You are on page 1of 12

1. Menghuraikan konsep budi, budi bahasa, kesantunan bahasa, sistem sapaan dan gaya bahasa.

Konsep budi di dalam bahasa boleh diterjemahkan sebagai kebajikan, ini membawa maksud kebajikan-kebajikan yang di bawa di dalam bahasa contohnya nilai-nilai murni di dalam pertuturan kita manakala bahasa didefinasikan sebagai sistem lambang. Di Malaysia, sistem lambang yang digunakan ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Jika digabungkan maksud budi bahasa ia merujuk kepada tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia. Setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Kesantunan berbahasa membawa maksud timbang rasa kita yang kita berikan kepada orang yang sedang kita bercakap. Ia juga merujuk kepada sifatsifat bahasa yang membolehkan kita menolak permintaan oarang tersebut tanpa menyakitkan hatinya. Kesantunan berbahasa juga merujuk kepada 2 bahagian iaitu verbal atau non verbal. Ketika berkomunikasi, kita tunduk pada normanorma budaya, tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang kita fikirkan. Tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat tempat hidup dan dipergunakannya suatu bahasa dalam berkomunikasi. Apabila tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan norma-norma budaya, maka ia akan mendapatkan nilai negatif, misalnya dituduh sebagai orang yang sombong,angkuh mahupun kurang ajar. Sistem sapaan membawa maksud kata panggilan di dalam keluarga mahupun di dalam masyarakat. Ia juga merangkumi panggilan hormat di dalam majlis-majlis tertentu. Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Ia merujuk kepada panggilan di dalam keluarga, masyarakat mahupun majlis-majlis rasmi. Penggunaan bahasa sapaan yang sesuai dalam mewujudkan keharmonian di dalam perhubungan. Gaya bahasa pula membawa erti cara penggunaan dan pemakaian bahasa di dalam komunikasi kita. Sebelum bertutur kita hendaklah memastikan

cara

penggunaan

bahasa

kita

bersesuaian

dengan

orang

yang

kita

berkomunikasi. Tambahan pula, jika kita mengayakan bahasa yang menarik, ia dapat mendorong dan menarik perhatian orang yang kita hendak berkomunikasi. Terdapat gaya bahasa yang biasa digunakan seperti metafora, simile, hiperbola, personafikasi, imejan, paradoks, simbol, ambiguiti, konotatif, denotatif, bahasa sindiran dan kiasan dan peribahasa. 2. Bagaimana mengaplikasi budi bahasa, kesantunan bahasa dan bahasa sapaan dalam masyarakat melayu dan Malaysia? Di dalam masyarakat melayu dan Malaysia, bahasa yang digunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Oleh itu salah satu cara bagi mengaplikasikan budi bahasa, kesantunan bahasa dan bahasa sapaan di dalam masyarakat adalah melalui bahan media cetak seperti surat khabar, novel dan juga cerpen. Kita boleh mengaplikasikan elemen-elemen ini seawal di bangku sekolah lagi kerana di bangku sekolah murid-murid telah didedahkan dengan penggunaan buku teks. Di dalam buku teks terdapat cerpen-cerpen pendek yang menitik beratkan elemen-elemen tersebut. Guru pula akan bertindak sebagi pembimbing bagi murid-murid supaya mereka menitik beratkan penggunaan bahasa yang betul dalam komunikasi mereka seharian. Selain itu, media elektronik juga memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan informasiinformasi yang berguna dalalm berbudi bahasa contohnya kempen budi bahasa budaya kita. Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilaksanakan bagi mengaplikasi budi bahasa, kesantunan bahasa dan bahasa sapaan di dalam masyarakat melayu dan Malaysia. Kita sebagai orang melayu dan Malaysia hendaklah menilai dan menjaga budi serta bahasa kita.

3. Mengenalpasti gaya bahasa Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui karya mereka. (arif 2009) Berikut diberikan beberapa istilah-istilah gaya bahasa yang perlu difahami:1. Diksi i. Bermaksud pemilihan kata. ii. Penulis akan menggunakan dan memilih kata-kata yang sesuai dengan tema dan persoalan, latar, watak dan mesej yang ada dalam karya mereka. 2. Ayat i. Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karyanya. ii. Ayat yang digunakan sama ada ayat panjang atau ayat pendek mengikut kesesuaian karya yang diolahnya. 3. Personafikasi i. Dikenali juga perorangan yang bermaksud memberikan sifat manusia kepada benda-benda lain. ii. Sifat manusia itu meliputi perwatakan, perasaan, tindak-tanduk dan perlakuan. iii. Antara contoh-contoh personafokasi yang pernah digunakan ialah daun nyuir melambai-lambai dan rumput menari-nari ditiup angin. 4. Simile i. Perbandingan setara yang digunakan oleh penulis bagai menyatakan sesuatu perkara. ii. Kata-kata yang biasa digunakan seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya. iii. Contoh penggunaan simile: seperti anjing dengan kucing, kurus macam lidi dan bagai aur dengan tebing.

5. Metafora i. Perbandingan setara secara terus atau langsung yang digunakan oleh penulis. ii. Contoh penggunaan metafora: samudera hampa dan lautan fikiran. 6. Hiperbola i. Merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan oleh penulis untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud sebenar. ii. Contoh penggunaan hiperbola: lautan api sanggup kurenangi. 7. Sinkope i. Bermaksud penyingkatan kata. ii. Contoh penggunaan sinkope: "Apa dah jadi ni?" 8. Asonansi i. Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris puisi. ii. Contohnya pengulangan bunyi vokal u dalam baris 'Tikar pucuk tikar mengkuang' 9. Aliterasi i. Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi. ii. Contohnya pengulangan bunyi konsonan k dalam baris 'Tikar pucuk tikar mengkuang' 10. Perlambangan i. Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau makna yang lebih mendalam. ii. Contohnya bunga melambangkan perempuan, senja melambangkan usia yang telah tua dan pagi melambangkan usia muda .

4. Berdasarkan sebuah cerpen yang ditulis dalam era 70-an hingga era 90-an terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, anda dikehendaki menganalisis, mengulas dan menghuraikan aspek-aspek berikut:a. penggunaan gaya bahasa b. kesantunan bahasa c. sistem sapaan d. kepentingan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan KEJADIAN YANG TIDAK TERDUGA oleh YACOB ELSHAROUNY Sinopsis Cerpen Cerpen ini adalah mengenai serorang murid perempuan yang cerdik bernama Mahasin. Dia bersedih kerana guru Bahasa Arab dan Matematiknya tiada untuk satu jangka masa yang lama. Ini penting kerana dia ingin melanjutkan pelajaran di Kaherah seperti abangnya, Yusuf. Mahasin bercita-cita ingin menjadi seorang doktor seperti Doktor Sawsan. Dikala kerisauan Mahasin, guru besarnya telah berjaya meminta pertolongan Pak Cik Amin, seorang guru bimbingan di kampung Sharunah. Pak Cik Amin telah membantu Mahasin dan murid lain untuk berjaya di dalam Peperiksaan Sijil Rendah mereka dan Mahasin telah berjaya menjadi murid cermerlang di dalam wilayah tersebut. Pak cik Amin disanjung tinggi oleh masyarakat setempat diatas jasa baik beliau mengajar tanpa meminta sebarang wang atau balasan. Akhirnya Mahasin telah berjaya mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor dan dia juga dilantik sebagai Ketua Majlis Perkampungan. a. pengunaan gaya bahasa Penulis, Yacob Elsharouny menggunakan gaya bahasa yang amat mudah difahami oleh pembaca. Tambahan pula, beliau menulis cerpen ini adalah untuk golongan kanak-kanak. Maksud-maksud perkataan di dalam cerpen ini juga tiada yang sukar untuk di fahami. Pada pendapat saya, beliau hanya menggunakan gaya bahasa biasa sahaja tanpa menggunakan ayat-ayat metafora, simile,

hiperbola, asonansi, aliterasi, personifikasi dan perlambangan yang sukar untuk kanak-kanak fahami. Tetapi beliau masih menggunakan diksi, ayat dan sinkope. Diksi Penulis mengutarakan tema kejadian yang tidak terduga antaranya guru bahasa Arab dan Matematik yang tiada untuk jangka masa yang panjang, kejadian limpahan rezeki makanan kepada Pak Amin yang mengajar tanpa meminta wang dan kejayaan Mahasin mendapat keputusan cemerlang di seluruh wilayahnya. Ayat Penulis mengarang membina dan menyusun ayat dalam karyanya dengan mudah supaya sesuai dengan golongan pembaca. Sinkope Penulis ada menggunakan gaya bahasa sinkope. Mahasin pula bertanya, apa hal ni? (muka surat 24) b. kesantunan bahasa. Di dalam cerpen ini, terdapat banyak contoh yang menunjukkan kesantunan bahasa, yang merujuk kepada timbang rasa di dalam komunikasi. Contohnya:1. Selamat datang, wahai Mahasin, masuklah sayang (muka surat 6). Dialong di atas menunjukkan kesantunan Doktor Sawsan mempelawa Mahasin masuk ke dalam klinik beliau. 2. Adakah kamu mahu saya mengajar bahasa arab dan matematik? Tidak...tidak....saya mahu Pak Cik Ismail meminta Pak Cik Amin al-Afendi mengajar anak perempuan kamu, supaya dia mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan supaya dia dapat menyambung pelajaran ke sekolah menengah rendah di Kaherah (muka surat 13 dan 14)

Dialog di atas menujukkan kesantunan di dalam penolakan di dalam komunikasi antara guru besar dan Pak Cik Ismail. c. sistem sapaan Sistem sapaan yang digunakan di dalam cerpen ini juga pelbagai, ia merangkumi panggilan dalam keluarga, masyarakat dah juga majlis rasmi. Contohnya:i. Cikgu Fikriah - (gelaran kurniaan ikhtisas kerana kejayaan di dalam bidangnya) . Mahasin mengelarkan Fikriah sebagai Cikgu Fikriah kerana beliau mengajar di sekolah Mahasin. ii. Doktor Sawsan -(gelaran kurniaan ikhtisas kerana kejayaan di dalam bidangnya). Masyarakat setempat mengelarkan beliau sebagai Doktor di atas peranan dan jasa beliau yang telah diberikan kepada masyarakat setempat. Terdapat banyak lagi bahasa sapaan yang digunakan seperti Pak Cik Ismail, Pak Amin al-Afendi, Datuk Bandar dan lain-lain lagi. d. kepentingan gaya bahasa , kesantunan bahasa dan sistem sapaan Kesimpulannya, penggunaan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan adalah penting di dalam cerpen, kejadian yang tidak terduga ini kerana ketiga-tiga elemen ini berhubung kait bagi sesebuah cerpen pendek. Gaya bahasa yang mudah difahami akan menarik golongan pembaca yang bersesuai. Kesantunan bahasa secara tidak langsung akan menggambarkan norma-norma kehidupan masyarakat kita dan bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi kita. Manakala sistem sapaan menggambarkan penggunaan sapaan kepada individu yang terlibat, sistem sapaan yang baik dapat mengharmonikan penutur dan pendengar. Hal ini jelas menunjukkan masyarakat Melayu adalah bersopan santun dan berbudi bahasa.

Sub-Tugasan 1. Buat pemerhatian dan kumpul bahan sumber yang berkaitan kesantunan berbahasa dalam folio. 2. Dengan merujuk mana-mana sumber sama ada media cetak atau elektronik, huraikan secara terperinci tajuk berikut:a. Menghuraikan konsep kesantunan berbahasa verbal dan non-verbal. Kesantunan bahasa Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita. Menurut beliau juga, seseorang yang menyapa seseorang yang lain mengikut sistem yang telah terbaku dalam masyarakat dianggap sebagai orang yang berbudi bahasa dan di beri nilai yang tinggi dalam kebudayaan melayu. Konsep kesantunan verbal Jalaluddin Rakhmat (1994), mendefinisikan bahasa verbal secara fungsional dan formal. Secara fungsional, bahasa diertikan sebagai alat yang dimiliki bersama untuk mengungkap sesuatu. Ia menekankan dimiliki bersama, kerana bahasa hanya dapat difahami apabila ada kesepakatan di antara anggota-anggota kelompok sosial untuk menggunakannya. Secara formal, bahasa diertikan sebagai semua ayat yang terbayangkan, yang dapat dibuat menurut peraturan tatabahasa. Setiap bahasa mempunyai peraturan bagaimana kata-kata harus disusun dan dirangkaikan supaya memberi erti. Pada pendapat saya, konsep kesantunan verbal membawa maksud cara komunikasi yang disampaikan secara lisan atau tulisan di dalam masyarakat kiata seharian. Kebiasanya idea-idea, maklumat-maklumat atau kenyataan lebih mudah dihantar melalui keadah verbal dan ia mudah difahami. Di dalam cerpen kejadian yang tidah terduga antara contoh kesantunan verbal ialah: Selamat pagi, wahai doktor. Sudahkah doktor melawat hospital, hari ini? Doktor Sawsan ketawa sambil berkata, Saya tahu kamu mahu bertanyakan 10

tentang Muhsin kawan kamu yang kecil itu. Saya belum melawatnya lagi, wahai Mahasin..marilah kita pergi melawatnya bersama-sama. (muka surat 8) Konsep kesantunan non-verbal Jalaluddin Rakhmat (1994)Komunikasi nonverbal adalah komunikasi yang menggunakan pesan-pesan nonverbal. Istilah nonverbal biasanya digunakan untuk melukiskan semua peristiwa komunikasi di luar kata-kata terucap dan tertulis. Manakala, bagi kesantuan berbahasa non-verbal pula membawa maksud komunikasi yang disamapaikan secara bahasa isyarat, eksperi wajah, simbolsimbol, pakaian, warna dan juga intonasi suara. . Di dalam cerpen kejadian yang tidak terduga, antara contoh kesantunan non-verbal ialah: Cikgu Fikriah menghampirinya sambil bertanya, Adakah kamu melakukan apaapa sehingga kamu didenda oleh guru besar? Mahasin menggelengkan kepalanya. (muka surat 3 dan 4) Kesimpulannya, kedua-kedua jenis komunikasi verbal dan non-verbal

memainkan peranan yang penting di dalam komunikasi masyarakat kita. Keduadua komunikasi ini saling berhubung kait dalam menyampaikan maklumat. b. Jelaskan fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda dan nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada masa kini, masyarakat generasi muda semakin tidak menitik beratkan nilai-nilai kesantunan berbahasa di dalam komunikasi seharian mereka. Mereka semakin hilang berbudi bahasa semasa bertutur dalam kehidupan harian mereka. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi hal ini ialah: 1. Media massa - media massa memainkan peranan yang penting bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Tetapi kebanyakan media masa sekarang seperti televisyen menyampaikan bahasa-bahasa yang 11

tidak sesuai untuk generasi muda sekarang contohnya filem-filem aksi yang gemar menutur ayat-ayat yang tidah baik. Secara tidak langsung anak-anak muda dan kecil akan meniru perkataan-perkataan dan ayat tersebut. 2. Ibubapa Kebanyakan ibu bapa semakin tidak menitik beratkan kesantunan di dalam komunikasi mereka dan anak mereka. Ibu bapa sekarang masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing, justeru itu mereka tidak mempunyai peluang untuk mengajar anak-anak mereka berbudi bahasa. Anak-anak hanya berpeluang belajar di sekolah sahaja. Tulis satu refleksi mengenai pengalam anda sepanjang menyiapkan tugasan ini. Refleksi anda harus meliputi aspek berikut; a. Kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar mutakhir ini. b. Keyakinan penguasaan sepanjang melaksanakan KKP. c. Kesedaran kepentingan kesantunan berbahasa (kemahiran bertutur dan mendengar) bagi anda sebagai seorang guru. Kebanyakan murid-murid dan pelajar-pelajar sekarang semuanya bijak pandai tetapi mereka masih mampunyai masalah di dalam kesantunan berbahasa di dalam komunikasi seharian mereka. Mereka tidak menggunakan nilai berbahasa dengan betul tetapi mereka menggunakan bahasa pasar atau bahasa yang mudah untuk mereka fahami di kalangan mereka tanpa menghiraukan nilai kesantunan tersebut. Kadang kala, mereka tidak sedar bahawa bahasa yang mereka gunakan kurang sesuai apabila berkomunikasi dengan guru khususnya. Walaupun mereka di ajar di sekolah, mereka lebih mudah terpengaruh dengan media massa dan juga rakan sebaya. Di sini, guru memainkan peranan penting untuk memperbetulkan dan menegur bahasa yang digunakan agar bahasa kita kekal terpelihara. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya mendapati keyakinan terhadap nilai penggunaan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan semakin

12

tinggi. Ketiga-tiga elemen ini penting di dalam komunikasi harian kita. Kita sering mendengar slogan Bahasa Jiwa Bangsa dan Budi Bahasa Budaya Kita .Saya tertarik dengan penggunaan slogan tersebut kerana bahasa menunjukkan nilai bangsa kita. Dengan bahasa juga orang lain boleh menilai perilaku kita kerana apa yang dituturkan mencerminkan peribadi seseorang individu. Apa yang dituturkan juga mencerminkan nilai intelek seseorang individu. Bahasa juga penting untuk menyampaikan maklumat. Oleh itu, bukankah bahasa yang sopan dan berhemah lebih baik untuk diterima sebagai bahan maklumat? Justeru, bahasa yang mempunyai nilai kesantunan dan gaya bahasa yang sesuai adalah sangat penting. Sebagai seorang guru, saya menjadi model ikutan oleh anak-anak murid yang memerhati setiap hari. Bahasa yang digunakan perlulah sopan dan bersantun agar dapat menjadi ikutan anak-anak didik. Ini amat penting kerana anak murid lebih mendengar dan mempercayai kata-kata gurunya. Apa yang didengar setiap hari, itulah yang akan menjadi ikutannya. Selain bertutur dengan bahasa yang sopan, guru juga perlu mempunyai kemahiran mendengar. Luahan dan pendapat daripada anak murid tidak harus dipandang sepi kerana daripada kemahiran inilah, guru dapat mengenali anak murid dari segi sahsiahnya. Ini penting untuk menghasilkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang sedang diusahakan oleh Kementerian baru-baru ini.

13

Bibilografi Institut Pendidikan Guru Modul Bahasa Melayu Komunikasi (WAJ3115) 2011: Kementerian Pelajaran Malaysia. Yacob Elsharouny (1997). Kejadian Yang Tidak Terduga & Cerita-cerita Lain. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka. Arif (2009) Arifbahasamelayu1.blogspot.com/2009/03gayabahasa.html Dilayari pada 10 Ogos 2011. ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi. Dilayari pada 10 Ogos 2011. Rusmanmalilli (2010) www.rusmanmalili.com/pdf/kesantunan-dalampragmatik.html. Dilayari pada 11 Ogos 2011.

14

You might also like