamanya Jabatan Kerja Raya, Keretapi; orang Cina

All The Best


menjadi pelombong dan peniaga; orang Melayu menjadi penanam padi, nelayan
dan sebagainya.

Kesimpulan
Selepas tahun 1921, terdapat tanda-tanda bahawa imigran Cina dan India mahu
menetap di Tanah Melayu. Buktinya mereka mula membawa keluarga mereka ke
Tanah Melayu. Tindakan mereka untuk menetap di Tanah Melayu telah membawa
kepada wujudnya masyarakat majmuk di mana orang India dan Cina merupakan
masyarakat yang tidak dapat mengasimilasikan diri mereka ke dalam masyarakat
Melayu kerana beberapa perbezaan dari segi agama, adat resam, bahasa dan cara
hidup. Berdasarkan pernyataan di atas, memang tidak dinafikan bahawa
perkembangan perusahaan bijih timah dan getah membawa kepada perubahan
penduduk di Tanah Melayu.

Perkembangan Sosial di Tanah Melayu

Pengenalan
Campur tangan British di Tanah Melayu sejak tahun 1874 bukan sahaja membawa kepada
perubahan dari segi politik dan ekonomi, bahkan campur tangan mereka juga menyebabkan
perubahan dari segi sosial. Sebelum British memperluaskan kuasanya di Tanah Melayu, sistem
perhubungan yang wujud amat mundur. Begitu juga dalam bidang kesihatan. Selepas British
campur tangan semuanya ini telah mengalami perkembangan yang pesat. British telah
memperkenalkan cara membina jalan raya Barat, cara membina landasan keretapi dan amalan
perubatan yang diamalkan oleh Barat. Kesemuanya ini telah berjaya meningkatkan tingkat taraf
hidup penduduk di Semenanjung Tanah Melayu.

Perhubungan
1. Jalan keretapi
Keretapi merupakan cara pengangkutan moden yang pertama di Semenanjung Tanah
Melayu. Jalan-jalan keretapi telah dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah
dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport. Jalan keretapi yang pertama di
Semenanjung Tanah Melayu telah dibina pada tahun 1855 oleh Sir Hugh Low bagi
menghubungkan Taiping dengan Port-Weld. Jalan keretapi sepanjang 12.8 kilometer ini
dibuka kepada lalulintas pada bulan Jun 1885. Beberapa lagi jalan keretapi telah dibina oleh
British di Perak. Jalan keretapi di antara Tapah dengan Teluk Anson telah dibina pada tahun
1893 manakala di antara Tapah dengan Ipoh pada tahun 1895. Sir Frank Swettenham telah
membina beberapa jalan keretapi di Selangor. Jalan keretapi yang pertama telah dibina
antara Kuala Lumpur dengan Bukit Kuda pada tahun 1886. Menjelang tahun 1889 jalan
keretapi ini dipanjangkan ke Port Swettenham. Pada tahun-tahun 1892 dan 1893 British
telah membina jalan-jalan keretapi yang pendek bagi menghubungkan Kuala Lumpur
dengan kawasan-kawasan perlombongan bijih timah di Rawang, Kuala Kubu dan Sungai
Besi. Perhentian keretapi tetap yang pertama dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1892. Jalan
All The Best
keretapi yang pertama di Negeri Sembilan, iaitu di antara Port Dickson dengan Seremban
telah siap dibina pada tahun 1891. Jalan Keretapi sepanjang kira-kira 38 km ini dibina oleh
Syarikat Keretapi Sungai Ujong. Pada tahun 1908 Kerajaan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu telah membelinya daripada syarikat tersebut.
Selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, jalan-jalan
keretapi yang sedia wujud mula disambungkan atas initiatif Sir Frank Swettenham.
Menjelang tahun 1903, terdapat jalan keretapi yang menghubungkan Seremban dengan
Perai. Jalan keretapi ini telah dipanjangkan ke Johor Bahru pada tahun 1909 dan ke
Singapura pada tahun 1923. Jalan keretapi di bahagian Utara Semenanjung Tanah Melayu
yang menghubungkan Perai, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar dan Padang Besar di
sempadan Siam telah siap dibina pada tahun 1918. Jalan keretapi di bahagian Timur yang
menghubungkan Gemas dengan Bahau, Mentakab, Kuala Lipis, Gua Musang, Tumpat dan
Sungai Golok disiapkan pada tahun 1931.
2. Jalan raya
Jalan-jalan raya yang pertama dibina untuk meghubungkan kawasan-kawasan bijih timah
dan getah dengan pelabuhan-pelabuhan. Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas
pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902. Menjelang tahun 1906, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu mempunyai kira-kira 2560 km jalan raya bertar (metal led roads). Mulai
dekad pertama abad ke-20, jalan-jalan raya yang lebih lebar dan kukuh telah dibina bagi
memenuhi keperluan kenderaan bermotor yang kian bertambah. Jalan raya utama ke Perai
siap dibina pada tahun 1911. Jalan raya utama dari Kuala Lumpur ke Kuantan telah siap
pada tahun 1899. Menjelang tahun 1928 terdapat jalan raya yang menghubungkan Singapura
di Selatan dengan Perlis di Utara. Jalan raya utama yang menghubungkan Terengganu dan
Pahang dengan pantai Barat telah dibina hanya selepas tahun 1945. Semasa penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, terdapat kira-kira 9600 km jalan raya motor
yang baik.
3. Perkhidmatan udara
Syarikat perkhidmatan udara yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun
1937 oleh Wearne Brothers. Ia dikenali sebagai Wearne’s Air Service. Syarikat tersebut telah
memulakan perkhidmatan udara antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Perkhidmatan udara ini telah dihentikan apabila Perang Dunia Kedua meletus. Pada tahun
1920-an, lapan buah lapangan terbang telah dibina di bandar-bandar utama seperti Kuala
Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Taiping, Butterworth dan Alor Setar. Dalam pada itu terdapat
sebuah lapangan terbang antarabangsa yang kian maju di Singapura. Pada tahun 1947,
Malayan Airways Limited telah ditubuhkan. Pada tahun 1956, sebuah lapangan terbang
antarabangsa dibina di Kuala Lumpur.
4. Perkhidmatan perkapalan
Menjelang tahun 1870-an, terdapat beberapa syarikat perkapalan yang menggunakan kapal-
kapal stim untuk membawa hasil-hasil Tanah Melayu ke Singapura. Dalam perjalanan balik
ke pelabuhan-pelabuhan Tanah Melayu, kapal-kapal tersebut membawa bekalan-bekalan dan
alat-alat jentera. Pada tahun 1890, Theodore Cornelius Bogaardt (seorang Belanda)
mengasaskan Straits Steamship Company yang muncul sebagai syarikat perkapalan yang
terpenting. Selepas tahun 1896, Straits Steamship Company memulakan perkhidmatan
penumpang kelas pertama. Perkhidmatan ini menjadi penting selepas Kuala Lumpur
dijadikan pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan tidak dihubungi oleh jalan
keretapi persekutuan. Pelabuhan-pelabuhan yang penting ialah Port Swettenham, Port
Dickson, Teluk Anson dan Port Weld. Port Swettenham merupakan pelabuhan yang

All The Best


terpenting sekali. Dalam tahun 1930-an, syarikat-syarikat perkapalan menghadapi
persaingan hebat dari sistem pengangkutan jalan raya dan keretapi.

Kesihatan
Tanah Melayu menghadapi beberapa masalah kesihatan pada abad ke-19. Penyakit-penyakit
seperti malaria, disenteri, demam cacar dan kolera biasa terdapat. Penyakit-penyakit tersebut
telah mengakibatkan kematian ramai orang. Sebagai contoh, kira-kira 65 orang telah menjadi
mangsa kolera di Larut pada tahun 1874. Jumlah kes beri-beri yang dirawat di Selangor pada
tahun 1894 ialah sebanyak 2817 di mana kadar kematian ialah 24%.
Selepas tahun 1900, taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu telah bertambah baik.
Penyakit-penyakit beri-beri dan malaria dapat dikawal. Antara tahun-tahun 1900-50 kadar
kematian bagi orang dewasa dan kanak-kanak telah dikurangkan sebanyak 50%. Kerajaan British
telah menubuhkan hospital-hospital, pusat-pusat perubatan dan menjalankan penyelidikan
perubatan. Hospital kerajaan yang pertama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibuka di Taiping
pada tahun 1878. Pada kira-kira masa yang sama, sebuah hospital telah didirikan di Selangor.
Selepas tahun 1884, pusat-pusat perubatan telah dibuka di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng,
Kerian, Kuala Kangsar. Hospital Besar di Kuala Lumpur telah didirikan manakala sebuah
hospital baru di Kelang dibina.
Masyarakat Cina juga membina beberapa hospital seperti Hospital Tai Wah (1895) dan
Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur.
Menjelang tahun 1896, Perak mempunyai 15 buah hospital, Selangor 14, Negeri
Sembilan 3 dan Pahang 2. Menjelang tahun 1908, terdapat 52 buah hospital di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu.
Penyelidikan perubatan memainkan peranan penting dalam mengawal penyakit-penyakit
malaria dan beri-beri. Institusi Penyelidikan Perubatan telah didirikan di Kuala Lumpur pada
tahun 1901. Maktab Perubatan King Edward VII telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1905.
Maktab tersebut telah menghasilkan beberapa orang doktor tempatan yang dapat berkhidmat di
hospital-hospital kerajaan.
Selepas tahun 1909, pusat-pusat spesialis bagi kesihatan mental dan penyakit kusta telah
didirikan. Menjelang tahun 1941, kira-kira satu pertiga daripada hospital-hospital di Tanah
Melayu merupakan institusi-institusi kerajaan. Hospital-hospital lain dikendalikan oleh estet-
estet (melalui undang-undang), persatuan-persatuan mubaligh dan pertubuhan-pertubuhan Cina.
Kebanyakan daripada kemudahan perubatan ini terdapat di bandar.

Pendidikan

Pengenalan
Sehingga Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak), tiada terdapat satu sistem
pendidikan nasional di Tanah Melayu. Apa yang wujud ialah 4 sistem sekolah yang berlainan di
Tanah Melayu, iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris. Seperti
yang dinyatakan oleh Paul Chang Ming Phang, sistem sekolah berbilang bahasa di Tanah Melayu
disebabkan oleh 3 faktor iaitu struktur penduduk yang berbilang bangsa, usaha individu-individu
dan badan-badan mubaligh dan ketiadaan satu dasar pendidikan yang sejajar dengan matlamat-
matlamat yang tetap. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses
nation-building selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

All The Best


Pendidikan Melayu
1. Pengenalan
Pendidikan Melayu secular telah diperkenalkan oleh British pada abad ke-19. Sebelum itu,
pendidikan Melayu umumnya berbentuk agama. Murid-murid diajar mengaji dan membaca
al-Quran serta cara-cara bersembahyang. Bahasa pengantarnya ialah Bahasa Arab dan guru-
guru biasanya terdiri daripada imam-imam masjid. Bahasa Melayu tidak dititikberatkan. Hal
ini adalah kerana ibu bapa mementingkan pendidikan agama Islam. Pada tahun 1821, sebuah
Sekolah Melayu dibuka di Gelugor sebagai cawangan Penang Free School (sekolah aliran
Inggeris) yang diasaskan oleh R.S. Hutchings pada tahun 1816.
2. Pertumbuhan Sekolah-sekolah Melayu
a. Negeri-negeri Selat
Akibat dari usaha mubaligh-mubaligh beberapa Sekolah Melayu telah dibuka di
Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Pada tahun 1855, sebuah Sekolah Melayu telah
dibuka di Bayan Lepas (Pulau Pinang). Pada tahun 1856, 2 buah sekolah Melayu telah
dibuka di Singapura, satu di Teluk Belanga dan satu lagi di Kampung Gelam. Di
Melaka terdapat 9 buah Sekolah Melayu yang dibuka antara tahun-tahun 1858-63. Pada
tahun 1871, A.M. Skinner, Pemangku Majistret di Butterworth telah menyusun semula
sistem pendidikan Melayu di Province Wellesley. Beliau mencantumkan sistem
persekolahan moden dengan sistem pelajaran Quran. Murid-murid mengikuti pelajaran
sekular di sebelah pagi dan mereka mengaji Quran di sebelah petang. Gaji guru-guru
yang mengajar pelajaran sekular dibayar oleh kerajaan manakala gaji guru-guru agama
dibayar oleh ibu bapa dan murid-murid. Percubaan Skinner telah berjaya dan beliau
dilantik sebagai Nazir sekolah-sekolah pada tahun 1872. Bilangan Sekolah Melayu di
Negeri-negeri Selat telah meningkat daripada 16 buah pada tahun 1872 (jumlah murid
596 orang) kepada 189 buah pada tahun 1892 (jumlah murid 7218 orang). Pada tahun
1884, Kerajaan British telah membuka sekolah pertama untuk murid-murid perempuan
di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1889 pula, sebuah lagi sekolah sedemikian
telah dibuka di Pulau Pinang.
b. Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Nazir Sekolah-sekolah Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu hanya dilantik
pada tahun 1897. Bilangan Sekolah Melayu di negeri-negeri tersebut telah meningkat
daripada 168 buah (157 bagi murid lelaki dan 11 bagi murid perempuan) pada tahun
1898 kepada 266 buah pada tahun 1907 (232 bagi murid lelaki dan 34 bagi murid
perempuan).
c. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Sekolah Melayu yang pertama di Kedah telah ditubuhkan pada kira-kira tahun 1897.
Sekolah ini mula-mulanya dikhaskan untuk anak-anak lelaki orang-orang besar sahaja.
Pada tahun 1910 telah ada 20 buah Sekolah Melayu di Kedah. Jawatan Nazir Pelajar
diadakan pada tahun 1911. Kelantan mempunyai Sekolah Melayu yang pertama pada
tahun 1903. Terengganu tidak mempunyai sebuah pun Sekolah Melayu sebelum tahun
1915 sedangkan Perlis telah mempunyai 5 buah pada tahun 1913. Sekolah-sekolah
Melayu tumbuh dengan pesatnya di Johor yang berhampiran dengan Singapura. Pada
tahun 1913, negeri Johor mempunyai 56 buah sekolah.
3. Tujuan pendidikan Melayu
Mengikut Dr. Awang Had Salleh, pendidikan sekular Melayu anjuran British mempunyai 4
tujuan besar iaitu:
a. Mengekalkan kestabilan politik dengan tidak memberi pelajaran yang berlebihan.

All The Best


b. Mengekalkan status quo dengan memastikan orang Melayu tinggal terus di kampung-
kampung sebagai penanam padi.
c. Menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu, penanam padi,
nelayan, pekedai-pekedai kecil dan kerani-kerani rendah.
d. Menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat
berbilang bangsa.
Pada hakikatnya, pendidikan bahasa Melayu sebelum tahun 1942 kurang memberi peluang
kepada orang Melayu mencapai kemajuan dalam bidang sosial dan ekonomi. Pendidikan
Melayu hanya bertujuan untuk memelihara cara hidup tradisional orang Melayu.
4. Sukatan pendidikan Melayu
Pada amnya, pendidikan Melayu hanyalah untuk empat tahun. Sekolah-sekolah Melayu
yang lebih besar menyediakan pelajaran hingga ke darjah 6. Taraf pengajaran umumnya
adalah rendah. Sebelum tahun 1917, pengajaran yang diberi di sekolah-sekolah Melayu ialah
membaca, menulis, mengira dan ilmu alam serta karangan. Sejak tahun 1917 secara
beransur-ansuran, tumpuan juga diberi kepada perkebunan dan pertukangan tangan.
Bangunan dan alat kelengkapan sangatlah rendah mutunya berbanding dengan sekolah-
sekolah bahasa Inggeris. Kebanyakan sekolah tidak mempunyai bilik darjah yang sesuai.
5. Perkembangan pendidikan Melayu
Perkembangan pendidikan Melayu (terutamanya bagi kanak-kanak perempuan) pada
peringkat awal adalah lembap oleh sebab perkara berikut:
a. Ibu bapa cemburukan kehilangan tenaga kanak-kanak mereka yang diperlukan bagi
kerja di rumah.
b. Mempunyai syak wasangka terhadap pendidikan sekular yang tidak menitikberatkan
pengajaran Quran.
c. Lebih suka anak-anak perempuan duduk di rumah sehingga mereka dikahwinkan.
Mulai abad ke-20 pendidikan Melayu mula berkembang maju. Antara tahun-tahun 1900-23,
Kerajaan British di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah
meluluskan beberapa enakmen yang mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu yang berumur
antara 7-14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya selama setengah tahun jika mereka
tinggal dalam lingkungan 2 batu dari sekolah. Enakmen-enakmen tersebut telah
menggalakkan perkembangan pendidikan sekular Melayu di Negeri-negeri Selat dan Negeri-
negeri Melayu Bersekutu. Berbagai-bagai usaha diambil untuk memperbaiki nilai
pendidikan Bahasa Melayu selepas perlantikan R.J. Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-
sekolah Persekutuan pada tahun 1903. Beliau telah memperkenalkan tulisan rumi yang
sistematik serta menyusun kamus Melayu yang pertama. Wilkinson juga bertanggungjawab
menerbitkan buku-buku klasik Melayu yang membangkitkan minat orang Melayu terhadap
bahasa dan kesusasteraannya sendiri. Kerajaan British telah menubuhkan beberapa maktab
latihan perguruan Melayu bagi meninggikan mutu pengajaran di sekolah-sekolah Melayu.
Pada tahun 1878, Maktab Melayu Singapura telah ditubuhkan untuk melatih guru-guru.
Maktab ini ditutup pada tahun 1895. Pada tahun 1900 sebuah maktab latihan perguruan
dibuka di Melaka. Kemudian pada tahun 1913, sebuah lagi maktab perguruan dibina di
Matang, Perak. Maktab Perguruan Melayu yang paling terkemuka ialah Maktab Perguruan
Sultan Idris yang telah dibuka pada tahun 1922 di Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 1924,
sebuah Biro Terjemahan telah ditubuhkan di maktab ini untuk menterjemahkan buku-buku
Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Pada tahun 1935, Maktab Perguruan Perempuan Melayu
dibuka di Melaka. Pelajar-pelajar maktab ini diambil dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

All The Best


Pendidikan Cina
Pendidijan Cina di Tanah Melayu dipelopori oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Persatuan
Mubaligh London telah menubuhkan sebuah sekolah Cina di Melaka pada bulan Ogos 1815.
Namun demikian, kebanyakan sekolah Cina telah dibuka dan diselenggarakan oleh masyarakat
Cina sendiri. Pada tahun 1854, sebuah sekolah Cina telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin
Hokkien di Singapura.
Di antara tahun 1854-84, lebih daripada 100 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah
Melayu. Sekolah-sekolah ini menggunakan berbagai-bagai loghat sebagai bahasa pengantar.
Murid-murid ini mempelajari klasik-klasik Cina secara hafal dan bagaimana menggunakan
capua.
Pendidikan Cina telah berkembang pesat mulai abad ke-20 akibat pengaruh pemimpin-
pemimpin politik negara China seperti Kung Yu Wei dan Sun Yat Sen. Tujuan mereka ialah untuk
memupuk kesedaran politik dan perasaan kebangsaan di kalangan orang Cina seberang laut.
Sekolah-sekolah yang berasaskan pengajaran Confucius dan sains moden mula dibuka di seluruh
Tanah Melayu dan Singapura.
Di antara tahun 1911-19 lebih daripada 50 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah
Melayu. Guru-guru dan buku teks dibawa dari negara China. Di sesetengah sekolah,
perkembangan politik di negara China dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran.
Mulai tahun 1920, bahasa Mandarin (Kuo Yu) digunakan sebagai bahasa pengantar di
kebanyakan sekolah Cina. Hal ini adalah selaras dengan perkembangan di negara China di mana
Mandarin dijadikan bahasa kebangsaan. Pada tahap awal, Kerajaan British membenarkan
sekolah-sekolah Cina berkembang dengan pesat dan bebas. British tidak membantu atau
mengawal sekolah-sekolah Cina. Namun demikian, pada tahun 1920, Kerajaan British telah
meluluskan enakmen pendaftaran sekolah untuk mengawasi sekolah Cina. Hal ini adalah kerana
sekolah Cina telah mula dipengaruhi oleh politik negara China. Di bawah Enakmen Pendaftaran
Sekolah, semua guru dan sekolah dikehendaki mendaftar dengan kerajaan. Kerajaan British mula
memberi bantuan kewangan kepada sekolah Cina pada tahun 1923.
Kerajaan British melantik seorang Nazir sekolah-sekolah Cina untuk mengawasi sekolah
Cina. Sekolah Cina mempunyai pelajaran rendah 6 tahun, menengah rendah 3 tahun dan
menengah atas 3 tahun. Sekolah-sekolah menengah menyediakan para pelajar untuk melanjutkan
pelajaran ke universiti di China. Mutu pelajaran sekolah Cina lebih tinggi daripada mutu
pelajaran sekolah Melayu dan sekolah Tamil. Menurut Abu Zahari, peruntukan persekutuan bagi
sekolah Cina telah bertambah berlipat ganda menjelang tahun 1938.

Pendidikan Tamil
Pada tahun 1821, sebuah sekolah Tamil dibuka di perkarangan Penang Free School. Pada tahun
1850, terdapat sebuah sekolah Anglo-Tamil yang dibantu oleh kerajaan di mana Inggeris dan
juga Tamil diajar. Namun demikian, seperti dinyatakan oleh Paul Chang Ming Phang, sejarah
sebenar pendidikan Tamil di Tanah Melayu bermula dengan perkembangan ladang kopi, gula,
kelapa dan akhirnya getah.
Mulai tahun 1870, sekolah-sekolah kecil telah dibuka di ladang-ladang di mana penduduk
India memerlukan pendidikan bagi anak-anak mereka. Kebanyakan sekolah ini merupakan hasil
usaha persendirian. Kerajaan pada masa itu tidak menganggapnya perlu bagi memberi
pendidikan kepada anak-anak buruh Tamil yang berhijrah masuk. Pada tahun 1905, terdapat 13
buah sekolah Tamil (kerajaan) dan 4 buah sekolah Tamil persendirian di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Menjelang tahun 1920, jumlah murid sekolah Tamil di negeri-negeri tersebut ialah
lebih kurang 4000 orang.

All The Best


Pada tahun 1923, Kerajaan British memperkenalkan satu undang-undang yang memaksa
pihak pengurusan ladang untuk mendirikan sebuah sekolah sekiranya terdapat lebih daripada 10
orang anak buruh yang berumur di antara 7-14 tahun. Sekolah-sekolah ini hendaklah dibiayai
oleh pihak pengurusan ladang.
Satu masalah utama yang dihadapi oleh sekolah Tamil ialah kekurangan guru-guru yang
terlatih. Mutu pelajaran Tamil adalah rendah. Sekolah Tamil di ladang hanya memberikan
pelajaran rendah selama 4-5 tahun. Buku-buku dibawa dari India. Persatuan-persatuan orang
India ada menubuhkan sekolah Tamil di bandar. Mutu sekolah ini lebih tinggi dari sekolah
ladang.
Pada tahun 1920-an, Kerajaan British mula mengawal sekolah Tamil. Seorang Nazir
sekolah Tamil berbangsa Eropah telah dilantik pada tahun 1930. Pada tahun 1932, Kerajaan
British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Tamil.

Pendidikan Inggeris
1. Pengenalan
Kebanyakan sekolah Inggeris dibuka oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan benda-benda
awam. Kerajaan British pada mulanya tidak berminat untuk mengembangkan pendidikan
Inggeris bagi faedah rakyat Tanah Melayu. Sekolah Inggeris boleh dibahagikan kepada 2
jenis, iaitu Sekolah Free dan Sekolah Inggeris Separa Bantuan (Grant-in-aid English
School). Sekolah-sekolah Free dibuka dengan sumbangan wang dari orang ramai dan
kerajaan. Sekolah ini seterusnya telah diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan. Sekolah
Inggeris Separa Bantuan dibuka dan dibiayai oleh persatuan mubaligh. Apabila telah
mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan, sekolah ini mula berkembang. Sekolah ini
juga dikenali sebagai sekolah mubaligh.
2. Sekolah Free
Sekolah Inggeris yang awal ditubuhkan di Negeri-negeri Selat oleh mubaligh-mubaligh.
Sekolah ini dinamakan Sekolah Free kerana ia menerima murid-murid dari pelbagai bangsa
dan agama. Sekolah Free yang pertama (dan juga di Tanah Melayu) ialah Penang Free
School yang diasaskan oleh Rev. R.S. Hutchins pada tahun 1816. Sekolah Free yang lain
ialah Singapore Free School dan Malacca Free School. Semenjak ditubuhkan, Sekolah Free
berada di bawah naungan kerajaan. Terdapat wakil kerajaan dalam Jawatankuasa
Pengurusan sekolah tersebut. Sekolah Free telah diambil alih oleh kerajaan sepenuhnya
akibat kegagalan Jawatankuasa Pengurusan untuk membiayai penyelenggaraannya. Sekolah
pertama yang diambil alih oleh kerajaan ialah Malacca Free School. Penang Free School
telah diambil alih kuasanya oleh kerajaan pada tahun 1920. Mulai tahun 1928, sekolah
tersebut menjadi sekolah menengah pada keseluruhannya.
3. Sekolah Mubaligh
Kebanyakan dari sekolah mubaligh (mission schools) telah ditubuhkan dan dibiayai oleh
Persatuan Mubaligh London, Kumpulan Mubaligh Roman Catholic, Kumpulan Mubaligh
Methodist dan Gereja England (Church of England). Sekolah mubaligh terbuka kepada
kanak-kanak terdiri daripada semua bangsa dan agama. Tujuan sekolah tersebut ialah untuk
memberi pendidikan am serta memperbaiki akhlak berdasarkan ajaran agama Kristian.
Sebelum Perang Dunia Pertama, lebih daripada 75% murid-murid lelaki memasuki sekolah
Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura adalah di sekolah mubaligh. Persatuan mubaligh
telah membuka sekolah bagi murid lelaki dan perempuan. Mubaligh-mubaligh Kristian
adalah bertanggungjawab bagi perkembangan dan kepopularan pendidikan Inggeris di
kalangan murid perempuan. Antara sekolah perempuan yang ditubuhkan ialah Sekolah
Perempuan Bukit Bintang (Kuala Lumpur-1893), Sekolah Convent (Kuala Lumpur-1899),
All The Best
Sekolah Perempuan Inggeris Pudu (Kuala Lumpur-1914) dan Sekolah Perempuan St.
George (Pulau Pinang). Menjelang tahun 1947, terdapat 33 buah sekolah perempuan yang
ditubuhkan oleh persatuan-persatuan mubaligh di Tanah Melayu. Pada tahun yang sama
hanya terdapat 6 buah sekolah perempuan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Antara sekolah
mubaligh yang ditubuhkan bagi murid lelaki ialah Sekolah Anglo-Chinese (Pulau Pinang-
1891), Sekolah Lelaki Methodist (Kuala Lumpur-1897) dan Sekolah St. John (1904).
4. Sekolah Inggeris Kerajaan
Sekolah Inggeris Kerajaan yang pertama di Perak ialah Government Central School yang
ditubuhkan pada tahun 1883. Namanya telah ditukar kepada Sekolah King Edward VII pada
tahun 1901. Victoria Institution telah diasaskan pada tahun 1893 di Kuala Lumpur. Pada
tahun 1905, Kerajaan British telah menubuhkan Maktab Melayu di Kuala Kangsa yang pada
mulanya dibuka hanya kepada anak-anak raja dan pembesar-pembesar Melayu. Tujuan
utama Maktab Melayu ialah untuk memberi pendidikan Inggeris kepada golongan atasan
Melayu bagi membolehkan mereka menjadi pegawai-pegawai tadbir dalam perkhidmatan
awam British di Tanah Melayu. Pada tahun 1919, terdapat 17 buah sekolah Inggeris kerajaan
di Tanah Melayu. Sekolah ini bertujuan mendidik anak-anak kelas pertengahan untuk
menjadi guru-guru dan kerani-kerani. Kebanyakan murid sekolah tersebut terdiri daripada
bangsa Cina dan India.
5. Sukatan pelajaran
Pada peringkat awal tiada terdapat sukatan pelajaran yang seragam bagi sekolah Inggeris.
Sukatan Pelajaran yang seragam hanya wujud selepas adanya peperiksaan bagi memperoleh
Biasiswa Queen (1885) dan Sijil Cambridge (1891). Sekolah Inggeris dapat dibahagikan
kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah meliputi pendidikan selama
7 tahun, iaitu sampai darjah V. Sekolah menengah pula meliputi selama 4 tahun sehingga
murid-murid mencapai Sijil Persekolahan Cambridge. Mata pelajaran utama yang diajar
ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, Ilmu Alam, Matematik Asas, Ilmu Kesihatan dan Latihan
Jasmani. Kelas-kelas sains hanya terdapat di sekolah menengah yang besar di kawasan
bandar. Sukatan pelajaran sekolah Inggeris di Tanah Melayu adalah berasaskan kepada
sekolah menengah di Britain. Justeru itu, murid-murid sekolah Inggeris telah mempelajari
ilmu alam dan sejarah Britain.
6. Latihan Perguruan Inggeris
Satu sistem yang dinamakan Normal Class telah dimulakan pada tahun 1905 di Kuala
Lumpur untuk melatih guru-guru sekolah Inggeris. Guru-guru yang diberi latihan adalah
mereka yang sedang berkhidmat. Latihan diadakan 5 jam seminggu di luar jadual waktu
pengajaran selama 2 tahun. Tempoh latihan telah dilanjutkan kepada 3 tahun mulai tahun
1925. Selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Normal Class telah digantikan dengan maktab
pergurusan berasrama. Maktab Perguruan Kirkby telah ditubuhkan berhampiran dengan
Liverpool. Maktab Perguruan Brinsford Lodge di Wolverhampton telah ditubuhkan pada
tahun 1955.
7. Pendidikan Tinggi dan Universiti
Maktab Perguruan King Edward VII telah diasaskan di Singapura pada tahun 1905. Maktab
ini menjadi sebuah universiti pada tahun 1947. Maktab Raffles telah dibuka pada tahun 1929
di Singapura bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi dalam aliran sains dan sastera.
Institusi pengajian tinggi yang lain ialah Maktab Pertanian Serdang (1931). Maktab
Pertanian Serdang dinaikkan ke taraf universiti pada tahun 1972. Pada tahun 1949,
Universiti Malaya (gabungan Maktab Raffles dan Maktab Perubatan King Edward VII) telah
dibuka di Singapura. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya dibuka di Kuala

All The Best


Lumpur. Cawangan tersebut merupakan nucleus Universiti Malaya yang ditubuhkan pada
tahun 1962. Universiti asal di Singapura mula dikenali dengan nama Universiti Singapura.

All The Best

You might also like