You are on page 1of 56

JAWAPAN TEMA 1

Sistem Beraja / Maharaja

Konsep

1. Ketuhanan

a. Jepun Maharaja ialah keturunan Amaratsu - Dewi Matahari

b. Burma, Thailand, dan IndoCina pengaruh Budha Theravada -


kedudukan raja penting

dalam menentukan kebahagiaan kehidupan di dunia dan di dunia akan


datang.

c. Sifat ketuhanan membolehkan raja dihormati dan ditaati.

d. Burma , Raja merupakan tunggak penting pentadbiran yang


berasaskan pada pengluasan buruh. Kedaulatan raja hasil daripad
pengaruh Budha dan Hindu.

Kawasan Istana suci. Rakyat perlu ikut peraturan seperti tundukkan


kepala, membuka kasut.

e. Raja Nguyen anggap dirinya Thein-tu - anak tuhan, hak memerintah


sebagai wakil tuhan.

f. Ketutunan raja Kampuchea seperti Ang Duang ( 1848 -1860 ) dan


Sihanouk ( 1943 - 1970 ) dianggap suci.

g. Raja Siam berteraskan konsep divine kingship yang dipengaruhi


unsur Budha dan Hindu

Peranan Raja/Maharaja

1. Burma

a. penaung dan pengembang agama

All The Best


b. penakluk negeri.

c. tunggak kekuatan dan keupayaan negeri.

d. pemberi pengesahan kepada sistem politik dan sosial.

e. menjamin pengekalan adat resam tempatan dan mempunyai moral


yang tinggi bagi menjamin kebahagiaan rakyat di dunia dan dunia akan
datang.

Ciri-ciri kekuasaan raja Burma:

I. Pengumpulan gajah putih.

a. Dikaitkan dengan ciri-ciri luar biasa raja - gagah dan negara semakin
makmur.

b. Gajah putih sebagai simbol kedaulaan sejagat serta pengiktirafan


kuasa raja oleh kuasa-kuasa ghaib.

2. Vietnam

a. Raja sebagai punca ilmu dan kemakmuran ekonomi serta ayah


kepada rakyat. Sebab manusia diberi keupayaan yang berbeza dan raja
memiliki kelebihan.

3. Kampuchea

a. Rujukan undang-undang dan pertuturannya dianggap undang-


undang.

b. Tempat menaruh harapan kepada mereka yang hadapi masalah.

c. Raja lambang kemamkmuran negara - tiada raja bermakna negara


musnah.

4. Siam

a. Pelindung rakyat

b. Mempunyai kuasa mutlak semua yang ada di bumi.

c. Peranan Raja Siam dalam Dinasti Chakri 1782 - 1910:

Peranan Rama 1 1782-1809.

I. Mengeluarkan undang-undanh seperti yang diperlukan.

All The Best


ii. Memastikan upacara negara dijalankan.

iii. Menjadi penaung kepada Buddhaisme.

iv. Menggalakkan kesusasteraan rakyat.

v. Mengubahsuai tradisi Ayudhya yang berkaitan dengan undang-


undang cerai, kesusasteraan dan sejarah, undang-undang agama, dan
istiada negara. - Revolusi senyap yang mementingkan intelek manusia
untuk menentukan nasib dan negara.

Peranan Rama 2 dan 3

I. Melaksanakan upaca negara

ii. menjamin keamanan dalam negeri.

iii. Mempertahankan negeri daripada tekanan luar.

iv. Memperkembangkan keintelektualan - Rama 3

Ciri-ciri kekuasaan raja Siam:

I. Pengumpulan gajah putih - simbol kebebasan raja

5. Jepun

a. Bertugas hanya dalam melaksanakan upacara sahaja.

b. Tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran terletak pada Shogun.

c. Shogun memerlukan Raja bagi mengesahkan pelantikan dan


menerima taat setia daripada rakyat.

d. Raja ialah sumber kedaulatan, tetapi bukan sumber kuasa.

Ë Struktur pentadbiran / Peranan Pembesar:

1. Siam

I. Pembahagian rakyat kepada dua golongan:

a. Golongan Tentera - di bawah Kalahom - penguasaan di selatan Siam

b. Golongan Awam - di bawah Mahatthai - penguasaan di Utara Siam.

All The Best


ii. Di bawah kedua-dua bahagian ini terdapat empat kementerian dan
diketuai oleh menteri.

a. Perbendaharaan

b. Istana

c. Ibu kota

d. Tanah

iii. Abad ke -17 menteri-menteri Kalahom dan Mahathai bertukar fungsi


kepada ketua wilayah dan berperanan untuk:

a. mengerahkan rakyat tempatan semasa perang.

b. menyimpan rekod-rekod banci rakyat.

c. menyelia pentadbiran harian wilayah-wilayah yang merangkumi


perjalanan mahkamah, cukai yang sepatutnya dibayar oleh setiap wilayah.

d. Perbendaharaan - pengendalian perdagangan raja dengan dunia luar


seterusnya menjadi Menteri Luar.

iv. Ditadbir seperti hak keluarga dengan hak dalam hal ehwal dalam
negeri, keadilan, pertahan dan kewangan

2. Burma

I. Petadbiran dibahagikan kepada pegawai-pegawai ikut fungsi seperti


Raja Muda, Wungyi (Menteri ), Menteri Muda ( wundauk ) , setiausaha-
setiausaha, dan pegawai istana ( atwinwun ).

ii. Wungyi dan wundauk menjadi anggota Majlis Negara ( Hluttaw ) -


yang berfungsi sebagai mahkamah agung.

Menguasai jabatan-jabatan seperti perbendaharaan dan tempat


menyimpan kelengkapan tentera dan arang batu.

iii. Atwinwun - darjat lebih rendah , tetapi lebih berkuasa kerana bekerja
di istana dan ada hubungan dengan raja.

iv. Kenaikan pangkat berdasarkan:

a. pendidikan.

b. perkhidmatan tentera.

All The Best


c. hubungan patron- klein seperti dalam kes Kinwun Mingyi atau U
Gaung.

v. Peranan lain pembesar Burma ialah:

a. pembekal tenaga tentera raja. ( Myowun ) Gabenor.

b. Hubungan luar ( Kes Kinwun Mingyi ingin dapatkan pengiktirafan


Inggeris terhadap kedaulatan Raja Burma ).

c. Beperanan dalam menentukan pengganti raja - U Gaung berperanan


menggantikan Mindon dengan Thibaw.

d. Peranan Ketua Kampung ( Ywa Thugyi )

I. Mengutip cukai dan menjalankan pentadbiran undang-undang .

ii. Menentukan pengeluaran makanan dan tenaga buruh untuk negara.

3. Vietnam

a. Struktur organisasi pentadbiran Vietnam dipengaruhi unsur Cina dan


terdiri daripada:

I. Raja - ] Pentadbiran Pusat

ii. Quan - ]

Quan dibahagikan kepada peringkat atau gred. Quan awam


mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Quan tentera.

Quan Awam mengetuai tentera dan membuat keputusan yang


berkaitan dengan tentera walaupun tidak ada latihan.

iii. Xuan ( Desa ) - Pentadbiran Desa

b. Pentadbiran Pusat bertanggungjwab terhadap pertadbiran negara,


perjalanan undang-undang dan pelajaran. Dilakukan melalui :

Enam jabatan penting:

I. Istiadat - bertanggungjawab terhadap pelajaran dan perhubungan


luar.

ii. Takwim bulan

iii. Perkhidmatan awam - mennetukan pelantikan, tugas, kenaikan dan


penurunan pangkat.

iv. Kerja raya. - pembangunan tali air.

v. Kewangan
All The Best
vi. Kehakiman dan Peperangan.

Dasar negara dijalankan melalui Majlis Sulit ( co-mat-vien ).

Pengerusi : Maharaja

Jawatankuasa: Empat orang Menteri Kanan dan Pegawai Istana.

Bertanggungjawab meluluskan atau memberikan pandangan yang


berkaitan negara.

c. Pentadbiran Desa - unit pentadbiran paling bawah.

Berkisar pada suku -suku keluarga dan ketua desa. Peranan yang
dijalankan:

I. mengenakan hukuman terhadap kesalahan ringan

ii. berfungsi sebagai bapa kepada anak mereka

iii. menggubal dasar umum tterhadap tanah awam

iv. menyelia projek awam.

v. membahagikan tanah dan air untuk pertanian.

vi. menentukan siapa yang diperlukan untuk memenuhi kerah kerajaan

vii. memungut cukai

viii. menjadi ketua upacara.

ix. mengemaskinikan daftar penduduk.

x. mengerahkan tenaga buruh dan rakyat yang bakal berkhidmat dalam


tentera dan buruh.

Kesan peranan ketua desa merupakan simbol penting pemerasan


peringkat pusat dan kemudiannya kolonial Perancis.

4. Jepun

a. Pentadbiran dan pemerintahan dijalankan oleh Shogun.

b. Bertanggungjawab dalam menjalankan pemmerintahan dan


pentadbiran negara.

c. Ketua angkatan tentera dan merupakan general bagi ketenteraan


Jepun.

d. Memastikan keamanan negara dan disiplin diri.

All The Best


e. Memastikan peraturan-peraturan dan undang-undang dipatuhi.

f. Mengawal para daimyo daripada memberontak dan menggugat


keamanan negara. Feudal berpusat.

g. Bertanggungjawab menghilangkan kebimbangan rakyat terhadap


pemerintahan dan keamanan negara. Sebab selama ini politik Jepun
sering dilanda peprangan dan perang saudara seperti yang berlaku dalam
zaman Kewshogunan Ashikaga.

Struktur pentadbiran dan kawalan pembesar.

a. Lima kelas masyarakat yang berfungsi secara sehala:

I. Maharaja

ii. Shogun - Daimyo - Samurai

iii. Petani -

iv. Artisan

v. Peniaga

b. Pememrintahan berdasarkan feudalisme berpusat. Para pembesar


( daimyo ) dikawal secara berpusat oleh Shogun. Wujud bentuk
pemerintahan dan pentadbiran kawasan berikut: ( Lihat rajah ).

I. Kawasan Tokugawa

ii. Kawasan Shimpan - pembesar dan keluarga Tokugawa

iii. Fudai - Pembesar yang menjadi vasal Tokugawa sebelum Tokugawa


jadi pemimpin.

iv. Tozama - Pembesar yang baru hendak mengakui kepimpinan


Tokugawa. Dari Satsuma dan Chosu.

Tokugawa

berpusat di Edo

Shimpan

Fudai

Tozama

All The Best


c. Peranan Tokugawa mengekalkan dan melebarkan kekuasaan.

I. Mewujudkan sistem sankinkotai - pembesar memberikan ikrar taat


setia kepada Tokugawa dengan pergi ke Edo enam bulan sekali.

Keluarga Daimyo dijadikan tebusan dan tinggal di Edo.

Perbelanjaan besar - mengurangkan kemampuan daimyo untuk


menentang Shogun

ii. Menghadkan dan mengambil kuasa Maharaja. Maharaja berfungsi


dan beperanan dalam keadaan berikut:

a. Bertugas hanya dalam melaksanakan upacara sahaja.

b. Tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran terletak pada Shogun.

c. Shogun memerlukan Raja bagi mengesahkan pelantikan dan


menerima taat setia daripada rakyat.

d. Raja ialah sumber kedaulatan, tetapi bukan sumber kuasa.

e. Bagi mengelakkan kekeliruan rakyat Shogun menggunakan gelaran


Pemerintah Utama dan tidak Raja.

iii. Pembesar dihadkan berjumpa Maharaja. Perjumpaan hanya dengan


kebenaran Shogun.

iv. Perpindahan ibu kota dari Kyoto ke Edo . Memudahkan pengawalan


Maharaja oleh Shogun.

v. Peraturan hidup daimyo ditentukan oleh Shogun. Daimyo tidak boleh


mewujudkan perikatan melalui perkahwinan melainkan dipersetujui
Shogun. Bagi golongan kesatria peraturan hidup dikeluarkan dan berkuasa
dalam kawasa mereka sahaja, serta mesti taat dan menjadi vasal kepada
Shogun.

vi. Setiap daimyo dibenarkan membina sebuah benteng sahaja untuk


keselamatan.

vii. Menjalankan dasar tutup pintu ( pemencilan ) bagi mengelakkan


orang luar mempengaruhi daimyo bagi menentang Shogun. Antara
langkah yang diambil:

a. Melarang orang Jepun keluar dari Jepun

b. Tidak membenarkan orang Jepun yang berhijrah keluar daripada


pulang semula ke Jepun.

c. Mengharamkan penyebaran agama Kristian.


All The Best
d. Mengharamkan kemasukan orang Barat kecuali Belanda dan hanya
bergerak di Nagasaki sahaja. Ia menjadi kawasan monopoli Shogun.

e. Perdagangan masih dibenarkan, tetapi dengan kapal kecil sahaja,


bagi memastikan ia tidak boleh belayar jauh.

Rujukan

Abu Talib Ahmad, ( 1991 ), Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara Moden,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur; Bab 1.

Taunoda. R, et.al , ( 1964 ), Sources of Japanese Tradition, Jilid 1, Columbia


University Press, New York; hlm. 326 - 330.

Storry. R, ( 1982 ), Sejarah Jepun Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka,


Kuala Lumpur.

Ë Sistem Sosial

1. Sistem Feudal

Konsep

a. Berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud TANAH. Harus


ada kaitan antara tanah dan manusia.

b. Asas wujudnya feudalisme ialah kewujudan fahaman dalam pemilikan


tanah.

c. Penguasaan pemilikan tanah bergantung pada kekuatan pembesar


yang diiktiraf dan dilantik oleh raja.

All The Best


d. Pemilikan tanah bermakna kemakmuran ekonomi yang dihasilkan
melalui pengutipan cukai sama ada dalam aspek pertanian, pelombongan,
ataupun hasil hutan.

Ciri-ciri feudal

a. kuasa militer merangkumi kuasa ekonomi dan politik

b. kuasa militer-politik-ekonomi mengasaskan hak tanah

c. perhubungan tuan-vassal merupakan unsur teras integrasi plotik

Struktur feudalisme Jepun - Feudalisme Berpusat

a. Pemilikan tanah oleh pembesar mewujudkan keperluan kawalan


terhadap tanah dan ia membentuk pengawal-pengawal .

b. Pengawalan tanah tidak memerlukan bantuan pusat, dibuat dalam


daerah oleh pembesar.

c. Keadaan ini mewujudkan golongan tuan-tuan tanah yang bersatu


mengawal secara sukarela dan kemudiannya disatukan dengan cara paksa
oleh tuan tanah yang lebih kuat. Ini mewujudkan sistem feudal berpusat
diketuai Shogun.

d. Pengawalan tanah juga bermakna mengawal para petani iaitu buruh


kepada tuan tanah.

e. Mereka mengguna kekuasaan bagi mendapatkan sumber ekonomi


untuk angkatan perang dan membiayai pengikut, antaranya petani.

f. Pengawalan ini perlu juga mendapatkan pengesahan pusat bagi


sesuatu sawah padi.

Ciri-ciri penting struktur feudalisme

1. Kewujudan pembesar-pembesar yang mengetuai daerah dan tanah-


tanh dalam daerah tersebut.

2. Kekuasaan mengutip cukai terletak pada para pembesar dalam


daerah.
All The Best
3. Cukai yang dikutip merupakan sumber ekonomi bagi menyara para
pengikut serta melengkapkan pasukan tentera yang kuat.

4. Perolehan pengikut yang ramai mencerminkan pendapatan yang


banyak dan membuktikan kekuatan pembesar.

5. Raja bergantung pada pembesar dalam memperoleh pendapatan


hasil cukai. Biasanya pembesar tidak mengisytiharkan jumlah pendapatan
yang sebenar.

6. Biasanya pendapatan pembesar melebihi pendapatan Raja kerana


tiada cara mengaudit pendapatan cukai pembesar.

7. Ini membolehkan pembesar mengumpul ramai pengikut dan


menguasai pembesar lain yang lemah, serta menpengaruhi Raja.

8. Pengikut dalam daerah memberikan taat setia kepada pembesar


melebihi daripada Raja kerana mereka bergantung pada pembesar dalam
mendapatkan perlindungan, pekerjaan, dan pendapatan.

9. Pembesar memerlukan Raja bagi mendapatkan pengesahan


kekuasaan. Biasanya pelantikan pengganti pembesar adalah dengan cara
sistem warisan.

10. Hubungan antara tuan-vassal adalah dengan ikatan bantu


membantu. Tuan memberikan perlindungan dan tanah kepada vassal, dan
vassal memberikan taat setia dan menjadi pengikut tuan yang setia.

2. Sistem Kepercayaan dan Agama

Shintoisme

Shinto atau jalan-jalan dewa diberikan kepada penyembahan alam untuk


membezakannya daripada agama buddha. Pemujaan orang Jepun
terhadap alam sekitar timbul daripada perasaan menikmati dan
menghargai kejadian alam, tidak daripada ketakutan. Mereka mempunyai
kesedaran yang tajam dan perasaan yang halus terhadap keindahan alam.

Shinto bukan satu agama yang mempunyai kepercayaan atau


pengajaran yang teratur. Ia tidak mempunyai suatu falsafah atau
pengajaran moral. Yang ditegaskannya ialah pembersihan dan kesucian.
Upacara pemujaan adalah mudah , hanya dengan bertepuk tangan supaya

All The Best


menarik perhatian dewa-dewi, tundukkan kepala dan memberikan
penyembahan. Amalan Shinto ini mempengaruhi perasaan dan sikap orang
Jepun.

Oleh sebab Shinto memberi semua perhatian kepada pemujaan alam


tidak hairanlah upacaranya ditumpukan kepada tujuan menggalakkan
pertumbuhan dan mengelakkan kemusnahan. Untuk menggalakkan
pertumbuhan, upacara berdoa dan berterima kasih dikendalikan pada
musim menuai. Untuk mengelakkan kemusnahan upacara pembersihan
dan keselamatan dijalankan pada masa menghadapi penyakit dan
kematian. Upacara dijalankan oleh ketua uji yang memberikan
penyembahan kepada dewa-dewi. Fungsi uji tidak dibezakan sama ada ia
sebagai orang perantaraan antara dewa-dewi dengan manusia ataupun
pemerintah.

Teras upacara Shinto ditujukan kepada memelihara kesucian dan


kebersihan daripada dikotori oleh daki, penyakit, kematian, dan
sebagainya. Kesucian yang diutamakan adalah dari aspek upacara sahaja
tidak dari aspek moral. Teras semua kepercayaan Shinto ditujukan kepada
kesuburan.

Islam

1. Berteraskan satu cara hidup dengan keesaan kepada Allah swt,


Rukun Iman, Rukun Islam serta mengketengahkan hubungan baik antara
manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah swt.

2. Berdasarkan konsep pahala-syurga, dunia-akhirat, dosa-pahala,


serta percaya semua kejadian ada penciptanya iaitu Allah swt.

3. Konsep Assyumul iaitu aspek yang merangkumi semua bidang


kehidupan sama ada politik, ekonomi, sosial, budaya dan pemikiran. Islam
sebagai satu cara hidup.

Proses Pengislaman

All The Best


1. Perdagangan

· Hubungan dagang antara Nusantara dengan Arab, dan India dan


Arab telah lama terjalin.

· Hubungan dagang pedagang India dari Gujerat dan Malabar terjalin


dalam perkembangan Islamisasi.

2. Peranan wanita Islam

· Peranan isteri-isteri Raja Monggol - menyebabkan bberapa Raja


Monggol memeluk Islam.

· Pengaruh kesolehan wanita di Lahore mendorong orang Hindu


memeluk Islam.

3. Proses sinkretisme

· Konsep berkat, wali, dan ilmu-ilmu kesaktian yang dikaitkan dengan


ahli-ahli sufi.

· Konsep mentera - doa, Dewaraja - Allah swt. , pemujaan roh mati -


kenduri arwah.

· Istilah-istilah Sanskrit seperti agama, syurga, neraka, dan puasa


digunakan dalam proses Islamisasi.

· Konsep-konsep kepercayaan tradisi tidak dibuang tetapi diubahsuai


mengikut kesesuaian dalam Islam.

4. Peranan ahli Sufi

· Kebolehan ahli Sufi dalam mengubah minda masyarakat dengan


menghasilkan karya sastera yang berteraskan Islam untuk menggantikan
karya sastera Hindu mempengaruhi masyarakat menganut Islam.

· Kebolehan dalam prose sinkretisme.

5. Pekahwinan

6. Semangat memperjuangkan kebenaran agama.

· Ulama yang dipenjarakan mengislamkan para tahanan - Sheikh


Ahmad Mujaddid ahli Tauhid.

· Golongan pejuang Wahabi yang dibuang negeri oleh Inggeris di


Andaman berjaya mengislamkan para buangan yang lain.

7. Kesederhanaan shahadat Islam

· Aspek penting penyebaran Islam ialah tanpa paksaan.


All The Best
· Islam lebih demokratik daripada Hindu

* Kepercayaan kasta dalam Hindu tidak memberi keadilan kepada


penganut bawahan tertutama golongan Sudra dan Harijan.

* Hukuman yang dikenakan bergantung pada kasta pesalah. Sebagai


contoh:

Þ Golongan Brahmin bunuh Sudra hanya dipenjara, tetapi Sudra yang


bunuh Brahmin akan dihukum mati.

* Wujud sekatan dalam berbahasa. Bahasa Sanskrit hanya untuk


golongan elit Hindu sahaja terutama golongan sami-sami Hindu.

* Dalam Islam semuanya sama yang membezakannya ialah iman


seseoang Islam terhadap Allah swt.

* Islam bukan sahaja agama teori tetapi praktis. Peraturan dan


hukum-hukum dalam Islam tidak dibibir sahaja tetapi mesti diamalkan.

Hindu

Keagamaan dan Adat Kepercayaan

Teras kepercayaan agama Hindu berdasarkan aspek-aspek berikut:

1. Hukum Karma - Tindakan-tindakan untuk mencapai kehidupan


selepas mati jika melakukan amalan-amalan dan berbakti semasa hidup.

2. Pembahagian kasta berdasarkan hiraki berikut: Brahmin, Kesatria,


Vaisya, Sudra, Harijan. Biasanya Harijan langsung tidak termasuk dalam
sistem kasta ini kerana ia merupakan golongan yang terkebawah sekali
dan golongan yang tidak boleh diusik kerana kedaifannya.

· Ciri-ciri Sistem Kasta

a. Merupakan sebuah fenomena seluruh India.

b. Dianggotai oleh kumpulan-kumpulan turun-temurun dan


endogamous. Jika dilihat dari segi varna terdapat empat kumpulan kasta
iaitu Brahmin, Kshatriya, Vaisya, dan Sudra, sedangkan Harijan adalah
diletakkan di luar batasan kasta. Kumpulan-kumpulan varna ini terbahagi
kepada jati-jati atau kasta-kasta kecil yang juga bersifat turun-temurun
dan endaogamous.

All The Best


c. kasta-kasta varna dan jati telah disusun mengikut hiraki dengan
Brahmin yang tertinggi dan Harijan yang terendah.

d. Setiap kasta varna dan jati mempunyai pertalian tradisi dengan satu
atau dua pekerjaan.

e. Hubungan antara kasta-kasta diutarakan melalui gagasan kesucian


dan kekotoran.

f. Idea-idea keagamaan Hindu tertentu seperti samsara, karma,


moksha, ahisma, dan dharma disibarkan melalui sistem kasta.

· Samsara : perihal pusingan kelahiran, kematian dan kelahiran


semula

· Karma : tindakan ke arah kebaikan

· Moksha : perihal membebaskan kewujudan masalah-masalah


yang tidak ada penghujungnya.

· Ahisma : merupaka satu doktrin tidak melakukan kekejaman.

· Dharma : tugas-tugas moral

g. Susunan hiraki dalam sistem varna adalah tetap sepanjang masa,


tetapi dalam sistem jati boleh berubah mengikut peredaran masa.

· Amalan-amalan yang berkaitan dengan Sistem Kasta.

h. Sati iaitu janda kepada si mati perlu berkorban nyawa dengan


membakarkan dirinya bersama mayat suami yang meninggal dunia.

i. Larangan terhadap janda untuk berkahwin semula.

j. Perampasan harta pusaka keluarga daripada orang yang memeluk


agama lain atau disingkirkan daripada kasta.

k. Perkahwinan di peringkat kanak-kanak.

l. Penghinaan terhadap kasta Harijan yang dihalang daripada


memasuki kuil, sekolah dan kawasan kediaman kasta tinggi. Harijan juga
tidak dibenarkan memeliki tanah atau mengkaji kitab suci HIndu.

· Amalan-amalan lain dalam adat Hindu

a. Pembunuhan anak-anak kecil perempuan kerana kesulitan


membayar mas kahwin atau mencari pasangan daripada kasta yang lebih.

b. Perhambaan

All The Best


c. Thugee iaitu perompak membunuh orang sebagai menunaikan
kehendak dewi Kali

d. Mempersembahkan manusia sebagai korban kepada Tuhan.

Buddha

Prinsip-prinsip kepercayaaan

1. Empat kebenaran yang mulia

1.1 Kehidupan penuh dengan kepahitan

1.2 Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu

1.3 Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu

1.4 Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan


cara Jalan Lapan Lapis

2. Jalan lapan lapis

2.1 Kepercayaan dan pengetahuan yang baik

2.1.1 Bebas daripada kepercayaam karut

2.1.2 Memahami diri sendiri dan Empat Kebenaran yang Mulia.

2.1.3 Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas ( ditthi).

2.2 Keinginan yang baik

2.2.1 Perlu megambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan


kehidupan yang berjaya.

2.3 Pengucapan yang baik

2.3.1 Tidak boleh melakukan gosip. menipu atau mengenakan seseorang.

2.4 Kelakuan yang baik

2.4.1 Bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh,
mencuri, dan keterlaluan dalam tuntutan arak dan pelakuan sex.

2.5 Makna kehidupan yang baik

2.5.1 Perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan


kehidupan lain.

All The Best


2.6 Usaha yang baik

2.6.1 Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin.

2.6.2 Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan

2.7 Pemikiran yang baik

2.7.1 Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pelakuan orang lain.

2.8 Pertapaan yang baik

2.8.1 Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan


kesedaran yang mendalam dan istimewa.

Melalui jalan ini seseorang penganut Buddha dapat menikmati


nirvana dan membuang semua kesengsaraan. Pencapaian nirvana ini
membolehkan seseorang Buddha menjadi Boddhisatva.

Buddha dan Hindu

1. Idea Hindu berkenaan Brahman sebagai sumber kenyataan, dan


semangat kesucian ditolak Buddha. Buddha tidak percaya wujudnya
Tuhan.

2. Buddha menyatakan bahawa tidak ada roh , yang ada ialah


pusingan Karma.

3. Dharna telah ditafsirkan semula oleh Siddartha.

4. Siddarhtha menolak sistem kasta kerana tidak bersesuaian dengan


perjalanan karma. Beliau percaya semua manusia mempunyai peluang
yang sama untuk mencapai kecahayaan.

5. Siddhartha tidak mengiktiraf golongan Brahmin dan amalan mereka


seperti menjadikan haiwan sebagai korban.

6. Aspek-aspek dalam Hindu yang diteruskan oleh Buddha ialah


kepercayaan dan amalan Moksha, Samsara, dan Ahisma.

Mazhab-mazhab dalam Buddha

Hinayana atau Therevada ( Kenderaan Kecil )

All The Best


Dikenali juga sebagai ‘The Teaching of Elders’ dan kenderaan bermaksud
menuju ke arah pengampunan. Ia merupakan sesuatu yang hampir sama
seperti ajaran Buddha yang asal dan masih diamalkan di Burma, Thailand,
dan Sri Lanka. Pengikut ajaran ini percaya hanya golongan sami sahaja
yang boleh mencapai nirvana dan ia hanya boleh dicapai melalui amalan
meditasi dan mempunyai pertalian yang ketat dengan jalan pertengahan.

Mahayana ( Kenderaan Besar )

Berbeza dengan Hinayana, Mahayana menawarkan pengampunan iaitu


peluang bagi masyarakat Buddha untuk mencapai kesedaran kepada
semua, tidak hanya untuk para sami sahaja. Dalam kepercayaan mazhab
ini mereka yang mencari nirvana boleh dibantu oleh orang lain yang
merasai diri mereka hampir mencapainya, tetapi mereka berpatah baik
untuk membantu orang lain mencapai keadaan yang menggembirakan.
Insan yang berjiwa pengampun ini dipanggil sebagai ‘ Bodhisattvas’
atau ‘Insan yang Berjiwa Suci’ . Semua penganut Buddha boleh menjadi
Bodhisattvas .

Vajrayana ( Vechicles of Thunderbolt)

Ia juga dirujuk sebagai tantrisme atau tantras yang membicarakan


tentang magik dan amalan yang berunsur keramat.

Dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Tangan Kanan ( Di Jepun dan


China ) dan Tangan Kiri.

Ahli kumpulan ini digalakkan mempercayai setiap perilaku yang


dilakukan adalah diterima selagi mereka mempercayai bahawa Buddha
sentiasa ada pada setiap benda yang bernyawa. Kepercayaan ini
mempunyai pertalian dengan upacara pemujaan dan magik. Ini
menjelaskan bahawa ahli mazhab ini telah terpesong jauh daripada ajaran
Buddha yang asal.

Zen Buddha

Begitu terkenal di China dalam zaman dinasti Tang. Ia mennjuruskan


amalan meditasi dan dikenali sebagai gan ( ch’an ). Walaupun begitu kini
ia terkenal dengan panggilan dalam bahasa Jepun - zen .

Ahli dalam zen percaya untuk mencapai kesedaran yang tinggi


adalah dengan cara mencari ciri-ciri Buddha dalam diri sendiri. Mereka
tidak mengkaji teks suci Buddha. Mereka cuma menjalankan upacara
All The Best
meditasi sahaja. Dengan cara ini ia membolehkan penganutnya mencapai
kesedaran atau Satori. Kadang kala ia dicapai melalui teka teki. Selain itu
ia juga pemikiran mereka tertumpu kepada kehidupan harian seperti
amalan meminum tea atau berkebun. Setiap perlaku itu melambangkan
kehidupan yang penuh misteri. Bagi memahami kehidupan tersebut
mereka perlu menumpukannya dengan sepenuh perhatian. Amalan
fahaman ini tertumpu kepada amalan meditasi. Ini memperlihatkan corak
kehidupan sami mereka begitu sederhana sekali. Sami-sami zen hanya
memiliki sedikit harta peribadi sehinggakan keperluan harian seperti
makanan diperolehi melalui sedekah, makanan yang dimakan sedikit dan
mereka lebih memberi perhatian terhadap meditasi.

Bibliografi

Dawee Daweerwarm, ( 1982 ) Brahminism in Southeast Asia. New Delhi :


Sterling Publishers Prt. Ltd. hlm.. 1-22.

Dixon. Lesley. ( 1984 ) Pilgrim, Prhophets dan Priest: Asia Religion and
Philosophies. Melbourne: Oxford University Press,. hlm. 29 - 54.

Sistem Ekonomi

Ruang Lingkup Kajian

1. Ekonomi Pertanian di Indonesia dan India

1.1 Perbezaan sistem ekonomi dari sudut:

a) Tujuan diwujudkan

b) Pelaksanaan sistem - ciri-ciri dan falsafah

c) Kesan sistem kepada masyakarat pribumi dan penjajah

d) Tindakan dan penentangan masyarakat

All The Best


e) Kewujudan sistem dan perubahan corak ekonomi daripada sara diri
kepada komersial.

2. Perubahan idealogi ekonomi ke arah ekonomi industri dan teknologi


di Jepun.

2.1 Cara Jepun pada zaman Meiji mencapai pemodenan.

2.2 Sebab-sebab Meiji berjaya melaksanakan pemodenan.

2.3 Kesan pemodenan Jepun terhadap perubahan dasar politik.

Penghujahan

1. Ekonomi Pertanian di Indonesia

E konomi pertanian di Indonesia

Pembangunan ekonomi di Indonesia telah dibangunkan oleh pihak Belanda


berteraskan 3 sistem iaitu:

I) Sistem Tanaman Paksa

ii) Dasar Liberal

iii) Dasar Etika

Sistem Tanaman Paksa

Sistem yang dimulakan pada tahun 1830 ini, merupakan satu sistem bagi
membolehkan pihak Belanda menetapkan bentuk pertanian yang hendak
dijalankan oleh petani Indonesia.. Dalam sistem ini para petani
dikehendaki menanam dan memperuntukkan sejumlah serahan tertentu
sama ada barangan, masa, kawasan tanaman, dan tenaga bagi
menunaikan kehendak SHT Belanda. Dengan kata lain para petani
Indonesia dikehendaki memberikan sumbangan secara paksa kepada SHT
Belanda.

Sebab-sebab diwujudkan

All The Best


a) Mengatasi masalah kewangan SHT Belanda.

Masalah ini berikutan daripada peperangan yang dihadapi oleh pihak


Belanda. Peperangan yang berlaku ini bukan sahaja terjadi di Indonesia,
tetapi juga peperangan yang berlaku di Eropah seperti peperangan
Napoloen, Perang Jawa, Pemberontakan Ambon, dan Perang Paderi.
Peperangan-peperangan ini telah menyebabkan aktiviti perdagangan
Belanda tersekat dan menyebabkan aliran pendapatan dan perbelanjaan
tidak seimbang. Bagi mengatasi permasalahan ini SHT Belanda terpaksa
berhutang bagi menyelamatkan maruah dan kerajaan Belanda.

Hutang yang diperolehi itu, telah menyebabkan SHT Belanda


mengalami keadaan yang muflis. Keadaan ini bukan sahaja disebabkan
oleh masalah peperangan, tetapi kegagalan Belanda untuk bersaing
dengan negara-negara penjajah yang lain seperti British, dan Amerika
Syarikat. Kegagalan persaingan dengan Inggeris dan Amerika
mencetuskan pengurangan kehadiran para pedagang ke Betawi. Hal ini
kerana pelabuhan Singapura mempunyai kedudukan yang lebih strategik
serta mempercepatkan urusan perdagangan. Keadaan ini dirumitkan lagi
dengan perjanjian-perjanjian yang ditangani antara Belanda dengan
Inggeris pada 1824 yang menghendaki Belanda membayar hutang-hutang
semasa Peperangan Napoleon. Perjanjian ini juga meruapakan uasaha
Inggeris bagi mendapatkan pengiktirafan kedudukan Inggeris di
Singapura serta penguasaan Inggeris di sebelah utara Khatulistiwa. Selain
itu, Belanda mengiktiraf perdagangan Inggeris di Singapura dan tidak
menuntut Singapura walaupun ia boleh berbuat demikian atas prinsip
Sultan Abd Rahman Riau tidak pernah memberikan kebenaran kepada
Inggeris untuk berbuat demikian.

Sebagai kesan daripada peristiwa ini, SHT Belanda tidak


berupaya untuk menghalang perdagangan di Singapura dan menyebabkan
aliran pedagangan berubah. Keadaan ini menyebabkan SHT Belanda
semakin tersepit dan akhirnya pengurusannya telah diambil alih oleh
kerajaan Belanda. Walaupun begitu masalah kewangan SHT ini masih
tidak berubah dan cara mengatasinya adalah dengan cadangan Van Den
Bosch iaitu dengan prinsip pemaksaan kepada petani Indonesia untuk
menyumbangkan kewangan kepada Kerajaan Belanda.

Ciri-ciri Dasar Ekonomi Tanam Paksa

All The Best


1
a). /5 daripada tanah padi dikhaskan untuk tanaman kontan yang
ditetapkan seperti kopi, tebu, nila, tembakau, the, kapas , dan kayu
manis.

b) Luas tanah untuk tanaman yang ditetapkan itu dikecualikan


daripada cukai.

c) Hasil tanaman yang melebihi daripada cukai yang dikenakan akan


dikembalikan sebagai hak petani.

d) Pekerja-pekerja akan ditugaskan menjalankan kerja-kerja seperti


diarahkan pembesar-pembesar atau priyayi-priyayi.

e) Kerajaan akan menanggung kerugian jika hasil pertanian tidak


menjadi yang disebabkan oleh alam semula jadi.

f) Masa kerja yang digunakan tidak boleh melebihi masa kerja untuk
penanaman padi atau tidak boleh melebihi 66 hari setahun.

Falsafah sistem Tanaman Paksa

a) Penerusan dan penggantian sistem penghantaran dan penjualan


wajib hasil pertanian kepada Belanda sebelum pelaksanaan Rodi Kopi.
( Legge. J.D. 1972 )

b) Terbentuk satu sistem ufti, yang memperlihatkan petani Indonesia


diwajibkan untuk mempersembahkan hasil bagi mendapatkan
perlindungan. ( Legge. J.D. 1972 )

c) Bagi membentuk satu sistem pemerintahan yang berteraskan


pembayaran gaji. Bupati kehilangan kuasa dan menerima bayaran
daripada Belanda. ( Legge. J.D. 1972 )

Pelaksanaan dan penyelewengan sistem

a.) Penyelewengan daripada bupati-bupati dan pegawai Belanda yang


memaksa petani untuk melakukan kerja-kerja tanaman ekspot lebih
daripada masa yang ditetapkan sehingga mereka diarahkan bekerja
selama 200 hari, sepatutnya ialah 66 hari

Sebagai kesannya

I) Petani tidak berupaya untuk menanam tanaman sendiri dan berlaku


kebuluran serta meningkatkan kemiskinan

All The Best


ii) Kegagalan petani membayar cukai menyebabkan tanah dirampas
atau tergadai oleh pedagang asing terutama pedagang Cina.

b) Penyelewengan juga berlaku dalam menyediakan keluasan tanah


untuk tanaman ekspot. Yang disyaratkan ialah 1/5 , tetapi pemaksaan
daripada para pegawai dan pembesar tempatan menyebabkan mereka
terpaksa mengorbankan sehingga 1/3 atau 1/2 daripada keluasan tanah
yang ada.

Sebagai kesannya:

I) Para petani kekurangan tanah untuk tanaman saraan mereka dan


meningkatkan kebuluran.

ii) Pengurangan cukai tidak didapati walaupun mereka mengorbankan


keluasan tanah yang besar. Bebanan masih dipikul petani dan bukan
kerajaan.

c) Penyelewengan daripada pembayaran cukai. Sepatutnya para petani


dikecualikan daripada pembayaran cukai bagi tanah yang diperuntukan
untuk tanaman ekspot iaitu
1
/5 keluasan tanah, tetapi keadaan ini tidak berlaku. Disebaliknya
mereka dipaksa untuk membayar bagi keseluruhan tanah maereka.

d) Berdasarkan perjanjian dalam sistem ini , petani dikecualikan


daripada membayar kerugian yang dialami jika hasil pertanian tidak
menjadi yang disebabkan oleh keadaan alam. Keadaan ini disebaliknya
berlaku, sama ada hasil itu gagal menjadi disebabkan oleh alam atau
kurang usaha petani, petani dipertanggungjawabkan dan perlu membayar
kerugian tersebut.

Sebab-sebab berlakunya penyelewengaan

a) Sifat tamak dan haloba para pegawai dan pembesar yang menerima
komisen bagi jumlah kutipan tanaman ekspot. Hal ini kerana kerajaan
Belanda telah memberikan mereka kuasa untuk mewakili mereka dengan
janji sejumlah komisen bagi hasil yang dapat dipungut.

b) Jumlah hasil daripada sistem ini masih gagal menampung hutang


kerajaan Belanda kerana tercetus pemberontakan Belgium yang
menyebabkan kerajaan Belanda hilang sumber pendapatan di sana. Oleh
itu bagi menampung kekurangan tersebut penyelewengan ini dilakukan
bagi menampung kekurangan pendapatan.

All The Best


Kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap masyarakat Indonesia

a) Wujudnya monopoli perdagangan oleh SHT Belanda dan


memusnahkan perdagangan pesisir pantai yang menjadi amalan sebelum
pelaksanaan sistem ini. Ini mendatangkan kesan kepada harga barangan
yang dihasilkan dengan meletakkan harga yang tinggi di Belanda dan
harga yang rendah di Indonesia. Hasilnya petani Indonesia sentiasa
menghadapi masalah kemiskinan yang berterusan. ( Legge, 1972 )

b) Perubahan sistem pertanian daripada sistem pertanian sara diri


kepada sistem pertaniaan ekspot yang bercorakan peladangan. Kesan
daripada perubahan sistem ini masyarakat pribumi semakin tertindas
bukan sahaja oleh peladang Eropah, tetapi juga oleh peladang Cina dan
pembesar tempatan.

c) Kebuluran berlaku kerana petani Indonesia gagal melaksanakan


tanaman untuk diri mereka disebabkan oleh penyelewengan masa bekerja
dan keluasan tanah untuk ekspot. Hal ini berlaku terhadap tanah-tanah
padi dan mengenakan tuntutan kepada buruh-buruh untuk bekerja dengan
lebih berat lagi. Ini pada hahkikatnya ialah satu sistem ufti dan sistem ini
menghalang petani Jawa untuk mengeluarkan pengeluaran untuk pasaran
dunia. ( Legge, 1972 )

d) Kewujudan bangsawan pegawai membolehkan Belanda menukar


fungsi mereka kepada birokrasi bergaji.

e) Belanda menghancurkan golongan pedagang Jawa yang berkembang


diimarah-imarah pelabuhan dan akibat keseluruhannya ialah pengasingan
ekonomi Indonesia daripada hubungan-hubungan secara langsung dengan
perdagangan antarabangsa yang meluas yang dahulunya mereka
mengambil bahagian. ( Legge, 1972 )

f) Mungkin ada yang mengatakan Sisten Rodi Kopi ini telah meluaskan
lagi pembinaan infrastruktur Indonesia terutamanya jalan raya, dan tali
air. Persoalannya untuk siapa infrastruktur ini , seluas mana ia dibina, dan
di manakah ia dibina. Maka jawapan bagi persoalan ini begitu negatif dan
sebenarnya ia merupakan penjarak taraf kepada penduduk Indonesia
kerana tumpuannya hanya pada sesuatu kawasan yang boleh
mengeluarkan hasil bagi kerajaan Belanda.

2. Pembangunan Ekonomi Pertanian dan Dasar Tanah di India


All The Best
Dasar tanah dan pertanian India

Pelaksanaan dan perubahan dasar pertanian dan tanah di India dapat


dilihat melalui penguatkusaan sistem Zamindari dan Ryotwari. Dalam
kedua-dua sistem ini British memainkan peranan yang penting untuk
memastikan perolehan pendapatan mereka tidak terjejas. Keadaan ini
dapat diperhatikan dengan kehendak British untuk mendapatkan hasil-
hasil cukai daripada tuan-tuan tanah. Ini bagi membolehkan British
mengaut ufti dalam bentuk cukai bagi dihantar ke Britain . Jika dulu ia
dalam bentuk barangan, tetapi pelaksanaan sisitem ini memperlihatkan ia
dibayar dalam bentuk wang.

Sistem Zamindari

Zamindar bermaksud tuan tanah dan Sistem Zamindari pula ialah sistem
bagi pemungutan cukai tanah daripada tuan tanah secara tetap. Dalam
hal ini terdapat kekeliruan berkenaan dengan siapakah tuan tanah. Dalam
kajian ini tuan tanah dikatakan terdiri daripada pembesar tempatan yang
terdiri daripada pegawai Mughal yang ditugaskan mengutip cukai. Oleh
itu, mereka telah dianggap sebagai Zamindar kerana mereka telah
memperoleh tanah dan memajaknya kepada petani. Dengan kata lain
mereka berkemampuan untuk membeli tanah dan menyewakannya kepada
petani.

Ciri-ciri Sistem Zamindari

Suntharalingam .R ( 1987 ) menggariskan ciri-ciri sistem Zamindari seperti


yang berikut:

a) Kelas zamindar diisytiharkan sebagai tuan tanah yang mempunyai


hak ke atas ladangnya.

b) Zamindar bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai ladangnya.


Taksiran ladang adalah pada kadar 45% hasilnya dan daripada kutipan 9/10
harus diserahkan kepada kerajaan dan 1/10 akan disimpan oleh Zamindar
sebagai ganjarannya. Mengikut perhitungan tahun 1793, jumlah cukai
tanah yang akan dikutip oleh kerajaan di wilayah Bengal ialah Rs 27 juta
setahun.
All The Best
c) Cukai untuk setiap ladang milikian zamindar yang ditetapkan pada
tahun 1793 adalah kekal sepanjang masa.Cukai itu harus dijelaskan dalam
bentuk wang tunai.

d) Zamindar yang gagal menjelaskan cukainya akan dilucutkan


tanahnya serta boleh dipenjara.

e) Petani yang bermastautin yang telah mengerjakan tanah dengan


bayaran sewa yang tetap untuk selama dua belas tahun tidak boleh
disingkirkan oleh zamindar kecuali jika gagal membayar sewanya.

f) Zamindar berhak menaikkan sewa jika kadar cukai di ladangnya


rendah jika dibandingkan dengan kawasan sekeliling, atau jika ia
menyediakan kemudahan, atau jika harga hasil tanah bertambah.

Sebab-sebab sistem Zamindari dipilih

a) Lord Cornwallis, Gabenor General Inggeris merasakan bahawa


Zamindar boleh dan akan berperanan untuk membangunkan pertanian di
Bengal jika kadar cukai tanah berpatutan.

b) Cornwallis juga berkeyakinan bahawa kapitalis tempatan akan


bergiat cergas dalam pertanian jika wujud kepastian mengenai soal
keuntungan. Keyakinan ini diutarakan dengan mempelbagaikan kegunaan
tanah bukan setakat menyewakannya sahaja tetapi diusahakan untuk
menambahkan pengeluaran pertanian di India. Dengan cara ini Cornwallis
beranggapan bahawa kelas kaya India tidak sahaja menjalankan aktiviti
peminjaman wang atau perdagangan memonopoli garam, tetapi
menggunakan hartanah sebagai aset bagi mengubah nasib rakyat India
melalui perkembangan dan perubahan sistem pertanian.

c) Kelas tani dan rakyat Bengal akan menikmati hasil daripada


kemajuan pertanian yang akan dijalankan oleh Zamindar dan kapitalis
tempatan.

Kesan sistem Zamindari terhadap masyarakat India

1. Kesan positif:

a) Wujudnya peluasan kawasan penanaman padi. Ini dapat dilihat


daripada angka berikut iaitu pada tahun 1793 sebanyak 35 % kawasan

All The Best


Bengal diusahakan, tetapi terlaksananya sistem ini ia meningkat sebanyak
80 % pada penghujung abad ke 19.

b) Peningkatan pertanian komersial untuk diekspot seperti jut, sutera,


tebu, candu, dan nila.

c) Nilai hasil tanah di Bengal telah bertambah daripada Rs65 juta pada
tahun 1793 kepada Rs 2,970 juta pada tahun 1947.

d) Kutipan sewa oleh kelas Zamindar bertambah daripda Rs 30 juta


pada tahun 1793 kepada Rs 130 juta pada tahun 1876-77, dan Rs 168 juta
pada tahun 1900-01

2. Kesan negatif:

a) Peningkatan kadar cukai yang dikenakan terhadap petani. Tiada


satu undang-undang atau akta yang boleh menyekat Zamindar
meningkatkan kadar cukai. Walaupun ada usaha daripada pihak kerajaan
British, tetapi usaha ini tidak berjaya dilakukan kerana golongan Zamindar
mempunyai hubungan yang rapat dengan pembuat dasar undang-undang.
Biasanya undang-undang ini tidak dilaksanakan. ( Metcalf T.R , 1964 ).

b) Kegagalan kerajaan British bertindak menyebabkan petani India


menghadapi kesulitan pembayaran sewa kepada Zamindar. Ini
mengakibatkan semakin ramai petani yang tidak mempunyai tanah dan
menggugatkan industri pertanian di India. Keadaan ini kerana pihak
Zamindar bukannya penguasaha pertanian, tetapi hanya sebagai orang
tengah bagi petani mengusahakan tanah. Sebagai kesannya India gagal
membangunkan ekonomi industri dan hasil tanah mati tanpa pengeluaran.
Selain itu para petani yang memiliki tanah gagal meneruskan
pegangannya dan ia bertukar tangan kepada pihak Zamindar.

c) Suasana ekonomi yang tidak menunjukkan perkembangan telah


menyebabkan para Zamindar memilih untuk meneruskan perniagaan yang
bercorak bukan produktif. Dalam aspek ini modal digunakan untuk
membeli dan menyewa tanah, meminjam wang, serta menguruskan
pemasaran hasil tanah. Cara pelaburan ini sebenarnya tidak
meningkatkan daya pengeluaran tanah. Hal ini kerana para Zamindar
telah dipengaruhi oleh sebab-sebab yang berikut:

I) Saiz pasaran untuk hasil pertanian di Bengal adalah terhad kerana


kegagalan rancangan perindustrian.

ii) Suasana ekonomi pada waktu itu dipengaruhi oleh aktiviti sewa
tanah. Ini berikutan sebanyak 77 % penduduk bergantung kepada tanah

All The Best


untuk mendapatkan sumber pendapatan di Bengal. ( Suntharalingam .R ,
1987 )

Sistem Ryotwari

Ryot bermaksud petani. Dalam sistem ini ia mengiktiraf petani sebagai


pemilik tanah. Ia dibangunkan selepas kegagalan sistem Zamindari
membangunkan ekonomi India secara ekonomik dan adil. Mula
diperkenalkan di Madras , 1812 dan diluaskan hingga ke Bombay pada
1816.

Ia mula digagaskan dengan desakan para pegawai British seperti


Thomas Munro dengan memberikan alasan beberapa kelebihan sistem ini
jika dibandingkan dengan sistem Zamindari.

Kelebihan Ryotwari

1. Menghormati keadaan di India di mana sebelumnya petani


menjadi pembayar cukai yang bebas yang membayar cukai terus kepada
kerajaan sebelum diambil alih oleh Zamindar. Sistem Zamindari
merupakan khayalan dan tiruan daripada sistem Eropah.

2. Pengiktirafan hak petani mendorong petani beruasaha gigih


memajukan pertanian.

3. Menjamin peningkatan hasil tanah dan harga tanaman akan


menguntungkan kerajaan kerana hasil cukai ditaksirkan setiap tahun
mengikut hasil di samping kerajaan menguasai tanah yang belum
diterokai. Ini membolehkan kerajaan menambahkan pendapatan tanpa
mengenakan bebanan baru kepada petani.

Ciri-ciri

1. Setiap keping tanah akan didaftar atas nama seorang petani yang
bertanggungjawab membayar cukai.

All The Best


2. Jumlah cukai akan ditaksirkan setiap tahun, dan antara 25 - 60 %
hasil tanah hendaklah diserahkan kepada kerajaan sebagai cukai tanah.

3. Pengutipan cukai akan dikendalikan oleh kerajaan.

4. Petani yang gagal menjelaskan cukai akan dirampas tanah dan


hartanya.

Kesan Positif

1. Peluasan dan kepelbagaian tanaman komersial seperti kapas, tebu,


tembakau, nila, kopi, pinang, dan lada. Sebagai contoh Madras pada tahun
1800 mengimpot kapas dari utara dan barat India, tetapi pada tahun 1857
telah mengekspot ke utara India dan luar negara. Pertengahan abad ke-19
Madras berjaya menghasilkan 55 juta pound.

2. Pelaburan dalam pembelian tanah, pengangkutan, dan perairan


meningkat. Sebagai contohnya di Bombay, harga kapas naik mendadak
sehingga menmbolehkan petani membeli tanah, meminjam wang kepada
petani miskin, menguruskan sendiri pengangkutan, dan membeli jentera.
Di Madras, petani kaya membeli lembu dan kerbau untuk membajak dan
mendirikan telaga serta terusan bagai mengatasi kemarau.

Kesan Negatif

1. Petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk membayar


cukai dalam bentuk wang tunai. Keadaan ini semakin parah pada 1820-50
apabila harga bijirin merosot sebanyak 50%.

2. Kadar cukai pada peringkat awal amat tinggi sehingga 55% pada
tahun 1818. Ini ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan yang membuat
taksiran baru setiap 30 tahun.

3. Kerajaan British membelanjakan kurang 1% daripada jumlah cukai


untuk pembangunan prasarana pertanian. Ini mengakibatkan
kemerosotan hasil pertanian terutamanya kepada petani miskin. Ia
mendatangkan masalah apabila berlaku musim kemarau seperti yang
belakau di Bombay patahun 1866-67, 1874-75, 1896, dan 1899-1902. Di
Madras berlaku pada tahun 1865-66, dan 1876-78. Akibatnya berlaku
kebuluran dan kematian yang kebanyakannya petani, penyewa tanah, dan
buruh pertanian.

All The Best


4. Penindasan daripada cetti dengan merampas tanah daripada petani
miskin. Cetti menguasai pasaran peminjaman wang tanpa had.

Langkah-Langkah Atasi

1. Ketatkan undang-undang menyekat penjualan atau perampasan


tanah petani oleh cetti seperti meluluskan Akta Bantuan Pertanian
Deccan pada 1879 yang mmenubuhkan majlis rundingan untuk
menyelesaikan masalah hutang petani sebelum dipindahkan ke
mahkamah. Mahkamah juga dikehendaki menyiasat latar belakang kes
hutang sebelum memindahkan hak petani kepada cetti atau peniaga. Di
Punjab pada 1900 , diwujudkan akta yang melarang pemindahan tanah
petani kepada bukan petani atau tuan tanah.

2. Mengurangkan kadar cukai seperti yang diadakan di Bombay dan


Madras pada 1830an dan 1850an.

Persoalan :

1. Sejauh manakah niat penjajah membangunkan ekonomi pribumi ?

2. Apakah sebab-sebab yang menjadi teras pembangunan ekonomi ?

3. Nilaikan persamaan dan perbezaan sistem ekonomi di India dan


Indonesia?

4. Apakah kesan-kesan pembangunan ekonomi kepada masyarakat


pribumi ?

5. Siapakah yang mendapat lebihan ekonomi dan bagaimanakah ia


dilakukan ?

Adakah cetti, peniaga, petani kaya, zamindar, atau British?

Bagi menjawab persoalan ini kajian harus ditumpukan kepada


pembangunan ekonomi di negara-negara Asia khususnya di Indonesia dan
India. Persoalan bagi dua negeri ini bukan setakat pengetahuan mengenai
sistem tanaman paksa dan Zamindari sahaja, tetapi mesti meliputi Dasar
All The Best
Liberal dan Etika di Indonesia dan Sistem Ryotwari dan Perladangan di
India.

Bibliografi:

Legge. J.D. ( 1972 ) Indonesia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Metcalf T.R. ( 1964 ) The Aftermath of Revolt. India 1857 - 1870. Princeton.

Suntharalingam. R ( 1987 ) Modul 2: JHH 353 Imperialisme dan


Nasionalisme di Benua Kecil India. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Ë Dasar Pintu Terbuka dan Tertutup

Persoalan kajian

1. Sebab diadakan dasar pintu terbuka dan tertutup

2. Kesannya kepada masyarakat dan negara.

3. Tindakan dan tekanan daripada orang Barat dalam mendesak Dasar


Pintu Terbuka

4. Langkah-langkah dalam pelaksanaan Dasar Pintu Tertutup.

Dalam menjawap soalan ini ia tertumpu di negara Thai, terutama mulai


zaman Dinasti Chakri dari Rama 1 hingga Rama 5, negara Jepun dalam
zaman Tokugawa dan Pemulihan Meiji, serta negara China dalam Dinasti
Manchu.

1. Motif dan Sebab diadakan dasar pintu tertutup

All The Best


Siam Jepun Cina
1. Pertahankan 1. Petahankan 1. Merasai bahawa
kedaulatan Siam kedaulatan Cina mempunyai taraf
daripada penjajahan Keshogunan Tokugawa yang sama dengan
British dan Perancis daripada ancaman negara-negara Barat baik
golongan Daimyo yang dari segi kemajuan dan
bermusuhan kuasa. Cina sebagai
Middle Kingdom.
2. Cubaan untuk 2. Satu cara 2. Keperluan dalaman
menghalang campur Tokugawa dapat Cina mencukupi dan tidak
tangan kuasa-kuasa menghalang pengaruh memerlukan perdagangan
asing. luar daripada luar terutama dengan
bersubahat dengan orang-orang Barat. Kalau
musuhnya dalam perlu hanya perlu
negeri. berurusan dengan Co
Hong yang mewakili
maharaja Cina dalam
urusan kebenaran
perdagangan.

3. Menghalang 3. Menghalang
gangguan tersebarnya ajaran
penyebaran agama Kristian yang boleh
kristian yang boleh mengikis kepercayaan
menggugat Shintoisme.
kepercayaan dan
budaya masyarakat
Siam.
4. Tidak mahu 4. Menghalang
keadaan yang Jepun daripada
berlaku di Burma pengaruh proses
menimpa Siam. pembaratan
Berlakunya
peperangan dengan
British dan
kejatuhan Dinasti
Konbaung.
5. Menghalang
usaha penjajah
untuk membaratkan
Siam.

All The Best


2. Kesan Dasar Pintu Tertutup kepada masyarakat dan negara.

Siam Jepun Cina


1. Semakin kuat 1. Tekanan 1. Cina
tekanan daripada daripada Commodore menghadapi tekanan
British dan Perancis Perry dan membawa daripada barat dan
untuk mencari ugutan daripada berlaku Perang
peluang dagangan di Presiden AS. Candu 1- Cina
Siam dipaksa
k Commodore Perry
menandatangani
k Perjanjian Burney mengugut akan
perjanjian Nankin.
1826, menyerang Jepun
memeprlihatkan dengan kapal perang · Akibatnya Cina
usaha British bagi jika Shogun tidak dipaksa membuka
mendapatkan konsesi membuka pintu pelabuhan-pelabuhan
kepada pedagang kepada pedagang bagi kegunaan
British dan barat terutama AS. pedagang barat.
perlindungan serta Sebagai kesannya ia
jaminan kebebasan menjadi ancaman
perniagaan rakyat kepada kedudukan
British. Shogun dan
menyebabkan
regimnya jatuh.
2. Siam dapat 2. Pengekalan 2. Keupayaan
mengimbangi kuasa kuasa Tokugawa Cina untuk
antara British dan selama 250an tahun. mengekalkan
Perancis bagi kedaulatan undang-
k Tokugawa dapat
mengelakkan Siam undang dan politik
mengekalkan
dijajah. daripada pengaruh
pemerintahannya
kuasa Barat.
k Dasar ini dapat daripada gugatan
mengimbangi kuasa Daimyo-daimyo lain · Cina berupaya
Perancis, British dan dan menghalang untuk mengenakan
Burma yang cuba berlakunya undang-undangnya
menggugat pemberontakan dan terhadap orang
kedaulatan Siam. pemuafakatan untuk asing.
Dengan memberontak
persahabatan Siam menentangnya.
dan layanan yang
seimbang dengan

All The Best


kuasa-kuasa ini Siam
dapat menyandarkan
dirinya bagi
mendapatkan
bantuan dengan
sesiapa yang
dikehendaki.
3. Siam berupaya 3. Keupayaan 3. Peniaga Cina
untuk mengekalkan untuk menyekat seperti Co Hong
budaya dan penyebaran menjalankan
kepercayaan pengaruh Kristian perniagaan secara
masyarakat. dan pengaruh Barat. monopoli dan
Pengekalan institusi bertindak zalim
Raja dan peranan terhadap konsep
golongan istana pasaran bebas yang
membolehkan Siam menjadi anutan
membentuk kapitalis barat.
peradaban mereka
sendiri tanpa
pengaruh lain-lain
pihak.

3. Sebab pelaksanaan dasar pintu terbuka

Siam Jepun Cina


1. Tekanan yang 1. Tekanan dan 1. Tekanan dan
diterima daripada ugutan yang diterima kesan kekalahan Cina
Perancis dan British oleh Tokugawa dalam Perang Candu
dalam mencari daripada Commodore 1
peluang dagangan di Perry.
Siam.
2. Kekhuatiran 2. Tekanan 2.
Raja Mongkut dan dalaman daripada
Chulalonkorn akan daimyo-daimyo

All The Best


tindakan British Tozama dan Fudai
terhadap keengangan terutama daripada
Rama III untuk puak Chosu dan
menandatangani Satsuma.
perjanjian
perdagangan.
3. Untuk 3. 3.
menjamin kedaulatan
dan kemerdekaan
Siam.

Kesan Dasar Pintu Terbuka

Siam Jepun Cina


1. Siam bersetuju 1. Kejatuhan 1. Pembahagian
membenarkan Kesyogunan Cina kepada wilayah-
pedagang-pedagang Tokugawa dan wilayah yang
British berdagang di bermula Dinasti Meiji dikuasai oleh
Siam. dan kerajaan beraja penjajah-penjajah
di Jepun. barat dan Jepun.
2. Siam
memberikan 2. Penyebaran · Inggeris – Hong
beberapa konsesi agama kristian Kong, Shanghai
untuk pedagang diteruskan.
· Jepun -
British.Lihat syarat
3. Wujud Manchuria
dalam perjanjian
perubahan-
Bowring. · German – Wei-
perubahan yang
Wei
3. Siam terlepas dijalankan oleh Meiji.
jajahan di utara · Russia –
4. Jepun menjadi
Tanah Melayu melalui Semenanjung Liao
kuasa tentera yang
perjanjian Bangkok Tung.
setaraf dengan
negara barat. · Portugis –
Canton
5. Bermula era
demokrasi 2. Keruntuhan
berparlimen di Jepun. Dinasti Manchu dan
bermula pengaruh
nasionalis dan
komunis.

3. China tunduk
dibawah kuasa barat.
All The Best
Perkembangan pertanian beras ( Komersial ) di Asia Tenggara – Sebab:

1. Wujud perubahan dalam teknologi pertanian padi

1.1. Penggunaan cara pertanian yang lebih maju dengan wujudnya


pertambahan dalam penggunaan kerbau dalam industri pertanian.

1.2. Kewujudan kilang-kilang pemeroses padi yang mengakibatkan


peluasan penanaman padi.

1.3. Semakin banyak terusan-terusan dibina bagi memodenkan


pertanian beras seperti yang berlaku di Rangsit.

2. Perubahan dalam pemilikan tanah.

2.1. Pembinaan terusan di Rangsit telah menyebabkan tanah-tanah di


persekitarannya dibuka untuk belian orang ramai. Ini juga hasil
pemodenan yang dibuat oleh raja Siam bagi membolehkan seramai
petani/pemodal untuk mengusahakan penanaman padi.

3. Keadaan muka bumi yang subur.

3.1. Delta Choa Phraya, Delta Mekong, Delta Irrawady merupakan


kawasan subur dan amat sesuai untuk penanaman padi. Di samping itu ia
juga mengalami hujan yang banyak bagi bekalan air untuk padi. Keadaan
ini memberi ruang yang luas kepada petani bagi membangunkan industri
ini.

4. Berkembangnya sistem ekonomi komersial.

4.1. Hasil perubahan yang dibawa penjajah terhadap ekonomi sara diri,
masyarakat pribumi berlumba bagi mencari pendapatan dan kekayaan.
Perubahan nilai yang dibawa dalam sistem ekonomi komersial telah
mengubah persepsi masyarakat terhadap ekonomi sara diri yang berfokus
pada kerahan tenaga tanpa upah dan bekerja untuk golongan pembesar
dan raja. Ekonomi komersial memberikan peluang kepada masyarakat tani
untuk mendapatkan hasil yang sama dan bagi mempastikan keuntungan
titik peluh yang dikerjakan ialah hak mereka. Perubahan mentaliti ini
memperlihatkan ramai para petani mencari jalan bagi meningkatkan
kualiti hidup mereka.

All The Best


4.2. Sebagai contoh masyarakat tani Burma telah menggunakan atap
zink bagi menggantikan atap nipah, menggunakan barangan impot seperti
kain dari India dan British. Di rumah petani terdapat barangan perabot
Eropah. Keadaan ini adalah hasil perubahan nilai yang dibawa oleh sistem
ekonomi komersial.

4.3. Penggunaan barangan moden dan diimpot dalam isi rumah seperti
perhiasan perabot dari British, makanan dalam tin, sabun, kelambu, potret
Ratu Victoria, dan lain-lain barangan impot seperti yang berlaku kepada
masyarakat tani Burma

4.4. Perubahan mentaliti petani daripada mengharap saraan secukup


hidup kepada persaingan dalam mengejar kekayaan seperti yang
ditunjukkan oleh Kyaw Din yang berjaya mengubah nasib serta menjadi
petani yang berupaya menaungi petani lain. Daripada 2 ekor lembu
kepada 30 ekor lembu. Pada 1910 beliau mempunyai 750 ekar tanah
bendang.

4.5. Konsep dalam sistem serah berubah kepada buruh upah.

5. Buruh upah yang ramai dan murah.

5.1. Perkembangan ekonomi komersial menyebabkan hilangnya buruh


kerah. Ini membolehkan buruh-buruh yang bekerja tanpa upah berubah
dan bekerja bagi mendapatkan pendapatan. Dengan tumpuan kerja
masyarakat banyak dalam bidang penanaman padi, ini membolehkan
industri pertanian beras berkembang tanpa menghadapi masalah buruh.

6. Pemodal asing yang melabur modal penanaman padi.

6.1. Pemodal sanggup membina kilang-kilang beras di Eropah seperti di


Liverpool, Bremen, dan Hamburg bagi memenuhi permintaan masyarakat
Eropah yang memerlukan beras. ( Cheng Siok Hwa, The Rice Industry
in Burma.)

6.2. Di Burma syarikat yang mula-mula mendirikan kilang beras ialah


Joseph Heap and Sons Ltd, selain daripada itu, syarikat-syarikat Eropah
lain juga telah meletakkan wakilnya bagi mendapatkan padi untuk
dielspot ke negara mereka.

7. Permintaan beras dunia yang semakin bertambah di Eropah.

7.1. Dapat dilihat daripada jumlah ekspot beras – 1840 –74500 tan, 1866
– 364000 tan, 1870 – 484000 tan, 1900 – 767000 tan.

Kesan Perubahan Ekonomi Sara Diri kepada Ekonomi Komersial

All The Best


2. Perubahan terhadap bentuk masyarakat – masyarakat majmuk.

2.1. Kemasukan orang India ke Burma bertambah daripada 2% kepada


7% di Burma Hilir.

2.2. Pengsengketaan kaum berrtambah rumit antara kaum-kaum Shan,


Mon, Karen, India, Cina, dan Burman. Orang Karen menjadi sasaran kerana
mereka mendapat keistimewaan daripada British sebab mereka penganut
Kristian. Orang India kerana mendapat keistimewaan dalam bidang
pekerjaan di sektor awam. Cina kerana mendapat kelebihan dalam
perdagangan. Mon dan Shan kerana mereka hendak memerdekaan diri
daripada penguasaan orang Burman.

3. Ekonomi dikuasai oleh rakyat asing.

3.1. Kemasukan berterusan orang India telah mewujudkan persaingan


pekerjaan dengan orang Burma.

3.2. Institusi Co-Hong dihapuskan dan pedagang British boleh


berdagang secara terus di Cina.

3.3. Perkembangan ekonomi India dikuasa pedagang British dengan


kemasukan barangan British serta runtuhnya ekonomi tenunan tradisi
India.

3.4. Barangan luar lebih murah jika dibandingkan barangan tempatan.

3.5. British di Cina menguasa perdagangan candu dan telah


menyebabkan masalah moral di Cina, di mana usaha pembesar Cina gagal
dalam menghapuskan ketagihan Candu di kalangan rakyat Cina.

4. Wujud kesedaran nasionalisme dan patriotisme rakyat terhadap


kebebasan negara.

4.1. Perubahan yang dibawa akhirnya kelihatan tidak menguntung


masyarakat tani hingga wujud semangat untuk menentang .Di Burma pada
tahun 1932 berlaku Pemberontakan Saya San

5. Hasil pertanian berkembang.

5.1. Burma ekspot padi telah meningkat daripada 162 ribu tan kepada 2
juta tan pada tahap pertama perubahan ( 1852 – 1900). Tahap kedua
meningkat daripada 2 juta kepada 3 juta tan. Di Siam pada 1857-58,
ekspot padi sebanyak 990 ribu pikul, tetapi pada 1930-34 bertambah
25.72 juta pikul.

5.2. Keluasan penanaman padi daripada 700 ribu ekar kepada 6 juta
ekar, antara tahun 1855 – 1906. Pada tahap kedua (1900-30) bertambah
daripada 6 juta kepada 8 juta ekar. Di Siam keluasannya bertambah
daripada 5.8 juta rai pada 1850 kepada 39.6 juta rai pada 1905-06.
All The Best
5.3. kilang padi bertambah daripada 124 kepada 486 buah pada 1930.
Ini juga menyaksikan Burma kekurangan tanah untuk pertanian padi dan
perlindungan yang diberi telah berakhir.

5.4. Pertanian hasil padi yang berkembang menyebabkan berlakunya


perubahan dalam pemilikan tanah.

6. Wujud perubahan teknologi pertanian.

6.1. Penggunaan cara pertanian yang lebih maju dengan wujudnya


pertambahan dalam penggunaan kerbau dalam industri pertanian.

6.2. Kewujudan kilang-kilang pemeroses padi yang mengakibatkan


peluasan penanaman padi.

6.3. Semakin banyak terusan-terusan dibina bagi memodenkan


pertanian beras seperti yang berlaku di Rangsit.

7. Perubahan taraf hidup dan wujud pemerasan petani dan rakyat


bawahan.

7.1. Masyarakat tani Burma telah menggunakan atap zink bagi


menggantikan atap nipah, menggunakan barangan impot seperti kain dari
India dan British. Di rumah petani terdapat barangan perabot Eropah.

7.2. Setelah perlindungan kepada petani sekitar tahun 1930an berakhir,


taraf hidup masyarakat mengalami keadaan yang menyulitkan. Maka
bermula aktiviti berhutang bagi menampung perubahan teknologi. Orang
Burma mula berhutang dengan golongan Cetti – akibat daripada tidak
dapat membayar hutang tanah-tanah mereka dirampas.

7.3. Masyarakat bukan tani semakin menambahkan tanah mereka


sedangkan masyarakat tani semakin berkurangan – seterusnya
memperlihatkan penurunan taraf hidup mereka.

8. Perubahan nilai kehidupan masyarakat.

8.1. Penggunaan barangan moden dan diimpot dalam isi rumah seperti
perhiasan perabot dari British, makanan dalam tin, sabun, kelambu, potret
Ratu Victoria, dan lain-lain barangan impot seperti yang berlaku kepada
masyarakat tani Burma. Hal ini bukan sahaja berlaku di Burma, tetapi juga
di India.

8.2. Perubahan mentaliti petani daripada mengharap saraan secukup


hidup kepada persaingan dalam mengejar kekayaan seperti yang
ditunjukkan oleh Kyaw Din yang berjaya mengubah nasib serta menjadi
petani yang berupaya menaungi petani lain. Daripada 2 ekor lembu
kepada 30 ekor lembu. Pada 1910 beliau mempunyai 750 ekar tanah
bendang.
All The Best
8.3. Konsep dalam sistem serah berubah kepada buruh upah.

Sebab Perubahan Dasar Ekonomi di Asia Tenggara dan Asia Selatan

1. Satu cara mengatasi masalah kewangan penjajah.

1.1. SHT Belanda mengalami keadaan yang muflis. Keadaan ini bukan
sahaja disebabkan oleh masalah peperangan, tetapi kegagalan Belanda
untuk bersaing dengan negara-negara penjajah yang lain seperti British,
dan Amerika Syarikat. Kegagalan persaingan dengan Inggeris dan Amerika
mencetuskan pengurangan kehadiran para pedagang ke Betawi. Lebih-
lebih lagi kewujudan Singapura merupakan saingan sengit kepada Belanda
di Indonesia. Cara mengatasinya ialah dengan mewujudkan sistem kultur
bagi menarik pedagang mendapatkan hasil dagangan di Betawi.

2. Berlakunya perubahan kepimpinan dan politik negara induk.

2.1. Kemenangan parti Liberal di Belanda mengubahkan dasar


pemaksaan kepada kebebasan kepada petani bagi mencari perubahan
hidup dan tanaman yang diinginkan. Daripada perubahan ini wujud sistem
liberal yang menekankan aspek pasaran bebas.

3. Bantahan daripada pemimpin-pemimpin masyarakat penjajah


sendiri dalam mendapat kuasa politik. Berlaku perubahan dalam
kepimpinan di negara induk penjajah.

3.1. Abraham Kuyper dalam tulisan beliau On Program membantah


golongan liberal yang tidak memberi perhatian terhadap masyarakat
pribumi yang disisih daripada pembangunan sosio-ekonomi serta
menghadapi tekanan daripada pedagang Eropah dan Cina.

3.2. Golongan Liberal pula membantah penggunaan paksaan terhadap


petani Indonesia yang pada mereka melanggar hak kemanusiaan petani.
Mereka mendesak para petani diberi hak untuk menentukan tanaman
yang perlu ditanam mereka.

4. Keyakinan penjajah bahawa masyarakat kaya pribumi berupaya


untuk membangunkan ekonomi masyakat tani.

4.1. Lord Cornwallis, Gabenor General Inggeris merasakan bahawa


Zamindar boleh dan akan berperanan untuk membangunkan pertanian di
Bengal jika kadar cukai tanah berpatutan.

All The Best


4.2. Cornwallis juga berkeyakinan bahawa kapitalis tempatan akan
bergiat cergas dalam pertanian jika wujud kepastian mengenai soal
keuntungan. Keyakinan ini diutarakan dengan mempelbagaikan kegunaan
tanah bukan setakat menyewakannya sahaja tetapi diusahakan untuk
menambahkan pengeluaran pertanian di India. Dengan cara ini Cornwallis
beranggapan bahawa kelas kaya India tidak sahaja menjalankan aktiviti
peminjaman wang atau perdagangan memonopoli garam, tetapi
menggunakan hartanah sebagai aset bagi mengubah nasib rakyat India
melalui perkembangan dan perubahan sistem pertanian.

4.3. Kelas tani dan rakyat Bengal akan menikmati hasil daripada
kemajuan pertanian yang akan dijalankan oleh Zamindar dan kapitalis
tempatan.

5. Bagi mengatasi masalah penindasan yang berlaku terhadap


masyarakat tani.

5.1. Wujudnya monopoli perdagangan oleh SHT Belanda dan


memusnahkan perdagangan pesisir pantai yang menjadi amalan sebelum
pelaksanaan sistem ini. Ini mendatangkan kesan kepada harga barangan
yang dihasilkan dengan meletakkan harga yang tinggi di Belanda dan
harga yang rendah di Indonesia. Hasilnya petani Indonesia sentiasa
menghadapi masalah kemiskinan yang berterusan. ( Legge, 1972 )

5.2. Perubahan sistem pertanian daripada sistem pertanian sara diri


kepada sistem pertaniaan ekspot yang bercorakan peladangan. Kesan
daripada perubahan sistem ini masyarakat pribumi semakin tertindas
bukan sahaja oleh peladang Eropah, tetapi juga oleh peladang Cina dan
pembesar tempatan.

5.3. Kebuluran berlaku kerana petani Indonesia gagal melaksanakan


tanaman untuk diri mereka disebabkan oleh penyelewengan masa bekerja
dan keluasan tanah untuk ekspot. Hal ini berlaku terhadap tanah-tanah
padi dan mengenakan tuntutan kepada buruh-buruh untuk bekerja dengan
lebih berat lagi. Ini pada hahkikatnya ialah satu sistem ufti dan sistem ini
menghalang petani Jawa untuk mengeluarkan pengeluaran untuk pasaran
dunia. ( Legge, 1972 )

6. Bagi mengatasi permasalahan masyarakat tani yang tidak mempu


membayar cukai tanah dalam sistem yang diperkenalkan bagi
memperkenalkan sistem peladangan di India dan Dasar Etika di Indonesia.

6.1. Petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk membayar
cukai dalam bentuk wang tunai. Keadaan ini semakin parah pada 1820-50
apabila harga bijirin merosot sebanyak 50%.

All The Best


6.2. Petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk membayar
cukai dalam bentuk wang tunai. Keadaan ini semakin parah pada 1820-50
apabila harga bijirin merosot sebanyak 50%.

6.3. Kadar cukai pada peringkat awal amat tinggi sehingga 55% pada
tahun 1818. Ini ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan yang membuat
taksiran baru setiap 30 tahun.

6.4. Kegagalan petani Indonesia membayar cukai dalam bentuk wang


tunai menggalakkan mereka berhutang dan tergadai tanah-tanah
pertanian kepada ceti dan peminjam wang.

All The Best


Ciri-ciri Dasar Ekonomi Di India dan Indonesia 1800 – 1900an.

Ciri-ciri Dasar Ekonomi Tanam Paksa

1
a). /5 daripada tanah padi dikhaskan untuk tanaman kontan yang
ditetapkan seperti kopi, tebu, nila, tembakau, the, kapas , dan kayu
manis.

b) Luas tanah untuk tanaman yang ditetapkan itu dikecualikan


daripada cukai.

c) Hasil tanaman yang melebihi daripada cukai yang dikenakan akan


dikembalikan sebagai hak petani.

d) Pekerja-pekerja akan ditugaskan menjalankan kerja-kerja seperti


diarahkan pembesar-pembesar atau priyayi-priyayi.

e) Kerajaan akan menanggung kerugian jika hasil pertanian tidak


menjadi yang disebabkan oleh alam semula jadi.

f) Masa kerja yang digunakan tidak boleh melebihi masa kerja untuk
penanaman padi atau tidak boleh melebihi 66 hari setahun.

Ciri-Ciri Dasar Pembangunan Tanah dalam Sistem Zamindari

a) Kelas zamindar diisytiharkan sebagai tuan tanah yang mempunyai


hak ke atas ladangnya.

b) Zamindar bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai ladangnya.


Taksiran ladang adalah pada kadar 45% hasilnya dan daripada kutipan 9/10
harus diserahkan kepada kerajaan dan 1/10 akan disimpan oleh Zamindar
sebagai ganjarannya. Mengikut perhitungan tahun 1793, jumlah cukai
tanah yang akan dikutip oleh kerajaan di wilayah Bengal ialah Rs 27 juta
setahun.

c) Cukai untuk setiap ladang milikian zamindar yang ditetapkan pada


tahun 1793 adalah kekal sepanjang masa.Cukai itu harus dijelaskan dalam
bentuk wang tunai.

d) Zamindar yang gagal menjelaskan cukainya akan dilucutkan


tanahnya serta boleh dipenjara.

All The Best


e) Petani yang bermastautin yang telah mengerjakan tanah dengan
bayaran sewa yang tetap untuk selama dua belas tahun tidak boleh
disingkirkan oleh zamindar kecuali jika gagal membayar sewanya.

f) Zamindar berhak menaikkan sewa jika kadar cukai di ladangnya


rendah jika dibandingkan dengan kawasan sekeliling, atau jika ia
menyediakan kemudahan, atau jika harga hasil tanah bertambah.

Ciri-ciri Sistem Ryotwari

a) Setiap keping tanah akan didaftar atas nama seorang petani yang
bertanggungjawab membayar cukai.

b) Jumlah cukai akan ditaksirkan setiap tahun, dan antara 25 - 60 %


hasil tanah hendaklah diserahkan kepada kerajaan sebagai cukai tanah.

c) Pengutipan cukai akan dikendalikan oleh kerajaan.

d) Petani yang gagal menjelaskan cukai akan dirampas tanah dan


hartanya.

JAWAPAN TEMA 2

Imperialisme, Kolonialisme, dan Mekantilisme

Konsep

Imperialisme berteraskan peluasan kuasa dan penguasaan terhadap


sempadan politik sesebuah negara.

Kolonialsme berteraskan pengenaan pengaruh dan memaksa pengaruh itu


diikuti terhadap negara yang dijajah sejajar dengan pemikiran atau
ideologi negara penjajah.

Mekantilisme berteraskan peluasan, penguasaan dan pengenaan


pengaruh dari aspek ekonomi yang bercirikan keuntungan kepada negara
penjajah.

Ciri-ciri:
All The Best
1. Meluaskan kuasa yang merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial,
dan budaya.

2. Menjajah dan menguasai pemerintahan dan kekayaan ekonomi


sesebuah negara.

3. Meletakkan dan mengenakan pengaruh dan budaya terhadap


negara yang dijajah.

4. Menghilangkan identiti negara yang dijajah.

5. Mengaut keuntungan ekonomi dan mengkayakan negara penjajah.

6. Menggunakan tipu muslihat dalam perjanjian dan kekerasan


peperangan.

7. Menghalang negara dijajah daripada mengadakan hubungan


dengan kuasa besar yang lain.

8. Tidak menghormati kedaulatan negara dijajah sama ada dari aspek


perundangan dan budaya.

9. Melebihkan golongan pedagang asing daripada pedagang


tempatan.

10. Menggunakan wang – iaitu sebagai cagaran terhadap kepentingan


ekonomi – Cina meminjam dalam membangun dan memodenkan negara
mereka. ( Harold M.Vinacke: 1967)

Sebab-sebab kemunculan dan peluasan kuasa:

1. Wujudnya revolusi industri di Britain pada abad ke-18 dan


kemudiannya merebak ke Eropah.

2. Keinginan mendapatkan bahan mentah bagi menampung keperluan


dengan berkembangnya industri dan penemuan dan penciptaan terbaru .

3. Bagi memasarkan barangan hasil daripada berkembangnya industri


perkilangan.

4. Wujudnya teknologi moden dalam bidang perhubungan dan


pengangkutan yang memudahkan perjalanan.

5. Memasukkan pemikiran moden terhadap negara yang dijajah sama


ada dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial.

All The Best


6. Wujudnya persaingan dari aspek politik, dan ekonomi antara
negara-negara penjajah.

7. Keinginan untuk menyebarkan agama kristian di kalangan negara


Asia.

8. Faktor keuntungan melihatkan kekayaan sumber alam di Asia.

Peperangan

Ciri-ciri ke arah berlakunya peperangan

1. Pelanggaran perjanjian

1.1. Tidak menghormati perjanjian yang ditanda tangani oleh


pemerintah terdahulu.

1.1.1. Sebagai contoh Raja Tharawady dan Pagan Min tidak


mengakui perjanjian yang ditandatangani oleh Bodawpaya dalam
Perjanjian Yandabo.

1.1.2. Belanda tidak menghormati perjanjian antara Dipo Negoro


dan Inggeris yang berkaitan dengan pengganti Raja yang sepatutnya milik
Dipo Negoro. Belanda sebaliknya menabalkan Djarot adik Dipo Negoro
sebagai Amangku Buwono V.

2. Ketidakpusan hati mengenai kandungan perjanjian

2.1. Perjanjian yang berat sebelah yang terpaksa ditandatangani.

2.1.1. Cina tidak puas hati ia terpaksa membuka pelabuhannya


kepada kuasa Barat dan telah mencetuskan Perang Candu 2.

2.1.2. Musnahnya institusi Co-Hong dan menjejaskan penguasaan


pedagang Cina di Cina.

2.1.3. Jepun tidak berasa puas hati dengan pembahagian kuota dan
perkembangan ketenteraan yang tidak seimbang dengan pembahagian
kuota 5:5:3:1.75:1.75 iaitu AS-5, British-5, Jepun-3, Perancis-1.75, dan
Jerman-1.75. Jepun juga tidak boleh memiliki kelengkapan meriam yang
lebih besar.

2.1.4. Jepun juga tidak puas hati akan hasil Perjanjian Versailles
yang menafikan haknya bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah
kuasa besar dan bagi memperoleh kuasa veto dalam LBB.

3. Ancaman terhadap kedaulatan

All The Best


3.1. Ancaman terhadap nilai agama

3.2. Ancaman kedaulatan terhadap sempadan

3.3. Ketidakpatuhan undang-undang negara

3.4. Kehilangan maruah dan harga diri negara

3.4.1.

4. Wujud blok-blok dan pakatan

4.1. Wujudnya pesepakatan dalam bidang ketenteraan.

4.1.1. Jepun, Jerman, dan Itali menubuhkan pakatan paksi dan bagi
mengimbanginya Amerika Syarikat, British, Perancis dan Russia
menubuhkan pakatan berikat.

4.1. Persepakatan dalam menghalang perkembangan ekonomi.

4.1.1. Persepakatan kuasa-kuasa penjajah barat seperti Amerika


Syarikat, British, Belanda, dan Perancis menghalang perkembangan
ekonomi Jepun dengan mengadakan sekatan ekonomi terhadap Jepun di
Asia Tenggara dan negara jajahan takluknya.

5. Perebutan sumber ekonomi

5.1. Perebutan bagi kawasan yang banyak bahan mentah.

5.2. Bagi menguasai jalan perhubungan yang mempunyai nilai ekonomi

5.3. Merebut kawasan strategi untuk menpastikan pengwalan ekonomi


yang berterusan.

Sebab-Sebab Perang

Perang Jawa 1830

1.1. Belanda tidak menghormati perjanjian antara Dipo Negoro dan


Inggeris semasa Jawa diperintah oleh Inggeris untuk melantik dirinya
sebagai Amangku Buwono IV.

1.2. Masalah agama – Belanda buat jalan atas perkuburan keluarga


Dipo Negoro

1.3. Mendaulatkan Islam di Jawa dan menentang penjajahan kafir

All The Best


Perang Inggeris-Burma 1 1826

1. Masalah sempadan – Bodawpaya minta Inggeris serah pemberontak


Burma. Enggan Bodawpaya menyerang melangkaui sempada
Inggeris.

2. Serangan terhadap Manipur dan Chacar. Menawan Maniipur dan


mengancam Chacar-minta bantuan Inggeris.

3. Khuatir kerjasama Perancis-Burma mengancam Inggeris di India.

4. Pemberontakan Chin Byan – hingga mendirikan pangkalan tentera di


Chittagong .

5. Masalah Pulau Shahpuri – Burma tawan . Cemar Inggeris dan boleh


gugat pangkalan tentera Inggeris.

SEJARAH PERJANJIAN DALAM POLITIK ASIA

1800 – 1963

Selain perkataan perjanjian , perkataan yang membawa maksud yang


sama ialah Persetiaan, Protokol, Perikatan, dan Memorandum
Persefahaman.

Perjanjian Yandabo 1826

1. Burma menyerahkan wilayah-wilayah Arakan, Tennaserim, Assam,


manipur dan Chacar kepada British.

2. Seorang penasihat Inggeris diletakkan di Burma.

3. Seorang Duta Burma ditempatkan di India.

4. Burma tidak boleh campur tangan di Manipur.

5. Satu perjanjian perdagangan yang berasingan akan dirundingkan.

6. Burma perlu hentikan serangan terhadap Siam.

All The Best


7. Burma dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee
kepada Inggeris.

Perjanjian Kanagawa

1. Selain Nagasaki, Jepun perlu membuka pelabuhan Shimoda dan


Hakadote kepada masyarakat barat bagi mendapatkan bekalan
arang batu dan membaiki kerosakan.

2. AS dibenarkan melantik seorang konsul dan diletakkan di Shimoda.

3. Jepun beri jaminan perlindungan keselamatan terhadap anak kapal


AS yang terlantar di Jepun.

Perjanjian Shimonoseki 1895

1. Cina iktiraf kemerdekaan penuh Korea.

2. Cina bayar ganti rugi sebanyak 200 juta tael. Pelabuhan Wei Hai Wei
diduduki Jepun sehingga bayaran ganti rugi habis dijelaskan.

3. Cina serahkan Semenanjung Lio Tung termasuk Port Arthur dan


Danny kepada Jepun yang strategik dari segi ketenteraan.

4. Cina serahkan juga pulau Pecadores dan Formasa kepada Jepun.

5. Jepun dapat hak istimewa dengan boleh mendirikan kilang di Cina.

6. Empat pelabuhan baru dibuka kepada pedagang asing iaitu shansi,


Chungking, Soochow, dan Hangchow di Trusan Besar.

Perjanjian Tientsin/Peking

1. Kerajaan Cina membuka pelabuhan tambahan untuk pedagang asing


di Chefoo, Chingkiang, Kianggchow, Kiuking, Newchwang,Nanking,
Hankow, Swatow, dan Wechow.

2. Kapal pedagang asing dibenarkan menggunakan sungai Yangtze.

3. Orang asing dan perwakilannya dibenarkan tinggal di Peking.

All The Best


4. Orang asing boleh mengembara di kawasan pedalaman Cina jika ada
paspot yang layak.

5. Mubaligh Kristian hendaklah dibenarkan menjalankan kegiatannya


untuk mengembangkan agama Kristian.

6. Kowloon diserahkan kepada British.

7. Cina membayar ganti rugi peperangan.

8. Perdangangan candu dibenarkan.

9. Tientsin dibuka kepada perdagangan luar, Canton ditadbir British


sehingga selesai bayaran pampasan, Cina menanggung perbelanjaan
ekspidisi Lord elgin dan Baron Gros.

Perjanjian Nanking 1842

1. Cina serah Hong Kong kepada British.

2. Cina bayar ganti rugi sebanyak $21 juta. $6 juta bagi candu yang
dimusnahkan, $3 juta bagi membayar hutang Co Hong dan $ 12 juta
untuk belanja perang.

3. Lima buah pelabuhan dibuka kepada pedagang asing – Amoy,


Canton, Foochow, Ningpo, dan Shanghai.

4. Saudagar asing dibenar menetap di pelabuhan-pelabuhan tersebut


dan diberi hak melantik konsul mereka di setiap pelabuhan.

5. Monopoli perdagangan oleh sekumpulan saudagar Cina


dimusnahkan. Sistem Co-Hong dihapuskan dan perdagangan
dijalankan secara sama rata.

6. Cukai tarif yang sederhana dan sama dikenakan terhadap ekspot 5%


dan impot 3%. Peraturan akan dirangka. Cukai tidak boleh ditambah
tanpa persetujuan bersama.

7. Persamaan taraf dalam mengadakan hubungan rasmi.

Perjanjian Bowring 1855

1. sistem tarif dikenakan terhadap impot dan ekspot. Cukai ad velorem


terhadap barangan impot ialh 3% dan barangan ekspot ialah 5%.

All The Best


2. Ekspot beras dibenarkan.

3. Pihak Inggeris dibenarkan mengimpot candu, dan tertakluk pada


peraturan yang ketat.

4. Hak wilayah asingan akan diberikan kepada Inggeris.

5. Rakyat British dibenarkan membeli atau menyewa tanah sekitar 6


km dari Bangkok.

6. Kapal perdagangan British dibenarkan singgah di semua pelabuhan.

7. Seorang konsul British akan dilantik dan ditempatkan di Bangkok.

Perjanjian Inggeris-Siam 1897

1. Siam tidak akan menyerahkan mana-mana wilayah di sebelah utara


Tanah Melayu kepada mana-mana kuasa aisng.

2. Inggeris akan memberi bantuan jika Siam di serang oleh kuasa besar
lain.

Protokol Boxer, 1901

Latar: Berlaku penerimaan syarat dalam protokol ini selepas kejadian


Pemberontakan Boxer 1897 di Cina.

Syarat-syarat Protokol:

1. Kerajaan Cina dihekehendaki menghantar utusan meminta maaf


secara rasmi ke Jerman dan Jepun kerana kematian seoran Menteri
Jerman dan Canselor Jepun.

2. Kerajaan Manchu dikehendaki menghukum mati pegawai-pegawai


Cina yang terlibat dalam pemberontakan itu.

3. Peperiksaan perkhidmatan awam hendaklah ditangguhkan di 45


buah bandar yang terlibat dengan pemberontakan Boxer.

4. Cina membenarkan kuasa asing meletakkan tenteranya di tempat-


tempat strategik dari Peking ke laut..

All The Best


5. Cina membenarkan kuasa asing mengawal kedutaan mereka masing-
masing.

6. Cina naikkan taraf hubungan dengan negara asing hingga peringkat


duta.

7. Cina dilarang mengimpot senjata selama 2 tahun.

8. Cina dikenakan bayaran ganti rugi sebanyak 450 juta tael kepada
negara asing yang terlibat selama 40 tahun dengan kadar 4%
setahun.

9. Kuasa Barat mendapat hak istimewa pajakan pelabuhan dan


kawasan tambahan.

Perikatan Inggeris – Jepun 1902

1. Jepun dan British mengakui kepentingan masing-masing di Mancuria


dan Korea serta Cina

2. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengambil langkah yang perlu


bagi melindungi kepentingan masing-masing dengan menyokong
tindakan pihak yang lain.

3. Jika salah satu pihak terlibat dalam peperangan, pihak yang satu
lagi hendaklah berkecuali dan berikhtiar menyekat musuh daripada
mendapatkan bantuan.

4. Jika pihak musuh mendapat bantuan, pihak lagi satu hendaklah


membantu.

5. Jangka masa perjanjian selama 5 tahun dan jika tidak di tamatkan


dalam tempoh itu, ia dilanjutkan setahun lagi.

Persetiaan Inggeris-Siam 1902

1. Inggeris dibenarkan meluaskan kuasanya di negeri-negeri Melayu


utara bagi menyelesaikan masalah kedatangan kuasa Eropah yang
lain.

Persetiaan Portmouth 1905

All The Best


( Antara komura dan Witte )

1. Semenanjug Lioatung dis erahkan kepada Jepun

2. Kepentingan penguasaan Jepun di Korea diakui oleh Russia.

3. Russia menyerahkan hak jalan keretapi di Selatan Manchuria kepada


Jepun.

4. Sebahagian daripada pulau Sakhalin diserahkan kepada Jepun ialah


dibawah garis lintang 500.

5. Russia dan Jepun dikehendaki berundur dari Manchuria,tetapi boleh


meninggalkan petugas bagi menjaga jalan keretapi.

6. Jalan keretapi manchuria adalah untuk perdagangan dan perusahaan


kecuali di Semenanjung Liaotung.

7. Jepun dan Russia tidak menyekat hak Cina untuk mengenakan


sekatan kepada semua negara dalam majukan perdagangan Cina.

Perjanjian Bangkok 1909

1. Siam menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara kepada Inggeris.

2. Inggeris bersetuju membatalkan hak-hak wilayah asingan di Siam.

3. Inggeris memberi pinjaman 4 juta pound kepada Siam untuk


pembinaan jalan keretapi

Persetujuan Jepun - Cina 1915

( Berkenaan dengan Manchuria Selatan dan Monggolia Dalam Timur.)

1. Tempoh pajakan Port Arthur dan Dalny dan syarat-syarat perjanjian


Keretapi manchuria Selatan dan Antung-Mukden dilanjutkan menjadi
99 tahun

2. Rakyat Jepun boleh mentap dan keluar masuk Manchuria Selatan,


menjalankan perniagaan dan perusahaan membuat barang, dan
memajak tanah di luar kawasan pelabuhan yang berkaitan dengan
persetiaan bagi kegunaan perdagangan dan pertanian.

All The Best


3. Pemerintah Cina akan memberi kebenaran kepada sebarang
perusahaan bersama antara Cina-Jepun.

4. Rakyat Jepun mestilah terikat kepada undang-undang dalam negeri


Cina tetapi dalam menjalankan perbicaraan ke atas orang-orang
yang telah melakukan kesalahan maka sistem wilayah asingan
mestilah dipakai.

5. Pihak Cina mesti membuka tempat-tempat yang sesuai di Monggolia


Dalam sebelah Timur kepada perdagangan dan petempatan asing.

6. Perjanjian pinjaman wang keretapi Kirin-Changchuan mesti dijual


semua supaya memberi faedah kepada Jepun.

Tambahan persetiaan..di atas

1. Rakyat Jepun mesti mempunyai hak untuk membuka lombong di


kawasan tertentu yang telah disebutkan Jepun.

2. Jika Cina mahunkan wang modal bangsa Asing ia perlu membuat


permohonan kepada Jepun.

3. Jika Cina mahukan penasihat dalam bidang kewangan, tentera atau


polis maka perlu minta dan dapatkan dari Jepun.

Persetiaan Shantung ( Cina – Jepun )1915

1. Cina memberi persetujuan penuh kepada semua hal yang drp masa
itu kerajaan Jepun bersetuju dengan Jerman berhubung dengan
penentuan semua hak, kepentingan dan konsesi yang dimiliki oleh
Jerman menurut persetiaan atau selainnya di wilayah Shantung

2. Pemodal Jepun mempunyai hak untuk membina jalan keretapi


Chefoo-Wihsien sekiranya Jerman menolak keistimewaannya untuk
membiayai pembinaan itu.

3. Tempat tambahan bagi petempatan asing mesti ditambah dan


dibuka oleh pihak Cina di wilayah itu.

All The Best


4. Cina bersetuju tidak akan mengasingkan sebarang kawasan dalam
dalam wilayah atau pulau kepada sebarang kuasa luar untuk
sebarang kegunaan .

5. Jepun akan mengembalikan kawasan pajakan di Telok Kiochow


apabila ia menerimanya daripada Jerman dengan syarat dibuka Telok
tersebut bagi urusan perdagangan, dan Cina memperuntukan
kawasan bagi kerajaan Jepun jadikan tempat konsesi yang berada
dibawa kawalan Jepun

6. Cina akan memberikan keizinan kepada Jepun untuk bekerjasama


dalam hal syarikat Hany’enp’ing, dan bersetuju tidak akan
memiliknegara syarikat itu tanpa persetujuan pemodal Jepun atau
mendapatkan pinjaman daripada kuasa lain selain daripada Jepun.

7. Cina tidak akan benarkan wilayah Fukien dibuka kepada mana kuasa
lain untuk bina limbungan dan lain-lain kegunaan sama ada
perdagangan ataupun ketenteraan.

Perjanjian Versailles 1919

1. Cina bebas daripada semua tanggungjawab untuk meneruskan


kewajipannya kepada Jerman

2. Cina dapat semula tanah dan hak yang diberikan kepada Jerman di
Tientsin dan Hankow

3. Jepun dapat ambil alih kuasa dan hak Jerman di Shantung. Shantung
akan dipulangkan kepada Cina perundingan hak politik.

Perjanjian Langsing – Ishii

1. Amerika Syarikat mengiktiraf kedudukan Jepun yang mempunyai


kepentingan yang istimewa di Cina.

2. Jepun dan Cina menggangap ia satu pengiktirafan tentang


kedudukan pada 1917.

All The Best


All The Best

You might also like