You are on page 1of 32

PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN

Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memaklumkan tentang:

Pengukuhan kepada 1Murid 1Sukan

Pelaksanaan

Dasar

Program yang telah dilaksanakan pada tahun 2011 di bawah pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan Program pada tahun 2011 yang akan diteruskan pada tahun 2012 Program tambahan yang dirancang untuk tahun 2012

Apa kata YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia tentang Dasar 1Murid 1Sukan

Generasi murid hari ini adalah generasi pemimpin pada tahun 2020. Persoalannya ialah mampukah mereka memimpin Negara dalam konteks gemilang? Misi ini bukan mudah dan justeru, mereka perlu dibantu agar dapat menampilkan diri sebagai modal insan cemerlang. Pelbagai inisiatif diambil dan Dasar 1Murid 1Sukan yang bermatlamat menjadikan sukan sebagai cara hidup hakikatnya mampu membina kemahiran menggunapakai ilmu pengetahuan bagi kegunaan seumur hidup
Petikan daripada buku: Sudut Pandangan Muhyiddin Yassin (2011)

WAJIB SUKAN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979, telah menetapkan bahawa sukan adalah dimestikan di semua sekolah. KPM mewajibkan aktiviti sukan di sekolah melalui SPI Bil. 1/1989 : Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah bertarikh 3 Januari 1989.

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 adalah memperakukan : Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman beramai-beramai yang melibatkan penyertaan semua murid. Permainan-permainan di sekolah seberapa yang boleh hendaklah melibatkan penyertaan murid yang ramai seperti dalam perlumbaan merentas desa, jalan kaki dan sebagainya. Kegiatan sukan dan olahraga diperingkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan hendaklah terus dipergiatkan supaya matlamat perpaduan antara muridmurid berbilangan kaum dan lapisan masyarakat dapat dicapai

PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN

Dasar ini bukan merupakan perkara baharu dalam pendidikan Dasar ini merupakan penjenamaan semula sukan di sekolah Bagi mengembalikan kemeriahan kegemilangan sukan di sekolah dan

Apa kata YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia tentang Dasar 1Murid 1Sukan

Kita perlu faham bahawa keputusan melaksanakan dasar ini bukan bermakna kita melakukan satu perkara yang baharu, sebaliknya apa yang kita buat ini hanya mengembalikan apa yang telah dilakukan satu ketika dahulu, terutama pada sekitar tahun 1960 dan 70-an. Kita sekadar menghidupkan semula budaya yang beransur-ansur dilupakan akibat penekanan keterlaluan terhadap pencapaian akademik. Tujuan utama kita adalah untuk mengurangkan tekanan berlebihan kepada kanak-kanak di peringkat sekolah
Petikan daripada buku: Sudut Pandangan Muhyiddin Yassin (2011)

PENDEKATAN PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN

Kejohanan Balapan dan Padang (mulai


Jun setiap tahun)

Sukan Tara

Sukan Di Bawah Aktiviti Kokurikulum

Merentas Desa

Aktiviti Sukan di Sekolah

PertandinganPertandingan peringkat sekolah

SPI BERKAITAN DASAR 1MURID 1SUKAN


Surat Pekeliling Ikhtisas 16/2010 (Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan) Surat Pekeliling Kewangan 8/2010 (Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid) Surat Pekeliling Ikhtisas 8/2009 (Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti/Program Lawatan Di Luar Waktu Persekolahan) Surat Pekeliling Ikhtisas 4/2008 (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

SURAT SIARAN BERKAITAN DASAR 1MURID 1SUKAN Surat Siaran 10/2011 (Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia Dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri Dalam Melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan Surat Siaran 49/2010 (Kebenaran Khas Kepada Guru-Guru Dan Murid-Murid Yang Melaksanakan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK) Memamkai Pakaian Rasmi Sukan Sepanjang Hari Berkenaan) Surat Siaran 17/2010 (Penganjuran Program/ Aktiviti Sukan Tahunan/Kejohanan Olahraga Di Sekolah-Sekolah) Surat Siaran 14/2009 (Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Sukan)

Apa yang perlu pihak sekolah lakukan bagi menjayakan Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan

Mempunyai takwim dan jadual aktiviti sukan sepanjang tahun dan perlu memastikan takwim tersebut dilaksanakan Mesyuarat perancangan dan penyediaan takwim Mesyuarat perancangan program sukan sekolah secara terancang dan berkala melalui Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Pengagihan dan pendaftaran rumah sukan dan kelab sukan secara seimbang (bilangan ahli, jantina dan pelbagai kaum)

PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN

Bahagian Sukan sentiasa menyahut seruan untuk mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah melalui pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan. Susulan daripada pelancaran dasar ini, program dan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2011 akan diteruskan pada tahun 2012 bagi memastikan penglibatan menyeluruh murid secara aktif dalam sukan dapat direalisasikan

STATUS PELAKSANAAN
TAHUN 2011 Kem 1Murid 1Sukan
702 Kem seluruh negara 33,712 peserta

TAHUN 2012
Kem 1Murid 1Sukan
Tambahan lagi 50% bilangan Sekolah Rendah

Taklimat Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan


Semua PPD seluruh negara

Taklimat Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan


Semua Guru Besar dan Pengetua melalui Majlis Guru Besar (MGB) dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM)

10 Modul Latihan Sukan Untuk Penasihat Kelab Sukan


Bola Sepak, Bola Tampar, Bola Baling, Bola Keranjang, Bola Jaring, Badminton, Ping Pong, Sepak Takraw, Hoki dan Olahraga

Tambahan 5 Modul Latihan Sukan Untuk Penasihat Kelab Sukan


Gimnastik, Sofbol, Senamrobik, Futsal dan Ragbi

KEM 1MURID 1SUKAN

MAKLUMAT KEM 1MURID 1SUKAN

Akan diteruskan kepada 50% bilangan sekolah rendah

Peruntukan diturunkan kepada setiap PPD


Bagi menampung penginapan, makanan dan minuman Dan tambang bagi pergerakan sekolah ke venue Kem Jurulatih Utama Kem 1Murid 1Sukan akan menghadiri Kursus Tambahan mulai April hingga Mei 2012 Tempoh pelaksanaan Kem 1Murid 1Sukan Mulai April sehingga September 2012 Laporan Kem 1Murid 1Sukan dihantar pada bulan Oktober 2012

MATLAMAT KEM 1MURID 1SUKAN

1.
2.

Membina satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah.
Melalui rangsangan/ tugasan murid dapat: Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab Membantu dalam penganjuran pertandingan Guru dan murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang dapat melibatkan ramai ahli kelab sukan Bersukan melalui aktiviti yang diubahsuai

3.

4.

OBJEKTIF KEM 1MURID 1SUKAN

Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan. Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan murid dan guru penasihat kelab sukan. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui sukan. Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam aktiviti kelab sukan. Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan


Piala Pusingan
Penganugerahan peringkat sekolah Sebagai insentif Memberi peluang bersukan Berasaskan Rumah Sukan

Kejohanan Kebangsaan
Kejohanan berasaskan sekolah di peringkat kebangsaan Murid mewakili sekolah di peringkat Daerah, Negeri dan Negara, atlet murid SSM, SSN dan PLD tidak dibenarkan Murid Bawah 16 tahun Olahraga, Bola Sepak, Bola Jaring

Senamrobik
Serentak seluruh negara Sempena pelancaran Bulan Kecergasan KPM Menggunakan Lagu Rasmi 1Murid 1Sukan Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

PIALA MENTERI PELAJARAN

PIALA PUSINGAN

Konsep Mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah Penganugerahan peringkat sekolah sebagai insentif Lebih banyak aktiviti dan pertandingan sukan di peringkat sekolah

Kriteria Merangkumi program teras sukan sekolah iaitu Merentas Desa, Sukan Tara, Kejohanan Balapan dan Padang sekolah, sukan di bawah aktiviti Kokurikulum dan pertandingan-pertandingan sukan peringkat sekolah berasaskan rumah sukan Peratus kehadiran ahli rumah sukan dalam program teras sukan juga diambilkira
Pelaksanaan Penganjuran pertandingan oleh Kelab Sukan Rumah Sukan membentuk pasukan untuk bertanding Pengiraan kutipan mata menentukan rumah sukan yang layak menerima anugerah Bilangan pertandingan dan jenis sukan diserahkan kepada pihak sekolah mengikut keupayaan sekolah dan kelab sukan Pihak sekolah diminta menyediakan Piala Pusingan khusus untuk sukan mengikut kemampuan sekolah dan Logo 1MURID 1SUKAN wajib dipaparkan pada piala tersebut

PIALA MENTERI PELAJARAN

Konsep Kejohanan berasaskan sekolah (school based) di peringkat kebangsaan pada 2 hingga 3 Disember 2012 Bertujuan memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai murid menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan. Dibuka kepada sekolah menengah untuk menyertai dan mewakili negeri masingmasing Piala diperkenalkan : PIALA MENTERI PELAJARAN Kriteria Peserta yang menyertai kejohanan ini adalah terdiri daripada murid yang bukan wakil sekolah di peringkat Daerah, Negeri atau Negara. Rasionalnya, memberi peluang kepada lebih ramai murid untuk menyertai pertandingan sukan Atlet murid dari Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Pusat Latihan Daerah (PLD) tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini Rasionalnya, atlet-atlet ini berpeluang untuk menyertai kejohanan prestasi tinggi di dalam atau luar negara
.

Pelaksanaan Melibatkan murid Sekolah Menengah bawah umur 16 tahun Sukan akan dipertandingkan adalah sukan Olahraga, Bola Jaring dan Bola Sepak. Sekolah terbaik akan mewakili negeri masing-masing ke kejohanan

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Konsep Sebagai kesinambungan program larian serentak seluruh negara sewaktu pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan Bagi menghidupkan kembali aktiviti senamrobik selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 10/1988: Senaman Beramai-ramai Untuk Meningkatkan Kecergasan Dan Tahap Kesediaan Murid Dan Guru Untuk Bersukan Disamping Melibatkan Penyertaan Beramairamai dan Surat Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 juga memperakukan: Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid.

Pelaksanaan Dilaksanakan seluruh negara secara serentak pada 2 Julai 2012 (Isnin) sempena pelancaran Bulan Kecergasan KPM peringkat kebangsaan Peringkat Negeri Semua sekolah seluruh negara akan menjalankan aktiviti senamrobik serentak mulai jam 8.00 pagi di sekolah masing-masing pada masa perhimpunan hari Isnin (2Julai 2012) Peringkat Kebangsaan Di padang Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya Melibatkan 2,300 warga sekolah dan pendidik Setiap sekolah membuat latihan menggunakan cakera padat yang disediakan . 4 lagu rasmi termasuk Lagu 1Murid 1Sukan Rentak yang sama CD akan dimuatnaik ke laman web Bahagian Sukan mulai bulan April 2012 Soft launch CD telah diadakan pada Majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO pada 1 Mac 2012 di Kedah

PEGAWAI BAHAGIAN SUKAN UNTUK DIHUBUNGI

En. Ismail bin Ibrahim HP: 013 342 3566 Pej: 03 8884 1032 Emel : ISMAILIBRAHIM@moe.gov.my : ismailjpjs@gmail.com

Pn. Yasmin Bte Othman (Ketua Unit 1Murid 1Sukan) HP: 012 474 9464 Pej: 03 8884 1357 Emel : yasmin.othman@moe.gov.my

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like