You are on page 1of 18

Tema 8: Kesenian

8.1 Konsep

Berikan pengertian kesenian dari pelbagai sudut.

Kesenian dalam tamadun awal dunia ini lebih merujuk kepada segala keindahan dan
kehalusan. Keindahan dan kehalusan ini dapat kita lihat melalui aspek-aspek
kesusasteraan, muzik, seni bina, seni ukir, kaligrafi, seni lukis dan teater. Setiap
tamadun memperlihatkan keunikan kesenian masing-masing ada setengah-
setengah daripadanya masih dapat dilihat hingga ke hari ini.

8.2 Pencapaian dan sumbangan

1. Senaraikan bidang-bidang kesenian yang wujud dalam tamadun awal dengan


meujuk kepada contoh-contoh benar yang terdapat dalam tamadun awal.

2. Susur galurkan asal usul dan sejarah perkembangan bidang-bidang kesenian


secara kronologi seperti kesusasteraan, muzik, seni bina, seni ukir, kaligrafi,
seni lukis dan teater.

Tamadun Mesopotamia

Kesusasteraan

Sebahagian besar dari kesusasteraan Sumeria zaman dahulu kala masih wujud
hingga ke hari ini. Antara yang terkenal ialah Legenda Etana dan Legenda Adapa. Di
samping itu terdapat Epik Gilgamesh. Epik yang merupakan puisi yang panjang ini
menyentuh tentang agama, keperwiraan, falsafah dan ccorak hidup orang Sumeria.
Dikatakan bahawa epik yang pertama di dunia dihasilkan pada zaman Sumeria. Ia
telah mengasaskan penghasilan epik.

Seni Ukir dan pahat

Mutu kesenian ini menampakkan mutu yang lebih baik pada zaman-zaman sebelum
zaman Sargon. Walau bagaimanapun seni ini tidak dapat menandingi seni yang
terdapat di Mesir.Kemahiran seni ukir tidak begitu nyata dalam tamadun
Mesopotamia. Antara sebabnya ialah tidak terdapat bahan binaan iaitu batu. Walau
bagaimanapun, pengukir-pengukir Sumeria mempunyai kemahiran seni ukir yang
tinggi. Mereka membuat ukiran-ukiran yang cantik dan halus seperti kerbau, rusa
jantan dan helang dari tembaga. Seni Ukir yang terkenal sekali di sini ialah ukiran
Patung Raja Gudea. Ukiran juga dapat dilihat melalui tembikar dan cop mohor yang
dibuat daripada tanah liat.

Kaligrafi

All The Best


Orang-orang Sumeria merupakan masyarakat yang terawal sekali di dunia
membentuk sistem tulisan. Tulisan merupakan gambar-gambar atau simbol-simbol
yang diguriskan di atas kepingan tanah liat. Ia dikenali sebagai cuneiform atau
tulisan pepaku atau tulisan berbaji. Tulisan .berbaji ini kemudiannya berkembang ke
peringkat fonetik (berdasarkan bunyi perkataan) semasa orang Sumeria mencapai
kemajuan. Terdapat lebih daripada 560 tanda untuk menggambarkan perkataan.
Tulisan itu digunakan untuk merekodkan sesuatu ( di atas kepingan tanah liat).

Seni bina

Seni bina tamadun Mesopotamia dapat dilihat melalui tiang batu dan arca. Seni bina
mereka seperti lengkungan, bumbung yang melengkung dan kubah yang kemudian
dituru oleh orang Rom. Apabila Mesopotamia diperintah oleh puak Chaldea yang
menjadikan Babylon sebagai pusat pemerintahan ( yang bermula pada tahun 625
SM) sebagai dinasti yang akhir sekali memerintah zaman keagunganMesopotamia,
salah seorang pemerintahnya yang bernama Nebuchadnezzar telah mengindahkan
kota Babylon. Baginda mencantikkan Babylon melalui seni bina iaitu dengan
membina banyak bangunan yang indah-indah yang dibuat dari tanah liat (tanah liat
merupakan satu-satunya bahan tempatan yang diperolehi di Mesopotamia pada
masaitu) seperti kuil, pintu gerbang, jambatan dan istana. Bagi mencantikkannya
lagi, baginda hiasi dengan taman-taman bunga yang indah. Inilah yang dinamakan
Taman Tergantung Babylon yang menjadi satu daripada tujuh benda ajaib di dunia.

Tamadun Mesir

Kesusasteraan

Kesusasteraan Mesir terdiri daripada cerita, puisi, lagu dan nasihat. Kebanyakan
daripada kesusasteraan yang dihasilkan pada Zaman Kerajaan Tua / Peuba (3500-
2700 SM) adalah berbentuk keagamaan dan falsafah. Contohnya, legenda Osiris
dan Isis yang mempunyai banyak versi itu mengisahkan tentang tuhan-tuhan
mereka. Begitu juga dengan nasihat-nasihat Ptahhotep (seorang cendikiawan Mesir
purba) telah direkodkan ke dalam buku. Buku ini digunakan di sekolah-sekolah
beberapa tahun selepasnya dan tidak syak lagi banyaklah keturunan orang Mesir
yang dididik mengikut pengajarannya. Nasihat-nasihatnya amatlah mudah
diamalkan. Dia mengesyorkan seseorang itu menghormati orangyang lebih tinggi
darjatnya agar tidak disiksa oleh mereka dan juga orang yang lebih rendah
darjatnya agar tidak dimurkai tuhan. Orang kaya baru diberi amaran supaya jangan
sombong dan mengikut pendapatnya orang yang bijak sekali ialah orang yang
kurang bercakap. Ptahotep juga memberi nasihat mengenai tingkahlaku dan
mengenai cara-cara menjaga isteri. Katanya, "seseorang isteri perlu diberi
makanan, pakaian dan minyak wangi. Janganlah hendaknya seseoang suami itu
bengis kerana seseorang isteri lebih mudah menurut jika dipujuk. Kesusasteraan
klasik bermula pada Zaman Kerajaan Pertengahan. Nasihat-nasihat yang berguna
dikumpulkan dalam sebuah buku. Antara yang terkenal ialah ‘Hymn To The Sun’ dan
‘Book of The Dead’.
All The Best
Seni Ukir

Seni ukir Mesir dapat dilihat melalui kuil-kuil, piramid, sphinx dan tiang-tiang.Seni
ukir yang terdapat pada patung-patung Firaun ini tidak banyak perbezaannya buat
berabad-abad lamanya. Tiang-tiang yang dibina ketika Mesir diperintah oleh raja
perempuan yang bernama Hatshepsut telah diukir dengan catatan peristiwa-
peristiwa penting yang berlaku pada zamnnya. Antara perisitiwa penting itu ialah
pembinaan semula rumah-rumah berhala.

Seni Bina

Juru bina yang mula-mula sekali merangka bangunan batu ialah Imhotep, penasihat
utama kepada Firaun Zoser. Semasa rajanya masih hidup, beliau telah membina
sebuah tugu yang berbentuk piramid di Sakkara. Piramid yang dipanggil Step
Piramid ini masih ada hingga ke hari ini. Pembinaan piramid seperti ini diteruskan
oleh raja-raja Mesir seterusnya. Setiap raja semasa hidupnya membina tugu-tugu
besar atau piramid yang masih kekal hingga ke hari ini. Kebanyakan piramid dibina
antara tahun 3000 hingga 2000 SM. Apa yang menakjubkan di sini ialah betapa
berat dan susahnya kerja membina tugu-tugu besar begini bagi orang-orang zaman
itu. Piramid besar yang dibina di Gizeh untuk Firaun Khufu meliputi kawasan seluas
13 ekar. Ia dibina menggunakan lebih daripada sejuta kepingan batu kapur yang
beratnya 2 tan sekeping. Di dalam tugu ini terdapat lorong-lorong yang
menyambungkan bilik-bilik mayat yang ada di dalamnya. Jelas sekali betapa
mutlaknya kuasa raja-raja Mesir dan rajinnya rakyat kelas bawahan. Dianggarkan
seramai 100,000 orang yang terdiri daripada hamba abdi dan dan pekerja yang
dikerah paksa, terpaksa bekerja untuk selama 20 tahun bagi menyiapkan tugu itu.
Antara tugu-tugu termasyhur yang masih kekal hingga ke hari ini ialah The Great
Sphinx of Giza. Ia berupa sejenis makhluk yang mempunyai badan seekor singa dan
berkepala yang menyerupai muka Firaun Khfre. Firaun Khfre telah membina 3 buah
piramid di Gizeh. Sphinx-sphinx ini didirikan berhampiran dengan tugu-tugu besar.
Banyak patung Firaun yang memerintah pada zaman dinasti pertama dibina di
Mesir ini.

Selain dari tugu, seni bina Mesir juga dapat dilihat melalui pembinaan kuil-kuil. Raja
Pepi 1 telah membina beberapa buah rumah berhala unutk ‘tuhan-tuhan’ mereka.
Batu granait digunakan dalam pembinaan rumah berhala ini. Usahanya diteruskan
oleh firaun-firaun yang memerintah selepasnya terutamanya Raja Hatshepsut..Kuil-
kuil yang dibina itu menggunakan kemahiran yang tinggi.

Semasa Mesir diperintah oleh raja perempuan yang bernama Hatshepsut, baginda
memerintahkan supaya didirikan dua batang tiang peringatan semasa perayaan
menyambut ulangtahun pemerintahnnya yang ke-15. Tiang-tiang itu hampir 100
kaki dan berat setiap batang ialah 350 tan. Tiang-tiang ini didirikan di hujung rumah
berhala Amon yang mula dibina semasa pemerintahan ayahnya. Pembinaan tiang
ini dibuat hampir 6 bulan. Tiang-tiang itu disalut dengan sejenis pancalogam. Selain
dari itu banyak didirikan patung-patung firaun dan istana.
All The Best
Seni Lukis

Lukisan yang dihasilkan pada zaman Mesir purba mempunyai warna yang terang. Ia
biasanya menggambarkan kehidupan seharian masyarakat Mesir purba. Lukisan
dapat dilihat di dinding piramid.

Muzik

Antara alat-alat muzik yang utama ialah seruling, sastrum, kecapi dan alat muzik
yang bertali. Kuil juga mempunyai koir masing-masing. Istana raja pula mempunyai
orkestra.

Kaligrafi

Orang Mesir mula memajukan sistem tulisan semasa zaman pra-dinasti lagi.
Pendeta Mesir telah menggunakan tulisan apabila hendak merekodkan upacara
keagamaan dan harta kuil. Tulisan awal Mesir adalah dalam bentuk gambar iaitu
gambar digunakan untuk mewakili objek. Jenis tulisan ini dipanggil tulisan hieroglifik
(hieroglyphic). Pada peringkat kedua perkembangan tulisan, gambar yang mewakili
bunyi perkataan digunakan. Peringkat akhir perkembangan tulisan menyaksikan
penciptaan huruf yang mengandungi 24 tanda. Huruf yang dicipta tidak
mengandungi huruf vokal. Dakwat yang digunakan untuk menulis dibuat dengan
mencampurkan air, abu dan gam sayur-sayuran. Rumput buluh halus digunakan
sebagai pen. Tulisan dibuat atas tembikar, tulang dan kayu. Kemudian orang Mesir
menggunakan papirus sebagai kertas.

Tamadun Graeco-Roman

Greek

Kesusasteraan

Pengasas kesusasteraan Yunani yang terkenal ialah Homer. Beliau telah menulis
epik-epik Illiad dan Odyssey. Illiad adalah kisah-kisah peperangan di antara Yunani
dan Troy manakala Odyssey pula mengisahkan pengembaraan Odysseus selepas
peperangan dengan orang-orang Troy tamat. Pendek kata, epik-epik tersebut
bertemakan kekuatan fizikal. Hipponax dan Xerophones telah memperkenalkan puisi
lirik. Tema puisi lirik ialah kegembiraan dan kesedihan. Pindar (518-438 SM)
merupakah salah seorang penulis puisi lirik yang masyhur. Sappho (abad ke-6 SM)
pula adalah seorang ahli puisi wanita yang masyhur. Dia menulis puisi-puisi
romantik. Thucydides adalah tokoh sastera Greek yang memperkenalkan bentuk
prosa.

Drama diperkenalkan pada abad ke-5 SM.Drama-drama awal lebih kepada bentuk
agama dan kepercayaan. Penulis-penulis drama Yunani yang masyhur ialah
Aeschylus (525-456 SM) yang dianggap sebagai pengasas drama Greek, Sophocles
(496-406 SM) dan Euripides (480-406 SM). Di antara drama-drama yang terkenal
ialah ‘The Persians’, ‘Prometheus Bound’, ‘Antigone’, ‘The Trojan Women’ dan

All The Best


‘Oedipus’. Drama-drama ini adalah berbentuk komedi dan tragedi. Secara
keseluruhannya drama-drama Greek mempersembahkan lakonan memuja. Walau
bagaimanapun, ada juga di kalangan dramatis yang bersifat kritis. Sebagai contoh,
Euripides telah menunjukkan kesangsiannya terhadap tuhan. Aristophanes pula
mempersendakan ahli-ahli politik dalam lakonannya. Drama yang berani mengkritik
para pegawai kerajaan yang menerima rasuah (dibuat secara komidi) ialah ‘The
Knights’ dan yang mempersendakan ahli falsafah (seperti Socrates dan Pericles)
ialah ‘The Clouds’.

Teater

Bidang ini berkembang pesat di negara kota Greek pada abad ke-5 SM. Ia diadakan
pada masa Pesta Dlonysus atau Dewa Wain. Pelakon-pelakon teater terdiri dari
kaum lelaki sahaja. Teater mendapat sambutan yang baik daripada rakyat. Pada
peringkat awal seorang akan membacakan cerita dan seorang lagi akan berlakon.
Keadaan ini kemudian berubah dengan pelakon menguasai lakonan, cerita dan
cuma terdapat muzik latar mengiringi lakonan mereka.

Seni Bina

Tamadun Greek juga memperlihatkan ketingggian dalam bidang seni bina. Bidang
ini dapat dilihat melalui bangunan-bangunan yang dirikan seperti kuil-kuil.
Kemajuan dalam bidang ini jelas sekali pada zaman Pericles di Athens. Di bawah
arahan juru binanya yang bernama Ictinus dengan bantuan Callicrates, Pathenon
atau ‘Temple of the Virgin’ dibina di atas Acropolis. Kuil ini dibina ‘untuk Dewi
Athena’. Bangunan ini dibuat dari batu marmar Attica yang diambil dari Gunung
Pentelicus. Dari runtuhannya masih kelihatan rupa dan bentuknya yang menarik. Di
dalamnya terdapat sebuah patung Virgin Athena yang besar dan tersergam. Selain
dari Pantheon, terdapat banyak kuil lain di bina di Greek seperti Kuil Arthemis dan
Kuil Apollo yang melambangkan kebolehan juru binanya. Di Greek terdapat 3 jenis
seni bina bangunan yang popular iaitu Doric, Ionic dan Corinthian. Keindahan seni
bina Greek dapat juga dillihat melalui patung yang menjadi tiang bangunan serambi
Kuil Erechtheum.

Seni Ukir

Orang crete adalah pakar dalam memotong permata, mengukir gading dan seni
tembikar.Mereka telah meninggalkan contoh-contoh hasil kerja tangan dari logam-
logam dan patung-patung kecil yang sangat indah perbuatannya, dibuat dari gading
dan emas. Keindahan seni ukir Greek juga dapat dilihat melalui ukiran-ukiran pada
patung-patung ketuhanan. Sebagai contoh, patung Athena yang dibuat daripada
gangsa dan emas diukir dengan begitu halus. Contoh patung lain yang diukir ialah
patung Seus, patung Olympia, patung pembaling cakera, Colossus dan Venus de
Milo. Patung-patungnya mempunyai mimik muka perasaan manusia. Antara
pengukir-pengukir yang terkenal ialah Phedias, Scopas dan Praxiteles. Selain dari

All The Best


bertanggungjawab mengukir patung Dewi Athena, Phedias juga mengukir gambar
timbul yang cantik untuk Kuil Parthenon.

Seni Lukis

Sejarah peradaban awal Greek bermula di Pulau Crete (setakat tahun 2000 SM dan
mencapai puncaknya pada tahun 1600 SM dan berterusan hingga selama kira-kira 4
abad lagi selepas itu) .Ia dikenali sebagai tamadun Mycenae. Kemajuan orang-orang
Crete dalam bidang seni lukis sangat tinggi dari segi kehalusan dan daya. Istana-
istana mereka dihiasi dengan lukisan-lukisan dinding (gambaran tentang orang
perempuan dan binatang-binatang dengan berlatarbelakangkan pemandangan di
desa. Selain dari itu, terdapat juga lukisan-lukisan menggambarkan pembawa-
pembawa cawan yang bersopan santun, budak-budak perempuan yang menari dan
perlawanan berlaga lembu dengan disaksikan oleh orang-orang bangsawan
memakai pakaian-apakaian yang mengikut fesyen. Dengan itu dapat dikatakan di
sini bahawa lukisan-lukisan orang Greek menggambarkan peristiwa-peristiwa yang
tragik dan dramatik. Lukisan dibuat di atas kepingan kayu pada zaman Pericles. Ia
juga dilukis di atas bekas-bekas.Pelukis Greek yang terkenal ialah Apollodorus.

Kaligrafi

Tulisan awal masyarakat Minos di Greek merupakan tulisan bergambar hieroglyphic


(2000-1650 SM) dan tulisan bergaris yang disebut Linear A ( tahun 1700 SM).
Terdapat juga jenistulisan Linear B (tahun 1450 SM) yang ditulis di atas papan tanah
liat (contohnya, papan tanah liat dijumpai di Knossos, Create) dan di Mycenae, Pylos
dan Thebes. Dikatakan juga bahawa orang Yunani telah mengambil tulisan orang
Phoenicia yang telah diubah suai dengan menambah huruf-huruf vokal.

Tamadun Rom

Kesusasteraan

Rom telah menghidupkan kembali kesusasteraan Greek yang banyak


mempengaruhi kehidupan orang Rom. Di samping mengekalkan kesusasteran
Greek, orang Rom juga mencipta sastera mereka sendiri. Namun Rom tidak
mempunyai ramai penulis agung. Pada zaman Pax Romana (zaman keamanan),
sarjana-sarjana Rom mengkaji dan menulis semula karya-karya agung lama. Di
antara tokoh Rom yang terkenal dalam bidang ini ialah Phiny dengan karya yang
berjodol ‘Natural History’. Seneca adalah contoh penulis prosa yang terkenal. Cicero
pula telah menjadikan bahasa Latin sebagai bahasa yang penting dalam
kesusasteraan melalui tulisan-tulisannya. Bidang ini mencapai puncak pada zaman
pemerintahan Augustus dengan dua orang penyair terkenal iaitu Horace ( penulis
lirik) dan Virgil. Virgil telah menghasilkan ‘Aeneid’.

Seni bina

Seni bina Rom menggambarkan gabungan antara orang Rom, Etruscan dan Yunani.
Gabungan ini dipanggil Graeco-Roman.Orang Rom meniru bentuk arca dari orang
All The Best
Etruscan dan dari situ mereka mencipta bidang-bidang baru lain yang tidak ada di
Greek. Sebenarnya Rom banyak mewarisi seni bina Greek. Walaupun rekaan orang
Rom tidaklah sehalus ciptaan orang Greek namun keluasan binaan Rom
menampakkan sesuatu yang mengkagumkan. Mereka telah mencipta sendiri konkrit
yang dibuat dari batu dan batu bata bagi menjimatkan belanja dan ciptaan ini
kemudian ditiru oleh negara Eropah lain..

Bangunan-bangunan Rom mempunyai ciri-ciri seperti lengkungan, basilika dan dom.


Seni bina rom banyak dipengaruhi seni bina Greek dan Asia. Seni bina Rom dapat
dilihat melalui binaan pintu gerbang, bumbung yang melengkung, arked (peneduh),
kubah, tiang , bangunan bundar, saluran-saluran air yang besar (akuadak) , tempat
mandi awam, arca, jalan raya, jambatan, pembentung, hospital, rumah dan gereja.

Antara bangunan yang masyhur ialah Colosseum (tahun 80 M). Colosseum


merupakan sebuah teater atau gelanggang yang besar untuk pelbagai jenis
permainan yang boleh memuatkan seramai 50,000 orang. Colosseum dibina
dengan gabungan tiga ciri utama zaman Greek iaitu ‘doric’, ‘ionic’ dan ‘corinthian’.
Pantheon pula merupakan kuil berbentuk kubah dengan ukuran 142 kaki diameter.
Yang istimewa tentang Pantheon ini ialah domnya tidak disokong oleh tiang. Selain
dari itu terdapat juga Circus Maximum yang merupakan stadium berbentuk elips
yang menganjurkan pertandingan kereta kuda beroda dua. Stadium ini boleh
memuatkan seramai 150000 orang. . Rom juga terkenal dengan binaan jalan raya
yang dibina sepanjang 12,000 batu dengan 372 jalan utama yang menghubungkan
Rom dengan negara-negara di bawah empayarnya. Rom membina saluran air
(akuadak) yang ada yang sampai 80 km panjangnya. Contoh akuadak yang terkenal
ialah Aqua Claudia. Rom juga terkenal dengan binaan kolam mandi. Antara yang
terkanal ialah Caracalla seluas 11 hekatar yang boleh memuatkan seramai 1500
orang.

Augustus telah membina sebuah istana di Bukit Palatine dan sebuah kuil untuk
Apollo berdekatan dengannya. Kuil ini dicirikan oleh jajaran tiang. Seni bina Rom
mencapai puncak pada zaman Trajan dan Hadrian.

Seni Ukir

Seni ukir Rom boleh dilihat melalui seni binanya yang banyak dipengaruhi oleh
corak Greek.

Kaligrafi

Rom menggunakan tulisan Latin. Orang Rom juga telah mengambil tulisan orang
Phoenicia (orang Phoenicia telah mencipta sistem abjad yang mempunyai 22
simbol) yang telah diubah suai oleh orang-orang Greek dengan menambah huruf-
huruf vokal yang kemudian telah diubah suai lagi oleh orang-orang Rom. Tulisan ini
kemudian telah tersebar ke Barat.

Tamadun China

All The Best


Kesusasteraan

Sun –tsu (awal kurun ke-4 SM) telah mengarang buku ‘ The Art of The War yang
menyentuh tentang strategi peperangan. Banyak kajian dan karya telah dihasilkan
pada zaman Dinasti Han. Tokoh penting yang hidup pada zaman Dinasti Han ialah
Ssu Ma Chien yang juga dikenali sebagai Bapa Sejarah China.

Puisi juga mendapa tempat di negara China. Pada zaman Dinasti Tang (618-907 M)
penyair-penyair agungnya mendapat sanjungan yang tinggi di negara China jika
dibandingkan pada zaman-zaman yang lain. Antara penyair yang terkenal ialah Tu
Fu dan Li Po. Nada puisi ialah kesayuan dan kegembiraan.

Pada zaman Dinasti Yuan bidang novel berkembang dengan pesat dan setengah-
setengah novel telah mencapai kepada tahap mutu yang tinggi walaupun pada
mulanya tidak dianggap sebagai kesusasteraan dalam erti kata yang sebenar.

Seni bina

Dalam bidang ini China terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang dibina
semasa Dinasti Chin. Semasa Dinasti Chou lagi, beberapa buah negeri di bahagian
utara negeri China telah membina tembok-tembok yang panjang untuk
mempertahankan negeri China daripada serangan musuh. Maharaja Shih Huang Ti
telah mengukuh dan mencantumkan semua tembok tersebut menjadi satu tembok
besar yang bersambungan di atas bukit dan lembah.Pembinaannya adalah dalam
jangka masa antara tahun 228 SM hingga 210 SM. Tembok Besar China yang
panjangnya kira-kira 2410 km dan setinggi 40-50 kaki merupakan satu daripada 7
keajaiban dunia. Di sepanjang tembok itu dibina 20,000 menara-pengawa di
samping 10,000 menara-pengawal kecil. Pada setiap menara ditempatkan
sepasukan tentera seramai 100 orang. Seni bina yang lain dapat dilihat melalui
pembinaan istana, kuil-kuil dan bangunan-bangunan berbentuk pagoda.

Seni Ukir, seni pahat dan seni halus

Ukiran-ukiran dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu jed,
gangsa, batu, tanah liat dan kayu. Ukiran juga dibuat di kubur dan di dinding gua.
Pengukir Shang menggunakan batu marmar, batu jed dan batu kapur untuk
mengukir patung-patung kecil. Dinasti Han juga terkenal dengan pengukir-
pengukirnya yang mahir.

Dalam bidang pembuatan seramik atau tembikar, masyarakat Shang telah


memajukan teknik-teknik membuat seramik.Buatannya halus dan dicat dengan
warna hitam dan merah. Gangsa juga digunakan untuk membuat bekas air dan
makanan. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran geometrik dan haiwan.

Pada zaman Dinasti Tang (abad ke-8) seni pahat (sculpture) turut berkembang
seiring dengan perkembangan seni lukis.Dalam hal ini agama Buddha banyak
memainkan peranan. Kegiatan agama telah menghasilkan banyak patung di kuil-
kuil. Patung-patung yang masyhur ialah ‘Lung-men’, Buddha batu yang dikelilingi
All The Best
oleh patung-patung Bodhisattvas, samai-sami dan penjaga-penjaga. Kemudian
dengan secara beransur-ansur orang-orang China menggantikan patung-patung
keagamaan itu dengan membuat patung-patung berbentuik kuda dengan ukiran-
ukirannya sekali. Patung-patung kuda dengan penunggangnya menggambarkan
sifat kepahlawanan China.

Seni Lukis

Lukisan dilukis pada kain sutera, tembikar dan sampang. Ia biasanya terdiri
daripada potret manusia, gambar-gambar yang berlatarbelakangkan cerita-cerita
metos dan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku. Seni lukis yang mula-mula
sekali dihasilkan adalah dari orang-orang Buddha yang kemudian berkembang ke
arah keduniaan. Pada zaman Dinasti Tang muncul pelukis teragung iaitu Wu Tao
Yuan yang juga merupakan seorang sami Buddha. Dengan beberapa garis, dia telah
dapat meletakkan satu lukisan yang bermutu tinggi di kanvas lukisannya. Seni lukis
mencapai kemajuan sebenar pada zaman Sung. Dua orang pelukis terkenal zaman
ini ialah Kuo His dan Mi Fei. Pada zaman Dinasti Han, banyak lukisan potret
dihasilkan. Tembok dihiasi dengan catan fresco menggambarkan tokoh terkemuka
seperti ahli falsafah, raja-raja, negarawan. Kedatangan agama Buddha memberi
motif baru dalam seni lukis. Corak lukisan lebih kepada gambar pemandangan
seperti sungai, gunung ganang. Batu-batu dan salji.

Muzik

Alat muzik tradisional China ialah seruling buluh kerana buluh banyak di negara
China.Kedatangan orang Mongol membawa satu lagi alat muzik iaitu ‘hu-Chin’ atau
kecapi Mongol yang dmainkan secara menggesek (seperti menggesek biola).Dinasti
Yuan telah memberi satu sumbangan kepada perkembangan muzik China iaitu
sumbangan irama lagu yang baru dengan gabungan lagu dan kecapi.

Nyanyian China seolah-olah mendapat ilham dari bangsawan Eropah apabila pada
tahun 720 seorang daripada maharaja Dinasti Tang telah mengasaskan Kolej Pear
Garden di perkarangan istananya. Beratus-ratus pelajar muda diberi latihan. Kolej
ini meletakkan asas dalam latihan wayang bangsawan orang China. Lagu
memainkan peranan penting dalam keseluruhan bangsawan. Diolog diucapkan
berasingan dari persembahan.

Drama

Pembentukan dan kebangkitan drama China berlaku pada zaman Dinasti


Yuan.Banyak drama dihasilkan dan ada di antaranya masih dipentaskan pada
zaman China moden. Kemungkinan drama pada zaman Dinasti Yuan (Mongol) ini
berkembang kerana mengisi masa lapang yang banyak memandangkan Mongol
tidak memberi peluang kepada orang China mengisi jawatan kerajaan.

Telah menjadi kebiasaan bahawa drama China disertakan dengan muzik. Terdapat
juga drama komidi yang berunsur sindiran atau teguran terhadap maharaja. Watak

All The Best


dalam drama China melaungkan riwayat hidupnya, pemikirannya dan pekerjaannya
pada babak pertama. Dari segi dasar, cara ini sama seperti korus orang Greek.

Teater

Bidang ini hanyak berkembang di kalangan kaum bangsawan kerana mereka


merupakan golongan intelek.

Kaligrafi

Sistem tulisan Shang adalah sistem tulisan Cina yang terawal di negara China.
Mereka juga menggunakan tulisan bergambar yang melambangkan sesuatu objek.
Orang China juga menggunakan tulisan simbol untuk menggambarkan idea abstrak
atau kompleks. Terdapat 3000 simbol pada zaman Dinasti Shang. Tulisan berbentuki
simbol dikenali sebagai ‘ideogram’atau ‘ideografik’. Tulisan ideografik ini menjadi
asas kepada tulisan Cina sekarang.. Pada zaman Dinasti Shang jurutulis
menggunakan berus atau kayu runcing untuk menulis. Tulisan diguris di atas
kepingan buluh, kulit siput, tulang,kulit kura-kura, batu jed, gangsa, kayu, tembikar
dan sutera. Kepingan-kepingan buluh yang telah ditulis itu diikat untuk menjadi
sebuah buku. Tulisan penting kerana ia boleh menjadi alat untuk memelihara
perpaduan negara.

Tamadun India

Kesusasteraan

Perkembangan kesusasteraan tamadun India kebanyakannya diwarisi daripada


Empayar Gupta. Raja-raja Gupta menjai penaung dan berminat dalam seni. Mereka
menjemput ke istana mereka kumpulan penyair. Kaum bangsawan dan kalangan
istana begitu berminat terhadap kesusasteraan.Nama sasterawan yang paling
agung dan terkenal ialah Kalidasa dengan karyanya yang berjodol Sakuntala. Dia
mempunyai daya pemikiran menggambarkan setiap emosi manusia yang
tersembunyi. Dengan daya imaginasi dan penguasaan bahasa, minat terhadap
kesusasteraan.Nama sasterawan yang paling agung dan terkenal ialah Kalidasa
dengan karyanya yang berjodol Sakuntala. Dia mempunyai daya pemikiran
menggambarkan setiap emosi manusia yang tersembunyi. Dengan daya imaginasi
dan penguasaan bahasa Sanskrit telah meletakkan dirinya bersama penyair India
yang lain dan dia melebihi penyair lain di mana-mana sahaja. Sakuntala
mengandungi puisi klasik dan drama tentang sosial masyarakat Hindu.

Orang Aryan dan bahasa Sanskrit turut memainkan peranan penting dalam
perkembangan kesusasteraan India. Orang Arya telah menghasilkan Rig-Veda yang
merupakan kumpulan sajak agama dan tradisi lisan. Karya ini telah ditulis pada
tahun 1000 SM.

India juga terkenal dengan dua buah epik iaitu Mahabharata dan Ramayana. Kedua-
dua epik ini menceritakan kehidupan dalam tamadun awal India.Mahabharata
mengandungi syair yang menceritakan tentang permusuhan Pandawa dan Kaurava.
All The Best
Ia ditulis oleh Vyasa. Ramayana pula menceritakan tentang pengembaraan Rama
mencari isterinya Sita yang telah ditawan oleh Ravana. Ia ditulis oleh Valmiki.

Di Selatan India, orang Dravidia menghasilkan corak kesusasteraan yang berbeza


dengan orang Aryan di utara India. Mereka menghasilkan sastera berbentuk epik,
prosa lirik dan sajak yang berunsur falsafah. Tulisan mereka menulis menggunakan
bahasa Tamil. Karya-karya mereka yang terkenal ialah Ettuttokai, Pattuppattu,
Tolkappiyam dan Tirukkural.

Bangunan-bangunan yang dibina di bandar Mohenjo Daro begitu kukuh


menggunakan batu bata yang mempunyai saiz yang sama. Bentuknya hampir
seragam dan boleh dikatakan setiap rumah mempunyai bilik mandi. Tempat mandi
awam juga dibina. Di bandar ini juga terdapat tali air. Bangunan-bangunan yang
didirikan itu menjadikan bandar Mohenjo Daro sebagai bandar terancang.

Asoka juga terkenal dengan pembinaan kuil-kuil Buddha. Beliau juga membina
tiang-tiang batu yang di atasnya dicatat perintah-perintahnya dengan
menggunakan bahasa Prakrit. Antara tiang batu yang termasyhur ialah tiang yang
mempunyai ukiran 4 ekor singa yang menyokong Roda Undang-undang agama
Buddha. Ia dijumpai di Sarnath. Patung yang terkenal yang dihasilkan pada zaman
tamadun awal ini ialah patung Dewa Siva. Zaman tamadun awal India ini juga
menghasilkan barang-barang kemas yang halus buatannya, tembikar dan barang
keperluan rumah yang bermutu tinggi, membuktikan pencapaian tinggi dalam
bidang kesenian dan kraftangan. Bukti-bukti menunjukkan bahawa tukang-tukang
kraftangan telah menggunakan bahan yang dibawa dari kawasan yang jauh.
Misalnya, bitumen dari Baluchistan, perak dari Afghanistan dan plumbum dari
Rajasthan.

Pada zaman Dinasti Maurya iaitu semasa pemerintahan Asoka, tukang-tukang ukir
yang mahir telah mengukir patung-patung dan membuat ukiran pada pintu-pintu
gerbang gua. Di dalam gua-gua juga terdapat ukiran yang menggambarkan
kehidupan Gautama Buddha. Asoka juga telah membuat ukiran yang berupa
perintah-perintahnya pada tiang-tiang batu.

Seni Lukis

Lukisan didinding telah dijumpai di Ajanta yang dikatakan tiada tolok bandingnya
pada zaman silam. Pendekata, seni Hindu adalah paling tinggi mutunya pada kurun
ke-5 M.

Seni Bina

Tamadun Indus telah membina rumah-rumah yang menyerupai rumah-rumah


moden yang lengkap dengan bilik makan, bilik mandi dan halaman.

Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai
zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha
kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu
All The Best
gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga
dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina
ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan
bahan-bahan peninggalan Buddha

Seni Ukir

Masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung


dan ala-alat perhiasan.

Kaligrafi

Tulisan tamadun Indus adalah berbentuk piktograf. Ia dikesan pada cap-cap yang
ditemui. Kewujudan tulisan itu membuktikan bahawa masyarakat Indus telah maju
dalam bidang intelektual.

Tamadun Barat

Eropah pada zaman pertengahan awal atau dikenali juga sebagai zaman gelap
(500-1000M) merupakan satu era yang tidak menampakkan perkembangan
tamadun kerana masa itu Eropah mengalami zaman kucar kacir dan pencerobohan
(diserang oleh orang gasar dari Asia Tengah), hidup tanpa pelajaran, sistem
kerajaan yang tidak teratur, kebuntuan ekonomi dan tiada sistem perbandaran.
Kesusasteraan Latin tidak mengalami apa-apa perkembangan. Tiada pembacaan
atau penghasilan karya-karya baru. Pada zaman Pertengahan Lanjutan (1000-
1500M) masyarakat Eropah mula bangkit dari zaman kegelapan. Mereka mula
menyedari kepincangan mereka dari pelbagai aspek. Pada zaman ini mula berlaku
pembaharuan dalam bidang kesenian. Wujud satu seni baru iaitu ‘Gothic’ dan
‘Romanesque’. Gereja dan istana dibina berdasarkan bentuk ini. Corak Gothic ini
banyak terdapat di England, Jerman dan Itali dan sedikit di Rom.

Perkembangan kesenian di Eropah menampakkan kemajuannya pada zaman


Renaisans/Rennaisanse (Rennaisanse merupakan zaman yang berlaku antara
zaman pertengahan dengan zaman moden.Renaisans adalah suatu gerakan
intelektual yang berkembang di selatan Eropah iaitu di Itali dari abad ke-14 hingga
abad ke-16. Ia juga dianggap sebagai ‘kelahiran semula’ yang bermaksud bahawa
masyarakat Eropah ingin kembali ke zaman kegemilangan Greek dan Rom.
Renaisans kemudian berkembang ke utara Eropah iaitu ke negeri-negeri England,
Belanda, Jerman dan Perancis ). Pada zaman inilah timbul minat dan kecenderungan
baru untuk memulihkan semula bidang kesenian dan ilmu pengetahuan tamadun
purba Yunani dan Rom. Pada zaman ini orang Eropah mula menghasilkan kesenian
dan kesusasteraan baru.

Seni bina , seni ukir dan seni lukis

Pada kurun ke-13 Perancis telah menampakkan perkembangan dalam bidang seni
bina apabila bangunan-bangunan yang besar-besar yang dibina pada kurun ke-11
telah digantikan dengan pembinaan dewan yang indah dan hebat. Begitu juga
All The Best
dengan penghasilan lukisan kaca dan ukiran serambi yang rumit. Gereja yang
besar-besar juga dibina seperti di Chartres, Bourges, Rheims dan Amiens.

Penghasilan karya oleh golongan humanis pada zaman Renaisans telah berjaya
memulihkan semula kesenian Yunani dan Rom. Seni bina pada zaman pertengahan
lebih mementingkan ciri-ciri agama dan kerohanian. Pelukis-pelukis pada awal kurun
ke-15 mula melukis dan mengukir mengikut pemikiran mereka secara bebas. Hasil-
hasil lukisan mereka adalah berbentuk benda-benda hidup. Tumpuan mereka adalah
kepada bentuk badan manusia. Pada zaman Renaisans, bandar Florence menjadi
pusat seni bina yang pertama. Pakar seni bina yang pertama di Florence ialah Fillipo
Brunelleschi. Beliau berjaya membina bangunan yang mempunyai ciri-ciri zaman
Renaisans yang pertama di Rom. Brunelleschi dianggap sebagai pengasas
pembinaan bangunan zaman Renaisans. Bangunan tersebut dikenali sebagai
‘Innocent Hospital’. Pengukir-pengukir Florence yang mengikut jejak langkah
beliau ialah Lorenzo Ghiberti dan Donatello. Pada kurun ke-16 Rom telah muncul
sebagai pusat kesenian dan pembinaan.

Dalam bidang seni lukis, muncul pelukis-pelukis terkenal seperti Leonardo da


Vinci (1452-1519) dengan lukisannya yang sangat terkenal iaitu Mona Lisa. Beliau
juga menghasilkan lukisan lain yang juga terkenal seperti The Madona And The
Child, St. John dan Madona and The St. Anne. Di samping melukis potret, beliau
juga banyak menghasilkan lukisan pemandangan atau keindahan alam. Beliau telah
memperkenalkan tulisan cermin yang masyhur yang mengandungi huruf-huruf
songsang. Selain itu terdapat Raphael (1483-1520) dan

Michaelangelo (1475-1564). Michaelangelo lebih menumpukan kepada pengkajian


keindahan tubuh badan manusia. Ukiran-ukiran beliau bersaiz besar. Antara
penghasilan beliau yang terkenal ialah ukiran patung David. Beliau juga telah
mengukir patung Nabi Musa, Night, Dawn dan Day . Patung-patung ini menjadi
tugu peringatan Medici. Beliau juga telah menghiasi Gereja Sistine dengan lukisan
dinding seperti pemandangan yang terdapat dalam kitab Injil. Beliau telah
menyiapkan lukisan pada gereja besar St. Peter di Rom ketika berumur 71 tahun.
Para pelukis dan pengukir ini telah menyebabkan munculnya era baru dalam bidang
lukisan dan seni bina dalam sejarah Eropah.

Kesusasteraan

Zaman Renaisans telah memunculkan ramai penulis yang menghasilkan tulisan


yang bermutu. Petrach telah menghasilkan banyak jenis karya. Karyanya yang
paling masyhur ialah Swan Book yang merupakan syair percintaan. Beliau banyak
menghasilkan karya dalam bahasa Latin dan Itali. Beliau juga mengkaji karya dan
tulisan-tulisan Yunani dan Rom dan menterjemahkannya. Beliau telah berjaya
mengembalikan kegemilangan karya-karya Yunani dan Rom. Boccaccio pula
menghasilkan Decameron yang merupakan karya yang pertama ditulis dalam
bahasa Itali yang kemudian telah diterjemahkan ke bahasa lain. Penyair Itali yang
paling terkenal ialah Dante Aligheri dengan karya yang berjodol The Divine
All The Best
Comedy. Melalui karya ini beliau mempersendakan syurga dan neraka. Nicollo
Michiavelli menghasilkan The Prince . Ia merupakan karya mengenai
perhubungan pemimpin dan rakyat. Seorang tokoh humanis dari Belanda bernama
Desiderius Erasmus melalui karyanya berjodol Praise of Folly telah mengkritik
pihak gereja yang mengamalkan rasuah.

England juga telah menghasilkan beberapa orang pengarang dan penyajak terkenal
seperti Geoffery Chaucer, Thomas More dan William Shakespeare. Chaucer
telah menghasilkan Canterbury Tales yang cuba menyingkap perangai dan tabiat
masyarakat England. Thomas More dalam karyanya yang berjodol Utopia telah
mengkritik kuasa mutlak raja. Shakesspeare pula bukan sahaja berbakat dalam
penulisan drama bahkan juga merupakan seorang penyair. Banyak karyanya
diterjemahkan ke bahasa lain.

Perancis tidak ketinggalan dalam penghasilan sastera yang ditulis dengan


menggunakan bahasa sendiri. Lagu separuh epik menyentuh tentang jasa Raja
Arthur, Charlemange dan hero-hero lain zaman silam. Penciptaan puisi lirik yang
indah yang bertemakan cinta keperwiraan, kemuliaan hubungan manusia sesama
manusia, kemudian dilagukan dari istana ke istana. Karya seperti ini kemudian
merebak ke Sepanyol dan Jerman.

Di Jerman, puisi lirik mereka lebih kepada pemujaan kepada hero mereka seperti
Tristan, Parsival, dan watak dari sastera rakyat Jerman iaitu Siegfried. Terdapat juga
sajak lucah dan berunsur satire yang cuba menyindir pegawai gereja dan gereja.
Terdapat juga puisi lirik berunsur cinta.

Muzik dan drama

Bidang muzik turut mengalami perkembangan pada zaman Renaisans. Istana


Burgundy memainkan peranan penting dalam sejarah muzik. Pada akhir kurun ke-
15, pencipta-pencipta muzik Flemish memainkan peranan yang penting.
Penggubah-penggubah muzik zaman Renaisans telah menggabungkan semua irama
muzik. Ini menyebabkan bidang muzik menjadi bertambah rumit. Pemain-pemain
muzik mula menggunakan biola dan piano.

Pementasan drama menjadi penting semasa zaman Renaisans. Pihak-pihak yang


berkuasa dan mempunyai sumber kewangan telah mementaskan drama. Temanya
mengenai kisah kehidupan seharian. Kemajuan dalam bidang drama telah
mendorong kewujudan panggung wayang. Panggung pertama yang dibina di
England ialah panggung Globe.

Tamadun Arab

Kesusasteraan

All The Best


Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam amat menyanjung penyair-penyair
berbakat. Penyair dipandang tinggi dan terhormat. Biasanya apabila pada sesatu
kabilah itu muncul seorang penyair, maka datanglah utusan dari kabilah-kabilah lain
mengucapkan selamat kepada kabilah itu. Diadakan pestadan jamuan besar-
besaran dengan menyembelih binatang-binatang ternak dengan diiringi oleh tarian
dan nyanyian wanita-wanita kabilahnya.. Antara penyair yang terkenal pada masa
itu ialah Hassan bin Thabit, Hatim al-Tai, Al-A’sya, Muhalhil bin rabiah, Zuheir bin Abi
Salma, Tarfah bin Al-Abd, Al-Qatami, Al-Hutaiah dan lain-lain lagi. Kedudukan yang
terhormat tersebut terjadi kerana mereka jugalah menjadi juru cakap kabilahnya.
Peranan penyair itu ialah meninggikan kabilahnya sambil merendahkan kabilah lain.
Mereka juga merupakan jurnalis dan sejarawan. Tema syair Arab zaman jahiliah ini
berkisar kepada kisah-kisah kaum mereka atau keadaan sekitar. Bahasa yang
digunakan dalam syair-syair tersebut ialah bahasa Arab Quraisy.

Bagi meningkatkan mutu syair, diadakan pertandingan menggubah syair pada


musim haji terutama di pasar Ukkaz. Mereka mengambil kesempatan pada musim
haji kerana pada masa itulah Mekah menjadi tumpuan orang mengerjakan haji.
Syair-syair yang menang digantung di Kaabah dan ditulis dengan warna emas untuk
tatapan masyarakat.

Seni bina, seni ukir.

Di Yaman terdapat peninggalan yang menampakkan bahawa kerajaan selatan


Semenanjung Tanah Arab itu mempunyai kemahiran seni bina. Sehingga ke hari ini
masih kelihatan peninggalan empangan Maarib yang dibina di antara dua buah
gunung untuk menampung air bagi kegunaan pertanian dan mengelakkan banjir. Ia
mula dibina pada tahun 750 SM. Empangan ini dibuat dari batu yang sungguh
kukuh. Ternyata ia dibina dan dibuat perancangan oleh arkitek yang mahir. Selain
dari empangan tersebut, terdapat juga binaan kuil-kuil agama untuk ‘tuhan bulan’.
Tiang-tiangnya yang tegak kukuh masih berdiri hingga ke hari ini. Kerajaan Saba’ di
Yaman ini juga telah mendirikan benteng-benteng pertahanan yang kukuh, istana-
istana yang besar lagi indah (seperti istana Ghumdan, istana Salihin dan istana
Bainun), bangunan-bangunan yang indah dan tinggi yang tiada taranya pada zaman
dahulu serta membuat barang-barang ukiran yang cantik.

Di utara Semenanjung Tanah Arab iaitu di bandar Batra’di Anbat, banyak rumah
berhala yang dahulunya diletakkan patung tuhan-tuhan yang disembah oleh
penduduk Anbat dibina dan tiang-tiangnya masih kelihatan hingga ke hari ini.
Bandar Tadmur yang juga terletak di utara Arab pula merupakan bandar yang
dikatakan dibina atas perancangan yang rapi oleh sekumpulan arkitek. Batu-batu
granet yang besar telah dibawa dari ulu Sungai Nil di Mesir. Di jalan raya bandar itu
tegak lebih kurang 750 buah tiang dari batu putih yang kemerah-merahan. Tinggi
tiap-tiap satunya ialah 55 kaki. Di permulaan jalan bandar itu dibina pintu gerbang
yang dibina di sebelah suatu rangka patung tuhan mereka yang terbesar iaitu
patung ‘Syams’. Patung Syams ini dan beberapa tiang lagi masih ada hingga ke hari
ini.
All The Best
Tamadun Melayu

Seni bina, seni lukis, seni ukir

Seni bina di alam Melayu menampakkan pengaruh Hindu dan Buddha yang begitu
kuat. Antara yang terkenal ialah Candi Borobudur di Jawa Tengah. Candi ini dibina
berasaskan ajaran Buddha oleh raja-raja Sailendra antara tahun 778 – 850M. Candi
ini dibina daripada batu gunung berapi berwarna kelabu dan memagari sebuah
bukit kecil. Bentuknya seperti piramid bertangga dan terdiri daripada 8 tingkat.
Kemuncaknya tediri daripada menara batu yang besar (stupa). Setiap tingkat
mempunyai menara batu kecil. Dinding Borobudur dihiasi dengan pelbagai lukisan
timbul tentang ajaran Buddha.

Selain dari Candi Borobodur, terdapat banyak lagi candi di Jawa Tengah seperti
Candi Gunung Wukir, Candi Badut, kelompok Candi Dieng, kelompok Candi Gedung
Songo, Candi Kalasan, Candi Sari, Candi Mendut, kelompok Candi Sewu, Candi
Plaoson dan Candi Laro Jonggrang. Di Jawa Timur terdapat Candi Kidal, Candi Jago,
Candi Singasari, Candi Jawi, Candi Jabung, kelompok Candi Panataran, Candi Muara
Takus dan Candi-candi Gunung Tua.

Satu lagi seni bina terkenal di Alam Melayu ini ialah Angkor Watt di Kemboja. Ia
dibina oleh raja Angkor iaitu Suryavarman II (1113 – 1150 M). tujuan ia dibina ialah
untuk menyembah dewa Visynu serta melambangkan kekuatan keajaan
Suryavarman II. Ia juga merupakan makam Suryavarman II. Kawasan Angkor Wat
berbentuk segi empat tepat dengan 15550 meter panjang dan 1400 meter lebar.
Terdapat beberapa menara yang melambangkan puncak Gunung Meru (gunung
dewa-dewa). Angkor wat mempunyai lukisan timbul yang menceritakan dua epik
Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana.

Di Lembah Bujang, Kedah terdapat banyak binaan candi untuk memuja Gautama
Buddha serta dewa-dewi Hindu. Struktur binaannya seperti kuil-kuil di India Selatan.
Reka bentuk candi-candi itu mempunyai tradisi seni bina tempatan. Antara candi-
candi yang termasyhur ialah Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Pendiat. Candi
Pendiat berbentuk 4 segi bujur, mempunyai dewan dan tempat penyembahan.

Selain dari itu, terdapat juga bangunan-bangunan gapura di Jawa yang berbeza
sifatnya tetapi terkenal dengan sebutan candi juga. Di antara gapura-gapura
tersebut ialah Candi Jedong,CandiPlumbangan dan Candi Bujang Ratu.

Seni pahat dan seni ukir dapat dilihat melalui perhiasan rumah, barang-barang
perak dan tembaga ( arca, lampu, talam) , barang-barang perhiasan wanita ,kepala
perahu dan patung-patung. Patung-patung dibuat sebagai lambang ketuhanan
Hindu. Patung-patung seperti ini banyak terdapat di Funan dan di Jawa. Ukiran-
ukiran juga dipat dilihat pada dinding-dinding candi dalam bentuk makhluk-makhluk
ajaib, daun dan bunga. Seni lukis pula dapat dilihat di dinding-dinding gua, wau dan
batik.

All The Best


Wayang, Muzik, nyanyian.

Bidang ini juga banyak dipengaruhi oleh unsur Hindu terutamanya di Jawa.
Permainan wayang telah wujud pada zaman pra-sejarah lagi. Permainan wayang
merupakan kegiatan ritual, namun ia diselitkan dengan unsur-unsur drama,
nyanyian dan sebagainya. Pada asalnya permainan wayang ini disampaikan dalam
bahasa Jawa Kuno tetapi kemudiannya bercampur dengan bahasa Sanskrit (bahasa
Kawi). Isi cerita juga mengalami perubahan. Asalnya berkisar pada cerita mitos
nenek moyang, kemudian mencedok cerita-cerita yang bersumberkan epik
Mahabharata dan Ramayana yang dianggarkan bermula pada zaman pemerintahan
Rakai Pekatan (782-856) dari kerajaan Mataram di Jawa Tengah. Pada abad ke-11 M
wayang tersebut telah menjadi drama yang menggetarkan kalbu apabila ia
diselitkan dengan permainan gamelan dan nyanyian.

Kesusasteraan

Di kalangan masyarakat Melayu tradisional, kesusasteraan rakyat (kesusasteraan


lisan) tersebar dengan meluas. Kesusasteraan lisan terawal ialah cerita asal usul
(nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang), cerita binatang (berwatakkan
binatang seperti Sang Kancil), cerita-cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai
Malang, Si Luncai dan Pak Belalang), cerita penglipurlara ( Hikayat Malim Deman,
Hikayat Anggun Cik Tunggal), dan cerita-cerita moral ( Bawang Putih Bawang Merah,
Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tenggang).

Selain dari bentuk prosa, masyarakat Melayu juga mempunyai kesusasteraan lisan
yang berbentuk puisi seperti pantun, teka-teki, gurindam dan seloka. Kesusasteraan
Melayu mempunyai tujuan untuk berhibur di samping diselitkan unsur-unsur
sindiran, nasihat dan cetusan rasa sedih atau gembira.

Kesusasteraan di alam Melayu ini juga tidak dapat lari dari pengaruh asing terutama
Hindu. Dua buah epik Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana telah disadur dari
bahasa Sanskrit dan dijadikan hikayat Melayu. Hikayat-hikayat Melayu itu diberi
nama Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Boma. Pengaruh
kedua-dua epik Hindu itu juga kelihatan dalam kesusasteraan Jawa kuno seperti
Nagarakertagama , Kanjarakarma, Sutasoma dan Arjunawiwaha. Beberapa buah
cerita jenaka Melayu yang juga dipengaruhi oleh kitab-kitab Hindu ialah Jataka,
Pancatantra dan Sukasapati.

Kaligrafi

Huruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf yang
tertua iaitu menyerupai seperti bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan
Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut ada kaitan dengan
huruf-huruf orang-orang Kemboja pada zaman purba. Huruf Kawi iaitu huruf Jawa
kuno telah wujud dalam kurun ke-8 M. Huruf ini asalnya adalah dari huruf Vangki
(Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf
ini lenyap pada tahun 1400 M.
All The Best
Huruf Rencong iaitu huruf Melayu tua banyak digunakan di Sumatera Selatan
(Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau. Huruf ini kekal hingga kurun
ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.

Dengan menggunakan huruf-huruf Kawi dan Rencong, orang-orang Melayu kuno


menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan
pada batu-batu (batu bersurat). Pada tahun 1892 telah dijumpai tulisan kuno itu
pada sebatang tiang batu di Kota Kapur ( Bangka Barat) .

Apabila pengaruh Hindu bertapak di alam Melayu, tulisan Hindu iaitu tulisan Palava
disebarkan melalui bahasa Sanskrit. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini
sebenarnya terhad di kalangan golongan istana sahaja. Bahasa Sanskrit menjadi
bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.

All The Best

You might also like